Adsense

Jumaat, 27 Mei 2011

:: MYARTIS.COM ::

:: MYARTIS.COM ::


NIKAH NURUL DI THAILAND SAH..

Posted: 26 May 2011 02:36 PM PDT

Mungkin ramai yang masih belum tahu bahawa Penyanyi Nurul AF2 (Akademi Fantasia 2), telah pun berkahwin dengan seorang pensyarah, Mohd Munzil Muhamad di Narathiwat, Thailand, pada 23 Mei lalu. Manakala majlis persandingan mereka dijadualkan berlangsung pada Sabtu ini (28 Mei).

Namun ketika memberi keterangan di mahkamah mengapa pernikahan tersebut berlangsung di Thailand, Nurul mendakwa ia disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan.

Nurul atau nama sebenarnya Nurullah Abdul Hamid, 29, berkata demikian semasa memberi keterangan pada permohonan Mohd Munzil, 28, untuk mengesahkan pernikahan mereka di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, di sini pada Khamis.

Permohonan tersebut didengar di hadapan Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah dan mereka diwakili oleh peguam-peguam syarie, Mohamad Azlin Mohamad Razali dan Mohammad Fauzi Abdullah.

"Pernikahan itu berlangsung pada 23 Mei lalu. Saya menerima mas kahwin sebanyak RM1,000 pada majlis yang dilakukan dengan berwalikan seorang lelaki Thailand, Wan Husin Wan Ab Rahman", ujar Nurul dipetik sebagai berkata.

"Saya, suami dan ibu bapa mertuanya masuk ke Narathiwat menerusi Kota Bharu, Kelantan pada hari tersebut dengan menaiki kereta dan terus ke pejabat agama itu untuk mengisi borang pernikahan.

"Bagaimanapun, akad nikah dilakukan di rumah Wan Husin kerana semasa itu adalah hari cuti, iaitu Sabtu. Wan Husin adalah seorang wali bertauliah yang disyorkan oleh majlis agama," katanya lagi.

Pada keterangan lain, Nurul berkata, pernikahan itu diadakan di Thailand kerana timbul masalah wali ekoran keengganan bapa kandungnya, Zawawi untuk menjadi wali.

"Saya ada berjumpa dengan bapa kandung saya, tapi dia tidak mahu menjadi wali. Ini kerana masalah yang berlaku antara bapa dengan keluarga angkat saya sewaktu saya masih kecil," tambahnya.

"Saya dan suami ada mencuba untuk mendapatkan wali hakim daripada Majlis Agama Islam Sarawak, tetapi ia akan mengambil masa yang lama, sedangkan tarikh majlis pernikahan telah ditetapkan berlangsung pada Sabtu ini.

"Selepas perkahwinan itu, jika orang tanya siapa Mohd Munzil, saya akan jawab dia sebagai tunang saya, sebab tidak ramai yang tahu (berkahwin), hanya orang terdekat sahaja.

"Tetapi, dia sebenarnya suami saya. Selepas berkahwin saya tinggal dengan dia," katanya.

Selesai mendengar keterangan tersebut, Abdul Halim memutuskan pernikahan tersebut sah di sisi hukum syarak kerana telah memenuhi hukum nikah, walaupun tidak menggunakan wali sebenar ekoran bapa kandung Nurul berada jauh di Kuching, Sarawak.

Beliau kemudian mengarahkan Nurul dan Mohd Munzil mendaftarkan pernikahan tersebut di Pejabat Majlis Agama Islam.

"Saya rasa lebih berdebar dengan kes mahkamah berbanding dengan majlis persandingan Sabtu ini," ujar Nurul ketika diajukan soalan di luar mahkamah.





Nurul ketika bergambar dalam majlis pertunangannya baru-baru ini...




(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2011

PELAKON IKLAN BERSOSIAL..??

Posted: 26 May 2011 02:16 PM PDT

Ini ialah gambar-gambar clubbing yang didakwa melibatkan pelakon iklan yang pernah menyertai rancangan Clever bersama aznil. Namun, myartis tidak dapat mengesahkan kesahihan gambar-gambar tersebut sama ada gambar baru atau lama, termasuk pelakon iklan mana yang dimaksudkan.

Moga ia dapat dijadikan contoh kepada muka-muka baru atau lama dalam industri seni agar tidak terus hanyut di buai mimpi. Populariti dan glamor hanyalah sementara ketika kita masih bernafas dan ia tidak akan kekal selamanya..!!


Klik untuk imej besar...










(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2011