Adsense

Khamis, 3 Mac 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Movie Day Out Sensasi Selebriti BURLESQUE

Posted: 03 Mar 2011 11:04 PM PST

Salam buat semua pembaca budiman,

Kepada pembaca yang tak dapat join Movie Day Out Sini Ada Hantu esok, ada lagi satu peluang untuk kita tengok wayang hujung minggu ni. Filemnya pasti korang suka… BURLESQUE! Budiey ingin mengajak pembaca untuk menonton filem BURLESQUE bersama pembaca Budiey.com yang lain? Amacam okay? Tiket tak perlu bayar sebab Budiey belanja korang semua. Plus setiap korang yang dapat tiket, akan dapat goodie bag percuma dari Budiey.com. Cool kan? Tapi tempatnya sangat terhad, jadi siapa cepat dia dapat!

BURLESQUE adalah filem muzikal penuh drama lakonan utama Cher dan Christina Aguilera. Selain mereka berdua, filem sepanjang 119 minit ini juga dibarisi bintang Hollywood yang terkenal lain seperti Eric Dane, Cam Gigandet, Stanley Tucci dan Kristen Bell.

burlesque

Sinopsis BURLESQUE:
SINOPSIS BURLESQUE

Burlesque berkisar mengenai impian seorang gadis pinggiran kota, Ali, lakonan Christina, yang datang ke Los Angeles untuk menjadi seorang penyanyi.

Dari satu ke satu uji bakat dihadirinya, namun tiada seorang pun yang sudi mengambilnya sebagai penyanyi. Kemudian, Ali menemui sebuah teater di mana pertunjukan tarian dan muzik sering diadakan, dikenali sebagai The Burlesque Lounge. Tertarik dengan persembahan diadakan, Ali mencuba nasibnya dengan berjumpa pemilik kelab itu, Tess.

Pada mulanya, Ali diterima bekerja sebagai seorang pelayan di Burlesque, dan hanya mampu memerhatikan persembahan dari bawah pentas. Di situ Ali turut berkenalan dengan seorang pelayan bar yang juga pemuzik di tempat berkenaan, Jack, lakonan Cam Gigandet.

Ali semakin rapat dengan Jack dan dalam diam, Jack mencintai Ali walaupun jejaka itu sebenarnya sudah pun bertunang.

Konflik kian mencengkam apabila rumah sewa Ali dimasuki perompak, menyebabkan dirinya terpaksa menumpang di rumah Jack. Ali tidak mempunyai saudara terdekat manakala kedua-dua orang tuanya meninggal dunia sewaktu dia kecil lagi.

Ali memberanikan diri untuk mencuba nasib, dengan menghadiri uji bakat anjuran Tess. Dia diambil sebagai penari, yang secara tidak langsung menimbulkan perasaan cemburu Nikki.

Watak antagonis, Nikki, lakonan Kristen Bell, seorang gadis bermasalah dan penari utama di Burlesque. Dia menyimpan perasaan dendam kerana rasa cemburunya terhadap Ali. Nikki secara senyap-senyap merancang sesuatu untuk menjatuhkan gadis terbabit. Sebaliknya, niat jahatnya itu membuka peluang untuk Ali menonjolkan bakat sebenarnya. Saat itu, Ali membuktikan kepada Tess bahawa dia juga berkebolehan untuk menyanyi.

Akhirnya, Ali atau nama sebenarnya Alice menjadi tarikan utama Burlesque. Dengan suara yang sangat merdu, dia mampu memukau sesiapa saja yang mendengarnya.

Selama ini, hanya Tess saja yang mampu bernyanyi di pentas itu secara langsung. Selebihnya, mereka menggunakan teknik 'miming'. Disebabkan kehebatan vokal Ali, The Burlesque Lounge dapat mengembalikan zaman kegemilangannya, secara tidak langsung dapat menarik lebih ramai pengunjung.

Apabila nama Ali kian mekar, muncul pula watak antagonis, Marcus (Eric Dane) yang menawarkan gadis itu peluang keemasan untuk mencipta populariti lebih besar lagi. Syaratnya, dia harus meninggalkan Burlesque.

Namun adakah Ali akan terus terpedaya dengan janji manis Marcus? Adakah Nikki akan terus membalas dendam? Dan adakah The Burlesque Lounge akan terus beroperasi? Bagaimana pula hubungan Ali dan Jack?

Tonton Trailer Filem BURLESQUE:

Bila? Hari Ahad ini, 6 Mac 2011, Jam 1.45 petang

Waktu Tayangan: 2.10 petang

Di mana? Pawagam TGV, KLCC

Bayaran? PERCUMA + Goodie bag juga diberikan!

Runtime: 119 minit

BAGAIMANA CARANYA?

Apa yang korang perlu buat ialah:
Jadi pemanggil terawal. Sila hubungi Budiey di talian 019 2883856 sekarang! Tiket masih ada!

Segala SMS yang dihantar tidak akan dilayan. Siapa cepat dia dapat!!!

Kepada pembaca bertuah, kita jumpa HARI SABTU ini ya!

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Movie Day Out Bersama Pembaca Sensasi Selebriti Filem Star Trek
  • Gambar Sekitar Movie Day Out Sensasi Selebriti – SORORITY ROW
  • Movie Day Out Sensasi Selebriti – THE FINAL DESTINATION
  • Movie Day Out Bersama Pembaca Sensasi Selebriti Filem ORPHAN
  • Movie Day Out Sensasi Selebriti – SORORITY ROW
  • Movie Day Out Sensasi Selebriti Filem NINJA ASSASIN Ke-2
  • Movie Day Out Bersama Pembaca Sensasi Selebriti Filem Syurga Cinta
  • Movie Day Out Sensasi Selebriti – PAPADOM
  • Promo: Movie Day Out Bersama Aizat AF5
  • Movie Day Out Sensasi Selebriti – Filem Semerah Cinta Stilleto
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Nur Fazura Duta Perfume Terbaru Herve Leger AVON

    Posted: 03 Mar 2011 03:35 PM PST

    Tahniah buat pelakon dan selebriti terkenal, Nur Fazura Sharifuddin kerana beliau dilantik menjadi duta produk wangian terbaru dari AVON iaitu Herve Leger. Sebenarnya, Nur Fazura dah menjadi duta kepada semua produk wangian Avon selama 2 tahun dan alhamdulilah, kontraknya masih disambung untuk tahun kedua. Tahniah dari Budiey.

    VIDEO Temubual Budiey Bersama Nur Fazura Duta Perfume AVON

    Baru-baru ini, Nur Fazura juga dilantik menjadi duta produk haruman mandian terbaru dari LUX, kali ini, pelakon ini dilantik pula jadi duta kepada produk wangian. Pastinya, Fazura akan harum dan wangi sentiasa. Tak gitu?

    Herve Leger adalah haruman kolaborasi pertama dengan jenama fesyen ikonik, Herve Leger yang akan dilancarkan pada 16 Mac 2011. Haruman kayuan dan flora untuk wanita berkeyakinan dan menggoda ini boleh didapati dalam botol 50ml dengan harga RM109.00. Sabah & Sarawak RM125.35. Anda boleh beli perfume terbaru ini di wakil Avon, Butik Kecantikan Avon yang terdekat.

    Sebenarnya, Budiey tak diberitahu pun Nur Fazura akan hadir di pelancaran anjuran Avon ini. Namun, semasa memperkenalkan produk, nama beliau diumumkan sebagai kejutan kepada media yang hadir.

    Menurut Fazura, sepatutnya beliau akan ke Mekah untuk mengerjakan umrah pada malam ini tapi kerana ada masalah dengan visa, beliau terpaksa tangguhkan ke tarikh 28 Mac ini.

    Namun, di sebalik haruman yang mewangi dengan kariernya yang semakin memuncak, Nur Fazura tak sunyi dipalit fitnah yang tak masuk akal, gossip liar dan cerita-cerita busuk yang direka oleh individu yang tak bertanggungjawab. Satu persatu tentang dunia privasi beliau dibongkar. Selain mengakui beliau tahu siapa yang menjadi dalang sebalik tersebarnya fitnah dan gosip itu, Nur Fazura tidak mahu membiarkan ianya memburukkan lagi keadaan.

    Beliau akur apabila bergelar selebriti terkenal dan kini namanya semakin memuncak, paling tidak ada yang iri hati, berhati busuk dan dengki dengan kejayaan Fazura. Semua ini dianggap satu hikmah dan ujian dari Tuhan, dan Fazura begitu tabah untuk menghadapi segala cabaran hidup.

    Yang penting baju yang dipakai Fazura ni, nampak sama dengan baju yang dipakai oleh model iklan perfume ni yang mana direka oleh pereka fesyen terkenal, Max Azria.

    Nur Fazura duta Avon

    Nur Fazura duta Avon

    Nur Fazura duta Avon

    Nur Fazura duta Avon

    Nur Fazura duta Avon

    Nur Fazura duta Avon

    Nur Fazura duta Avon

    Nur Fazura duta Avon

    Tags: ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Avon Lancar Perfume Herve Leger Max Azria
  • Gambar Nur Fazura Duta LUX Terbaru
  • Avon Perkenalkan Pencarian Bakat AVON VOICES
  • Nur Fazura Teruja Jadi Duta Eliksir Haruman Eksklusif LUX
  • Gambar Fazura di Sesi Ramah Mesra Pelakon Drama Ezora @ The Curve
  • Gambar Bogel Keira Knightley Dalam Iklan Chanel Perfume Coco Mademoiselle
  • Kes Mahkamah Pelakon Selamat Pagi Cinta, Nur Fazura Bela Diri
  • Gambar Alyah di Konsert Kemuncak Suria FM
  • Gambar Fazura di Sidang Media Anak Wayang
  • Gambar Liyana Jasmay di Duta Baru Cosmetic Maybelline New York
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.