Harian Metro: Rap |
Posted: 19 Jun 2011 08:07 AM PDT LETAK ke tepi sebentar segala spekulasi dan kontroversi yang pernah membelit Nur Fasha Sandha Hassan atau Fasha Sandha, 27, jika semua itu dijadikan ukuran, tiada keadilannya kerana kata-kata nakal seperti yang pernah menghimpitnya bagai tiada noktah. Tinjau pula aspek kerjaya dan gerak lakonnya yang kian mantap dan hebat. Nama Fasha Sandha tidak perlu disangkal lagi popularitinya. Tidak hanya bersandar pada publisiti dan kegemilangan yang sudah selesa di genggaman, Fasha seorang pelakon yang hebat dan berjaya membina empayar seninya sendiri. Mungkin ramai yang tidak tahu, aktres berbakat besar kelahiran Johor Bahru ini seorang yang mementingkan disiplin dan bangun pagi (morning person), sejak dulu. Pengalaman sebagai pengawas ketika di sekolah dan pendedahan sepanjang membina kerjaya sebagai peragawati sebelum ini membuatkannya seorang yang begitu berdisiplin dan mudah bangun waktu pagi.
"Apa yang saya kecapi bukanlah usaha sehari atau komitmen yang baru bermula semalam sebaliknya sejak dulu, disiplin dan komitmen dalam kerja sudah dijadikan amalan. Mungkin kerana saya melihat percaturan seni sebagai satu perjuangan, lantas saya tidak mengambil mudah dalam apa saja aspek membabitkan kerja. "Saya juga seorang yang cukup menepati masa dan menghormati waktu. Semua pelakon atau pihak produksi yang pernah bekerja dengan saya sudah tahu perihal itu dan oleh sebab itu juga, saya begitu mengharapkan pihak lain juga menghormati masa saya juga. "Jika ditanya mengapa, saya memang tiada jawapan yang konkrit kerana apa yang diamalkan itu adalah satu tanggungjawab dan komitmen sebagai seorang pelakon. "Saya ikhlas berada di gelanggang seni dan tujuan utama untuk mencari rezeki. Justeru, saya melihat disiplin itu sebagai satu resipi terbaik yang menjadi rahsia buat saya selain persediaan sebelum membawa watak diberikan," katanya. Bintang filem Cicakman dan Anak Halal ini juga mempunyai pantangnya ketika di set penggambaran iaitu begitu menghormati skrip miliknya. Jika ada orang yang melangkah atau pelakon lain tidak membawa skrip mereka hingga terpaksa meminjam 'nyawanya' itu, ia memang jelas mengundang marah kepadanya. Mungkin sebab itu juga, biar dipalit seribu satu kisah panas, hakikatnya, Fasha tetap menjadi pilihan produser dan pengarah untuk menjayakan drama atau filem mereka. Wajahnya tetap menjadi taruhan untuk menarik minat penonton hingga berderet-deret drama lakonannya menanti tayangan. Siri Chinta membuka mata penonton mengenai bakat lakonannya begitu juga Samson Delaila dan Dia Atilia. Baru saja selesai penggambaran 5 Tahun 5 Minit, Fasha terus berkejar ke set drama Dewa Cinta pula. Selepas ini, Fasha bakal melangkah ke set drama siri terbitan Suhan Movies pula. Menyifatkan semua itu sebagai rezeki dan hadiah atas kesungguhannya, pemilik pusat kecantikan Chinta Saloon ini mengakui terpaksa menolak dua tawaran filem semata-mata tidak mahu hilang fokus dengan mengambil dua kerja dalam satu masa. "Bohong kalau saya katakan tidak terkilan kerana terpaksa menolak dua tawaran filem. Lebih-lebih lagi saya sudah lama tidak beraksi di layar perak. Namun saya tidak mahu mengaut semua tawaran hingga nanti terkejar-kejar pula. "Lagipun, jujurnya sebagai seorang pelakon, saya tidak boleh mendalami sesebuah watak itu jika tiada fokus. Oleh kerana itu, saya hanya mengambil watak yang sudah saya persetujui terlebih dulu. "Alhamdulillah, pihak produksi tidak henti meletak kepercayaan kepada saya dan selesa dengan apa yang saya berikan. Memang tidak dinafikan saya banyak membintangi drama televisyen akhir-akhir ini kerana setiap tawaran yang datang itu lengkap memberikan watak yang kuat serta plot cerita yang berbeza hingga mampu menonjolkan bakat lakonan saya. "Malah saya merasakan mungkin ini juga alternatif terbaik untuk mendekati peminat baik di kawasan bandar mahupun jauh di pedalaman apabila saya banyak tampil untuk drama televisyen," katanya yang merancang kembali membintangi filem tahun depan. Dewa Cinta bakal disiarkan di TV3 menerusi slot Akasia setiap Isnin hingga Khamis, jam 7 malam mulai hari ini. Kali ini, Fasha digandingkan dengan Iqram Dinzly dan turut dijayakan Aida Khalida, Nabila Huda, Bkay Nair serta penampilan sulung, Black. Drama siri 26 episod yang diarahkan Haris Fadzillah ini mengangkat Fasha selaku teraju utama membawakan watak Dewi Junita Anastasia atau June, penyanyi kelab malam yang menyimpan misteri kisah silamnya hingga mengheret jiwanya memberontak ingin kebebasan daripada perasaan trauma lampau itu. Fasha yang pertama kali dipertemukan bersama Iqram, menyifatkan plot ceritanya begitu kuat dan pembangunan watak yang begitu berbeza menyuntik rasa ingin mencuba buatnya. "Selain watak dan jalan ceritanya yang berbeza dan menarik, Dewa Cinta pertama kali menampilkan watak saya sebagai penyanyi dan ini memaksa saya belajar bermain alat muzik. Maklumlah, kononnya saya penyanyi yang penuh karektor dan misteri. Namun saya bersyukur kerana ada Black yang sudi mengajar bermain gitar bagi menghidupkan watak June. "Kelakarnya, ini juga pertama kali peminat dapat menyaksikan saya menyanyi sendiri menerusi dua lagu, Endless Love dan Dewa Cinta. Memang ia satu pengalaman yang indah dan begitu hebat sekali," katanya. Dewa Cinta menemukan dua jiwa berlainan latar belakang, Iqbal lakonan Iqram, seorang anak muda yang lahir daripada keluarga berada namun cuba melarikan diri selepas memberontak dengan perasaan sendiri akibat ayahnya yang terlalu garang. Iqbal meninggalkan kemewahan dan menyembunyikan perasaannya sebelum bertemu June, wanita yang lebih berusia daripadanya namun punya sikap dan personaliti menarik. June masih setia menanti kekasihnya di luar negara untuk bermain muzik namun hingga ke saat ini belum pulang kepadanya. Akhirnya, atas dasar ikhlas dan keserasian yang lama-kelamaan muncul, June dan Iqbal mula terperangkap dengan kemelut cinta. PROFIL Nama Penuh: Nur Fasha Sandha Hassan |
Belasungkawa Zami Ismail (1944 - 2011): Bawa nama Pak Uda ke akhir hayat Posted: 19 Jun 2011 07:53 AM PDT SUASANA tenang ketika kebanyakan warga seni berehat pada hujung minggu dikejutkan dengan berita pelakon dan pelawak terkenal, Zami Ismail menghadap Ilahi. Pelakon popular dengan watak Pak Uda menerusi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu ini menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur kira-kira jam 10.30 pagi semalam akibat kompilasi jantung dan paru-paru. Arwah berusia 67 tahun dibawa ke tempat kelahirannya di Tapah, Perak untuk pengebumian selepas solat Asar.
Allahyarham dimasukkan ke IJN sejak dua minggu lalu dan tenat malam sabtu apabila terpaksa bergantung dengan bantuan mesin pernafasan. Sepanjang aktif berlakon, arwah pernah berulang kali mengalami sesak nafas sejak membintangi Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Dia dimasukkan ke hospital pada 1997 dan 2007 sehingga koma hampir tiga hari. Bulan lalu, arwah
Satu lagi filem baru bersama Mamat iaitu Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit menjalani penggambaran pada Februari lalu serta filem, Shh... Dia Datang arahan Saiful Apek belum ditayangkan. Arwah meninggalkan seorang balu, Hanizan Ibrahim, 58, dan sembilan anak, Mohd Hitler, 39, Ahmad Yamashita, 38, Opie Zami, 37, Ismail Fahmi, 36, Khairul Affendi, 30, Aida Nurul Asyikin, 29, Aida Nurul Wahyu, 27, Mohd Firdaus, 24, dan Zahid Albukhman, 21. Pengarah sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Prof Dr Hatta Azad Khan berkata, pemergian arwah satu kehilangan besar pada bidang hiburan tempatan. Dia yang berkenalan dengan arwah sejak aktif menerusi drama pentas di Ipoh, Perak pada penghujung 60-an, cukup mengagumi dan menghormati bakat lakon dalam diri rakannya itu. "Dia seorang pelakon yang sangat berbakat. Malah, bakatnya dihargai apabila menang Festival Teater Kebangsaan. Saya melihat bakat lakonnya semula jadi sejak zaman muda. "Ketika dia berlakon bersama saya menerusi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu, dia bersama kumpulan pelakon yang sama-sama berbakat. Sumbangannya terhadap sitkom itu cukup mengagumkan hingga nama watak Pak Uda dikenali ramai sehingga akhir hayatnya. "Secara peribadi mengikut pengalaman saya bersamanya, dia seorang pelakon yang mudah bekerjasama, sentiasa ceria dan apabila saya bagi skrip kepadanya dia nampak mudah untuk berlakon. "Saya percaya karakter itu sudah ada dalam dirinya yang membuatkan lakonannya hidup dan menjadi. Begitu juga dalam Pi Mai Pi Mai Tang Tu, dia serasi dengan rakan pelakon yang lain," katanya. Kali terakhir Hatta bertemu dengan arwah ketika tayangan semula, Mat Som sempena program Merakyatkan Filem di Coliseum, Kuala Lumpur, tahun lalu. Katanya, ketika berlakon Pi Mai Pi Mai Tang Tu, dia ada menunjukkan masalah kesihatan akibat sesak nafas, tetapi keadaan itu tidak kerap berlaku. "Apa yang saya lihat, semangat dia kuat untuk terus bekerja. Memang itu sikapnya sejak dulu dan tidak putus asa terhadap masalah kesihatan dihadapi," katanya. Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Datuk Freddie Fernandez pula berkata, kehilangan arwah membawa berita mengejutkan semua warga seni khususnya mereka yang pernah bekerjasama. "Sepatutnya, arwah terbabit dalam satu acara persembahan makan malam, Pesta Lawak anjuran Karyawan di Restoran Seri Melayu pada 26 Jun ini. "Pada mulanya, acara ini dirancang persembahan pada 5 Jun lalu, tetapi ditangguh untuk memberi masa kepada arwah berehat sebelum latihan bermula pada minggu depan. "Sebelum ini, dia nampak begitu bersemangat dan teruja mahu menjayakan acara ini. Tiga minggu lepas, saya bersama beberapa rakan artis melawatnya di rumah selepas dia keluar hospital, bulan lalu. "Ketika melawatnya, saya meminta dia banyak berehat dan tidak bimbang kerana acara Pesta Lawak tetap diteruskan apatah lagi dia membawakan watak utama," katanya yang mendapat berita kematian Zami menerusi Imuda yang berada di Pulau Pinang. Freddie berkesempatan menziarah arwah buat kali terakhir di IJN berkata, acara Pesta Lawak akan tetap dijalankan sebagai penghormatan mengenang jasanya. Karyawan mengharapkan penjualan meja untuk acara ini mendapat sokongan rakan artis agar hadir beramai-ramai. "Sebahagian kutipan jualan meja itu nanti akan disumbangkan pada balu arwah. Sepanjang mengenali arwah, dia seorang yang ceria dan aksi jenakanya sering menghiburkan. Bagi saya, dia seorang pelawak disanjung ramai," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |