borak kosong |
- Remaja dihentak dengan tukul bernasib baik hidup
- Akibat neninggalkan solat
- Puisi Dari Suami Kepada Isteri Untuk Kahwin Lain
- Menantu luarbiasa
- Apakah tanda-tanda amaran tentang keganasan remaja?
- Bodoh Sombong
- Selamat Hari Jadi??
- Menantu Hantu
- Budak TERKECIL DI DUNIA...22in
- 'Cannibal Killer' bunuh dan kemudian makan
- Lahirkan ANAK sewaktu PERSIDANGAN DIJALANKAN
- Gurau tak kena tempat
- Maut Keguguran
Remaja dihentak dengan tukul bernasib baik hidup Posted: 22 Jun 2010 11:46 AM PDT Ben Maycock 17tahun bernasib baik hidup setelah di hentak dengan tukul di kepalanya.Kesan hentakkan itu meninggalkan kesan lekuk yang sangat besar di kepalanya.Doktor terpaksa membuang sedikit tengkorak kepalanya untuk menggelakan otaknya bengkak.Dia juga koma selama 3 minggu dan lumpuh dibahagiankanan tubuhnya. |
Posted: 22 Jun 2010 10:53 AM PDT Di zaman Khalifah Abu Bakar r.a, ada seseorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba -tiba kain kafan itu bergerak.Apabila di buka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat serta memakan daging serta menghisap darah mayat. Mereka cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba membunuh ular itu,maka berkata ular itu,"Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah,mengapa kamu semua hendak membunuh ku? Aku tidak berdosa dan tidak bersalah.Allah SWT memerintahkan kepadaku supaya menyiksanya sehingga hari kiamat." Lalu para sahabat bertanya"Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?" Berkata ular itu,"Dia telah melakukan tiga kesalahan di antaranya :
Maka inilah balasannya." |
Puisi Dari Suami Kepada Isteri Untuk Kahwin Lain Posted: 22 Jun 2010 10:09 AM PDT Isteriku, jika engkau bumi, akulah matahari. Aku akan menyinarmu kerana engkau mengharapakn sinaran dari ku.... Ingatlah bahtera yang kita kayuh, begitu penuh riak gelombang. Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang -kadang bumi terasa akan silauan ku Lantas aku ingat akan satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi malah ada planet lain yang mengharapkan sinarku Lalu.... Relaknlah aku menyinari planet lain, menyampaikan faedah adanya aku, kerana sudah takdir Ilahhi sinaranku di perlukan di planet lain BALASAN PUISI SANG ISTERI.. Suamiku, andai kau memang mentari sang suria yang membri cahaya aku merelakan engkau berikan sinarmu kepada segala planet yang telah Tuhan ciptakan kerana mereka juga seperti aku perlukan cahaya mu akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaranmu AKAN TETAPI!!! Bila ku hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt saja janganlah kau bermimpi untuk menyinar planet lain Kerana bilik tidur kita yang kecilpun belum sanggup kau terangi Lihatlah dirimu pada cermin kaca di sudut kamar kita, ditengah remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti Cuba lihat siapa dirimu..... MATAHARI atau lilin ataujangan-jangan cuma mancis saja!! OH,''PLEASELAH' abang....!! NAK KAHWIN LAIN KONON!!!! |
Posted: 22 Jun 2010 09:29 AM PDT Pak Haji Dollah yang warak bukanlah jenis orang yang memilih menantu.Dia akan menerima siapa asalkan di sukai anaknya.Mamat seorang anak kota yang baru balik kekampung cuba mengorat anak Pak Dollah dan mereka pun bercinta dan akhirnya mereka merancang untuk berkahwin. Selepas ditetapkan hari perkahwinannya,maka diadakan majlis perkahwinan itu dengan meriahnya .Apabila majlis selesai mereka semua sibuk mengemas termasuklah si pengantin.Mereka pun masuk tidur dengan nyenyaknya. Pada pagi eoknya Pak Dollah mengejutkan semua orang untuk solat Subuh.Semua orang bangun termasuk si Mamat dan isterinya.Oleh kerana lambat si Mamat tidak dapat berjemaah dan disuruh Pak Dollah sembahyang sendiri.Mamat pun iqamat dan dirikanlah solat subuh sambil diperhatikan Pak Dollah.Selepas selesai memberi salam ,Pak Dollah pun menegur menantunya tadi ,"Hai Mat KENAPA SOLAT SUBUH TIGA RAKAAT?" Lantas jawab si Mamat ,"Eh ..ya ke?Tiga rakaat? Rasa -rasa dah cukup empat rakaat tadi..? Masyal Allah,mengucap panjang PakDollah.Isteri Mamat hanya tersenyum.Sah!lah Si Mamat ini tak pernah sembahyang subuh.kantoi |
Apakah tanda-tanda amaran tentang keganasan remaja? Posted: 22 Jun 2010 05:56 AM PDT TANDA-TANDANYA IALAH :
|
Posted: 22 Jun 2010 03:34 AM PDT Rasulullah SAW berjalan melalui sekelompok sahabat yang sedang berkumpul, Baginda bertanya,"Mengapakah kamu berkumpul disini?"Sahabt menjawab :"Ya Rasulullah disini ada orang gila yang sedang mengamuk,sebab itu kami berkumpul disini,"Kemudian Baginda bersabda : "Orang itu bukan gila,ia sedang mendapat musibah.Tahukah kamu siapa orng gila yang sebenar?" Para sahabat pun menjawab."Tidak ya Rasulullah," Baginda pun menjelaskan; "Orang gila ialah orang yang berjalan dengan takbur atau sombong,yang memandang orang lain dengan pandangan yang merendahkan,yang memusungkan dada,berharap syurgaTuhan sambil berbuat maksiat,kejahatannya membuat orang terganggu.Adapun orang ini dia hanya mendapat musibah." Begitu hina orang yang sombong tapi bodoh disisi Rasulullah SAW sehingga Baginda menganggapnya sebagai orang gila.Rasulullah bersabda : "Tidak akn masuk syurga orang ada di dalam hatinya seberat sebiji sawi dari takbur (sombong).Dan tidak akan masuk neraka orang yang ada didalam hatinya seberat sebiji sawi iman." (Riwayat Muslim) |
Posted: 22 Jun 2010 01:46 AM PDT Seorang anak bertanya pada ibunya. Anak : " Mama bila harijadi saya yang ke 17 nanti boleh buat pesta di rumah? Mama : "Boleh..boleh nanti mama aturkan." Anak : "Boleh ajak kawan-kawan sekali tak? Mama : "Boleh nanti mama jemputkan." Anak ; " Boleh belikan baju pink tak? Mama : " Boleh nanti mama belikan." Maka tiba masa yang dinantikan berpestalah mereka di rumah,Ramai kawan-kawanya datang,Anakya itu pun memakai baju warna pink yang di beli oleh emaknya dan dia punya pemintaan yang lain Anak ;"Ma boleh saya pakai lipstik tak?" Mama :" Tak boleh!" Anak : " Ma boleh la..hari jadi ke 17nikan haya sekali seumur hidup takan pakai lipstik pun tak boleh..." Mama : "Tidak boleh! kamu boleh adakan pesta kat rumah.Kamu boleh jemput kawan -kawan.Kamu boleh pakai baju pink.tapi pakai lipstik tak boleh...? Anak ; 'Alaaa..boleh lah mama...please." Mama : "Azwan!!!! kali ni mama tak mahu kompromi..TIDAK BOLEH, KAMUKAN LELAKI! |
Posted: 21 Jun 2010 11:35 PM PDT Ada satu keluarga .Satu hari sedang menantu lelaki menonton TV lalu bapa mertuanya di hadapannya.Tiba-tiba bapa mertua rebah sambil memegang dada.Apa lagi kelam kabutlah menantu melihat situasi bapa mertuanya.Isteri dan emak mertuanya pun menerkam ke arah bapa mertuanya sambil memegang dada bapa mertuanya. Bapa mertuanya tidak bergerak,senyap saja.Bertambah gelisahlah mereka sekeluarga.Emak mertuanya pun menyuruh anak menantunya mengajar bapanya tadi mengucap.Dia gabra,dia pula menyuruh isterinya tapi isterinya menolak bahu suaminya suruh cepat lakukan.Emak mertua pun berkata,"Man cepat ajar ayah mengucap." Dalam keadaan gabra itu dia pun dekatakn mulutnya ke telinga bapa mertuanya sambil berkata : " MA RABBUKA! (siapa Tuhan kamu)...?' kuat juga dia sebut sehingga mak mertuanya terkejut bila mendengarnya. Tiba -tiba bapa mertuanya tersedar dan terus berkata " Bila masa kau jadi malaikat ni ...Aku belum mati lagi la.." |
Budak TERKECIL DI DUNIA...22in Posted: 21 Jun 2010 09:46 PM PDT |
'Cannibal Killer' bunuh dan kemudian makan Posted: 21 Jun 2010 08:38 PM PDT Nicolas Cocaign 38thn telah membunuh rakan sepenjaranya Thierry Baudry 41thn kerana bertengkar pasal toilet.Dia yang sedang di bicarakan memberitahu makahmah bahawa rakannya itu membuat dia marah.Dia telah menumbuk rakannya itu bertubi-tubi sebelum menikamnya dengan menggunakan gunting.Dia kemudiannya menyimpan mayat itu didalam plastik sampah sebelum memakan hati kawannya itu. Dia dipenjarakan kerana kes rompakkan senjata mula tidakberpuashati dengan rakannya yang selalu menutup lubang tandas dengan surat khabar. |
Lahirkan ANAK sewaktu PERSIDANGAN DIJALANKAN Posted: 21 Jun 2010 07:54 PM PDT Seorang Anggota Dewan perwakilan Bolivia ,Maria Ines Villarroel yang hamil mendapat kejutan.Dia yang menghadri sidang mersa sakit hendak melahirkan anak semasa sesi berbahas sedang berlangsung.Dia yang merupakan anggota Parti Pengerak Sosialisme pimpinan Presiden Eva Morales. Oleh kerana tidak sempat ke hospital beberapa orang wanita membantunya melahirkan anak perempuan.Mereka kemudian di hantar kehospital dan akibat sidang dewan terpaksa di tangguh.sumber-kompas online |
Posted: 21 Jun 2010 06:20 PM PDT Seorang lelaki Taiwan telah ditangkap setelah dia memberitahu petugas pesawat dia ada membawa bom di dalam begnya dalam penerbangan ke Shanghai .Dia yang menaiki pesawat China Airlines di bandaraya Taoyuan dekat Taipeh.Namun setelah di periksa oleh pihak keselamatan, dia memberitahu dia hanya bergurau dan akibat gurauannya itu penerbangan itu tergendala selama 40 minit. |
Posted: 21 Jun 2010 05:46 PM PDT Seorang pelajar yang dipercayai keguguran meninggal dunia di sebuah resort di Pantai Cahaya Baru .Dia yang di temani oleh teman lelakinya berusia 17 tahun tiba-tiba pengsan dan mengalami pendarahan yang teruk sebelum meninggal dunia.Mangsa di percayai ponteng sekolah selepas di hantar oleh ibu bersama adiknya.Teman lelkinya yang panik telah memberitahu petugas hotel dan di dapati mangsa telah meningal dudnia di tempat kejadian. |
You are subscribed to email updates from borak kosong To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |