macam macam hiburan terkini |
- Eksklusif: Yusry, Lisa naik pelamin 2012
- Melodi Raya 2011 kumpul 400 artis
- Farhan AF: ‘Inilah dia kekasih saya’
- Faezah Elai: Bangga pegang watak isteri PM
- Suami belasah isteri semasa sahur
- Mamat Exist didenda RM1,000
- 'Orang Emas' kena tahan: ‘Saya tak tahu ini salah’
- Kontroversi Punca Jodoh Faezah Elai & Heykal
- Raja Farah Jaga Adab Selepas Bertudung
- Tiada Keraguan! SimplySiti Sah Halal, Selamat – JAKIM
- Lamar kekasih dengan cara unik
- Bekas kapal perang jadi hotel
- Joey sah bercerai, nafi angkara orang ketiga
- Ramli MS Mahu Saman Penganjur Konsert Francissca Peter
- Anak Lelaki Chef Wan Ingin Lamar Ana Dahlia
- Shuib Gembira Siti Sarah Mengandung Bayi Lelaki
- Fida & Mamat (Sepah) Mengaku Kawan Rapat
- Shuhaimi Baba Bimbang Adegan Panas 'Tanda Putera' Dipotong
- Mahkamah Sahkan Joey Bercerai Talak Satu
Eksklusif: Yusry, Lisa naik pelamin 2012 Posted: 12 Aug 2011 09:05 PM PDT Pengarah KRU Studios, aktres popular belum pilih tarikh sesuai KUALA LUMPUR: Buat pertama kali, pengarah KRU Studios, Yusry Abdul Halim, 38, mengakui dirinya sedang bercinta dengan aktres popular, Lisa Surihani Mohamed, 25, sekali gus mengesahkan segala gosip sebelum ini dan jika tiada aral melintang akan ke jenjang pelamin tahun depan. |
Melodi Raya 2011 kumpul 400 artis Posted: 12 Aug 2011 09:02 PM PDT FRASA '3 DIMENSI' dipilih sebagai tema Melodi Raya 2011 tahun ini, sejajar dengan gabungan konsep berteraskan tiga elemen iaitu nyanyian, komedi dan temu bual sensasi. Memastikan penonton dapat melihat dengan jelas konsep yang diketengahkan, berserta bahan bakal dipaparkan menerusi program khas itu, rakaman Melodi Raya 2011 dipecahkan kepada dua bahagian. Penerbitnya, Azman Ghaffar, berkata paparan episod pertama memberi fokus kepada nyanyian dan persembahan sketsa manakala episod kedua pula, menumpukan pada temu bual sensasi. "Ada sedikit kelainan pada rakaman Melodi Raya 2011 kali ini. Dulu rakamannya diadakan di satu lokasi yang sama dan dibahagikan kepada dua episod. Berbeza tahun ini, rakaman episod 1 dan 2 diadakan secara berasingan. Rakaman episod pertama memilih PWTC (Pusat Dagangan Dunia Putra) sebagai lokasi manakala Episod 2 di studio TV3. "Apa yang menariknya mengenai Episod 2 yang dikendalikan Wahid dan Dira Abu Zahar, turut menampilkan dua pengacara jemputan cukup hebat iaitu bekas pengacara Melodi, Raja Azura yang bergandingan dengan Sharifah Shahira. "Fokus isunya juga berbeza apabila Episod 2 Melodi Raya memaparkan temu bual serta luahan hati dua aktres jelita yang memegang status ibu tunggal, Natasha Hudson dan Maria Farida dalam segmen Artis Ibu Tunggal. "Segmen S.A.M.A.N (Selesai Apa Masalah Artis Negara) pula memberi peluang kepada kumpulan Meet Uncle Hussain bersama bekas vokalis mereka, Lan The Typewriter termasuk Iqam Dinzly dan Arja Lee untuk mengubah persepsi penonton terhadap masalah atau gosip yang mencalar imej mereka sebagai anak seni. "Ini adalah suatu kelainan yang dipaparkan Melodi Raya 2011 yang tidak pernah dipertontonkan sebelum ini," katanya. Azman turut menjelaskan, pembabitan bekas pengacara Melodi seperti Kak Engku adalah idea yang sudah lama difikirkan untuk Melodi Raya. "Kalau boleh Melodi Raya kali ini kami nak panggil semula Kak Ogy (Fauziah Ahmad Daud) dan beberapa lagi pengacara yang pernah mengendalikan Melodi. Selain Kak Engku, Wahid antara bekas pengacara Melodi yang terbabit dalam rakaman ini," katanya. Meneruskan perbualan kepada penerbitan Melodi Raya 2011 Episod 1, sebagaimana dimaklumkan ia lebih menjurus kepada persembahan. Rakaman di PWTC, Rabu lalu, menampilkan persembahan daripada artis terkenal antaranya Hattan yang menyampaikan lagu Duit Duit, Senario (Puasa & Raya), Alyah (Kisah Hati), Datuk M Nasir (Hati Emas), Hafiz (Awan Nano dan Noktah Cinta), Mirwana (Itu Ini Begitu Begini), Fauziah Latiff (Selamat Hari Raya), Black (Leia) dan Awie Rafael (Pulanglah). Tidak hanya persembahan secara solo, rakaman ini turut menampilkan kolaborasi antara penyanyi baru dan lama. Fauziah Latiff (Jee) dan Alyah buat pertama kalinya berkongsi pentas menyampaikan lagu Dia antara hit terbaik nyanyian Jee. Hattan dan Black, dua penyanyi rock yang memiliki vokal luar biasa berganding menyampaikan lagu, Gerhana. Sementara Satu Hari Di Hari Raya, 'masterpiece' kepunyaan M Nasir berkumandang sebagai penutup persembahan yang menghimpunkan semua yang terbabit di pentas. Seiring tema 3 Dimensi yang menggabungkan tiga elemen, nyanyian, komedi dan temu bual sensasi, persembahan sketsa daripada Saiful Apek dan Johan Raja Lawak yang berjudul, Penyanyi Pujaan manakala Akibat Main Mercun disampaikan mereka bersama Zizan. Juara Maharaja Lawak, Sepah pula mempersembahkan dua sketsa, Bergaduh Nak Balik Kampung serta Tak Puasa. Kumpulan lawak senior, Senario juga menghiburkan penonton menerusi dua sketsa, Puasa & Raya serta Raya Apa Yang Paling Seronok. Rakaman Melodi Raya 2001 Episod 1 ini diadakan di Dewan Tun Hussein Onn, membabitkan hampir 400 artis dari pelbagai cabang seni dan pembabitan mereka ini diakui Azman mencipta sejarah tersendiri buat Melodi. Selebriti yang hadir Ifa Raziah, Man Bai, Zarina Zainudin, Elly Mazlein, Siti Sarah, Raja Farah, Ana Dahlia, Farahdhiya, Erry Putra, Azwan Ali, Kila Fairy, Eina Azman, Ajai dan ramai lagi. "Harapan saya terhadap Melodi agar Melodi Raya 2011 ini diteruskan pada masa akan datang kerana belum pernah ada program hiburan sebegini rupa mampu mengumpulkan seramai 400 artis," katanya. Majlis yang dianjurkan oleh stesen TV3 dengan kerjasama PWTC, turut mengadakan majlis berbuka puasa bersama 40 anak yatim dari Rumah Amal Belaian Kasih (RABEKA), Ampang termasuk artis popular yang hadir sebagai jemputan dan tetamu persembahan. Anak yatim yang terbabit turut mendapat sumbangan duit raya dan cenderahati daripada Setiausaha Kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusoh dan Ahli Lembaga PWTC, Datuk Mohd Hafarizam Harun sambil diiringi Ketua Pegawai Ekserkutif PWTC, Maxson Abdullah H Jaafar dan Ketua Pegawai Operasi Media Prima, Ahmad Izham Omar. |
Farhan AF: ‘Inilah dia kekasih saya’ Posted: 12 Aug 2011 09:01 PM PDT HAMPIR tidak pernah ada gosip cinta mengaitkan Nur Farhan Azizan, 27, dengan mana-mana lelaki sebelum ini. Pandai betul bekas peserta program realiti TV Akademi Fantasia 4 (AF4) ini menyimpan kemas cerita peribadi kerana selalunya cerita yang terpapar mengenainya hanyalah berkenaan aktiviti seni dan beberapa isu hiburan lain. Namun, ketika terbabit dengan majlis 'Great Eastern Mall Annual Tenants Gathering Hari Raya Fashion Showcase' anjuran kompleks beli-belah itu Rabu lalu, segala-galanya terdedah apabila Farhan membuka mulut bercerita serta memperkenalkan kekasihnya, Ahmad Rashdan Suhaimi, 27, kepada media. Itu pun selepas puas dipujuk kerana niat awalnya hanya membawa kekasihnya sebagai teman majlis berbuka puasa serta pertunjukan fesyen yang turut disertai hampir 20 artis lain. Namun, cerita lain pula yang timbul kerana sememangnya senario itu lebih membuka mata. Akui Farhan, mereka mula berkenalan sejak lima tahun lalu ketika dia tersingkir daripada program nyanyian yang pernah mencetuskan fenomena itu. Bagaimanapun, masing-masing tidak mesra kerana ada ego tersendiri. "Kami hanya kenal melalui kawan. Namun, entah bagaimana kami boleh jadi rapat dan seterusnya berputik pula rasa cinta antara satu sama lain. Mungkin ini takdir kami ditemukan dalam cara begini," katanya yang anggun mengenakan pakaian ciptaan Bareeze pada majlis itu. Kata Farhan, ketika bercinta mereka terpaksa berjauhan apabila kekasihnya menyambung pelajaran dalam ke peringkat sarjana dalam bidang kewangan di sebuah universiti terkemuka di United Kingdom. Bagaimanapun, hubungan jarak jauh ini tidak sedikit pun menjejaskan perasaan yang sudah berputik. "Saya lega kerana selepas tiga tahun di sana, Rashdan akhirnya kembali ke tanah air 21 Julai lalu. Alhamdulillah, keluarga juga merestui perhubungan ini dan kami merancang mengakhiri hubungan ini ke jenjang pelamin tahun depan," katanya. Ditanya mengenai cara mereka meluahkan perasaan, Farhan menjelaskan disebabkan ego masing-masing, perasaan itu hanya diluahkan kepadanya oleh Rashdan menerusi pelbagai lagu antaranya lagu Cintamu nyanyian Dygta yang menampilkan Ira. "Rashdan nampak macam sombong, tapi sebenarnya seorang yang kelakar. Dia juga pandai ambil hati saya dan pandai pula memujuk. Saya sebenarnya seorang yang keras hati. Tak dinafikan percintaan jarak jauh memang mencabar. Kami selalu berdebat tapi sebenarnya inilah yang merapatkan kami berdua. "Saya berasakan sudah masanya perlu memperkenalkan Rashdan kepada semua. Tak perlu lagi sembunyi macam dulu. Sebenarnya kami juga nak cepat ke gerbang perkahwinan kerana terlalu banyak dugaan kami hadapi ketika bercinta," kata Farhan kini menjalankan bisnes Farhan Cookies untuk Aidilfitri. Ketika Farhan baru membuka cerita kepada Rap, Rashdan berada agak jauh dari situ. Mungkin rasa 'bersalah' mendedahkan perkara ini tanpa berbincang terlebih dulu dengan kekasihnya, Farhan segera mendapatkan Rashdan dan membawanya turut serta dalam temu bual ini. Jejaka berasal dari Kuantan, Pahang ini memberitahu pada mulanya tidak kenal apalagi meminati Farhan seperti seorang rakannya. "Saya sendiri tak pernah tengok AF4. Tapi selepas Farhan tersingkir daripada AF4, seorang kawan ajak saya pergi ke majlis sambutan hari jadi Farhan. Dari situ kami kenal dan mula serius beberapa bulan sebelum Aidilfitri 2007," katanya yang bekerja sebagai Pengurus Acara & Jenama Antarabangsa di sebuah syarikat hartanah. Ditanya ciri-ciri yang ada pada Farhan sehingga membuatkannya terpikat, anak sulung empat beradik ini berkata, dia sangat menyukai masakan Farhan. "Dia masak makanan yang saya suka dan ajak ke rumahnya. Walaupun hanya sup kosong, ia memang kesukaan saya. Saya pun sudah rapat dengan keluarga Farhan dan dia juga boleh serasi dengan keluarga saya. Kami ingin bertunang sebelum kahwin dan mungkin awal tahun depan," katanya yang kagum dengan sikap Farhan yang pandai berdikari mencari rezeki. Memberitahu lagi kenangan cinta mereka, Rashdan berkata dia pernah menghadiahkan lagu Loving You buat Farhan. Ketika itu mereka belum meluahkan perasan, tetapi Farhan selalu menyanyikan lagu itu ketika di dalam kereta. |
Faezah Elai: Bangga pegang watak isteri PM Posted: 12 Aug 2011 09:00 PM PDT "DIA seorang lelaki sejati," kata pelakon semakin mencipta nama, Faezah Elai, 29, mengenai lelaki yang bakal dinikahi yang juga pengarah drama dan duda anak tiga, Heykal Hanifah, 38. Ternyata wajahnya kelihatan sangat berbunga apabila bercerita mengenai tarikh pernikahannya yang dijadualkan berlangsung pada 9 September ini di rumah kelahirannya di Gelugor, Pulau Pinang. sebelum selepas Foto KECAPI BAHAGIA...Faezah dan Heykal bersama bonda masing-masing. Foto BERBAKAT...reaksi Faezah menjayakan watak Tun Rahah sewaktu muda. Foto Ditemui pada majlis doa selamat selepas selesai penggambaran dan berbuka dan puasa memperkenalkan barisan pelakon Tanda Putera di Perbadanan Filem Nasional (Finas) baru-baru ini, kata Faezah atau nama sebenar, Noor Faezah Elai, dia menerima Heykal kerana menyenangi sikap pengarah itu. Pengakuan Faezah bakal dinikahi Heykal sudah tentu sedikit sebanyak akan menimbulkan perasaan skeptikal di kalangan peminat. Apatah lagi sebelum ini namanya turut diheret sama dalam masalah rumah tangga pengarah itu. Lebih menyakitkan apabila pelakon yang memegang peranan sebagai Tun Rahah Mohd Noah dalam Tanda Negara, didakwa punca kepada perceraian Heykal dan bekas isterinya, Pengurus Muzik dan Media KRU Studios, Jaja Nadzir. "Seperti yang saya perjelaskan sebelum ini, saya tiada kaitan dengan masalah dihadapi mereka berdua, tetapi apabila nama saya diheret, barulah saya rapat dengan Heykal. Itu pun apabila saya menghubunginya untuk meminta penjelasan apa yang sudah berlaku dan kenapa nama saya turut diheret sama. "Ekoran peristiwa itu, Heykal menghubungi saya untuk menjelaskan kedudukan sebenar dan mahu meyakinkan yang saya tiada kena-mengena dalam masalah rumah tangga dihadapinya. "Bagaimanapun, kontroversi rumah tangganya yang dikaitkan dengan saya menjadi besar menyebabkan kami selalu bertemu bagi mencari jalan penyelesaian. Akhirnya selepas tiga bulan, kami terus menjadi rapat," katanya. Faezah juga menegaskan perhubungannya dengan Heykal berlaku selepas pengarah itu berpisah dengan bekas isterinya. Sebelum itu dia hanya mengenali bakal suaminya sebagai pengarah dan tidak lebih daripada itu. Bercerita mengenai perasaannya untuk bergelar isteri, kata Faezah sebenarnya dia tidak sempat untuk merasai apa-apa memandangkan kesibukannya menghabiskan beberapa projek yang masih tertunda. "Saya baru selesai menjalani penggambaran drama Di Mana Kan Ku Cari Ganti arahan Osman Ali. Selepas ini, saya ada satu lagi penggambaran drama sebelum hari raya. "Saya memang tidak ada cuti langsung dan tak boleh nak fikir bagaimana perasaan saya bakal menjadi raja sehari. Saya serahkan segala-galanya kepada perunding perkahwinan untuk membantu membuat segala persiapan. Tunggulah bila tiba hari nikah, baru saya akan fikirkan," katanya. Orang kata, tidak mustahil seseorang lelaki itu mengulangi perkara sama apabila berlaku perceraian. Bagi Faezah sendiri, tidakkah dia bimbang perkara itu akan terjadi? Memberikan komen membabitkan kenyataan itu, Faezah mengakui sedikit pun dia tidak takut. "Saya menerima Heykal dengan hati terbuka kerana saya tahu apa yang berlaku sebelum ini. Saya faham mengenai perpisahan dia dengan bekas isterinya. Saya tidak berhak bercakap mengenai kehidupan lampaunya, namun saya tahu isi hati bakal suami saya," katanya bersungguh-sungguh. Faezah turut memberitahu dia beberapa kali bertemu dengan anak Heykal sebelum ini dan ternyata mereka merestui keputusan dibuat bapa mereka. Beralih kepada pembabitannya dalam filem Tanda Negara arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba, Faezah mahu menjadikan filem yang mengisahkan pengorbanan dan persahabatan Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak dan timbalannya, Allahyarham Tun Dr Ismail sebagai medan menguji bakat. "Saya masuk ke dalam industri seni ini bukan untuk suka-suka sebaliknya mahu membuktikan saya pelakon serba boleh dan bakat dimiliki tidak terhad kepada watak ringan saja. "Ternyata watak bekas wanita pertama negara, Tun Rahah satu penghormatan bagi saya apatah lagi watak itu tokoh dihormati ramai dan masih hidup," katanya. Sebagai pelakon, apa yang diperoleh Faezah menjadi idaman ramai dan selalunya hanya mereka yang berkaliber saja diberikan peluang memainkan peranan tokoh besar yang masih hidup seperti Meryl Streep melakonkan watak Margaret Thatcher, Datuk Michelle Yeoh (Aung San Suu Kyi) dan Jennifer Hudson melakonkan watak Winnie Mandela. Menjelaskan tawaran diterima daripada Pesona Pictures, kata Faezah dia dipanggil pihak produksi untuk menjalani uji bakat. Tambahan pula sebelum ini dia pernah menjayakan drama Dolce Amira yang diterbitkan mereka. "Melakonkan watak Tun Rahah memang benar-benar mencabar kerana tidak banyak rujukan diperoleh selain daripada bahan bacaan mahupun sedutan dokumentari mahupun berita. Sepanjang sesi latihan dan penggambaran saya tidak berkesempatan bertemu Tun Rahah jadi segalanya bergantung kepada kreativiti dan pemerhatian mata kasar. "Mengambil contoh melihat sedutan sewaktu Allahyarham Tun Abdul Razak dikebumikan, saya nampak orang sekeliling menangis kecuali Tun Rahah. "Untuk melakonkan kembali babak itu tidak mudah kerana saya tidak boleh membayangkan apa yang sedang bermain dalam fikiran mahupun emosi Tun Rahah ketika itu. Ia benar-benar mencabar saya sebagai pelakon," katanya. Begitupun kata Faezah, cabaran yang diperoleh membuatkan dia puas. Apatah lagi bekerja dengan Shuhaimi atau mesra dengan panggilan Shumi sebagai pengarah banyak mencabarnya dengan bertanyakan pelbagai soalan. "Tidak seperti pengarah lain, Shumi akan bertanyakan kepada pelakonnya pelbagai soalan bagi memastikan kami benar-benar faham apa yang ingin dilakukan. Kadang-kadang soalan yang diajukan itu membuatkan kita sebagai pelakon berfikir, sekali gus membantu kita memberikan persembahan terbaik," katanya. PROFIL: NAMA PENUH: Noor Faezah Elai TEMPAT LAHIR: Gelugor, Pulau Pinang TARIKH LAHIR: 16 Ogos 1982 USIA: 29 tahun STATUS: Bujang ADIK BERADIK: Anak sulung daripada tiga beradik PENDIDIKAN: Diploma Fesyen, Universiti Teknologi Mara (UiTM) HOBI: Mendengar muzik KERJAYA: Pelakon, pengacara dan model FILEM: Otai, Adik Manja Returns, Cun, Awekku Pontianak, Senjakala, Mantera dan Tanda Putera. DRAMA: Antaranya, Cinta & Keadilan, Enigma, Cempaka Berbunga, Sitkom Puteri, Sutera Maya, Hartamas, Anak Mamak Menantu Mami, Dendam Kesumat, Asmara 1 & 2. IKLAN: Kotex, Canon, Milo, Radox, Vanish dan Celcom. HOS RANCANGAN: Mango TV (8TV), TV Trivia (TV3), Inspirasi Comel (RTM), Gegar U (Astro), Hypermarket Saga (TV9) dan Seri (TV3). PENCAPAIAN: Best TV Look Elite Model Search 2006 sempena KL Fashion Week dan 50 Goergeous People bagi majalah Female. |
Suami belasah isteri semasa sahur Posted: 12 Aug 2011 08:58 PM PDT PETALING JAYA : Seorang suami yang kemaruk seks sanggup menumbuk, memijak dan memukul isterinya sebaik mangsa enggan mengadakan hubungan kelamin selepas pasangan berkenaan bersahur di rumah mereka di Bandar Sri Damansara, di sini kelmarin. Tidak cukup membelasah isterinya yang berusia 18 tahun, suami berkenaan turut mengugut mahu membunuhnya dengan pisau pemotong daging kerana kehendaknya untuk melakukan hubungan seks tidak ditunaikan. Kejadian yang berlaku kira-kira jam 5 pagi turut menyebabkan mangsa yang bekerja sebagai kerani cedera di kaki kanan selain lebam di muka serta seluruh badan. Wanita terbabit yang mahu dikenali sebagai Linda berkata, disebabkan sudah hampir tamat waktu Imsak , dia menolak pelawaan suaminya dengan sopan namun suaminya tetap memaksa. Katanya, akibat dipaksa dia menolak pelawaan suami dengan mengatakan jika dia bersetuju dengan pelawaannya, dia akan membatalkan puasa dan tidak akan menghalalkan tindakannya itu. |
Posted: 12 Aug 2011 08:57 PM PDT JOHOR BAHRU: Bekas vokalis kumpulan Exist, Mohd Ali Kamarudin atau lebih dikenali sebagai Mamat dijatuhi hukuman denda RM1,000 dan pengawasan polis selama dua tahun selepas mengaku bersalah memasukkan dadah ke dalam badannya, tahun lalu. Mamat, 33, yang popular menerusi lagu Untukmu Ibu pada tahun 90-an didakwa memasukkan dadah jenis methamphetamine di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya pada 9 November tahun lalu pada kira-kira jam 3.35 petang. Dia membuat pengakuan itu di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, sebaik pertuduhan selesai dibacakan jurubahasa mahkamah di depan Majistret Maslinda Selamat. Tertuduh disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda RM5,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali. Mamat dalam rayuannya meminta mahkamah meringankan hukuman kerana sudah insaf selain menanggung tiga anak. |
'Orang Emas' kena tahan: ‘Saya tak tahu ini salah’ Posted: 12 Aug 2011 08:55 PM PDT Dia yang mahu dikenali sebagai Elvis, 42, berkata menjadi 'orang emas' atau 'Gold Man' adalah sumber rezekinya dan pendapatan diperoleh agak memuaskan serta mampu menampung isteri dan dua anak berusia dua bulan dan tiga tahun yang tinggal di Ipoh, Perak. "Saya diberi jaminan oleh rakan bahawa pekerjaan ini tidak salah dan pihak berkuasa tidak akan mengganggu serta dijanjikan pulangan pendapatan dengan sekelip mata. "Tanpa berfikir panjang, saya membeli tiket ke Kuala Lumpur seminggu lalu. Ini hari keempat saya bekerja sebagai Gold Man. Tidak sangka akan ditahan pihak berkuasa," katanya. Elvis berkata, kini dia risau memikirkan nasib isteri dan anaknya jika kesalahan yang dilakukan akan menyebabkannya didakwa serta ditahan dalam tempoh yang agak lama. "Saya buntu memikirkan nasib isteri dan anak yang masih kecil, bagaimana isteri akan mencari wang untuk menampung kehidupan mereka kerana selama ini dia tidak pernah bekerja," katanya. Katanya, sepanjang empat hari melakukan pekerjaan itu dia mampu memperoleh pendapatan antara RM100 dan RM200 dalam sehari. Apa yang dilakukannya hanyalah berdiri dengan meletakkan satu tin kosong dan mengharap simpati orang ramai memasukkan duit bagi membolehkannya membuat pelbagai gaya sambil orang ramai merakam gambar bersamanya. Elvis berkata, selepas mengetahui apa dilakukannya menyalahi undang-undang dia menyesal dan akan lebih berhati-hati memilih pekerjaan pada masa hadapan. Sementara itu, Ketua Bahagian Warga Tua dan Keluarga JKM Wilayah Persekutuan, Mujah Hamat berkata, kegiatan Elvis yang meraih simpati agar diberikan sumbangan kewangan dianggap sebagai mengemis. "Dia akan disiasat mengikut Seksyen 32 Akta Orang Papa 1977 dan boleh ditahan untuk tempoh sebulan," katanya |
Kontroversi Punca Jodoh Faezah Elai & Heykal Posted: 12 Aug 2011 09:41 AM PDT Jelas Faezah, dia dan Heykal mula rapat apabila sering bertemu bagi menyelesaikan masalah yang mengaitkan mereka. "Saya rapat dengan Heykal selepas kontroversi yang melanda kami, padahal sebelum kontroversi tersebut memang kami tiada sebarang hubungan langsung. "Pada asalnya kami hanya berbincang untuk mencari jalan penyelesaian terhadap isu tersebut dan akhirnya hubungan itu melahirkan satu perasaan lain," katanya ketika ditemui pada sidang media majlis pelancaran filem Tanda Putera, Perbadanan Kemajuan Filem Merdeka (Finas) di sini, Selasa. Kisah Faezah dan Heykal menjadi panas sebelum ini apabila mereka dikatakan mempunyai hubungan istimewa ketika lelaki tersebut mengarahkan sebuah drama lakonan pelakon wanita itu. Akibatnya Faezah dituduh menyebabkan keruntuhan rumah tangga Heykal Bagaimanapun, Faezah menegaskan dia sama sekali tiada kaitan dengan masalah rumah tangga pengarah drama Asmara itu. "Saya rapat dengan dia selepas dia berpisah dengan isterinya, saya tiada kaitan dengan masalah rumah tangga mereka," tuturnya. Pasangan yang memilih tarikh 9 September untuk diijabkabulkan menganggap perkenalan dalam waktu singkat itu bukan penghalang untuk menjalani kebahagiaan dalam rumah tangga. "Biarpun hubungan percintaan kami singkat, namun saya yakin saya mengenali dia. Malah saya juga memahami apa masalah sebenar yang menyebabkan kegagalan rumah tangganya. "Saya yakin apabila hubungan kami direstui keluarga kedua-dua belah pihak, adalah lebih baik perkahwinan kami dijalankan segera," katanya. Ketika ditanya tentang tindakannya sebelum ini yang cuba menyembunyikan identiti bakal suami dan tarikh perkahwinannya, Faezah menjelaskan perkara itu dibuat atas permintaan bakal ibu mertuanya. "Saya tidak berniat untuk menyembunyikan perkara ini apabila ditanya wartawan, tetapi ia adalah permintaan ibu mertua saya yang tidak mahu ia diumumkan sebelum kad undangan siap dicetak. "Sekarang mungkin masa yang tepat untuk saya mengumumkan majlis tersebut kerana semuanya sedang berjalan dan ibu mertua sudah beri lampu hijau," katanya. |
Raja Farah Jaga Adab Selepas Bertudung Posted: 12 Aug 2011 09:41 AM PDT KUALA LUMPUR: Pelakon "Aku Masih Dara" yang kini sudah memakai tudung mengakui lebih selesa dengan penampilan barunya itu. Tambah Farah, selepas menutup aurat sepenuhnya dia lebih menjaga adap dari segi percakapan dan pergaulan dengan lelaki bukan muhrim. "Saya bertudung sejak dua bulan lalu dan mengakui ia datang daripada hati saya sendiri. Selepas melakukan penghijrahan tersebut saya rasa kelainan yang sangat ketara. "Saya lebih menjaga adap pergaulan terutama untuk bersalam dengan lelaki bukan muhrim, begitu juga dari segi tutur percakapan," ujarnya yang ditemui pada rakaman Melodi Raya, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, Rabu lalu. Menceritakan detik hatinya terbuka untuk memakai tudung, Farah berkata ia bermula selepas membeli beberapa helai tudung di sebuah butik selepas menjalani penggambaran drama Cinta Abang Lori. "Saya sebenarnya sudah lama berhasrat untuk memakai tudung tapi tiada tarikh yang tepat untuk itu, jadi suatu hari selesai penggambaran saya singgah di sebuah butik dan membeli beberapa helai tudung. "Ketika pulang suami saya bertanya mengapa saya membeli tudung tersebut, justeru saya terus mengambil keputusan untuk memakainya," jelasnya. Tambah Farah, dia gembira penghijrahan tersebut mendapat sokongan sepenuhnya daripada keluarga kedua belah pihak. "Perkara yang baik sudah tentu keluarga sokong, bila saya katakan mahu bertudung sepenuhnya, mereka sangat gembira dan tidak menolak cadangan ini," tuturnya. Ditanya tentang kerjayanya dalam bidang lakonan, Farah berkata dia bersyukur masih mendapat tawaran berlakon biarpun dia akui watak yang diterimanya agak terhad. "Alhamdulillah, ramai dalam industri ini menerima keputusan saya untuk bertudung dan tawaran berlakon masih sama seperti dahulu cuma watak sahaja yang agak terhad berbanding dahulu. "Ada juga produksi yang meminta saya untuk membuka tudung tetapi saya tetap dengan pendirian saya," ujarnya. Dalam pada itu, ketika ditanya soal cahaya mata selepas sembilan bulan mendirikan rumah tangga dengan Megat Bashirun Qhuyum Zakaria, Farah mengakui masih lagi berharap. Kata Farah, dia masih terkilan dengan kontroversi yang mengatakan dia telah mengandung sebelum melangsungkan pernikahannya November lalu. "Saya masih berharap untuk mendapatkan anak tapi buat masa ini ia tidak terlalu terdesak. Saya masih kesal dengan tuduhan yang mengatakan saya hamil sebelum bernikah sedangkan sehingga sekarang saya masih lagi belum dikurniakan rezeki tersebut," ujarnya. |
Tiada Keraguan! SimplySiti Sah Halal, Selamat – JAKIM Posted: 12 Aug 2011 09:37 AM PDT KUALA LUMPUR – Minggu lalu kita digemparkan dengan berita kononnya produk kecantikkan SimplySiti yang dimiliki oleh penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza gagal dalam permohonan untuk mendapatkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia. Permohonan itu kononnya ditolak kepada keputusan analisa makmal dari Jabatan Kimia mengesahkan sampel berus produk SimplySiti adalah bulu babi. Dalam reaksi segeranya, Siti menepis dakwaan itu dengan mengatakan semua produknya & berus yg digunakan mendapat kelulusan HALAL daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan pemeriksaan dibuat sebelum setiap produk dihasilkan. Terbaru, berikut adalah kenyataan rasmi daripada Bahagian Hab Halal, JAKIM yang kandungannya adalah seperti kat bawah ni. 1. Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Hab Halal, JAKIM berasa kesal dengan penyebaran dakwaan di atas kerana ia begitu jelas boleh mengelirukan para pengguna Islam dan menjejaskan imej perniagaan pengeluar. Untuk makluman, maklumat berkenaan adalah kurang tepat dan tidak terkini. 2. Pihak kami dengan ini menjelaskan bahawa berus yang ditemui BUKANLAH BERUS YANG DIGUNAKAN DI DALAM PRODUK SIMPLYSITI tetapi adalah berus yang digunakan untuk kerja-kerja pembersihan. Pihak Simplysiti telah mengambil tindakan pembetulan dengan mengeluarkan berus berkenaan daripada kawasan proses dan telah menjalankan proses samak sebaik sahaja keputusan laporan analisa daripada Jabatan Kimia Malaysia dimaklumkan kepada pihak SimplySiti. 3. Kami juga telah menerima laporan pengesahan samak yang dikeluarkan oleh Korean Muslim Federation (KMF) dan disahkan oleh A. Rahman Lee, Ju Hwa (Imam Besar Masjid Seoul). 4. Kami dengan ini mengesahkan bahawa produk-produk SimplySiti yang telahpun mendapat pengesahan Halal JAKIM adalah benar. Senarai produk tersebut adalah seperti di Lampiran A. 5. Sehubungan dengan itu, pihak kami menasihati masyarakat agar berhati-hati dengan sebarang maklumat yang disebarkan melalui laman sosial atau internet dan sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan tentang status halal sesuatu produk, sila hubungi Bahagian Hab Halal JAKIM. Justeru, menurut kenyataan JAKIM ini, jelaslah yang produk SimplySiti selamat dan halal digunakan oleh pengguna yang beragama Islam. |
Lamar kekasih dengan cara unik Posted: 12 Aug 2011 09:33 AM PDT QINGDAO, China - Seorang lelaki, Pang Kun memakai kostum lobak merah dan cermin mata hitam bersama 49 rakannya yang turut berpakaian untuk melamar teman wanitanya, Zhao Xinyu, lapor sebuah akhbar semalam. Selepas menemui Xinyu di pusat beli-belah tempatan di sini pada Sabtu lalu, Kun memberi alasan hendak ke tandas agar dia dapat menukar pakaian. Dia kemudian kembali sebagai lelaki lobak merah dengan ditemani rakan-rakannya. Rakan-rakannya mula menari dengan diiringi muzik yang kedengaran menerusi sistem pembesar suara pusat beli-belah. Situasi itu mengejutkan kekasihnya dan rakan-rakannya. Apabila muzik berhenti, rakaman suara Kun kedengaran menerusi sistem pembesar suara berkenaan. "Enam bulan dahulu, kita mula berkenalan," kata suara itu. PANG KUN melutut di depan kekasihnya, Zhao Xinyu di Qindao pada Sabtu lalu. "Masih terpahat di hati saya bagaimana anda begitu segan semasa janji temu kita yang pertama, tentang saya merindui janji temu kita seterusnya dan perasaan saya apabila saya kali pertama menggenggam tangan kamu ketika kita menonton wayang." Dia kemudian membuka kostumnya dan berlutut untuk melamar kekasihnya. Orang ramai yang berada di sekitar mereka turut tersenyum apabila Xinyu menerima lamaran tersebut. Menurut Kun, dia mengambil masa tiga minggu untuk merancang aksi romantik itu. Kos lamaran itu dikatakan menelan belanja 100,000 yuan (RM47,076.41). - Agensi google: lamar kekasih, teknik lamar kekasih, gambar lamar kekasih, langkah lamar kekasih, lamar kekasih yang unik, melamar dalam islam, melamar perempuan, melamar kekasih, tips melamar kekasih |
Posted: 12 Aug 2011 09:30 AM PDT BEIJING - Sebuah kapal pengangkut pesawat milik Kesatuan Soviet yang kini sudah dibubarkan dan menjadi sebahagian Rusia, Kiev kini diubah suai menjadi sebuah hotel mewah di China, lapor sebuah akhbar semalam. Menurut akhbar South China Morning Post, kapal itu yang tidak lagi digunakan untuk berperang dijual kepada sebuah syarikat China pada 1996. Ia kemudian dijadikan pameran untuk satu taman tema tentera di Tianjin. Namun, pemilik kapal itu, Taman Pesawat Binhai memutuskan untuk menjadikan ia sebagai sebuah hotel dengan kos ubah suai sebanyak £9.6 juta (RM 46.79 juta). SEBUAH bilik tidur di dalam bekas kapal perang Kiev. Harga penginapan masih belum ditetapkan lagi. Keputusan untuk mengubahsuai itu dibuat kerana China kini memiliki sebuah kapal pengangkut pesawatnya yang pertama sekali gus dapat menarik kehadiran orang ramai untuk menikmati pengalaman tinggal di dalam hotel berkenaan. - Agensi |
Joey sah bercerai, nafi angkara orang ketiga Posted: 12 Aug 2011 09:28 AM PDT KAJANG - Ikatan perkahwinan pelakon dan penyanyi Joey dan isterinya, Noraini Mohammad Nasir terlerai setelah Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam memutuskan lafaz talak yang dibuat lebih setahun lalu itu sebagai sah. Hakim Syarie, Abdul Halim Abdullah pada penghakimannya berkata, mahkamah mengambil kira keterangan yang konsisten oleh Joey dan Noraini yang menyatakan lafaz cerai talak satu berlaku pada 4 Jun tahun lalu di kediaman mereka adalah berbentuk syarih (jelas dan nyata). Abdul Halim berkata, berkenaan isu lafaz rujuk dan mengadakan hubungan kelamin, Noraini mengatakan perkara itu benar-benar berlaku, sebaliknya Joey menafikan. "Ada pihak yang mendakwa tetapi ada pihak menafikan, bagaimanapun masing-masing tidak menampilkan saksi bagi membuktikan dakwaan tersebut. "Sehubungan itu, mahkamah mencadangkan kepada Noraini selaku plaintif untuk menawarkan sumpah kepada defendan Joey bagi membuktikan bahawa dakwaan rujuk semula tersebut benar-benar berlaku atau sebaliknya," ujar beliau. Selain itu, Joey telah bersumpah di hadapan Hakim Syarie, Abdul Halim Abdullah bagi menafikan dakwaan Noraini bahawa berlakunya lafaz rujuk semula kepada wanita terbabit selepas empat hari lafaz cerai berlaku. |
Ramli MS Mahu Saman Penganjur Konsert Francissca Peter Posted: 12 Aug 2011 09:26 AM PDT KUALA LUMPUR: Pengarah muzik, Datuk Ramli MS akan memfailkan tuntutan saman terhadap dua syarikat yang bertanggungjawab mengendalikan Konsert Keunggulan Francissca Peter kerana gagal melunaskan bayaran penuh kepadanya termasuk pihak pemuzik. Konsert berkenaan diadakan selama dua hari bermula 5 Februari lalu di Istana Budaya di sini. Ramli berkata, pemuzik yang mengiringi konsert berkenaan hanya mendapat 75 peratus sahaja bayaran manakala upahnya sebagai pemimpin orkestra langsung tidak dibayar. "Pada hari pertama konsert, pihak penganjur terlibat hanya melunaskan bayaran sebanyak 50 peratus sahaja untuk pemuzik-pemuzik saya seramai 45 orang manakala baki 25 peratus lagi telah dilunaskan selepas sepuluh hari. Itu pun apabila peguam saya berhubung dengan pihak mereka untuk menuntut bayaran berkenaan," katanya. Tambahnya, selepas pembayaran berkenaan dibuat, pihak berkenaan terus mendiamkan diri tanpa membuat pembayaran selanjutnya kepada mereka. "Pihak penganjur sebelum ini sudah dimaklumkan mengenai cara saya bekerja iaitu mereka perlu membuat pembayaran keseluruhan kepada saya termasuk pemuzik pengiring sebelum konsert berlangsung. "Malangnya mereka gagal memenuhi syarat itu menyebabkan konsert tersebut lewat 20 minit kerana perbincangan bayaran dengan pihak penganjur terpaksa dilakukan," katanya. Ramli menjelaskan, dia terpaksa meneruskan tugasnya memimpin konsert berkenaan apabila pihak penganjur berjanji untuk menyelesaikan bayaran pada hari kedua konsert tetapi mereka sebenarnya tidak melakukan perkara itu. Katanya, antara alasan yang diberikan oleh kedua-dua pihak ialah mereka tidak mempunyai wang untuk melunaskan baki yang tertunggak Ujarnya, masalah yang timbul itu menyebabkan dia diburu oleh pemuzik yang terlibat dalam konsert berkenaan kerana mereka mahu menuntut bayaran masing-masing sehingga menjejaskan reputasinya dalam bidang seni. "Ini merupakan kejadian pertama yang berlaku sepanjang pembabitan saya menjadi pengarah muzik. Saya merasakan apabila timbul masalah seperti ini, pada masa akan datang sudah tentu pemuzik yang dipanggil bekerja di bawah saya bimbang untuk melakukan kerjasama lagi," katanya. |
Anak Lelaki Chef Wan Ingin Lamar Ana Dahlia Posted: 12 Aug 2011 09:25 AM PDT KUALA LUMPUR: Anak teruna Datuk Chef Wan iaitu Mohd. Nadzri,30, mengakui sudah bersedia untuk menjadikan pelakon filem Mantera, Ana Dahlia,28, sebagai calon isteri selepas enam bulan berkenalan. Mohd. Nadzri atau lebih mesra dengan panggilan Chef Riz berkata, majlis pertunangan mereka akan diadakan sebelum hujung tahun ini tetapi enggan mendedahkan tarikhnya kerana ia masih dalam perbincangan. "Insya-Allah, saya sudah terbuka untuk menjadikan Ana sebagai calon isteri saya. Hubungan kami mendapat restu kedua orang tua termasuklah ayah saya sendiri iaitu Chef Wan," katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis rakaman Melodi Raya di Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC) di sini, Rabu. Hubungan cinta kedua-dua pasangan tersebut berjaya dihidu apabila mereka hadir dengan memakai pakaian warna biru sedondon pada majlis itu. Riz yang juga pemilik restoran On The Table dan syarikat Culinary Brilliance Sdn. Bhd. di Solaris, Damansara di sini berkata, hatinya terpaut kepada Ana kerana melihat sifat kewanitaan yang menebal dalam diri wanita itu sepanjang hubungan mereka berjalan. Katanya, Ana juga seorang yang suka menikmati apa juga makanan sementara dia pula gemar memasak. "Dia suka makan, saya suka masak. Bila kami berjumpa, kami selalu berborak mengenai masakan. Bermula dari situlah kami menjadi semakin mesra dan bertambah serasi," katanya. Selain faktor itu kata Riz hatinya terpikat kepada Ana selepas mencuba masakan rendang daging dan kangkung goreng belacan yang dimasak pelakon itu, memenuhi cita rasa seperti air tangan seorang chef. Ditanya mengenai detik percintaan mereka kata Riz, kakaknya iaitu pelakon Serina yang merupakan kawan baik Ana telah menjadi orang tengah mempertemukan mereka. Katanya pada mulanya dia tidak terbuka hati untuk menjadikan Ana sebagai kekasih sehinggalah pada suatu hari mereka membuat keputusan berkenaan selepas melihat keserasian yang ada. "Saya tidak malu untuk berterus terang mengenai hubungan kami kerana saya lebih selesa bersikap jujur. Memang benar saya mencintai dia dan sedang merancang untuk majlis pertunangan sebelum berumah tangga," katanya yang berhasrat bergelar suami secepat mungkin. Mengenai reaksi Chef Wan pula kata Riz, ayahnya tidak menghalang hubungan mereka itu tetapi dia selalu memberi nasihat agar menjaga batas-batas sebagai orang bercinta. Sementara itu Ana yang malu-malu apabila membicarakan mengenai hubungan mereka berkata, sikap Riz yang peramah dan pemurah menyebabkan dia jatuh hati untuk menerimanya sebagai kekasih. Kata Ana, kehebatan seorang lelaki yang boleh memasak adalah faktor berganda yang menyebabkan perasaan sayang itu bertambah menebal. "Seperti yang dia cakaplah. Dia suka masak, saya pula suka makan. Jadi tidak salah saya katakan makanan telah menyatukan hubungan kami," ujarnya. |
Shuib Gembira Siti Sarah Mengandung Bayi Lelaki Posted: 12 Aug 2011 09:24 AM PDT KUALA LUMPUR: Penyanyi Siti Sarah Raisuddin memberitahu, suaminya Shahmira Muhahamad atau Shuib amat gembira selepas mengetahui bayi yang di kandungnya merupakan bayi lelaki. Sarah berkata, mereka mendapat berita itu selepas disahkan doktor ketika melakukan pemeriksaan perubatan terhadap kandungan yang berusia enam bulan itu Selasa lalu. "Shuib amat gembira bila dapat tahu saya mengandungkan bayi lelaki. Sebabnya dia memang idamkan anak pertama dalam hidup kami ialah anak lelaki," katanya yang ditemui semasa rakaman Melodi Raya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Rabu. Menurut Sarah, sebagai bakal ibu dia tidak kisah mengenai jantina anaknya dan sentiasa memberi nasihat kepada Shuib agar tidak terlalu mengharap untuk memperoleh anak lelaki. Katanya, mungkin terlalu menginginkan zuriat berkenaan, akhirnya Allah memperkenankan doa suaminya itu. "Saya tak kisah nak dapat anak lelaki atau perempuan tetapi Shuib yang begitu menaruh harapan tinggi untuk melihat zuriat pertama kami ialah lelaki. Syukurlah... Allah makbulkan permintaannya dan dia amat gembira," katanya. Sarah yang di jadual bersalin pada awal Disember depan berkata dia tidak menghadapi sebarang masalah atau mengidam perkara yang pelik sepanjang mengandung anak sulungnya itu. Sebaliknya kata Sarah dia tidak boleh menikmati makanan yang sama setiap hari kerana cepat menjadi muak dan termuntah. "Contohnya kalau hari ini saya makan ikan sardin, esok saya dah tak boleh pandang ikan sardin lagi. Kalau tidak, saya akan jadi mual. Itu sahajalah perkara pelik yang saya alami sepanjang kandungan saya berusia enam bulan ini," katanya. Menurut Sarah dia belum bersedia membeli kelengkapan bayi walaupun selepas mengetahui jantina bayinya itu tetapi mahu menunggu kandungannya berusia sembilan bulan. Sementara itu Sarah menambah dalam tempoh mengandung selama enam bulan itu dia berjaya merakamkan lagu duet bersama Shiub dengan tajuk "Cinta Itu Nyawa" yang di jadual diedarkan selepas Hari Raya Aidilfitri nanti. Lagu ciptaan Aidit Alfian dan lirik oleh AD Samad itu kata Sarah menceritakan kisah benar mengenai percintaannya dengan Shuib sebelum ini. "Mula-mula perkenalan saya dengan Shuib, saya buat keputusan untuk tidak menerima cintanya tetapi dia tetap berusaha untuk mendapatkan saya sehinggalah terbit kata-kata "cinta itu nyawa" daripada mulut dia," katanya. Menurutnya dia menyanyikan lagu itu dengan penuh perasaan dalam keadaan berbadan dua selepas memikirkan perjalanan cintanya dengan anggota kumpulan Sepah itu. |
Fida & Mamat (Sepah) Mengaku Kawan Rapat Posted: 12 Aug 2011 09:23 AM PDT KUALA LUMPUR: Pelakon Fida Ibrahim dan pelawak Mamat (Sepah) mengaku mempunyai hubungan rapat antara satu sama lain. Fida ketika ditemui di majlis rakaman program Melodi Raya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) akui menyenangi sikap Mamat yang lebih mementingkan keluarga dalam hidupnya. "Saya dan Mamat berkawan rapat hampir enam bulan lalu. Saya suka berkawan dengannya setelah melihat banyak keistimewaan dalam dirinya. "Antara ramai artis lelaki, saya tertarik dengan cara dia menandatangani autograf kepada peminat dengan menggunakan tulisan jawi dan selepas memenangi Maharaja Lawak baru-baru ini, dia terus pulang ke kampung untuk bertemu keluarga berbanding mengutamakan orang lain. "Jadi, kualiti yang ada itu membuatkan saya selesa untuk berkawan dengannya, namun hubungan kami masih baru untuk mengatakan kami bercinta atau tidak," jelas Fida. Menurutnya, hubungan mereka mula mesra selepas kerap kali bertemu untuk menjayakan promosi filem "Man Sewel Datang KL" pada bulan Mac tahun ini. "Saya tak nafikan, sejak dari itu kami pernah keluar bersama-sama tetapi ditemani oleh pembantu peribadi masing-masing. "Kami juga sering berhubung melalui BlackBerry Messenger (BBM). Saya serius berkawan dengannya cuma tentang jodoh kita belum tahu," ujar Fida. Sebelum ini, Fida akui pernah berkawan dengan Zizan (Raja Lawak). Ditanya sama ada kriteria lelaki pilihannya adalah seorang yang kelakar, jelas Fida: "Saya suka pelawak kerana seronok berkawan dengan mereka yang kadangkala berbeza karakter di luar berbanding yang kita tengok di televisyen." |
Shuhaimi Baba Bimbang Adegan Panas 'Tanda Putera' Dipotong Posted: 12 Aug 2011 09:21 AM PDT Jelasnya, dia terpaksa mengambil risiko untuk meneruskan beberapa adegan sensitif dalam filem tersebut kerana ia merupakan nadi kepada keseluruhan filem yang mengisahkan perjuangan Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak. "Ada beberapa adegan dalam filem ini yang saya bimbang tidak lepas LPFM kerana ia menyentuh peristiwa-peristiwa kontroversi pada zaman tersebut. "Contohnya peristiwa 13 Mei yang berlaku dan perbalahan antara kaum yang telah menyebabkan negara menjadi kucar-kacir," katanya pada majlis doa selamat selesai penggambaran filem tersebut di sini, Selasa. Turut hadir pada majlis itu ialah barisan artis seperti Rusdi Ramli, Zizan Nin, Faezah Elai, Norman Hakim, Linda Hashim, dan Riezman Khuzaimie. Tambah Shuhaimi, biarpun menyedari perkara tersebut agak sensitif dan berkemungkinan besar akan dipotong dia terpaksa melakukannya kerana tidak mahu mencacatkan filem berkenaan. "Saya terpaksa ambil risiko memasukkan juga beberapa adegan yang dianggap sensitif ini kerana jika ia dipotong akan mencacatkan jalan cerita dan mesej yang ingin disampaikan, "Lagi pula, pada saya peristiwa tersebut patut didedahkan kepada umum agar masyarakat faham bagaimana ia boleh berlaku dan tidak mengulanginya lagi," jelasnya. Filem yang latar belakang era 70-an ini menceritakan kisah benar persahabatan antara Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak dan timbalannya Tun Dr Ismail yang terpaksa berahsia dan mengetepikan masalah kesihatan masing-masing bagi memulihkan keadaan negara ekoran peristiwa 13 Mei 1969. Tambah Shuhaimi, filem tersebut hampir siap penggambaran dan pihaknya akan menyelesaikan babak terakhir di London selepas Hari Raya ini. Filem terbitan Pesona Pictures ini dijangka berada di pawagam awal tahun depan. |
Mahkamah Sahkan Joey Bercerai Talak Satu Posted: 12 Aug 2011 09:20 AM PDT Hakim Syarie, Abdul Halim Abdullah pada penghakimannya juga memutuskan bahawa tidak berlaku rujuk antara pasangan tersebut, selepas Joey bersumpah bagi menafikan dakwaan yang dibuat oleh isterinya yang merupakan bekas produser. Percanggahan yang timbul atas isu rujuk, menyebabkan Abdul Halim memutuskan bahawa Noraini selaku pihak yang mendakwa perlu menawarkan kepada Joey untuk bersumpah dan sekiranya lelaki itu tidak bersedia untuk berbuat demikian, beban untuk bersumpah akan kembali kepada wanita terbabit. Joey atau nama sebenarnya, Zulkifli Daud, 37, bagaimanapun mengakui bahawa dia bersedia untuk bersumpah yang dilakukannya pada pukul 12. 10 tengah hari. "Saya tidak pernah melafazkan rujuk kepada isteri saya pada 8 Jun 2010 atau pada bila-bila masa sekali pun selepas perceraian. Sekiranya saya berdusta dengan sumpah ini, maka laknat Allah akan menimpa ke atas diri saya di dunia dan akhirat," lafaz vokalis kumpulan Exists tersebut. Selepas Joey melafazkan sumpah itu, Abdul Halim memutuskan bahawa pasangan tersebut sah bercerai dengan talak satu kali pertama dan memerintahkan Noraini, 44, untuk beredah selama tiga kali suci bermula lafaz dibuat, iaitu 4 Jun 2010. Memandangkan Joey pernah mengakui dia mahu berkahwin lain, Abdul Halim berkata secara terus kepadanya: "Sila daftarkan perceraian ini ke pejabat agama untuk membolehkan kamu berkahwin lain seperti yang kamu cakap." Pada penghakimannya, Abdul Halim turut menyelitkan nasihat agar umat Islam tidak tergesa-gesa melafazkan cerai kepada isteri mereka meskipun telah berasa amat benci dan seharusnya ia dibawa kepada pengetahuan mahkamah. "Dalam kes ini, plaintif (Noraini) telah melarikan diri (masuk ke dalam rumah) kerana tidak mahu mendengar lafaz cerai itu. Defendan (Joey) telah melafazkan cerai dengan tergesa-gesa hanya kerana minat yang mendalam terhadap seorang wanita lain. "Sepatutnya ia dimajukan kepada mahkamah, terutamanya atas perasaan belas kepada isteri yang telah berpenat lelah berkorban untuk suami," katanya. Berdasarkan permohonan yang difailkan pada 15 Oktober 2010, Noraini mendakwa Joey yang pernah menghasilkan album Beradu Suratan itu melafazkan cerai kerana mempunyai hubungan dengan wanita lain bernama Norwati Sadali atau lebih dikenali sebagai Watie (Elite). Lafaz cerai yang dimulakan dengan bacaan Bismillah itu didakwa Noraini berlaku pada 4 Jun 2010 dan di tempat letak kereta dan hanya didengari oleh seorang rakan bernama 'Acong' yang kemudiannya memaklumkan perkara itu kepada dirinya. Wanita bertubuh ramping itu seterusnya mendakwa, Joey ada kembali semula ke rumah pada 8 Jun 2010 dan melafazkan rujuk sambil tangan kanannya memegang dahi isterinya, manakala tangan kiri memegang Al-Quran dan diikuti dengan hubungan suami isteri. Bagaimanapun, Joey menafikan semua dakwaan itu dan berkata, dia hanya kembali ke rumah pada hari tersebut untuk mengambil barang dan menjenguk anak angkat mereka, Zidani yang berusia empat tahun. Pasangan itu berkahwin pada 4 Mei 2005. Sementara itu, Joey yang hadir ke mahkamah dengan seorang rakan apabila ditemui meluahkan rasa syukur kerana permasalahan rumah tangganya telah dapat diselesaikan. "Cuma saya hendak cakap ia tidak melibatkan orang ketiga," katanya dan apabila ditanya bila mahu melangsungkan perkahwinan, secara berseloroh, Joey menjawab, jika boleh hari ini juga. Perkara itu terpulang kepada jodoh dan juga rezeki," tambahnya. Noraini pula memberitahu, dia menerima keputusan mahkamah dan lega kerana Joey sanggup menerima akibat daripada sumpah itu dan akan meneruskan hidup dengan anak mereka. "Saya hanya nak pesan kepada artis-artis wanita, jika banyak lagi lelaki lain, jangan ambil suami orang. Tolong cari yang lain, jangan runtuhkan rumah tangga orang lain dan biarkan anak-anak kecil tanpa bapa," katanya. |
You are subscribed to email updates from macam macam hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |