Malaysian Gossips, Rumours, Celebrities & Pictures Blog |
- ARIEL akhirnya disahkan “pelakon” video lucah
- Gubahan perlu cantik, menarik
- Usah salah guna kuasa talak
- Apabila lelaki gila talak
- Gaya sopan ke pejabat
- Levy warisi kulit cantik
- Santai dengan Coast London
- Muzium papar evolusi TUDM
- Sam Bunkface Tak Kisah?
- Siapa mulakan gosip?
- Adibah Noor Seronok Beramal
- Datuk Siti Nurhaliza Akui Sukar Dapatkan Penaja
- Lan Pet Pet menangis dalam Zoo
- Komposer bawa teksi
- Bertudung atas kesedaran
- Album pengalaman hidup Misz Nina
- Rabbani medium orang ramai menghulurkan derma
- Penghulu ditahan hutang lebih RM320,000
- Perang Pakaian “Daun Terup” : Nurul & Zery Beri Penjelasan
- Ifa Raziah Bengang "Ditangkap Khalwat"
- Kes Ifa Raziah Diserbu : JAIK Beri Penjelasan
- Aida & Joe Radzwill Tinggal Serumah, Tidur Asing
- Siti Nurhaliza Kongsi Pentas Dengan Akim, Shahir
- Anak Michael Jackson Masuk Sekolah
- Dengarnya...: Pelakon Indonesia bercerai dengan rakyat Malaysia?
ARIEL akhirnya disahkan “pelakon” video lucah Posted: 23 Jun 2010 02:13 AM PDT JAKARTA: POLIS Indonesia hari ini secara rasmi mengesahkan bekas penyanyi kumpulan Peterpan, Nazril Irham,29, atau lebih dikenali sebagai Ariel sebagai suspek utama kes video lucah yang dipercayai dilakukannya secara berasingan dengan dua wanita yang juga selebriti negara itu. Komisioner Jeneral Polis Jakarta, Ito Sumardi ketika mengesahkan perkara tersebut berkata, Ariel kini ditahan di sebuah penjara bagi membolehkan siasatan ke atasnya dilakukan atas tuduhan melakukan hubungan suami isteri tanpa nikah. Katanya, bukan sahaja Ariel tetapi sesiapa sahaja yang berzina dan perkara itu diketahui umum perlu dihukum. "Kalau perkara ini tidak diketahui umum, mungkin ia boleh disembunyikan tetapi bila video (lucah) sudah keluar, ia di anggap telah melanggar hukum," katanya kepada portal detikhot.com hari ini. Tambah pegawai polis itu lagi selain Ariel, dua wanita yang dikaitkan dengannya iaitu model Luna Maya dan artis Cut Tari akan turut ditahan untuk membantu siasatan. Setakat ini kedua-dua wanita itu hanya akan dipanggil sebagai saksi. "Luna Maya dan Cut Tari berkemungkinan akan ditahan tetapi bukan untuk menjalani proses hukuman sebaliknya melindungi mereka daripada menerima sebarang ugutan pihak luar kerana ramai yang geram dengan perbuatan mereka itu," katanya. Portal hiburan itu melaporkan, Ariel dan dua artis wanita itu akan menjalani ujian forensik hari ini yang akan dilakukan oleh lima pegawai perubatan. Brigidier Jeneral Polis, Mussaddeq berkata, ketiga-tiga artis itu akan menjalani tiga peringkat pemeriksaan iaitu pemeriksaan pada organ tubuh yang dipanggil anatomi forensik, masalah kepada riwayat tubuh (antropologi forensik) dan pemeriksaan gigi (odontologi forensik). Bagaimanapun sehingga pukul 9.30 pagi ini (10.30 pagi waktu Malaysia) Luna Maya dan Cut Tari masih belum muncul untuk menjalani pemeriksaan tersebut. Sementara itu sumber polis berkata, Ariel yang ditahan di penjara sejak semalam dilaporkan kurang sihat kerana tidak biasa berada dalam tahanan. Keadaan kesihatan Ariel itu tiba-tiba menurun selepas dia dikenal pasti sebagai suspek utama kes tersebut. Dia juga sudah diberikan pakaian sebagai tahanan penjara. Video lucah melibatkan Ariel dan Luna Maya telah tersebar sejak beberapa bulan lalu dan ia dipercayai turut dijual secara haram di negara ini. | ||
Posted: 23 Jun 2010 02:09 AM PDT MINAT menggubah sama ada menghasilkan hiasan dinding, bunga ataupun hantaran menyediakan banyak peluang kepada Nurhairani Hood mengetengahkan bakatnya dalam bidang berkenaan. Walaupun memulakan perniagaannya itu hanya secara dalam talian, ia banyak membantu memperkenalkan hasil ciptaannya kepada umum. Malah, selepas empat tahun berkecimpung dalam bidang gubahan berkenaan, dia kini mampu berbangga kerana gubahannya semakin diterima ramai. "Persaingan daripada penggubah lain menyebabkan saya juga perlu bersaing untuk mendapat tempat di hati pelanggan. "Malah, bentuk, corak dan rekaan yang dihasilkan perlu terkini serta menepati keperluan pelanggan."Paling penting, hasil gubahan itu mesti menarik dan cantik," katanya ketika ditemui di rumahnya di Pandan Indah, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
"Ini kerana warnanya senang untuk dipadankan dengan hiasan lain. Jika menggunakan bunga plastik, mungkin ia mengambil masa agak lama untuk memadankan warnanya," katanya. | ||
Posted: 23 Jun 2010 02:08 AM PDT
Talak bukan perkara yang boleh dibuat main-main. Kalau lafazkan secara 'main-main' pun jatuh, lafaz dalam keadaan marah pun jatuh dan secara bergurau pun jatuh. Walaupun talak dibenarkan oleh Islam namun ia adalah perkara yang sangat dibenci. Talak yang dijatuhkan secara spontan tanpa bersebab atau tiba-tiba tanpa difikirkan semasak-masaknya antara penyebab seseorang lelaki menjadi gila talak. Pensyarah di Jabatan Undang-undang Islam, Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Profesor Madya Dr. Datin Paizah Ismail berkata, kecuali jika seseorang lelaki itu telah memikirkan dengan penuh kewarasan mengapa dia hendak menjatuhkan talak ke atas isterinya, mungkin kejadian gila talak itu tidak akan berlaku. ''Tetapi bila lelaki tidak berfikir panjang dan terus mentalakkan isteri, akan timbul sesalan setelah dia kembali tenang. Pada waktu itu, sudah terlambat dan tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Apa lagi jika telah menjatuhkan talak tiga. "Jadi jangan bermain-main dengan talak walaupun kuasa talak diberikan kepada lelaki,'' ujar Paizah. Beliau menambah, lelaki harus mengawal perasaan dan jaga perkataan yang keluar daripada mulut walau macam mana marah sekali pun. Perkara titik-bengik jangan diperbesarkan sehingga boleh membawa kepada permasalahan yang lebih besar dan sukar dibendung. Walaupun lelaki mempunyai kuasa namun dia mesti bersikap terkawal, gunakan kebijaksanaan, akal fikiran dan fikir semasak-masaknya supaya keputusan yang dibuat itu munasabah dan tiada kekesalan. Pepatah yang mengatakan terlajak perahu boleh diundur, terlajak perkataan buruk padahnya sememangnya ditujukan kepada hal-hal seperti talak ini. ''Talak satu boleh rujuk, dua pun boleh rujuk tetapi bila sudah tiga, memang betul-betul jadi gilalah. Sebab itu dalam Islam kata talak dibolehkan tetapi ia paling dibenci. ''Bila sudah talak tiga, hendak rujuk semula susah. Harus mengikut prosedur yang ketat dan bermacam-macam lagi dan mungkin juga ia akan kekal begitu apabila si isteri sudah berjumpa dengan pasangan yang sesuai dengannya. Bekas suami ini akhirnya menghadapi tekanan dan timbullah istilah gila talak. ''Lelaki yang gila talak ini biasanya menghadapi tekanan emosi dan tertekan. Apabila tidak dapat dikawal maka dia akan mengambil jalan singkat seperti mencederakan isteri, pasangan, orang lain atau keluarga,'' kata Paizah lagi. Menurut Faizah, sebelum mengambil keputusan hendak bercerai, berbincang dahulu secara baik, minta pendapat keluarga dan orang tengah. Jika boleh selamatkan rumah tangga, cubalah selamatkan demi anak-anak. Kenang semula bagaimana susahnya hendak menyimpul ikatan perkahwinan dan jangan dengan mudah hendak merungkai ikatan yang dijalin bertahun-tahun. Beliau berkata, apabila seseorang itu berkahwin, dia harus mengetahui pantang larang. Jangan jadikan perkara serius seperti talak sebagai mainan atau gurauan sehingga boleh tersasul. Jangan lihat ini sebagai perkara yang remeh kerana ia sebenarnya besar dalam kehidupan. ''Isteri pula apabila melihat suami yang sedang marah harus pandai menyejukkan hati suami. Jangan kedua-duanya sama marah kerana api bersama api boleh terbakar dan membakar. Jika seorang api, seorang lagi mesti bersifat air. ''Bagi si suami pula, jika sedang marah, jangan ikut perasaan. Cari jalan untuk meredakan kemarahan. Jika sedang berdiri, duduk. Jika panas, mandi, jika lapar, makan. Insya-Allah hati dapat disejukkan,'' katanya. | ||
Posted: 23 Jun 2010 02:07 AM PDT DALAM Islam perkara halal yang paling dibenci di sisi Allah SWT adalah talak. Mengikut syarak talak merupakan milik mutlak kaum lelaki. Namun ia bukan sesuatu yang boleh dipermudahkan disebut bahawa salah satu perkara yang disebut secara main-main pun jadi ialah menjatuhkan talak Talak merupakan kalimah bahasa Arab yang bermaksud 'menceraikan' atau 'melepaskan'. Mengikut istilah syarak ia bermaksud 'melepaskan ikatan pernikahan atau perkahwinan dengan kalimah atau lafaz yang menunjukkan talak atau perceraian'. Jika suami melafazkan kalimah ini ke atas isterinya maka dengan sendirinya mereka berdua telah terpisah dan isterinya berada dalam keadaan idah. Talak memang mudah dijatuhkan. Namun kesan dan bahana selepas ia diungkapkan kadang kala tidak tersangka malah oleh 'pelontar' talak itu sendiri. Adakalanya ia boleh menjadi mimpi ngeri kepada kedua-dua belah pihak. Sebab itu dalam masyarakat Melayu wujud istilah 'gila talak' - biasanya dikaitkan dengan suami yang tergila-gilakan bekas isteri. Akibatnya bermacam-macam perkara dilakukan untuk mengembalikan bekas isteri ke pangkuan. Ada yang berlembut ada pula yang kasar dan ganas hingga membabitkan perbuatan yang tidak pernah terlintas di fikiran kita. Bukan sahaja fikiran tidak keruan malah hidup tunggang-terbalik gara-gara tidak dapat melupakan bekas isteri apatah lagi apabila mendapat tahu wanita tersebut sudah ada pengganti. ''Gila talak ini bermacam-macam. Ada yang setelah melepaskan (menceraikan) isteri, baru timbul perasaan sayang semula kepada isteri. "Masa itu si suami mulalah membuat pelbagai alasan untuk berjumpa bekas isteri. ''Ada juga sebelum bercerai perasaan marah terhadap isteri meluap-luap tetapi selepas bercerai diburu pula dengan perasaan cemburu terhadap bekas isteri yang bukan lagi menjadi miliknya. ''Ada suami yang hilang perasaan malu, setiap hari menunggu di depan rumah, bawah pokok dan sebagainya. Kata rindukan anak tetapi sebenarnya rindukan emak. "Ada yang sanggup menyuruh orang lain supaya memujuk bekas isterinya kembali kepadanya,'' demikian cerita kaunselor perkahwinan dan rumah tangga berdaftar, Hushim Salleh ketika dihubungi baru-baru ini. Ujar Hushim, ramai lelaki berjumpanya untuk mendapat khidmat nasihat kerana gagal melupakan bekas isteri selepas bercerai. Menariknya ada di antara mereka ini terdiri daripada golongan profesional seperti peguam, juruterbang, pensyarah dan jurutera yang rata-rata berumur 40 tahun ke atas. "Wanita atau isteri zaman sekarang rata-rata berpendidikan dan berkerja. Jika mereka mengetahui suami mempunyai hubungan dengan wanita lain, mereka berani bersemuka dengan suami. "Suami pula yang marah kerana rahsianya diketahui isteri mudah melatah dan dengan mudah melafazkan talak tanpa berfikir panjang. "Memang talak dibenarkan sebagai cara membubarkan perkahwinan secara baik tetapi ia boleh juga dianggap tempoh tinggal berasingan antara suami dan isteri," katanya. Hikmahnya adalah supaya ketika tempoh itu suami isteri boleh berfikir semula tentang kebaikan pasangan masing-masing di samping membuat perbandingan daripada segi layanan, kasih sayang, seksual dan kewangan. ''Sebab itu ada talak satu dan dua di mana pasangan boleh rujuk semula, tetapi jika talak tiga masalah besar akan timbul. ''Itulah sebabnya kita dengar ada lelaki yang sanggup membakar masjid kerana tidak mahu isterinya bernikah dengan lelaki lain di masjid itu. "Mungkin lelaki ini menghadapi tekanan yang melampau, memendam rasa, fikiran pun buntu dan sanggup membuat sesuatu yang di luar kewarasan. "Mungkin juga kerana dia terlalu sayangkan isterinya namun kerana sudah terlepas kata, tidak boleh ditarik balik,'' katanya. Pengajaran yang boleh diambil katanya, ialah sebelum suami hendak melafazkan talak dapatkan khidmat kaunseling dahulu agar tidak timbul penyesalan. "Jangan salah guna kuasa talak. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Pasangan suami isteri muda sekarang apabila ada masalah, mudah sangat hendak bercerai. ''Saya mencadangkan agar masjid-masjid mengadakan khidmat kaunseling bagi membantu pasangan yang menghadapai masalah. " Masjid kita masih belum ada khidmat ini sedangkan gereja sudah lama menyediakan khidmat tersebut dan mempunyai pusat kaunseling sendiri. "Saya sendiri ada mengajar para paderi mengenai kaunseling rumah tangga semasa menjadi pensyarah di Universiti Malaya dahulu,'' ujar Hushim mengakhiri perbualan. | ||
Posted: 23 Jun 2010 02:07 AM PDT
Bertudung tidak menyekat wanita muslimah untuk bergaya dengan fesyen-fesyen pakaian kesukaannya. Seperti mereka yang tidak bertudung, wanita muslimah juga berhak memakai pakaian cantik dan dipandang menarik oleh orang lain. Pelbagai fesyen pakaian boleh digayakan asalkan menutup aurat, tidak jarang dan longgar. Terdapat juga bermacam-macam rekaan tudung yang boleh dipadankan dengan pakaian yang dipakai. Bagi wanita yang bekerja, mereka juga mempunyai banyak pilihan untuk disesuaikan pada setiap hari. Selain baju kurung tradisional, terdapat juga rekaan lain yang sesuai untuk ke pejabat seperti baju kurung moden, dres labuh atau blaus dan seluar. Selain potongan yang selesa dan corak serta warna pakaian yang cantik, jenis fabrik turut diambil kira. Ini kerana wanita yang bekerja mahukan jenis fabrik yang selesa dipakai di dalam cuaca panas. Jenis-jenis fabrik seperti kain kapas, krep, syifon dan sutera ternyata memberikan keselesaan baik semasa berada di dalam pejabat mahu pun di luar. Sebagai pakaian ke pejabat, fesyen yang dipilih haruslah sederhana dan tidak berlebihan. Tentunya anda tidak mahu pakaian yang tersarung di tubuh anda menjadi perhatian atau bisikan teman-teman. | ||
Posted: 23 Jun 2010 02:06 AM PDT
DAPAT berbual dengan pemenang tempat pertama Ratu Cantik Malaysia 2008 merupakan satu peluang keemasan yang sememangnya tidak harus dilepaskan begitu sahaja. Ini kerana selain mengetahui serba sedikit latar belakang serta kerjayanya hari ini, ternyata Levy Li Su Lin atau lebih mesra disapa sebagai Levy, memiliki pakej lengkap yang melayakkannya bergelar ratu. Selain memiliki ketinggian serta bentuk badan seorang ratu, Levy turut memiliki raut wajah yang putih, bersih dan cantik. Namun apabila ditanya mengenai rejim penjagaan mukanya, jawapan yang diberi gadis yang baru berusia 23 tahun ini agak mengejutkan. Katanya, dia tidak pernah menggunakan sebarang produk kecantikan untuk menjaga kulit sehinggalah bergelar ratu cantik. Itu pun atas desakan ibunya agar menggunakan produk kecantikan untuk menjaga serta memelihara kulitnya. Apa yang nyata Levy bertuah kerana dianugerahkan kulit yang semula jadi putih bersih, licin serta tidak mengalami sebarang masalah kulit. ''Saya bersyukur kerana tidak semua orang boleh memiliki kulit yang tidak mempunyai masalah. "Dan saya seharusnya berterima kasih kepada ibu saya kerana selain mewarisi kulit yang cantik daripadanya, ibu juga merupakan orang yang bertanggungjawab menyedarkan saya betapa pentingnya penjagaan kulit muka,'' ujar Levy ditemui pada majlis pelancaran produk terbaru Shiseido di Carcosa Seri Negara, di Kuala Lumpur baru-baru ini. Mengulas lanjut mengenai produk kecantikan yang digunakannya kini, Levy mengakui mula menggunakan produk kecantikan Shiseido sejak setahun lalu. Menggunakan rangkaian produk Shiseido seperti Intensive Spot Targeting Serum, Brightening Balancing Softener dan Sun Protection, ternyata ia mampu menaikkan lagi seri wajah Levy. Dengan adanya produk-produk tersebut, dia yang sememangnya gemar berjemur di pantai, tidak susah hati kerana kulit mukanya tidak akan terjejas memandangkan produk tersebut mampu melindungi kulit mukanya daripada terbakar. ''Walaupun kulit muka saya bukan jenis bermasalah saya tetap berhati-hati dalam memilih produk penjagaan. ''Sebab itu saya mengambil keputusan untuk tidak menggunakan sebarang produk kecantikan sehinggalah saya berjumpa dengan pakar kulit Shiseido yang menganalisis kulit saya dan mengesyorkan agar saya mencuba rangkaian produk kecantikan mereka," kata anak kelahiran Petaling Jaya, Selangor ini, yang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dalam bidang alam sekitar di Harvard Extension School, Boston, Amerika Syarikat. | ||
Posted: 23 Jun 2010 02:04 AM PDT
HANGAT dan panas. Meriah dan penuh gemerlapan dengan pelbagai jenis aneka fesyen. Mungkin itu gambaran yang sesuai bagi majlis koleksi minum petang Coast London High Summer 2010 yang diadakan di Butiknya di Bangsar Village II, baru-baru ini. Tersendiri. Hakikatnya majlis itu diadakan sebegitu rupa dalam usaha untuk meraikan para pelanggan setia melalui majlis minum teh di samping membiarkan mereka merasakan keseronokan pada setiap potongan harga untuk koleksi pakaian yang dipamerkan. Tidak terikat dengan amalan biasa pada setiap pertunjukan fesyen, Coast London lalu membawa masuk patung-patung 'hidup' untuk memperagakan fesyen-fesyen mereka yang terkini pada setiap sudut butik. Bagi setiap pemilihan fesyen-fesyen warna tropikal yang terang dan bercetak bunga-bungaan, koleksi High Summer 2010 mempamerkan rekaan longgar, fesyen baju yang digantung pada leher, termasuk baju gaya maxi, dalam fabrik musim panas dan digabungkan dengan aksesori burung merak bagi menyempurnakan penampilan. Sementara pelanggan semua terpaku dengan fesyen yang dipamerkan atau memilih fabrik yang terbaik untuk mereka, tetamu juga dilayan dengan jamuan petang yang enak dan kek-kek cawan yang dihias indah bagi memastikan kesemua tetamu berada dalam keadaan selesa ketika 'membeli-belah' fesyen yang mereka kehendaki. Bukan itu sahaja, tetamu juga dimanjakan dengan sesi spa tangan bagi memeriahkan majlis pada petang itu. Akhirnya, tetamu akan membawa pulang beg-beg genggam Coast London bersama dengan fesyen belian mereka. | ||
Posted: 23 Jun 2010 02:03 AM PDT
TENTERA Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebagai salah satu cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kini sudahpun berusia 52 tahun. Pada usia itu, TUDM sudah melalui pelbagai fasa pembangunan, kecemerlangan dan evolusi terutama dalam soal aset, penggunaan teknologi terkini serta pembangunan sumber manusia. Bermula dengan hanya sebuah pesawat, TUDM kini sudah mara ke depan dengan pemilikan pelbagai aset yang ada antaranya tercanggih di dunia. Namun, segala pencapaian yang dikecapi itu tidak bermakna sejarah mengenai TUDM wajar dilupakan begitu saja kerana ia merupakan satu titik tolak kepada kecemerlangan yang diperolehi pada hari ini. Oleh itu, Muzium TUDM di wujudkan di Pangkalan Udara Kuala Lumpur sebagai langkah memastikan segala sejarah mengenai cabang perkhidmatan dalam ATM itu tidak dilupakan sehingga bila-bila. Maka Hari Terbuka Muzium TUDM telah diadakan baru-baru ini di Pangkalan Udara Kuala Lumpur bagi mengajak seluruh rakyat Malaysia menyaksikan dan menghayati sendiri sejarah penubuhannya. Ia adalah salah satu acara yang diadakan sempena sambutan Hari Ulang Tahun TUDM ke-52 yang disambut pada 1 Jun lalu. Panglima Tentera Udara, Jen. Datuk Sri Rodzali Daud telah hadir untuk merasmikan hari terbuka itu dan juga pembangunan FasaKe-2 Muzium TUDM. Hadir pada majlis itu ialah Panglima ATM, Tan Sri Azizan Ariffin serta bekas-bekas Panglima TUDM. Pelbagai aktiviti menarik disediakan khas untuk para pengunjung yang hadir bermula seawal 8 pagi dan tamat pada 5 petang. Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan pada hari terbuka itu adalah parachute jump, abseiling dan spie rig daripada Pasukan Khas Udara (Paskau), belon panas, menunggang kuda dan simulator penerbangan serta pelancaran Dataran Wira Angkasa. Turut diadakan persembahan Pasukan Pancaragam TUDM, pameran aset-aset TUDM, demonstrasi memadam kebakaran pesawat, pameran kerjaya oleh TUDM serta syarikat-syarikat yang sekian lama memberi sumbangan dalam pembangunan, penyelenggaraan dan pemodenan TUDM. Kehadiran pengunjung-pengunjung sekitar Lembah Klang dan rumah anak yatim telah memeriahkan lagi Hari Terbuka Muzium TUDM kali ini. Kira-kira 5,000 pengunjung berbilang kaum hadir pada Hari Terbuka Muzium TUDM itu. Rodzali pada sidang akhbar selepas acara itu berkata, Hari Terbuka Muzium TUDM itu menjadi wadah bagi memperingati jasa-jasa perwira dan pejuang tanah air terdahulu. "Saya mengucapkan penghargaan kepada semua pihak yang membantu kita termasuk syarikat-syarikat tempatan yang sentiasa memberi sokongan kepada TUDM dengan mengadakan pameran-pameran aset canggih mereka dalam teknologi aviasi. "Dengan adanya sokongan seperti itu, TUDM sudah pasti akan dapat terus mara ke depan pada masa depan," katanya. | ||
Posted: 23 Jun 2010 02:02 AM PDT
| ||
Posted: 23 Jun 2010 02:00 AM PDT
| ||
Posted: 23 Jun 2010 01:59 AM PDT
| ||
Datuk Siti Nurhaliza Akui Sukar Dapatkan Penaja Posted: 23 Jun 2010 01:56 AM PDT
| ||
Lan Pet Pet menangis dalam Zoo Posted: 22 Jun 2010 07:21 PM PDT
LAN Pet Pet menangis di lokasi penggambaran? Tentu ramai yang tidak percaya. Macam mana hendak percaya sebab anggota kumpulan Senario itu dikenali sebagai pelawak yang sentiasa ceria. Malah dia dikatakan berkelakuan 'gila-gila' setiap kali muncul di pentas persembahan atau filem. Jadi apabila ada yang mengatakan hati pelawak kelahiran Alor Setar, Kedah itu mudah tersentuh dan mampu menitiskan air mata susah hendak diterima. Menurut pelakon dan pelawak berusia 40 tahun itu, pertama kali dia tidak dapat menahan sebak lantas terus menangis ialah sewaktu menjalani penggambaran filem Zoo di Zoo Negara, Kuala Lumpur tahun lalu. Katanya, sejak bergelar pelakon 14 tahun lalu, itu merupakan kali pertama dia menangis di lokasi penggambaran biarpun Zoo bukanlah sebuah kisah sedih, sebaliknya cerita komedi. "Saya menangis sewaktu melakonkan adegan watak Ad yang kena buang kerja. "Ia mengingatkan insiden saya kena buang kerja selepas menyertai Sinaran Pasport Kegemilangan pada pertengahan tahun 1990-an," katanya. Lan atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad ketika ditemui selepas pratonton filem Zoo di Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor itu berkata, hatinya tersentuh apabila melakonkan adegan yang hampir menyamai pengalaman hidupnya. Zoo bukan sahaja merungkai pengalamannya pernah dibuang kerja di Alor Setar pada tahun 1994 tetapi ia merupakan sebuah filem yang menjadi idamannya. "Sejak kecil saya bercita-cita menjadi Tarzan. Ini kerana saya minat dengan binatang. Apabila ditawarkan berlakon dalam Zoo, saya anggap ia sebagai memenuhi impian saya selama ini. "Malah, ini adalah filem pertama saya melakonkan watak utama atau hero selepas sekian lama menjadi pelakon. Selama ini saya sentiasa berdoa supaya dapat berlakon dengan binatang dan Allah telah makbulkan doa saya," jelasnya. Cadang Zoo masuk MBR Sementara itu penerbit Zoo, MIG Productions Sdn. Bhd. (MIG) mencadangkan supaya filem itu dicatatkan dalam Malaysia Book of Records sebagai filem Melayu pertama menggabungkan elemen manusia dan haiwan dalam pembikinannya. Menurut Penerbit MIG, David Teo, Zoo menampilkan kelainan dalam jalan ceritanya yang mengisahkan manusia dan binatang saling berkomunikasi di dalamnya. "Sebelum ini belum pernah ada watak binatang dan manusia bercakap dalam filem. Ini adalah genre yang baru yang kami cuba ketengahkan dalam filem terbaru MIG yang akan ditayangkan kelak. "Sebab itu, kalau boleh saya mahu memasukkan filem Zoo dalam Malaysia Book of Records. "Lebih separuh daripada pelakon filem ini terdiri daripada binatang seperti gajah, monyet, musang dan ular yang dipinjamkan daripada Zoo Negara. Lebih separuh penggambaran filem ini juga diadakan di sana," katanya. Selain itu, jelas David, Zoo juga memberi cabaran berbeza kepadanya dalam menerbitkan sebuah filem yang berkisar tentang binatang kerana ia memerlukan tenaga jurulatih yang berpengalaman bagi mengendalikannya. Apatah lagi katanya, banyak penggambaran di Zoo Negara yang dijalankan pada waktu malam. "Setiap binatang yang kami tampilkan mempunyai pelatihnya yang tersendiri. Tanpa mereka sukar penggambaran membabitkan binatang boleh diadakan. "Tetapi cabaran utama saya ialah tayangan filem ini diadakan selepas habisnya cuti sekolah pada 20 Jun ini. Ketika itu orang juga sibuk menyaksikan Piala Dunia. Hendak buat macam mana kerana ini adalah tarikh Syarat Wajib Tayang yang saya dapat. Saya berserah pada rezeki sahaja," harapnya. Tambah David, Zoo yang menelan kos produksi dan promosi berjumlah RM1.7 juta mensasarkan kutipan tiket filem itu RM5 juta apabila ia ditayangkan di pawagam-pawagam kelak. | ||
Posted: 22 Jun 2010 07:20 PM PDT
SUATU ketika dahulu, populariti lagu Biar Betul nyanyian kumpulan Akar pernah melonjakkan nama kumpulan rock itu di awal kemunculan mereka pada era 1990-an. Kemasyhuran yang diperoleh kumpulan tersebut hasil daripada populariti lagu itu membuatkan komposernya, Nan Dengkil menggubah dua buah lagu lagi yang merupakan kesinambungan kepada lagu berkenaan iaitu Baru Betul dan Memang Betul. Kejayaan lagu-lagu ciptaan Nan Dengkil itu membuatkan komposer dan penulis lirik itu tidak menang tangan untuk terus berkarya bagi menghasilkan bait-bait lagu yang mampu menarik minat pendengar. Ia termasuk lagu kumpulan Ways iaitu Keranamu Suhaila dan Abang Zaidi. Ibarat kata pepatah, untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Begitulah kehidupan yang diharungi Nan Dengkil kebelakangan ini apabila khidmatnya mula dipinggirkan. Ketika ditemui baru-baru ini, Nan Dengkil atau mesra dengan sapaan Nan meluah segalanya yang terbuku di hatinya selama ini. "Saya akui yang saya memang merajuk dengan industri muzik tanah air ketika itu. "Selepas kejayaan lagu nyanyian Akar dan Ways, lagu-lagu saya yang dihasilkan selepas itu tidak lagi mendapat tempat di corong-corong radio terutamanya radio swasta," jelas Nan menceritakan punca dia meninggalkan bidang penciptaan lagu sejak lima tahun lalu. Menurut Nan, dia tidak menyalahkan pihak radio kerana itu adalah adat orang berniaga. "Mungkin lagu saya tidak lagi boleh dijual ketika itu yang menyebabkan ia tidak disiarkan. "Saya reda dan menganggap mungkin bukan rezeki saya," katanya. Kemudian, dia membawa diri ke kampungnya di Bahau, Negeri Sembilan untuk memulakan hidup baru dengan menjalankan perniagaan. "Saya mula berniaga secara kecil-kecilan tetapi kurang menjadi. Tidak lama selepas itu saya menderita penyakit kencing manis. "Pernah satu ketika, penyakit saya berada pada tahap kritikal. Alhamdulillah, atas berkat doa ahli keluarga dan rakan-rakan, saya semakin pulih walaupun bukan sepenuhnya," jelas Nan berkongsi kisah dukanya. Usahawan teksi online Ujian demi ujian yang ditempuhi, sedikit sebanyak ia memberi kekuatan kepada Nan atau nama sebenarnya, Adnan Dollah, 40. Nan bertekad untuk bangkit daripada kegagalannya demi mencari sesuap nasi khusus untuk menyara isteri dan anak-anaknya. Setelah keadaan tubuhnya kembali sihat seperti sedia kala, Nan memohon pinjaman peribadi daripada Badan Pelindung Hakcipta Karyawan Muzik Malaysia (MACP) . Hasil wang simpanannya dan wang pinjaman yang diluluskan, Nan membeli sebuah kereta Proton Iswara sebagai modal untuk memulakan karier sebagai pemandu teksi. Ekoran kemajuan teknologi komunikasi dan informasi yang tiada sempadan, Nan menjadikan laman sosial Facebook untuk mendapatkan penumpang selain kaedah biasa yang diamalkan oleh pemandu teksi lain. "Sekarang ini saya amat bersyukur kerana Facebook mendatangkan keuntungan yang berlipat ganda kepada saya dan seisi keluarga. "Bermula daripada sebuah teksi, sekarang saya sudah miliki tiga buah teksi," kata Nan memulakan kisah perjalanan hidupnya yang kembali dilimpahi rezeki. Menurut Nan, teksi Iswara yang dibelinya dahulu telah dijual dan diganti dengan Proton Waja, Proton Perdana dan sebuah teksi mewah, Naza Ria. Atas kurniaan rezeki yang semakin bertambah, isteri kesayangan Nan, Musalmah Mustapha turut menyumbang keringat sebagai pemandu teksi. Tambah Nan, melalui Facebook, pelanggan bukan sahaja boleh menempah pemandu dari senarai gambar yang terdapat dalam laman sosial itu bahkan mereka juga boleh memilih jenis teksi yang dikehendaki. "Saya jalankan perniagaan ini bukan sahaja untuk diri saya tetapi untuk rakan-rakan yang lain juga," katanya. Antara jenis teksi yang disediakan ialah teksi biasa, teksi eksekutif dan juga khidmat teksi mewah untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan teksi yang disediakan Nan Dengkil, mereka bolehlah membuat tempahan dengan melayari laman tersebut menerusi akaun bernama Musalmah Adnan atau e-mel rakan_executive@yahoo.com. | ||
Posted: 22 Jun 2010 07:15 PM PDT
TIDAK lama dahulu apabila penyanyi kelahiran Klang, Liza Hanim menerima tawaran melakonkan watak biduanita Saloma dalam teater P. Ramlee The Musical… The Life, The Love And The Inspiration yang dipentaskan sekitar Oktober 2007, ramai yang mengatakan dia sudah berani tampil seksi. Apa tidaknya, melakonkan watak tersebut Liza harus mengenakan gaun merah pendek paras lutut malah dan dia juga tidak kekok beraksi dengan gaun berleher V tanpa lengan itu. Dek kerana keberanian itu, ramai di kalangan peminat mula membuat andaian sendiri dan tertanya-tanya apakah itu transisi terbaru dirinya setelah bergelar ibu kepada seorang anak ketika itu. Masa berlalu, segalanya mempengaruhi pemikiran, hati dan kehendak individu. Begitu juga dengan pemilik nama Haliza Hanim Abdul Halim, isteri kepada Shah bekas anggota kumpulan Indigo itu. Dia kini memilih untuk bertudung. Perubahan itu sedikit sebanyak mengejutkan peminat seni hiburan tanah air. Apa yang pasti, keputusan yang dibuat oleh ibu kepada dua anak perempuan iaitu Marsya Qistina, 7, dan Marissa Qaireen yang berusia setahun lebih itu mendapat keizinan daripada suaminya. "Tiada paksaan untuk saya bertudung. Saya ikhlas mengenakannya dan Insya-Allah ia akan berterusan," ringkas jawapan yang diberikan penyanyi yang mula dikenali menerusi lagu Getaran Cinta Di Jiwa itu. Bertudung sejak dua bulan lalu, kata Liza, dia sebenarnya telah lama merancang untuk membawa perubahan dari segi penampilan diri seiring peningkatan usia yang kini telah mencecah 31 tahun. Dua tahun lamanya dia menanam azam namun, baru dua bulan lalu hasrat tersebut dimakbulkan Tuhan. "Pada April lalu fikiran saya kuat ingin bertudung dan tiba-tiba suatu hari apabila bangun daripada tidur terus hati saya berkata ingin memakai tudung. "Untuk itu, saya terus berjumpa suami dan meminta keizinan daripadanya. Alhamdulillah, suami saya menyokong dan menyuruh agar saya tetapkan hati untuk terus bertudung selepas ini. "Saya tidak bercerita tentang hasrat memakai tudung kepada sesiapapun kecuali suami. Emak saya pun hanya sekadar pandang dan senyum saja sebaik melihat saya bertudung. "Adik beradik juga tidak bertanya kerana mungkin mereka faham itu hak saya," jelas Liza yang ternyata semakin gembira dengan perubahan imejnya itu. Katanya, tiada sebab lain dia bertudung seperti yang diperkatakan ramai bahawa dia mendapat mimpi dan sebagainya kerana keputusan itu lahir daripada ketulusan hatinya sendiri. Ada pandangan nakal yang menyebut, apabila seseorang penyanyi wanita yang selama ini dikenali sebagai penyanyi pop, rezeki mereka akan terbatas apabila memilih untuk bertudung. Kelaziman yang terjadi dalam gelanggang muzik ialah, perubahan imej sedemikian selalunya akan turut membawa seseorang penyanyi itu menukar genre nyanyiannya. Apakah Liza juga akan tersenarai sebagai penyanyi yang akan mengubah genre lagu nyanyiannya? Dalam hal ini, Liza sangat terbuka. Dia masih ingin meneruskan kerjaya nyanyian menerusi lagu-lagu berelemen pop dan balada yang merupakan kemampuan utama vokalnya. Baginya tidak semestinya dengan perubahan imej yang dibawa kini maka dia perlu menukar genre nyanyiannya pula. "Ketika tidak bertudung dahulu saya memang tidak menolak jika ada apa-apa tawaran yang melibatkan persembahan berkonsep ketuhanan, begitu juga kini. "Cuma dari segi konsep saya masih mahu menyanyikan lagu-lagu pop dan saya memang tidak dapat lari daripada itu. "Alhamdulillah, sepanjang tempoh bertudung tawaran nyanyian tidak pernah lekang saya terima," katanya yang mengakui berdebar membuat penampilan pertama bertudung di khalayak pada separuh akhir pertama Mentor minggu lalu. | ||
Album pengalaman hidup Misz Nina Posted: 22 Jun 2010 07:09 PM PDT SELEPAS Zee Avi dan Yuna, seorang lagi anak tempatan bakal mengikut jejak mereka mencari tapak di persada muzik antarabangsa. Selepas sekian lama menyepikan diri, Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman, 30, tampil dengan bingkisan album sulungnya, What You Waiting For yang boleh disifatkan kemunculannya semula dalam persada seni tanah air. Mizz Nina yang berasal dari Kuala Lumpur berkata, dia juga sudah bersiap sedia untuk membuktikan kehebatannya sebagai penyanyi solo dan penghibur serba boleh menerusi album sulungnya itu. "Impian saya untuk memperkenalkan muzik saya di seluruh dunia. Justeru, saya tampilkan album yang mengandungi 14 lagu membabitkan sembilan lagu inggeris dan lima lagu Melayu. "Saya juga bekerjasama dengan penyanyi, penulis, penerbit lagu pop dan R&B terkenal dari AS (Amerika Syarikat), Colby O'Donis yang dikenali sebagai protege kepada rapper Akon untuk album ini," katanya.Tambah Mizz Nina, selain itu, penerbit tempatan dan luar negara yang bekerjasama dalam album itu, MC Dandee (Bangkok), Sakke (Belanda) dan Koolade (Croatia), Noh (Hujan), (Ahli Fiqir), Teefliii dan Planet Asia (penerima pencalonan Grammy), Uno dan AJ dari Pop Shuvit, D'Navigator, DJ Fuzz, Koko, Syaheed (Bedsty Music).
Single What You Waiting For turut dimainkan di stesen radio luar negara seperti 102.3 KJLH di Los Angeles, California; UPREL Paso, WEDR Miami, KKWD Oklahoma City, sejak beberapa bulan lalu. | ||
Rabbani medium orang ramai menghulurkan derma Posted: 22 Jun 2010 07:06 PM PDT Rabbani, antara kumpulan nasyid yang bukan sahaja terkenal dengan pencapaian terbaik sering diterima, malah tidak pernah kering idea dalam mengimarahkan lagi industri hiburan. Mengikut peredaran semasa dan atas dasar keprihatinan rakyat Malaysia terhadap kesengsaraan penduduk Palastin di Gaza, Rabbani Productions (M) Sdn Bhd berkolaborasi bersama PRM Global Vision Sdn Bhd menganjurkan sebuah Konsert Muhabbah Gaza yang diadakan pada 10 Julai ini di Stadium Malawati, Shah Alam. Dengan pengajuran konsert amal seperti ini, tujuan utamanya untuk mengumpul dana bagi mangsa-mangsa kekejaman di Gaza daripada sumbangan ikhlas pengunjung yang hadir. "Menganjurkan Konsert Mahabbah bukanlah bertujuan untuk mendapatkan keuntungan sema-mata, malah ini usaha kumpulan Rabbani untuk menjadi medium kepada orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan kepada yang memerlukan khasnya penduduk Palestin," kata Azadan Abd Aziz, salah seorang anggota kumpulan Rabbani sekali gus bertindak sebagai Pengarah Program Konsert Mahabbah Gaza ini. Dengan itu, Azadan turut menerangkan bahawa tidak ada sasaran yang diletakkan bagi jumlah kutipan derma yang akan diterima nanti. Ini kerana ianya bergantung kepada sumbangan ikhlas yang akan diberikan oleh setiap yang hadir. Dalam soal jumlah derma yang diperolehi ini, segala kutipannya akan dikendalikan badan yang bertanggungjawab, Haulan Siswa dan Lifeline4 Gaza. Muhabbah yang membawa makna kasih sayang ini sekali gus menunjukkan konsert ini bukan sebarang konsert hiburan seperti biasa. Ternyata ia merupakan satu penerapan nilai-nilai kasih sayang yang perlu ada pada setiap daripada yang hadir itu nanti. Justeru konsert yang bersifat penghayatan ini akan terus membangkit semangat perjuangan untuk membela nasib penduduk Palestin serta masyarakat Islam yang lain agar tidak ditindas oleh musuh-musuh Islam. Selain itu, segmen khas penghargaan buat Al-Marhum Uztaz Asri Ibrahim, bekas vokalis kumpulan Rabbani yang juga antara insan yang sangat memperjuangkan irama nasyid Negara. Dalam perkembangan lain, Rabbani turut giat mempromosikan pakej umrah sempena menyambut Ramadhan yang dijadualkan 8 Ogos ini. Persiapan turut dilakukan sempena pakej berbuka puasa di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya yang juga tahun ke-19 sejak penglibatan Rabbani dalam industri muzik. | ||
Penghulu ditahan hutang lebih RM320,000 Posted: 22 Jun 2010 07:05 PM PDT KOTA BHARU – Jabatan Insolvensi Negeri Kelantan semalam berjaya menangkap seorang penghulu yang disenaraihitamkan akibat tidak menjelaskan hutang melebihi RM320,000 Lelaki yang tinggal di Salor, dekat sini, ditahan jam 1.45 petang ketika dia ke tempat kerja isterinya di Bunut Payong selepas jabatan berkenaan menjejakinya lima tahun lalu. Pengarah Insolvensi Negeri, Rohaiza Abd Rahman berkata, pihaknya menjalankan siasatan dan mengesan lelaki yang melakukan pinjaman dengan dua syarikat berlainan itu sejak tahun 2005 setelah mengumpul maklumat. "Pelbagai usaha dilakukan untuk menjejaki dia tetapi gagal dan kali ini kita berjaya menahannya selepas mengintipnya. Selepas beberapa minit berunding, dia setuju mengikut arahan, bagaimana pun dia merayu untuk tangguh tetapi anggota kami tetap membawanya ke muka pengadilan. "Pihak jabatan juga menghantar waran tangkap sejak tahun 2005 dan notis tetapi tidak dihiraukan sehinggalah kita perlu menjalankan tindakan kerana dia melakukan kesalahan di bawah Seksyen 28 (1)(a) Akta Kebankrapan 1967," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di pejabatnya, semalam. Rahaiza memberitahu, ini adalah tangkapan pertama pada tahun ini dan pihaknya akan mempergiatkan lagi usaha untuk mengesan individu bankrap yang gagal hadir bagi memberikan kerjasama. "Saya mengingatkan kepada mereka yang menerima notis tangkapan dan sebagainya supaya hadir di jabatan dengan segera untuk rundi-ngan sebelum mereka ditangkap. "Walaupun pelbagai taktik yang digunakan untuk mengelirukan pihak jabatan antaranya menghantar balik notis dan tidak memberi sebarang respons tetapi jabatan akan tetap mengesan mereka ini," kata-nya. Rohaiza juga menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi untuk menahan individu yang tersenarai, jadi mereka perlu tampil bagi memudahkan siasatan dijalankan. | ||
Perang Pakaian “Daun Terup” : Nurul & Zery Beri Penjelasan Posted: 22 Jun 2010 07:04 PM PDT PEREKA fesyen sensasi, Zery Zamry mengambil tindakan berani untuk menjelaskan isu hangat sehingga menjadi perang mulut beberapa pihak gara-gara pakaian bermotifkan daun terup yang dihasilkannya dalam satu majlis pertunjukan fesyen baru-baru ini. Isu berkenaan tercetus apabila penyanyi Nurul Huda Abdul Wahab menerusi laman sembang Facebook milik seorang pengurus artis telah menegur pakaian berkenaan dengan berkata rekaan itu dihasilkan oleh pereka yang tidak mempunyai idea. Kata-kata Nurul itu bukan sahaja menyebabkan kemarahan Zery sebagai tuan punya baju sebaliknya Hatta Dolmat juga turut mengambil pendekatan membela rakannya dengan meluahkan kata-kata "panas" dan yang bukan-bukan terhadap Nurul. Mengulas mengenai kritikan itu, Zery Zamry berkata rekaan itu dihasilkan sempena majlis ulang tahun sebuah majalah hiburan baru-baru ini. Kata Zery, dia mencari kelainan dengan mencipta rekaan terbaru yang dihiasi daun-daun terup untuk mencari kelainan sempena mengambil inspirasi dari penampilan penyanyi Lady Gaga. Malah Zery juga mengetahui pakaian berkenaan tidak akan dipakai oleh sesiapa pun untuk pergi ke mana-mana acara kerana ia adalah satu pakaian yang pelik dan sengaja dihasilkan atas tujuan untuk 'suka-suka'. Jelas Zery, dia agak terkejut apabila Nurul memberi komen dengan berkata rekaan itu datangnya daripada pereka fesyen yang tiada idea. Soalnya, apa hak Nurul untuk memberi komen berkenaan kerana dia bukanlah ikon dalam bidang fesyen berbanding Erra Fazira atau Camelia? "Kalau Nurul setaraf dengan dua bintang itu, saya tidak ada masalah sebaliknya dia sendiri bukan ikon dalam bidang fesyen," katanya dalam temu ramah eksklusif dengan akhbar Mingguan mStar keluaran Ahad lalu. Kata Zery, sebagai pereka fesyen, rekaan itu adalah ilhamnya dan Nurul seharusnya mahir mengenai tema sesuatu pakaian sebelum memberi sebarang komen yang boleh menyakitkan hati. Menurut Zery dia menganggap kritikan itu berpunca daripada dendam lama Nurul terhadapnya dalam satu program realiti Project Runaway terbitan 8TV kira-kira tiga tahun lalu. Dalam rancangan itu Nurul bertindak sebagai juri bersama beberapa orang lain. Untuk program tersebut Zery telah diberi tugasan menghasilkan pakaian "majlis karpet merah" kononnya yang akan dipakai Nurul. Rekaan itu dibuat tidak terlalu seksi seperti yang diminta oleh Nurul sendiri. Bagaimanapun kata Zery, selepas pakaian itu siap, Nurul mengetepikan kreativiti rekaannya sebaliknya memuji busana rekaan peserta lain yang kelihatan lebih seksi sedangkan pakaian itu tidak sesuai dipakai Nurul untuk mana-mana acara karpet merah. "Dia minta saya hasilkan pakaian yang tidak seksi tetapi dia memuji pakaian peserta lain yang dihasilkan dengan potongan lebih seksi. Adil kah cara Nurul itu? Nampak sangat dia tak profesional," katanya. Atas sebab itu Zery telah meluahkan kesedihannya dalam blog peribadinya sendiri yang mungkin mengundang kemarahan Nurul sehinggalah dia membalas dendam dengan mengeluarkan kritikan dan sindiran dalam Facebook milik pengurus artis yang hangat diperkatakan hari ini. NURUL JUGA BIASA DIKRITIK Sementara itu Nurul yang dihubungi berkata sesiapa sahaja berhak memberi komen tidak kiralah seseorang itu pakar atau tidak dalam sesuatu bidang. Apa yang penting mereka yang berkenaan perlulah mengambil sesebuah kritikan itu dengan positif. "Sebagai penyanyi saya juga dikritik oleh orang yang tidak menjadi penyanyi. Tapi saya terima semua itu," katanya. Jelas Nurul, walaupun ada pereka fesyen menuduh albumnya tak laku tetapi tidak semua tahu album Nurul menghadapi masalah dengan syarikat rakamannya sebelum ini. Tetapi Nurul mengakui dia boleh hidup dengan menerima undangan pertunjukan pentas yang tidak pernah dihebohkan kepada orang lain selama ini. Nurul juga turut mempersoalkan perbuatan dan sikap Zery kerana pernah menghina dan mengutuknya dalam blog peribadinya kira-kira tiga tahun lalu selepas rancangan realiti Project Runaway. Perkara itu disampaikan oleh orang lain kepada Nurul. Tetapi Nurul berdiam diri tanpa memberi apa-apa komen walaupun ada kritikan Zery itu telah menghina bentuk badannya. "Kalau nak ikutkan, Zery pernah menulis dalam blog dia menghina saya macam-macam. Dia turut mempersoalkan fizikal saya tapi saya tidak pun melenting. Bila saya memberi pandangan mengenai fesyen pakaiannya, dia sepatutnya terima dengan baik," katanya. Nurul berkata, Zery perlu mengambil contoh pereka-pereka fesyen lain seperi Rizalman Ibrahim dan Rizman Ruzaini yang menerima semua kritikan dengan profesional sehingga menjadikan mereka seorang pereka fesyen yang berjaya. Tambahnya, tidak ada seseorang pun yang berjaya tanpa kritikan sebaliknya mereka yang enggan dikritik tentulah individu yang sukar untuk berubah. "Kita kena jadi orang yang berfikiran terbuka. Saya pernah diherdik oleh pereka fesyen di dalam blog suatu ketika dahulu. Saya terima kritikan itu. Tapi apabila saya memberi pandangan saya pula, pihak terlibat kenalah menerimanya. Kalau hendak berjaya, kenalah terima itu semua," kata Nurul. | ||
Ifa Raziah Bengang "Ditangkap Khalwat" Posted: 22 Jun 2010 07:03 PM PDT SELAIN insiden dipukul adik kandung sendiri, penyanyi dan pelakon Ifa Raziah turut mengalami satu kejadian lain apabila dia diserbu penguat kuasa agama ketikamenginap di sebuah hotel di Changlun,Kedah bersama suaminya Mohd YaniAbdul Rahman. Peristiwa itu berlaku ketika dia menjalanipenggambaran drama berjudul Dari Kodiang ke Kuala Lumpur baru-baru ini. Menurut Ifa, dia agak sedih dan kecewa pihak terlibat menyerbu biliknya dengan cara yang kurang sopan sedangkan dia tidak berkhalwat. Menceritakan pengalaman tersebut, dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi itu, bilik Ifa tiba-tiba diketuk dengan kuat seperti hendak pecah. Terkejut dengan ketukan itu, suami Ifatelah membuka pintu bilik kerana menyangkaada perkara lain yang berlakutanpa mengesyaki mereka sebenarnyatelah diserbu kerana disyaki melakukanmaksiat. Katanya, sewaktu pintu dibuka pihak berkenaan telah menolak suaminya dengan kasar tanpa memberi salam. "Untuk mengesahkan kami sudah berkahwin, suami saya menunjukkan kad perakuan nikah sebagai bukti kami tidak berkhalwat. "Malangnya pihak terbabit bertindakkasar sehinggalah berlaku pertelagahandengan suami saya," kata Ifa seperti yang dilaporkan akhbar Mingguan mStar, Ahad lepas. Lebih daripada itu, menurut Ifa, ada diantara pegawai terbabit mengeluarkankata-kata kesat yang sepatutnya tidakberlaku apatah lagi peristiwa itu terjadikepada individu yang tidak bersalah. Antara ayat yang menyakitkan hatidia disindir dengan kata-kata 'kau ingatkau artis besar sangat?' "Saya tak marah jika mereka melakukanserbuan dengan menggunakan prosedur yang betul tetapi janganlah menyerbu sesuka hati serta bercakap dengan kata-kata yang kurang sopan. "Dia orang seperti pandang rendah kepada saya dan lebih menyakitkan hati mereka langsung tidak menunjukkan rasa bersalah dan minta maaf pun kepada kami," ujarnya kesal. Ifa yang sudah enam tahun mendirikan rumah tangga bersama Mohd. Yani mempunyai dua cahaya mata turut memberitahu pengalaman tersebut memberi imej buruk kepadanya. Bagaimanapun dia tidak berhasrat untuk membuat laporan polis kerana tidak mahu perkara remeh itu terus berpanjangan. Cuma ujar Ifa, pihak berkenaan sepatutnyamenyiasat terlebih dahulu dan janganlah mudah melabelkan seseorang artis itu sebagai jahat. Lebih memalukan kejadian pada malam itu menyebabkan berlakunya kekecohan sehinggamenyebabkan penghuni hotel lain turut terganggu. "Bukan bilik saya sahaja malah dua bilik artis lain yang disewa atas nama suami saya turut diserbu. Tapi yang hairannya jika serbuan untuk mencegah maksiat, kenapa bilik kami sahajayang diperiksa?" katanya kesal. Ifa bagaimanapun berharap pihak berkenaan harus berfikir panjang sebelum membuatsesuatu tindakan. Ini kerana perbuatanitu menyebabkan masyarakat akan hilanghormat apatah lagi kepada agensi yang diberiperanan menjalankan tanggungjawab dengan berhemah. | ||
Kes Ifa Raziah Diserbu : JAIK Beri Penjelasan Posted: 22 Jun 2010 07:01 PM PDT PETALING JAYA: Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) menafikan anggota penguat kuasa agama mereka bertindak kasar ke atas orang awam termasuk pelakon Ifa Raziah ketika menjalankan tugas membanteras maksiat. Pegawai perhubungan awamnya, Mohd. Nasir Mohd Dani berkata, setiap pegawai penguat kuasa yang dilantik pada kebiasaannya akan melaksanakan tugas mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam negeri itu. Untuk kes Ifa Raziah itu kata Mohd. Nasir, pihaknya berkemungkinan telah mendapat aduan daripada orang ramai tanpa mengetahui pelakon itu bersama suaminya di dalam bilik. "Saya rasa dalam kes Ifa itu, pihak penguat kuasa telah mendapat aduan lebih awal dan semasa serbuan dibuat, pegawai berkenaan tidak mengetahui lelaki berkenaan adalah suami Ifa," jelasnya. Bagaimanapun jelas Mohd. Nasir, dia tidak menerima sebarang aduan berhubung serbuan ke atas pelakon itu sebaliknya hanya mengetahuinya selepas dimaklumkan oleh mStar Online. Akhbar Mingguan Mstar Ahad lalu melaporkan perasaan marah Ifa Raziah apabila pihak terbabit bertindak kasar serta menolak suaminya, Mohd. Yani Abdul Rahman ketika membuat serbuan ke bilik mereka pada cuti Hari Wesak bulan lalu. Pasangan itu menginap di sebuah hotel di Chanlun, Kedah, kerana terlibat dalam pembikinan drama Dari Kodiang ke Kuala Lumur. Kata Ifa, pegawai berkenaan tidak memohon maaf di atas perbuatan mereka selain cuba menuduhnya berkhalwat tanpa mengetahui lelaki di dalam bilik hotel tersebut adalah suaminya. Jelas Mohd. Nasir lagi, pihaknya tidak menafikan kebarangkalian ada pihak luar yang menyamar menjadi pegawai penguat kuasa agama dengan tujuan untuk mengambil kesempatan. Kejadian seperti itu katanya biasa berlaku di Kedah terutamanya di tempat-tempat awam. Tambahnya, pihak JAIK akan menunjukkan kad kuasa sebelum memulakan siasatan yang selalunya turut disertai lebih tujuh orang petugas termasuk anggota polis. "Kami ada prosedur seperti menunjukkan kad pengenalan diri dan selepas itu barulah siasatan dilakukan. Malah pihak JAIK sendiri akan mengambil tindakan kepada anggota penguat kuasa yang didapati melakukan kesalahan seperti itu," jelasnya. | ||
Aida & Joe Radzwill Tinggal Serumah, Tidur Asing Posted: 22 Jun 2010 06:59 PM PDT SEBELUM membuat keputusan untuk memohon fasakh, dramatis terkenal Aida Rahim atau dikenali sebagai Aida Radzwill melakukan solat Istiharah sebelum membuat keputusan menuntut cerai. Akhirnya, dia nekad untuk bercerai dengan suaminya, pelakon dan penyanyi Joe Radzwill pada 27 April lalu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya. Bagaimanapun, pelakon drama Sanggar Cinta Raudhah itu mengakui masih tinggal sebumbung dengan suaminya itu tetapi tidur berasingan. Malah sejak akhir-akhir ini, dia kerap menerima tawaran kerja melibatkan penggambaran luar dari Kuala Lumpur. "Tiga bulan setengah lalu, saya menjalani penggambaran di Kota Bharu, Kelantan dan sepanjang tahun ini saya selalu mengambil tawaran luar dari Kuala Lumpur," katanya di luar mahkamah sewaktu meghadiri sebutan kedua kes tersebut di mahkamah itu semalam. Dalam pada itu, Joe dalam temubual berasingan mengaku dia dan Aida sebenarnya mempunyai masalah dalam rumah tangga. Namun dia berhasrat untuk menyelesaikan masalah tersebut sendiri tanpa dirujuk ke mahkamah. Ini kerana dia terkejut dan tidak mengetahui apa-apa tentang tuntutan cerai fasakh yang dimohon oleh isterinya itu. "Saya rasa tak adil kerana dia merancang perkara ini (tuntutan fasakh) tanpa pengetahuan saya. Dia langsung tidak berbincang dengan saya. "Jadi, saya tidak sempat berbuat apa-apa," jelasnya dalam nada terkilan. Hakim Syarie Mohamad Yusri Kassim menetapkan 22 Julai ini untuk sebutan semula bagi membolehkan plaintif memfailkan jawapan. Pada 3 September 2009 pasangan itu mengesahkan pernikahan di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur. Pasangan itu bernikah di Yala, selatan Thailand pada 6 November 2002. Mereka tidak dikurniakan anak sepanjang perkahwinan mereka bagaimanapun masing-masing mempunyai cahaya mata bersama bekas pasangan terdulu. | ||
Siti Nurhaliza Kongsi Pentas Dengan Akim, Shahir Posted: 22 Jun 2010 06:57 PM PDT SETIAP kali tibanya musim raya, wajah penyanyi tersohor negara Datuk Siti Nurhaliza pasti tidak lekang menghiasi kaca televisyen menerusi pelbagai program muzikal. Begitu juga untuk Aidilfitri tahun ini. Walaupun Hari Raya hanya akan bertandang sekitar September depan, jadual penyanyi kesayangan ramai ini telah pun padat terisi dengan pelbagai undangan persembahan untuk program muzikal di serata stesen tv. Terbaru, Siti terlibat pula dengan rakaman program raya berjudul Lebaran Diva Datuk Siti Nurhaliza (LDDSN). Istimewanya pengisian dan persembahan program yang bakal bersiaran di saluran Astro Ria ini apabila Siti bergandingan dengan dua muka baru iaitu Shahir AF8 dan Akim AF7 dalam menyampaikan pelbagai lagu termasuk lagu-lagu raya popular. Menurut Siti yang ditemui sejurus rakaman program itu baru-baru ini berkata, dia menerima tawaran daripada pihak penerbitan kerana pengisian dan konsep program muzikal itu sendiri. Katanya, memandangkan dalam persembahan kali ini dia digandingkan dengan dua pendatang baru iaitu Shahir dan Akim, justeru konsep itu menarik minatnya kerana ia berbeza daripada mana-mana program raya yang pernah dirakamkan sebelum ini. "Saya tertarik dan teruja dengan program ini kerana konsepnya yang segar dan berbeza daripada mana-mana program raya yang pernah saya terlibat sebelum ini. Idea untuk menggabungkan yang lama dan baru itu menarik minat saya. "Jika hanya persembahan muzikal yang biasa-biasa sahaja saya sudah biasa buat sebelum ini tapi kali ini ia istimewa kerana saya berkongsi pentas dengan dua pendatang baru iaitu Shahir dan Akim," katanya. Tambah Siti, memandangkan dia memang banyak terlibat dengan beberapa stesen televisyen yang lain untuk pelbagai program Hari Raya, semestinya komitmen Siti untuk LDDSN disuntik dengan sedikit kelainan. Untuk rakaman program ini, Siti tampil dengan variasi lagu-lagu popularnya termasuklah Debaran Cinta, Bukan Cinta Biasa dan Hanya Dia yang dipersembahkan dengan susunan muzik yang segar dan baru. "Persembahan untuk program ini memang disusun sedikit berbeza sebab saya ingin memberi kelainan daripada mana-mana program raya yang saya rakamkan. Justeru, saya terlibat dalam pemilihan lagu-lagu selain susunan muzik baru dan segar oleh pengarah muzik Aubrey Suwito," katanya lagi. Selain lagu-lagu biasa, Siti juga tampil dengan lagu raya Airmata Syawal dan persembahan medley bersama Shahir dan Akim seperti Malam Bulan di Pagar Bintang (nyanyian P. Ramlee), lagu popular kumpula Ilusi Puisi Cinta dan lagu raya Azlina Aziz, Indahnya Beraya Di Desa. Shahir dan Akim turut tampil dengan lagu-lagu popular masing-masing termasuklah Kebahagiaan Dalam Perpisahan, Inikah Cinta dan banyak lagi bagi memeriahkan lagi pengisian program itu. Sementara itu, penerbit LDDSN, Lydia Emalia Ishak berkata, demi untuk memberikan kelainan pada program ini, pihaknya memutuskan untuk menyuntik gabungan lama dan baru itu demi untuk memberi variasi pada program-program raya yang sedia ada. "Kami ingin menghidangkan pengisian yang segar dan berbeza pada para penonton. Memandangkan Siti turut akan muncul dalam beberapa program muzikal raya di stesen tv yang lain. "Kami suntik pengisian program yang segar dengan menggabunkan Siti dengan Shahir dan Akim, selain susunan muzik yang belum pernah dipersembahkan oleh Siti dalam mana-mana program tv sebelum ini," katanya yang pertama kali menerbitkan program muzikal. Ditanya mengenai cabarannya dalam menerbitkan program itu, Lydia mengakui, proses penerbitan program muzikal bukanlah semudah yang disangka. Walaupun telah berpengalaman menghasilkan pelbagai program berbentuk game show dan bual bicara termasuklah Macam-macam Aznil dan Tom Tom Bak sebelum ini, cabaran dalam mengikat jadual artis-artis dan penyusunan lagu-lagu yang terlibat memerlukan banyak proses dan kecekapan. "Menerbitkan program ini nampak macam senang pada awalnya tapi setelah melalui pelbagai proses termasuklah mengikat jadual artis yang terlibat dan persiapan dalam memastikan kelancaran proses rakaman, saya akui ia bukan semudah yang disangka tetapi saya banyak belajar perkara baru daripada tugas ini. "Walaupun rakaman bermula sedikit lewat daripada jadual asal disebabkan masalah teknikal, alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik dan lancar," jelasnya yang berpuas hati dan gembira dengan kejayaan penerbitan program itu. Program LDDSN yang berdurasi selama satu setengah jam itu dijangka bersiaran pada Hari Raya pertama ini di Astro Ria (Saluran 104). | ||
Anak Michael Jackson Masuk Sekolah Posted: 22 Jun 2010 06:55 PM PDT BUAT pertama kalinya anak-anak kepada lagenda pop Michael Jackson bakal memulakan sesi persekolahan pada September depan seperti kanak-kanak biasa. Ketiga-tiga anak Jackson iaitu Prince, Paris dan Blanket akan mula bersekolah dalam tahun ini juga selepas beberapa tahun terasing dari dunia luar dan hanya belajar di rumah. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh nenek kanak-kanak itu, Katherine Jackson, dia ingin memberikan kehidupan normal seperti kanak-kanak yang lain kepada cucu-cucunya selepas bertahun-tahun mereka terasing dan tersekat daripada pergaulan dengan dunia luar ekoran populariti yang dikecapi mendiang bapa mereka. "Saya mungkin tidak akan terlalu bertegas dalam mendidik dan membesarkan mereka tetapi saya akan cuba untuk mengekalkan cara asuhan dan didikan yang telah diterapkan oleh Michael," katanya kepada akhbar The Telegraph. "Malangnya mereka (cucu-cucunya) tiada kawan sebab tidak pernah menghadiri sekolah seperti kanak-kanak lain. Selama ini mereka hanya belajar di rumah. Apa pun, bermula September depan mereka akan mula bersekolah di sebuah sekolah swasta buat pertama kalinya," tambahnya. | ||
Dengarnya...: Pelakon Indonesia bercerai dengan rakyat Malaysia? Posted: 22 Jun 2010 06:53 PM PDT DALAM sibuk peminat bercakap mengenai klip video lucah yang kononnya membabitkan beberapa selebriti Indonesia, Cik Normah dikhabarkan seorang teman mengenai seorang pelakon terkenal negara itu yang baru-baru ini dilihat berada di sebuah mahkamah syariah di negara kita.Kata seorang teman, sepupunya yang berkebetulan berada di tempat sama agak terpinga-pinga juga apabila melihat pelakon handalan yang pernah membintangi filem keluaran Malaysia itu di mahkamah terbabit. Dalam hatinya dia tertanya sendiri, apa yang dilakukan aktor pujaan ramai itu di sana? Nak kata ada penggambaran filem, mana dia kelengkapan produksinya? Dia lantas mengesyaki pelakon itu turut berada di situ atas urusan perceraian. Tetapi, dia tidak berapa pasti, apakah pelakon itu sebenarnya mempunyai isteri atau bekas isteri dari Malaysia?Cik Normah pun apa lagi, mulalah bertanya sana-sini untuk mendapatkan kepastian. Bukan hendak menjadi seorang yang busy body, cuma sekadar untuk mendapatkan sedikit jawapan terhadap persoalan yang dibangkitkan. Rupa-rupanya, memang si pelakon ini berkahwin dengan orang Malaysia sejak beberapa tahun lalu. Khabarnya, isterinya itu pun terdiri daripada orang kenamaan. Sebelum berkahwin dengan wanita terbabit, pelakon ini juga dikatakan pernah digosip bercinta dengan seorang pelakon wanita hebat dari negara kita. Yang Cik Normah kurang pasti, apakah pelakon tadi berada di mahkamah untuk mengesahkan kes perceraian atau baru saja hendak memfailkannya. Tengoklah, kalau tiada aral melintang, jika rezeki menyebelahi Cik Normah dan rakan-rakan, kami akan cuba cari pengesahannya. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |