ISU HANGAT |
- Masukkan laptop dalam kain
- Baca doa sebelum makan
- Pagar diri dari ilmu hitam dan sihir
- Jambatan semulajadi
Posted: 10 Jun 2010 09:26 AM PDT Makcik curi laptop dirakam CCTV .Alahai buat malu kaum betullah pak cik dan mak cik ni . Dah tua pun nak jadi pencuri lagi, siap menyamar pakai songkok dan berbaju kurung dan bertudung lagi tuh. Memang berani dan teknik yang sungguh licik…Boleh dikatakan pencuri laptop paling hebat. Lihat gambar di bawah, mak cik ni sedang mencuri laptop ataupun netbook dengan memasukkannya dalam kain dan sedang dicover oleh lelaki yang mungkin suaminya.
**LETAKKAN IKLAN ANDA DI SINI**
|
Posted: 10 Jun 2010 08:44 AM PDT Betul ke kata-kata kita boleh mempengaruhi air? Dr Masaru Emoto, seorang ilmuwan Jepun, berpendapat demikian. Dan dia ada bukti.
Dalam eksperimennya, Dr Emoto mengumpul titisan air, air tersebut di kenakan dengan berbagai kata, muzik, dan persekitaran, dan membekukan air tersebut selama tiga jam. Dia kemudian memeriksa formasi kristal di bawah mikroskop dalam bilik gelap. Dan dia mengambil gambar. Berikut adalah gambar air biasa tanpa doa (kata-kata yang baik) yang diucapkan di atasnya . Struktur molekul berterabur.
Foto di bawah ini adalah air selepas kata-kata yang baik di dalam hati (Saya kini merasakan kelebihan yang besar pada berdoa sebelum makan. Nanti saya akan cerita lebih lanjut tentang ini.)
Dr Emoto juga mengenakan air dengan muzik Heavy Metal. Berikut adalah gambarnya. Berikut pula air yang dikenakan muzik klasik dan muzik rakyat. Nampak jauh lebih baik, kan?
Selanjutnya, Dr Emoto menampalkan sekeping kertas dengan kata-kata: “Kau membuatku muak .. Aku akan membunuhmu” Berikut ini bagaimana titisan air beku kelihatan seperti di bawah mikroskop …
Di bawah ini adalah bagaimana air kelihatan seperti dengan kata-kata “Cinta” di atasnya. Perbezaannya amat menakjubkan.
Ini adalah molekul kristal dari air yang tercemar …
Ini adalah air dari Lourdes, Perancis. Cantik, kan?
Tunggu sekejap -Adakah kita mempunyai air? Ya! 72% tubuh kita terdiri dari air. Bayangkan bagaimana kata-kata anda mempengaruhi tubuh anda sendiri. Apabila anda berkata, “aku memang sentiasa gagal” atau “aku putus asa,” atau “aku tidak akan sembuh,” bayangkan betapa kata-kata tersebut boleh melemahkan kesihatan anda. Buatlah pilihan untuk mengucapkan kata-kata terbaik di luar sana. Katakanlah sering, “aku boleh” dan “Aku cantik” dan sebagainya. Bukan hanya air. Dr Emoto juga bereksperimen dengan nasi. Dia meletakkan satu cawan nasi dalam dua bekas kedap udara. Di satu bekas, beliau menulis, “Aku mencintaimu,” dan di bekas lagi satu, dia menulis “anda bodoh” Setiap hari selama 30 hari, Dr Emoto akan mengucapkan kata-kata tersebut kepada bekas beras tersebut. Setelah 30 hari, “Aku mencintaimu” beras masih putih. Tapi “Anda bodoh” beras begitu busuk, warnanya hitam.
Admin : Kita selalu diajar untuk berdoa sebelum makan sejak kecil lagi. Doa makan biasanya doa yang pertama di hafal oleh anak kecil. Sekarang saya sedar, doa sebelum makan tu bukan hanya untuk mendapat pahala. Erti doa makan: “Ya Allah, berilah keberkatan kepada kami atas rezeki yang telah Engkau kurniakan kepada kami dan peliharakanlah kami dari azab neraka”. Kemudia ,membaca bismillah (atas makanan yang dimakan). Ketika kita berdoa sebelum makan , transformasi material berlaku pada peringkat molekul makanan yang kita berdoa. Islam itu bukan setakat kepercayaan sahaja tetapi memang satu cara hidup. Posted @ www.isuhangat.net
|
Pagar diri dari ilmu hitam dan sihir Posted: 10 Jun 2010 07:03 AM PDT TV kita sekarang ni, semakin banyak cerita-cerita mistik dan seram terutama malam Jumaat. Pernah berbual dengan seorang ustaz pasal ni , ustaz tersebut kata memang kita tidak boleh menafikan kewujudan benda ghaib ni tapi jangan terlalu taksub sehingga menjadi syirik kerana lebih takut kepada benda halus dari kekuasaan Allah dan iblis sentiasa menggoda manusia sehingga ke Hari Kiamat . Oleh kerana dendam, nafsu dan perasaan hasad dengki, manusia sanggup bersengkokol dengan syaitan untuk mengenakan manusia lain. Kita pun kena perlu sentiasa berhati-hati dalam tingkah laku dan perkataan supaya tidak menyakiti orang lain. Di bawah ini di nyatakan cara cara atau amalan yang boleh di lakukan untuk memagar diri anda dari perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam.Sihir mungkin tidak mengenal siapa anda.Ia boleh menyerang anda. Ketahuilah cara memagari diri anda dari sihir dan gangguan syaitan. Pagar Pertama (1) – Makan Tamar ‘Ajwah dan Tamar Madinah Sabda Rasulullah S.A.W: Ertinya: “Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya Pagar Ketiga (3) – Mengambil berat tentang solat berjemaah Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.A.W.telah bersabda:Ertinya: ‘Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaitan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah.Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.(Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik). Pagar Keempat (4) – Mendirikan Solat Tahajjud utk memagarkan diri dari sihir Ibnu Mas’ud r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah S.A.W. pun bersabda:Ertinya: “Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam telinganya”(Riwayat al Bukhari dan Muslim). Pagar Kelima (5) – Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata: Ertinya: “Dengan nama Allah. Ya Allah!Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan Riwayat al Bukhari dan Muslim. Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan atau betina. Pagar Keenam (6) – Memagar isteri selepas selesai akad nikah Pagar Ketujuh (7) – Berwuduk sebelum tidur, membaca ayat-ayat al Kursi dan berzikir kepada Allah sehingga terlelap. Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut sambil berkata: “Ia telah bercakap benar kepada engkau, walhal ia sendiri sememangnya penipu.”(Riwayat al Bukhari). Sekian Wallahualam,kredit kepada penulis asal.
|
Posted: 10 Jun 2010 06:10 AM PDT 1. Jambatan akar di India. Mereka menunggu sehingga 10 -15 tahun sebelum jambatan ini boleh digunakan sepenuhnya dan akar ini sentiasa hidup membuatkan ia semakin kuat 2. Jambatan dari akar di Japan 3. Jambatan dari akar di Indonesia Posted @ www.isuhangat.net. Sumber: STRANGE WORLD
|
You are subscribed to email updates from ISU HANGAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |