Adsense

Jumaat, 15 April 2011

Celebrity News

Celebrity News


KRU TV dalam web tonton !!

Posted: 15 Apr 2011 12:55 PM PDT

Memang menakjubkan sebab KRU sekali lagi mendahului syarikat lain dalam arena industri hiburan kerana tanpil dengan channel tersendiri yakni KRU TV. Untuk pengetahuan anda di ZoOmartis dan Facebook rancangan KRU TV boleh ditonton melalui laman web www.tonton.com.my.



Selain menyiarkan filem-filem terbitan KRU, saluran itu juga memaparkan program-program hiburan seperti KRU Paparazzi, KRU Jukebox, KRU The Making of, KRU 24/7, KRU Anime, KRU Blockbuster, Extravaganza, selain drama bersiri dalam format Webisode tidak lama lagi.


Sejak mula bersiaran pada Januari lalu, KRU TV berada di tangga kelima daripada 13 saluran web tv yang disiarkan dalam Tonton.
Tonton merupakan stesen televisyen web yang diperkenalkan oleh Alt Media Sdn Bhd bermula 6 Ogos 2010.




ZOOM : Tabik Spring dekat KRU !! Apa Pula Kata ANda ?


Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

Norman Dan Memey Kena Waran Tangkap !!

Posted: 15 Apr 2011 12:48 PM PDT


Hurmm No Komen !!! baca je la news ni..nak buat macam mana sendiri cari penyakit tak nak pergi mahkamah. 


Norman2...Meymey2....!!!


KUALA LUMPUR: Pasangan pelakon, Norman Hakim dan Memey Suhaiza dikenakan waran tangkap ekoran kegagalan mereka untuk menghadiri prosiding kes khalwat di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Jumaat.


Hakim Syarie Salehan Yatim mengeluarkan waran tangkap tersebut selepas mendapati penjelasan yang diberikan mengenai ketidakhadiran pelakon berkenaan adalah tidak munasabah.
Peguam syarie Munirah A Bakar yang menyebut bagi pihak Fakhrul Azman Abu Hassan yang sedang berada di luar negara terlebih dahulu memberitahu, beliau menerima panggilan telefon daripada Norman.



"Norman memaklumkan bahawa dia tidak dapat hadir kerana sakit manakala Suhaiza Suhaimi (Memey) berada di luar kawasan," katanya.


Bagaimanapun, tiada sebarang sijil cuti sakit dikemukakan di mahkamah.
Perbicaraan kes khalwat Norman dan Memey telah berjalan selama dua tahun akhirnya menampakkan tanda-tanda akan berakhir apabila Salehan menetapkan 29 Julai depan sebagai tarikh keputusan kes tersebut.
Beliau juga menetapkan 20 Mei ini untuk peguam syarie membalas hujahan pihak pendakwaan yang difailkan pada Jumaat, manakala pihak pendakwaan dijadualkan menggulung hujah mereka pada 20 Jun depan.
Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 34, dan Memey, 23, didakwa berkhalwat di pejabat beralamat 4-1A, Jalan UP1/2, Taman Ukay Perdana, Ampang, di sini.


Kesalahan tersebut didakwa dilakukan antara pukul 1.45 dan 3 pagi, 30 Oktober 2008.
Pendakwaan terhadap Norman dibuat mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 manakala Memey dituduh mengikut Seksyen 29(1)(b) enakmen yang sama.


Mereka yang didakwa di mahkamah untuk kali pertama pada 20 Januari 2009 kini berhadapan dengan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Untuk membuktikan pertuduhan tersebut, pihak pendakwaan telah mengemukakan tujuh saksi pendakwaan.
Pada prosiding itu, pihak pendakwaan diwakili oleh Pegawai Pendakwa Syarie dari Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Hasrul Hafizsi Ahmad Kamal.

Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

Nurul Akademi Fantasia 2 Bernikah 28 Mei 2011

Posted: 15 Apr 2011 12:38 PM PDT

ZoOM mewakili pembaca dan Fans ucapkan tahniah  kerana akan berkahwin dan bukannya hanya kahwin dulu baru nikah. Silap haribulan kena tangkap kering siapa yang susah maklum sajalah artis ni pantang buat silap sikit semua mata memandang. 



Penyanyi Nurullah Abdul Hamid (Nurul), 29, bekas pelajar Akademi Fantasia musim kedua (AF2) bakal bernikah pada 28 Mei ini dengan pensyarah, Mohd Munzil Muhamad, 28, di rumah Nurul di Petrajaya, Kuching.



Kedua-dua mempelai akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi sehari selepas itu di sebuah dewan di Kuching dengan konsep perkahwinan dalam taman bertemakan warna hitam-merah.
Sementara majlis resepsi di sebelah pengantin lelaki akan berlangsung di De Palma Hotel Ampang, pada 3 Jun depan.


ZOOM : Semoga bahagia hingga ke akhir hayat.





Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

Gossip Gambar Dayang Berpeluk Marcell

Posted: 15 Apr 2011 12:29 PM PDT

Sebenarnya ini gambar lama yang ZoOM jumpa daripada laman blog yang ZoOm Lawat pagi-pagi buta ni, mata tak nak tidur. Terkejut juga bila tengok gambar-gambar ini, sekali pandang minah manalah yang berpeluk sakan dengan suami orang bernama Marcell ni.

Untuk makluman anda di ZoOmartis jantan ini bernama Marcell dan sudah berkahwin dengan Rima Melati Adams seorang bekas finalist Miss Singapore Universe 2001. Dan gambar ini menurut info diambil di Hard Rock Kuala Lumpur semasa showcase album single Dayang.

Namun persoalannya perlukah berpeluk sedemikian rupa ? Tepuk dada ...kita tunggu jiwa !! Tunggu..Cob Cite Cob Citer ( Tangan Usop Wilcha ).

Lagi Gambar di Bawah :








Notes : Tapi ZoOm semasa belajar di Sarawak pernah terserempak dengan Dayang, memang seksi especially masa dia menyanyi bila IPT ZoOm buat event dekat Waterfront Kuching.
Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

Hattan Bawa 10 Pekerja Mengerjakan Umrah

Posted: 14 Apr 2011 07:17 PM PDT

Alhamdulillah semoga dimurahkan rezeki abang Hattan kita yang bermurah hati membawa 10 pekerja beliau mengerjakan umrah pada pertengahan Jun depan. Ia sebagai tanda terima kasih beliau kepada pekerja-pekerja beliau yang bertungkus lumus menaikkan nama syarikatnya yakni Ria Event Sdn Bhd.

 Jarang-jarang kita dengan seorang pemilik membawa pekerja mengerjakan umrah, sebab yang selalu ZoOM dengar "Owner" suka bawa pergi Bali, Phuket, Singapore dll. Mungkin inilah kelainan yang ada pada abang Hattan kita yang bermurah hati, sebab setahu ZoOM nak pergi umrah banyak kos yang perlu dikeluarkan.

Gambar Hiasan : Abang Amy Search Semasa Mengerjakan Umrah

ZoOM : Apa Pula Kata Anda Di ZoOmartis Dot Net @ Facebook ?
Suka Gossip Ini ClickLah Like !!