Adsense

Ahad, 2 Januari 2011

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Soal menang bukan agenda utama

Posted:

Soal menang bukan agenda utama

Soal menang bukan agenda utama

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar NOORADZRENE MOHD. NOOR dan MOHD. FARIZWAN HASBULLAH


FOKUS Faizal Tahir hanyalah untuk memberikan persembahan terbaik pada malam AJL25 nanti.


JIKA mengikut trek rekod Faizal Tahir dalam sejarah Anugerah Juara Lagu (AJL), tahun ini merupakan penyertaannya kali keempat dalam pertandingan anjuran TV3 itu.

Sekadar menyedarkan kembali ingatan pembaca, kali pertama Faizal menyertai AJL adalah pada tahun 2008 dengan dua buah lagu iaitu Mahakarya Cinta dan Kasih Tercipta.

Malangnya, kerana kesilapan dirinya sendiri, Faizal dilarang membuat persembahan gara-gara kes buka bajunya sehingga terpaksa digantikan dengan juara Mentor musim kedua, Fiq serta finalis Akademi Fantasia musim kedua, Bob.

Setahun selepas itu, Faizal menebus kekecewaannya apabila sekali lagi dia bertanding dengan dua buah lagu iaitu Cuba dan Sampai Syurga.

AJL23 menyaksikan rezeki benar-benar berpihak kepada Faizal apabila dia merangkul tiga trofi iaitu Vokal Terbaik, Persembahan Terbaik dan juara kategori Balada bagi lagu Sampai Syurga.

Tahun lalu pula boleh dikatakan tahun yang cukup menyiksakan buat Faizal apabila terpaksa bertanding dalam kesakitan kerana penyakit trombosis pembuluh darah (DVT).

Biarpun tewas kepada lagu Pergi ciptaan dan lirik oleh Pete Teo serta Amran Omar, Faizal tetap berpuas hati dengan kemenangan Bencinta di tempat ketiga.

Bagaimana pula tahun ini? Adakah gelaran Juara Lagu 25 akan menjadi milik Faizal sementelah dua buah lagunya, Selamat Malam dan Hanyut berjaya ke AJL25.

Pemerhati dan peminat dunia hiburan tempatan yang kini mula berteka-teki meramalkan AJL25 dengan mudah akan menjadi milik Faizal.

Bertemu dengan empunya badan dalam satu sesi fotografi yang berlangsung di Sri Pentas, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini, Faizal dengan pantas menggelengkan kepalanya saat diajukan persoalan itu.

Bukan tidak yakin pada dirinya, tetapi dengan penuh rendah diri, Faizal langsung tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk memenangi sebarang kategori tahun ini.

Baginya, persaingan kali ini cukup sengit dan dia sendiri terkejut apabila Selamat Malam serta Hanyut menjadi pilihan juri di peringkat separuh akhir sehingga melayakkan dua lagu mara ke pentas akhir.

"Saya menganggap semua ini sebagai rezeki dan saya sendiri tidak menyangka Selamat Malam dan Hanyut berjaya ke AJL25. Saya menyangkakan lagu Adrenalin yang akan terpilih kerana saya percaya dengan kekuatan lagu itu.

"Lagipun, ia sungguh menyeronokkan apabila dapat membuat persembahan dengan lagu yang cukup rancak di pentas akhir.

"Namun, apakan daya dan nampaknya rezeki berpihak kepada Selamat Malam dan Hanyut. Bagi saya kalau satu lagu saya ke peringkat akhir, itu sudah memadai buat saya," kata Faizal atau nama sebenarnya, Ahmad Faizal Mohammad Tahir ini penuh makna.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Penantian enam tahun Ning

Posted:

Penantian enam tahun Ning

Penantian enam tahun Ning

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
liza.zakaria@utusan.com.my
Gambar KOLEKSI PERIBADI NING


Ning Baizura bakal muncul dengan album terbaru berjudul Dewa tidak lama lagi.


PENYANYI bersuara soprano, Ning Baizura merupakan artis yang berada dalam kelasnya yang tersendiri. Berkebolehan menyampaikan lagu bernada tinggi menjadikan Ning antara artis yang cukup istimewa di mata peminat.

Perkembangan seni penyanyi itu sejak 17 tahun lalu memperlihatkan Ning bukan hanya fokus terhadap lapangan nyanyian, malah kini dia sudah mula berjinak-jinak dalam bidang lakonan.

Filem lakonan Ning yang pertama ialah 13 tahun lalu menerusi Gemilang arahan Yusuf Haslam bergandingan dengan Erra Fazira dan Hans Issac.

Filem lain yang turut dijayakan Ning termasuklah Maria-Mariana 2 (1998), Bara (1999), Mimpi Moon (2000), Malaikat Di Jendela (2001), Lady Boss (2005), Diva (2007) dan Magika (2010).

Penyanyi yang kini cukup popular dengan lagu Mama Papa itu, tidak lama lagi bakal muncul dalam filem terbaru, Cun yang dijangka menemui penonton tahun ini.

Bercerita tentang single Mama Papa, ia merupakan salah sebuah lagu yang bakal dimuatkan dalam album kesebelasnya, Dewa yang dijangka siap pada Januari ini.

"Sudah lama sangat saya tidak muncul dengan album terbaru.

"Seingat saya kali terakhir album Melayu saya dirakamkan ialah pada tahun 2004 menerusi album Erti Pertemuan. Bagaimanapun album Inggeris, East To West dirakamkan pada tahun 2007," katanya.

Berbeza dengan pengalaman lalu dalam penghasilan album, jelas Ning, kali ini kolaborasinya dengan Audi Mok memberi kebebasan buatnya dari pelbagai segi.

Ini termasuklah pemilihan lagu, konsep album serta susunan muzik yang menjadi pilihannya.

"Diberi kebebasan sebegini bagi saya lebih memudahkan. Saya dapat berdikari dan mencipta pencapaian tersendiri dalam diri.

"Walaupun sudah enam tahun tidak menghasilkan album Melayu, saya tidak pernah merasa tersisih. Apatah lagi dua tahun lalu, saya begitu sibuk dengan urusan pembukaan syarikat sendiri iaitu Happenings.

"Jadi, proses penghasilan album Dewa ini tertangguh selama dua tahun disebabkan ketika itu syarikat baru hendak bertapak dan baru mula mengumpul modal sedikit demi sedikit," kata Ning.

Album yang diterbitkan oleh Ning dan Audi Mok yang turut bekerjasama dengan Satu Entertainment itu menampilkan sebanyak lapan buah lagu yang berkonsepkan balada, pop, elektro dan dance.

Mengembangkan bakat seni yang ada pada dirinya, Ning kali ini turut menulis sebuah lagu berjudul Propaganda.

Kerjasama dalam menghasilkan lagu Bebaskan tidak lama dahulu membuatkan Ning sekali lagi menaruh kepercayaan kepada Audi Mok dalam album terbarunya itu.

Berkebolehan, rakan yang baik serta berani menyahut cabaran membuatkan penyanyi kelahiran Kajang, Selangor itu menaruh kepercayaan besar kepada komposer tersebut.

"Dia (Audi Mok) dan saya seboleh mungkin tidak mahu ada perulangan dalam penghasilan sesebuah lagu mahupun album.

"Dewa adalah tajuk yang diambil daripada lagu Aku Bukan Dewa yang bermaksud cahaya. Bukan untuk mengagung-agungkan tetapi ini menggambarkan cahaya dalam kerjaya dan kehidupan saya," kata Ning lagi.

Hampir kesemua lagu dalam album tersebut di cipta dan ditulis lirik oleh Audi Mok kecuali Propaganda yang liriknya ditulis sendiri oleh Ning manakala lagu Aku Bukan Dewa dicipta oleh Pam.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.