Adsense

Ahad, 17 April 2011

- Blog Hanz -

- Blog Hanz -


Keputusan Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-10

Posted: 16 Apr 2011 10:50 AM PDT


Barisan Nasional telah berjaya memenangi Pilihan Raya kat Sarawak dan Tan Sri Abdul Taib Mahmud sekali lagi menjadi Ketua Menteri Sarawak.

Berikut adalah keputusan penuh Pilihan Raya:



N1: OPAR:
1. Stephen ak Sagir (SNAP)
2. Joseph Jindy ak Peter Rosen (Bebas)
3. Boniface Willy ak Tumek (PKR)
4. Ranum ak Mina (BN-SUPP)

N2: TASIK BIRU:
1. Datuk Peter Nansian ak Ngusie (BN-SPDP)
2. Frankie Jurem ak Nyombui (SNAP)
3. John Tenewi Nuek (PKR)

N3: TANJONG DATU:
1. Tan Sri Adenan Satem (BN-PBB)
2. Gilbert Asson ak Kulong (Bebas)
3. Nani Sahari (PAS)

N4: PANTAI DAMAI:
1. Suhaimi Selamat (Bebas)
2. Dr Abdul Rahman Junaidi (BN-PBB)
3. Wan Zainal Abidin Wan Senusi (PKR)

N5: DEMAK LAUT:
1. Dr Hazland Abang Hipni (BN-PBB)
2. Ali Hossen bin Abang (PKR)

N6: TUPONG:
1. Datuk Daud Abdul Rahman (BN-PBB)
2. Baharuddin @ Din Shah Mokhsen (PKR)

N7: SAMARIANG:
1. Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali (BN-PBB)
2. Zulrusdi Mohamad Hol (PKR)

N8: SATOK:
1. Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg (BN-PBB)
2. Ahmad Nazib Johari (PKR)

N9: PADUNGAN:
1. Dominique Ng Kim Ho (Bebas)
2. Wong King Wei (DAP)
3. Sim Kiang Chiok (BN-SUPP)

N10: PENDING:
1. Prof Dr Sim Kui Hian (BN-SUPP)
2. Violet Yong (DAP)



N11: BATU LINTANG:
1. Sih Hua Tong (BN-SUPP)
2. See Chee How (PKR)
3. Soo Lina (Bebas)

N12: KOTA SENTOSA:
1. Chong Chieng Jen (DAP)
2. Datuk Alfred Yap Chin Loi (BN-SUPP)

N13: BATU KAWAH:
1. Christina Chew Wang See (DAP)
2. Tan Joo Phoi (BN-SUPP)

N14: ASAJAYA:
1. Abd Karim Rahman Hamzah (BN-PBB)
2. Arip Ameran (PKR)

N15: MUARA TUANG:
1. Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud (BN-PBB)
2. Noraini Hamzah (PAS)

N16: BENGOH:
1. Willie ak Mongin (PKR)
2. Wejok ak Tomik (Bebas)
3. Richard @ Peter ak Margaret (SNAP)
4. Dr Jerip ak Susil (BN-SUPP)

N17: TARAT:
1. Ateng ak Jeros (SNAP)
2. Roland Sageh Wee Inn (BN-PBB)
3. Peter Ato ak Mayau (PKR)

N18: TEBEDU:
1. Kipli bin Ale (Bebas)
2. Datuk Seri Michael Manyin ak Jawong (BN-PBB)
3. Christopher ak Kiyui (PKR)
4. Anthony ak Nais (SNAP)

N19: KEDUP:
1. Lainus ak Andrew Luwak (PKR)
2. Maclaine Ben @ Martin Ben (BN-PBB)
3. Amin ak Banti (Bebas)
4. Belayong ak Jayang (SNAP)

N20: SADONG JAYA:
1. Aidel Lariwoo (BN-PBB)
2. Mahayudin Wahab (Bebas)
3. Abang Eddy Allyanny Abang Fauzi (PAS)

N21: SIMUNJAN:
1. Mohd Naroden Majais (BN-PBB)
2. Mashor Hussen (PKR)
3. Zaini bin Le' (Bebas)
4. Mac Palima ak Nyambil (PCM)

N22: SEBUYAU:
1. Ali bin Semsu (Bebas)
2. Adam Ahid (PAS)
3. Julaihi Narawi (BN-PBB)

N23: LINGGA:
1. Abang Othman Abang Gom (SNAP)
2. Abang Ahmad Arabi Abang Bolhassan (PKR)
3. Simoi Peri (BN-PBB)

N24: BETING MARO:
1. Razaili Gapor (BN-PBB)
2. Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus (PAS)

N25: BALAI RINGIN:
1. Ibi ak Uding (PKR)
2. Snowdan Lawan (BN-PRS)
3. Dan ak Giang (SNAP)
4. Lipeh ak Mawi (PCM)
5. Cobbold ak Lusoi (Bebas)
6. Sujal ak Gansi (Bebas)

N26: BUKIT BEGUNAN:
1. Mong ak Dagang (BN-PRS)
2. Lias ak Julai (Bebas)
3. Jimmy Lim @ Jimmy Donald (PKR)
4. Ivanhoe Anthony ak Belon (SNAP)

N27: SIMANGGANG:
1. Leon Jimat Donald (DAP)
2. Datuk Francis Harden ak Hollis (BN-SUPP)

N28: ENGKELILI:
1. Dr Johnichal Rayong ak Ngipa (BN-SUPP)
2. Jimmy Simon Maja (Bebas)
3. Semijie ak Janting (SNAP)
4. Marudi @ Barudi ak Mawang (PKR)

N29: BATANG AI:
1. Nicholas Bawin ak Anggat (PKR)
2. Malcom Mussen ak Lamoh (BN-PRS)

N30: SARIBAS:
1. Ricky @ Mohammad Razi Sitam (BN-PBB)
2. Abang Zulkifli Abang Engkeh (PKR)

N31: LAYAR:
1. Joe ak Unggang (SNAP)
2. Stanny Embat Dharoh ak Laja (PKR)
3. Ngumbang @ Kibak ak Datu (Bebas)
4. Tan Sri Dr Alfred Jabu ak Numpang (BN-PBB)

N32: BUKIT SABAN:
1. Dayrell Walter Entrie (SNAP)
2. Jerah ak Engkiong @ Edward Jerah (PKR)
3. Robert Lawson Chuat (BN-PBB)

N33: KALAKA:
1. Ismail bin Hussain (Bebas)
2. Abdul Wahab Aziz (BN-PBB)
3. Mohd Yahya Abdullah (PKR)

N34: KRIAN:
1. Liman ak Sujang (SNAP)
2. Datuk Peter Nyarok ak Entrie (BN-SPDP)
3. Banyi ak Beriak (Bebas)
4. Ali ak Biju (PKR)

N35: BELAWAI:
1. Abdul Wahab Abdullah (PKR)
2. Kiprawi bin Suhaili (Bebas)
3. Datuk Talif @ Len Salleh (BN-PBB)

N36: SEMOP:
1. Abdullah Saidol (BN-PBB)
2. Ong Chung Siew (PKR)
3. Ajiji Fauzan (Bebas)

N37: DARO:
1. Murni Suhaili (BN-PBB)
2. Jamaludin Ibrahim (PKR)
3. Muhamad Zamhari Berawi (Bebas)
4. Noh @ Muhamad Noh Bakri @ Bakeri (Bebas)

N38: JEMORENG:
1. Asbor Abdullah (Bebas)
2. Abdul Hafiz Noh (Bebas)
3. Gani @ Abu Seman Jahwie (BN-PBB)

N39: REPOK:
1. Datuk David Teng Lung Chi (BN-SUPP)
2. Dr Wong Hua Seh (DAP)

N40: MERADONG:
1. Ling Kie King (BN-SUPP)
2. Ting Tze Fui (DAP)

N41: PAKAN :
1. Datuk Seri William Mawan (BN-SPDP)
2. Jamal Bin Abdullah @ Tedong ak Gunda (SNAP)

N42: MELUAN:
1. John Brian Anthony ak Jeremy Guang (PKR)
2. Wong ak Judat (BN-SPDP)
3. Labang ak Jamba (SNAP)

N43: NGEMAH:
1. Alexander Vincent (BN-PRS)
2. Yakup Khalid (Bebas)
3. Adeh ak Denong (PCM)
4. Michael ak Lias (SNAP)
5. Aris ak Alap (PKR)

N44: MACHAN:
1. Kong Tat Kim (PCM)
2. Datuk Gramong Juna (BN-PBB)
3. George Chen Nguk Fa (PKR)
4. Augustine ak Liom @ August Kiom (SNAP)

N45: BUKIT ASSEK:
1. Hii Tiong Huat (Bebas)
2. Chieng Huong Toon (BN-SUPP)
3. Wong Ho Leng (DAP)

N46: DUDONG:
1. Yap Hoi Liong (DAP)
2. Datuk Tiong Thai King (BN-SUPP)
3. Apandi Abdul Rani (Bebas)

N47: BAWANG ASSAN:
1. Alice Lau Kiong Yieng (DAP)
2. Datuk Seri Wong Soon Koh (BN-SUPP)

N48: PELAWAN:
1. Vincent Goh Chung Siong (BN-SUPP)
2. David Wong Kee Woan (DAP)

N49: NANGKA:
1. Dr Annuar Rapaee (BN-PBB)
2. Norisham Mohamed Ali (PKR)

N50: DALAT:
1. Datin Fatimah Abdullah @ Ting Sai Ming (BN-PBB)
2. Sylvester Ajah Subah @ Ajah Subah (PKR)
3. Salleh Mahali (Bebas)


N51: BALINGIAN: 
1. Suriati Abdullah (PKR) 
2. Tan Sri Abdul Taib Mahmud (BN-PBB) 
3. Datuk Salleh Jafaruddin (Bebas)

N52: TAMIN: 
1. Joseph Mauh ak Ikeh (BN-PRS) 
2. Mengga ak Mikui (PKR)

N53: KAKUS: 
1. Dick @ Laurance Dick Sekalai (PCM) 
2. Paul Anyie Raja (PKR) 
3. John Sikie ak Tayai (BN-PRS) 
4. Entali ak Empin (Bebas)

N54: PELAGUS: 
1. Stanley Nyitar @ Unja ak Malang (BN-PRS) 
2. Edward Sumbang ak Asun (PKR) 
3. George ak Lagong (Bebas) 

N55: KATIBAS: 
1. Datuk Ambrose Blikau ak Enturan (BN-PBB) 
2. Toh Heng San (SNAP) 
3. Munan ak Laja (PKR) 

N56: BALEH:  
1. Datuk Seri Dr James Masing (BN-PRS) 
2. Bendindang ak Manjah (PKR)

N57: BELAGA: 
1. John Bampa @ Tusau (SNAP) 
2. Liwan Lagang (BN-PRS) 
3. Basah Kesing @ Ali Basah Kesing (PKR) 
4. Michael Jok (Bebas) 
5. Matthew ak Munan (Bebas) 
6. Kenneth Adan Silek (Bebas)

N58: JEPAK:  
1. Ramli Malaka (SNAP) 
2. Abdul Jalil Bujang (PKR) 
3. Datuk Talib Zulpilip (BN-PBB) 
4. Abdul Kuddus Ramlee (Bebas) 
5. Awang Abdillah Awang Nasar (Bebas)

N59: KIDURONG:  
1. Chiew Chiu Sing (DAP) 
2. Henry Ling Koung Meng (BN-SUPP)

N60: KEMENA:  
1. Liam Rengga (Bebas) 
2. Bernard Binar Bayang ak Rading (PKR) 
3. Dr Stephen Rundi ak Utom (BN-PBB) 
4. Ungun ak Bayan (SNAP) 

N61: BEKENU:  
1. Rosey Yunus (BN-SPDP) 
2. Dyg Juliana Awg Tambi (PCM) 
3. Thony ak Badak (SNAP) 
4. Ishak Mahwi (PKR)

N62: LAMBIR:  
1. Ripin Lamat (BN-PBB) 
2. Zolhaidah Suboh (PKR) 
3. Johari Bujang (SNAP) 

N63: PIASAU:  
1. Ling Sie Kiong (DAP) 
2. Tan Sri Dr George Chan (BN-SUPP)

N64: PUJUT: 
1. Andy Chia Chu Fatt (BN-SUPP) 
2. Fong Pau Teck (DAP)

N65: SENADIN:  
1. Michael Teo Yu Keng (PKR) 
2. Datuk Lee Kim Shin (BN-SUPP)

N66: MARUDI:  
1. Sylvester Entrie ak Muran (BN-SPDP) 
2. Michael Ding Tuah (Bebas) 
3. Gerang ak Dagom (PKR) 
4. Edwin Dundang ak Bugak (SNAP)

N67: TELANG USAN: 
1. Harrison Ngau Laing (PKR) 
2. Kebing Wan (SNAP) 
3. Jok Ding (Bebas) 
4. Dennis Ngau (BN-PBB) 

N68: BUKIT KOTA:  
1. Dr Abdul Rahman Ismail (BN-PBB) 
2. Leong Kwang Yew (DAP) 
3. Usop Jidin (Bebas) 
4. Ladis Pandin (Bebas) 

N69: BATU DANAU: 
1. Palu @ Paulus ak Gumbang (BN-SPDP) 
2. Dr Lau Liak Koi (PKR) 
3. Lawrence Cosmas Sunang ak Simpang (SNAP) 

N70: BA'KELALAN: 
1. Baru Bian (PKR) 
2. Willie Liau (BN-SPDP)

N71: BUKIT SARI: 
1. Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan (BN-PBB) 
2. Japar Suyut (PKR) 

Kedudukan:
BN - 55
PKR - 3
DAP - 12
BEBAS - 1

Jumlah Pengundi
BN:     372397
PKR:   117100
DAP:   134847
SNAP:  15663
PAS:       9719
PCM:      2895

Bilangan Undi Ditolak: 
8224

Jumlah Peratus Keluar Mengundi: 
70%

Bidaah : Satu Erti Yang Disalahgunakan

Posted: 16 Apr 2011 10:15 AM PDT




PENDAHULUAN

Permasalah bidaah-membidaah dan sesat-menyesatkan di dalam masyarakat Islam kini amatlah parah dan berbahaya sekali. Masalah seperti ini timbul semula dengan membawakan kembali persoalan-persoalan khilafiyah yang telah sekian lama dibahaskan dan diselesaikan oleh para ulama muktabar terdahulu. Golongan yang sewenang-wenangnya membidaah ini cuba menafsirkan nas-nas dari al-Quran dan hadis Rasulullah S.A.W. dengan hawa nafsu sendiri sehingga pelbagai tafsiran yang tidak munasabah diperolehi. Maka kucar-kacirlah masyarakat Islam dengan pembawakan golongan ini yang kononnya berjuang untuk membersihkan perkara-perkara bidaah.


Keadaan menjadi semakin parah apabila isu ini dipandang sebagai isu besar yang perlu diperdebatkan sehingga mereka lupa dan alpa akan isu-isu yang lebih besar untuk kemaslahatan umat Islam sejagat. Ini semua berpunca daripada kesalahan mereka dalam memahami maksud bidaah sesat dalam ertikata yang sebenarnya. Semoga ulasan dan penerangan ringkas ini dapat dijadikan panduan kepada semua di dalam usaha kecil saya untuk memperbetulkan salah faham masyarakat terhadap isu ini.

DALIL YANG DIGUNAKAN

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
…Seburuk-buruk perkara ialah perkara yang direka-reka (muhdathatuha) dan setiap yang direka itu adalah bidaah dan setiap bidaah adalah sesat.
(Riwayat Muslim).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Setiap yang direka ialah bidaah dan setiap bidaah adalah sesat dan setiap yang sesat ke dalam neraka.
(Riwayat al-Nasaie).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Setiap yang mengada-adakan sesuatu pada ajaran kami ini sedang ia bukan darinya maka ianya tertolak.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).

PENERANGAN DAN PEMAHAMAN PARA ULAMA TERHADAP HADIS BIDAAH

Berkata Saidina Umar al-Khattab R.A. bermaksud:…Baik bidaah ini…
(Riwayat Bukhari).

Saidina Umar al-Khattab R.A. berkata demikian ketika melihat para jemaah bersolat terawih berimamkan seorang imam sahaja .

Berkata Imam Abu Umar Yusuf al-Andalusi: Adapun kenyataan Saidina Umar R.A. 'baik bidaah ini' maksudnya bidaah mengikut orang Arab ialah mencipta sesuatu yang belum pernah ada dan tidak pernah bermula. Ia tidaklah mempunyai apa-apa percanggahan dengan sunnah (dari segi agama) seperti yang diamalkan selama ini. (Kitab: Al-Istizkar Syarah al-Muwatta).

Berkata Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyyah: Kata-kata Saidina Umar R.A. 'baik bidaah ini' adalah: Penyandaran baik kepada bidaah ialah kerana kebaikkannya dan penamaannya dari segi bahasa bukan syarak. Bidaah dari segi bahasa menyentuh setiap perbuatan yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Adapun bidaah menurut syarak ialah perbuatan yang tidak berasaskan dalil syarie.

Amalan yang mempunyai sandaran kepada al-Quran dan al-Sunnah bukanlah bidaah dari segi syarak meskipun ianya bidaah dari segi bahasa. Perkataan bidaah lebih umum dalam bahasa daripada bidaah dalam syarak. (Kitab: Itidak Siratul Mustaqim).

Berkata Imam al-Ghazali: Bukanlah semua perkara bidaah adalah dilarang tetapi perkara yang dilarang ialah bidaah yang bercanggah dengan sunnah yang tetap dan sabit dan membuang segala arahan syarak. (Kitab: Ihya Umul al-Din).

Berkata Imam Ibnu Hajar al-Asqalani: Bidaah asalnya ialah sesuatu yang baru diada-adakan iaitu sesuatu yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Ia di dalam syarak ialah lawan kepada sunnah dan dicela. Sebenarnya sesuatu yang baru diadakan itu sekiranya tidak bercanggah dengan syarak adalah baik dan sebaliknya jika buruk mengikut syarak maka ianya buruk kecuali termasuk bab harus. Bidaah adalah terbahagi kepada lima hukum. (Kitab: Fathul Bari).

Berkata Imam Abu Sulaiman al-Khitabi: Adapun sesuatu yang baru itu jika bersandarkan kepada kaedah Usul dan dirujuk kepadanya maka itu bukanlah bidaah dan bukanlah menyesatkan. (Kitab: Maalim al-Sunnah Syarah Sunnan Abi Daud).

Berkata Syeikh Bakhit Muthi: Bidaah syarie ialah yang sesat dan yang tercela. Adapun bidaah yang dibahagikan oleh ulama kepada bidaah wajib, haram dan sebagainya adalah bidaah dari sudut bahasa dan ia lebih umum pengertiannya daripada bidaah syarie kerana bidaah syarie adalah satu bahagian daripada bidaah dari sudut bahasa. (Kitab: Ahsanulkalam Fi Mayataallaqu Bil Sunnah Wal Bidaah Minal Ahkam).

PENGERTIAN BIDA'AH

Setelah melihat perbincangan para ulama dalam memahami maksud hadis 'setiap bidaah adalah sesat' maka disimpulkan bahawa setiap amalan yang disokong oleh syarak walaupun ia berbentuk nas umum dan tidak pula bertentangan dengan syarak serta tidak membawa kepada keburukkan maka ia tidak termasuk di dalam pengertian bidaah yang sesat. Dan tidak juga boleh dikatakan kepada sesuatu perbuatan baik yang di bawahnya terdapat nas yang umum adalah sebagai bidaah sesat. Adapun makna bidaah secara syarie kesemuanya adalah tercela dan bidaah dari sudut makna syarie adalah salah satu cabang daripada bidaah dari sudut bahasa.

Berkata lagi Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyah: Sesuatu yang tidak wujud di zaman Nabi Muhammad S.A.W. maka apa yang dilihat orang-orang Islam sebagai perkara-perkara baru yang tidak berlaku di zaman Nabi S.A.W. maka ia adalah perkara yang harus dilakukan selama mana menjadi keperluan. (Kitab: Itidak Siratul Mustaqim).

PEMBAHAGIAN BIDAAH KEPADA HASANAH DAN DHALALAH

Dari Imam Baihaqi maka berkata Imam Shafie: Bidaah ada dua: Bidaah terpuji (mahmudah) dan bidaah yang dicela (mazmumah). Maka apa yang sesuai dengan sunnah tetap dipuji dan yang mencanggahinya tetap dicela.
Imam Shafie berkata lagi bahawa perkara-perkara baru (al-muhdathat) ada dua jenis:
Pertama: Perkara yang mencanggahi al-Quran atau sunnah atau athar atau ijmak dan ini dikira sebagai bidaah sesat.
Kedua: Perkara baik yang diadakan yang tidak mencanggahi mana-mana daripada keempat-empat sumber (al-Quran, sunnah, athar dan ijmak) adalah perkara baru yang tidak dicela. (Riwayat Abu Nuaim. Kitab: Hilyah al-Auliya).

Berkata Imam Izzuddin Abdus Salam: Bidaah terbahagi kepada bidaah wajib, bidaah haram, bidaah sunnah, bidaah harus. (Kitab: al-Qawaid).

Imam al-Nawawi dalam mengulas hadis 'setiap bidaah adalah sesat' berkata:
Hadis ini adalah makhus dan dikehendaki dengannya ialah kebanyakkan bidaah. Berkatalah ahli bahasa: Ia (bidaah) adalah sesuatu yang baru dilakukan tanpa ada contoh sebelumnya.
Berkata ulama:
Bidaah ada lima bahagian iaitu wajib, sunat, haram, makruh dan harus. Antara yang wajib ialah merangka dalil-dalil oleh para mutakallimin dalam menolak para mulhid (yang tidak percayakan kewujudan tuhan) dan menolak kaum bidaah (mubtadiin) dan seumpamanya. (Kitab: Fi Tahzib al-Asma Wa al-Lughat).

Berkata Imam Ibnu Athir: Bidaah terbahagi dua bahagian iaitu bidaah petunjuk dan bidaah kesesatan. Sesuatu perkara yang bercanggah dengan arahan Rasulullah S.A.W. maka ia adalah perkara yang tercela manakala perkara yang berada di bawah arahan baginda secara umum maka ia adalah terpuji.

Bidaah hasanah pada hakikatnya adalah sunnah. Maka di atas tafsiran ini bahawa maksud hadis 'setiap bidaah adalah sesat' ditafsirkan kepada perkara yang bercanggah dengan usul-usul syarak dan tidak bertepatan dengan sunnah. (Kitab: al-Nihayah).

MEMBETULKAN SALAH ANGGAP TERHADAP MAKSUD IMAM SYATIBI

Saya melihat pandangan dari Imam Syatibi (antara ulama yang mula-mula mengatakan bidaah tidak wujud dhalalah dan hasanah) serta bebeberapa ulama terkini antaranya ialah Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi dan Syeikh Prof. Dr. Wahbah Zuhaili mengenai persolalan bidaah ini adalah suatu yang mesti dihormati oleh semua orang Islam.

Namun perlulah difahami bahawa majoriti ulama berpendapat bahawa bidaah terbahagi kepada hasanah (baik) dan dhalalah (sesat). Inilah yang dikatakan khilaf antara ulama dalam mentafsirkan sesuatu dalil. Dalam kita menghadapi khilaf di antara ulama ini maka beberapa perkara dan adab mestilah kita fahami. Namun saya tidaklah bercadang untuk membincangkan mengenai adab-adab yang perlu ada dalam diri seseorang itu bagi menghadapi khilaf para ulama ini.

Jika kita perhatikan secara ikhlas bahawa mereka (ulama-ulama yang tidak bersetuju untuk membahagikan bidaah kepada dhalalah dan hasanah) tidak pula menghalang atau mengatakan haram dan sesat bagi sesiapa yang melakukan perkara-perkara baik seperti sambutan maulidur rasul, menyebut lafaz niat ketika hendak mengerjakan solat, tahlil dll. Malah mereka menyokongnya sepertimana Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi mengatakan bahawa sambutan maulidur rasul adalah baik. Dan Syeikh Prof. Dr. Wahbah Zuhaili turut memperakukan bahawa menyebut lafaz niat ketika hendak mengerjakan solat adalah sunat.

Jadi bolehlah kita simpulkan di sini bahawa mereka membenarkannya pada persoalan-persoalan dan perkara-perkara yang membawa kepada kebaikan akan tetapi mereka hanya tidak besetuju bahawa bidaah dibahagikan kepada dhalalah dan hasanah. Perkara yang baik adalah dipuji dan perkara yang buruk (melanggar sunnah) adalah dikeji lagi bidaah. Inilah yang dimaksudkan oleh para ulama ini.

DI ANTARA BIDAAH PADA MASA KINI

Mendakwa boleh berijtihad oleh orang yang tidak berkelayakan merupakan di antara seburuk-buruk bidaah dan kerosakan serta kemungkinan yang paling merbahaya yang mengancam syariat Islam. Mereka menolak mazhab-mazhab dan mengingkari imam-imam mujtahid bahkan mereka mengangap imam-imam sebagai penentang syariat yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W. Mereka mendakwa bahawa imam-imam ini kononnya cuba mengalihkan perhatian manusia daripada syariat yang dibawa oleh Rasululluh S.A.W. kepada mazhab-mazhab tajaan diri sendiri dan sesiapa sahaja yang bermazhab adalah tergolong sebagai ahli bidaah. Pemikiran seperti ini adalah pemikiran yang didasari oleh orientalis yang ingin menghancurkan Islam.

Syeikh Dr. Muhammad Said Ramadhan al-Buthi berkata: Bermazhab ini adalah bermaksud seorang awam atau orang yang tidak sampai ke taraf untuk berijtihat cuba mengikut mazhab seorang imam mujtahid samada dia memegang satu mazhab tertentu atau berpindah dari satu mazhab ke mazhab yang lain. Sementara tidak bermazhab pula ialah tidak bertaqlid (orang awam atau orang yang tidak sampai taraf mujtahid) kepada seseorang imam yang mujtahid tanpa terikat untuk mengikutnya sepanjang masa.

Syeikh Dr. Muhammad Said Ramadhan al-Buthi menambah lagi: Kita amat gembira menyandarkan bahawa mereka yang tidak bermazhab kononnya menyandarkan kepada golongan Salafiyyah (atau mana-mana kumpulan yang membawa maksud sama dengan Salafiyyah) sebenarnya itulah mazhab mereka. Mengapa tidaknya justeru mereka pun bertaqlid dengan salah seorang imam-imam mujtahid di mana pandangan-pandangan para imam ini dipindahkan dengan penuh amanah, tidak kiralah samada mereka itu sentiasa berpegang dengan pandangan-pandangan para imam tersebut atau tidak, juga samada mereka mengakui demikian itu ataupun sebaliknya. (Kitab: alLa Mazhabiyyah Akhtar Bidaah Tuhaddid al-Syariah al-Islamiyyah).

BIDAAHKAH AMALAN KEBANYAKKAN MASYARAKAT ISLAM DI MALAYSIA?

Pada masa kini terdapat sebahagian kumpulan ini yang terlalu melampau lalu menjadikan setiap perkara baru seperti amalan-amalan kebaikan dan ketaatan yang tidak pernah wujud di zaman Rasulullah S.A.W. adalah bidaah lagi sesat. Mereka berkata demikian konon-kononya untuk menyucikan amalan-amalan umat Islam sekarang dari sebarang penambahan dan penyelewengan yang tidak pernah dirakamkan di dalam al-Quran dan al-Hadis. Namun mereka tidak sedar (atau mungkin sengaja lupa) bahawa para sahabat Rasulullah S.A.W. dan para alim ulama adalah lebih memahami dan mengetahui dalam segala urusan agama Islam ini.

Firman Allah Taala bermaksud:
Maka hendaklah kamu bertanya ahli zikir seandainya kamu tidak mengetahuinya.
(Surah al-Nahl: ayat 43).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Sebaik-baik manusia kurun aku kemudian orang orang yang mengikutnya kemudian orang-orang yang mengikutnya…
(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Sahabat-sahabat aku seperti bintang. Sesiapa sahaja dari kalangan mereka yang kamu turuti kamu mendapat hidayah.
(Riwayat al-Darqutni, al-Baihaqi, al-Hakim dan ramai lagi).

Sabda Rasullah S.A.W. bermaksud:
Ke atas kamu sunnahku dan sunnah Khulafa al-Rasyidin…
(Riwayat Adu Daud dan al-Tarmizi).

Sabda Rasullah S.A.W. bermaksud:
Turutilah orang-orang selepasku Abu Bakar dan Umar.
(Riwayat al-Tarmizi dan Ahmad).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesungguhnya ulama adalah pewaris para nabi. (Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan Abu Daud).

Sepatutnya persoalan yang tidak membawa sebarang kesan kepada tertolaknya akidah dan syariah Islam tidaklah boleh dikatakan sebagai bidaah lagi sesat terhadap sekiranya seseorang itu ingin mengamalkannya. Antara masalah yang cuba diketengahkan di dalam masyarakat Islam khususnya di Malaysia adalah seperti tahlil, bacaan al-Quran kepada mayat, bilangan rakaat solat tarawih, bacaan surah Yasin pada malam Jumaat, talkin, berzikir dengan biji tasbih, berzikir beramai-ramai, sambutan maulid nabi, tawasul, tarikat dan banyak lagi.

Permasalah seperti inilah yang cuba diketengahkan dengan berdalilkan hadis 'setiap bidaah adalah sesat' tanpa melihat dahulu kepada ulasan para ulama muktabar terlebih dahulu. Jika amalan-amalan seperti itu adalah bidaah yang menyesatkan maka sudah pastilah majoriti ulama-ulama akan bangun untuk menjelaskan dan menolak segala amalan-amalan itu kerana mereka (ulama-ulama) tidak akan bersepakat atau berdiam diri dengan kesalahan dan kesesatan yang dilakukan oleh umat Islam. Namun perlulah diingatkan janganlah sampai beriktikad bahawa amalan-amalan seperti ini adalah mesti atau wajib dibuat oleh umat Islam dalam apa jua keadaan sekalipun. Juga janganlah sampai terdapat unsur-unsur yang menyalahi syarak ketika membuat segala amalan ini yang mana boleh menjadi illah kepada pengaharaman sesuatu amalan itu.

Kemungkinan besar golongan ini perlu mendalami ilmu usul al-fiqh terlebih dahulu sebelum mengatakan sesuatu amalan itu bidaah ataupun tidak. Saya tidaklah bercadang untuk memperincikan tulisan ini dengan perbahasan usul al-fiqh pula. Contohilah akhlak para ulama muktabar kita yang sentiasa berlapang dada di dalam masalah-masalah khilafiyah seperti ini kerana khilaf di kalangan ulama adalah rahmat bagi umat Islam. Janganlah mudah untuk kita mengatakan seseorang itu ahli bidaah atau sesat tanpa ada penelitian yang sepatutnya.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Mana-mana orang yang berkata kepada saudaranya wahai kafir sesunggungnya dia terkena satu darinya kecuali engkau kembali ke atasnya.
(Riwayat muslim).

PERINGATAN PENTING

Kaedah Fiqhiyah menyatakan bermaksud:

Tidak boleh dibantah sesuatu hukum yang berlaku khilaf di kalangan fuqaha. Hanya yang boleh dibantah ialah perkara mungkar yang disepakati oleh para ulama di atas pengharamannya. (Kitab: Al-Asybah Wa al-Nazair Fi Qawaid Wa Furu Fiqh al-Syafiiyah karangan Imam Jalaluddin Al-Sayuti).

Maksud kaedah ini (di atas) secara lebih jelas ialah kita tidak boleh menafikan, membantah, atau menuduh bidaah lagi sesat dan sebagainya kepada orang lain yang memilih salah satu pendapat dalam perkara agama yang berlaku perselisihan pendapat ulama padanya. Malangnya jika dilihat fenomena hari terdapat segelintir golongan yang menceburi lapangan dakwah Islamiah menyanggah kaedah ini. Mereka dengan sewenang-wenangnya mengeluarkan perkataan yang kesat kepada orang yang berpegang dengan perkara khilafiyyah yang tidak sealiran dengan mereka dengan mengkafirkan, memfasiqkan dan membidaahkan golongan tersebut. Malah mereka hanya menyeru orang lain supaya memahami dan menerima pendapat mereka sahaja sedangkan mereka tidak melihat terlebih dahulu keadaan tempat dan suasana pada ketika itu. Inilah antara masalah terbesar yang menimbulkan banyak kesan negatif kepada umat Islam semenjak sekian lama.

PENUTUP

Setelah meneliti segala hujah di dalam perbincangan ini maka bolehlah kita katakan bahawa janganlah terlalu mudah untuk membidaahkan amalan orang lain sebelum meneliti dahulu kata-kata para ulama. Adapun amalan-amalan yang biasa dilakukan oleh masyarakat Islam di Malaysia seperti kenduri tahlil, berzikir ramai secara nyaring dan pelbagai lagi amalan bukanlah tergolong di dalam maksud bidaah yang dimaksudkan oleh al-Hadis. Saya ingin menasihati agar golongan yang begitu mudah membidaah dan mensyirikkan amalan-amalan orang lain ini (walaupun sekadar amalan-amalan seperti tahlil dll) supaya kembali ke pangkal jalan dengan mendalami ilmu agama secara ikhlas. Semoga kita semua berada di bawah lindungan Allah Taala setiap masa dalam menghadapi situasi ini.

'Memberi dan Berbakti'

Wallahualam