Kosmo Online - Hiburan |
- Selebriti jayakan Rentap Futsal Kosmo!
- Kenangan yang memang mengusik jiwa
- Saif nafi kutuk Aishwarya Rai
Selebriti jayakan Rentap Futsal Kosmo! Posted: Selebriti jayakan Rentap Futsal Kosmo!BIASANYA penampilan selebriti tempatan terutamanya penyanyi dan pelakon hanya dapat disaksikan sama ada ketika membuat persembahan pentas atau menerusi lakonan mereka yang disiarkan di kaca televisyen. Bagaimanapun, sempena dengan Kejohanan Rentap Futsal Putrajaya 2 Kosmo! 2011 sempena Hari Belia Negara 2011 yang diadakan di Putrajaya dan bermula pada Khamis hingga Ahad lalu, terdapat aktiviti menarik yang disedikan kepada pemain dan pengunjung. Selain kejohanan yang membabitkan 1,601 pasukan futsal di seluruh negara, mereka yang berada di kawasan kejohanan pula berpeluang menyaksikan selebriti popular beraksi dalam acara futsal pada Sabtu lepas. Lebih menarik lagi, pihak Kosmo! telah berjaya mengumpulkan sehingga 14 orang selebriti popular tanah air yang terdiri daripada penyanyi dan pelakon. Antara selebriti yang sanggup meluangkan masa untuk sama-sama memeriahkan acara perlawanan futsal membabitkan selebriti adalah Sheera Iskandar, Yatt Hamzah, Fida Ibrahim, Roslan Shah dan Syed Ali. Selain itu, acara berkenaan turut membabitkan selebriti seperti Zain Saidin, Tengku Norhanis, Rina AF6, Ekin AF3, Tom Mystarz LG, Syawal AF5, Shafiq Isam serta dua bekas peserta program realiti Anak Wayang, Afzan A. Rahman dan Amar Baharin. Diadakan pada hari ketiga kejohanan tersebut, ternyata kehadiran 14 orang selebriti ketika itu dilihat telah menarik minat ramai pemain dan pengunjung yang mahu menyaksikan selebriti kegemaran mereka beraksi. Berlangsung sebanyak empat sesi perlawanan, sesi pertama dan kedua membabitkan pasukan selebriti yang menentang pasukan pilihan Kosmo!. Sementara, sesi ketiga dan keempat pula adalah perlawanan sesama selebriti. Ternyata perlawanan yang membabitkan kedua-dua pasukan berlangsung dalam keadaan sengit, meskipun pasukan selebriti akhirnya tumpas dengan keputusan 4-3. Menariknya, selain Syawal AF5 dan Zain Saidin berjaya membolosi gawang Kosmo!, salah seorang pemain wanita iaitu Yatt Hamzah telah berjaya menjaringkan satu gol. Biarpun tewas, namun matlamat utama kejohanan yang membabitkan pasukan selebriti itu bukanlah semata-mata mahu mencari kemenangan, sebaliknya ia sebagai satu cara untuk merapatkan hubungan selebriti dengan orang ramai. Salah seorang wakil selebriti, Yatt Hamzah berkata, langkah pihak Kosmo! untuk mengundang para selebriti bermain futsal sememangnya satu langkah yang wajar dipuji. INILAH barisan pasukan selebriti dan pasukan pilihan Kosmo! yang memeriahkan lagi Kejohanan Rentap Futsal Putrajaya 2 Kosmo! 2011 . Ujarnya, memandangkan jadual harian sebagai seorang artis sememangnya tidak menentu, hanya dengan cara sebegini mereka dapat meluangkan masa untuk melakukan aktiviti yang sihat. "Pertama sekali saya mahu ucapkan terima kasih kepada pihak Kosmo! kerana mengundang kami menyertai perlawanan futsal ini. Lagipun melalui acara sebegini juga adalah peluang terbaik untuk berkumpul sesama rakan selebriti lain. "Apa yang lebih penting saya dan rakan-rakan sangat gembira melihat kepada sambutan yang diterima terutama sokongan daripada pengunjung ketika kami beraksi," ujar Yatt yang mewakili rakan selebriti yang lain. Tambah Yatt, dia sendiri sebenarnya adalah penggemar sukan futsal dan memberitahu dia tidak keberatan jika diundang untuk menjayakan aktiviti sebegitu pada masa akan datang. Sementara itu, seorang lagi pelakon baru iaitu Syed Ali yang popular menerusi drama Kamelia Katrina menjelaskan bahawa dia sangat menghargai undangan daripada Kosmo! untuk beraksi dalam acara futsal. "Dengan kerjaya sebagai seorang pelakon, tidak dinafikan jadual harian sentiasa sibuk sehingga tiada masa untuk melakukan sebarang aktiviti riadah. "Maka, saya sangat menghargai undangan untuk bermain futsal ini dan ia juga dilihat sebagai satu bentuk sokongan yang dapat diberikan memandangkan artis dan media perlu saling membantu," ujarnya. Konsert Selain perlawanan futsal membabitkan pasukan selebriti, pengunjung di kejohanan Rentap Futsal Putrajaya 2 Kosmo! 2011 turut dimeriahkan lagi konsert oleh beberapa penyanyi popular tanah air. Selepas berakhirnya acara perlawanan futsal pada hari berkenaan, para pengunjung kemudiannya telah dihiburkan dengan konsert yang menampilkan penyanyi Farahwahida dan Azlan and The Typewriter. Pada petang itu, Farahwahida menyampaikan dua buah lagu berjudul Hey Ladies yang dipopularkan oleh Rossa serta single terbaharunya iaitu Jangan Tanya Aku Lagi. KUMPULAN Forteen tampil dengan persembahan yang rancak dan segar. "Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan syabas kepada pihak Kosmo! kerana telah berjaya menganjurkan sebuah kejohanan futsal yang begitu besar. "Bagi saya, ia adalah satu aktiviti sihat yang sesuai untuk golongan belia dan saya turut berbangga kerana berpeluang untuk mengadakan persembahan di kejohanan ini," ujarnya. Konsert berkenaan semakin hangat apabila Azlan muncul di pentas dengan membawakan dua buah lagu iaitu Jeritan Batinku dan Lagu Untukmu. Sementara itu, memandangkan kejohanan futsal berkenaan berlangsung selama 24 jam, pengunjung juga telah dihiburkan menerusi konsert yang berlangsung pada pukul 12 tengah malam. Konsert itu menampilkan persembahan Yazer AF3 serta dua kumpulan yang bernaung di bawah KRU Studios iaitu kumpulan Forteen dan Tiga. Konsert dihangatkan lagi dengan persembahan tarian oleh dua kumpulan daripada program Showdown 2011, Bounce Stepperz and HMC Phlow. Pada hari yang terakhir Kejohanan Rentap Futsal Putrajaya 2 Kosmo! 2011 pula, para pengunjung pula telah didendangkan dengan persembahan kelahiran Akademi Fantasia iaitu Mila Jirin dan Nubhan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Kenangan yang memang mengusik jiwa Posted: Kenangan yang memang mengusik jiwaOleh HARYATI KARIMharyati.karim@kosmo.com.my TEATER Muzikal Kenangan Mengusik Jiwa...60-an meriah dengan elemen tarian dan nyanyian. RAMAI yang tertanya-tanya apakah kehebatan teater Muzikal Kenangan Mengusik Jiwa...60-an yang membariskan ramai penyanyi popular era 60-an dan mempertaruhkan bakat dua penyanyi muda Dafi dan Ana Raffali. Ternyata pertaruhan yang dilakukan penerbit Afandy Alias dan pengarah persembahan Lokman Ghani menjadi. Penonton dihiburkan dengan latar dua zaman yang berbeza iaitu tahun 2011 dan tahun 1960-an yang begitu meriah dengan pelbagai tarian dan nyanyian. Tidak ketinggalan elemen percintaan pada zaman 60-an antara Rey (Dafi) dan Rose (Ana Raffali) yang merupakan penggerak cerita dan kekuatan utama teater muzikal ini. Bagaimanapun disebabkan durasi persembahan yang agak panjang iaitu hampir tiga jam meresahkan penonton yang hadir ketika sesi tayangan untuk media baru-baru ini. Malah, faktor yang sama menyebabkan ada bahagian persembahan seperti konsert di tapak pesta menimbulkan kebosanan. Menurut Lokman yang ditemui pada sesi sidang akhbar sejurus persembahan berakhir, persembahan yang dipertonton kepada umum bermula 27 Mei lalu sehingga 5 Jun depan sedikit berbeza. "Kami buat tayangan untuk media lebih awal, jadi kami boleh lihat kelemahan yang ada. Saya akui durasinya terlalu panjang, sebab itu, untuk tontonan penonton kami akan pendekkan kepada dua jam sahaja. "Ada bahagian yang saya lihat tidak perlu dipersembahkan dan ada bahagian yang perlu dipendekkan persembahannya. Tetapi persembahan semua penyanyi 60-an yang diundang tetap ada kerana tanpa mereka tidak akan ada aura 60-an dalam teater ini," jelas Lokman. Ujar Lokman, sebagai pengarah, dia amat berpuas hati dengan segala komitmen serta persembahan yang diberikan oleh kesemua pelakon dan penyanyi. "Saya berpuas hati meskipun ada bahagian yang perlu diperbaiki lagi, saya sifatkan teater ini bukan hanya untuk peminat lagu 60-an sahaja tetapi juga anak muda kerana teater ini dua dalam satu, ada dramanya dan juga persembahan muzikal," katanya lagi. Dafi dan Ana yang pertama kali berlakon di pentas teater menyifatkan mereka antara penyanyi yang bertuah kerana berpeluang merasai pengalaman penyanyi-penyanyi era 60-an. NOSTALGIA era 1960-an diadun dengan era terkini menjadikan persembahan teater ini menarik untuk ditonton. Meskipun itu pengalaman pertama mereka, lakonan Dafi dan Ana wajar dipuji kerana lontaran jiwa mereka begitu terkesan kepada penonton. "Pada mulanya agak susah kerana saya harus belajar menari dan berlakon tetapi lama-kelamaan saya jadi seronok kerana kami semua ibarat sebuah keluarga yang sentiasa saling bantu-membantu. "Sebagai penyanyi baru, pengalaman ini sangat berharga untuk saya kerana dapat bertemu dan bekerjasama dengan penyanyi-penyanyi terkenal zaman 60-an. Banyak yang saya pelajari daripada mereka," kata Ana. Dafi yang mengakui keletihan kerana terpaksa 'berkampung' di Istana Budaya selama dua bulan untuk menjalani latihan memberitahu, dia telah melepasi kemampuan dirinya sendiri sebagai penyanyi dan pelakon. "Saya sendiri tidak sangka yang saya mampu menjayakan watak Rey kerana saya sendiri ragu-ragu dengan kemampuan diri sendiri pada mulanya. "Atas bantuan pengarah dan semua pelakon, mereka menjadi kekuatan saya. Bagi saya, sebagai pelakon yang pertama kali berlakon teater saya amat berpuas hati dengan persembahan," luah Dafi. Teater Muzikal Kenangan Mengusik Jiwa...60-an yang dipentaskan bermula 27 Mei sehingga 5 Jun depan mengisahkan Rey kembali ke kampung halamannya setelah sekian lama menghilangkan diri. Selepas hampir 30 tahun tidak pulang, Rey telah bertemu dengan rakan baiknya Azizan dan Ah Khow. Pertemuan mereka telah mengimbau banyak kenangan terutamanya ketika menuntut di kolej. Sementara itu Rey dan Ana 2011 pula dibawakan oleh Latif Ibrahim dan Saida AF6 (Siti Norsaida Tarudin). Pelakon lain yang turut terlibat terdiri daripada Halil Chik, Liza Abdullah, Radhi Khalid, Iqbal Mazlan, Arja Lee dan Baby Erin. Penyanyi-penyanyi yang diundang memeriahkan lagi teater ini ialah Datuk Ahmad Jais, A. Halim, L.Ramli, A.Rahman Onn, Fatimah M. Amin, J. Sham, Hussein Ismail dan A. Rozainie. Buat penonton yang ingin menyaksikan persembahan mereka di Istana Budaya, jangan lupa mendapatkan tiket yang berharga bermula RM60 sehingga RM360 di Box Office, Istana Budaya (03-40265558) atau layari laman sesawang www.ticket2u.biz (03-4147 8600). Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Posted: Saif nafi kutuk Aishwarya Rai
"AISHWARYA terpilih mungkin kerana mukanya yang cantik!" Itu komen kontroversi aktor Saif Ali Khan apabila diminta mengulas tentang kekerapan aktres Aishwarya Rai terpilih menghadiri Festival Filem Cannes di Perancis. Komen Saif itu kemudian disebarkan menerusi beberapa laman web di internet dan ada yang mengutuk Saif dengan mendakwa Saif melabelkan Aishwarya sebagai sekadar aktres yang bersandarkan kepada kecantikan dan bukan bakat lakonan. Namun, Saif dalam kenyataannya menegaskan dia sangat terkejut kerana dikatakan telah mengutuk Aishwarya, sedangkan menurutnya, bukan itu yang dimaksudkan daripada komennya itu. "Saya ditanya tentang apakah relevan Aishwarya ke Festival Cannes dan saya jawablah dia merupakan wajah India di peringkat antarabangsa dan ia bukan bermaksud saya mengutuk dia," ujarnya kepada IANS. Tambah Saif: "Saya kata saya bangga dengan kejelitaan wajah Aishwarya. Ada satu laman web memaparkan apa yang benar-benar saya perkatakan tentang Aishwarya, tetapi laman web-laman web lain memaparkannya dengan cara yang salah." Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |