Adsense

Ahad, 13 Februari 2011

- Blog Hanz -

- Blog Hanz -


Ally Iskandar, Aishah Zainal selamat bertunang

Posted: 12 Feb 2011 09:11 PM PST



Sekian lama membujang dan pernah dikatakan menaruh hati terhadap Fasha Sandha, lama juga tidak dengar cerita cinta personaliti popular TV3, Ally Iskandar. Walaupun Ally bukanlah pelakon atau penyanyi, popularitinya tetap setanding artis terkenal tanah air. Baru-baru ini pengarang HarianMetro menerima satu panggilan memberitahu yang Ally akan bertunang, tak ada angin ribut, tiba-tiba Ally hendak bertunang.


Sumber yang menyampaikan berita ini memang kawan baik pengarang berkenaan dan jarang cerita yang disampaikannya tidak benar melainkan yang sahih belaka.
Nama bakal tunangannya Ally itu, Aishah Zainal (Naib Juara Gadis Melayu). Mereka berdua dijangka melangsungkan pertunangan esok (Jumaat bila? minggu yang lalu kot) di kediaman keluarga Aishah di Taman Sri Intan, Ampang. Tema majlis berbahagia itu katanya hitam dan merah. -kata sumber itu.

Nasha Aziz disamun warga Indon

Posted: 12 Feb 2011 09:08 PM PST



Wow bukan sedikit barang yang disamun kepunyaan aktress terkenal, Nasha Aziz, RM40,000 tu. Memang bukan sedikit, jumlah seperti itu kemungkinan barangan yang terlalu mahal untuk dibawa. Namun Syukurlah Nasha tidak dicederakan dan tidak diapa-apakan dari segi tubuh badan, cuma kereta sahaja yang diapa-apa kan. Mana kan tidak penyamun tu orang Indon jadi sukar nak kenal artis Malaysia atau tidak. Kalau orang tempatan, Wallualam, harap-harap tidak terjadi. :)

KUALA LUMPUR - Model dan pelakon terkenal, Nasha Aziz mengalami detik cemas apabila dia disamun dua lelaki bermotosikal di persimpangan lampu isyarat di Jalan Persiaran Ampang Hilir di sini kelmarin.

Dalam kejadian pukul 3.23 petang itu, artis berbadan tinggi lampai berusia 40 tahun itu kerugian sebanyak RM40,000 apabila wang tunai termasuk barang berharga miliknya dilarikan penjenayah dipercayai warga Indonesia.

Difahamkan, sebelum kejadian, Nasha memandu kenderaan Naza Ria dengan ditemani seorang rakan wanitanya dan berhenti di persimpangan lampu isyarat itu.

Nasha dikatakan baru mengeluarkan sejumlah wang di sebuah bank tidak jauh dari lokasi dia disamun.

"Sebaik berhenti di persimpangan itu, dua lelaki yang menunggang motosikal Honda EX5 menghampiri kenderaan pelakon tersebut.

"Pembonceng motosikal itu kemudian memecahkan cermin kerenderaan pelakon itu dan mengambil beg tangan yang diletakkan di riba Nasha," kata jurucakap polis ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Siti Saerah selamat melahirkan anak? biar betik!

Posted: 12 Feb 2011 09:05 PM PST



Terkejut juga apabila gosip kononnya Siti Saerah sudah selamat melahirkan anak sampai ke telinga pengarang portal selebriti GUA. Pelik tidak kerana adik kepada penyanyi nombor satu Negara Dato' Siti Nurhaliza itu baru saja empat bulan mendirikan rumahtangga dengan pasangannya, Saiful Anuar. Lihat reaksi Kakak Saerah, Saida dan Siti Nurhazliza sendiri..

"Mana dengar cerita ni? Pada mulut Ida, dia sudah pun bernikah dan yang penting dia dah selamat jadi isteri orang. Ida malas nak komen benda-benda macam ini. Ida cuma doakan, dia bahagia dengan suami hingga ke akhir hayat." jelas Saida.

"Kini Saerah sudah memiliki kehidupannya sendiri. Kita biarkan dia dengan kehidupannya. Kita harus mendoakan yang terbaik buat Saerah dan suaminya." Jelas Siti Nurhaliza. -Gua