Adsense

Rabu, 6 Julai 2011

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Saya selesa begini - Fazura

Posted:

Saya selesa begini - Fazura

Saya selesa begini - Fazura

Oleh NUR AZHARI ZAINOODDIN
Gambar IRWAN MAJID


FAZURA sempat merakamkan gambar kenangan bersama peminatnya di majlis pelancaran Lux Soft & Silky Smooth di pasar raya Mydin, Subang Jaya, baru-baru ini.


BIARPUN usianya telah menjangkau 28 tahun, aktres jelita tanah air, Nur Fazura mengakui dia masih belum memikirkan secara serius tentang jodohnya.

Bagi Fazura, soal mencari pasangan hidup bukanlah agendanya ketika ini kerana dia mahu menumpukan sepenuh perhatiannya pada kariernya sebagai pelakon.

Namun Fazura percaya pada qada dan qadar yang ditentukan dengan hati yang tenang.

" Insya-Allah akan sampai juga jodoh saya suatu hari nanti, cuma buat masa ini saya tidak tahu siapa dan bila jodoh saya akan sampai.

"Lagipun buat masa sekarang saya tidak terlalu mengejar untuk menamatkan zaman solo kerana saya selesa hidup begini, " jelas Fazura lembut ketika diajukan persoalan tentang jodohnya.

Biarpun soal jodoh itu tidak menjadi agenda utama dalam kotak fikirannya, jelas pelakon yang akan muncul dengan drama bersiri Tahajjud Cinta itu, seperti wanita lain dia mendambakan seorang lelaki yang mampu membahagiakannya dalam melayari bahtera rumah tangga.

Tambahnya, lelaki yang ingin bergelar suaminya nanti mestilah seorang yang boleh menjaga dan melindunginya sepanjanag hidup bersama.

"Saya tidak memilih dalam soal ini dan menerima seadanya siapakah jodoh saya itu.

"Namun apa yang penting bakal suami saya itu mestilah seorang yang bertanggungjawab dan mampu untuk membentuk dan membahagiakan saya sebagai isterinya," ujar Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin.

Tiada masa layan perkara remah

BARU sahaja reda dengan kisah kononnya dia menyuntik silikon, nama Fazura sekali lagi dihimpit dengan gosip panas kononnya baru-baru ini dia bergaduh dengan pendatang baru, Neelofa yang turut berlakon dalam drama Tahajjud Cinta.

Diterjah dengan soalan berkaitan isu itu, Fazura sedikit pun tidak melenting malah dengan tenang menjawab setiap soalan yang diajukan.

Sambil menafikan gosip berkenaan Fazura dengan tenang berkata; "Gosip itu tidak benar sama sekali dan saya harap perkara ini tidak diperbesarkan.

"Sebenarnya saya malas dan penat untuk menjawab soalan ini, jadi saya berharap sangat perkara ini tidak diungkit lagi.

"Lagipun matlamat saya dalam bidang seni adalah untuk berlakon dan menjadi seorang pelakon yang terbaik bukannya melayan perkara remeh macam ini," jelas duta Lux itu.

Disoal punca yang menyebabkan gosip ini tersebar, Fazura dengan lembut berkata, ia sebenarnya berpunca daripada cakap-cakap belakang.

"Perkara ini bermula apabila ada pihak-pihak yang mendakwa Neelofa keluar dengan teman lelaki saya dan isu itu diperbesarkan.

"Sedangkan perkara itu sebenarnya bukanlah seperti apa yang diperkatakan malah tidak benar sama sekali.

"Saya harap cerita ini berhenti setakat ini sahaja. Lagipun tidak guna bermasam muka kerana industri kita terkecil, esok lusa kita akan berjumpa dengan orang yang sama," jelas Fazura.

Bagaimanapun, ujar Fazura lagi, dia tidak menyimpan apa-apa prasangka buruk apabila namanya dikaitkan dengan cerita-cerita yang tidak betul tentang dirinya.

"Saya cuma terkilan sedikit apabila tiba-tiba nama saya dikaitkan. Bagi saya andai betul dia (Neelofa) mahu keluar dengan mana-mana lelaki itu hak dia.

"Semua orang ada hak untuk keluar dengan sesiapa sahaja cuma janganlah saya dikaitkan selepas itu," jelas Fazura.

Ditanya apakah punca yang menyebabkan dia bergegas pulang pada majlis pelancaran Tahajjud Cinta baru-baru ini, Fazura menyatakan dia terpaksa pulang awal kerana ada komitmen lain.

"Saya ada hal lain yang perlu disegerakan sebab itu saya pulang awal.

"Lagipun sepanjang menjalani penggambaran drama ini, saya tidak ada babak bersama Neelofa jadi bagaimana saya mahu bertegur sapa dengannya,"tegas Fazura.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ady Putra umrah bersama keluarga

Posted:

Ady Putra umrah bersama keluarga

Ady Putra umrah bersama keluarga

Oleh KHADIJAH IBRAHIM
khadijah.ibrahim@utusan.com.my
Gambar NURUL AKMA SAMSUDIN (Unimas)


Dari kiri, Ady Putra, Norfaizah Zainal dan Abdul Rashid Hussein pada sidang akhbar di pejabat Aerowana Travel, Bangsar, baru-baru ini.


AKHIRNYA termakbul juga hasrat pelakon Ady Putra atau Mohamed Hadi Putera Halim, 30, untuk melangkah kaki ke tanah suci Mekah menunaikan umrah setelah tiga kali gagal.

Ady yang tidak menduga kesempatan mendatang itu berkata, dia akan ke Mekah bersama isteri, Aida, ibu dan mertuanya pada 2 Ogos ini bersama 150 orang jemaah lain.

Pemergian Ady ke sana adalah atas tiket pelantikannya sebagai ikon kepada syarikat pelancongan dan pengembaraan, Aerowana Travel Sdn. Bhd.

Selain Ady, syarikat berkenaan turut melantik naib juara program realiti Imam Muda musim pertama, Hizbur Rahman Omar Zuhdi sebagai ikon syarikat tersebut.

"Syukur alhamdulillah, akhirnya niat suci saya termakbul juga. Sebelum ini, setiap kali mendapat tawaran drama yang akan menjalani penggambaran di Mekah ada sahaja halanganya.

"Memang kecewa kerana tidak berpeluang ke sana, tapi sekarang saya gembira kerana tidak ramai yang berpeluang melalui saat-saat indah seperti ini. Bagi saya, ini semua adalah rezeki dan mungkin sudah sampai seru untuk saya menjejak kaki ke sana," katanya.

Beliau berkata demikian selepas diumumkan sebagai ikon Aerowana Travel bersama Imam Muda Hizbur Rahman Omar Zuhdi (yang tidak hadir kerana berada di Madinah) di pejabat agensi berkenaan di Bangsar, baru-baru ini.

Turut hadir, Pengerusi Eksekutif Aerowana Travel, Datuk Norfaizah Zainal dan Ketua Pegawai Operasi Aerowana Travel, Abdul Rashid Hussein.

Pemegang watak Indra Putra menerusi drama bersiri Suria Di Cordoba itu berkata, sudah menjadi lumrah setiap insan yang menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah berdoa untuk kebaikan diri dan semua pihak.

Kata Ady, dia mempunyai banyak doa yang hendak dilafazkan terutama kebahagiaan rumah tangga, keluarga dan kerjaya.

"Sudah tentu saya ingin memohon pada Allah agar mengurniakan saya dan isteri, cahayamata sebagai penyeri rumah tangga kami. Siapa tahu mungkin doa saya di sana dimakbulkan walaupun setiap hari saya berdoa ke arah itu.

"Selain itu, saya juga ingin memohon agar Allah mengurangkan cubaan dan ujian pada saya yang terbabit dalam kerjaya sebegini," katanya terus terang.

Kata aktor itu, biarpun sudah menunaikan umrah namun kerjayanya sebagai pelakon tetap diteruskan.

"Saya tetap akan membawa watak antagonis kalau diperlukan. Bagi saya apa yang dilakukan adalah untuk memberi pengajaran kepada penonton.

"Terpulang kepada penonton untuk menilai macam mana kerana niat saya adalah untuk mengajar kerana setiap watak yang dilakonkan diadaptasi daripada dunia realiti," jelasnya.

Sementara itu, Norfaizah berkata, pemilihan Ady Putra sebagai ikon berdasarkan kepada latar belakangnya yang bebas daripada cerita sensasi.

Selain itu, katanya, melihat rekod Ady yang bersih dalam dunia seni, pelantikan Ady diharap dapat menarik minat lebih ramai anak untuk melakukan ibadat di tanah suci Mekah.

"Penampilannya menarik perhatian kami. Walaupun dia sering diberi watak antagonis tapi secara peribadi dia boleh dijadikan contoh.

"Mungkin dengan statusnya sebagai artis, boleh menarik minat anak-anak muda untuk mengerjakan ibadat umrah atau haji dalam waktu terdekat tanpa menunggu di usia tua," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.