Adsense

Jumaat, 15 Julai 2011

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Belum ada rezeki

Posted:

Belum ada rezeki

Belum ada rezeki



SAAT pelantun lagu Wassini, Waheeda atau nama sebenarnya Norwahidah Abdul Wahab, 33, bersama penceramah bebas, Akhil Hayy, 42, diijab kabul pada 16 Ogos 2009, bukan seorang tetapi banyak suara-suara sumbang yang mengata.

Paling teruk adalah Waheeda kerana dia dikatakan sebagai perampas suami orang. Walaupun ditohmah dan dicaci, dua figura ini tenang dan sabar menerimanya.

Tidak cukup dengan itu, Waheeda didakwa pula terkena buatan orang dan sakit sehingga Akhil tidak dapat menghadiri perkahwinan bekas isterinya, Maizawati Zainal, 37.

Namun, semakin lama cerita negatif tentang pasangan ini semakin surut diceritakan dan akhirnya lenyap selepas dua tahun mereka melayari perkahwinan.

"Alhamdulillah!" Itu ungkapan pertama yang dilontarkan Akhil tatkala bertentangan mata dengannya.

Bertemu dengan pasangan itu selepas sidang akhbar program dakwah baharu Astro Oasis, Cubaan yang menampilkan Akhil sendiri sebagai pengacaranya, pasangan sama cantik, sama padan itu kelihatan bahagia dan romantis bersama.

Diterjah soalan, sudahkah menerima kehadiran orang baharu dalam hidup, Akhil yang segak mengenakan kot hitam itu hanya tersenyum dan memberitahu masih belum dikurniakan cahaya mata.

Namun, kata pengacara dan juga penyanyi yang berasal dari Gopeng, Perak itu, mereka tidak terdesak dan tidak juga terlalu menanti-nantikan kehadiran anak.

"Walaupun sudah dua tahun berkahwin, masih tidak ada berita gembira mengenai anak. Belum ada rezeki tetapi saya juga tidak terlalu menantikan anak sebab mempunyai empat orang anak hasil perkahwinan pertama," kata Akhil mengenai empat orang anaknya bersama Maizawati iaitu Siti Nurmaisara, 14. Muhd. Sharif Hidayatullah, 13, Muhd. Shakir Hidayatullah, 10, dan Muhd. Shatiri Hidayatullah, 4.

Di pihak Waheeda pula, Akhil memberitahu: "Dia pun tiada masalah. Tidak ada tekanan selagi tidak ada orang yang mendesaknya.

"Waheeda juga tidak begitu sihat kerana menghidap asma dan cyst (ketumbuhan rahim). Tetapi cyst tersebut sudah dibuang," katanya yang menolak bahawa punca Waheeda tidak mengandung disebabkan penyakit cyst itu.

Diajukan perkara yang sama kepada Waheeda, katanya, dua tahun merupakan tempoh untuk membesarkan dan mendidik anak-anak (anak-anak Akhil) selain menguruskan perniagaan bersama suami.

Waheeda juga mengakui belum ada rezeki untuk mendapat anak bagi melengkapkan perkahwinan mereka.

Takut Allah

Pasangan yang ditemukan dalam program Cafe Akhil Hayy di saluran Astro Oasis itu bagaimanapun tidak terlalu memikirkan kehadiran anak kerana sibuk dengan pembikinan album berunsur dakwah baharu Akhil dan juga urusan perniagaan umrah.

Album kelima Akhil yang bakal dipasarkan pada Syawal ini begitu istimewa kerana ia juga mendapat sentuhan lirik daripada isterinya.

"Album ini akan menampilkan beberapa kelainan kerana saya akan menyanyikan lagu hasil nukilan isteri saya.

"Bukan mudah untuk menyanyikan lagu yang berentak World Music, tetapi selepas mendengarnya beberapa kali, saya yakin peminat-peminat akan menggemari lagu-lagu yang terdapat di dalam album ini," kata Akhil yang mempertaruhkan lapan buah lagu di dalam albumnya.

Beralih kepada Waheeda pula, katanya, terdapat dua buah lagu yang ditulis khusus buat Akhil iaitu Ighfir Zdunubi (Ampunkan Daku) dan Subhanak (Maha Suci Engkau).

Menurutnya, album berkonsepkan taubat itu mengumpulkan lirik-lirik ketuhanan.

"Dua buah lagu itu turut menampilkan kolaborasi Akhil bersama penyanyi Mawi dan Kumpulan Brothers. Lagu ini juga berunsurkan taubat," katanya yang mengakui lebih tenang bekerja di belakang tabir.

Tidak pernah rindu untuk kembali menyanyi atau belakon, Waheeda bagaimanapun berharap pihak-pihak yang masih menyiarkan lagunya (Wassini) mahupun filem-filem lakonannya seperti Nana Tanjung agar menghentikan siarannya apabila dia menghembuskan nafas nanti.

"Saya lebih tenang berada di belakang tabir. Lebih takut dengan Allah. Saya juga sedar wanita haram melontarkan suara untuk khalayak.

"Saya sedar saya tidak ada kuasa untuk menyuruh mereka berhenti menyiarkan lagu dan filem lakonan saya tetapi harapan saya agar mereka hentikan siaran lagu dan filem apabila saya meninggal nanti," katanya dalam senyuman tetapi bermakna.


AKHIL dan Waheeda reda dengan ketentuan Allah.


Ikatan ukhwah

Tidak hanya tertumpu kepada bidang seni semata-mata, Akhil yang juga merupakan bekas vokalis utama kumpulan Rock D'Riyadh itu juga menubuhkan sebuah syarikat yang mengendalikan program ibadah umrah iaitu Akil Hayy Network.

Syarikat Akhil bersama Waheeda itu mendapat sambutan yang menggalakkan. Mereka juga sudah membawa rombongan jemaah seramai 30 untuk mengerjakan umrah.

Mereka juga ada mengerjakan perniagaan lain seperti penapis air dan minyak wangi, tetapi lebih mengutamakan program ibadah umrah untuk para jemaah.

"Selain umrah kami juga ada melakukan perniagaan lain tetapi yang utamanya adalah umrah. Apa yang kami lakukan bukan untuk mengaut keuntungan semata-mata tetapi lebih kepada mengeratkan silaturahim di kalangan jemaah yang pergi.

"Ikatan ukhwah itu bukan sahaja terjalin semasa di Tanah Suci tetapi akan berterusan selepas kembali ke tanah air," katanya yang masih berhubung dengan jemaah-jemaah yang pergi.

Program ibadah umrah Akhil juga mendapat sambutan di kalangan selebriti termasuk Mawi dan keluarga serta Ustaz Radhi (bekas anggota kumpulan kumpulan Melissa) atau nama sebenarnya Mohd. Radhi Abdul Hamid bersama isteri.

Menyentuh mengenai perubahan yang berlaku kepada beberapa selebriti tempatan seperti Sham Kamikaze dan Amir (Kumpulan Ruffedge) Akhil mahupun Waheeda menyatakan mereka sangat bersyukur dan gembira dengan senario tersebut.

Komen himpunan Bersih

Dijolok pula soalan mengenai himpunan Bersih pada 9 Julai lali, kata Akhil, pada tarikh tersebut dia terlibat dengan program di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Merbok, Kedah bersama kumpula Hijjaz. Tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara sensitif itu, Akhil bagaimanapun menganggap Malaysia merupakan negara demokrasi di mana rakyatnya masing-masing berhak menyuarakan hak.

"Kebetulan masa himpunan Bersih itu saya terlibat dengan program di UiTM bersama Hijjaz.

"Saya tidak mahu komen apa-apa bila ia melibatkan politik. Yang saya tahu Malaysia ada demokrasi. Masing-masing ada hak suarakan sesuatu. Yang menjadi masalah apabila ada sesetengahnya tidak mahu duduk berbincang.

"Islam sememangnya inginkan kedamaian tetapi susah untuk dikecapi jika masing-masing tidak mahu duduk berbincang.

"Sebab tidak dapat apa yang diinginkanlah terjadinya Bersih. Jika hendak salahkan individu tertentu juga tidak boleh," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Siti berguru di UiTM

Posted:

Siti berguru di UiTM

Siti berguru di UiTM

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN
amri.hassan@kosmo.com.my


SITI kini mahu menikmati kehidupan dengan seadanya.


USAI melakar nama penuh prestij di persada seni suara, bintang terkenal Datuk Siti Nurhaliza masih menyemat hasrat untuk memenuhkan ilmu di dada.

Ujarnya hajat hatinya yang dipendam selama 10 tahun itu masih dalam proses perancangan dan perbincangan bersama pihak universiti yang menjadi pilihannya, Universiti Teknologi Mara (UiTM).

"Insya-Allah semuanya masih lagi dalam perancangan dengan pihak universiti dan Siti sebenarnya sudah lama ingin melanjutkan pelajaran terutama dalam bidang muzik," katanya yang hanya sempat menamatkan persekolahan hingga ke peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Untuk menjadi seorang wanita berkaliber katanya perlu juga melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan terutama dalam bidang nyanyian yang diceburinya selama 16 tahun itu.

"Selama ini Siti hanya menyanyi ikut perasaan, apa yang didengar dan pengalaman semata-mata. Mudah-mudahan dengan mempelajari teori nanti akan lebih mematangkan Siti," katanya yang direncanakan akan mengikuti pengajian separuh masa di universiti itu.

Impian Siti juga dalam masa yang sama turut mendapat sokongan daripada suaminya, Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K.

"Saya menyokong penuh cita-cita Siti untuk menyambung pelajaran dan semoga ia boleh menjadi inspirasi orang muda untuk berjaya," katanya yang ditemui selepas Konsert Malam Gala dan Karnival Simplysiti di UiTM baru-baru ini.

Sementara itu, Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr. Sahol Hamid Abu Bakar turut mengesahkan hasrat Siti untuk menyambung pelajaran di peringkat lebih tinggi dan mengalu-alukan penglibatan Siti di UiTM.

"Kita akan meneliti beberapa perkara dan menyambut baik hasrat Siti, lebih-lebih lagi kesediaannya membantu bersama-sama memungut dana untuk Tabung Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) UiTM yang ditubuhkan bagi membantu mereka yang kurang berkemampuan untuk meneruskan pengajian," katanya.

Wataniah

Tarikh sebenar untuk Siti memulakan sesi pengajiannya di UiTM bagaimanapun masih belum diputuskan lagi memandangkan tempoh latihannya di kem askar wataniah belum lagi berakhir.

"Siti mungkin akan memfokuskan perkara itu (sambung belajar) selepas tamat latihan askar wataniah. Kini Siti baru habiskan lapan jam latihan dan rasanya masih lama lagi masanya sebelum Siti mula buka buku," bicaranya penuh santun.

Siti yang telah memulakan latihan askar wataniah sejak bulan Jun lalu perlu menamatkan sesi latihan selama 39 jam.

Tuturnya lagi, selain sibuk dengan tugas sebagai usahawan produk Simplysiti, minatnya menunggang motor besar bersama suami juga semakin membuak-buak.

"Daripada kecil lagi arwah abah selalu bawa Siti naik motor dan selepas bergelar artis, Siti jarang menunggang motor kerana kesibukan dalam karier.

"Selepas Siti dan suami pulang dari Capetown, Afrika Selatan baru-baru ini, minat untuk menunggang motor datang kembali dan hobi ini juga disokong oleh suami Siti," ujarnya yang turut menyelitkan gimiknya menunggang motor bersama Datuk K ketika permulaan persembahannya.

All Your Love

Bercerita mengenai album, Siti meluahkan keterujaannya menantikan kemunculan album berbahasa Inggeris pertamanya menjelang bulan September nanti.

"Semua lagu sudah siap dirakam sebulan lalu dan single pertama berjudul Falling In Love sudah dikeluarkan, insya-Allah pada bulan September nanti album ini akan dipasarkan," katanya yang juga pertama kali mendendangkan single tersebut pada konsertnya yang turut dimeriahkan dengan persembahan Amy Search dan Aizat Amdan.

Judul album yang diberi nama All Your Love itu bagaimanapun masih dalam perancangan dan belum diputuskan lagi judul tetap.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Enrique belum mahu anak

Posted:

Enrique belum mahu anak

Enrique belum mahu anak


ENRIQUE IGLESIAS dan Anna Kournikova.


ENRIQUE IGLESIAS yang sudah menjalinkan hubungan dengan bekas pemain tenis terkenal dunia, Anna Kournikova selama hampir sepuluh tahun menegaskan dia masih belum bersedia untuk mempunyai anak.

Katanya: "Saya tidak rasa seperti saya sudah bersedia untuk mempunyai anak pada ketika ini tetapi siapa tahu hati saya boleh berubah bila-bila masa, mungkin enam bulan lagi, mungkin 16 tahun dari sekarang baru saya mahukan anak."

Walaupun begitu menurut penyanyi berusia 36 tahun itu, dia kini lebih gemar bersantai di kediamannya di Malibu berbanding mengunjungi parti.

"Saya lebih gemar duduk bersantai di sofa dalam kediaman saya di Malibu. Sangat seronok apabila mempunyai masa untuk menonton perlawanan bola sepak dengan rakan-rakan mahupun berseorangan. Namun buat masa ini saya rasa saya belum mahu ada anak," tuturnya lagi.

Beritahunya lagi kepada majalah Britain, OK!: "Saya masih keluar ke parti. Tapi saya jenis yang boleh berparti semalaman tetapi kemudian tidak pergi berparti selama sebulan selepas itu."

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.