Adsense

Selasa, 16 April 2013

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Emma Maembong kekasih Zizan?

Posted: 16 Apr 2013 06:28 AM PDT

Oleh MUHAMMAD AZRUL MOHD. RADI

KUALA LUMPUR 16 April - Aktres jelita, Emma Maembong, 21, menafikan dakwaan yang mengatakan dia kini sedang bercinta dengan pelawak, Zizan Razak.

Menurutnya, khabar angin itu tidak berasas sama sekali dan mengaku hatinya belum terpaut pada mana-mana lelaki lagi.

"Sekarang ini saya berada di bawah syarikat milik Zizan, Wire Fame Sdn. Bhd. bersama dengan Johan Asaari dan Kaka.

"Bila kita sudah berada di bawah satu bumbung, memang akan rapatlah sebab kita kerja bersama, itu sahaja," jelasnya.

Semalam, sewaktu majlis sambutan hari ulang tahun Zizan yang ke-29, Zizan mengaku yang dia rapat dengan seorang wanita yang dirahsiakan identitinya.

Zizan turut mengakui teman istimewanya itu menghadiahkannya sebuah telefon pintar i-phone 5 sempena hari kelahirannya.

Jelas Emma lagi, ada juga yang mengaitkannya dengan Johan tetapi itu sekadar khabar angin sahaja. - UTUSAN ONLINE

Azizah Mohamad terima sumbangan RM5,000

Posted: 16 Apr 2013 04:54 AM PDT

Oleh GARRET DAWUM

KUALA LUMPUR 16 April - Penyanyi veteran Datin Azizah Mohamad,

63, hari ini menerima sumbangan RM5,000 daripada Perbadanan

Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

Ketua Pengarahnya, Raja Rozaimie Dalnish Shah berkata, bantuan

tersebut disalurkan menerusi Tabung Penggiat Seni yang

bertujuan untuk membantu penggiat seni terutama yang daif dan

uzur.

"Datin Azizah bukanlah orang pertama yang mendapat bantuan ini.

Malah, menerusi bantuan ini, semua penggiat seni sama ada

penyanyi, pelakon dan yang berada di belakang tabir berhak

memperolehinya.

"Selain itu, artis yang menghidap penyakit kronik, ditimpa

bencana alam seperti banjir, tanah runtuh dan ribut layak

mendapat bantuan sehingga RM10,000," katanya semasa kunjungan

mesra dan penyerahan sumbangan tersebut di Hospital Kuala

Lumpur (HKL) di sini hari ini.

Azizah yang merupakan penyanyi kumpulan pop yeh yeh, Nirwana

dan juga isteri kepada Datuk A. Rahman Hassan dimasukkan ke HKL

akibat komplikasi pelbagai penyakit sejak 11 April lalu.

Sementara itu, A. Rahman berkata, isterinya pernah

berada di hospital selama sebulan sejak awal Januari hingga

awal Februari tahun ini akibat penyakit kencing manis, darah

tinggi, dan jangkitan kuman dalam paru-paru serta kanser

pangkal rahim.

"Setelah keluar saya terus mendapatkan perubatan alternatif dan

alhamdulillah keadaannya sudah stabil dan kini dia mendapatkan

rawatan semula.

"Saya berterima kasih dengan sumbangan ini kerana ia dapat

meringankan beban kami dan berdoa agar isteri saya cepat sembuh," ujarnya. - UTUSAN ONLINE

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Zizan Razak Sudah Jatuh Cinta

Posted: 15 Apr 2013 11:20 PM PDT

Posted: 16 April 2013 at 2:20 pm  

sambutan hari jadi Zizan

Malam semalam telah berlangsungnya majlis sambutan hari jadi Zizan Razak yang ke-29, Majlis yang dianjurkan oleh kelab peminat Zizan itu telah berlangsung dengan penuh meriah di Restoran Felda Villa semalam..

Apa yang menariknya, Pada majlis tersebut Zizan mengakui yang dia kini telah jatuh cinta dengan seorang gadis yang amat rapat denganya dan bakal menamatkan zaman bujang menjelang usia 30 tahun. .. Namun, Zizan dikatakan enggan mengulas lanjut siapakah gadis yang bertuah itu..

"Saya memang rancang untuk kahwin pada usia 30 tahun, tetapi soal jodoh kita tak tahu. Buat masa sekarang, saya memang ada berkenan dengan seorang gadis ini. Saya pun tak tahu sama ada dia sedar atau tidak saya meminati dia.

"Tetapi dia belum tahu lagi isi hati saya terhadapnya dan saya belum bersedia untuk memberitahunya," kata Zizan.

Tambah Zizan lagi, gadis itu juga telah menghadiahkan beliau sebuah telefon bimbit IPhone 5 pada sambutan hari jadinya semalam..

Ditanya apakah ciri-ciri yang membuatkan dia meminati pada wanita itu, kata Zizan, dia sukakan wanita yang bersifat sederhana dan tidak terlalu seksi.

"Saya kalau boleh suka orang yang simple, tidak seksi, dan apa yang paling penting pandai ambil hati orang tua saya", katanya.