Adsense

Rabu, 18 Januari 2012

borak kosong

borak kosong


Sarah Burge Beri Anak 7 Tahunnya Voucher Sedut Lemak $11,000

Posted: 18 Jan 2012 09:00 PM PST


Sarah Burge memberikan anaknya yang masih berusia 7 tahun, Poppy, sebuah hadiah berupa  liposuction voucher atau voucher sedut lemak bernilai $ 11,000 saat Natal ..


Menurut Sarah dirinya memberikan voucher itu kerana anaknya selalu minta bedah plastik setiap saat.


"Dia minta bedah plastik setiap saat. Dia ingin terlihat bagus dan sedut lemak adalah salah satu prosedur yang selalu tersedia dengan gampang dan membantu."


 Bahkan Sarah, yang dikenal dengan sebagai Human Barbie kerana menjalani begitu banyak prosedur bedah plastik kerana mengalami insiden dalam  kekerasan rumah tangga, juga pernah memberikan voucher untuk memperbesar payudara dimana voucher itu boleh digunakan Poppy saat dirinya berusia 18 tahun.


"Aku hanya mendukungnya dan membuat impiannya menjadi nyata," ujar Sarah.




"Menurutku itu hebat kerana kamu boleh mengubah dirimu sendiri jika kamu tak bahagia," ujar Sarah.


"Aku melihat voucher-voucher ini sebagai pelaburan masa depannya – seperti menabung wang buat pendidikkannya," tambah Sarah yang juga pernah mendukung dua anaknya yang lain melakukan bedah plastik.

Seorang Wanita Diserang Zebra Kerana Kerepek

Posted: 18 Jan 2012 08:45 PM PST



Setiap orang yang berkunjung ke sebuah taman safari tentunya berharap mereka dapat berada sedekat mungkin dengan para haiwan, namun tidak sedekat yang dialami wanita ini.


Wanita yang diketahui bernama Megan ini menangis tersedu setelah ia diserang oleh seekor zebra di bahunya saat berada dalam kereta selama kunjungan di sebuah resort di Texas, Amerika.









Rakaman itu tertangkap oleh salah satu rakannya di yang berada di kerusi belakang dan meng-upload video tersebut ke YouTube.


Haiwan itu tampaknya tertarik pada kerepek yang hendak dimakan Megan, namun malah berakhir dengan gigitan pada bahu  wanita itu.



Parah..lelaki terperangkap dalam lumpur selama 4 jam kerana malu minta pertolongan

Posted: 18 Jan 2012 08:30 PM PST


Xiao Chen, 25 tahun, terbenam sampai ke pinggang dalam lumpur di tepi Sungai Chang Jiang di China pada suatu malam. Meskipun ia memiliki telefon bimbit, dia terlalu malu untuk meminta bantuan pertolongan.


Dia cuba mengeluarkan dirinya keluar selama 4 jam sebelum meminta bantuan dari nelayan yang lalu. Para nelayan kemudian memanggil bantuan profesional. Hal itu kemudian memerlukan masa 7 jam lagi untuk benar-benar membebaskannya. Tugas Pasukan Penyelamat dibuat lebih sulit kerana pemuda ini malu saat diminta untuk melepas celananya sendiri supaya ia boleh lebih mudah ditarik dari lumpur.

Rimicaris Hybisae, Udang Yang Tak Mati Walaupun Direbus

Posted: 18 Jan 2012 08:15 PM PST


Sebuah ekspedisi yang dilakukan ilmuwan Inggris untuk meneliti mata air-mata air bawah laut yang mendidih juga menemukan jenis udang yang baru di kedalaman 5000 meter di dasar laut Carabean,  di bawah lubang-lubang vulkanik laut dalam - dimana diperkirakan bersuhu lebih dari 450 C atau 4 kali lebih panas dari air mendidih.


 Seperti yang dilapor dari situs dailymail, udang Rimicaris hybisae ini memiliki organ yang menyala di bahagian punggung mereka yang mungkin berfungsi untuk membantu membimbing mereka di lubang-lubang dasar laut yang gelap.  Selain itu, udang jenis ini  nyaris tak punya mata-mata yang normal layaknya udang. 


 Adapun udang-udang ini diberi  nama Rimicaris hybisae, sama persis dengan kendaraan bawah laut yang digunakan para peneliti untuk mengambil udang-udang itu.

Dah macam anjing pulak abang ni

Posted: 18 Jan 2012 08:00 PM PST

ni kes Queen control agaknya sampai dah rupa anjing

Lelaki berkerusi roda ini tersangkut didepan trak dan dibawa sejauh 6.5 km

Posted: 18 Jan 2012 07:45 PM PST


Seorang lelaki 21 tahun punya perjalanan yang akan dikenang seumur hidup ketika kerusi roda elektrik yang dia naiki tersangkut di depan karburator dari semitrailer dan didorong di jalan raya sepanjang 6,5 KM kilometer dengan kelajuan 80 KM/Jam.


Ben Carpenter tidak terluka, tetapi dibawa ke hospital sebagai tindakan pencegahan. Dia telah diselamatkan di kerusi rodanya dengan tali pinggang kekedar. Carpenter yang telah mengalami distrofi otot mengatakan kepada sebuah stesen televisyen bahawa ia berfikir ia tidak boleh selamat dalam perjalanan ekstrim tersebut.


Carpenter  menyeberang di persimpangan di Paw Paw, sekitar 140 mil sebelah barat Detroit. Lampu berubah menjadi hijau sementara anaknya berada di depan sebuah trak yang mulai bergerak. Kerusi roda yang dia naiki tersangkut di kisi-kisi, dan perjalanan liar pun dimulai.

Beredar, Foto Taeyeon 'SNSD' Pakai Lingerie Transparant

Posted: 18 Jan 2012 07:30 PM PST

SEOUL- Girlband SNSD dicintai lewat imej manisnya, baru-baru ini mengejutkan penggemarnya dengan beredarnya foto mirip salah satu personelnya, Taeyeon, yang menggenakan lingerie hitam.


Foto yang berjudul "Taeyeon Wants to Shed her Girly Image. Going for Lingerie Look Now?", menunjukkan transformasi Taeyeon dari gadis biasa menjadi seorang wanita seksi. Lingerie hitam transparant dengan renda di bahagian belakang, dipakai Taeyeon saat menggelar konsert Asianya yang bertajuk "12 GIRLS' GENERATION TOUR in HONG KONG", pada 15 Januari lalu. 


 Foto-foto seksi itu langsung membuat para penggemarny terkejut, kerana dianggap menunjukan Taeyeon yang berbeza dari yang mereka lihat selama ini. Bahkan beberapa netizen menyayangkan Taeyoen memakai lingerie tersebut.


 Demikian seperti dilapor Soompi, Rabu (18/1/2012). "Jangan biarkan Taeyeon mengenakan pakaian seperti itu." "Ini bukan seperti imejnya Taeyeon yang kami kenal. Dia Taegoo kami." "Apa yang terjadi dengan SNSD yang berpakaian seksi tiap jauh dari rumah." Begitu keluhan para netizen. (efi)


http://celebrity.okezone.com

Idea gila..."Menciptakan Dinosaurus Dari DNA Ayam"

Posted: 18 Jan 2012 07:15 PM PST


Sebuah idea gila yang hanya dihasilkan dari ilmuwan gila atau mungkin eksentrik. Namun idea aneh ini datang dari seorang ilmuwan kelas dunia Jack Horner yang menyatakan bahwa DNA pada ayam dan species unggas mengandung memori Genetis Dinosaurus yang boleh direkayasa untuk menciptakan Moster purba itu. Dia dia berencana mewujudkan hal tersebut,  ingin menciptakan Dinosaurus dengan memodifikasi DNA Ayam.


 Menurut Jack Horner sebagaimana dituturkan kepada LiveScience, bahawa untuk membuat dan menciptakan kembali Dinosaurus, yang dia perlukan adalah genom (informasi lengkap DNA) dari Emu. Diyakininya Emu memiliki semua fitur yang diperlukan untuk merangkai DNA dinosaurus seperti Velociraptor.


 Pendapat Jack Horner ini mendapat dukungan dari beberapa ilmuwan lain, seperti Sean Carroll, seorang ahli genetik dari University of Wisconsin. Menurut Sean, Gen dalam burung sangat mirip dengan gen dalam dinosaurus. Namun begitu, perbezaan sedikit saja dari inventarisasi DNA Gen dalam pengembangan, akan menghasilkan perbezaan menonjol antara ayam dan tyrannosaurus.


 Hans Larsson, seorang paleontolog di McGill University di Kanada berpendapat bahawa blue print dari DNA Dinosaurus terdapat dalam DNA unggas saat ini. Dia berpendapat bahawa seratus tahun kedepan atau bahkan lebih cepat, akan tercipta genetika identik Dinosaurus asli dari pengembangan DNA ayam sekarang.

Cincin tauke Chopard kena curi

Posted: 18 Jan 2012 07:00 PM PST


HONG KONG: Polis semalam berkata, mereka sedang menyiasat kehilangan cincin permata bernilai hampir RM5 juta yang dilaporkan dicuri di bilik air sebuah hotel di Hong Kong.
Jurucakap polis berkata, seorang wanita warga asing meninggalkan cincin zamrud bernilai HK$12 juta (RM4.8 juta) di bilik air di tingkat empat Hotel Four Seasons di Hong Kong.

"Beberapa minit kemudian apabila dia kembali ke situ untuk mengambilnya, cincin berkenaan tiada," katanya.


Akhbar South China Morning Post melaporkan, cincin berkenaan milik presiden bersama syarikat pembuat barang kemas terkemuka dunia, Chopard.

Memetik sumber tidak didedahkan, akhbar itu menyatakan, cincin berkenaan dimiliki Caroline Scheufele, yang berada di Hong Kong untuk majlis pembukaan kedai baru Chopard.


Walaupun polis tidak mengesahkan identiti itu, mereka mengumumkan pemiliknya menyediakan hadiah RM200,700 kepada sesiapa yang dapat mengembalikan barang kemas berkenaan.



Cincin itu hilang kira-kira jam 11.30 malam pada 8 September lalu dan polis menganggapnya sebagai kes curi.

Cincin itu dihiasi 16.83 karat zamrud yang diapit dua berlian - masing-masing 1.15 dan 1.29 karat - selain 674 berlian kecil di sekelilingnya. - AFP



sumber : myMetro

Suami Isteri salahkan doktor anak kudung

Posted: 18 Jan 2012 06:45 PM PST


KUALA LUMPUR - Impian sepasang suami isteri untuk menimang cahaya mata yang sempurna sifatnya tidak kesampaian selepas kaki kanan bayi perempuan mereka terpaksa dipotong tiga minggu selepas dilahirkan awal bulan lalu.
Walaupun reda dengan apa yang berlaku, ibu bapa bayi itu, Mohd. Hasmadi Mohd. Nor, 30, dan Umi Kalsum Baharuddin, 24, tetap terkilan kerana mereka mendakwa kakitangan Hospital Taiping yang merawat anak sulung mereka itu, Nur Amani Nasuha lambat bertindak sehingga menyebabkan pergelangan kakinya terpaksa dipotong pada 1 Disember lalu.
Mohd. Hasmadi berkata, kakitangan hospital mendapati jari kaki kanan Nur Amani Nasuha telah dijangkiti kuman dan bertukar menjadi biru seawal 19 November lagi.
"Pihak hospital mengambil masa dua minggu untuk memantau apa yang berlaku sehingga semuanya sudah terlewat dan kaki anak kami terpaksa dipotong.
"Kalau mereka cepat bertindak mungkin jari anak saya sahaja yang dipotong dan bukan pergelangan kaki, hancur luluh hati kami dibuatnya," kata Mohd. Hasmadi kepada Kosmo! ketika ditemui di rumahnya di Desa Aman Puri, Kepong di sini semalam.
Dia yang bekerja di kilang pemasangan kenderaan di sini memberitahu, Nur Amani Nasuha dilahirkan tidak cukup bulan pada 7 November tahun lalu di hospital itu dan ditempatkan di wad kerana masalah pernafasan.
"Saya lihat jururawat di situ mengambil sampel darah dan memberi suntikan antibiotik setiap hari di bahagian kaki kanan.
"Tapi pada 19 November, doktor memberitahu ibu jari serta dua jari lain kaki kanan anak saya bertukar biru akibat jangkitan kuman," ceritanya.
sumber : kosmo online

Jelajah seks Britney Spears

Posted: 18 Jan 2012 06:30 PM PST


LOS ANGELES: Britney Spears berdepan dengan dakwaan panas sebuah buku yang menjanjikan pendedahan sensasi mengenai kehidupan seks liar penyanyi terbabit.
Bekas pengawal Britney, Fernando Flores, berkata dia sedia menceritakan aksi seks liar penyanyi berkenaan ketika konsert jelajah Toxic dua tahun lalu.

Mendakwa menerima kontrak berjuta-juta ringgit dengan sebuah penerbit buku, Flores, 31, berkata buku berkenaan akan dilancarkan sempena perkahwinan Britney dengan Jason Trawick, 40.


Ia adalah perkahwinan ketiga Britney setakat ini.

Menurut bekas polis itu, Britney memiliki selera seksual besar dan tanpa batas.


"Saya pernah mendengar cerita mengenai aksi seksnya bersama dua yang lain secara serentak serta pelbagai pengalaman yang boleh menyebabkan bulu roma anda terpacak.



"Dia memiliki ramai penari muda dan kelihatan menarik sepanjang siri konsertnya dan keadaan boleh menjadi tidak terkawal.

"Di sana mereka mengadakan pesta arak, dadah dan sesi berahi serta pelbagai aktiviti lain," katanya.


Flores menceritakan kepada kawannya bagaimana Britney berfoya-foya dengan sekumpulan wanita.

"Saya ada dalam bilik mandi Britney ketika ternampak gambarnya bersama beberapa wanita dalam keadaan berahi.


"Kata Britney, gambar itu dirakam ketika dia mengadakan siri konsert dan keadaan menjadi tidak terkawal," katanya.


Flores bekerja untuk Britney, 30, pada 2010 dan kini menyaman penyanyi terbabit atas tuduhan serangan seksual.


Kata Flores, Britney secara berulang kali berbogel di depannya dan cuba mengajaknya ke ranjang.


Flores memulakan saman itu pada 2010 dan dijadual didengar di mahkamah tahun ini. - TS



sumber : myMetro

Lepas ditangkap kerana dadah kini gambar tak senonoh artis ini beredar di internet

Posted: 18 Jan 2012 06:15 PM PST


JAKARTA: Sudah jatuh ditimpa tangga. Itu pepatah yang sesuai untuk nasib penyanyi dangdut, Citra Yunita Sari, ketika ini.
Setelah ditahan polis kerana berpesta dadah di sebuah bilik di Big Apple Residence di Mangga Besar, Taman Sari, Jakarta Barat, Isnin lalu, kini gambar seksinya pula menjadi tontonan awam. 
Gambar seksi disebarkan di Internet beberapa hari selepas dia dan teman lelakinya, Foe Soekamto ditahan polis Metro Sawah Besar, Jakarta di sebuah bilik hotel.

Anggota polis turut menemui peralatan untuk menghisap syabu dan sebutir pil ekstasi dalam tangan Foe.



Ujian air kencing yang dijalani oleh Citra mendapati dia positif dadah.


Dalam satu daripada gambar yang disebarkan, Citra mengangkat baju nipis yang dipakai.

Ada beberapa keping gambar di mana dia menunjukkan payudaranya.

Malah, ada juga gambar dia berbogel.

Gambar-gambar seksi itu kini menjadi topik perbincangan panas dalam beberapa forum di Internet. - Detikhot



sumber : myMetro

Menyamar jadi lelaki demi cinta sejenis

Posted: 18 Jan 2012 06:00 PM PST


LONDON: Seperti remaja normal, Gemma Barker kelihatan meminati kumpulan penyanyi lelaki, gemar siri televisyen dan mengimpikan hidup sebagai pelakon.
Namun, di sebalik penampilan sopan itu, remaja berusia 19 tahun berkenaan menjalani hidup songsang yang mendorongnya menyamar sebagai lelaki semata-mata untuk bercinta dengan dua teman wanita yang memberahikannya.

Melalui helahnya itu, Gemma tampil sebagai remaja lelaki supaya dapat berasmara dengan dua mangsanya - masing-masing berusia 15 dan 16 tahun.


Gemma memiliki tiga identiti palsu, iaitu Aaron Lampard, Connor McCormack dan Luke Jones.

Menurut sumber, Gemma memperdaya mangsanya dengan bercakap dan berkelakuan seperti budak lelaki.


Dia juga sering memakai pakaian longgar dan bertopi bagi melindungi bentuk fizikal sebenarnya.



"Gemma membuka akaun Facebook menggunakan identiti Lampard, McCormack dan Jones dengan setiap satu menampakkan personaliti tersendiri," katanya.

Sumber melaporkan, Gemma mengelirukan semua rakan dan keluarganya dengan menampilkan diri sebagai tiga remaja lelaki berbeza.


"Mangsa digoda walaupun kedua-dua mereka belajar di sekolah sama," katanya.

Akhirnya penyamaran Gemma terbongkar apabila mangsa itu mengesyaki mereka berkongsi 'teman lelaki.' "Seorang daripada mereka membuka topi Gemma ketika dia tidur dalam bilik dan menyedari 'lelaki' terbabit adalah orang yang sama dikenali sebagai Lampard dan bercinta dengan rakan mangsa," katanya.


Polis kemudian menahan Gemma kerana disyaki melakukan serangan seksual. - DM



sumber : myMetro

Wanita 'tidur' bawah pokok rupanya mati kena tikam

Posted: 18 Jan 2012 05:45 PM PST


NILAI: Kemusykilan seorang lelaki yang berjoging apabila melihat seorang wanita 'tidur' di bawah pokok membawa kepada penemuan mayat seorang wanita dibunuh kejam dengan kesan tikaman pada lehernya, semalam.
Mayat Raftah Abdul Samad, 51, ditemui terlentang dan berlumuran darah oleh seorang lelaki yang sedang berjoging di taman permainan Taman Desa Melati Fasa 1 di sini, jam 7 pagi. 
Pada mulanya, lelaki itu dikatakan menyangka mangsa yang berpakaian lengkap sedang tidur, namun tidak berani menghampirinya, lantas menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Yusoff Awang berkata, bertindak atas maklumat diterima, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati wanita masih bujang itu sudah meninggal dunia.



"Terdapat kesan tikaman pada leher mangsa dan polis tidak menolak kemungkinan mangsa mati enam jam sebelum itu akibat pendarahan teruk. Satu telefon bimbit dan kunci kereta Proton Saga mangsa turut ditemui padanya.


"Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan berada 50 meter dari mayat mangsa, polis menemui beberapa dokumen dan dompet mangsa berisi wang tunai.

"Berikutan itu, kita menolak unsur samun berikutan semua barangan berharga mangsa tidak dilarikan penjenayah," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai, di sini, semalam. 



sumber : myMetro

Gila..curi 23 tan bahan makanan majikan

Posted: 18 Jan 2012 05:30 PM PST


SUBANG JAYA: Lima pengawal keselamatan dan seorang pemandu di sebuah kilang gula di Batu 3, Shah Alam, berpakat mencuri 23 tan bahan makanan dianggarkan bernilai kira-kira RM58,000 daripada majikan mereka untuk mendapatkan wang tambahan.
Bagaimanapun, kelicikan enam pekerja terbabit yang berpura-pura datang bekerja macam biasa seperti tiada apa yang berlaku gagal mengaburi polis apabila mengesan perbuatan mereka. Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, kecurian dilaporkan pengurus sumber manusia kilang itu yang menerima panggilan daripada kakitangan jabatan logistik mengenai kehilangan gula di gudang simpanan bahan makanan jam 9.30 pagi, Ahad lalu.

"Susulan laporan itu, polis segera ke tempat kejadian dan melakukan siasatan. Hasilnya, kami mengesyaki kecurian dilakukan orang dalam berikutan tiada kesan pecah masuk di kilang berkenaan.


"Berdasarkan rekod keluar masuk pekerja yang bekerja ketika kejadian disyaki berlaku, kami menahan lima pengawal keselamatan dan seorang pemandu kira-kira jam 8 malam sehari selepas kecurian ketika mereka sedang bertugas bagi membantu siasatan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, di sini, semalam.


sumber : myMetro

Penyamun ucap terima kasih lepas samun

Posted: 18 Jan 2012 05:15 PM PST


KUALA LUMPUR: Dua penyamun mengucapkan terima kasih kepada pemilik sebuah kedai runcit selepas menyamun premis itu di sebuah pangsapuri di Jalan Klang Lama, di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 7.10 malam itu, mangsa yang juga wanita yang sarat mengandung berseorangan sebelum didatangi seorang pelanggan lelaki berpakaian serba hitam.

Suami mangsa yang mahu dikenali sebagai Puven, 38, berkata ketika kejadian, dia berada di rumah di tingkat dua blok pangsapuri di kawasan sama untuk mandi dan ketika hendak turun semula ke kedai, dia menerima panggilan daripada isteri yang memaklumkan kedai mereka disamun dua lelaki bersenjatakan parang.


Beliau berkata, dua lelaki itu memasuki kedainya dengan berpura-pura membeli rokok sebelum seorang daripada mereka bercakap dengan isterinya mengenai pelbagai barangan yang dijual di kedainya.

Katanya, seorang lagi yang memakai topi keledar pula berkawal di luar kedai dan menghalang pelanggan lain masuk ke kedai itu dengan menyatakan tuan kedai keluar makan.


"Selepas bercakap dengan isteri saya, tiba-tiba lelaki itu meminta dia mengeluarkan semua wang yang disimpan dalam peti simpanan dan apabila enggan berbuat demikian, lelaki itu mendekatinya sebelum meletakkan pisau di perutnya.



"Akibat panik, isteri menyerahkan semua wang tunai dan kad sim prabayar bernilai RM1,500 kepada lelaki terbabit. Mereka tidak segera meninggalkan kedai sebaliknya terus berbual dengan isteri lebih 10 minit," katanya ketika ditemui, semalam.

Menurutnya, lelaki terbabit menyatakan sekiranya isterinya enggan menyerahkan wang tunai itu secara 'percuma', suspek sanggup meminjam wang itu dengan isterinya dan membayar semula pada hari lain.


"Selain itu, lelaki terbabit mengucapkan terima kasih kerana isteri saya menyerahkan wang kepadanya sebelum beredar.

"Sebelum memasuki kawasan perumahan yang dikawal pengawal keselamatan, kedua-dua lelaki itu dipercayai mengugut pengawal terbabit dengan menyatakan akan memecahkan kepala pengawal itu jika enggan membenarkan mereka masuk, malah mereka dipercayai tinggal di kawasan berdekatan," katanya.


Menurutnya, dia bernasib baik kerana mempunyai kamera litar tertutup (CCTV) di kedainya dan sudah menyerahkan rakaman berkenaan kepada polis ketika membuat laporan di Balai Polis Petaling, semalam.



sumber : myMetro

Awie muntah bulu ayam dan jarum

Posted: 18 Jan 2012 05:00 PM PST


IPOH: Penyanyi rock terkenal, Awie mendakwa menjadi mangsa perbuatan jahat pihak tertentu yang menghantar 'santau tuju-tuju' kepadanya menyebabkan kesihatannya kini terjejas dan mengalami beberapa kejadian pelik termasuk muntah mengandungi jarum dan bulu ayam.
Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, 43, berkata serangan penyakit misteri itu dihidapi sejak beberapa tahun lalu, sebelum ia bertambah serius kebelakangan ini apabila dia turut diserang batuk dan bengkak kaki.
Menurutnya, kejadian terbaru berlaku ketika dia menjayakan persembahan pentas bersama Ella di Istana Budaya, Kuala Lumpur, minggu lalu apabila tiba-tiba beberapa bulu ayam terkeluar daripada mulutnya.

"Usaha saya menjalani perubatan moden tidak memberi jawapan yang memuaskan, lalu atas saranan beberapa rakan, saya mencuba beberapa kaedah perubatan tradisional.



"Ketika menjalani rawatan bersama seorang pengamal perubatan tradisional di Tapah, Perak, baru-baru ini, saya tergamam apabila beberapa jarum halus dan bulu ayam keluar daripada tubuh saya.


"Saya dimaklumkan ia angkara 'buatan orang' yang tidak puas hati dengan saya. Sebelum ini saya tidak percaya sangat perkara mistik, namun saya yakin kewujudan syaitan," katanya ketika ditemui di sini, semalam.



sumber : myMetro

‘Abang Ally matang’

Posted: 18 Jan 2012 04:45 PM PST


KUALA TERENGGANU: "Saya terima abang (Ally Iskandar) sebab dia dapat terima dan hormat keluarga saya seperti keluarganya sendiri, malah keluarga saya juga dapat menerimanya dengan hati terbuka," kata Nurfarahin Romli, 23, bakal isteri pengacara terkenal TV3, Ally Iskandar Mohd Mardzi, 36.
Menurut penuntut tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Incheon, Korea Selatan yang akan menamatkan pengajiannya Disember ini, dia pertama kali bertemu bakal suami dan keluarganya sehari selepas dia bertudung iaitu pada 20 Ogos tahun lalu bersamaan 20 Ramadan apabila diajak adik Ally Iskandar yang juga kenalannya sejak sekolah menengah berbuka puasa bersama abangnya di sebuah restoran di bandar raya ini.

"Saya sudah lama kenal kewujudan abang sebagai pengacara TV3, tetapi ketika itu saya tidak endah sangat sehingga adiknya mengajak saya bertemu abang dan dari situ bermula cinta pandang pertama.


"Walaupun umur kami berbeza 13 tahun, tetapi saya tidak kisah sebaliknya beruntung kerana dia lelaki matang dan lebih penting dapat membimbing saya yang baru berhijrah memakai tudung selepas menunaikan umrah tahun lalu," katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di Kampung Atas Tol, di sini, semalam.


sumber : myMetro

Simbah air panas kepada adik yang berleter

Posted: 18 Jan 2012 04:30 PM PST


KUALA LUMPUR: Tidak tahan mendengar leteran, seorang lelaki berusia lewat 30-an bertindak kejam apabila mencurahkan air panas terhadap adiknya dalam kejadian di rumah mereka di Jinjang Utara, di sini, tengah hari kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, mangsa yang berusia 31 tahun melecur teruk di tangan kanan dan badan selain mengalami kecederaan di kaki akibat terjatuh.

Mangsa kini masih dirawat di wad Hospital Selayang (HS) dan difahamkan, keadaannya stabil.


Menurut sumber, kejadian itu bermula apabila mangsa meleteri abangnya itu yang malas bekerja.

"Mangsa turut memarahi sikap abangnya itu yang sering meminta wang daripada ibu mereka. Ketika itu, abang mangsa sedang membaiki basikal miliknya di hadapan rumah," katanya.


Sumber berkata, akibat tidak tahan dengan leteran itu, abang mangsa memarahi pula mangsa menyebabkan berlaku pertengkaran.



"Selesai bertengkar, abang mangsa terus masuk ke dalam rumah dan kira-kira 15 minit, dia keluar semula dengan membawa cerek sebelum menyimbah air panas ke arah mangsa.

"Mangsa yang cuba melarikan diri bagaimanapun gagal sebelum terkena air panas berkenaan," katanya.


Katanya, mangsa kemudian menggelupur menahan kesakitan sebelum ibunya yang berada di dalam rumah bergegas keluar mendapatkannya.

"Abang mangsa yang panik melihat kecederaan adiknya itu kemudian melarikan diri sebelum mangsa dibawa ke HS untuk rawatan lanjut," katanya.


Mangsa yang melecur di tangan kanan dan badannya itu turut mengalami kecederaan di kedua-dua kakinya dipercayai akibat terjatuh.


Lelaki terbabit dilaporkan stabil namun masih dirawat di hospital berkenaan.


Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di pondok polis hospital berkenaan sebelum kes itu dirujuk semula ke Balai Polis Jinjang, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.


Difahamkan, sehingga kini abang mangsa belum ditahan, namun usaha memburunya sedang giat dijalankan.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan.



sumber : myMetro

Roslin Hashim dah kahwin lain

Posted: 18 Jan 2012 04:15 PM PST



KUALA LUMPUR: "Ya, saya sudah kahwin baru...akhir tahun lalu," demikian secara ringkas pengakuan bekas pemain badminton negara, Muhammad Roslin Hashim.
Selepas sekian lama 'mengunci mulut', Roslin ketika ditemui wartawan, semalam akhirnya akur dengan pertanyaan dan mengesahkan sudah berkahwin kali ketiga dengan seorang wanita yang enggan didedahkan identitinya.


"Saya tak boleh cakap siapa isteri saya demi menghormati keluarga orang rumah (isteri) saya," kata Roslin yang pernah menjadi pemain badminton nombor satu dunia itu. Dia juga berharap perkahwinannya kali ini adalah yang terakhir. Pengakuan itu sekali gus melenyapkan teka-teki dan spekulasi berita perkahwinannya yang tersebar luas sejak kebelakangan ini. Dia berkata demikian selepas selesai prosiding perbicaraan secara tertutup kes tuntutan ganti rugi perkahwinan sebanyak RM53,460 yang dikemukakannya terhadap bekas isteri daripada perkahwinan pertama, Faizah Mohamad, 34, di Mahkamah Tinggi Syariah, semalam.
Faizah selaku defendan yang diwakili peguam syarie, Mohammad Amir Nazli Hussin hadir ke mahkamah dengan berbaju kurung dan bertudung biru ditemani dua saudaranya. Roslin, 37, sebelum ini pernah berkahwin buat kali kedua dengan Pengarah Pemasaran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Nurhayati Othman, 39, pada 9 Julai 2010 sebelum menceraikan isterinya itu 28 hari kemudian.


Terdahulu, pada perbicaraan di hadapan Hakim Syarie Abdul Walid Abu Hassan, Roslin memberi keterangan utama kira-kira 20 minit prosiding berjalan. Peguam syarie yang mewakili Roslin, Roslizam Rahim memberitahu, hakim menetapkan 22 Mac ini tarikh menyambung perbicaraan termasuk tambahan empat saksi.


Menurutnya, pihaknya akan memanggil beberapa saksi dan antaranya termasuk penerbit filem...Dalam Botol, Raja Azmi Raja Sulaiman. Roslin menceraikan Faizah selepas 12 hari mereka melangsungkan perkahwinan.
Pasangan itu bernikah di rumah Faizah di Puchong pada 30 Januari 2009 dan disahkan bercerai pada 12 Mei tahun sama oleh Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya menerusi talak bain sughro.


Pada 21 Oktober 2009, Roslin mengemukakan tuntutan perbelanjaan terhadap Faizah ketika merisik, antaranya cincin bernilai RM1,900, kos pengangkutan (RM200) dan barangan pertunangan (RM2,915).


sumber : myMetro

PLUS beri rebat tol 10 peratus sempena Tahun Baru Cina

Posted: 18 Jan 2012 04:00 PM PST


KUALA LUMPUR: Pengguna lebuhraya PLUS akan menikmati rebat 10 peratus apabila membayar tol menggunakan kad PLUSMiles atau Touch'n Go sempena Tahun Baru Cina ini.
Pengarah Urusan PLUS Malaysia Sdn Bhd, Datuk Noorizah Abd Hamid berkata, pengguna kenderaan Kelas 1 akan menikmati rebat itu pada 19 Jan (Khamis), 23 Jan (Isnin) dan 27 Jan (Jumaat). 
"Rebat ini boleh dinikmati sepanjang hari pada tarikh tersebut. Namun rebat tersebut tidak diberikan kepada pengguna yang membayar tol di plaza tol Bukit Kayu Hitam, Jambatan Pulau Pinang, Tanjung Kupang dan Bangunan Sultan Iskandar.

"Pengguna boleh menuntut rebat itu di pusat khidmat pelanggan PLUS apabila menambah nilai kad elektronik mereka bermula 1 Mac hingga 31 Mei ini," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.



Beliau berkata pemberian rebat itu antara strategi PLUS untuk menggalakkan orang ramai beralih kepada sistem pembayaran elektronik yang lebih mudah dan pantas. - Bernama



sumber : myMetro

Dua pelajar ditahan selepas janda

Posted: 18 Jan 2012 03:35 PM PST


KOTA BHARU: Selepas dua bekas isteri, dua pelajar lelaki berusia 16 tahun pula ditahan berhubung insiden seorang ejen insurans, Wan Hussin Wan Yusof, 52, yang melecur teruk di muka dan badan akibat disimbah sejenis cecair dipercayai asid, Sabtu lalu.
Dua pelajar itu ditahan di rumah masing-masing di Kampung Kutan, Wakaf Bharu, Tumpat, antara jam 2.35 dan 2.45 pagi, semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata siasatan awal mendapati kedua-dua pelajar itu dijanjikan upah oleh seorang daripada bekas isteri mangsa.


Katanya, seorang pelajar sekolah menengah agama dikatakan menyimbah asid terhadap mangsa.

"Kedua-dua pelajar terbabit kini ditahan untuk siasatan lanjut," katanya



sumber : myMetro

Pernah Lihat Al-Qur’an Terbesar di Dunia?

Posted: 18 Jan 2012 03:00 PM PST




INILAH.COM, Kabul – Setelah bekerja selama lima tahun, seorang ahli kaligrafi berhasil menciptakan Al-Qur'an terbesar di dunia. Seperti apa?


Menurut pusat budaya Kabul, kitab raksasa yang berukuran 2,28mx1,55m ini telah mendapat sertifikasi sebagai Al-Qur'an terbesar di dunia dari Kementerian Haj Afganistan dan Badan Keagamaan seperti dilaporkan ST.


Kitab suci umat Islam ini terdiri dari 218 halaman yang terbuat dari kain dan kertas yang beratnya mencapai 500kg. Kitab suci ini dibalut sampul kulit yang terbuat dari 21 kambing dan menelan biaya pembuatan US$500 ribu .


Sang ahli kaligrafi, Mohammad Sabir Khedri, mengerjakan kitab suci ini bersama sembilan mahasiswanya membuat desain yang memadukan skrip emas dengan jutaan titik warna-warni yang membentuk dokarasi simbolis di sekitar laman raksasa kitab ini.

Wanita jumpa mayat suami ketika datang melawat

Posted: 18 Jan 2012 10:00 AM PST


KULIM: Seorang suri rumah berusia 28 tahun menemui mayat suaminya yang telah berbau dalam sebuah bilik di sebuah rumah pangsa di Taman Jati di sini, ketika datang untuk melawat suaminya petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kulim Supt Ghuzlan Salleh berkata wanita itu menemui mayat suaminya G. Manivannan, 38, kira-kira pukul 4.50 petang dan kemudian memaklumkan kepada jiran yang memberitahu polis. 
"Menurut isterinya, mangsa mempunyai empat orang anak hasil perkongsian hidup mereka tetapi mangsa dikatakan seorang yang kuat minum arak menyebabkan mereka tinggal berasingan sejak beberapa bulan lalu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata walaupun kedua-dua mereka tinggal berasingan, isteri mangsa sering melawat dan membawa makanan kepada mangsa yang dikatakan seorang penganggur.



Katanya polis yang tiba di lokasi mendapati mayat mangsa berada dalam keadaan terlentang dan tidak mengesyaki sebarang perbuatan jenayah ke atas mangsa.


Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kulim untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

Dalam satu kes lain, seorang pembantu kedai makan warga Indonesia berusia 36 tahun kerugian RM8,000 termasuk wang tunai, barang kemas dan dua telefon bimbit setelah biliknya di tingkat atas restoran tempat dia bekerja dimasuki orang.

Ghuzlan berkata pembantu kedai itu menyedari akan kehilangan wang tunai dan barang kemasnya selepas mendapati katil dan tilam dalam keadaan berselerak ketika memasuki biliknya.

"Apabila diperiksa tempat dia menyimpan wang tunai dan barang-barang kemas di bilik tersebut didapati semua telah lesap," katanya. -- BERNAMA 



sumber : myMetro

Bapa borek anak rintik

Posted: 18 Jan 2012 09:30 AM PST


ARSENAL kini semakin hampir untuk mendapatkan seorang lagi Robin van Persie iaitu anak lelakinya, Shaqueel yang baru berusia lima tahun.
Arsene Wenger cukup dikenali dengan usahanya menggilap pemain muda dan memberi mereka peluang beraksi dalam kesebelasan utama. 
Biarpun masanya masih lama lagi sebelum anak lelaki Van Persie itu menyarung jersi Arsenal, langkah mendapatkan kanak-kanak itu boleh dilihat sebagai usaha mengikat kapten itu di kelab untuk jangka masa panjang.

Van Persie yang membuat kunjungan ke No 10 Downing Street pada malam Isnin lalu bagi menyokong satu acara kebajikan berkata: "Secara jujurnya saya boleh katakan dia (Shaqueel) mempunyai bakat dalam bola sepak.



"Dia mewarisi banyak sifat saya. Jurulatihnya juga hebat. Arsenal menjemputnya beberapa kali untuk bermain di sana tetapi dia sukakan kelabnya. Dia begitu sensitif dengan persekitaran yang bagus, sama seperti saya."


Penyerang Arsenal yang menjaringkan 18 gol musim ini, menunda perbincangan mengenai kontrak barunya sehingga musim panas akan datang, apabila kontraknya hanya berbaki setahun lagi.

Beberapa kelab kini memantau situasi itu diketuai Manchester City dan dalam wawancara bersama sebuah majalah, Van Persie memberitahu dia mengagumi Barcelona.

"Saya masih fikir anda boleh mencapai banyak perkara apabila bermain bola sepak dengan aksi cantik," katanya.

"Lihat saja Barcelona. Bola sepak mereka unik, menarik untuk ditonton. Kami tidak akan melupakannya tetapi kadang kala ia bergantung kepada aksi pemain individu seperti Lionel Messi atau sesiapa saja. Tiada siapa yang boleh bermain cantik sepanjang masa. Itulah yang saya selalu katakan kepada pemain di Arsenal. Apabila permainan bagaikan tidak lancar, habiskan saja permainan itu.Saya masih meminati bola sepak dan akan terus meminatinya tetapi saya menjadi lebih realistik. Terlalu romantik untuk memikirkan anda boleh memena�ngi perlawanan dengan hanya menampilkan bola sepak menarik. Melainkan jika anda pemain Barcelona."



sumber : myMetro