Adsense

Isnin, 17 Jun 2013

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Buka tudung ikut kontrak

Posted: 16 Jun 2013 03:20 PM PDT

Sekembalinya dari mengerjakan haji tahun lalu, Rossa, 34, tampil mengenakan hijab. Perubahan itu dapat dilihat ketika penyanyi ini menjadi juri rancangan X-Factor Indonesia.

Pastinya perkara itu amat menggembirakan ramai pihak, terutama peminat penyanyi lagu Ayat-Ayat Cinta itu. Walaupun bertudung litup, kejelitaannya tetap terserlah.

Bagaimanapun, penampilan berhijab itu tidak kekal lama apabila pemilik nama penuh Rossa Roslaina Sri Handayani ini kembali mendedahkan rambutnya.

Ternyata tindakan Rossa membuka hijab mendapat kritikan ramai, termasuk peminatnya sendiri.

"Saya akui tindakan membuka tudung mengundang pelbagai reaksi negatif. Mereka tidak suka dengan tindakan itu.

"Sejujurnya, saya terpaksa berbuat demikian kerana perlu mematuhi kontrak dan perjanjian yang sudah dipersetujui lebih awal. InsyaAllah, selepas segala perjanjian atau kontrak tamat, mungkin saya akan berhijab atau selepas mendirikan rumah tangga," katanya ketika ditemui pada sidang media Enjoy Jakarta di Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

Hadir sama memeriahkan acara itu adalah kumpulan Ungu; pengacara terkenal, Sarah Sechan; dan vokalis kumpulan Kahitna, Heidi Yunus.
Walaupun kembali membuka tudung, tegas Rossa, dia tetap menjaga penampilan supaya tidak mencetuskan kontroversi memandangkan dirinya sudah bergelar hajah.

"Rasanya penampilan saya sekarang lebih sopan," ujar ibu kepada seorang cahaya mata lelaki ini.

Alami kejutan budaya

Sewaktu mula-mula sampai di kota Jakarta kerana melanjutkan pelajaran di Universiti Indonesia, Rossa tidak malu mengakui dia mengalami kejutan budaya. Mengulas lanjut perkara itu, Rossa berkata, membesar di Sumedang yang mengamalkan cara kehidupan penuh lemah lembut dan sopan membuatkan dia kekok di sana.

"Di tanah kelahiran saya di Sumedang, orangnya bercakap dengan lemah lembut dan sopan.

Apabila berada di Jakarta, kebanyakan mereka bercakap dengan kuat dan menjerit-jerit.

Saya sangat tidak biasa dengan keadaan seperti ini.

"Bagaimanapun, lamakelamaan saya semakinbetahdengan gaya hidup seperti itu," cerita Rossa.

Ditanya apakah pengalaman itu mengubah dirinya, Rossa menjelaskan, dia bersyukur kerana perubahan yang berlaku bukanlah ke arah negatif.

"Untuk hidup di Jakarta, saya kena kuat dan sentiasa berfikir jika orang lain boleh, mengapa saya tidak? Lagi pun, setiap minggu, ibu saya akan datang mengunjungi, jadi tiada masa untuk buat perkara bukanbukan," katanya.

Anak didik jadi juara

Beralih kepada perkembangan kerjaya seni, Rossa baru selesai menjalankan tugas juri program realiti X-Factor, selepas enam bulan terikat dengan tanggungjawab itu.

"Kini saya bebas. Saya sangat bersyukur kerana anak didik saya, Fatin Shidqia, akhirnya menjadi juara. Sebagai mentor, saya sangat bangga dengan pencapaiannya. Bermula sesi uji bakat, dengan hanya berpakaian seragam sekolah, akhirnya dia pulang dengan membawa pulang kereta yang dimenangi.

"Walaupun dia kini bukan lagi di bawah jagaan saya, tetapi saya tetap memberi nasihat dan berkongsi ilmu bagaimana mahu menjadi artis yang baik," kata Rossa yang kini sedang sibuk mengumpulkan metarial untuk album solo terbaru.

Mengulas tanggung jawabnya sebagai jurucakap kempen Enjoy Jakarta, Rossa berkata, dia gembira kerana usaha selama dua tahun selepas pelantikannya semakin menampakkan hasil.

Berpisah kerana gaya hidup berbeza

Posted: 16 Jun 2013 03:17 PM PDT

Kalau ingin mencari pasangan hidup, carilah orang yang setaraf dengan kita. Lagi pun, perkara itu pun memang digalakkan oleh agama dan budaya kita. Bukan apa, ia untuk mengelakkan daripada timbulnya masalah dalam hubungan rumah tangga pada kemudian hari.

Cik Normah bangkitkan isu ini pun kerana teringatkan kisah yang diceritakan Sakura Sepi, mengenai sepasang selebriti yang sebelum ini asyik mahsyuk bercinta, tetapi hubungan mereka akhirnya terputus di tengah jalan kerana masing-masing mempunyai gaya hidup berbeza.

Mungkin selepas setahun dua bercinta, barulah mereka sedar hubungan itu tidak seharusnya diteruskan.

Seorang lebih tebal dengan sikap ketimuran manakala seorang lagi lebih kebaratan. Ala-ala kisah dalam drama atau filem yang kita selalu tonton gitu.

Malah, Cik Normah juga difahamkan, keluarga kedua-dua belah pihak saling tidak berkenaan dengan pasangan yang dipilih anak masing-masing. Bagi keluarga yang lebih moden, kekasih anaknya itu dilihat terlalu kekampungan.

Manakala keluarga yang satu lagi pula sakit mata dengan gaya hidup pilihan hati anaknya yang terlalu moden dan bak burung lepas bebas.

Sekalipun anak sudah terjebak dalam dunia hiburan, tidak bermakna ideologi keluarga boleh berubah. Apabila sudah menebal ciri ketimuran, apatah lagi berasal dari desa, tentulah terkejut keluarga si artis melihatkan sikap temannya yang tidak tahu menjaga sensitiviti ketika berkunjung ke rumah orang tua kekasihnya.
Mujurlah artis itu tersedar awal. Yalah, bagi Cik Normah, lebih baik hubungan itu putus ketika mereka belum mempunyai ikatan sah.

Bukan apa, jika sudah beranak-pinak esok, tentulah tidak sedap dan tidak elok apabila terpaksa bercerai-berai.

Daripada cerita si Sakura Sepi ini lagi, artis yang berasal dari desa itu kini mahu lebih berhati-hati dalam memilih pasangan. Dia tak kisah memilih orang biasa, dan biarlah yang tiada nama, asalkan matanya tidak sakit melihat sikap serta perangai kurang sopan pasangannya.