Adsense

Ahad, 20 Mac 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Video Salma Mentor 5 Yang Terindah Hanya Sementara

Posted: 20 Mar 2011 07:29 PM PDT

Video Salma Mentor 5 Yang Terindah Hanya Sementara

Fuh, power giler vokal Salma Mentor 5 ni. Walaupun juri profesional Zainal Abidin kata, suara yang tinggi tidak bermakna dapat menyanyi dengan baik, tapi persembahan pertama Salma sangat outstanding kalau dibandingkan dengan peserta yang lain.

Tahniah buat Salma dan mentornya, Erra Fazira kerana menang juara mingguan Mentor grup B dengan kutipan markah tertinggi sebanyak 80 markah.

Rasanya, tak perlu lagi menimbulkan atau membangkitkan isu Salma tak cantik. Yang penting, Salma cantik pada persepsi Erra Fazira dan peminatnya. Betul kata Erra Fazira, cantik itu sesuatu yang subjektif. Tapi semalam, Budiey nampak Salma cantik je. Celah mana Salma Mentor ni tak shantek? Okay je Budiey tengok. Cume mata Salma sepet je la sikit. Apa-apa pun, sepet bukan bermakna Salma tak cantek okay! Sekali nampak macam Elly Mazlein. Dua kali tengok macam Ramlah Ram. Hehe..

Ada juga komen yang Budiey dengar, suara vokal Salma ni lagi superb kalau nak dibandingkan dengan mentornya, Erra Fazira. Ish, macam tu sekali ke? Tak patut, tak patut. Yang penting, Erra Fazira nampak sangat lawa meletop semalam. Performance masa kolaborasi dengan Salma mengembalikan ingatan Budiey masa zaman-zaman kegemilangan Erra Fazira dulu-dulu.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Video Persembahan Pertama Protege di Showcase Mentor 5
  • Salma Dapat Pujian Melambung di Konsert Mentor 5
  • Siapa Mentor & Protege Untuk Realiti TV Mentor Musim Ke-3?
  • Gambar Ziana Zain & Mohd di Rakaman Mentor Raya
  • Nieyl Mentor Perlu Masuk Sekolah Balik?
  • Gambar Mentor & Protege di Rakaman Mentor Raya 2010
  • Gambar & Senarai Peserta Protege Mentor Musim 5
  • Jom Sertai Kuiz Bapaku Sayang di Suria FM
  • Drama Cinta Tidak Berdosa dan Mahligai Yang Terpasung di TV2
  • Ujibakat Mentor Bersama Awie
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Gambar Kahwin Kris Dayanti Raul Lemos

    Posted: 20 Mar 2011 03:08 AM PDT

    Majlis pernikahan penyanyi popular Kris Dayanti bersama ahli perniagaan Raul Lemos di Masjid Nurul Iman, Hotel Grand Sahid, Jakarta baru saja selesai berlangsung pagi tadi. Selamat pengantin baru buat pasangan ini. Gambar kahwin Kris dah disiarkan di semua media di Indonesia dan Malaysia. Sekarang, boleh gelarkan diva popular ni sebagai Kris Lemos.

    Penyanyi terkenal Indonesia, Kris Dayanti tentunya sudah boleh menarik nafas lega kerana selepas ini dia tidak perlu lagi gusar memikirkan apa lagi pandangan kurang enak terhadap personalitinya yang disifatkan banyak pihak sebagai kurang elok.

    Semuanya kerana dia sudah sah menjadi isteri kepada Raul Lemos, lelaki yang berjaya mencuri hatinya selepas dia bercerai dengan penyanyi dan komposer, Anang Hermansyah.

    KRISDAYANTI RAUL LEMOS RESMI MENIKAH

    Pagi tadi, pasangan itu diijabkabulkan di Masjid Sahid Nurul Iman, Hotel Grand Sahid Jaya Jakarta, Indonesia dengan dihadiri kaum keluarga terdekat serta kenalan rapat pasangan itu. Kedua-duanya dinikahkan sendiri oleh bapa Kris dengan hanya sekali lafaz oleh Raul.

    Pada majlis yang berlangsung dalam suasana sederhana itu, Kris menerima hadiah mas kahwin berupa peralatan kelengkapan solat. Pasangan berkenaan juga saling menukar cincin perkahwinan jenama Bvulgari.

    Kasih sayang Raul terhadap Kris cukup terserlah. Sejurus selepas sah bergelar suami isteri, lelaki itu tanpa segan silu merangkul isterinya dan mengucup bibir Kris. Dia juga turut mengucup dahi wanita baru yang bakal mendampinginya sebagai teman hidup.

    "Saya sangat mencintai Kris. Dia akan menjadi pelengkap baru dalam kehidupan saya," ujar Raul seorang usahawan yang dikenali ramai di negara kelahirannya, Timor Leste.

    Sebetulnya, bukan mudah untuk Kris dan Raul dapat merealisasikan kenangan indah dalam hidup mereka itu. Ini kerana, semasa menjalin hubungan sebagai pasangan kekasih, kedua-duanya sering menjadi sasaran gosip-gosip liar.

    Bahkan banyak cerita kurang manis mengenai Kris dan Raul dijaja media-media tempatan sehingga kedua-duanya kurang senang untuk bercakap kepada wartawan mengenai hubungan mereka.

    Bagaimanapun, selepas merancang dengan teliti, Kris dan Raul akhirnya dapat disatukan sebagai suami isteri. Pasangan itu juga bakal diraikan dalam satu majlis persandingan di Hotel Mulia, Jakarta pada 25 Mac ini.

    Kata Kris, biarpun berdepan dengan pelbagai kesulitan sebelum ini, namun dia sentiasa yakin dengan kebesaran Allah dan percaya bahawa hari bahagia buat dia dan Raul akan tiba juga.

    "Ternyata semuanya benar. Alhamdulillah, hari ini kami berdua sudah berkahwin. Inilah berkat kesabaran saya dan Raul. Saya terlalu bersyukur," ujarnya.

    Bagi Raul atau nama sebenarnya Raul Dos Reis Lemos, pernikahan dia dengan Kris sudah cukup membuatkan hatinya gembira kerana tidak perlu lagi risau memikirkan pandangan negatif orang-orang yang kurang senang dengan hubungan mereka.

    "Semoga selepas ini tiada lagi perkara tidak betul yang diceritakan mengenai kami berdua," ujarnya ringkas kepada wartawan pada sidang media.

    Hadir sama pada majlis pernikahan pasangan popular Indonesia itu ialah ibu Raul, Esmeralda yang kini menetap di Lisbon, Portugal . Tidak ketinggalan artis-artis terkenal seperti Rossa, Desi Ratnasari, Maia Estianti dan lain-lain. GUA difahamkan Anang tidak hadir ke majlis tersebut kerana menghidap selsema.

    Foto tersebut dikirim menerusi twitter milik Koresponden Utusan Malaysia di Jakarta, Saharuddin Musthafa. – via Portal GUA & gambar kredit Kapan Lagi

    KRISDAYANTI RAUL LEMOS RESMI MENIKAH

    KRISDAYANTI RAUL LEMOS RESMI MENIKAH

    KRISDAYANTI RAUL LEMOS RESMI MENIKAH

    KRISDAYANTI RAUL LEMOS RESMI MENIKAH

    KRISDAYANTI RAUL LEMOS RESMI MENIKAH

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Tags: , , , , , , , , , , , ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Krisdayanti Cium Raul Lemos
  • Peraduan Menangi Album 2 DIVA – Kris Dayanti & Siti Nurhaliza
  • Gambar Siti Nurhaliza & Kris Dayanti di Red Carpet AIM 17
  • Beli Album 2 DIVA – Kris Dayanti & Siti Nurhaliza Di Pasaran Sekarang
  • Gambar Saida di Pelancaran Album CTKD
  • Yuni Shara, Kakak Kris Dayanti Bawa Lagu Melly Goeslow
  • Siti Nurhaliza di Konsert Setiakawan 2 @ Dataran Merdeka Malam Ini
  • Lirik Lagu Perlu Kamu – Ajai & Krisdayanti Lagu Tema 1957 Hati Malaya
  • Show Amal Tabung Bencana Alam Kris Dayanti di Borneo Baruk Club
  • Minggu Setiausaha 2009 Bersama Dato' Siti Nurhaliza & Kris Dayanti
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.