Malaysian Gossips, Rumours, Celebrities & Pictures Blog |
- Tiba masanya kahwin juga
- Jawablah!: Tak tergamak khianati kawan
- Panggil Adila saja
- Penipu berlagak alim
- Intan Ladyana pilih Sepanyol
- Perdengar al-Quran sejak bayi
- Wanita 66 tahun lahir anak kembar 3
- 'Atilia Indah' Hasil Titik Peluh Sendiri
- Mentor 4: Dayang Mahu Adi Lebih Gigih
- Selepas Umum Berpisah, Ramlah Ram Buat Konsert
- 'Aset' Michelle Williams Semula Jadi
- Jeritan Ozzy Dicatat Dalam Buku Rekod Dunia
- Nicole Scherzinger Jatuh Hati Pada Halle Berry
- Hakim Tiada Kuasa Halang Doktor Michael Jackson Bekerja
- Superhero Kapoww Papar lawak sengal namun sarat pengajaran
- Diet cara Jessica Alba
- Jaden ikut jejak Will Smith
- Agihan pendapatan terbaik
- Penduduk dituntut bayar RM1j
- Kurang tiga jam, 78 kenderaan habis dilelong
- Empat bookie haram dicekup di kedai kopi
- Tempoh reman Saiful Apek tamat hari ini
- 15 ditahan, rampasan RM3.7 juta
- Sembunyi dadah dalam perut
- KMJ 2010: Sultan pandu kereta api
Posted: 15 Jun 2010 11:39 PM PDT Ayu Raudhah Namun, daripada tutur katanya, pelakon drama TV ini seakan-akan tidak menafikan hubungan itu. Malahan dia sendiri sudah membayangkan kesediaannya untuk menamatkan zaman solo bersama jejaka pilihannya itu. "Kalau ikutkan kesediaan dan naluri wanita, memang Ayu sudah sedia untuk berkahwin. Kalau diizinkan Tuhan, Ayu bersyukur dapat memiliki lelaki sebaiknya seperti dia (Zaquan)."Tapi kita tak boleh jangka apa yang akan berlaku pada masa depan. Kami berharap ada jodoh untuk disatukan," kata Ayu secara berlapik apabila memperkatakan status hubungan dengan lelaki pilihannya. Adik kepada Rozita Che Wan membuat penjelasan itu apabila ditanya Hip kononnya dia bakal melangsungkan perkahwinan pada hujung tahun ini. Namun, pengakuan itu masih tidak jelas. "InsyaAllah, yang pasti kalau apa yang dirancang menjadi dan sah, Ayu tidak teragak-agak untuk memberitahu rakan media. Tak kiralah untuk majlis pertunangan atau pernikahan sekalipun. Bukan berniat untuk bermain teka-teki kerana hakikatnya Ayu sendiri tak mempunyai jawapan pasti. "Ya atau tidak, Ayu biarkan ia menjadi tanda tanya dulu. Kita sebagai manusia hanya merancang kerana pada akhirnya semua berbalik kepada restu Yang Maha Esa. Apa yang boleh Ayu katakan, kami tengah berbincang dan belum pasti bila tarikh akhirnya. "Urusan yang baik, Ayu takkan selindung. Dengan kesibukan Ayu dan dia dalam bidang masing-masing, ada kalanya kita terpaksa bertolak ansur dalam banyak hal. Apa yang kita impikan juga barangkali tak dapat dicapai tahun ini. Tengoklah macam mana. Hanya masa yang akan menentukan," kata Ayu yang sedikit terkejut apabila kisah ini dapat dihidu oleh media, termasuk Hip. Mengenai perkembangan kerjaya seninya, Ayu berkata, dia bersyukur kerana sehingga kini masih terus menerima tawaran berlakon. Terbaru dia membintangi drama 13 episod, Janji Kekasih arahan Feroz Kadir. Drama itu turut menampilkan Jue Aziz dan Fezrul Khan. "Selain itu, Ayu juga bakal membintangi filem keduanya iaitu Nur Kasih. Setakat ini pihak produksi meminta Ayu melapangkan masa pada bermula minggu kedua bulan ini. Ayu belum tahu lagi berapa banyak watak membabitkan diri sendiri. "Ayu difahamkan latar masa untuk versi filem ini ialah lapan tahun kemudian selepas berakhirnya versi drama. Kita tunggu sajalah perkembangannya nanti. "Ayu teruja juga untuk meneruskan kesinambungan Nur Kasih. Tak sabar juga untuk kembali berlakon di bawah arahan Kabir Bhatia dan pelakon yang lain," kata Ayu yang sering kali mendapat tawaran watak bertudung untuk drama yang dilakonkannya. | ||
Jawablah!: Tak tergamak khianati kawan Posted: 15 Jun 2010 11:37 PM PDT Tiz Zaqyah HAMPIR semua akhbar hujung minggu memaparkan kisah Tiz Zaqyah menjadi penggoda. Dia juga dikatakan berebut lelaki dengan Fasha Sandha. Pelakon muda ini tidak cepat melenting apabila ditanya perkara itu. Malah sepanjang perbualan dengan Hip, suara Tiz yang namanya mula dikenali menerusi drama Nurkasih, ini cukup tenang. Baginya, sejak ada angin lintang yang membawakan perkhabaran kononnya dia seorang yang miang apabila cuba mengganggu kekasih pelakon terbabit dengan menghubungi jejaka itu menerusi telefon pada jam 4 pagi untuk tujuan melepak, dia sudah bersedia untuk berdepan dengan apa saja kemungkinan. Memegang prinsip berani kerana benar, Tiz Zaqyah berkata tidak ada apa perlu yang disembunyikan kerana dia tidak pernah melakukan perkara seperti yang dihebohkan ramai pihak itu. Malah, dia yakin hubungannya dengan Fasha masih berjalan seperti biasa kerana dia tidak pernah mempunyai masalah dengan pelakon itu. Tegas Tiz, kehadirannya di dalam industri ini bukanlah untuk mengganggu keharmonian mana-mana pihak. Sebaliknya, dia hanya mahu menumpukan perhatian terhadap kerjaya lakonannya yang baru hendak bermula. Hip: Apakah benar Tiz ada menghubungi kekasih Fasha pada jam 4 pagi seperti yang dihebohkan ketika ini? Tiz: Tidak. Saya tidak pernah melakukan perkara itu. Saya mendapat tahu mengenai gosip ini pun apabila ada seorang teman memberitahunya. Memang terkejut kerana perkara itu tidak benar sama sekali. Saya sendiri hairan bagaimana gosip seperti ini boleh timbul. Hip: Bagaimana dengan cerita kononnya lelaki yang dikaitkan dengan Tiz itu sanggup membuat pinjaman dengan sebuah bank semata-mata untuk menghadiahkan Tiz kereta? Tiz: Iya ke? Setahu Tiz, kalau ibu dan bapa Tiz yang nak menjadi penjamin untuk Tiz beli kereta adalah (ketawa). Sebenarnya, untuk pengetahuan, ketika ini saya memang tidak ada kereta. Kalau mahu bergerak ke sana, ke mari pun saya menggunakan teksi saja. Saya tak fahamlah kenapa orang suka buat cerita yang tak betul fasal saya. Saya sendiri pun masih tak ada lesen memandu. Jadi macam mana saya nak bawa kereta yang kononnya dihadiahkan seseorang itu. Hip: Tiz kenal dengan lelaki yang digosipkan dengan Tiz itu? Tiz: Ya, saya kenal dan kami pernah keluar beramai-ramai dengan kawan-kawan lain termasuk Fasha sendiri. Disebabkan kami adalah kawan, mana mungkin saya tergamak untuk mengkhianati kawan sendiri. Hip: Jika betul Tiz tidak melakukan perkara itu, Tiz berani untuk bersemuka dengan Fasha untuk menjelaskan perkara yang sebenar. Tiz: Saya tak ada masalah dengan Fasha. Sejak mengenalinya beberapa bulan lalu, saya anggap Fasha macam kawan-kawan saya yang lain. Mungkin saya bertemu dengan Fasha untuk bertanyakan perkara ini tetapi bukanlah untuk masa terdekat ini. Tidak perlu tergesa-gesa kerana ia memang tidak pernah berlaku. Hip: Kalau begitu, mungkin Tiz ada pesanan buat Fasha yang boleh melegakan hati pelakon itu? Tiz: Saya rasa tak perlu untuk saya sampaikan apa-apa pesanan di sini. Tak sesuai. Biarlah apa yang ingin katakan nanti, saya katakan secara berdepan dengannya jika saya berpeluang bersemuka dengannya satu hari nanti. Hip: Mungkin ada pihak yang tidak senang dengan Tiz dan cuba merosakkan imej Tiz dengan menyebarkan cerita ini? Tiz: Itu saya tidak pasti. Tapi sebagai artis, saya anggap apa yang berlaku ini adalah satu dugaan buat saya. Mujurlah keluarga dan peminat banyak memberi sokongan meskipun pada awalnya mereka sendiri terkejut dan tidak senang hati dengan gosip seperti ini. Bagaimanapun selepas diberi penjelasan, barulah mereka memahami kedudukan yang sebenar. Hip: Masih berdepan dengan sikap sesetengah pihak yang tidak dapat membezakan antara Tiz Zaqyah dan Nur Amina dan mengharapkan Tiz menjadi Nur Amina sampai bila-bila? Tiz: Memang ada. Sebagai manusia biasa, kita tidak pernah lepas dari membuat kesilapan. Tiz sedar watak Nur Amina memang memberi impak yang besar tapi mereka harus ingat, itulah hanyalah sebuah lakonan. Jadi, Tiz mahu semua pihak terima diri Tiz sebagai Tiz Zaqyah. | ||
Posted: 15 Jun 2010 11:32 PM PDT ADILA masih mengutamakan bidang nyanyian dan lakonan hanya sampingan. "Panggil saja Adila," demikian ungkap penyanyi yang sebelum ini menggunakan nama Nas Adila sejak enam tahun lalu. Penyanyi yang sejak 2006 berjinak-jinak dalam dunia lakonan itu melakukan perubahan atas kelangsungan memberi penjenamaan semula kepada dirinya.Sekalipun ada yang memandang sinis terhadap apa yang dilakukannya, ia sedikit pun tidak memberikan sebarang kekurangan kepada dirinya. Malah ada juga yang menganggap dengan mengubah nama sekalipun masih belum mampu memecah tembok kesuraman profilnya.Menyorot perjalanan kerjaya seninya, Adila, 24, pernah muncul dengan dua album berjudul Kekasih Kerinduan berkonsepkan tradisional dan Istana Janji. Perubahan genre lagu juga antara sebahagian penjenamaan semula namanya. Single terbarunya, Bidadari Syurga dipetik daripada album EP yang dilancarkan awal tahun lalu sudah bertukar genre muzik. Lagu itu terarah kepada pop dance. Selain lagu itu, dua lagu lain yang dimuatkan ialah I Love You dan Maaf. "Bukan hanya nama saja yang ditukar, aliran muzik juga berbeza. Album penuh yang diterbitkan syarikat saya sendiri, Nas Adila Event & Entertainment (NAEE)) dijangka berada di pasaran penghujung tahun ini. "Secara keseluruhannya, album itu berkonsepkan pop. Muzik saya lebih agresif dan imej lebih matang, lebih feminin, seksi tetapi dalam masa sama masih ada kelembutannya. Saya nak dikenali dengan nama Adila," katanya yang hadir ke Balai Berita minggu lalu dan cantik disolek jurusolek, Chot. Terlanjur berbicara mengenai lagu Bidadari Syurga, Adila meluahkan sedikit rasa kekecewaan yang terbuku di hatinya dek pembikinan klip video lagu itu yang dirakamkan di Jakarta Timur Mac lalu. Klip video itu menerima sentuhan pengarah bernama Kiky ZKR. Kiky yang pertama kali mengarah klip video itu sebelum ini pernah terbabit dalam pengarahan filem seperti Kiamat Sudah Dekat dan Lorong Waktu. Menurut Adila, hasrat mencuba angin baru dengan membuat klip video di sana berakhir dengan sedikit rasa tidak puas hati. "Kami diperkenalkan kepada Kiky melalui Kohar Khahlir dari Indonesia juga, yang turut menyusun muzik bagi lagu Bidadari Syurga. Bagaimanapun apa yang dirancang tak jadi kenyataan. Hasil yang diterima tidak seperti yang diharapkan. "Akhirnya, saya terpaksa merombak semula idea asal supaya dapat menyesuaikan klip video itu dengan konsep muzik. Selepas perbincangan, kami akan melakukan penggambaran semula untuk beberapa babak. Penggambaran akan dilakukan di Malaysia," katanya yang kini sedang giat berlatih untuk pementasan teater muzikal KITA dipentaskan pada 17 hingga 27 Jun ini. Sememangnya nama Adila masih belum meninggalkan impak. Namanya pernah naik seketika dek kisah putus tunang dengan lelaki yang dikatakan kerabat diraja Kedah. Penyertaannya dalam Akademi Fantasia (AF)7 sedikit sebanyak membuatkan namanya diingati kembali. Tapi semuanya tidak kekal lama. Biarpun rezekinya untuk bersinar ke peringkat yang lebih membanggakan belum tiba, ia tidak sesekali mendorongnya mengundur diri. Atau dalam erti kata lain, cukup-cukuplah Adila, lebih baik berhenti saja jadi artis. "Saya percaya setiap daripada kita ada bahagian masing-masing dalam hidup ini. Saya masuk bidang ini pun sebab betul-betul minat sedari kecil lagi. Cuma saya harus terus bertahan, nasib dan rezeki untuk menyerlah memang agak lambat. "Saya tak pernah terfikir untuk berhenti jadi artis. Memang kadang-kadang tidak ada semangat apabila usaha kita tidak mendatangkan hasil. Tapi saya kena perlu terus berusaha. Saya tak pernah menyesali. Saya tak boleh leka dengan masalah ini," katanya yang memegang prinsip akan terus berusaha selagi belum mendapat kejayaan. Berlagak kaya? Adila ditanya mengenai status diri yang kononnya berlagak kaya. Dia mengakui baru pertama kali diaju pertanyaan ini. Katanya, mungkin kerana penampilannya menyebabkan ada membuat pelbagai andaian. "Saya daripada keluarga sederhana. Saya juga membantu keluarga mencari rezeki. Saya terkejut bila perkara ini ditanya. Saya bekerja keras untuk sampai ke tahap lebih selesa," kata anak kedua daripada empat beradik itu yang menetap bersama keluarganya di Kota Kemuning. Adila juga menjelaskan dia masih belum bertemu pengganti. Selepas putus tunang pada Julai tahun lalu, dia lebih selesa memberi perhatian kepada kerjaya seninya. "Dalam hati saya tak bermimpi pun untuk berkahwin dengan kerabat atau golongan VIP," katanya sambil memberitahu peminat boleh berhubungan dengannya di laman sesawang, www.bidadarisyurga.com. | ||
Posted: 15 Jun 2010 11:30 PM PDT KUALA LUMPUR: Cukup licik apabila seorang wanita berusia awal 40-an dikesan menggunakan perwatakan alim dan kebijaksanaannya dalam bidang agama untuk meyakinkan mangsa supaya mengambilnya bekerja sebelum menghilangkan diri dan melarikan harta milik syarikat. KESAL...Zakiah menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.
| ||
Posted: 15 Jun 2010 11:29 PM PDT BERMULA dari 11 Jun lalu hingga 11 Julai nanti, pastinya peminat bola sepak di seluruh dunia memberi tumpuan sepenuhnya kepada perlawanan Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan. Justeru, sudah tentu kemenangan yang diharapkan daripada pasukan pilihan. Katanya, kekuatan Sepanyol adalah kemampuan menonjolkan permainan penuh bertenaga di tengah padang. Malah, pasukan ini turut ditunjangi pemain yang hebat dan terkenal. Selain itu, Sepanyol juga mempunyai strategi tersendiri berhadapan lawan. "Sekalipun kehangatan Bola Sepak Piala Dunia 2010 baru bermula, saya mengharapkan Sepanyol layak bertarung di final nanti. Bahkan, pesaing yang akan memberikan tentangan sengit itu sudah tentu pasukan Brazil. Saya melihat dua pasukan ini cukup kuat. "Lagipun, sekarang ini bola sepak bukanlah permainan yang sesuai untuk lelaki saja tapi, ramai juga wanita di negara ini meminati bola dengan tertubuhnya pasukan futsal dan bola padang wanita. Di luar negara pula, sudah ada pasukan bola sepak wanita."Justeru, saya melihat penerimaan wanita terhadap bola sepak sangat meluas. Secara tidak langsung, tradisi sudah dipecahkan apabila sukan berkaitan bola hanya sesuai dan layak untuk lelaki. Jujurnya, sekarang ini wanita juga sehebat lelaki," katanya.
Ujarnya, walaupun skrip sudah disiapkan, dia turut melayari Internet pada masa lapang untuk mendapatkan maklumat tambahan. Menurut gadis berusia 28 tahun ini, dia selesa berbuat demikian bukan saja demi penonton tetapi untuk dirinya sendiri. | ||
Posted: 15 Jun 2010 11:28 PM PDT KEBOLEHAN kanak-kanak comel ini ketika menghafaz surah al-Waqiah ayat 1-96, di hadapan saya serta jurugambar begitu mengujakan kami. DARWISYA...mewarna antara hobinya di rumah. BERMAIN...gemar bermain basikal dengan adiknya, Darwish di kaki lima rumah. Malah adiknya, Darwish Adrian yang baru berusia dua tahun juga sudah boleh menghafaz surah al-Waqiah walaupun hanya mampu membaca pada hujung ayat. Menurut ibu kepada dua anak ini, Mazlina Ramli, semua ibu boleh mendapatkan anak seperti Darwisya asalkan mereka tahu cara pembelajaran yang betul serta tidak jemu mengajar dengan penuh kasih sayang serta kesabaran. Tambahnya, ada yang menyangka dia beruntung dikurnia anak bijak namun Mazlina memberitahu, semua ibu mampu memperoleh anak sehebat Darwisya asalkan mengetahui teknik yang betul mengajar anak. "Kelahiran Darwisya sama seperti bayi lain, tiada bezanya. Saya tidak mengalami sebarang alahan teruk atau tanda pelik."Malah, dia lambat berjalan dan bertutur. Namun sejak usia enam bulan saya sudah mendedahkannya dengan ayat al-Quran daripada cakera padat video (VCD) al-Furqan," katanya.
"Ketika mengajar memang Darwisya dan Darwish main-main. Maklumlah kanak-kanak, apabila suka, mereka mengaji apabila bosan mereka meninggalkan saya begitu saja. Sekiranya ingin marah, tarik nafas panjang-panjang dan bertenang. Jika selalu memarahi kanak-kanak ketika mereka mengaji, mereka tidak akan suka mengaji dan susah untuk disuruh mengaji. | ||
Wanita 66 tahun lahir anak kembar 3 Posted: 15 Jun 2010 11:03 PM PDT INDIA: Seorang wanita berusia 66 tahun, Bhateri Devi akhirnya melahirkan dua bayi lelaki dan seorang perempuan selepas gagal memperoleh zuriat setelah 44 tahun berkahwin. BHATERI dan tiga anak kembarnya.
Devi dari daerah Madina di Rohtak, utara India menjalani kaedah rawatan IVF di Pusat Kesuburan Kebangsaan di Hisar, klinik yang sama di mana Rajo Devi Lohan, ibu tertua di dunia melahirkan anak pada usia 70 tahun 18 bulan lalu. "Bhateri gembira menjadi ibu buat kali pertama selepas hamil pada percubaan kali ketiga," kata Dr Anurag Bishnoi. | ||
'Atilia Indah' Hasil Titik Peluh Sendiri Posted: 15 Jun 2010 11:02 PM PDT TIADA apa yang dapat digambarkan oleh pemilik nama Raja Putri Atilia Haron atau lebih dikenali sebagai Atilia ini selain menzahirkan rasa syukur dan puas dengan kelahiran album pertama terbitanya sendiri berjudul Atilia Indah. Biarpun lama menyepi dalam proses mengumpul material namun ia bukan sesuatu yang sia-sia kerana dia dapat menghasilkan album yang mengandungi 10 buah lagu. Lebih istimewa album yang memuatkan empat lagu berbahasa Inggeris ini turut menampilkan Noh (Hujan) sebagai gandingan dalam lagu Old Love ciptaan Mike Bloemendal. Malah impiannya untuk berduet bersama kumpulan dari Indonesia iaitu Maliq and D'Essentials melalui lagu Harus Bagaimana dan kumpulan Sore dengan lagu Silly Little Thing turut menjadi kenyataan. "Album saya kali ini memuatkan empat lagu Inggeris dan enam lagu Melayu. Ini kerana ada peminat dan rakan-rakan yang mahukan saya menyanyi lagu Inggeris menakala segelintir pula yang mahu saya menyanyi lagu Melayu. "Dalam pada itu saya ingin meluaskan pasaran agar diterima sama ada pendengar lagu Melayu atau lagu Inggeris. "Sebagai penyanyi saya menjadikan bidang nyanyian sebagai punca rezeki jadi saya mahu album saya ini dapat memuatkan lagu yang sedap didengar dan diterima peminat," jelasnya pada sidang media pelancaran album tersebut di Solaris Mont Kiara, di Damansara, Kuala Lumpur, semalam. Menurut Atilia album ini sangat bermakna baginya kerana ia dihasilkan dari titik peluhnya sendiri. "Album ini adalah paling istimewa kerana saya juga dapat bergabung dengan tiga komposer yang mempunyai nama besar seperti Paul Morisson, Tak Khoon dan Mohariz Yaakub. Selain itu juga saya menulis dua buah lagu iaitu Selainnya dan Indah. "Kolaborasi dengan Noh dan dua band Indonesia adalah yang saya idamkan selama ini. Saya telah melancarkan single pertama Silly Little Thing di Indonesia yang juga mendapat sambutan di sana. Insyaallah kami dalam rangka untuk menembusi pasaran di Indonesia selepas ini," katanya. Sementara itu, ketika ditanya tentang maksud lagu Indah yang merupakan taruhannya, Atilia menjawab bahawa dia kini sedang melalui saat-saat indah bersama orang tersayang yang berada disekelilingnya. "Saya berharap akan mendirikan rumahtangga dalam masa terdekat ini dan akan mempunyai anak," jelasnya yang tidak mahu mengulas lanjut tentang status dirinya sekarang. Album yang bakal berada dipasaran pada akhir Julai adalah terbitan Mujik Productions manakala Alibi Music terlibat sebagai pengedar dan promosi. | ||
Mentor 4: Dayang Mahu Adi Lebih Gigih Posted: 15 Jun 2010 11:01 PM PDT DAYANG Nurfaizah menasihati Adi Hamiz Johar (Adi) supaya berusaha lebih gigih sekiranya dia mahu berjaya dalam rancangan Mentor musim keempat. Ini kerana penyanyi popular itu bimbang protogenya akan tersingkir dalam persembahan akhir nanti. Ia berdasarkan kepada prestasinya yang berada pada kedudukan kedua dalam konsert mingguan akhir Kumpulan B Ahad lalu. Pada minggu sebelumnya, Adi Hamiz turut menduduki tempat kedua selepas Haimie Napsun (Ayim). "Saya tak nak kata Adi sudah selesa dengan kedudukan itu sebaliknya dia kena berusaha dengan lebih gigih lagi dalam setiap persembahan," katanya. Pun begitu, Dayang sedar dia tidak dapat memberikan segala ilmu kepada Adi dan menuntut protegenya itu mempertingkatkan setiap kelemahan yang ada. "Kalau kita nak tunggu seseorang peserta Mentor itu meningkat prestasinya.... tempoh seminggu adalah tidak mencukupi. Lagi banyak dia membuat persembahan, lagi banyak dia boleh belajar," katanya. Berhubung persembahan hambar Adi ketika berduet dengan Tam Spider menerusi medley lagu Mentera Semerah Padi dan Relaku Pujuk , Dayang memberitahu, Adi telah membuat sesuatu yang terbaik. "Memanglah sebab Tam penyanyi senior. Dia mempunyai pengalaman yang banyak. Aura dan kehadiran di atas pentas Tam memang tinggi," jelas Dayang. Dayang menambah, Adi telah banyak menunjukkan peningkatan dari segi prestasi berbanding ketika kemunculannya pada peringkat awal. | ||
Selepas Umum Berpisah, Ramlah Ram Buat Konsert Posted: 15 Jun 2010 11:00 PM PDT KUALA LUMPUR: Selepas membuat pengumuman untuk berpisah dengan suaminya Kamal Roslim, penyanyi Ramlah Ram akan muncul dengan sebuah konsert sempena 25 tahun penglibatannya dalam bidang seni. Konsert yang diberi nama Malam Gala 25 Tahun Ramlah Ram itu akan diadakan pada 9 Oktober akan datang di Hotel Impiana, Kuala Lumpur anjuran Kumpulan Penyokong Ramlah Ram (RRG). Ia dijangka berlangsung selama tiga jam bermula 8.30 malam. Presiden kelab itu, Suzaimi Soaib berkata, malam gala tersebut bertujuan untuk menghargai jasa dan pengorbanan Ramlah selepas 25 tahun penglibatannya dalam bidang seni. Dalam konsert itu Ramlah akan menyanyikan kira-kira 25 buah lagu yang dipilih bermula selepas dia diumumkan sebagai Juara Bintang RTM pada 18 Februari 1985. Katanya konsert itu bertemakan persembahan makan malam dengan diiringi pemuzik iringan. "Pengacaranya ialah Fauziah Ahmad Daud yang akan turut membuat persembahan. Artis-artis lain yang terlibat belum diketahui lagi kerana ia masih dalam perbincangan," katanya ketika mengumumkan konsert tersebut di Restoran Rebung, Bangsar, di sini semalam. Suzaimi memberitahu, malam gala itu menawarkan 26 meja untuk korporat serta individu dengan 260 tempat duduk. Katanya, meja korporat dijual dari RM5,000 sehingga RM7,000 sebuah sementara untuk individu dijual dari RM200 hingga RM300 bagi setiap kerusi. Tambahnya, kos bagi menganjurkan malam gala itu dianggarkan berjumlah RM100,000. Sementara itu, Ramlah menjanjikan persembahan terbaik kepada para peminatnya dengan memastikan susunan muzik adalah berbeza bagi setiap lagu-lagu yang dinyanyikan. Dalam sidang media itu, Ramlah turut melancarkan laman rasmi http://www.ramlahram.com mengenai malam gala tersebut. Semalam dalam sidang media yang sama Ramlah membuat kejutan apabila memaklumkan rumah tangganya yang dibina sejak tahun 2000 dengan Penerbit Sukan di RTM, Kamal Roslim sudah tidak lagi bahagia dan mengesahkan untuk bercerai. Hasil perkahwinan mereka selama sepuluh tahun tidak dikurniakan cahaya mata. Krisis keretakan rumah tangga Ramlah dan Kamal telah kedengaran sejak sekian lama tetapi Ramlah cuba menafikan khabar angin tersebut. Bekas juara Bintang RTM tahun 1985 itu juga berjanji akan memaklumkan statusnya dengan Kamal apabila kes berkenaan dibawa ke mahkamah syariah nanti. | ||
'Aset' Michelle Williams Semula Jadi Posted: 15 Jun 2010 10:59 PM PDT BINTANG R&B, Michelle Williams geli hati mendengar khabar angin bahawa dia melakukan implan pada punggungnya. Dia menegaskan semua "asetnya" adalah 'semula jadi'. Bekas penyanyi Destiny's Child itu mempamerkan potongan badannya yang menggiurkan semasa menghadiri acara permaidani merah Anugerah Tony di New York pada 13 Jun lalu. Ini mendorong pihak terbabit mencetuskan spekulasi bahawa dia telah menjalani pembedahan plastik untuk mencantikkan badan. Williams berkata, dia menjalani latihan serta mengamalkan diet untuk mendapatkan bentuk badan yang menarik. | ||
Jeritan Ozzy Dicatat Dalam Buku Rekod Dunia Posted: 15 Jun 2010 10:58 PM PDT OZZY Osbourne berjaya mencipta rekod dengan melakukan cara yang cukup unik iaitu menjerit. Dia melakar sejarah tersebut dengan bantuan seramai 52,000 peminat Los Angeles Dodgers. Osbourne mempromosikan album terbarunya, Scream dan projek amal The Dodgers' ThinkCure! dengan mengadakan cubaan memecah rekod dunia untuk melakukan 'jeritan paling lama dan nyaring'. Ia di adakan semasa perlawanan menjerit antara pasukan The Dodgers dan Angels pada malam 11 Jun lalu. Pegawai Buku Rekod Dunia Guinness, Stuart Claxton mengesahkan Ozzy dan peminatnya telah menempa nama dalam buku rekod tersebut. | ||
Nicole Scherzinger Jatuh Hati Pada Halle Berry Posted: 15 Jun 2010 10:58 PM PDT BINTANG Pussycat Dolls, Nicole Scherzinger nampaknya sudah jatuh hati kepada aktres Halle Berry. Dia yang bercinta dengan pemandu Formula 1, Lewis Hamilton mendedahkan Berry ialah wanita yang paling diidamnya. "Dia mempunyai kecantikan semula jadi. Saya sukakan senyuman manisnya.," katanya kepada media. | ||
Hakim Tiada Kuasa Halang Doktor Michael Jackson Bekerja Posted: 15 Jun 2010 10:28 PM PDT DOKTOR kepada mendiang Michael Jackson iaitu Conrad Murray bebas meneruskan kerjayanya sebagai pengamal perubatan di California sementara menanti perbicaraan seterusnya di mahkamah. Seorang hakim Los Angeles berkata dia tidak mempunyai bidang kuasa untuk menghalang Murray daripada bekerja. Murrah didakwa menyebabkan kematian Raja Pop itu secara mengejut selepas memberikan suntikan anestetik. Ahli-ahli keluarga Jackson berada di mahkamah semasa perbicaraan tersebut berlangsung. Terdahulu, pihak pendakwa raya memohon mahkamah supaya menggantung lesen perubatan doktor itu. | ||
Superhero Kapoww Papar lawak sengal namun sarat pengajaran Posted: 15 Jun 2010 10:27 PM PDT Melihatkan pada judul filem yang diberi nama Kapoww, menimbulkan persoalan maksud yang tersimpan disebaliknya. Keterujaan juga akan bertambah apabila sesuatu yang pelik menyelingkari judulnya. Namun apabila sudah mengetahui ianya bergenre komedi pasti ada segelintir yang sudah mampu meneka. Kapoww yang membawa maksud Kesatuan Antarabangsa Peringkat Olimpik Wira-Wira, merupakan sebuah filem grafik komik superhero seperti Batman, Superman dan Ironman. Pengarah serta penulis skripnya, Azizi Adnan yang lebih dikenali dengan Azizi Chunk yang sebelum ini pernah mengarah filem Antoo Fighter telah menggarapkan jalan ceritanya penuh dengan kreativiti serta lawak sinikal yang mampu membuatkan penonton gelak hingga pecah panggung. "Pada awalnya saya sudah kecewa untuk menghasilkan filem yang karut-marut memandangkan penerimaan penonton lebih kepada yang mellow dan soal cinta. Namun, setelah berjaya mengarahkan filem bergenre komedi seperti Antoo Fighter, saya terdorong untuk menghasilkan filem berbentuk komik memandangkan sejak kecil lagi saya meminati kisah superhero terutama Ultraman," katanya yang sudah berkecimpung dalam dunia pengarahan lebih kurang 13 tahun. Lebih menarik, Azizi sempat berkongsi rahsia disebalik penghasilan Kapoww. Dia turut berterima kasih kepada Sifu M.Nasir atas suntikan semangat yang diberikan. "Masih ingat lagi pada ketika itu saya mengunjungi Luncai Emas yang terletak di Sungai Buloh kerana ada urusan kerja. Dalam pada itu kami berbual panjang hingga tiba-tiba telah mengungkap topik mengenai hasrat menghasilkan sesuatu yang terbaik di luar jangkaan orang. "Sebaliknya Sifu memberi pesanan bahawa dalam berkarya kita boleh menghasilkan apa sahaja mengikut kemahuan tidak kira apa pun. Namun satu perkara mesti diingat, setiap karya itu perlu menerapkan nilai emosi kerana benda ini yang menarik minat orang untuk menghargai hasil kita," katanya. Walupun filem superhero Malaysia ini, hampir keseluruhannya menerapkan lawak sinikal namun penghasilannya membangkitkan hilai tawa penonton yang mengiringi perjalanan filem hingga ke saat akhir durasinya. "Apa yang cuba disampaikan adalah mesej berguna dan turut memainkan emosi. Walaupun adakalanya ia berkias-kias namun boleh difahami secara terus," katanya. Menurutnya, filem ini sangat sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Walaupun dari mata kasar ia seakan mengarut namun fokusnya untuk menyampaikan mesej yang lazim diterapkan dalam keluarga telah sampai. Pastinya Azizi Chunk masih mengetengahkan kesantunan dan budaya ketimuran melalui dongeng ringan ini. Mujurlah pemilihan pelakon sangat ditekankan, ini kerana apabila skrip sudah kelakar pastinya setiap pelakon bijak memainkan peranan selari dengan skripnya hinggakan mampu menjadikan ia lebih kelakar lagi. Dengan itu pemilihan pelakon seperti Zizan Raja Lawak sebagai watak utama sangat tepat kerana boleh berlawak dan berlakon dengan gaya bersahaja. Selain itu, turut dibantu oleh pelakon-pelakon terkenal seperti Lisa Surihani sebagai Siti Nurhasnita, Rosnah Mohd Aris (Astromen Mak), Awie (Astromen Wau), Harun Salim Bachik (Astromen Belalang), Delyla (Astromen Sedut), Bell Ngasri, Afdlin Shauki, Norlia Ghani, Khir Rahman dan ramai lagi. Ternyata filem ini pastinya membuatkan anda terpegun dengan aksi-aksi yang begitu menarik sekaligus kagum melihatkan pelakon kita mampu membawa watak superhero. Sementara itu, dalam tembual bersama Sinar Harian, Azizi Chunk tidak menolak dalam menghasilkan filem sebegini telah membabitkan penggunaan teknik janaan computer (CGI) yang banyak. Di samping itu, kerja pengambaran menjadi agak lancar dengan penggunaan kamera Red One terbaru yang lebih digital yang menggunakan hard disk di mana resolusinya juga sama seperti penggunaan kamera filem. Di samping ia lebih mudah bagi memasukkan unsur animasi, dapat juga menjimatkan kos. Menurut pengarah ini, hasilnya dalam menonton Kapoww anda akan terasa seolah-olah sedang membaca komik yang bergerak dengan kesan visual yang lebih mantap. "Daripada segi teknikal, krew produksi dan beberapa syarikat animasi banyak membantu untuk menjadikan filem Kapoww ini komik sebenar dengan latar belakang yang dilihat seakan nyata," katanya yang merasakan filem ini sangat berbeza jika dibandingkan dengan filem-filem lain. Mungkin ada yang menonton filem kerana suka menilai daripada segi sinematografinya. Ada juga yang berpendapat di sebalik filem berasaskan komik ini tidak dapat melihat hasil seni itu. "Ada sesetengah penonton silap, dalam filem sebegini masih lagi diketengahkan sinematografi yang cantik. Ia lebih diketengahkan dari segi penggunaan warna dan mainan corak latar belakang komik itu sendiri. Dengan itu saya menekankannya ketika melakukan editing dengan membentuk gaya komik yang lebih terperinci kepada filem Kapoww ini," katanya. Filem Kapoww mula ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai Khamis ini. | ||
Posted: 15 Jun 2010 10:27 PM PDT Bagi mendapatkan bentuk badan yang cantik, Jessica telah mengamalkan diet semenjak berusia 12 tahun. Katanya, dia mengelak daripada mengambil makanan berkarbohidrat. "Makanan yang berdaging tanpa lemak, sayur-sayuran, putih telur keju kotej adalah terbaik," katanya. Jessica menggantikan makan ringan yang tidak sihat dengan buah kering, yogurt sebagai pemanisnya, selain senaman teratur bagi mendapatkan bentuk badan cantik. | ||
Posted: 15 Jun 2010 10:24 PM PDT Kata pepatah 'mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi', amat sesuai ditujukan kepada Jaden Smith iaitu anak lelaki Will Smith yang berjaya mencipta sejarah tersendiri apabila filem lakonannya pertamanya Karate Kid's berjaya mengatasi filem The A Team. Kejayaan itu selari dengan kecemerlangan bapanya yang mencatatkan kutipan box-office dalam filem-filem lakonannya. Menurut rakan kepada keluarga Smith itu, Jaden begitu mengagumi bapanya dan berazam untuk menjadi bintang yang berjaya seperti Will. Jaden juga tidak menyangka bahawa filem pertama lakonannya mendapat sambutan hangat penonton. "Saya rasa terkejut dan berbangga kerana filem lakonan saya memberi pulangan yang baik kepada pihak produksi, saya harap selepas ini saya mampu memberi hasil yang lebih baik di dalam karier saya kelak," kata Jaden kepada satu sumber. | ||
Posted: 15 Jun 2010 10:23 PM PDT KUALA LUMPUR - Permodalan Nasional Bhd. (PNB) tetap optimis untuk memberikan agihan pendapatan yang baik kepada pemegang unit amanahnya meskipun sesetengah syarikat pelaburannya mengalami kerugian dan yang terbaru ialah Sime Darby Bhd. (Sime Darby). Sime Darby merupakan salah satu syarikat pelaburan terbesarnya. Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah berkata, isu kerugian yang dialami syarikat konglomerat itu tidak akan memberi kesan yang membimbangkan kepada pihaknya. "Kami melabur dalam banyak syarikat dan bukan semua syarikat yang menguntungkan." "Apa pun, kami tetap akan dapatkan pulangan yang baik dan kami percaya apa yang dilalui Sime Darby hanyalah berupa 'episod' sementara dan ia tidak akan memberikan kesan yang sangat buruk kepada pelabur kami," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengumumkan pengagihan pendapatan Amanah Saham Didik (ASD) di sini semalam. | ||
Posted: 15 Jun 2010 10:22 PM PDT GEORGE TOWN - Tindakan mahkamah akan diambil terhadap penduduk di lima buah flat Taman Teluk Kumbar di sini ekoran kegagalan membayar yuran tunggakan penyelenggaraan sejak 15 tahun lalu yang kini mencecah lebih RM1 juta. Pengarah Eksekutif Fala Associates Sdn. Bhd., M. Kajendaran berkata, pihak pemaju terpaksa bertindak demikian disebabkan majoriti penduduk masih enggan membayar yuran selenggara meskipun telah dimaklumkan berkali-kali termasuk menghantar notis guaman. Ujarnya, ekoran kedegilan penduduk, syarikat itu berdepan kesulitan dan terpaksa meminjamkan wang kepada anak syarikatnya, Piala Mutiara Sdn. Bhd. berjumlah RM500,000 bagi membayar bil elektrik, air, gaji kakitangan dan cukai pintu. "Tiap-tiap bulan pihak syarikat kena keluarkan duit sendiri untuk menyelesaikan masalah pembayaran ini tetapi sehingga hari ini penduduk masih liat membayar tunggakan mereka sejak mendiami perumahan ini. "Kami tidak memaksa mereka membayar kesemua hutang itu sekali gus, mereka boleh membayar secara ansuran atau datang berbincang dengan kami mengenai cara pembayaran," katanya di sini semalam. | ||
Kurang tiga jam, 78 kenderaan habis dilelong Posted: 15 Jun 2010 10:22 PM PDT SHAH ALAM - Tidak sampai tiga jam, sebanyak 78 kenderaan pelbagai jenis habis dilelong pada acara Lelongan Awam Kenderaan yang dijalankan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor di ibu pejabatnya di sini semalam. Kenderaan yang dilelong mulai pukul 10.45 pagi itu terdiri daripada 48 motosikal, 23 kereta, empat van dan tiga treler yang gagal dituntut semula oleh pemilik masing-masing melebihi tempoh tiga bulan dari tarikh disita. Antaranya kereta jenis Mercedes-Benz tahun 1990 hingga 1998, Nissan Sunny, Proton Wira, Honda Civic, van Toyota Hiace, Ford Econovan, motosikal Modenas Kriss, Yamaha RXZ, Suzuki RG dan Honda Ex5. Pengarah JPJ negeri, Yusoff Ayob berkata, kesemua kenderaan yang disita dalam beberapa operasi yang dijalankan dalam tempoh dua tahun lalu itu telah melanggar peraturan mengikut Seksyen 64 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. | ||
Empat bookie haram dicekup di kedai kopi Posted: 15 Jun 2010 10:21 PM PDT BUTTERWORTH - Pelanggan riuh bersorak menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia, bookie pula sibuk terima panggilan pertaruhan judi haram. Taktik empat lelaki menjadikan sebuah kedai kopi di Jalan Raja Uda, di sini yang dikunjungi ramai kaki bola sebagai lokasi pertaruhan haram tidak bertahan lama apabila dicekup polis kelmarin. Dalam serbuan pada pukul 7 malam itu, suspek-suspek yang berusia 35 hingga 58 tahun itu tidak sedar telah diperhatikan anggota polis yang menyamar kerana leka mencatat dan menerima pertaruhan melibatkan ribuan ringgit. Menurut Pegawai Pencegahan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman, Supritendan Maszely Minhad, serbuan itu turut dibantu anggota Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang. "Mereka yang ditahan termasuk seorang pemilik premis dan pembantunya warga Myanmar dan dua lagi lelaki lain. "Pertaruhan tersebut melibatkan perlawanan antara Belanda menentang Denmark," katanya. | ||
Tempoh reman Saiful Apek tamat hari ini Posted: 15 Jun 2010 10:20 PM PDT
KUALA LUMPUR - Siasatan terhadap pelakon dan pelawak terkenal, Saiful Apek (gambar), 41, berhubung dakwaan kes penyalahgunaan dadah yang dihadapinya dijangka selesai mengikut tempoh remannya hari ini. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, pihaknya sedang mengumpul laporan lengkap berhubung kes berkenaan yang disiasat mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengambil dadah. "Kita tidak menghadapi sebarang masalah untuk menyiasat kes ini kerana Saiful Apek dan beberapa lagi rakannya memberikan kerjasama kepada pihak polis," kata beliau ketika dihubungi Kosmo! semalam. | ||
15 ditahan, rampasan RM3.7 juta Posted: 15 Jun 2010 10:20 PM PDT JOHOR BAHRU - Polis menumpaskan satu sindiket memproses dan mengedar dadah terbesar negeri ini selepas menemui barang terlarang itu berjumlah RM3.7 juta dalam tujuh serbuan di negeri ini minggu lalu. Dalam serbuan dua hari berturut-turut bermula Khamis lalu, polis menahan 15 individu iaitu membabitkan sembilan lelaki dan empat wanita tempatan serta dua wanita warga Myanmar. Kesemua yang ditahan berusia antara 16 hingga 51 tahun. Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, serbuan tersebut dilakukan di tujuh lokasi iaitu di Hentian Rehat Pagoh, Muar, Taman Seri Austin Perdana, Seri Alam, Taman Megah Ria, Masai dan Taman Molek di sini. "Salah sebuah lokasi yang diserbu merupakan makmal memproses dadah kepada sindiket itu manakala lokasi-lokasi lain dijadikan stor simpanan pelbagai jenis dadah," kata beliau di sini semalam. | ||
Posted: 15 Jun 2010 10:19 PM PDT
SHAH ALAM - Bagi mendapat upah lebih RM4,000, seorang pemuda Iran sanggup bergadai nyawa dengan menelan sejumlah 64 kapsul berisi syabu yang berat kesemua dadah itu berjumlah 562 gram untuk diseludup. Bagi setiap kapsul dadah itu, suspek mendakwa dia dibayar RM65.45 (AS$20). Kesemua dadah yang disembunyi di dalam perutnya itu kemudian diarahkan diseludup masuk ke Malaysia untuk diserahkan kepada ahli sindiket. Bagaimanapun, nasib lelaki Iran itu malang apabila dia ditahan sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada pukul 3.45 petang 11 Jun lalu. Suspek sebelum itu menaiki penerbangan dari Dubai. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Nordin Kadir berkata, pemeriksaan badan ke atas suspek itu pada mulanya menjumpai 36 ketulan plastik dipercayai ganja seberat 330 gram. "Kesemua gumpalan tisu itu diselitkan di bahagian kanan dan kiri pinggang seluar suspek itu," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam. Menurut beliau, turut ditemui pada suspek Iran itu sejumlah mata wang asing. Katanya, polis yang curiga dengan kemasukan lelaki itu ke negara ini, kemudian membawa suspek itu ke Hospital Serdang dan melalui ujian X-ray. "Melalui X-ray sebanyak 64 kapsul berisi syabu seberat 562 gram ditemui di dalam perut lelaki itu. "Polis mengambil masa tiga hari untuk mengeluarkan dadah tersebut daripada perut suspek," kata beliau. Nordin memberitahu, jumlah kesemua dadah yang dirampas daripada lelaki Iran itu bernilai RM225,000. "Suspek sebelum ini tiada rekod masuk ke Malaysia dan dia dipercayai membawa dadah itu dari Iran," kata beliau. Dalam perkembangan sama, Nordin berkata, polis turut menahan dan merampas sejumlah dadah daripada dua lelaki warga India berusia 40 dan 43 tahun masing-masing di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) Sepang dan KLIA. Beliau berkata, dalam rampasan pada 9 Jun di KLIA, polis menahan lelaki warga India berusia 43 tahun. "Ketika ditahan lelaki itu sedang menolak troli mengandungi sebuah kotak berisi pakaian dan sebuah beg. "Pemeriksaan ke atas kotak itu menemui 20 paket plastik mengandungi dadah disyaki ketamin seberat 4.75 kilogram (kg) dan bernilai kira-kira RM145,000 yang disorokkan dalam dinding kotak tersebut. "Turut dirampas wang tunai RM650 dan sejumlah mata wang asing," kata beliau. Nordin memberitahu, siasatan mendapati suspek yang bekerja sebagai pemandu teksi di India itu pernah masuk ke negara ini sebanyak tiga kali dan dadah tersebut dipercayai untuk dipasarkan semula ke negara-negara lain. Dalam rampasan pada 13 Jun di LCCT, kata beliau, polis menahan seorang lagi lelaki warga India berusia 40 tahun yang membawa dua buah beg. Nordin berkata, pemeriksaan ke atas kedua-dua beg menjumpai satu bungkusan plastik berisi dadah disyaki ketamin seberat 2kg di bahagian bawah beg pertama dan satu bungkusan plastik berisi dadah jenis sama seberat 1.9kg di bahagian bawah beg kedua. Katanya, turut dirampas daripada suspek yang bekerja sebagai buruh di negaranya ialah wang tunai RM786 dan sejumlah mata wang asing. "Nilai rampasan berjumlah kira-kira RM120,000. "Suspek yang pertama kali masuk ke Malaysia dijangka balik ke negara asalnya pada 14 Jun lepas," katanya. Nordin berkata, ketiga-tiga suspek kini ditahan reman dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. | ||
KMJ 2010: Sultan pandu kereta api Posted: 15 Jun 2010 10:18 PM PDT JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar pandu kereta api! Itulah kelainan Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2010 yang bakal menyaksikan kemahiran baginda memandu kereta api yang merupakan pengangkutan utama pada program yang berlangsung pada 26 hingga 28 Jun ini. Lebih istimewa, KMJ edisi ke-12 itu diadakan selepas baginda dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 23 Januari lalu. Sultan Ibrahim bertitah, sebagai persediaan, baginda membaca buku dan Internet mengenai kereta api. "Beta membuat penyelidikan melalui pembacaan buku dan Internet berkenaan enjin serta pengendalian kereta api sebagai persediaan untuk kembara kali ini," titah baginda ketika menerima menghadap rombongan Komersial Radio Malaysia (CRM) yang diketuai Presidennya, Datuk Borhanuddin Osman di Istana Bukit Pelangi di sini semalam. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |