Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Tabah merentasi 11 negara
- 17 bilionair baru India
- Resort tunggal di Pulau Rebak
- Hotel berjiwa muzikal
- Set gourmet Makan Kitchen
- Muallaf: Amani enggan komen
- Lembaga rambut panjang
- 'Abang tak amanah'
- Juliana gemar cabar diri
- Pertaruh nyawa
- Banyak faktor belenggu penyelidik
- Maizawati Hamil Anak Ke-7
- Wartawan Geleng Kepala Tonton "2 Alam"
- Nana X FM Dapat Anak Perempuan
- Cut Tari Stabil, Bimbang Diheret Ke Penjara
- Ainul Aishah Tampil Dengan "Don’t Worry Honey"
- Kejayaan Manis Shashi Tharan Dipilih Pelakon Harapan Lelaki Terbaik
- Pelakon Teruja "Crayon" Di Tayang Di Los Angeles
- One Nation Emcees Ke Korea & Singapura
- Loque Bernafas Semula Selepas Butterfingers
- Tiada Layanan Istimewa Airel Di Penjara Bandung
- Mandi dalam ladang
- Bekas penyampai berita RTM fail cerai fasakh
- Mek hidup dalam belukar
- 1.5 juta Toyota dipanggil balik
Posted: 22 Oct 2010 05:55 PM PDT TANPA kesungguhan, kesabaran, sikap toleransi dan semangat kerjasama, perjalanan sejauh itu mungkin sekadar idea di atas kertas. Apatah lagi kalau perjalanan tersebut melibatkan urusan yang lebih besar iaitu menjadi tetamu Allah di Tanah Suci Mekah. Mod pengangkutan yang pantas dan mudah tidak dipandang. Motosikal juga yang mahu digunakan lantaran mencari kelainan pengisian perjalanan. Kepada 11 penunggang jentera berkuasa tinggi itu, satu lembaran dan rekod baru telah dicipta pada 14 Mei lalu. Program yang dikenali sebagai Ekspedisi 1Malaysia Kembara Ke Bumi Suci 2010 itu adalah anjuran Israq Adventure Sdn. Bhd. Selaku pengendali bermotosikal tempatan yang berpengalaman dalam menganjurkan siri pengembaraan di dalam dan luar negara, kembara bermotosikal itu mengimbas sirah junjungan Nabi Muhammad S.A.W dan umat Islam dalam melaksanakan ibadah haji dengan menaiki unta. "Sekurang-kurangnya dengan cara ini kita dapat memahami kesusahan yang dilalui oleh umat Islam terdahulu untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu. "Pengembaraan ke Mekah merupakan perjalanan yang sangat mencabar dan para peserta diuji dengan pelbagai rintangan serta dugaan," kata Pengurus Israq Adventure, Azman Baharuddin, 47. Katanya, kembara yang turut mendapat sokongan pelbagai pihak dalam merealisasikan hasrat murni itu bermula daripada cetusan idea Pengarah Ekspedisi, Nahrawi Marzoki, 54, pada tahun 2008. Setahun selepas itu terbentuklah satu pentadbiran jawatankuasa ekspedisi termasuk mengadakan kerja-kerja tinjauan jalan, kerja-kerja dokumentasi dan logistik dalam menjayakan ekspedisi yang menelan belanja kira-kira RM500,000. "Persiapan rapi dilakukan sebelum memulakan langkah menghadapi cabaran getir termasuk persediaan dari segi fizikal dan mental, jadual, persiapan dan persediaan motosikal agar perjalanan yang dilalui berjalan lancar," ujarnya. Majlis pelepasan peserta konvoi secara rasminya disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di pekarangan Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada 11 Mei. Majlis itu turut dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Memulakan pengembaraan pada 14 Mei dari Kuala Lumpur, perjalanan yang dilalui adalah sejauh 17,800 kilometer (km) dalam tempoh 55 hari. Peserta selamat tiba di Tanah Suci Mekah pada 29 Jun dan mengerjakan ibadah umrah selama seminggu sebelum pulang ke tanah air pada 6 Julai. Dalam menjayakan misi tersebut, mereka merentasi 11 negara iaitu bermula dengan Thailand, Laos, China, Kyrgyzstan, Uzbekistan, Turkmenistan, Iran, Turki, Syria, Jordan dan Arab Saudi (berakhir di Mekah). Memasuki negara pertama di Thailand, kumpulan ekspedisi memulakan cabaran pertama apabila menempuhi perjalanan sukar ketika merentasi Bangkok, Thailand. Negara tersebut ketika itu menghadapi krisis politik. Namun, tiada sebarang kejadian buruk berlaku sebaliknya mereka meneruskan perjalanan dengan selamat untuk memasuki Laos. Di Laos, kumpulan konvoi meneruskan cabaran dengan melalui beberapa daerah yang mengalami masalah kerosakan jalan dan melalui kawasan berbukit-bukau. Layanan istimewa Mengakui pengembaraan tersebut cukup berbeza dan amat bermakna, Azman menjelaskan, ekspedisi itu turut menjalankan aktiviti ziarah sepanjang perjalanan. "Antara misi penting yang berjaya dicapai ialah singgah dan menziarah 40 buah masjid utama termasuk lima masjid tersohor iaitu Masjid Xian, Masjid Kalon (Uzbekistan), Masjid Umayyad (Syria), Masjid Nabawi dan Masjidil Haram di Arab Saudi. "Para peserta juga berpeluang mengunjungi bandar dan tempat peninggalan sejarah zaman kegemilangan Islam antaranya melawat kampung halaman cendekiawan Islam tersohor, Imam Al-Bukhary di Uzbekistan serta berpeluang mengunjungi tempat kelahiran Nabi Ibrahim di Turki," ujarnya. Azman memberitahu, para peserta konvoi juga tidak melepaskan peluang bertemu dan beramah mesra dengan masyarakat Islam di sepanjang laluan di samping turut terlibat di dalam beberapa kerja amal. Menurutnya, sepanjang perjalanan merentasi 11 negara peserta ekspedisi mendapat layanan istimewa dan sokongan padu daripada masyarakat setempat. "Semasa merentasi sebuah bandar di China, apabila penduduk tempatan tahu kami hendak ke Mekah, mereka berasa sangat terharu. "Pada malam itu mereka datang ke hotel tempat peserta menginap dengan menyediakan jamuan dan membuat majlis doa selamat kepada kami," ujar Azman. Ketika di Iran, mereka turut tersentuh dengan kemurahan hati penduduk Islam yang sanggup memberi makan dan minum selepas mengetahui kumpulan konvoi adalah jemaah umrah dari Malaysia. "Ramai yang belanja kami makan sewaktu singgah di sana dan ada juga mekanik yang membaiki pacuan empat roda kami tanpa mengenakan bayaran," katanya. Sebahagian besar daripada cabaran pengembaraan tersebut ditempuhi di China. Di negara tersebut cuacanya agak berbeza dan ekstrem serta peserta terpaksa menempuh laluan yang tidak menentu serta jalan yang rosak. Kata Azman, laluan sukar ditempuhi terutama ketika dalam perjalanan menuju ke Kunming melalui Yuanjing. Perkara tersebut berlaku kerana pihak berkuasa di China melarang penggunaan motosikal di lebuh raya dari Mengla ke Kunming. Hal tersebut menyebabkan konvoi terpaksa mengharungi jalan kampung yang tidak berturap dan berdebu. "Di China, kita tidak boleh nak ramal terutamanya dari sudut keadaan jalan dan cuaca disebabkan negara ini terlalu besar. "Kemalangan-kemalangan kecil yang melibatkan beberapa peserta banyak berlaku semasa melalui perjalanan di China," jelasnya. Perjalanan dari Kunming menuju ke bandar Panzihua juga mencatatkan pengalaman tersendiri. Perjalanan yang melalui kawasan tanah tinggi berkedudukan 2,800 meter dari paras laut menyebabkan ada peserta yang mengalami masalah kesukaran bernafas. Pengalaman pahit di China Ketika di China, motosikal salah seorang peserta ekspedisi, Nahrawi dilanggar lori muatan pasir sewaktu rombongan berehat di sebuah stesen minyak sebelum memasuki Kyrgyztan. "Nahrawi cuma mengalami cedera ringan, namun enjin motosikalnya mengalami kerosakan teruk dan terpaksa dibawa pulang ke Malaysia," ujarnya. Antara pengalaman pahit yang dialami sepanjang kembara tersebut ketika rombongan berada di Iran. Tiga peserta ekspedisi ditahan oleh pihak berkuasa negara tersebut kerana mereka merakam gambar di kawasan bandar. "Mereka digari dengan mata ditutup sebelum dibawa ke balai polis untuk disoal siasat. "Pasport dan kamera turut dirampas sebelum diserahkan semula ke Kedutaan Malaysia di Iran," katanya. Menurut Azman, saat kaki menjejakkan kaki di Mekah, pengalaman tersebut sukar digambarkan. "Kami terhutang budi kepada banyak pihak khususnya Kementerian Luar yang memberi sokongan dan Kedutaan Malaysia di negara-negara yang kami singgah yang banyak memudahkan urusan kami. "Penganjuran ekspedisi itu secara tidak langsung meyakinkan rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam bahawa pemergian ke Mekah melalui jalan darat bukanlah sesuatu yang mustahil," jelas Azman. Sementara itu, salah seorang peserta, Senator Mohd. Khalid Ahmad, 56, bersyukur kerana pengembaraan yang dirancang berakhir dengan jayanya dan semua peserta pulang dengan selamat. Menurut Mohd. Khalid, kejayaan itu dicapai melalui semangat berpasukan para peserta selain sokongan rakyat Malaysia. "Perjuangan selama 55 hari dengan pelbagai ujian tidak sedikit pun mematahkan semangat, malah ia telah menjadi dorongan kepada kami untuk tiba di Mekah seperti yang dirancang. "Terima kasih kepada semua yang mendoakan keselamatan peserta dari mula langkah pertama sehingga berakhirnya ekspedisi," katanya. Kepada Nahrawi, melalui kejayaan itu, beliau kini merancang untuk menganjurkan pengembaraan menunaikan haji pada tahun 2013. Bagaimanapun, kembara itu menggunakan kenderaan pacuan empat roda. "Saya berharap impian untuk mengatur program menunaikan haji dengan pacuan empat roda mendapat sokongan daripada pelbagai pihak," ujarnya. Sementara itu, seorang lagi peserta ekspedisi, Musa Mohammad, 42, mengakui berasa bertuah kerana berpeluang mengikuti ekspedisi yang julung-julung kalinya. Menyifatkannya sebagai satu pengalaman berharga, kembara itu memberi kesan yang mendalam pada dirinya untuk mendekatkan diri kepada Allah. "Banyak yang saya pelajari melalui kembara ini, antaranya pengurusan masa. Contohnya, solat harus dilakukan pada awal waktu tanpa berlengah-lengah. "Melalui pengembaraan ini juga saya rasa bersyukur berada di sebuah negara yang aman damai seperti Malaysia," ujarnya. | ||
Posted: 22 Oct 2010 05:52 PM PDT MUKESH AMBANI mengekalkan gelaran sebagai individu terkaya di India ketika perkembangan pesat ekonomi melahirkan 17 bilionair baru pada 2010. Tambahan itu menjadikan jumlah keseluruhannya seramai 69 orang, berdasarkan senarai individu terkaya yang disiarkan majalah Forbes baru-baru ini. Ambani, pengerusi syarikat persendirian terbesar India, Reliance Industries, mempertahankan kedudukannya sebagai individu terkaya di India untuk tiga tahun berturut-turut dengan kekayaan bernilai AS$27 bilion (RM83.2 bilion), petik majalah Forbes India. Bilionair itu diekori rapat pengasas syarikat keluli terkemuka yang berpusat di London, Lakshmi Mittal dengan kekayaan bernilai AS$26.1 bilion (RM80.4 bilion). "Jumlah bilionair yang direkodkan belum lagi menunjukkan petanda jelas betapa seriusnya peningkatan itu di India dan China pada dekad mendatang," kata Indrajit Gupta, editor Forbes India. Menurutnya, usahawan dari India menunjukkan kemampuan mereka memanfaatkan peluang mencipta kekayaan yang tidak pernah berlaku di kalangan masyarakat lain di dunia. Jurang ekonomi Peningkatan jumlah bilionair itu terjadi ketika kumpulan antikemiskinan memberi amaran mengenai pelebaran jurang yang berterusan antara golongan kaya dan miskin di negara berpopulasi 1.2 bilion penduduk itu. Sebahagian daripada 836 juta penduduk India hidup dengan pendapatan kurang daripada 20 rupee (RM1.30) sehari. Dalam satu laporan kerajaan, statistik di India mengenai tahap kesihatan, kematian bayi, nutrisi dan pendapatan adalah lebih buruk daripada mereka yang menetap di sub-Sahara Afrika. Ketempangan pertumbuhan ekonomi, kes rasuah yang berleluasa dan kelemahan pentadbiran awam, dilihat sebagai pencetus pemberontakan Maoist di daerah miskin negara itu. Taikun teknologi informasi, Azim Premji yang mengawal syarikat pembekal Wipro, merampas kedudukan tangga ketiga senarai itu dengan kekayaan bernilai AS$17.6 bilion (RM54.24 bilion), menggantikan adik lelaki Ambani, Anil, yang mengetuai telekomunikasi, kewangan dan perniagaan utiliti Reliance. Anil Ambani, yang baru berdamai dengan abangnya itu selepas perbalahan ekoran pembahagian aset keluarga, jatuh di tempat keenam dengan AS$3.3 bilion (RM10.6 bilion). Kejatuhan saham syarikat telah menyebabkan kekayaannya itu susut sebanyak 24 peratus. Jumlah kekayaan 40 bilionair terkaya di India ketika ini bernilai AS$243 bilion (RM748 bilion), naik daripada AS$229 bilion (RM705 bilion) tahun lalu. Namun, catatan itu masih belum menghampiri rekod AS$351 bilion (RM1,081 trilion) yang dicatatkan pada pada tahun 2007. Namun begitu, jumlah kekayaan mereka adalah lebih dua kali ganda daripada kekayaan 40 orang individu terkaya di China tahun lalu, iaitu sebanyak AS$106 bilion (RM326 bilion). Golongan kaya di India mengalami kerugian besar pada 2008. Ketika itu gabungan kekayaan bersih 40 individu tersebut turun 60 peratus dan hanya 27 individu bergelar bilionair akibat terkena tempias krisis kewangan global. Kerugian besar membabitkan nilai kekayaan di India pada 2008 pantas menjadi kenangan. Pencapaian itu disokong lonjakan pasaran saham dan pertumbuhan ekonomi hampir sembilan peratus. Pasangan adik-beradik Shahi dan Ravi Ruia, peneraju Kumpulan Essar yang memegang kepentingan dalam industri besi, penyulingan minyak dan tenaga, berada di tempat keempat dengan kekayaan bernilai AS$15 bilion (RM46.2 bilion), manakala Savitri Jindal, pengerusi Jindal Steel and Power, kekal di tempat kelima dengan kekayaan AS$14.4 bilion (RM44.4 bilion). Gelombang kedua Senarai tahun ini juga merupakan isyarat gelombang kedua bagi kapitalis India mengumpul laba besar selepas permulaan yang tidak menentu awal dekad lalu. Ketika gelombang pertama bilionair dikaitkan dengan perniagaan teknologi maklumat, keluli dan tenaga, gelombang kedua pula dijangka membabitkan syarikat-syarikat gergasi dalam bidang farmasi dan hartanah. Pencapaian peratusan tertinggi pula diraih Raja Media, Kalanithi Maran, pemilik syarikat Sun TV Network, yang mempunyai lebih daripada satu pertiga saham di syarikat penerbangan tambang rendah domestik SpiceJet. Kekayaan bersihnya naik 74 peratus iaitu AS$4 bilion (RM12.4 bilion). Bagaimanapun, terdapat juga beberapa individu yang terjejas. Raja Hartanah, Kushal Pal Singh, pemilik DLF yang sarat dengan hutang, kehilangan hampir satu pertiga daripada kekayaannya. | ||
Posted: 22 Oct 2010 05:51 PM PDT SESEKALI dapat menikmati percutian indah di pulau terpencil dengan ditemani deruan ombak memukul pantai tentu sekali memberi pengalaman mendamaikan selepas mengharungi hiruk-pikuk kehidupan kota. Percutian berkenaan tentunya akan menyimpan seribu kenangan apabila dapat berehat dalam keadaan tenang di tepi pantai memutih. Siliran angin menyejukkan tubuh badan sambil membawa udara laut yang menyegarkan. Menikmati impian percutian sebegitu boleh diperoleh sekiranya ke Pulau Rebak iaitu antara gugusan 99 buah pulau kecil yang membentuk pulau legenda, Langkawi. Di pulau ini, terletak satu-satunya resort bertaraf lima bintang dikenali sebagai Rebak Island Resort - A Taj Hotel (Rebak Island Resort). Dimiliki syarikat korporat, DRB-Hicom, resort itu kini diuruskan oleh Taj Hotels Resorts and Palaces iaitu kumpulan hotel terbesar di Asia yang berpusat di Mumbai, India. Syarikat itu bukanlah asing dalam industri perhotelan kerana memiliki rangkaian hotel dan resort di 52 buah destinasi membabitkan 12 negara termasuk di Malaysia. Sebaik sahaja pesawat yang dinaiki mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, penulis disambut mesra oleh kakitangan resort sebelum dibawa menaiki kenderaan. Tidak sampai lima minit, kenderaan yang dinaiki tiba di Jeti Pelabuhan Langkasuka. "Tiada laluan darat untuk ke resort. Encik Ammar kena menaiki bot," kata lelaki yang dikenali sebagai Pak Sani itu. Selepas meletakkan beg dan memakai jaket keselamatan, bot yang dinaiki mula membelah lautan menuju ke destinasi penginapan. Menikmati panorama dan keindahan lautan menyebabkan perjalanan selama 15 minit dirasakan begitu singkat. Dari jauh kelihatan Pengurus Besar Rebak Island Resort, Samir Khanna sudah sedia menanti. "Selamat datang, bagaimana perjalanan dari Kuala Lumpur tadi?" tegurnya tatkala penulis menjejakkan kaki ke jeti. Penulis dibawa mengelilingi kawasan persekitaran resort dengan menaiki kereta buggy. Biarpun pertama kali bersua, namun keramahan yang ditunjukkan Samir membuatkan penulis seperti sudah lama mengenalinya. Perasaan tenteram dan damai segera menyuntik dalam diri apatah lagi dengan konsep bermotifkan kayu dan tradisional kontemporari, suasana santai resort sangat menyenangkan hati. Rebak Island Resort kini beroperasi dengan 82 buah bilik yang terbahagi kepada dua kategori iaitu 48 unit superior, 34 bilik deluxe termasuk vila satu bilik dan dua bilik. Pengunjung diberi kebebasan memilih pemandangan yang ditawarkan sama ada mengadap laut atau taman mengikut cita rasa masing-masing. "Resort ini mula diuruskan oleh Taj Hotels Resorts and Palaces sejak tiga tahun lalu. Berbeza daripada resort-resort lain, resort ini lebih privasi kerana kedudukannya di dalam pulau. "Pengunjung yang menginap di sini bebas menggunakan segala kemudahan yang disediakan. Kami mahu mereka merasai pengalaman bercuti seperti berada di rumah sendiri," katanya. Samir memberitahu, bagi tujuan itu pihaknya menyediakan beberapa aktiviti secara percuma kepada pengunjung. Antaranya ialah berkayak, bola tampar pantai, berbasikal, kelas memasak dan pengalaman memberi makanan kepada biawak yang hidup liar di kawasan itu. Bagaimanapun, katanya, pengunjung juga boleh mencuba beberapa aktiviti lain seperti ekspedisi 4X4, memancing, belayar menaiki bot, skuba, snorkeling mengikut pakej-pakej yang disediakan. Katanya, terdapat tiga kawasan marina di Pulau Langkawi dan salah satunya terdapat di resort itu. "Selain menjadi tempat bot dan kapal berlabuh, terdapat juga ruang penyimpanan untuk tujuan penyelenggaraan dan baik pulih," jelasnya. Penulis sememang menggemari aktiviti lasak seperti menjelajah hutan, namun tidak berkesempatan melakukannya disebabkan faktor cuaca yang tidak mengizinkan. Pengalaman itu hanya dapat dikongsi semasa bertemu dengan seorang pelancong dari Belanda, Remco Onderwater, 40, yang menginap di situ. Dia yang bercuti bersama isteri dan dua anaknya selama enam hari di resort itu tidak melepaskan peluang merasai pengalaman menjelajah ke dalam hutan pada hari kedua. Katanya, pengalaman meneroka keindahan dan kehijauan hutan asli yang dianggarkan berusia jutaan tahun itu sangat mengujakan. "Melihat keunikan flora dan fauna yang masih belum terusik di dalamnya membuatkan sesiapa sahaja terpesona. "Sebaik tiba di penghujung laluan iaitu di Pantai Merah, mata saya seakan-akan terpaku melihat formasi batuan indah dan pintu gua batu yang begitu mengasyikkan. Tidak sangka di pulau sekecil ini mempunyai pelbagai keunikan tersendiri," katanya yang pertama kali terakhir berkunjung ke negara ini kira-kira enam tahun lalu. Selepas puas melakukan aktiviti, pastinya perut berasa lapar. Restoran Senari yang dibuka dari pukul 7 pagi hingga 11 malam adalah jawapannya. Ia menyajikan pelbagai menu tempatan, Utara India dan Barat yang enak dan menyelerakan. Lampu hiasan yang diinspirasikan daripada bubu rotan serta lantai kayu menyerlahkan suasana ketika menikmati hidangan. Bagi mereka yang inginkan privasi, boleh memilih untuk menikmati hidangan berlatarbelakang kawasan pantai atau marina. Cahaya lilin dan kerlipan bintang-bintang pasti membangkitkan suasana romantis terutama bersama orang tersayang. Penulis juga turut berkesempatan membelai tubuh di Ulik Mayang Spa yang menawarkan pelbagai urutan tradisional. Sentuhan jari-jemari serta haruman minyak aromaterapi yang digunakan membuatkan badan kembali segar. Pengunjung yang mahu menikmati suasana berbeza boleh memilih untuk diurut di gazebo berhampiran pantai. Suasana malam tidak semestinya dihabiskan di dalam bilik semata-mata. Selain menghabiskan masa di ruang bacaan, pengunjung juga boleh menikmati alunan muzik secara langsung yang dipersembahkan di Minum-Minum Cafe. Lagu-lagu evergreen dan kotemporari yang didendangkan membuatkan kaki bergoyang tanpa disedari. Seorang pelancong dari Bahrain, Sayed Jawad Alawi, 31, yang ditemui di sini memberitahu, Pulau Rebak merupakan salah satu destinasi yang bernilai tinggi dan begitu eksklusif sekali. "Ketenangan di pulau sesuai untuk pasangan yang baru berkahwin seperti saya. Isteri saya sangat mementingkan privasi dan saya berpendapat pilihan saya ke sini sangat tepat kerana di pulau ini tidak terlalu ramai orang. "Tambahan, saya senang sekali berada di sini kerana tiada masalah komunikasi antara kami dan pekerja di sini kerana ada di antara mereka boleh bertutur dalam bahasa Arab," katanya yang baru melangsungkan perkahwinan pada 21 September lalu. Masa berlalu begitu pantas, tanpa disedari sudah tiga hari penulis berada di resort ini. Kini tibalah masa untuk pulang. Apa yang pasti, percutian yang dilalui memberi kepuasan maksimum yang sukar dilupakan. | ||
Posted: 22 Oct 2010 05:51 PM PDT SEBUT sahaja Batu Feringghi, Pulau Pinang, ramai yang memikirkan keindahan pantai. Menariknya, sebaik menyusuri jalan utama dari bandar George Town menuju ke pantai peranginan di situ, mata pasti tertarik kepada rekaan hotel unik yang buat pertama kali beroperasi di Malaysia. Memilih pantai Batu Feringghi sebagai lokasinya, Hotel Hard Rock Pulau Pinang yang berkonsepkan muzikal era 60-an antara penginapan eksklusif yang diketengahkan di Pulau Mutiara. Menyusuri pintu masuk utama, pandangan sudah pasti tertumpu pada kilauan lampu gantung berwarna-warni berlogo Hotel Hard Rock di segenap ruang lobi. Bagaikan berada di alam fantasi muzikal. Itulah yang dapat digambarkan tatkala kaki mula menyusun langkah ke ruang pendaftaran. Mungkin anda terkesima melihat kabinet kaca yang menempatkan lebih 500 deretan baju yang disumbangkan oleh artis rock 'n' roll tempatan dan antarabangsa. Hiasan karikatur wajah bintang legenda Rock seperti Paul McCartney dan George Harrison turut dihiasi di batu marmar dinding hotel. Malah, bagi anda yang ingin tinggal lebih lama di sini, nikmatilah peluang dengan membeli-belah di pasar malam yang terletak di bahu jalan itu. Pengurus Besar Hotel Hard Rock Pulau Pinang, John Primmer berkata, dengan berdirinya hotel itu, Pulau Mutiara akan menjadi destinasi tumpuan dalam kalangan pengunjung luar dan dalam negara.
"Kami menawarkan penginapan berkonsepkan kontemporari dan moden. Dengan tawaran yang diketengahkan ini pengunjung berpeluang mengabadikan kenangan manis sekiranya berada di sini," katanya. Hotel muzikal permata itu dibina setinggi enam tingkat dengan menempatkan 250 buah bilik dan suite berhadapan dengan laut. Menerapkan elemen moden kontemporari pada segenap hiasan dalaman biliknya, ia turut dilengkapi dengan televisyen LCD bersaiz 32 inci, pemain DVD, radio kompak dan Internet WiFi. Selain itu, terdapat pelbagai kemudahan khusus buat pengunjung muda dan kanak-kanak di bawah satu bumbung. Antaranya kolam renang seluas 26,000 kaki persegi, Rock Spa, Lil' Kids Club, Teens Club, pusat gimnasium dan gerai barangan cenderamata. Kunjungan ke sini tidak lengkap jika tidak bersantai di Hard Rock Cafe yang dibuka 24 jam setiap hari. Pada waktu tertentu misalnya pada pukul 1 petang, 5 petang, 10 malam hingga lewat pagi, persembahan band-band rock atau artis rock jemputan akan memompa adernalin tetamu. Hotel Hard Cafe pula menawarkan pelbagai pakej percutian dengan tawaran harga bermula RM380++ bagi setiap malam. | ||
Posted: 22 Oct 2010 04:47 PM PDT KALAU ada yang bercerita dia menikmati rendang daging yang seolah-olah cair di dalam mulut, pasti anda akan menuduh dia seorang penipu. Tetapi andai anda menikmati daging lembu wagyu yang dimasak oleh Chef Ahmad Nurul Azri, anda juga akan mengakui kebenaran kata-kata itu. Kepada mereka yang peka dengan dunia kulinari, daging lembu wagyu tidak perlu diperkenalkan. Berasal dari Jepun, daging lembu itu dianggap antara daging kelas super kerana harganya yang mahal. Teknik ternakan yang teliti pada haiwan itu seperti memberi urutan selain diperdengarkan lagu antara faktor yang menyebabkan lembu wagyu hidup sihat dan kurang tekanan. Dengan diet terpilih, semua regim itu menyebabkan daging lembu wagyu dikatakan lebih lembut, kaya dengan rasa dan berjus. Di Jepun, harga untuk 150 gram daging lembu wagyu mencecah AS$500 (RM1,554). Populariti daging lembu wagyu menyebabkan beberapa negara yang terkenal dalam penternakan lembu seperti Australia dan New Zealand turut memelihara baka yang sama. Apabila daging dalam kelas super bersatu dengan resipi penuh keghairahan daripada Ahmad Nurul, maka terhasillah satu hidangan daging rendang yang luar biasa. "Untuk sajian ini, kami memilih daging wagyu kerana ia terkenal dengan kelembutannya. Malah untuk menambahkan lagi kelembutan dan keenakan rasanya, saya merenehkan daging wagyu ini selama enam jam bersama bahan seperti kayu manis, gula Melaka dan halia," kongsi Ahmad Nurul, 36. Menu yang dikenali sebagai slow cook wagyu beef cheek rendang itu bukan sahaja menjadi sajian utama dalam set hidangan Menu Festival Lengkap dari Restoran Makan Kitchen di Hotel DoubleTree by Hilton, Kuala Lumpur bahkan gastronomi paling menjadi tumpuan dalam set itu. Penyertaan kali pertama Pengurus Besar Hotel DoubleTree by Hilton, Ian Barrow memberitahu, Menu Festival Lengkap merupakan set gourmet dari restoran hotel itu sempena penyertaan pertama kali dalam Festival Gourmet Antarabangsa Malaysia 2010 (MIGF). "Makan Kitchen sebagai sebuah restoran baru dan membawa nama Hotel DoubleTree by Hilton yang pertama di Asia Tenggara. Jadi ini adalah peluang terbaik untuk menunjukkan filosofi sajian kami untuk tetamu tempatan dan antarabangsa," kata Barrow.
Berbeza dengan menu hotel lain untuk MIGF, Makan Kitchen mempersembahkan tujuh hidangan dalam Menu Festival Lengkap yang membawa inspirasi 1Malaysia. Setiap hidangan mengambil cita rasa sajian setiap etnik berbeza di Malaysia seperti Melayu, Cina, India, Peranakan, Kristang (Portugis Melaka) dan Iban. "Kami mengambil masa lebih tiga bulan untuk mendapatkan idea dan mencuba resipi untuk Menu Festival Lengkap. Akhirnya terhasillah sajian pembuka selera umai-umai kekapis sajian popular Sarawak yang ditambahkan dengan salad midin dan telur ikan terubuk masin. "Sajian yang mewakili peranakan nyonya iaitu otak-otak manakala sajian ketiga ialah ladu abalon rebus yang dihidangkan bersama sup Cina. "Mengambil cita rasa Portugis Melaka, sajian keempat anak burung sumbat yang diperap dan dipanggang serta dihidangkan dengan terung," ujar chef kelahiran Kuala Lumpur itu. Selepas sajian utama rendang daging wagyu, sebagai pencuci mulut, Ahmad Nurul yang mempunyai 11 tahun pengalaman dalam bidang kulinari menyediakan menu cita rasa India iaitu lobak merah dan halwa halia dengan aiskrim. Sebagai pembasah tekak, Menu Festival Lengkap tidak melupakan minuman kegemaran rakyat Malaysia iaitu teh tarik. Jika anda bukan penggemar teh, anda boleh meminta kopi tarik. Sajian itu boleh dinikmati sehingga hujung bulan ini di Makan Kitchen yang terletak di tingkat 11 Hotel DoubleTree by Hilton. Dengan hanya RM120++ seorang untuk set itu, ia tentunya menu yang wajib dicuba jika anda inginkan sajian 1Malaysia. Untuk maklumat lanjut termasuk dengan tawaran diskaun anda boleh menghubungi talian 03-2172 7272. | ||
Posted: 22 Oct 2010 12:03 AM PDT SHARIFAH AMANI...memilih untuk berdiam diri. MISLINA...punya bakat untuk genggam anugerah. PENCALONAN Mislina Mustaffa untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23) bersama tiga pelakon muda, Lisa Surihani, Putri Mardiana dan Jasmine Michael membuatkan ramai pihak meramalkan peluang paling cerah buat pelakon filem Karaoke itu. Walaupun filem berkenaan kurang diperkatakan, lakonannya sebelum ini menerusi filem-filem arahan Yasmin Ahmad mendapat pujian ramai. | ||
Posted: 22 Oct 2010 12:01 AM PDT RAWAT ...seorang pengamal perubatan tradisional sedang memulihkan pelajar yang terkena histeria. MERSING: Kehadiran lembaga wanita berambut panjang serta kanak-kanak di belakang dewan Sekolah Menengah Anjung Batu (SMKAB) di sini, pagi semalam mencetuskan histeria membabitkan lebih 10 pelajar sekolah berkenaan. Lembaga wanita serta kanak-kanak itu dikatakan menjelma di depan seorang pelajar perempuan sebelum ia berjangkit kepada lebih 10 yang lain termasuk tiga pelajar lelaki. | ||
Posted: 21 Oct 2010 11:57 PM PDT JOHOR BAHRU: "Bukan semua kami adik-beradik ambil wang pencen ayah untuk kegunaan sendiri, tapi hanya seorang abang kami yang salah gunakan wang itu. "Dia kami amanahkan untuk mengambil wang pencen ayah dan gunakannya untuk bayaran di rumah penjagaan emak kami, tapi dia salah gunakan wang itu." | ||
Posted: 21 Oct 2010 11:55 PM PDT BERPERWATAKAN seperti lelaki, kasar dan kurang feminin terus menjengah minda ketika ditugaskan menemu bual salah seorang duatlet wanita yang aktif menyertai Kejohanan Powerman (Powerman) Malaysia sejak lebih tiga tahun lalu. Namun, tanggapan itu terus dibuang ke tepi kala berkenalan dengan Nor Juliana Ali yang hadir pada sesi itu dengan senyuman ceria sambil tampak manis mengenakan skirt separa kembang paras lutut yang dipadankan bersama blaus biru.
| ||
Posted: 21 Oct 2010 11:54 PM PDT DEGIL...pelajar tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal. BAHAYA...penunggang motosikal tidak menghiraukan keselamatan anak. SUNGAI BULOH: Sebilangan pelajar dan ibu bapa di sekitar Bandar Baru Sungai Buloh di sini, mempertaruhkan nyawa masing-masing apabila bersikap lepas tangan dengan tidak memakai topi keledar selain menunggang motosikal dengan laju. Tinjauan Metroplus di kawasan bandar berkenaan mendapati, tindakan itu bukan saja boleh menyebabkan mereka terbabit dalam kemalangan, malah boleh meragut nyawa.
| ||
Banyak faktor belenggu penyelidik Posted: 21 Oct 2010 11:50 PM PDT MAMPU BERKEMBANG...penyelidikan boleh berkembang dengan jaya asalkan berada pada landasan sebenar. BAGI universiti, penyelidikan antara nadi terpenting yang menyokong proses ilmiah, selain menjadi pemangkin melahirkan tenaga pensyarah berkualiti, berwibawa dan profesional. Semakin banyak penyelidikan, semakin tinggi sesebuah institusi itu dipandang masyarakat, sekali gus dianggap elit serta berprestij. | ||
Posted: 21 Oct 2010 11:49 PM PDT PETALING JAYA: Model Maizawati Zainal mengesahkan sudah mengandung seperti mana dimaklumkan dalam laman sosial Facebook miliknya. Maizawati atau lebih mesra dengan panggilan Maiza, 35, dan pasangannya, Mohd Yassin Ben@Abd. Rahim,23, bernikah pada 9 Ogos lalu di Ipoh, Perak. "Ya, lebih kurang begitulah nampaknya," jawab Maiza ringkas menerusi mesej di Facebook ketika menjawab pertanyaan tentang khabaar gembira itu. Pemenang Anugerah Fotogenik dalam pertandingan Mrs Beauty Malaysia 2010 ini sedang hamil anaknya ketujuh selepas mempunyai enam orang anak hasil perkahwinan terdahulu. Dia mempunyai empat orang anak dengan bekas suaminya iaitu penceramah bebas, penyanyi dan pengacara Akhil Hayy. Pasangan itu bercerai pada pada 15 Julai tahun lalu. Sementara dua anak lagi merupakan hasil perkahwinan dengan bekas suami pertamanya yang berasal dari Kelantan. | ||
Wartawan Geleng Kepala Tonton "2 Alam" Posted: 21 Oct 2010 11:47 PM PDT PETALING JAYA: Penerbit filem 2 Alam, Datuk Dr. Che Rozmey Che Din yang tidak mahu mengadakan tayangan media filem itu kerana bimbang dikritik tentunya kecewa apabila wakil media berjaya menonton filem tersebut sewaktu tayangan perdana sempena Festival Filem Malaysia ke 23 (FFM23) di e@Curve, Damansara, di sini malam Rabu lalu. Ramai wartawan yang terkejut menonton filem itu selepas menggambarkan angan-angan Dr. Rozmey sebelum ini yang menjangkakan filem berkenaan akan mendapat kutipan pecah panggung dengan jumlah RM40 juta apabila ia ditayangkan serentak di 83 buah pawagam pada 18 November ini. Pihak media yang menyaksikan filem itu sekadar ingin tahu kenapa selama ini Dr. Rozmey mengelak untuk mengadakan pro-tonton seperti yang dilakukan kebayakan penerbit filem? Adakah kerana beliau mempunyai strategi tertentu ataupun benarkah filem berkenaan sebuah karya luar biasa daripada individu yang mendakwa kreatif seperti beliau? Beberapa wartawan yang ditemui memberi pelbagai reaksi selepas menonton filem berkenaan yang kebanyakannya menggelengkan kepala melihat hasil filem itu. Ketua Editor portal Murai.Com, Ellyana Ali berkata, filem berkenaan tidak sesuai ditonton oleh golongan remaja kerana menampilkan adegan ranjang yang agak keterlaluan. Katanya aksi di atas katil dan adegan-adegan rogol yang ditonjolkan hanyalah bertujuan untuk menarik perhatian penonton berbanding maksud asal filem itu untuk memberi nasihat mengenai kesan menukar jantina oleh seorang lelaki. "Ia sama sekali tidak sesuai ditonton oleh golongan remaja kerana adegan-adegan di atas katil yang keterlaluan," katanya. Ellyana turut berkata Dr. Rozmey akan mendapat kutipan RM40 juta sekiranya filem itu ditayangkan di pawagam "fantasinya". "Saya rasa jika di campur dari 83 buah pawagam dengan pawagam-pawagam fantasinya, mungkin jumlah itu akan menepati sasaran," katanya menyindir. Wartawan hiburan Mingguan Malaysia, Arif Nizam Abdullah pula berpendapat kualiti filem 2 Alam tidak setanding dengan sasaran kutipan yang diuar-uarkan. Tambahnya, berdasarkan kepada pengamatannya, untuk memperoleh RM400 ribu pun belum tentu berjaya kerana filem itu hanya setaraf sebuah drama. "Filem ini terlalu kerap mengulang babak yang sama. Selain itu, lakonan watak transeksual yang ingin ditonjolkan tidak nampak realistik. "Apabila melihat hasil filem ini saya rasa ia boleh membuat penonton tertipu dengan sasaran RM40 juta yang diperkatakan oleh beliau," katanya. Arif Nizam juga menambah, terdapat beberapa babak dalam filem ini tidak sesuai untuk menjadi tontonan umum. Antaranya ialah adegan panas di atas katil, dalam tab mandi, dalam kereta serta dialog yang berunsur lucah. Pengarang Hiburan Metro Ahad, Abie Abdullah pula berkata, 2 Alam mempunyai subjek yang baik iaitu tentang keinsafan dan keterlanjuran hidup seorang manusia tetapi persembahan subjek itu dilihat lemah sehingga mengganggu penyampaian sebenar mesej. Katanya, ada filem lain yang lebih teruk dari 2 Alam tetapi filem ini diperkatakan kerana provokasi yang dilakukan oleh pelbagai pihak. "Dengan provokasi demi provokasilah membuatkan orang tertanya-tanya tentang filem ini," katanya. Sementara itu wartawan hiburan Berita Minggu, Zul Husni Abdul Hamid berkata filem tersebut mempunyai jalan cerita yang menarik tetapi teknik imbas semula (flash back) yang ditampilkan membuatkan 2 Alam sekadar "biasa-biasa" sahaja. Katanya olahan filem itu menarik tetapi disebabkan terlalu banyak flash back yang ditampilkan, ia telah mengganggu tumpuan penonton. "Tidak perlu banyak pengulangan terutama pada babak asmara," katanya. Tambahnya, lakonan para pelakon perlu diperkemaskan kerana tuntutan filem berkenaan adalah kuat. Beberapa wartawan lain yang diminta komen mengenai filem tersebut enggan memberi sebarang ulasan dengan alasan filem berkenaan tidak layak untuk diberi kritikan. mStar Online pula berpendapat filem ini tidaklah seburuk seperti yang digambarkan tetapi cara penerbitnya melakukan promosi dengan lebih banyak mengkritik pihak-pihak tertentu adalah tidak wajar. 2 Alam turut dilakonkan oleh Aaron Aziz, Sabree Fadzil, Faizal Hussein , Rosnah Johari dan Kuswadinata. Ia mengisahkan kehidupan seorang lelaki yang menukar jantina serta mempunyai hubungan terlarang. "Wanita" berkenaan akhirnya membunuh diri menyebabkan mayatnya sukar dikebumikan secara sempurna. | ||
Nana X FM Dapat Anak Perempuan Posted: 21 Oct 2010 11:46 PM PDT PETALING JAYA: Penyampai radio stesen X FM, Nurul Hana Che Mahazan atau lebih dikenali sebagai Nana,27, selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada pukul 11.21 pagi Khamis, di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor. Bayi yang seberat 2.71 kilogram itu dilahirkan secara normal dan diberi nama Althea Raqeem Brian. Ibu dan anak itu berada dalam keadaan sihat. Beritahu Nana, dia gembira kerana dapat melahirkan Althea tanpa sebarang masalah. "Saya gembira sangat. Siapa yang tak gembira bila mendapat seorang anak?" katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Khamis. Bekas pelajar Akademi Fantasia musim pertama itu tidak dapat berbual panjang kerana perlu bertemu dengan doktor ketika dihubungi. Nana dan pasangannya, Mohammad Raqeem Brian, 36, telah berkahwin pada 6 Jun tahun lalu. | ||
Cut Tari Stabil, Bimbang Diheret Ke Penjara Posted: 21 Oct 2010 11:44 PM PDT JAKARTA: Artis yang dikaitkan mempunyai hubungan terlarang dengan Ariel, Peterpan iaitu Cut Tari berada dalam keadaan stabil selepas ditahan di sebuah hospital di Jakarta sejak 17 Oktober lalu. Cut Tari dilaporkan mengalami gangguan di perut sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital oleh suamnya untuk mendapatkan rawatan segera. "Keadaannya semakin pulih. Kalau tak ada masalah dia boleh pulang hari ini (Khamis) atau esok. Bagaimanapun ia bergantung kepada nasihat doktor," kata jurucakap aktres itu, Ina seperti dipetik portal Inilah.Com, Khamis. Katanya, selepas mendapatkan suntikan sejak dimasukkan ke hospital, Cut Tari hanya diberikan pil dan juga ubat minum oleh doktor. "Pada awalnya dia hanya banyak tidur tetapi sekarang dia sudah boleh berjalan dan berbual," katanya. Sementara itu portal berkenaan melaporkan Cut Tari turut bimbang mengenai hukuman yang bakal dijatuhkan terhadap Ariel selepas penyanyi itu dipindahkan dari penjara di Jakarta ke Bandung, Rabu lalu. Cut Tari dikatakan berdebar kerana takut turut diheret ke penjara sama seperti penyanyi lelaki itu selepas dia tidak mengaku terlibat sebagai individu yang melakukan adegan seks dengan Ariel. | ||
Ainul Aishah Tampil Dengan "Don’t Worry Honey" Posted: 21 Oct 2010 11:43 PM PDT KUALA LUMPUR: Ainul Aishah muncul dengan single terbaru berjudul Don't Worry Honey selepas lagu pertamanya, The Old Him melalui pelbagai kontroversi sebelum ini. Masih mengekalkan tajuk dalam Bahasa Inggeris namun lirik single terbaru itu telah diterjemahkan dalam Bahasa Melayu agar dapat diterima oleh ramai peminat. Menurut Ainul Aishah lagu Don't Worry Honey adalah ciptaan rakan baiknya iaitu Nani Nasir. Pada asalnya lirik ditulis dalam Bahasa Inggeris tetapi Ainul menukarnya ke versi Bahasa Melayu untuk proses rakaman. Liriknya pula telah diterjemahkan oleh Pidos tanpa menukar sedikit pun maksud asalnya. "Lagu ini sangat indah kerana ia datang dari hati dan menceritakan pengalaman bagaimana dua sahabat melalui liku–liku hidup bersama," katanya. Pengarah Urusan Aquila Emas, Syarizan Md. Isa berkata, usaha dan semangat gigih Ainul Aishah amatlah dikagumi. "Walaupun single pertamanya mendapat pelbagai reaksi dari pelbagai pihak namun sikap positif yang ada dalam diri Ainul Aishah haruslah dipuji. "Pihak Aquila Emas telah merangka pelbagai aktiviti promosi untuk single ini dan kita percaya semua pihak sama ada media dan peminat akan turut menyokong usaha Ainul. "Para peminat Ainul juga berpeluang untuk mengakses kedua-dua lagu tersebut sebagai nada dering atau nada dering panggilan dalam tempoh dua minggu akan datang, insya-Allah," kata Syarizan. | ||
Kejayaan Manis Shashi Tharan Dipilih Pelakon Harapan Lelaki Terbaik Posted: 21 Oct 2010 11:43 PM PDT PETALING JAYA: Pelakon Shashi Tharan yang baru dinobatkan sebagai Pelakon Harapan Lelaki pada Malam Perasmian Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23), malam Rabu lalu, menyifatkan pengiktirafan tersebut sebagai kejayaan termanis sepanjang sepuluh tahun bergelar anak seni. Menurut Shashi, dia seharusnya berterima kasih kepada pengarah filem Mamat Khalid di atas peluang dan kepercayaan yang diberikan untuk membintangi filem Melayu pertamanya iaitu Estet. "Saya sangat gembira dengan pengiktirafan ini. Ini adalah kejayaan termanis. Saya harus berterima kasih kepada abang Mamat Khalid kerana memberi peluang untuk berlakon dalam filem Estet. Ternyata percubaan saya untuk melangkah ke dunia filem Melayu tidak sia-sia dan berbaloi. "Kemenangan ini juga memberikan lebih variasi kepada industri filem kerana pelakon bukan Melayu juga boleh berjaya jika mempamerkan lakonan yang meyakinkan," katanya. Shashi yang sebelum ini bergiat aktif dalam drama dan filem Tamil tempatan menganggap kejayaan itu sebagai satu pemangkin buatnya untuk meningkatkan mutu lakonan dan meluaskan lagi jaringan lakonan ke industri filem Melayu. "Ini (kemenangan) satu petanda yang baik buat orang baru seperti saya. Ia juga motivasi untuk saya bekerja lebih keras untuk bergelar seorang pelakon yang berwibawa. Selepas ini, saya perlu tingkatkan mutu lakonan dan mempelbagaikan lagi watak yang diterima," katanya yang berharap agar filem Estet dapat menarik penonton India. Selain Shashi, filem Estet turut membariskan pelakon-pelakon popular Melayu dan India termasuk Farid Kamil, Jasmine Michael, K.S Maniam, Soffi Jikan dan Rosyam Nor. Estet bakal ditayangkan di pawagam pada 4 November ini bersempena dengan sambutan perayaan Deepavali. | ||
Pelakon Teruja "Crayon" Di Tayang Di Los Angeles Posted: 21 Oct 2010 11:42 PM PDT PETALING JAYA: Pelakon filem Crayon melahirkan rasa gembira dan terkejut apabila filem itu berjaya memasuki pasaran Amerika Syarikat yang akan ditayangkan di pawagam Laemmle, Los Angeles pada 4 November ini. Bintang utama filem itu terdiri daripada Adibah Noor, Hon Kahoe dan Faisal Abdullah. Menurut Adibah Noor, walaupun pihak-pihak tertentu di Malaysia dan Singapura yang memberi reaksi negatif terhadap filem tersebut ada pihak lain yang jauh lebih berminat untuk memberi ruang filem berkenaan di negara mereka. "Alhamdulillah, tatkala ada pihak tertentu atau autoriti filem di Singapura dan Malaysia memberikan respons yang agak mendukacitakan, ada pula agensi yang jauh beribu batu berminat untuk memberi sedikit ruang kepada filem Crayon ini," katanya ketika dihubungi mStar Online, Rabu. Adibah melakonkan watak Mak Engku, pengasas rumah anak yatim di samping dua anak muda iaitu Adam Wan lakonan Hon Kahoe dan Rafaat (Faisal Abdullah). Filem ini turut diserikan dengan lakonan bakat cilik iaitu Joshry Adamme yang melakonkan watak anak yatim bernama Afiq. Kahoe pula berkata dia berharap mesej yang disampaikan dalam filem ini akan memberi pengajaran berguna kepada penonton. "Saya berharap dan mendoakan mesej yang terdapat dalam filem Crayon berjaya disampaikan kepada orang ramai," ujar Kahoe menerusi kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS). Sementara Faisal pula sedikit teruja bercampur gementar dengan penerimaan penonton di sana. Apa yang penting katanya, budaya tempatan yang ditonjolkan dalam filem itu mampu mempromosikan negara. "Saya rasa teruja tetapi sedikit gementar sebab bagaimana filem ini akan diterima nanti, kerana kandungan cerita ini banyak merujuk budaya tempatan. Tetapi saya berharap semuanya berjalan lancar," katanya yang pertama kali berlakon filem. Filem yang dihasilkan dalam bahasa Malaysia, Inggeris dan Mandarin tersebut sarat dengan nilai murni seperti semangat tolong-menolong dan kasih-sayang. Filem itu mengisahkan tentang dua sahabat baik dan pelajar dari sebuah universiti di Singapura, Adam dan Rafaat yang menghabiskan masa cuti semester mereka dengan melibatkan diri dalam kerja sosial sebagai sukarelawan di rumah anak yatim di Malaysia. Di rumah anak yatim itu, mereka berjumpa dengan Mak Engku dan Afiq serta menyelami kehidupan sebagai anak yatim. Selain Dean A.Burhanuddin filem terbitan Zioss Films Sdn Bhd itu turut diterbitkan oleh Linda Ziegler dan Elise A. Hamid. Menurut Linda, kerjasama dengan pengusaha panggung Laemmle itu tercetus setelah mereka menonton promosi filem Crayon menerusi laman web Facebook, Crayon The Movie. "Selepas mereka menonton treler Crayon di Facebook, terus mereka menghubungi kami. Dean akan ke Los Angeles untuk mempromosikan filem itu di sana nanti. "Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada OMD Malaysia, salah satu rakan media Crayon yang turut mempunyai cawangan di Los Angeles," ujarnya. Filem menelan belanja RM500,000 itu mengambil masa setahun untuk disiapkan melibatkan lokasi penggambaran sekitar Kuala Lumpur, Melaka dan Singapura. Filem Crayon akan mula ditayangkan di pawagam tempatan (mulai 11 November ini. Sebanyak 20 peratus daripada hasil jualan tiket akan didermakan kepada tiga buah rumah anak yatim iaitu Rumah Ozanam Petaling Jaya, Rumah Kasih Harmoni Sungai Buloh dan Nur Hikmah, Selayang, Selangor. | ||
One Nation Emcees Ke Korea & Singapura Posted: 21 Oct 2010 11:41 PM PDT PETALING JAYA: Kumpulan One Nation Emcees (ONE) diundang untuk mengadakan persembahan di Seoul, Korea Selatan pada November ini dan Singapura pada hujung Disember ini. Menurut penyanyi wanita tunggal dalam kumpulan itu, Mimi atau nama sebenarnya Shamimi Amalina Norhisham, mereka akan membuat persembahan di Seoul sempena majlis pelancaran penerbangan pertama AirAsia X ke Korea. Selain Mimi, kumpulan yang sedang popular dengan lagu Syukur (Kau Yang Satu) itu turut dianggotai oleh Mohd Norzaidi Edris (Zydee) dan Nur Hasan Baias (Jojoe). Sejak salah seorang anggota ONE iaitu Kozae atau nama sebenarnya Mohamed Fareezan Mohamed Murtaza menarik diri daripada kumpulan itu pada awal Ogos lalu, penyanyi lagu Nadiku, Sabhi Saddi dipilih menggantikan Kozae buat sementara waktu. "Kami sangat terkejut apabila mendapat tahu tentang undangan ini pada beberapa hari lalu dan tidak menyangka ada syarikat besar di Malaysia memberi kepercayaan kepada kami. "Ini memang impian kami dan kami juga sangat bersyukur apabila turut diundang oleh stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) ke Singapura baru-baru ini. "Kali ini AirAsia pula memberikan peluang kami belajar dan ambil pengalaman di Korea," katanya ketika dihubungi mStar Online, Khamis. Kata Mimi, mereka akan menyanyikan tiga hingga empat buah lagu termasuk lagu popular Raja Gelek atas permintaan pihak penganjur. Selebihnya, mereka akan menyampaikan lagu Inggeris. Mereka juga merancang untuk fusion lagu-lagu yang akan dinyanyikan dengan lagu tradisional Sabah. Disebabkan sibuk dengan persembahan lain setakat ini, ONE belum sempat melakukan latihan untuk persembahan di Seoul. Sekarang, mereka sedang menyusun dan proses mengadun lagu kerana menganggap bentuk persembahannya lebih gempak berbanding persembahan yang dilakukan sebelum ini. "Walaupun sibuk dengan persembahan lain, kami tak boleh ambil mudah dengan persembahan di Seoul dan akan memulakan latihan pada hujung minggu ini," beritahu Mimi lagi. ONE akan berlepas ke Seoul pada 1 November hingga 4 November ini. Sementara persembahan di Singapura pula merupakan persembahan sempena menyambut Tahun Baru atas undangan sebuah syarikat gergasi di sana. Selain itu, mereka turut akan mengadakan persembahan secara langsung di salah sebuah stesen televisyen Singapura untuk perayaan yang sama. "Selepas kami membuat persembahan di Singapura baru-baru ini, kami mendapat maklumbalas yang bagus daripada peminat di sana. Jadi, kami rasa bertuah dan bersyukur apabila diundang sekali lagi ke sana pada hujung tahun ini," ujarnya. | ||
Loque Bernafas Semula Selepas Butterfingers Posted: 21 Oct 2010 11:40 PM PDT PETALING JAYA: Penyanyi dan gitaris Loque atau nama sebenarnya Khairil Ridzwan Annwar, 32, lebih yakin dengan kumpulan muzik barunya, Monoloque setelah nama Butterfingers lupus dari industri seni muzik ini. Biarpun nama itu sudah tiada lagi, namun mungkin ada yang tidak sedar, ahli kumpulan Monoloque masih mengekalkan anggota Butterfingers yang lama kecuali vokalisnya, Emmet yang telah berhijrah ke Kanada. Sekadar nama band itu sahaja yang ditukarkan daripada Butterfingers kepada Monoloque. sana. Selain Loque, Monoloque turut dianggotai oleh Mohd Fakharudin Mohd Bahar (Kadak), 32, Noor Haffizal Rashid (Loco), 36, dan Adam Shahrir Omar (Adam "senyap"), 29. Mereka juga menambah seorang anggota baru iaitu Iju "gagak hitam" atau nama sebenarnya Izwan Omar, 30, yang bertindak selaku gitaris pertama band tersebut. Selepas ketiadaan Emmet, Monoloque tampil dengan jenama dan nafas yang baru. "Kami juga tampil dengan genre yang berlainan menggabungkan elemen rock, pop, elektronik, nusantara, keroncong, klasik Melayu dan klasik Barat. "Lagu ciptaan saya juga lebih bersifat eksperimental. Sekarang ini, saya banyak menghasilkan lirik lagu yang mudah difahami berbanding tersirat," katanya kepada mStar Online. Kini, lagu ciptaan Loque berjudul Kekanda Adinda nyanyian Loque bersama-sama Atilia sering diputarkan di radio. Selain itu, dia juga menantikan kemunculan lagu keduanya, Ilusi yang pernah dijadikan runut bunyi sebuah drama bersiri. "Kami sedang menyiapkan album berjudul Hikayat Halimunan Abad Ke-21 yang mempunyai enam buah lagu. Selain lagu Kekanda Adinda dan Ilusi, lagu Halimunan Abad Ke-21 dan Tiada Kata Secantik Bahasa akan dimuatkan dalam album ini," katanya lagi. Dalam perkembangan lain, Loque turut terlibat dengan kempen Di Mana Kan Ku Cari Ganti sebagai penghormatan untuk Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang diilhamkan oleh Astro. Dalam kempen tersebut, Loque menyanyikan lagu Tiada Kata Secantik Bahasa. Selain itu, dia akan membuat persembahan bersama band API yang turut dianggotainya, Azlan & The Typewriter, Noh (Hujan), AJ (Pop Shuvit), Din (Estranged) dan Imran (One Buck Shot), pada Festival Filem Malaysia (FFM) ke-23 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) Ahad ini. | ||
Tiada Layanan Istimewa Airel Di Penjara Bandung Posted: 21 Oct 2010 11:38 PM PDT JAKARTA: Bekas vokalis Peterpan, Nazriel Irham atau Ariel tidak akan mendapat layanan istimewa selepas dipindahkan dari sebuah penjara di Jakarta ke Pusat Tahanan Kebun Waru di Bandung, Rabu lalu. Ketua pusat tahanan itu Suharman berkata, Ariel tidak akan mendapat sebarang kemudahan tambahan manakala layanannya sama seperti tempat tahanan lain di Indonesia. "Ariel akan ditempatkan di blok B tanpa disediakan sebarang kemudahan istimewa untuk dia," katanya seperti dipetik portal Inilah.Com, Khamis. Katanya, waktu untuk melawat penyanyi itu juga sama seperti masa yang ditetapkan di pusat-pusat tahanan lain. Penyanyi itu dilaporkan akan berada di penjara itu selama 20 hari sebelum kes penyebaran video lucah melibatkannya dengan dua artis lain dibicarakan. Ariel dipindahkan ke penjara berkenaan selepas pihak berkuasa mendapat bukti kukuh Ariel menyalin dan menyebarkan klip-klip video porno tersebut di sebuah rumah penerbit muzik Peterpan, Capung di Bandung. Sementara itu kekasih penyanyi itu, Luna Maya dilihat melawat Ariel di pusat tahanan berkenaan, Khamis. Luna hadir dengan mengenakan kemeja putih, berseluar jean warna biru tua serta memakai skarf di leher. Ketika keluar dari pusat tahanan itu sekitar tengah hari, dia dilihat begitu tergesa-gesa tanpa mahu bertemu dengan pihak media yang menunggunya sejak awal pagi. Dengan senyuman Luna hanya menjawab beberapa patah perkataan mengenai kekasihnya. "Dia (Ariel) berada dalam keadaan baik. Dia sihat," katanya sambil berlalu menaiki kereta Avanza miliknya. | ||
Posted: 21 Oct 2010 11:36 PM PDT KOTA TINGGI – Malang bagi hampir 2,000 penduduk Felcra Sungai Ara di sini yang masih terpaksa menjalani kehidupan seperti zaman sebelum merdeka. Masalah air yang masih membelenggu penduduk di sini sejak 20 hari lalu menyebabkan mereka berasa sangat terbeban dalam menjalani kehidupan harian terutama golongan ibu yang perlu menyelesaikan tanggungjawab membersih dan menyediakan makanan kepada isi rumah. Sebelum ini, Sinar Harian ada melaporkan gangguan bekalan air selama seminggu dan rungutan penduduk di sini namun masalah tersebut masih belum dapat diselesaikan. Seorang suri rumah, Bedah Karson, 55, berkata, dia berasa sangat penat kerana aktiviti membasuh pakaian mahupun pinggan-mangkuk kotor terpaksa dilakukan walaupun kuantiti air yang tidak mencukupi di rumahnya. "Dalam rumah saya ada enam orang kesemuanya jadi banyak pinggan-mangkuk dan baju kotor yang perlu dibersihkan, dan saya terpaksa mengambil inisiatif lain dengan menggunakan punca air dari parit yang terletak kira-kira 60 meter dari rumah. "Mujurlah anak saya meletakkan beberapa bungkus pasir di dalam parit dapatlah saya membasuh baju dan mandi setiap hari bersama anak-anak," katanya kepada Sinar Harian. Menurutnya, kekurangan air menyebabkan anaknya tidak dapat mandi pada waktu pagi untuk ke sekolah dan hanya boleh membasuh muka dan menggosok gigi. | ||
Bekas penyampai berita RTM fail cerai fasakh Posted: 21 Oct 2010 11:35 PM PDT KUALA LUMPUR – Seorang bekas penyampai berita Rangkaian Television Malaysia (RTM) berbangsa Cina memfailkan cerai fasakh terhadap suaminya di Mahkamah Syariah, di sini semalam. Ter Ai Chin, 55, atau nama Islamnya Khairul Nisa Ter Abdullah memfailkan cerai fasakh terhadap Ahmad Abdullah, 62, seorang jutawan yang dulunya adalah Pengarah Phileo Allied Bank. Ai Chin hadir kira-kira jam 12 tengahari dengan berbaju kurung biru gelap dan bertudung hitam dengan ditemani peguam syarie, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain yang mewakilinya. Dia bersama Mohd Zaidi kemudiannya memfailkan di kaunter pendaftaran dengan menamakan suaminya, sebagai defendan. Ketika ditemui pemberita di perkarangan mahkamah, Mohd Zaidi memberitahu permohonan itu mengikut Akta Undang-undang Keluarga Islam 1987. Mereka pernah bernikah di Narathiwat pada 10 Jun 1986 dan bernikah semula mengikut Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur secara wali hakim. Ai Chin bertindak memfailkan fasakh ke atas suaminya akibat krisis rumahtangga yang berpanjangan sehingga sudah tawar hati untuk meneruskan ikatan perkahwinan yang terjalin selama 25 tahun itu. "Sejak dari awal perkahwinan lagi kehidupan kami tidak mesra kerana sering berlaku pergaduhan akibat sikap suami yang tidak berlaku adil kepada saya sebagai isteri kedua dan sering menyakiti saya secara fizikal tanpa sebab yang munasabah sehingga menyebabkan kecederaan kepada tubuh badan saya," katanya setelah selesai memfailkan kes fasakh itu. Menurutnya, perbuatan defendan memberi kesan negatif kepada akal fikiran dan maruah plantif sebagai seorang isteri, anggota masyarakat dan penyampai berita di mana penampilannya sering menjadi perhatian ramai. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata yang masing-masing berusia 20 dan 21. Kes Ter Ai Chin, akan didengar pada 10 November ini. | ||
Posted: 21 Oct 2010 11:34 PM PDT MALIM NAWAR - Di sebalik kepesatan pembangunan ekonomi di sana sini, masih ada insan hidup dengan penuh kedaifan dan tinggal di kawasan belukar berhampiran Jalan Tanjung Tualang. Sukar dipercayai, namun itulah hakikat kehidupan dilalui seorang lelaki warga emas yang hanya dikenali sebagai Mek. Berdasarkan catatan pada secebis kertas dan kad rawatan hospital miliknya, Mek dipercayai telah berusia 85 tahun dan tinggal berseorangan di kawasan belukar itu sejak beberapa tahun lalu. Mek juga mendakwa, dia tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan lain, selain cebisan kertas bersama kad rawatan harian dengan nombor 467214 tertera sebagai nombor kad pengenalannya yang hilang. Tinjauan Sinar Harian ke kawasan 'kediaman' Mek mendapati warga emas ini sekadar tinggal di sebuah pondok yang dibina dari bahan terbuang, selain tidak mempunyai sebarang kemudahan bekalan air serta elektrik. Tambah memilukan apabila ditanya dari mana dia memperoleh bekalan air, Mek berkata, dia hanya menadah air hujan. "Saya tadah ayor (air) hujan masa (ketika) hujan lebat sebab mana nak cari ayor kat kawasan ini. "Bila malam saya pasang pelita. Beras ada orang bagi, saya masak. Daging ni saya beli di market (pasar) tu. Nak minum masak ayor, tu gula ada, susu ada," katanya kepada Sinar Harian yang mengunjunginya di sini. Berdasarkan perbualan dengan Mek, difahamkan warga emas tersebut pernah bekerja dengan sebuah syarikat kapal korek di sini, suatu ketika dahulu. Sementara itu, kisah kehidupan Mek ini mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Malim Nawar, Keshvinder Singh yang sempat meluangkan masa melihat keadaan Mek. Keshvinder berkata, pihaknya akan berurusan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Perak bagi menyegerakan proses mendapatkan kad pengenalan, selain menyediakan rumah untuk Mek. "Kes Mek ini adalah yang pertama bagi Program Jom Cari yang dilancarkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Malim Nawar tidak lama dahulu. "Program tersebut dilancarkan bagi mencari, mengenal pasti dan seterusnya membantu individu serta keluarga yang hidup dalam serba kekurangan seperti kes Mek," katanya. Menurutnya, program ini akan berterusan dan sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kes seumpama ini khususnya di Malim Nawar diminta menghubungi DUN Malim Nawar untuk tindakan selanjutnya. | ||
1.5 juta Toyota dipanggil balik Posted: 21 Oct 2010 11:33 PM PDT TOKYO - Syarikat Toyota Motor Corp. terpaksa memanggil semula 1.53 juta kenderaannya di seluruh dunia, kebanyakan di Amerika Syarikat (AS) dan Jepun, berikutan masalah bendalir brek dan pam bahan api. Kedua-dua masalah itu boleh menyebabkan sejumlah kecil bendalir brek bocor perlahan-lahan yang mengakibatkan lampu amaran brek menyala dan keupayaan membrek kurang efisien Satu kenyataan syarikat itu semalam memberitahu, ia membabitkan 740,000 buah kenderaan di AS dan 599,000 unit lagi di Jepun manakala bakinya di seluruh dunia. Antara model yang dipanggil balik ialah Avalon bagi tahun 2005 dan 2006.
Turut terlibat ialah model Highlander bukan hibrid keluaran 2004, Lexus RX330, Lexus GS300, IS250 dan IS350 keluaran 2006. Sementara itu di Jepun, model yang dipanggil balik ialah Crown, Crown Majesta, Harrier, Mark X, Alphard, Kluger, Lexus GS350, Lexus IS250 dan Lexus IS350 yang dikeluarkan dari Mei 2002 hingga November 2005. Sementara itu, UMW Toyota Motor Sdn. Bhd. (UMW Toyota) selaku pengedar tunggal kenderaan itu di Malaysia mengesahkan tindakan terbaru syarikat itu tidak membabitkan model Lexus di pasaran tempatan. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |