Adsense

Khamis, 1 September 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Mila Jirin Bakal Gegarkan Pentas Antarabangsa

Posted: 01 Sep 2011 02:35 AM PDT

Penyanyi Popular POP Malaysia MILA JIRIN bakal Mewakili Malaysia Gegarkan Pentas Antarabangsa Di "International POP TV Performer Georgia dengan Kelab Simpanan Cheeky MBSB

Artis Popular POP Malaysia Mila Jirin telah dijemput oleh Georgian Art Festival dan World Association of Festivals and Artiste (WAFA) bagi mewakili Negara Malaysia dan TV Station Astro ke "Golden Talent – International POP TV Performers Batumi Georgia, dengan kerjasama Georgia Art Festival".

Mila akan berkongsi pentas dengan artis-artis antarabangsa di Festival dari 23 buah Negara seluruh Eropah dan Asia yang akan bersama sama berentap di festival ini. Mila juga bakal berkongsi pentas dengan artis-artis ternama dunia yang akan membuat persembahan pembukaan Festival ini seperti Shontele, Amerie ,Blue dan ramai lagi sepanjang Festival ini berlangsung. Festival ini yang akan ditayangkan secara langsung di stesyen TV Georgia (Imedi TV) dan siaran tertunda di 23 buah TV station di 23 buah Negara yang terlibat diantaranya United Kingdom, Itali, Spain, Turkey termasuk Negara jiran kita Thailand.

Berucap di majlis pelancarannya di Dewan Perdana Mutiara, D'Saji Felda, Ketua Bahagian Perniagaan Runcit MBSB , En Azman Aziz berkata, Kelab Simpanan Cheeky MBSB terpanggil untuk bersama sama terlibat sebagai penaja bagi penyertaan Mila Jirin untuk mewakili Malaysia ke "Golden Talent" ini adalah kerana pihak kami melihat dengan kerjasama dan penajaan ini sebagai satu sokongan dan galakan kepada Mila Jirin bagi memperkembangkan karier muzik diperingkat antarabangsa serta diharap dengan penyertaan ini dapat memperkenalkan Malaysia di mata dunia melalui platform hiburan dan bahasa kita melalui lagu-lagu serta menghidupkan semangat 1 Malaysia menerusi festival di peringkat antarabangsa ini. Penajaan ini adalah antara kerjasama strategik yang terjalin antara Kelab Simpanan Cheeky MBSB dan artis Pop terkenal Mila Jirin, sebelum ini Mila juga telah terlibat dalam beberapa promosi bagi Kelab Simpanan Cheeky MBSB untuk Remaja dibawah 18 tahun.

MILA JIRIN yang akan berangkat ke Georgia pada Hari Raya ke-3 (01 September 2011) ini dengan Kerjasama Kelab Simpanan Cheeky MBSB serta Astro selaku penyiar rasmi bagi Negara Malaysia. Festival Golden Talent 2011 Batumi yang dijadualkan bermula pada 07 September 2011 hingga 11 September 2011 ini akan ditayangkan di Astro berjudul "GEORGIA MILA" dan Festival ini akan diadili oleh lebih 20 orang Juri termasuk Artiste terkenal Shontelle dan Amerie.

Bercakap lebih lanjut Mengenai Golden Talent 2011-Batumi, Georgian Art Fest, Festival ini adalah usahasama dengan Kerajaan Kesenian Geogia. Festival ini adalah yang pertama diadakan di Georgia dengan penglibatan stesyen TV terbesar seluruh Eropah dan Negara Asia bagi memeriahkan industri hiburan muzik Pop seluruh dunia dengan kerjsama saluran-saluran TV disemua negara yang terlibat diperingkat antarabangsa.

Mila Jirin yang ditemui pada hari ini kelihatan begitu teruja saat diajukan soalan mengenai penglibatan Mila didalam Festival ini. Mila berkata beliau sangat teruja dan bersyukur apabila Georgian Art Fest dan WAFA menghubunginya dan menjemput beliau untuk menyertai Festival ini, Pihak pengurusan Luvmila Corporation dan MJ Panacea Records melihat ianya adalah satu penglibatan yang sangat baik memandangkan Mila bakal melancarkan Single English dan Album English pertama untuk pasaran Tempatan dan pasaran Eropah. Penglibatan ini diharap dapat dijadikan batu loncatan kepada pengenalan Mila di sana kerana Festival ini bakal ditayangkan di 23 buah Negara sekitar Eropah dan Negara Asia termasuk Malaysia. Walaupun pada permulaannya hasrat Mila untuk ke festival ini hampir terkubur dengan pelbagai masaalah disebabkan tidak mendapat tajaan dari mana mana pihak dan Mila sendiri hampir berputus asa, tetapi Mila sangat bersyukur dan berterima kasih kepada dan Kelab Simpanan Cheeky MBSB kerana telah sudi menaja kos Mila dan krew untuk ke Festival ini. Mila sendiri tidak dapat menggambarkan perasaan terharu apabila Kelab Simpanan Cheeky MBSB berminat untuk menaja Kos perbelanjaan Mila dan Krew untuk ke International TV Competition Golden Talent 2011 ini.

Festival yang bakal berlangsung selama 4 hari ini bermula dari 7 September sehingga 10 September dan bakal berlangsung di Batumi "New Boulevard" dan Mila akan membuat persembahan dalam pertandingan ini pada 8hb dan 9hb September. Mila akan membawakan 2 buah lagu, sebuah lagu berbahasa Melayu iaitu "Kasih Yang Terdampar" yang dipetik dari Album kedua Mila Jiriin dan sebuah lagu yang berbahasa English iaitu kombinasi lagu "Benny and The Jets dan Listen" lagu nyanyian asal Elton John dan Beyonce. Walaupun terpaksa berjauhan dengan keluarga pada hari raya nanti dan berjuang di pentas nyanyian, Mila berharap dapat melakukan yang terbaik dan menggunakan segala pengalaman yang ada dan membawa nama Malaysia di pesada Muzik Antarabangsa.

Sebelum sidang akhbar berakhir, Mila sekali lagi berterima kasih kepada penaja-penaja yang telah menaja Mila untuk ke Georgia terutama kepada Kelab Simpanan Cheeky MBSB serta penaja Lokasi Dewan Perdana Mutiara, Felda Villa D'Saji KL untuk sidang media ini.

Rujukan : www.golden-talent.com

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Mila Jirin Berjaya ke Pertandingan Open Mic UK 2010
  • Mila Jirin Bakal Lancar Album Terbaru & Showcase
  • Gambar Mila Jirin di Malam Gala Nur Kasih The Movie
  • Gambar Mila Jirin AF5 @ Pra Tonton High School Musical 2
  • Apa Kata Survey & Pool gua.com.my; Mila atau Siti Nurhaliza?
  • Gambar Nikki, Mila, Sarimah, Mukhsin dan Hazami
  • Perjanjian Persefahaman MC Voices & Stars Sdn Bhd bersama MAESTRO
  • Mila Jirin Belajar Tulis Lirik Untuk Album Terbaru
  • Photos Mila Kunis 2011 Oscars Red Carpet
  • Magik Mila Bakal Menjuarai AF5?
  • Filem Nasi Lemak 2.0 Dapat Sambutan Meriah

    Posted: 01 Sep 2011 02:27 AM PDT

    NASI LEMAK 2.0 DISAMBUT MERIAH DI MELBOURNE

    NASI LEMAK 2.0 menerima sambutan hangat dari masyarakat Malaysia di Melbourne malam tadi bila filem ini ditayangkan kepada umum buat kali pertama sejak tayangan gala pada 29 Ogos lalu di Cineleisure @e-Curve di Damansara. Penonton berbilang bangsa terdiri dari komuniti Malaysia di sini yang berjumlah hampir 450 orang, sanggup membayar AUD$20 (RM64) untuk peluang menjadi antara yang pertama untuk menonton filem komedi dari Namewee yang dibawa bersama Prodigee Media dan Prodigee UB Entertainment di panggung wayang Hoyts di Melbourne Central.

    Tayangan Nasi Lemak 2.0 di Melbourne, dihadiri beberapa orang pelakon yang terlibat dengan filem ini, termasuk Namewee yang merupakan tunggak utama produksi selain bertanggungjawab untuk lakonlayar dan menghasilkan muzik untuk runut bunyi Nasi Lemak 2.0.

    Juga menghadiri tayangan ini, pelakon dan penyanyi terkenal Adibah Noor, Miss Universe Malaysia 2010 Nadine Ann Thomas, pemuzik dan pelakon Dennis Lau dan pendatang baru Felixia Yeap.

    Para pelakon berkesempatan bertemu peminat dalam sesi khas yang diaturkan bagi mereka yang membeli barangan Nasi Lemak 2.0 termasuk runut bunyi, kemeja t dan juga buku resipi filem ini yang merupakan koleksi istimewa gambar dan bahan lain sebalik tabir pembikinan filem Nasi Lemak 2.0.

    Melbourne

    Penerbit eksekutif bersama Nasi Lemak 2.0 merangkap penulis bersama lakonlayar, Fred Chong mengata Melbourne dipilih untuk tayangan berbayar pertama file mini, kerana banyak persamaannya pada tanahair.

    "Bukan sahaja Melbourne diberikan penghormatan sebagai bandar paling bagus untuk menetap – yang menjadi gelaran  idaman kami untuk diberikan pada mana-mana Bandar di tanahair, kita memilih Melbourne juga kerana ia berlatarbelakangkan masyarakat berbilang bangsa dan agama seperti di Malaysia.

    "Lagipun, sejak tayangan gala Nasi Lemak 2.0, kami mempunyai masa dalam seminggu setengah sehingga file mini dibuka untuk tayangan umum seluruh Negara dan kami ingin satu Malaysia tahu mengenai filem ini yang meraikan keistimewaan kami sebagai masyarakat berbilang bangsa dan agama."

    Tayangan di Melbourne disambut meriah komuniti Malaysia disini dan turut dihadiri Konsul Besar ke Victoria Dr Mohd Rameez Yahaya.

    "Untuk sebuah produksi berbahasa Cina tempatan, Nasi Lemak 2.0 sudahpun memecahkan rekod sebagai filem paling banyak salinan diedarkan, iaitu sebanyak 70 salinan," kata Fred.

    "Ini mengalahkan jumlah 60 salinan yang diedarkan untuk filem Good Day, yang ditayangkan pada awal tahun."

    Beliau juga mengatakan tenaga produksi menjangka lebih permintaan pada masa yang terdekat untuk salinan lebih dengan sambutan yang begitu mengalakkan sejak dua tayangan yang diadakan.

    "Buat masa sekarang, kami kini dalam perbincangan terakhir untuk tayangan Nasi Lemak 2.0 di Singapura juga. Sebenarnya memandangkan kebanyakan lawak jenaka ini lebih pada selera penonton tempatan, sebenarnya tidak terlintas buat kami membawa filem ini lebih jauh daripada itu, tetapi kami tidak akan menolak kemungkinan itu jikalau ada permintaan."

    Selain daripada tayangan Nasi Lemak 2.0, masyarakat Malaysia disajikan dengan pelbagai aktiviti oleh barisan pelakon yang hadir di Melbourne.

    Para pelakon menghadiri majlis rumah terbuka di Malaysia Hall disini bersama lebih 150 rakyat Malaysia yang berkumpul untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

    Selain itu, mereka juga memeriahkan majlis menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia di Grand Hyatt di Melbourne yang turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan juga presiden MIC, Datuk G. Palanivel selain 60 tetamu yang merupakan konsul di sini dari pelbagai negara.

    Melbourne

    Namewee and Felixia juga mengadakan persembahan khas di kelab Billboard yang juga menampilkan dua DJ terkenal dari Malaysia, Goldfish dan Blink untuk 'countdown' Hari Merdeka, sementara Dennis Lau membuat persembahan khas di Crown Casino.

    Namewee tersentuh dengan sambutan mengalakkan Nasi Lemak 2.0 dari para penonton berbayar yang pertama untuk filem ini, dan mengatakan ia di luar jangkaan.

    "Memang saya rasakan, Nasi Lemak 2.0 akan diterima baik kerana filem ini meraikan keistimewaan kami sebagai rakyat Malaysia – dengan masyarakat majmuk berbilang bangsa dan agama.

    "Walaubagaimanapun, sambutan di sini oleh penonton yang sanggup membayar lebih 6 kali ganda bayaran tontonan di panggung wayang di Malaysia, menjadi pembakar semangat untuk bersiap sedia untuk filem ini ditayangkan di tanahair."

    Dikenali kerana kontroversi disebalik kelantangannya bersuara, Namewee mengharapkan Nasi Lemak 2.0 menjadi bukti, beliau tidak mempunyai niat yang tidak elok dalam mengkritik.

    "Mungkin sebelum ini, ramai ingat yang saya hanya pandai mengkritik, dan saya hanya berani melakukannya di saluran Internet melalui Youtube. Kini, saya mempunyai buah tangan dalam filem ini, yang dapat memberikan gambaran yang lebih jelas niat saya, iaitu untuk melihat sebuah Malaysia yang meraikan segala perbezaan masyarakat kami yang berbilang bangsa dan agama.

    "Saya terharu dan mengharapkan sambutan di tanahair juga sebegini bila tayangan Nasi Lemak 2.0 bermula di Malaysia pada 8 September nanti."

    Adibah Noor yang turut membintangi filem ini sebagai antara watak utama, juga menyuarakan kebanggaannya terhadap hasil Namewee.

    "Saya bangga menjadi sebahagian filem ini kerana dalam menghibur, Nasi Lemak 2.0 adalah 'resipi' kearah visi Perdana Menteri kami  kearah 1Malaysia.

    "Sambutan dari tayangan hari ini adalah bukti kita semua mampu gelak ketawa perbezaan antara kami dalam masyarakat berbilang bangsa dan agama – dan dalam masa yang sama, menerima segala perbezaan tersebut yang membuatkan kami suatu masyarakat yang unik."

    Nadine Ann Thomas bersetuju kenyataan Adibah dan mengatakan walaupun Nasi Lemak 2.0 berunsurkan lawak ringan, ia diselit dengan pesanan yang penting buat semua rakyat Malaysia.

    "Dalam gelak tawa, Nasi Lemak 2.0 membuktikan kami saling memerlukan kearah Malaysia yang lebih hebat!

    "Lawak yang diketengahkan oleh filem ini adalah cara yang baik untuk ketengahkan mesej penting ini kepada semua rakyat Malaysia dan saya turut bangga menjadi sebahagian Nasi Lemak 2.0 yang meraikan keistimewaan kami sebagai rakyat Malaysia, terutamanya pada Hari Medeka yang kami sambut hari ini."

    NASI LEMAK 2.0 memperlihatkan pemikiran menarik dari pengarah baru, Namewee dalam sebuah satira yang mudah.

    Garapan idea penulis skrip bersama Namewee dan penerbit bersama dan penerbit eksekutif Nasi Lemak 2.0, Fred Chong menawarkan lapisan yang mampu diterima dalam komedi yang disadur elemen sinis

    Diketengahkan sebagai hiburan ringan, terselit unsur kritikan dan sindiran dalam filem ini, Nasi Lemak 2.0 menawarkan watak-watak yang berjaya menambat dan mencuit hati penonton.

    Kritikan social yang tajam memastikan Nasi Lemak 2.0 melampaui sebuah komedi menghiburkan yang mencabar stigma sosial masyarakat.

    Moral seringkali berlingkar disebalik lawak jenaka, membuktikan Namewee berjaya menemui formula untuk menyampaikan kritikan sosial kepada masyarakat, yang disampaikan secara lawak sambil menghulurkan sindiran tajam.

    Nasi Lemak 2.0 berkisahkan seorang tukang masak yang mencari identitinya melalui masakan – dalam cubaannya untuk mendapat resipi untuk nasi lemak terbaik.

    Nasi Lemak 2.0 dibintangi Namewee, Adibah Noor, Karen Kong, Afdlin Shauki, Kenny & Chee, Reshmonu, Dennis Lau, Nur Fathia, Nadine Thomas, Pete Teo, Ho Yuhang, Dian Sharlin dan Felixia Yap.

    Difilemkan keseluruhannya dengan kamera DSLR, dengan peruntukan kurang RM 1 juta, cubaan Namewee yang pertama ini disajikan melalui bahasa Mandarin dan Kantonis, serta dialek Cina lain serta Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Tamil.

    Untuk sedutan video dari Melbourne dan banyak maklumat selanjutnya mengenai Nasi Lemak 2.0, sila layari http://www.facebook.com/nasilemak2.0 atau laman sesawang Nasi Lemak 2.0 di http://www.nasilemak2.com

    Melbourne

    Tags: ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Karnival Nasi Lemak Kopi O di Laman Budaya Taman Tasik Shah Alam
  • Sekitar Karnival Ulangtahun TV9 Nasi Lemak Kopi O
  • Nasi Lemak Kopi O Musim Baru
  • Sekitar Karnival Nasi Lemak Kopi O
  • The Fabulous Cats Lebarkan Sayap Ke Indonesia
  • Yatt Hamzah
  • Perlawanan Bowling Piala Apa-Apa Aje & Remaja
  • Harga Buffet Berbuka Puasa di Restoran Pavilion KL
  • Gambar Readers ToGether Gather – Filem Kayangan
  • Malam Gema Puisi Gaza TV9