Adsense

Isnin, 11 Februari 2013

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Shila Amzah Ditemui Di Kemaman Terengganu Dalam Keadaan Selamat

Posted: 10 Feb 2013 04:30 PM PST

Posted: 11 February 2013 at 8:30 am  

shila amzah dan nd lala

Shila Amzah yang menghilangkan diri dan tidak pulang ke rumah sejak balik dari Shanghai minggu lepas akhirnya telah berjaya ditemui di kemaman, Terengganu malam semalam… Shila Amzah dikatakan ditemui dalam keadaan selamat oleh ND Lala selepas bapanya itu membuat laporan polis pagi kelmarin mengenai kehilangan anak sulungnya itu..

Difahamkan, Shila Amzah telah menghubungi bapanya untuk memberi tahu lokasi persembunyian selepas berita kehilanganya disiarkan di akhbar..

Sementara itu, melalui akaun twitter milik Shila Amzah, dia memberi tahu yang dia tidak melarikan diri, tetapi hanya mahu bersendirian dan tenangkan diri dari semua masaalah yang melanda..

You have no idea what I've went through.. I didn't ran away.. I just want a peace of mind away from all these people. Why can't I?tell me.

Shila Amzah juga akan berada di Pulau Pinang hari ini bersama penyanyi sensasi dunia, Park Jae-sang atau Psy bagi menjayakan persembahan rumah terbuka Tahun Baru Cina disana.

Gambar Di Majlis Pertunangan Pierre Andre Dan Nurhidayah

Posted: 10 Feb 2013 05:51 AM PST

Posted: 10 February 2013 at 9:51 pm  

Pierre Andre bertunang

Tahniah buat hero Malaysia, Pierre Andre kerana telah selamat bertunang dengan gadis pilihannya yang dikenali sebagai Nurhidayah semalam (9 feb).. Akhir tahun lalu, Pierre Andre ada menyatakan hasratnya untuk bertunang dengan gadis yang berasal dari Johor dan nampaknya Majlis pertunangan mereka telah selamat diadakan dan berjalan dengan lancar seperti apa yang dirancangkan..

Sama cantik dan sama padan, itulah yang boleh kami katakan buat pasangan Pierre Andre dan Nurhidayah ni.. Daripada gambar yang dikongsikan oleh metrowealth, Jelas kita lihat Khatijah Tan yang juga ibu kepada Pierre Andre adalah insan yang paling gembira sekali di hari bersejarah itu..

Sama-sama la kita doakan agar pertunangan mereka ini akan berkekalan sehingga diijabkabulkan kelak.. Apa-apa pun buat peminat Pierre Andre, jom kita layan gambar disekitar majlis pertunangan Pierre Andre kat bawah ni…