Adsense

Ahad, 16 Januari 2011

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Rabecca Kurangkan Aktiviti Lakonan

Posted: 15 Jan 2011 02:35 PM PST


AMPANG: Pelakon Rabecca Nur Al Islam, 24, mengakui tidak akan meninggalkan kerjaya lakonana tapi mengurangkan aktiviti seni tersebut bagi menumpukan perhatian kepada keluarga.

Dia yang baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama Nor Azam Sulaiman, 43, malam Jumaat lalu juga memberitahu lebih memilih watak yang akan dilakonkan dalam sesebuah drama.



"Saya tidak akan berhenti berlakon selepas ini, namun begitu saya akan mengurangkannya agar tidak menjejaskan masa bersama keluarga.

"Dari segi watak juga saya akan lebih memilih kepada watak yang bersesuaian dengan status sekarang," ujarnya.

Pasangan ini dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Masjid Al-Ridhuan, Hulu Klang, Muhammad Ibrahim pada majlis ringkas yang berlangsung di kediaman mereka di Ukay Perdana, di sini kira-kira pukul 9.40 malam, Jumaat.



Dalam pada itu, ketika ditanya keistimewaan Nor Azam di matanya, Rabecca memberitahu Azam seorang yang mempunyai sifat kebapaan yang membuatkannya tertarik.

"Banyak yang saya tertarik dengan dia, salah satunya ialah sifat kebapaannya, saya pula seorang yang sangat sukakan kanak-kanak dan lebih bersifat keibuan sebab itu saya mencari seorang yang sama dengan saya.

"Dia juga mempunyai dua anak dan saya seorang anak, anak-anak kami sudah saling mengenali, menghormati dan menerima saya seadanya," katanya.



Sementara itu, Azam ketika ditanya keistimewaan Rabecca di matanya, dia memberitahu kali pertama terpikat dengan wanita itu kerana paras rupanya yang menawan.

"Kalau ditanya tentang apa yang membuat dia menarik perhatian saya ialah kejetitaannya, yang selebihnya kena tanya selepas kami tinggal sekali," jelasnya.

Bagaimanapun, ketika ditanya tentang lakonan Rabecca, Azam memberitahu dia tidak pernah melarang isterinya itu untuk meneruskan kerjaya seninya.



"Saya tak kisah dia berlakon, saya percaya dia atas dirinya, dia pandai membawa diri, namun begitu tentang watak yang akan dilakonkan kami akan berbincang terlebih dahulu," jelasnya.

Pasangan mempelai itu akan berbulan madu di London dan Paris selama dua minggu mulai 14 Februari depan.

Majlis pernikahan mereka dihadiri kira-kira 200 tetamu yang terdiri daripada ibu bapa, keluarga dan sanak saudara terdekat kedua-dua belah pihak.



Majlis resepsi perkahwinan mereka akan diadakan pada Sabtu untuk rakan-rakan dan pihak media di Hotel Flamingo, Ampang berkonsepkan Inggeris.

Sementara majlis resepsi untuk keluarga pula akan diadakan di Menara Kuala Lumpur pada Ahad.

Persenda Nama Arwah Bapa, Aznil Maafkan Zizan

Posted: 15 Jan 2011 02:32 PM PST


PETALING JAYA: Pengacara terkenal Aznil Nawawi memaafkan pelawak Zizan (Raja Lawak) kerana keterlanjurannya mempersendakan nama arwah bapa pengacara tersebut.

Zizan berlawak dengan menyebut nama arwah bapa Aznil iaitu Nawawi sebagai 'Nawawa' semasa mengacarakan program Raja Lawak musim kelima, Jumaat.

Program itu disiarkan secara langsung menerusi Astro Prima (saluran 105) dari Studio FINAS, Kompleks Studio Merdeka, Ampang pada pukul 9 malam.

Menurut Aznil, dia menganggap kesilapan yang dilakukan oleh Zizan adalah suatu perkara yang tidak disengajakan.

"Saya maafkan Zizan dan perkara ini sudah selesai antara kami.

"Saya pun pernah buat silap dan orang maafkan. Sekarang giliran dia pula yang melakukan kesilapan, jadi saya maafkan dia. Begitulah putaran dunia," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Sabtu.

Zizan menerusi laman web sosial Facebook miliknya memohon maaf kepada Aznil dan para peminat masing-masing kerana tidak berniat melakukan kesalahan tersebut.

Malah dia juga berharap perkara tersebut tidak akan berulang lagi selepas ini.

Kumpulan Bobo yang dianggotai oleh Mohd Hamizi Bin Hashim atau Gbob, 24, dan Mohd Azwan Bin Sabri atau Wan Awe, 24, diumumkan sebagai peserta yang tersingkir pada minggu kedua program tersebut.

Nenek Ana Raffali Meninggal Dunia

Posted: 15 Jan 2011 02:31 PM PST


PETALING JAYA: Ketika gembira meraikan kemenangan Anugerah Juara Lagu ke-25 (AJL25) minggu lalu, penyanyi Ana Raffali (gambar) dikejutkan dengan berita neneknya meninggal dunia, Sabtu.

Zaleha Ariffin meninggal dunia pada umur 79 tahun di Hospital Pakar Ampang dekat sini kerana sakit tua setelah menerima rawatan di hospital itu sejak 12 Januari lalu.

"Nenek tinggal bersama-sama kami sekeluarga di Kuala Lumpur. Dia sudah terlantar sakit sejak 10 tahun lalu dan tidak larat berjalan lagi beberapa tahun lalu.

"Saya berasa sedih apabila mengenangkan nenek selalu menghadiahkan duit apabila hari jadi saya semasa kecil-kecil dulu. Bagaimanapun, bapa saya nasihatkan supaya tidak pulang ke Kuala Lumpur dengan tergesa-gesa," kata Ana yang sedang mengikuti program Santai@Langkawi Green Tourism Roadshow di Langkawi, Kedah mulai Jumaat hingga Ahad ini.

Jenazah neneknya dibawa ke Temerloh, Pahang sebelum dikebumikan di tanah perkuburan di sana pada Ahad.

Ana bersama dua abang dan seorang adiknya yang turut serta dalam program itu dijangka akan pulang pada Ahad untuk memberi penghormatan terakhir kepada arwah neneknya.