Adsense

Khamis, 20 September 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Filem Hollywood Terbaru Di Astro Best

Posted: 20 Sep 2012 07:20 PM PDT

FILEM HOLLYWOOD TERBARU DI

Setiap hari Budiey sibuk dengan kerja, hadiri event dan menulis blog. Sampai tak sempat untuk menonton filem di pawagam. Kadang-kadang rasa macam ketinggalan pun ada sebab tak semua filem yang ada di pawagam dapat ditonton.

Sekarang dunia dah makin maju. Walaupun tak dapat tonton di pawagam. Jangan risau, masih ada peluang lagi untuk menonton secara santai di rumah.

Korang pernah tak rasa atau terfikir, masa duduk kat sofa di rumah tu, "Apa yang aku nak tonton hari ni? Atau mungkin korang terfikir, "Okay, hari ni aku nak tonton filem The Avengers." Jika anda terdetik je nak tonton, sebenarnya kini dah ada satu channel yang menawarkan filem-filem Hollywood dan Asia terbaru.

Ya, Budiey ulangi kat sini… terbaru!

Lepas ni, kita tak perlu nak kejar-kejar untuk ke pawagam sebab tengok kat rumah pun boleh. Lagi senang, jimat masa dan santai.

Generasi sekarang sepatutnya berterima kasih kepada teknologi yang semakin maju, membuatkan kita tak perlu nak membuang masa mengharung jalan sesak dan mencari tempat parking kereta semata-mata untuk menonton filem di pawagam.

Astro Best

Baru-baru ini, Budiey telah menghadiri satu Pelancaran Astro Best, sebuah saluran di mana ia menghidangkan kepada anda semua kandungan hiburan seperti filem-filem terbaik antarabangsa dan Asia yang boleh didapatkan melalui sistem satelit dan IPTV. Haa, dapat pula menonton dalam bentuk HD. Rasanya lebih gempak dari biasalah!

Selain dihidangkan dalam bentu definisi tinggi, filem-filem terbaik yang mana tiga bulan ditayangkan di pawagam, akan disajikan di Astro Best yang membawa konsep 'Pay Per View'. Jika tak sempat nak tonton di rumah, sebenarnya, kita boleh tonton di mana sahaja, bila-bila masa dengan menggunakan telefon bimbit mahu pun PC tablet atau gadget lain.

Pulang sahaja dari pelancaran itu, Budiey pun nak cubalah untuk menonton sebuah filem Marvel's The Avengers.

Budiey rasa, bayaran yang dikenakan untuk sebuah filem sangat berpatutan iaitu RM10. Dan kit boleh menonton selama 48 jam (2 hari) selepas langganan. Lebih kurang seperti melanggan juga.

Budiey tak fikir yang Astro Best boleh menjejaskan kutipan tiket di panggung sebab sekurang-kurangnya, kita tonton filem yang dah 3 bulan selepas ditayangkan di pawagam.

Tapi dari segi harga, Budiey kira filem di Astro Best lagi murah la sebab filem Melayu di Astro First harganya RM15. Jadi, Budiey rasa berbaloi. Sangat berbaloi. Daripada kita beli DVD cetak rompak atau muat turun dari mana-mana. Betul tak?

Sampai je di depan TV, Budiey ambil remote dan tekan saluran Astro Best iaitu saluran 481. Kita kena tunggu beberapa saat untuk download. Kemudian muncul di paparan beberapa poster filem yang dihidangkan. Kat situ, kita boleh pilih filem mana yang kita nak. Kemudian Budiey teruk klik OK untuk Marvel Avenger's. Oh ya, disediakan juga untuk filem yang kita nak langgan.

Kemudian, ada paparan: "Order Now: Please select the movie you wish to order. HD available to Astro B.yond HD customers only.

Kat bawah tu pula Budiey diberi tiga pilihan filem. Ada Marvels The Avengers, ada The Hunger Games dan I AM. Siap dengan harganya sekali iaitu RM10 untuk sebuah filem dalam bentuk HD.

Kemudian, Budiey klik CONFIRM ORDER.

Selepas itu, ada beberapa prosedur untuk arahan pembayaran. Tak sampai 5 minit pun. Selepas mendapat pengesahan melalui SMS. Budiey dah dapat tonton filem Marvel's The Avengers.

Tonton video sekitar pelancaran:

Oh ya, paling terkini, Budiey rasa ramai yang tak tahu, anda juga boleh menonton filem Hollywood kegemaran anda di Facebook.

Astro Best

Jadi, anda sekarang boleh ketawa berdekah-dekah depan Facebook atau anda sekarang dah boleh jerit kuat-kuat bukan sahaja di pawagam, haa sekarang boleh tonton filem Melayu anda di Astro First di Facebook.

Disebabkan Budiey belum lagi menonton filem Seram Sejuk di pawagam, jadi Budiey pun mahu cuba menonton filem ni di Facebook dengan hanya melayari
https://www.facebook.com/Astroworldofmovies/app_129725310506851

Astro Best

Budiey dah pun cuba menonton filem Seram Sejuk dengan menggunakan aplikasi Facebook ni. Hanya bayar RM18 untuk sebuah filem. Cara pembayaran boleh menggunakan Paypal. Jadi, bagi yang tak ada akaun Paypal, nak senang, kenalah buat akaun Paypal dulu.

Astro Best

Dengan aplikasi Facebook Astro First ni, kita bukan sahaja dapat menonton cerita wayang terkini, malah kita juga boleh berborak dengan rakan-rakan di Facebook!

Selain dapat borak, anda juga boleh baca sinopsis filem di aplikasi ini.

Astro Best

Yang penting, aplikasi yang ohsem ini juga boleh digunakan oleh sesiapa sahaja (termasuk mereka yang tidak mempunyai akaun Astro).

Nah! Sekarang Budiey dah tonton filem Seram Sejuk lakonan Angah Raja Lawak dan ramai lagi. Sambil menonton boleh pulak borak-borak dengan kawan-kawan di Facebook. Sangat best! Ohsem!

Sebenarnya, bukan sahaja filem antarabangsa yang hebat, malah, program hiburan popular, konsert, drama box-set, dokumentari, program Catch Up juga disajikan untuk pengguna Astro Byond .

Seharusnya, terima kasih perlu diucapkan kepada Astro sebab membawakan filem-filem terunggul ini dengan kolaborasi bersama studio-studio antarabangsa seperti The Walt Disney Company, Lionsgate, Sundance, Sony Pictures Television, Fortune Star, CJ Media dan Unitel Classica. Pada masa depan, pasti banyak lagi filem-filem dari studio yang lain pula akan masuk ke Channel 481 ini.

Astro B.yond VOD ialah perkhidmatan internet yang disediakan bagi servis Video-On-Demand (VOD) yang menawarkan pelbagai program-program terhangat unutuk dinikmati oleh pelanggan Astro.

Di antara filem-filem yang telah disediakan dalam Astro B.yond VOD ialah filem-filem terhangat seperti "50/50," "Man On A Ledge" "Abduction," "Here," "Teddy Bear" termasuk juga filem-filem Asia dan Bollywood seperti "Nightmare," "Ghost On Air" "Ashoka" "Chalte Chalte" "Penny Pinchers" dan banyak lagi.

Program-program yang terdapat dalam Catch Up TV termasuklah "Oh My English," drama-drama Korea dan Cina seperti "City Hunter," "Palace II," dan "The Other Truth," serta program-program Disney terhebat seperti "Phineas and Ferb" dan "Upin and Ipin" dengan banyak lagi program-program yang akan disediakan setiap hari.

Kandungan VOD terpilih juga boleh didapatkan dalam talian dan juga menerusi servis Astro On-The-Go yang masih percuma bagi semua pelanggan.

Untuk maklumat lanjut tentang Astro Best dan Astro B.yond VOD, sila layari www.facebook.com/Astroworldofmovies

Tags: , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

Shila Amzah Menang Juara Tempat Pertama di Asian Wave 2012

Posted: 20 Sep 2012 07:10 PM PDT

Sejurus Budiey sampai rumah dari event Grand Opening Butik H&M, Budiey telah menerima satu perkhabaran yang Budiey kira ianya satu berita yang menggembirakan dan membanggakan buat peminat Shila Amzah #Shilalas dan warga Malaysia di mana Shila Amzah telah memenangi juara tempat pertama di yang berlangsung di Shanghai, bermula jam 8.30 malam tadi.

Dengan kemenangan ini, Shila Amzah bawa pulang RM2.5juta hasil jadi juara Asia Wave 2012. Wow, sekelip mata jadi jutawan.

Shila Amzah Menang Asian Wave 2012

Congrats beb @Shilaamzah kerana anda telah menjulang dan mengharumkan nama Malaysia di peringkat Asian dan antarabangsa. Jumlah yang tonton pertandingan ni pun bukan sikit. Kat Youtube pun ramai jugak yang tonton. Memang tak sangka betul Shila Amzah boleh menang sebab persaingan cukup sengit.

Patutlah juri gelar Shila Amzah ni superstar. Rupanya, dia dah kasi hint yang Shila Amzah akan menang rupanya.

Pada malam final tadi, Shila Amzah nyanyi 3 lagu iaitu Gemilang (Jaclyn Victor), Grenade (Bruno Mars) dan sebuah lagu Mandarin.

nyanyi lagu GRENADE di Final Asian Wave membawa gelaran Juara:

Video Shila Amzah nyanyi lagu Mandarin di Final Asian Wave 2012

Jika anda tonton video di atas ni, kita boleh tengok, semasa diumumkan sebagai juara, Shila Amzah ada menyelitkan ucapan terima kasih kepada ayahnya dan memeluk ayahnya dengan disaksikan oleh semua penonton. Budiey percaya, ramai yang menonton di You Tube ini turut terharu dan menitiskan airmata. Benarlah fakta mengatakan, restu ibu dan ayah sangat penting dalam apa jua yang kita lakukan. Jadi, mohonlah restu dari mereka ya.

Berita gembira ini telah disahkan oleh adik Shila iaitu Syahir Hamzah menerusi twitter peribadi miliknya dengan menyatakan perasaan syukur terhadap kemenangan kakaknya itu.

Berikut adalah petikan twitter milik adik Shila:

Alhamdulillah. @Shilaamzah is a Champion for Asian Wave 2012!! Thanks for you guys for voting :) Lets trending #TahniahShilaAmzah :)

Kemenangan ini sebenarnya adalah kemenangan semua penyokong Shila Amzah dan warga Malaysia yang tak putus-putus mengundi Shila Amzah.

Pengorbanan dan penat lelah penyanyi negara, Shila Amzah akhirnya berbaloi setelah menang bertarung dengan 5 lagi finalis dari beberapa negara lain dalam pertandingan final Asian Wave yang akan berlangsung pada malam tadi.

Dalam pertandingan final Asian Wave ini, Shila Amzah bersaingan sengit dengan 5 finalis daripada negara China, Korea Selatan, Singapura, Thailand, Malaysia dan India.

Pada mulanya, peserta daripada negara China mendahului di tangga teratas dengan undian secara online yang tertinggi iaitu melebihi 140,000 di mana ketika itu, Shila hanya mampu berada di tempat kedua dengan undian 69,000. Namun, Shila Amzah berjaya mengatasi persaingan ini.

VIDEO SHILA AMZAH PERFORM DI ASIAN WAVE 2012

Forever Love

Set Fire To The Rain

Penampilan Shila Amzah dalam pertandingan Asian Wave Shanghai menerusi lagu Forever Love nyanyian asal Lee Hom telah berjaya menarik perhatian juri serta penonton yang mengikuti program tersebut.

Malah, salah seorang juri pertandingan itu iaitu Eric Moo telah melabelkan Shila sebagai seorang Superstar yang berjaya membuatkan penonton rasa meremang dengan gaya vokal mantap nyanyiannya itu.

Lebih teruja lagi, apabila juri yang berasal dari Malaysia tetapi telah menetap di China berjanji akan menunjukkan persembahan Shila kepada Lee Hom.

"Saya berjanji akan mencari cara agar Lee Hom mendengar sendiri Forever Love versi Shila Amzah. Pada malam ini, saya telah mendengar sebuah nyanyian dari Shila yang meremangkan bulu roma saya. Bagi saya, Shila adalah next Superstar," ujar Eric.

Menyahut pandangan Eric, Shila dengan rendah hati, tidak menyangka pujian sebegitu akan diluahkan dari mulut Eric yang berpengalaman besar dalam industri muzik China.

"Ya, saya tidak terfikir Eric akan mengkategorikan saya sebegitu. Masih jauh lagi," ujar Shila.

Bertegas dengan pandangannya itu, Eric telah memberitahu bahawa sememangnya Shila layak mendapat gelaran Superstar.

"Saya tidak kira. Saya tetap merasakan awak adalah Superstar Shila. Sekarang ini awak telah pun menjadi Superstar," tegas Eric yang juga bergelar penyanyi hebat di China.

Tahniah Shila Amzah!

Shila Amzah menang Asian Wave 2012

Shila Amzah Menang Juara Asian Wave 2012

Gambar Shila Amzah bertudung di Asian Wave 2012 Competition. Cantik dan elegan. Rezeki bertudung namanya.

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

OHBULAN!

OHBULAN!


“Rasanya Mungkin Ada Salah Faham Di Antara Kami” – Dato’ Fazley Jawab Isu Berkaitan Azwan Ali

Posted: 20 Sep 2012 10:39 PM PDT

Menerusi laporan Murai.com hari ini, selebriti terkenal Dato' Fazly yang juga juara untuk program Masterchef Selebriti Malaysia yang lalu telah menjawab isu salah faham yang berlaku antara dirinya dan pengacara sensasi Azwan Ali.

Menurut Dato' Fazley, dia sendiri tidak pasti punca sebenar krisis antara dirinya dan Azwan Ali, akan tetapi dia telah tampil dan berjumpa dengan Azwan secara pribadi untuk memohon maaf sejak dari awal lagi selepas merasakan wujudnya rasa tidak senang hati pengacara sensasi tersebut di dalam akaun Twitter peribadi miliknya.

"Rasanya mungkin ada salah faham di antara kami tetapi saya sendiri kurang pasti apa isunya. Namun, apa pun isunya saya terlebih dahulu sudah bertanyakan sendiri serta meminta maaf kepada Azwan secara peribadi, jika saya ada membuat hatinya terluka," Ujar Dato' Fazley merendah diri.

Disamping itu, Dato' Fazly turut akui yang dia tidak merasa kecil hati dengan kata-kata Azwan Ali malah memberitahu kini hubungan mereka sangat baik umpama hubungan adik beradik.

Namun begitu menerusi laporan Murai semalam, Azwan Ali sendiri akui pernah berkecil hati serta baran dengan sikap Dato' Fazley ketika mereka sama-sama berada di akhir-akhir program masakan Masterchef Selebriti Malaysia pertama dahulu.

Meskipun begitu, Azwan memberitahu yang dia sendiri tidak berniat untuk memanjangkan lagi isu tersebut dan merasa kagum dengan sikap Dato' Fazley yang sangat merendah diri serta mengormati dirinya.

Anugerah Blokbuster : Senarai Finalis Layak Ke Peringkat Akhir

Posted: 20 Sep 2012 08:59 PM PDT

Buat julung kalinya, Penerbit Filem Malaysia (PFM) telah menganjurkan sebuah anugerah yang memberikan keputusan seratus-peratus ditangan peminat sebagai juri.

Anugerah Blokbuster dianjurkan bertujuan untuk mengiktiraf kesemua bakat-bakat yang ada dan apa yang paling penting, tiada isu keputusan berat sebelah akan timbul kerana anda sendiri yang akan menentukan siapa yang layak menang.

Untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana untuk mengundi artis-artis pilihan anda menerusi Online dan SMS, sila layari website rasmi di www.anugerahblokbuster.com.my.

Peringkat kedua undian Anugerah Blokbuster kini sudah bermula! 10 calon tertinggi bagi setiap kategori hasil dari undian anda sebelum ini secara rasmi telah disenaraikan disini. Untuk undian peringkat kedua, anda boleh melakukan undian secara SMS dan secara ONLINE bermula pada 19 September 2012, jam 12 tengahari sehingga 6 Oktober 2012, jam 6 petang.

Untuk menentukan pemenang bagi setiap ketegori, undian akan dikira berdasarkan 50% undian secara ONLINE dan 50% lagi undian secara SMS. Semua keputusan undian bagi setiap ketegori akan diumumkan pada Malam Kemuncak Anugerah Blokbuster yang akan bersiaran langsung pada 6 Oktober 2012, jam 9 malam, eksklusif di Astro Ria. Untuk maklumat lanjut layari www.anugerahblokbuster.com.my.

Akhirnya, selepas undian fasa pertama secara online iaitu bermula 3 September sehingga 18 September tamat, kesemua finalis bagi setiap kategori telahpun diumumkan. Dibawah adalah senarai bagi finalis-finalis untuk setiap kategori.

ANUGERAH FILEM TERHEBAT

1  Ombak Rindu
2  KL Gangster
3  Hikayat Merong Mahawangsa
4  Hantu Bonceng
5  Sekali Lagi
6  Karak
7  Bini-Biniku Gangster
8  Cun
9  Nur Kasih The Movie
10  Papa I Love You

ANUGERAH TUAN DIREKTOR TERHEBAT

1  Syamsul Yusof (Kl Gangster)
2 Yusry Abdul Halim (Hikayat Merong Mahawangsa)
3 Fracis Foo, Kabir Bhatia & Mira Mustaffa
4 Yusry Abdul Halim (Karak)
5 Ahmad Idham Ahmad Nadzri (Hantu Bonceng)
6 Osman Ali (Ombak Rindu)
7 Syamsul Yusof (Khurafat)
8 Afdlin Shauki
9 Hashim Rejab (Sekali Lagi)
10 Syamsul Yusof (Aku Bukan Tomboy)

ANUGERAH DIREKTOR BARU TERHEBAT

1 Ernie Chen
2 Woo Ming Jin
3 M.Suurya (Sumpahan Puaka)
4 Jeffrey Chiang

ANUGERAH FILEM AKSI TERHEBAT

1  Hikayat Merong Mahawangsa
2  KL Gangster
3  Kongsi
4  Karak
5  Songlap
6  Senario The Movie Ops Pocot
7  Klip 3GP

ANUGERAH FILEM KELAKAR TERHEBAT

1  Bini-Biniku Gangster
2  Hantu Bonceng
3  Sekali Lagi
4  Raya Tak Jadi
5  Aku Bukan Tomboy
6  Suatu Malam Kubur Berasap
7  Senario The Movie Ops Pocot
8  Alamak Toyol
9  Kembar Siang
10 Karipap-Karipap Cinta

ANUGERAH FILEM TAKUT TERHEBAT

1  Khurafat
2  Flat 3A
3  Senjakala
4  Sini Ada Hantu
5  Suatu Malam Kubur Berasap
6  Penunggu Istana
7  Seru
8  Sumpahan Puaka
9  Rasuk
10 Di Larang Masuk

ANUGERAH DRAMA MUZIKAL TERHEBAT

1  Sekali Lagi
2  Nur Kasih The Movie
3  Papa I Love You
4  3,2,1 Cinta
5  Apa Tengok-Tengok

ANUGERAH HERO TERHEBAT

1  Zizan Razak
2  Aaron Aziz (Ombak Rindu)
3  Aaron Aziz (KL Gangster)
4  Johan Raja Lawak
5  Shahir
6  Shaheizy Sam (Bini -Bini Ku Gangster)
7  Remy Ishak (Nur Kasih The Movie)
8  Shaheizy Sam (Sekali Lagi)
9  Syamsul Yusof
10 Sharnaaz Ahmad

ANUGERAH HEROIN TERHEBAT

1  Yana Samsudin
2  Lisa Surihani (Sekali Lagi)
3  Scha Al Yahya
4  Lisa Surihani (Papa I Love You)
5  Maya Karin (Ombak Rindu)
6  Tiz Zaqyah
7  Juliana Evans
8  Maya Karin (CUN)
9  Diana Amir (3,2,1 Cinta)
10 Intan Ladyana (Kembar Siang)

ANUGERAH WATAK PENYANGAK TERHEBAT

1  Khir Rahman
2  Jehan Miskin (Cun)
3  Afdlin Shauki (Misteri Jalan Lama)
4  Ning Baizura (Cun)
5  Hasnul Rahmat
6  Rashidi Ishak
7  Dewa Sapri
8  Fikri Bakar
9  Namron (Misteri Jalan Lama)
10 Esma Daniel

ANUGERAH LAGU FILEM TERHEBAT

1  Ombak Rindu
2  Sedetik Lebih
3  Ku Syok Kat Dia
4  Nur Kasih
5  Kerek
6  Cun Selalu
7  Menjelang Aidilfitri
8  Psiko (Klip 3GP)
9  Hanya
10 Jelita

ANUGERAH HERO BARU TERHEBAT

1  Shahir
2  Syafie Naswip
3  Angah Raja Lawak
4  Taiyuddin Bakar
5  Zalif Sidek
6  Tengku Iedil Putra
7  Adey Syafrien
8  Sabhi Saddi
9  Azlee Khaii
10 Azlee Jaafar

ANUGERAH HEROIN BARU TERHEBAT

1  Mia Sara Nasuha
2  Nadiya Nisa
3  Tasha Shilla (Ratu The Movie)
4  Shera Aiyob (Karak)
5  Sara Ali (Nur Kasih The Movie)
6  Kilafairy (Karak)
7  Jazzy Rashid (Ratu The Movie)
8  Adeline Tsen
9  Mimie One Nation Emcee
10  Sara Ali (Penunggu Istana)

Anda boleh undi siapakah yang layak menang dengan memasuki pautan disini sekarang, Astro Gempak.

borak kosong

borak kosong


Hebat cara abang ni minta maaf

Posted: 20 Sep 2012 09:15 PM PDT

LONDON - Mengakui kesalahan lalu meminta maaf bukanlah perkara mudah. Namun seorang lelaki di Shildon, County Durham, Inggris rela mengakui kesalahan dan meminta maaf kepada seorang perempuan yang dicintainya dengan cara yang tidak biasa.

Lelaki ini menuliskan permintaan maafnya di sebuah van putih yang dia parking di dekat George Reynolds Industrial Estate di Shildon. Selain meminta maaf lelaki yang tidak disebutkan identitinya ini, juga melamar perempuan yang bernama Linda.

"Linda I'm so sorry. I'm a fool and an idiot sometimes. I love you with all my heart. Please come home and put this right. We miss you. I miss us. I want to grow old with you. Will you marry me? ," tulis lelaki tersebut, seperti dikutip Daily Mail,Kamis (20/9/2012).

Sejumlah orang yang menyaksikan  van tersebut tak jarang berhenti untuk berfoto. Para pekerja di County Durham mengaku mereka sedikit terkejut dengan peristiwa tersebut.

"Pastinya lelaki itu melakukan sebuah kesalahan besar. Semua orang membicarakan tentang pasangan ini sekarang. Ketika pertama kalinya saya melihat hal itu saya fikir ini hal yang baik. Ini pastinya cara baru meminta maaf," ujar salah seorang pekerja George Reynolds Industrial Estate, Harvey Jayne.

Salah seorang pekerja lainnya di Shildon County Annie Ollie menggambarkan pesan itu pastinya ditulis oleh seorang lelaki yang sangat patah hati. 

"Saya melihat pesan di van putih ketika melintas wilayah itu. Lelaki  itu pastilah sosok yang sangat patah hati. Bila cara ini tidak bekerja maka saya ragu akan ada cara lain," ujar Ollie.

Warga di sekitar wilayah tersebut mengaku, mereka tidak mengetahui identiti lelaki yang memarking van dengan tulisan permintaan maaf itu. Mereka juga tidak mengenal sosok perempuan yang disebut Linda.(rhs)

Dianggap Menganggu, Pengemis Dikandangkan

Posted: 20 Sep 2012 09:00 PM PDT

BEIJING - Ada pemandangan yang tidak biasa di festival yang diselenggarakan di sebuah kuil di Nanchang, Provinsi Jiangxi, China. Bagaimana tidak, sejumlah pengemis yang kerap berkeliaran terlihat ditempatkan dalam sebuah kandang layaknya haiwan peliharaan.

Pihak penyelenggara festival tersebut mengatakan, ditempatkannya para pengemis itu dikandang bertujuan agar para pengunjung tidak merasa terganggu dengan kehadiran mereka.

"Tahun ini kami memutuskan untuk tidak menerima para pengemis yang berkeliaran dimana-mana, menyedihkan dan merosak pemandangan bagi para pengunjung," ujar pihak penyelenggara, seperti dikutipOrange, Kamis (20/9/2012)

"Para pengemis pun cukup nyaman di kandang mereka sementara para pengunjung memberi mereka makan dan minum. Mereka boleh pergi bila saja mereka mahu, namun mereka diwajibkan meninggalkan kota ini bila mereka ingin pergi. Pastinya mereka tidak bisa berkeliaran di festival ini," imbuh pihak penyelenggara. 

Festival seperti itu umumnya kerap diselenggarakan untuk merayakan hari besar keagamaan. Umumnya festival diikuti dengan pasar malam yang menarik minat banyak pengunjung, baik warga lokal mahupun pelancung asing.

Sontak tindakan pihak penyelenggara festival ini mengundang kemarahan para aktivis hak asasi manusia di China. Mereka menyebut hal tersebut sebagai kebun binatang manusia.

"Mereka memperlakukan para pengemis itu layaknya di kebun binatang. Apa yang selanjutnya akan mereka lakukan, menjadikan cara makan mereka seperti layaknya sebuah pertunjukkan?," ujar juru bicara dari sebuah organisasi kemanusiaan.(rhs)

Korea Utara Gunakan “Gangnam Style” Untuk Mengejek Calon Presiden Korea Selatan

Posted: 20 Sep 2012 08:45 PM PDT


Kepopularan lagu "Gangnam Style" oleh PSY, seorang penyanyi rap Korea Selatan (Korsel) ternyata sampai ke negara tetangga Korea Utara (Korut).
Bahkan pihak Korut telah memasang sebuah video di website rasmi mereka, Uriminzokkiri, yang menampilkan karakter PSY yang sedang menari dengan foto wajah kandidat presiden Korea Selatan, Park Geun-hye menggantikan wajah penyanyi tersebut.
Liriknya yang sinis membela Park Chung-heem, mendiang diktator yang merupakan ayah dari Park.
Dikutip dari WashingtonPost, Park merupakan kandidat terkuat dan dalam jejak pendapat menjelang pemilihan presiden pada bulan Disember mendatang. Tapi dia telah menghadapi kritik liberal tentang warisan mendiang ayahnya.
Park Chung-hee adalah seorang otokrat yang keras. Tapi bagi pendukungnya Park dilihat sebagai sebagai faktor penting dalam peningkatan ekonomi Korea Selatan.
Diketahui, video asli "Gangnam Style" telah menjadi video terpopular di situs berbagi video YouTube, dimana sejak diunggah pada 15 Juli lalu, aksi tarian kuda ala PSY telah dilihat sebanyak 220 juta kali.

Lady Gaga Hisap Ganja di Atas Pentas

Posted: 20 Sep 2012 08:30 PM PDT



Lady Gaga menghisap rokok ganja saat melakukan konsert di Amsterdam, Belanda. Di konsert tersebut Gaga juga mengenakan kaos bergambar daun ganja.

Gaga melakukan konsert di Amsterdam, Belanda, di mana ganja dilegalkan di negara tersebut. Di tengah-tengah konsert, Gaga  berkomunikasi dengan para penontonnya dari atas pentas.

"Saya ingin Anda tahu itu (ganja) telah benar-benar mengubah hidup saya dan saya benar-benar mengurangi minum. Ini menjadi pengalaman spiritual bagi saya dengan musik saya," kata Gaga, seperti dikutip TheSun.
Gaga juga bercanda kepada para fansnya, bahwa ia akan bicara kepada Presiden Barack Obama untuk memintanya melegalkan ganja.

Selain pertunjukkan hisap ganja, di konser tersebut Gaga juga mengenakan pakaiannyeleneh. Gaga mengenakan tshirt putih bergambar daun ganja, sedangkan di bagian bawahnya, ia mengenakan stoking berjaring yang memperlihatkan bagian dalamnya.

Selain itu, penyanyi lagu Poker Face itu juga mengenakan gaun dengan bahan dari potongan daging segar.

Terobsesi Turun Berat Badan, Wanita Ini Divonis Mati 10 Tahun Lagi

Posted: 20 Sep 2012 08:15 PM PDT



Banyak wanita berfikir bahwa memakan pil diet boleh jadi cara instan untuk menurunkan berat badan. Namun sayangnya pada kes wanita ini, kerana terlalu bersemangat meminum pil tersebut, ia divonis hanya boleh hidup paling lama 10 tahun lagi. Tragis.

Michelle Rumsey wanita berusia 46 tahun dengan tinggi 165 cm dan berat 60 kg merasa dirinya kelebihan berat badan, terutama di bagian perut, pinggang dan pinggul. Lemak mengganggu tersebut membuat dirinya menelusuri internet untuk mendapatkan solusi cepat menyingkirkannya.

Keputusannya ini ternyata membawa malapetaka. Dilansir oleh Dailymail, ia kini telah ketagihan ubat tersebut selama empat tahun. Setelah didiagnosa oleh doktor spesialis, jantungnya pun mengalami gangguan dan divonis hanya boleh hidup paling lama 10 tahun lagi.

"Aku marah dan depresi kerana divonis mati, tidak pernah terfikir olehku pil-pil tersebut boleh sangat berbahaya," ujarnya. Ephedrine adalah pil yang dikonsumsinya, namun secara medis, obat tersebut dijual umum di Inggris dan tidak perlu melalui dokter.

Ubat tersebut ternyata dianjurkan sebagai penyembuh flu dan demam, namun diskusi di internet menyebutkan bahwa banyak wanita menyalahgunakannya sebagai ubat diet yang manjur dan cepat kerjanya. Bahkan dalam beberapa kasus, banyak jenis obat ini yang dipesan secara online dan tidak diketahui kejelasannya.

Dr Ian Campbell, mantan Direktur National Obesity Forum memperingatkan bahwa pengobatan secara instan tidak pernah benar. Bahkan metode pelangsingan cepat pun tidak dianjurkan. Michelle yang berasal dari Suffolk, Inggris, tergolong sihat saat masih berusia 30 tahun. I juga tidak pernah berfikir akan menempuh jalan tersebut.

Ternyata setelah diteliti, ubat flu yang disalahgunakan menjadi pil diet tersebut hanya boleh dikonsumsi dalam jangka pendek. Namun Michelle mengonsumsinya selama empat tahun dan menimbulkan komplikasi jantung. Kini dirinya harus memakan tujuh jenis obat jantung untuk menjaga sistem tubuh, terutama jantungnya tetap bekerja.

Askar Britain lahirkan anak di medan perang

Posted: 20 Sep 2012 08:00 PM PDT


LONDON - Seorang anggota tentera Britain melahirkan anak lelaki semasa berkhidmat di sebuah kem tentera tempat Putera Harry ditempatkan di Afghanistan.
Kelahiran di zon perang itu dipercayai kes pertama seumpamanya dalam sejarah tentera Britain.
Askar wanita berkenaan yang merupakan seorang pengendali meriam, melahirkan bayinya pada Selasa lalu di Kem Bastion.
Terletak dalam wilayah Helmand, kem tersebut merupakan pangkalan utama tentera Britain di selatan Afghanistan.
Pangkalan itu diserang hebat oleh kumpulan Taliban pada minggu lalu dengan menyebabkan dua askar Marin Amerika Syarikat (AS) terbunuh manakala enam pesawat pejuang AS turut musnah.
Mengulas kelahiran mengejut itu, Kementerian Pertahanan Britain (MOD) dalam satu kenyataan semalam menyatakan ia tidak menyedari askar tersebut sedang mengandung.
Kenyataan MOD menegaskan bahawa pihaknya tidak akan membenarkan askar wanita dikerahkan ke medan perang sekiranya mereka hamil.
Kenyataan sama enggan mendedahkan sama ada askar tersebut yang tidak didedahkan identitinya menyedari tentang kehamilannya.
"Kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan baik di hospital tersebut dengan mereka kini diberikan rawatan terbaik," kata kementerian berkenaan.
Menurut kementerian itu lagi, sepasukan doktor akan diterbangkan ke Afghanistan dalam tempoh beberapa hari lagi bagi membantu askar terbabit dan bayinya pulang ke Britain.
Askar wanita berkenaan hamil sebelum dihantar ke medan perang ekoran dia dikerahkan ke Afghanistan pada Mac lalu.
Ditanya tentang insiden tersebut, sebuah badan amal penjagaan kanak-kanak di Britain, National Childbirth Trust menyatakan tugas berat askar terbabit dipercayai menyebabkan dia tidak menyedari atau cuba untuk tidak mengendahkan kehamilannya.
"Askar ini mungkin terlalu fokus pada tugasnya tambahan pula, dia berada dalam situasi hidup mati di zon perang. Ini menyebabkan dia tidak menyedari atau tidak mengendahkan kehamilannya," kata ketua eksekutif badan amal tersebut, Belinda Phipps.
Menurutnya, kehamilan tersebut mungkin tidak disedari oleh askar-askar lain.
"Bukan semua wanita memiliki perut yang besar semasa hamil, sebahagian wanita mempunyai rahim yang jauh ke dalam," tambahnya. - AP
sumber : kosmo online

Zuckerberg rugi RM25b

Posted: 20 Sep 2012 07:45 PM PDT


LOS ANGELES: Mark Zuckerberg kerugian hampir separuh daripada kekayaannya yang berjumlah �11 bilion (RM55 bilion) apabila Facebook disenaraikan di pasaran saham.
Pengasas rangkaian sosial itu menyaksikan �4.9 bilion (RM25 bilion) harta milik peribadinya lenyap sepanjang tempoh 12 bulan lalu. 
Majalah Forbes yang mengumpulkan aset bilionair paling kaya Amerika Syarikat berkata, Zuckerberg berdepan dengan jalan yang rumit sejak saham Facebook diditawar kepada orang ramai Mei lalu.

Harga saham itu jatuh kepada hampir separuh kepada hanya �12 (RM60) sesaham.


Pada masa sama, Facebook juga berdepan dengan pelbagai tindakan undang-undang dan perbuatan tuduh menuduh yang dijangka berlarutan selama beberapa tahun akan datang. 
Menurut Senarai Warga Amerika Paling Kaya 2012 yang dikeluarkan Forbes, Zuckerberg mengalami kerugian paling besar berbanding orang lain, menyebabkan kedudukannya merosot dari tangga ke-14 kepada 36.

Dalam analisisnya, Forbes berkata, Facebook mencatatkan pencapaian yang teruk dan ia melaporkan kerugian bersih sebanyak �96 juta (RM480 juta) pada Julai, hingga mendorong kejatuhan harga sahamnya kepada tahap lebih rendah.

Bagaimanapun, ia berkata, kekayaan peribadi Zuckerberg masih 'menakjubkan' dan dia kekal komited kepada syarikat.

"Kemerosotan itu tidak akan banyak mengubah gaya hidup CEO itu.

"Apa yang kurang jelas ialah sama ada eksekutif muda itu boleh mengemudi dan menjadikan Facebook sebuah syarikat awam yang berjaya," kata Forbes. - DM 


sumber : mymetro

24,000 pengguna Facebook dapat jemputan parti hari lahir

Posted: 20 Sep 2012 07:30 PM PDT


THE HAGUE: Polis di bandar kecil di Belanda semalam bersedia menghadapi kebanjiran orang ramai selepas jemputan seorang pelajar untuk meraikan hari lahirnya terbesar luas di Facebook.
Polis bandar Haren di Groningen diletakkan dalam keadaan bersedia ekoran jemputan remaja berusia ke-16 tahun itu.

Ia menjadi masalah apabila jemputan dibuat tanpa menjelaskan majlis berkenaan bersifat tertutup. Jurucakap polis berkata, mereka mengambil langkah tambahan bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Akhbar De Telegraaf melaporkan, 24,000 orang menerima jemputan itu dan 2,400 daripadanya bersetuju hadir ke Haren yang didiami 18,000 penduduk. - AFP


sumber : mymetro

Bekas tentera laku seks dengan pelajar sekolah dipenjara 2 tahun

Posted: 20 Sep 2012 07:15 PM PDT


SINGAPURA: Seorang tentera sepenuh masa berusia 22 tahun dihukum penjara dua tahun kerana mengadakan seks dengan gadis bawah umur.
Shanurfahmi Shariman, kini menganggur, mengaku bersalah bulan lalu kerana mengadakan seks dengan pelajar sekolah berusia 14 tahun di flatnya di Bedok dan di khemah di sebuah taman, tahun lalu. 
Jenayah itu terbongkar pada Mac tahun ini apabila gadis itu menggugurkan anak ketika kandungannya berusia lima bulan.

Hakim Mahkamah Daerah, Low Wee Ping berkata, Shanurfahmi sepatutnya tahu perbuatannya itu salah kerana dia sudah mempunyai anak perempuan luar nikah.

Shanurfahmi tidak disyorkan untuk menjalani tempoh percubaan kerana dia sedar akibat perbuatannya.

Mahkamah diberitahu, defendan mengambil kesempatan ke atas pelajar sekolah yang masih mentah. - Straits Times 


sumber : mymetro

Liu rela kaki dipotong

Posted: 20 Sep 2012 07:00 PM PDT


JIANGXI: Seorang wanita yang kaki kanannya membengkak sehingga saiz kaki seekor gajah, menimbang untuk memotongnya kerana tidak mampu menjalani rawatan perubatan.
Liu Sau dipercayai menghadapi masalah limfa yang menyebabkan kakinya membengkak sebesar itu.
Kaki kanannya mula membesar lima tahun lalu selepas melahirkan anak sulungnya. Kakinya itu kini lebih besar daripada pinggang anak bongsunya.

Ibu dua anak itu yang berasal dari sebuah kampung di wilayah Jiangxi, timur China, tidak boleh bekerja.



Dia terpaksa bergantung kepada suaminya, Yang Yifa untuk bekerja di ladang dan melakukan tugas rumah walaupun si suami menghidap batuk kering yang teruk.


Meskipun keadaan Liu boleh dirawat, ia dijangka akan berulang. Dia kini merancang mengambil langkah drastik dengan memotong kakinya itu.

"Mengekalkan kaki ini adalah pilihan terbaik tetapi kami tidak ada pilihan lain," katanya.

Yang pula berkata: "Kami berharap ada hospital yang boleh memotong kaki isteri saya secara percuma." - TS


sumber : mymetro

Lelaki patah jari lif flat terhempas

Posted: 20 Sep 2012 06:45 PM PDT


PETALING JAYA: Seorang juruwang lelaki cedera tangan kanan apabila lif dinaiki terhempas dari tingkat empat dalam kejadian di sebuah flat di Sungai Way, di sini, pagi kelmarin.
Dalam kejadian jam 6.45 pagi itu, mangsa mahu dikenali sebagai Remy, 30, patah jari kelingking selepas jatuh terduduk dan terpaksa mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Katanya, ketika kejadian, dia mahu ke tempat kerja dan menaiki lif itu sendirian apabila tiba-tiba ia bergegar.

"Sebaik memasuki lif dan pintunya tertutup, tiba-tiba lif bergegar. Namun, saya tidak mengesyaki apa-apa kerana sebelum ini, lif itu tidak pernah bermasalah.
"Lif turun dengan perlahan dan beberapa saat kemudian saya rasa ia meluncur ke bawah dengan sangat laju sebelum terhempas," katanya.

Remy berkata, sebaik lif terhempas, dia jatuh dalam keadaan duduk dan bersandar pada dinding sebelum terpaksa mengumpil pintu lif yang terbuka separuh untuk keluar.

"Kejadian berlaku dengan pantas dan ketika lif jatuh terhempas tiada sesiapa menyedari kejadian ini menyebabkan saya terpaksa berusaha untuk keluar sendirian

"Selepas keluar dari lif, saya terus pulang ke rumah kerana berasa sakit pada tangan kanan. Namun, tangan membengkak sehingga berubah biru menyebabkan saya meminta rakan serumah menghantar ke klinik swasta untuk rawatan.

Katanya, pihak klinik berkenaan kemudian merujuk kesnya ke PPUM untuk ujian sinar-X sebelum mendapati jari kelingkingnya patah dan diberi cuti sakit selama 10 hari.


"Ini kali pertama kes lif jatuh terhempas berlaku di flet ini, malah penghuni lain juga terkejut dengan kejadian ini berikutan lif tidak pernah bermasalah.

"Saya juga sudah membuat aduan kepada pihak pengurusan bangunan dan membuat laporan di Balai Polis Sungai Way untuk tindakan lanjut," katanya.


sumber : mymetro

Belasah nenek tuntut sewa bilik

Posted: 20 Sep 2012 06:30 PM PDT


KUALA LUMPUR: Bagai dirasuk setan. Seorang nenek bukan saja disembur racun serangga pada mukanya, malah turut ditolak, dipukul dan ditekup bantal oleh penyewa bilik yang berang dengan tindakan wanita terbabit yang menuntut sewa.
Difahamkan, tindakan tidak berperikemanusiaan penyewa itu terhadap nenek 72 tahun terbabit bagaimanapun berakhir selepas seorang jiran yang mendengar bunyi bising dari dalam rumah mangsa di Kampung Pandan, di sini, membantu menyelamatkannya, kelmarin.

Sumber berkata, insiden hampir 30 minit itu bermula kira-kira jam 7 malam selepas mangsa yang juga pemilik rumah berkenaan mengetuk pintu bilik meminta penyewa bilik di rumahnya itu membayar tunggakan sewa.


"Selepas beberapa kali mengetuk pintu, penyewa terbabit membuka pintu bilik. Mangsa kemudian meminta wanita terbabit menjelaskan tunggakan sewa.

"Wanita berkenaan yang dipercayai tidak puas hati dengan permintaan itu bertindak menghalau mangsa keluar dari dalam biliknya," katanya.


Malangnya, sebaik mangsa keluar dari bilik itu, wanita terbabit bertindak menghalangnya lalu menyembur racun serangga ke arah muka mangsa menyebabkan matanya pedih.



"Wanita berkenaan kemudian bertindak menolak mangsa sehingga terjatuh lalu menekup mukanya dengan bantal. Mangsa meronta-ronta dan cuba melawan.

"Namun, tindakan mangsa tidak berhasil apabila wanita itu bertindak memukul pula kepala mangsa menggunakan topi keledar dan menggigit tangan kanannya. Mangsa yang tidak berdaya hanya mampu menjerit," katanya.


sumber : mymetro

‘Saya jaga dia sampai bila-bila’

Posted: 20 Sep 2012 06:15 PM PDT


KASIH...Abdul Hamid menjaga isterinya di rumah mereka di Pantai Permai, Kerinchi.
KASIH...Abdul Hamid menjaga isterinya di rumah mereka di Pantai Permai, Kerinchi.
KUALA LUMPUR: "Pernah satu ketika, saya hilang arah dan tak tahu nak buat apa. Buntu memikirkan anak-anak dengan keadaan isteri yang kritikal, saya pula dibuang kerja, namun saya kuatkan semangat menghadapi ujian ini.
"Alhamdulillah, saya berjaya laluinya dan isteri semakin sihat. Insya-Allah, saya akan jaga dia sampai bila-bila," kata Abdul Hamid Alias, pemandu teksi yang menjaga isterinya selepas disahkan menghidap kanser tulang tahap empat sejak dua tahun lalu.
Katanya, kasih sayang yang kuat terhadap Zurida Yusuff, 44, sedikit pun tidak pernah pudar biarpun rutin harian hidupnya berubah sama sekali apabila terpaksa mengambil alih semua tanggungjawab menjaga anak, memasak, mengemas rumah termasuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada isterinya itu, setiap hari.

Menurutnya, pengesahan doktor mengenai keadaan kesihatan isterinya pada 2010 begitu memberi kesan kepada hidupnya sehingga diberhentikan kerja sebagai pengawal keselamatan kerana terlalu kerap mengambil cuti menjaga insan tersayang.


sumber : mymetro

Lelaki maut ditetak,50 polis kawal hospital

Posted: 20 Sep 2012 06:00 PM PDT


TAMPIN: Tiga lelaki dipercayai bekas tahanan Ordinan Darurat melakukan tiga serangan 'ala Mafia' dipercayai bermotifkan dendam lama di sekitar bandar ini kelmarin, menyebabkan seorang lelaki terbunuh, seorang parah ditetak, manakala dua remaja lelaki berusia 16 tahun cedera.
Dalam insiden pertama jam 10.30 malam, ketiga-tiga suspek bersama lebih 15 rakan mereka yang bermotosikal menyerang dua remaja berusia 16 tahun di sebuah kedai mencuci kenderaan di Repah, di sini, menyebabkan kedua-dua mangsa cedera.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh berkata, insiden itu berlarutan apabila pada jam 11.30 malam, tiga suspek sama menyerang mangsa kedua, M Sivabalan, 42, di rumahnya di Taman Bukit Tampin, di sini.

Katanya, dua daripada suspek menetak kepala, bahu dan tangan Sivabalan menggunakan parang di depan anak dan isterinya sebelum mangsa dikejarkan ke Hospital Tampin (HT), namun disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah.


sumber : mymetro

Gadis lembam dibuang di tepi jalan

Posted: 20 Sep 2012 05:45 PM PDT


BUTTERWORTH: "Kalau hang (awak) balik juga, mak pukul dengan kayu," kata Zuraini Abdul Kadir, 29, gadis lembam ketika menceritakan nasibnya yang mendakwa `dibuang' keluarganya sendiri.
Lebih malang, gadis berkenaan yang juga pemegang kad Orang Kelainan Upaya (OKU) dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), bukan saja tidak dikehendaki ibu bapanya yang sudah berpisah itu tetapi, 'dibuang' dengan cara menyayat hati apabila ditolak keluar dari kereta, Ahad lalu. Difahamkan, gadis berkenaan dibiarkan di tepi jalan bersama beg pakaian dekat Taman Cantik, di sini, selepas ditinggalkan ibu kandungnya bersama bapa tiri dan seorang lelaki yang menaiki sebuah kereta.

Bagaimanapun, nasib menyebelahi gadis malang itu apabila seorang saudaranya yang kebetulan melalui jalan itu menemuinya sebelum membawanya pulang ke rumah mereka.


Selain itu, gadis berkenaan dikatakan bukan sekadar 'dibuang', tetapi wang bantuan JKM sebanyak RM300 sebulan sejak dua tahun lalu dipercayai dikeluarkan keluarganya tanpa pengetahuannya berikutan dia tidak tahu menulis dan membaca.

Difahamkan juga, ibunya kini tinggal di Kulim, Kedah, manakala bapanya pula menetap di Ampang Jajar, di sini Gadis berkenaan ditemui media ketika menerima kunjungan Penyelaras Barisan Nasional (BN) Parlimen Bagan, David Chua bersama pegawai JKM di rumah ibu saudaranya di Kampung Federal, di sini semalam.


Zuraini yang faham penderitaan dialaminya sesekali menitiskan air mata walaupun tidak dapat menceritakan dengan panjang lebar sejarah hidupnya itu.



"Saya sayang mak...sayang bapa, tapi mak tak sayang saya," katanya dalam keadaan sebak.

Ibu saudaranya, Zaiton Abu Ghany, 39, berkata, Zuraini adalah anak sulung daripada empat beradik pada mulanya dijaga ibu bapanya sejak dilahirkan sebelum dihantar ke Taman Sinar Harapan Jubli, Johor Bahru ketika berusia lapan tahun sehingga gadis itu berusia 26 tahun.


Menurutnya, selepas itu dia dijaga pula ibu tirinya sebelum dihantar ke Darul Hanan di Pongsu Seribu, di sini, pada 2010. Katanya, pengurusan pusat jagaan itu menyerahkan semula gadis terbabit kepada ibu tirinya pada Julai lalu disebabkan masalah tertentu.

"Saya diberitahu dia kemudiannya diserahkan pula kepada ibu kandungnya hinggalah saya menemuinya di tepi jalan di Taman Cantik bersama beg pakaian lalu membawanya pulang ke rumah," katanya.


Menurut Zaiton, jika diberi peluang dia boleh menjaga Zuraini tetapi rumahnya sendiri juga sempit dengan hanya sebuah bilik selain mempunyai anak lelaki yang sudah dewasa.


"Kami simpati nasibnya yang dibuang ibu bapa kandung dan tiri. Kalau saya orang senang, tentu saya akan menjaganya, tetapi masalahnya saya sendiri pun orang susah," katanya.


Sementara itu, Pegawai Kebajikan Masyarakat Seberang Perai Utara, Mohd Rahim Mohd Aliff berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut mengenai kes Zuraini kerana gadis itu pernah ditempatkan di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Bagan Indah, di sini sebelum ke Darul Hanan.


"Setakat ini, dia masih mempunyai ibu bapa kandung serta ibu bapa tiri dan jika siasatan kami mendapati tidak diterima keluarga sendiri, kemungkinan akan ditempatkan di Rumah Perlindungan Jitra di Kedah selepas ini," katanya.


sumber : mymetro

Natalia Vagina adalah seorang Lelaki !!!

Posted: 20 Sep 2012 05:30 PM PDT

Natalia Vagina adalah seorang Lelaki!!!

Seorang Programmer Ganti Jari Tangan dengan "Flash Disk"

Posted: 20 Sep 2012 05:15 PM PDT

Seorang programmer komputer asal Finland membuat kejutan. Dia menjadikan satu jarinya sebagai media penyimpanan data digital @ flash disk.Ini merupakan yang pertama di dunia.


Programmer yang bernama Jerry Jalava tersebut telah kehilangan salah satu jari tangannya kerana kemalangan. Namun insiden itu telah menimbulkan idea unik baginya, membuat jari tiruan yang sekaligus berfungsi sebagai media flash disk untuk menampung data.

Jalava menggunakan flash disk berkapasiti 2GB yang ditautkan di hujung jari palsunya. Flash disk itu sendiri digunakan sama seperti flash disk pada umumnya, untuk menyimpan foto, film, serta berbagai aplikasi.


Jari palsu tersebut untungnya tidak dipasang secara tetap sehingga boleh dengan mudah dilepas dan dimasukkan ke  USB komputer.

Jalava mengatakan, dia memperoleh idea ini dari doktor yang merawatnya. Doktor, yang mulanya hanya bergurau, mengatakan bahawa sebagai programmer jari Jalava seharusnya boleh dipakai untuk menyimpan data.

Cetusan idea doktor tersebut ternyata dianggap serius oleh Jalava. Da pun benar-benar mewujudkan idea tersebut jadi kenyataan.

Mesti baca.."Biarkan anakku tertawa sebelum tahu ibunya tiada"

Posted: 20 Sep 2012 05:00 PM PDT


Suatu petang ketika orang ramai sedang sibuk untuk segera pulang kerumah masing-masing setelah melakukan tugas pekerjaan merela, terlihat seorang bapak dengan 3 anaknya yang masih kecil sedang bermain-main.Mereka sedang menunggu datangnya bas yang sebentar lagi akan membawa mereka pulang.

Ketiga anak itu berusia antara 8,5 dan 3 tahun.Anak terkecil bagaikan seorang putri,ia begitu cantik dalam dakapan sang bapak.sedangkan kedua anak lainya yang lelakinya sedang asyik bermain kesana kemari.

Tibalah saatnya bas yang ditunggu datang.para penumpang pun seperti robot yang diperintahkan sama bergegas menuju pintu masuk kedalam bas,termasuk sang bapak dan ketiga-tiga anaknya.kemudian keluarga itu dapat duduk di kerusi yang disusun seperti kereta api .Lalu anak laki-lakinya beranjak dari kerusinya dan bermain sembunyi-sembunyi di celah-celah tubuh orang dewasa yang sebahagian besar mengisi ruang bas itu.mereka sambil berteriak gembira.

Terlihat beberapa penumpang yang wajahnya menjadi begitu muram.Mereka merasa tidak nyaman dengan keadaan itu.hingga akhirnya ada seorang penumpang lelaki yang terus menyatakan protesnya ke sang bapak,"Pak,tolong anaknya dilarang bermain,disini penumpang juga ingin tenang,sudah penat bekerja,kami terasa terganggu!!".Lalu sang bapak sambil menggendong putrinya pun menjawabnya dengan senyum,"Maaf ya encik?Ibu mereka baru saja meninggal tadi ini di hospital dan saya belum memberitahu hal ini ke mereka.Nanti sampai rumah saya akan mengatakannya,biarlah mereka merasakan kegembiraan yang menjadi hak mereka kerana saya merasa mereka akan banyak kehilangan kegembiraan setelah tahu bahwa ibu yang biasa mengasuh mereka dan menyayangi mereka setiap waktu sudah tidak bersama mereka lagi selamanya,,encik tidak keberatan kah,kalau mereka bermain sebentar saja di bas ini?".

Mendengar apa yang dikatakan sang bapak,sebahagian penumpang yang mendengarnya lalu terdiam dan merenung,termasuk lelaki yang baru saja memperotes dengan tegas .Tiba-tiba mereka teringat akan kasih sayang dan kesalahan yang pernah mereka perbuat kepada ibu mereka.
Diam-diam ada diantara mereka yang menggambil handphone di kocek seluarnya,lalu jari membuat baris kalimat "Ibu apa khabar?Besok pagi saya mahu pulang menjenguk ibu.maafkan segala kesalahan saya,ibu"
Kemudian dia mengirimkan sms itu ke nomBor ibunya,dan berharap dia masih diberi kesempatan untuk berjumpa dengan ibunya esok..

Anda pasti terkejut tengok rupa lelaki yang nak jadi calon Presiden Republik Chezh

Posted: 20 Sep 2012 04:45 PM PDT


Vladimír Franz is a composer and painter from the Czech Republic who has recently announced his intention to run in the 2013 Czech presidential election. Still and all, Franz famous not only for his stage music or political ambitions, but for his weird appearance…

Czech Presidential Candidate
.


.



.


.


.



.



.



1Czech Presidential Candidate
The man, who has a university degree in law and works as a professor in an art academy in Prague, has about 90 per cent of his body covered in tattoos.
2Czech Presidential Candidate
3Czech Presidential Candidate
4Czech Presidential Candidate
5Czech Presidential Candidate
6Czech Presidential Candidate
7Czech Presidential Candidate
8Czech Presidential Candidate
9Czech Presidential Candidate
10Czech Presidential Candidate
11Czech Presidential Candidate
12Czech Presidential Candidate
13Czech Presidential Candidate
14Czech Presidential Candidate
15Czech Presidential Candidate
16Czech Presidential Candidate
17Czech Presidential Candidate

Senjata makan tuan

Posted: 20 Sep 2012 04:30 PM PDT





LETAK MAKLUMAT IKLAN

Betul-betul nyenyak mamat ni tidur

Posted: 20 Sep 2012 04:15 PM PDT

janji boleh tidur....risiko tergolek lain cerita

Iklan Krim 'Perawan' Jadi Perdebatan di India

Posted: 20 Sep 2012 04:00 PM PDT


Jenis manusia tak reti bahasa

Posted: 20 Sep 2012 11:00 AM PDT




dah jelas-jelas larangan berkhemah....

Potongan rambut awek yang buat lelaki binggung

Posted: 20 Sep 2012 10:30 AM PDT

Rambut merupakan salah satu mahkota yang amat dijaga
oleh kaum wanita..tetapi ada juga diantara mereka yang sanggup 
berfesyen dengan gaya rambut begini ....







ada tak yang sanggup mengayakan fesyen rambut begini???

Ada yang berani lawan dengan mamat ni?

Posted: 20 Sep 2012 10:15 AM PDT

http://4.bp.blogspot.com/-VwcXAzuIWbM/UEcMuUr1vcI/AAAAAAAAByA/3eZNTRQN3tk/s1600/3884886_20120905021947.jpg



Lihat senjata yang dia pegang..canggih..ada sesiapa yang berani nak lawan dia...