Adsense

Ahad, 12 Ogos 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Pencarian Hos Pantene Anugerah Skrin Musim Ke-2

Posted: 12 Aug 2012 09:56 PM PDT

Pada 10 Ogos 2012 yang lalu, pihak Procter & Gamble Malaysia (P&G) telah melancarkan Pencarian Hos Pantene Anugerah Skrin Musim Ke-2. Majlis telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif P&G Malaysia dan Singapura, Cik Ellie Xie serta Ketua Pegawai Pemasaran, Television Network dan Media, Media Prima Bhd, Cik Shareen Ooi.

Pertandigan pencarian hos ini diadakan untuk mencungkil bakat yang tersembunyi di seluruh Malaysia untuk merebut peluang keemasan menjadi hos bersama Anugerah Skrin Kebangsaan 2012 Red Carpet pada bulan November akan datang.

Menurut Cik Ellie Xie, "Orang yang berbakat memang banyak di Malaysia dan kami ingin merealisasikan impian hos TV yang berwawasan. Kami mencari keyakinan dan dengan inilah, jenama seperti Pantene, Olay, Oral-B, Gillette dan Head & Shoulder bersama-sama membantu mereka mengorak langakh ke hadapan. Kerjasama bersama acara berprestij seperti Anugerah Skrin Kebangsaan pasti akan menjadi batu loncatan untuk sesiapa yang serius dalam industri ini."

Pada kali ini pencarian hos Pantene menjadi lebih menarik dengan adanya penyertaan daripada golongan lelaki. Secara tidak langsung, ia menjadikan pertandingan ini lebih mencabar.

Menerusi pertandingan ini, selain berpeluang menjadi hos, peserta yang bergelar juara turut memenangi hadiah lain berupa makeover, dua pas ke Parti Post-ASK, piala, hamper barangan P&G serta sepasang jam tangan Titon yang setiap satunya bernilai RM 2,631.

Bagi individu yang berbakat dalam dunia pengacaraan, anda boleh menyertai pertandingan ini yang akan berlangsung pada 24 Ogos hingga 30 September 2012. Untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan pertandingan ini, anda boleh layari www.tv3.com.my/ask2012.

Aidil Zafuan Ugut Mahu Malukan Rita Rudaini

Posted: 12 Aug 2012 09:49 PM PDT

Terkejut OHBULAN! apabila membaca artikel bertajuk "Rita Rudaini Diugut Suami Gara-Gara 'Melodi'" yang dikeluarkan oleh mStar Online. Apa tidaknya, isu yang kami anggap sudah selesai sebenarnya masih lagi berlanjutan apabila Rita Rudaini memberitahu bahawa Aidil Zafuan mengugut untuk memalukannya selepas pulang ke Malaysia.

"Dia ada hantar mesej kepada Rita melahirkan rasa tidak puas hati dengan kenyataan Rita dalam Melodi hari ini (Ahad). Dia ugut nak malukan Rita dalam rancangan itu juga sebaik sahaja dia pulang daripada menjalani latihan bola sepak di luar negara."

Menurut laporan mStar Online hari ini, Rita dikatakan telah mengeluarkan beberapa kenyataan di rancangan Melodi sehingga menyebabkan Aidil menghantar SMS berbaur ugutan.

"Bila dia cakap di Melodi, Rita tak kacau pun tapi bila Rita pula yang bagi kenyataan, kenapa dia nak sakit hati?"

Dalam rancangan Melodi yang bersiaran Ahad lepas, Rita memberitahu bahawa dia sudah tidak mempunyai hati terhadap Aidil Zafuan. Malah dia turut mengakui yang dia kecewa terhadap Aidil yang tidak matang dalam menguruskan hal rumah tangga.

Untuk pengetahuan, Rita Rudaini dan Aidil Zafuan telah bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008.

borak kosong

borak kosong


Demi Wang, Surat Kematian Sendiri Dipalsukan

Posted: 12 Aug 2012 09:15 PM PDT


NEW YORK, KOMPAS.com — Raymond Roth (47) memalsukan surat kematiannya sendiri demi mendapatkan wang dari insurans nyawa sebanyak 50.000 dollar AS. Isteri keduanya, Evana Roth, tidak tahu sama sekali tindakan suaminya yang kini sedang ditangani psikiater setelah ketahuan berbohong.

Pejabatberita Associated Press (AP), Khamis (9/8/2012), memberitakan, Raymond melakukan rekayasan pemalsuan surat kematiannya sendiri bekerja sama dengan putranya, Jonathan Roth (20), anak dari isteri pertama.

Beberapa waktu lalu, Jonathan melaporkan kehilangan ayahnya ke pejabat polis. Disebutkan bahawa Raymond berenang di pantai New York, lalu menghilang setelah itu.

Kapten Bruce Marx dari polis New York mengatakan, aparat dari berbagai divisi sempat dikerahkan dan dikeluarkan biaya ribuan dollar AS hanya untuk mencari Raymond, lelaki kulit putih yang sedang menganggur itu. Akan tetapi, Raymond tidak pernah ditemukan.

Kemudian, keluarga Raymond mengurus surat kematian untuk mendapatkan wang dari insurans. Tidak disebutkan bagaimana aksi penipuan ini terungkap. Namun, pendakwa Brian Davis mengatakan bahawa Jonathan boleh diancam hukuman penjara 15 tahun.

Ayahnya, yang sedang ditangani psikiater di New York, kini sedang dalam penyembuhan untuk boleh diadili. 
Sumber :AP

Lelaki Ini Telanjang di Tempat Tidur Tetangga

Posted: 12 Aug 2012 09:00 PM PDT


SAN DIEGO, KOMPAS.com - Seorang lelaki ditangkap di perumahan di San Diego. Dia ditemukan telanjang di tempat tidur tetangganya. Lelaki yang berusia 25 tahun dan namanya tidak disebutkan itu nampaknya menceroboh masuk ke rumah salah seorang tetangga perempuan. 

Dia santai masuk ke rumah, terus ke bilik, dan tidur sambil melepaskan bajunya. Ketika tetangga itu kembali ke rumah setelah bepergian, dia sangat terkejut melihat ada orang telanjang tertidur di biliknya.

Polis datang dan menangkap lelaki yang sedang mendengkur itu. Ketika ditanya mengapa dia memasuki rumah tetangganya tanpa izin pemilik rumah, dia mengatakan mendengar ada suara-suara aneh dan mencurigakan dari rumah tetangganya. Setelah memeriksa rumah, dia telanjang dan tidur di tempat tidur kerana tidak ingin mengganggu sang tetangga. (AP/UPI/joe) 

Sumber :
Kompas Cetak

Gara-gara kekurangan pekerja wanita, seorang lelaki China berhenti dari pekerjaannya.

Posted: 12 Aug 2012 08:45 PM PDT


Gara-gara kekurangan pekerja wanita, seorang lelaki China keluar dari pekerjaannya.

Ketua bahagian pabrik, yang tak diketahui identitinya, meninggalkan sebuah catatan dalam blog miliknya dimana dirinya mengeluhkan tentang kilang yang terlalu kecil dan berkata," Para wanita terlalu sedikit dan sulit untuk mengenai mereka."

Sementara para manager senior di Shunde Jintai Desheng plant di Foshan, provinsi Guangdong, menerima pengunduran dirinya, dimana salah seorang manager senior itu membalas : "Jangan mengeluh; salah kamu sendiri kerana kurang memiliki kemampuan untuk berbual dengan para awek."

Menurut Guangzhaou Daily,kilang itu menguruskan sebuah event jejaring sosial dengan para pekerja wanita dari kilang lain berkaitan dengan keluhan awal si lelaki itu, tapi si lelaki itu masih belum boleh menemukan seorang kekasih setelah 3 tahun menunggu.

Lelaki ini jadikan patung sebagai teman wanita

Posted: 12 Aug 2012 08:30 PM PDT

Hadiah 3 Juta Dolar Jika Anda Berani Bunuh Orang Ini

Posted: 12 Aug 2012 08:15 PM PDT

Novelis Salman Rushdie yang terkenal dengan bukunya berjudul "Ayat-Ayat Setan" atau dalam bahasa inggris "The Satanic Verses", segera melarikan diri ke Inggris setelah bukunya banyak menuai kritik di kalangan kaum muslim kerana di anggap sangat melecehkan umat Islam. Bahkan bagi anda yang boleh membunuh Salman ini ada hadiah besar untuk anda.

Februari 1989, Ayatullah Khomeini menjatuhkan hukuman mati pada Salman Rushdie. Novel Salman, Ayat-Ayat Setan, dinilai Khomeini menghina Islam. Seorang pengusaha Iran kemudian menyediakan sejumlah hadiah bagi mereka yang boleh membunuh novelis asal India itu. 


 

Sebuah fatwa yang dikeluarkan terhadap penulis oleh pemimpin spiritual Iran, Ayatollah Khomeini. Hadiah 1 juta dollar telah diajukan kepada siapa saja yang membunuh Rushdie dan 3 juta dollar jika pembunuhnya adalah warga Iran. Negara-negara lain segera ikut dalam kehebohan ini. Venezuela melarang buku tersebut dan mengancam 15 bulan penjara kepada siapapun yang membacanya. Sementara di Jepun, seorang penerjemah yang terlibat dengan buku tersebut ditikam sampai mati Buku ini tidak boleh beredar di India, dan banyak dibakar pada demonstrasi di Britania Raya. Novel ini juga menyulutkan kerusuhan di Pakistan pada tahun 1989.


sumber 

Sarah, Cheetah Terpantas di Dunia

Posted: 12 Aug 2012 08:00 PM PDT


Kecepatan Sarah membuat juara dunia asal Jamaica, Usain Bolt, kalah . Kelajuan Sarah bahkan boleh menandingi mobil Lamborghini.

Sarah, si cheetah tercepat di dunia ini memiliki Catatan waktunya mengagumkan dengan 5,95 saat untuk jarak 100 meter. 

Sarah merupakan cheetah betina yang menghuni Kebun Binatang Cincinnati, Amerika Syarikat, berhasil mencatatkan diri sebagai makhluk hidup tercepat di jagat. Dia melakukan waktu 5,95 saat untuk jarak tempuh 100 meter, sekaligus memecahkan rekod dunia. Kecepatan yang ditempuhnya 98 kilometer per jam.

Demikian pengumuman rasmi yang dinyatakan pihak kebun binatang dan National Geographic Magazine, Khamis (2/8)lalu. Hasil ini membuat pelari tercepat di dunia asal Jamaica, Usain Bolt, kalah . Bolt, lima kali juara dunia dan pemegang tiga medal emas Olimpik, hanya mencatatkan waktu 9,58 detik di lintasan 100 meter. 

Catatan waktu cheetah tercepat di dunia ini diambil 20 Jun lalu untuk tampil sebagai salah satu feature di majalah National Geographic edisi November. Sarah, dan empat cheetah lainnya, dibiarkan berlari sprint secepat mungkin.

Bagi para cheetah (Acinonyx jubatu), ujian ini nampak seperti permainan. Kerana mereka diharuskan mengejar boneka anjing yang berada di belakang  van. "Tak ada yang boleh berlari seperti Sarah. Dia itu istimewa, saya selalu yakin jika dia boleh berlari di bawah waktu enam detik," kata Duta Besar Program Kucing Kebun Binatang Cincinnati Cathryn Hilker.

Ditambahkan editor photo National Geographic, Kim Hubbard, Sarah terlihat seperti misil berpola polkadot. "Saya tidak pernah melihat sesuatu yang hidup, lari begitu cepat."

Demo kecepatan cheetah ini dinilai baik untuk perkembangannya. Selain itu, kehadiran cheetah super cepat juga membantu pengumpulan dana untuk konservasi.

Tapi ditekankan Hilker jika cheetah juga makhluk hidup, individual. Mereka punya mood, sama seperti manusia."Dan seperti manusia, beberapa dari mereka adalah atlet yang lebih baik dibanding lainnya."

Lebih mengagumkan lagi, catatan waktu cheetah tercepat di dunia ini boleh dikalahkan oleh cheetah di alam bebas. Sebab, cheetah di alam liar harus berburu agar tidak kelaparan dan menjaga kelangsungan hidup bayi mereka.

Wanita ugut bunuh diri selepas kekasih warga Nigeria diberkas

Posted: 12 Aug 2012 07:45 PM PDT


PUCHONG - Seorang wanita Nigeria cuba menimbulkan kekecohan apabila dia mengugut untuk menikam diri sendiri selepas kekasihnya dari negara yang sama diberkas dalam serbuan oleh Jabatan Imigresen di Bandar Kinrara di sini semalam.
Dalam operasi selama dua jam bermula pada pukul 12.30 tengah malam, wanita itu mulanya enggan melepaskan kekasihnya itu daripada dibawa anggota penguat kuasa dengan memeluk erat lelaki itu.
Namun selepas didesak pihak penguat kuasa, wanita berkenaan meluru ke dapur dan mengambil sebilah pisau pemotong sayur sebelum mengacukan senjata itu ke perutnya sambil mengugut akan mencederakan diri sendiri jika kekasihnya ditangkap.
Kekasih wanita itu ditangkap kerana tiada dokumen perjalanan yang sah manakala wanita itu pula mempunyai dokumen perjalanan yang lengkap.

sumber : kosmo online

Beri amaran lepas gagal curi

Posted: 12 Aug 2012 07:30 PM PDT


RAWANG: Berang gagal memecah masuk dua rumah untuk mencuri, sekumpulan 10 lelaki bersenjatakan pedang samurai dan parang memberi amaran untuk datang semula dalam kejadian di Perumahan Primulan serta Julian, Bandar Tasik Puteri, di sini.
Dalam kejadian jam 3.30 pagi, 2 Ogos lalu, kumpulan terbabit memberikan amaran berkenaan kepada sebuah keluarga selepas mereka terserempak suspek yang cuba memecah masuk rumah itu.

Menceritakan semula insiden berkenaan, mangsa, Romzi Ismail, 45, berkata, ketika kejadian, dia tidur sebelum terdengar jeritan isterinya.


"Pemeriksaan mendapati pintu rumah terbuka sebelum melihat beberapa lelaki bertopeng dengan bersenjatakan parang dan pedang samurai berada di pekarangan rumah.

"Ketika itu, saya dan isteri melihat beberapa lagi lelaki cuba memecah masuk rumah jiran," katanya ketika ditemui, kelmarin.


Menurutnya, biarpun kejadian itu disedari dia dan isteri, kumpulan terbabit langsung tidak melarikan diri sebaliknya berhimpun di hadapan rumahnya sambil mengangkat parang dan pedang samurai seperti memberi amaran kepada mereka.



Katanya, jiran yang datang sebaik mengetahui kejadian itu melihat kumpulan terbabit berjalan bersahaja tanpa rasa takut sebelum menghilangkan diri di dalam ladang kelapa sawit kira-kira 100 meter dari taman itu.

"Sekarang, kami sekeluarga begitu takut untuk tinggal di rumah kerana bimbang kumpulan itu datang lagi.


"Malah, kami juga memilih untuk tidak berada di rumah pada waktu siang kerana takut dengan ancaman berkenaan," katanya.

Katanya, keadaan itu diburukkan lagi dengan beberapa siri cubaan dipercayai kumpulan sama yang dilihat penduduk setempat berlegar-legar di hadapan rumahnya


sumber : myMetro

Saudi bina bandar khusus untuk wanita

Posted: 12 Aug 2012 07:15 PM PDT


RIYADH: Arab Saudi merancang membina sebuah bandar baru, khusus untuk wanita dalam usaha menggabungkan undang-undang syariah dengan wanita yang cenderung untuk berkerja.
Lembaga Hartanah Perindustrian Saudi (Modon) diminta membangunkan bandar kontroversi itu, menjadikan negara itu selari dengan dunia moden yang lain. 
Bandar berkenaan kini direka dan pembinaan akan dimulakan tahun depan.

Ia diharap akan membolehkan wanita bekerja tanpa melanggar undang-undang Islam negara itu.



Bandar yang dirancang dibina di Hafuf, wilayah timur Arab Saudi itu dijangka menarik pelaburan sebanyak 500 juta riyal (RM410 juta) dan mewujudkan kira-kira 5,000 peluang pekerjaan dalam industri tekstil, farmasi dan industri memproses makanan.


Meskipun undang-undang syariah Arab Saudi tidak melarang wanita bekerja, angka menunjukkan mereka hanya mewakili 15 peratus tenaga kerja negara itu.

Rancangan berkenaan selari dengan hasrat kerajaan untuk memberi peluang kepada wanita memainkan peranan lebih aktif dalam pembangunan negara.

Antara matlamatnya ialah mewujudkan peluang pekerjaan, khususnya untuk golongan wanita muda.

Bandar perindustrian yang sedia ada di negara itu sudahpun mempunyai kilang yang dimiliki wanita serta syarikat yang mengambil sebahagian kecil pekerja wanita.

"Kami kini berusaha untuk mewujudkan bandar perindustrian kedua untuk wanita.
Kami mempunyai rancangan untuk membina beberapa industri untuk wanita saja," kata Timbalan Ketua Pengarah Modon, Saleh Al-Rasheed. - TG


sumber : myMetro

Potong tembikai dengan daun terup

Posted: 12 Aug 2012 07:00 PM PDT


SHANGHAI: James Bond mampu melakukan pelbagai perkara aneh, termasuk memotong konkrit dengan topi kelulinya.
Dia bagaimanapun pasti tertarik dengan Ye Tongxin yang mampu memotong buah dan sayur dengan daun terup plastik.


Tongxin, 48, warga China, berusaha mencatatkan rekod baru Guinness selaku orang terbaik di dunia untuk melakukannya.

Ia mungkin kelihatan mudah tetapi dia menjalani latihan sejak 10 tahun lalu untuk melakukannya.



Pengurus bas sekolah di Nanjing di wilayah Jiangsu, timur China itu, berlatih dua jam setiap malam, membaling kad sepantas sebuah kereta api laju.


Timun atau labu mungkin kelihatan mudah untuk dipotong kerana kulitnya yang rapuh.

Tetapi tidak seperti ninja lain yang mahir dalam membaling kad, Tongxin berupaya memotong epal dan tembikai dengan begitu mudah.

Dia menggunakan bingkai setinggi dua meter untuk menggantung beg berbentuk timun untuk berlatih membaling dan meningkatkan kemahirannya.

Menurut Tongxin, kad yang dibalingnya bergerak selaju 50 meter dalam setengah saat. Ini bermakna, kad itu terbang dari tangannya selaju 360 kilometer sejam.

Persembahan terbaiknya ialah memotong sebaris 12 timun dalam masa 47.2 saat.
Bagaimanapun, matlamat Tongxin ialah memotong 18 timun kurang daripada seminit bagi mencipta rekod baru dunia. - DM


sumber : myMetro

Wanita gigit jari

Posted: 12 Aug 2012 06:45 PM PDT


PETALING JAYA: Akibat ghairah menukar suka sama suka gajet elektronik dengan pengguna lain dalam laman web tempatan yang terkenal memasarkan barangan terpakai, seorang wanita kerugian telefon pintar miliknya apabila dia memperoleh telefon mainan sebagai tukaran.
Mangsa dikenali sebagai Maya, 28, berkata, dia kerugian RM1,500 dalam kejadian akhir bulan lalu selepas ditipu seorang lelaki yang menukar telefon pintar jenama BlackBerry miliknya dengan iPhone palsu.

Maya berkata, dia berhasrat menukar telefonnya dengan jenama lain sebelum memasukkan iklan menukar gajet elektronik dalam laman web berkenaan pada Jun lalu.


Katanya, aktiviti tukar suka sama suka telefon pintar sudah lama dalam Internet sebagai satu cara memperoleh barangan tanpa mengeluarkan wang.

"Ia seperti sistem barter yang menukar barang dengan barang lain yang sama nilainya manakala kedua-dua pihak mempunyai kemahuan sama.


"Ini menjimatkan kerana tidak perlu membeli barangan lain menyebabkan saya mahu menukar telefon BlackBerry dengan iPhone," katanya.



Menurutnya, selepas lebih sebulan memasukkan iklan menukar telefon pintar itu, dia dihubungi seorang lelaki yang berminat menukar iPhone miliknya sebelum mereka membuat temu janji.

"Saya menemuinya di depan satu restoran untuk menukar telefon masing-masing. "Saya ditunjukkan satu iPhone hitam dan lelaki terbabit turut membuat pemeriksaan telefon bagi membuktikan ia masih berkeadaan baik.


"Selepas berpuas hati dengan keadaan iPhone itu yang masih elok dan asli, saya bersetuju menukarnya dengan telefon BlackBerry milik saya," katanya.

Katanya, selepas telefon bertukar tangan dan lelaki terbabit beredar, dia segera mahu mengaktifkan iPhone itu namun ia tidak berfungsi.


"Hairan dengan keadaan iPhone itu menyebabkan saya meneliti lebih lanjut sebelum terkejut apabila mendapati ia sebenarnya telefon mainan yang biasa digunakan di kaunter pameran premis menjual telefon bimbit.


"Saya cuba menghubungi lelaki terbabit bagi mendapatkan penjelasan, tetapi gagal.


"Malah, saya juga tidak mengambil maklumat lain mengenai lelaki terbabit menyebabkan dia gagal dikesan," katanya yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Kampung Baru Subang.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, mengesahkan menerima laporan.


sumber : myMetro

Terjun kendong anak

Posted: 12 Aug 2012 06:30 PM PDT


KUCHING: Seorang warga Indonesia sanggup terjun dari tingkat satu rumahnya dengan menggendong anak lelaki berusia lima tahun melarikan diri daripada menjadi mangsa belasahan suami di pusat komersial di Batu Kawa, di sini, kelmarin.
Bagaimanapun, mangsa yang berusia 36 tahun hanya pengsan manakala anak lelakinya tidak cedera sebaik terjun daripada ketinggian lima meter itu. 
Mangsa yang dikenali sebagai Tanti berkata, dia sering menjadi tempat suami melepaskan geram dan marah hingga cedera di beberapa bahagian badan.

Katanya, dia dan lelaki warga tempatan itu mendirikan rumah tangga enam tahun lalu dan bekerja di restoran sama berhampiran rumah.


Tanpa berselindung, Tanti berkata, perkahwinan itu menyebabkan hidupnya sengsara kerana sering dibelasah suami berusia 41 tahun itu walaupun hanya melakukan kesalahan kecil dan lebih teruk lagi ketika suami mabuk.

sumber : myMetro

Amukan peniaga mercun

Posted: 12 Aug 2012 06:15 PM PDT


KUALA LUMPUR: Tiga anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) cedera dibelasah selepas diserang peniaga mercun dalam kejadian di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 12 tengah malam itu, tiga penguat kuasa itu bersama empat rakan membuat rondaan di sekitar lokasi kejadian sebelum melihat seorang peniaga mercun yang beroperasi di kawasan tidak dibenarkan. 
Mangsa, Hanafi Abd Manaf, 48, menerima lebih 20 jahitan di dahi dan patah dua batang gigi.

Manakala, dua rakannya, Anuar Jusof cedera di badan dan menerima lima jahitan di dahi kiri manakala seorang lagi patah hidung.



Hanafi berkata, sebelum kejadian dia bersama enam rakan membuat rondaan menegur peniaga berkenaan supaya menutup premis kerana berniaga di kawasan laluan kenderaan.


sumber : myMetro

Tangan hancur uji 20 mercun bola

Posted: 12 Aug 2012 06:00 PM PDT


KOTA BHARU: Eksperimen tak menjadi. Itulah nasib dua sahabat yang cuba meletupkan 20 biji mercun bola dalam bekas plastik di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), dekat Tunjong, di sini, semalam.
Akibatnya kedua-dua mangsa itu bukan sahaja bertempiaran menyelamatkan diri, sebaliknya menahan kesakitan dengan seorang hancur pergelangan tangan kanan dan rakannya melecur beberapa bahagian badan dan mata kabur.
Dalam kejadian jam 11 pagi itu, mangsa Mohd Shahril Afendi, 20, dan Mohd Ahmad Ismail, 19, yang juga pekerja kedai buah di kawasan berkenaan baru habis bekerja dan mengisi masa terluang dengan bermain mercun.

Mereka kemudian ke kawasan lapang di belakang kedai dan mengumpulkan 20 biji mercun bola dalam sebuah bekas plastik sebelum Mohd Shahril cuba mencucuh sumbunya, tetapi tidak menyala dan sekali lagi mencuba sebelum mercun itu meletup.



Pergelangan tangan kanan Mohd Shahril hancur dengan satu jarinya terpelanting di atas tanah manakala Mohd Ahmad melecur di beberapa bahagian badan serta matanya kabur selepas terkena percikan api mercun.


sumber : myMetro

Nyaris maut dek cinta terlarang

Posted: 12 Aug 2012 05:45 PM PDT


SUBANG JAYA: Padah menjalin hubungan sulit dengan isteri orang, seorang lelaki nyaris maut selepas dibelasah suami teman wanitanya bersama lapan rakan dalam kejadian di sebuah tapak pembinaan di Bukit Puchong, di sini.
Lelaki berusia 33 tahun dan mempunyai empat anak itu bagaimanapun melepaskan diri dengan berlari meredah ladang kelapa sawit lebih 40 minit sebelum mendapatkan bantuan untuk menghubungi polis.

Menurut sumber, dalam kejadian jam 3 pagi, 5 Ogos lalu, mangsa tidur di rumahnya di Bukit Puchong ketika menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki dikenali mengarahkannya keluar kerana dia menunggu di luar pagar rumah teresnya.


Katanya, sebaik saja mangsa membuka pintu pagar, lelaki itu dan rakan-rakannya membelasah mangsa sebelum diangkat masuk dalam kereta.

"Dalam keadaan separuh sedar, mangsa dibawa ke beberapa tempat sebelum tiba di satu kawasan tapak pembinaan yang dikelilingi kelapa sawit jam 12.30 tengah hari dan ditinggalkan dalam kereta bersama seorang daripada lelaki terbabit untuk menjaganya.


"Mangsa melarikan diri ketika lelaki yang menjaganya leka bercakap dengan rakan lain," katanya.



Sumber berkata, mangsa berlari tanpa henti selama 40 minit sebelum menemui jalan raya dan menahan kenderaan yang melalui jalan berkenaan untuk mendapatkan bantuan.

Menurutnya, sebuah kereta peronda polis kemudian tiba untuk membawa mangsa ke Balai Polis Salak Tinggi, sebelum dibawa ke Hospital Serdang (HS) untuk mendapatkan rawatan.


sumber : myMetro

Doktor kahwin lari dengan anak sendiri

Posted: 12 Aug 2012 05:30 PM PDT

Pada bulan Jun 2004, masyarakat tersentak dengan khabar Dr Bruce McMahan, 65 tahun, kahwin lari dengan anak perempuannya yang berusia 35 tahun. Kes ini begitu menggemparkan kerana Bruce McMahan seorang kaya raya, dia adalah President dan CEO Argent Funds. Bruce diberitakan menikahi anak kandungnya, Linda Marie Hodge McMahan Schutt dalam sebuah upacara rahsia di Westminster Abbey.

Dr Bruce McMahan dan putrinya, Linda, kahwin lari

Anda yang belum tahu mungkin hairan, bagaimana boleh terjadi ayah dan anak saling jatuh cinta. Apalagi dikhabarkan kalau si anak sebenarnya telah berkeluarga. Linda anak Bruce Mc Mahan ini di ambil oleh keluarga angkat sejak ia lahir oleh sebuah keluarga. Bruce tidak tahu kalau dia memiliki anak perempuan.

Tanpa sengaja, tahun 1990, ia bertemu dengan anaknya, Linda yang ketika itu berusia 18 tahun. Saat itulah Bruce tahu kalau dia memiliki anak perempuan yang sudah remaja. Sejak itu mereka berhubungan, namun lama kelamaan hubungan tersebut berkembang aneh, tidak lagi seperti ayah dan anak. Keduanya saling jatuh cinta!Bruce sendiri saat itu masih berstatus suami dari istri keempatnya.

Bruce McMahan

Tahun 1998, terjadilah hubungan sex 'terlarang' itu dilanjutkan ke pelrkahwinan pada tahun 2004. Pernikahan ini dilakukan diam-diam, kerana Bruce masih terikat pernikahan begitu pun Linda yang masih bersuami. Tapi di hadapan orang banyak, mereka tetap memainkan peranan sebagai ayah dan anak. Ini penting demi keluarga dan melindungi 'rahsia' mereka.

Hidup Linda yang bergelar PhD psikologi ini pun berubah total. Dia dilimpahi harta dan kemewahan. Maklum, ayahnya yang juga suaminya itu, Bruce, seorang jutawan dari Wall Street. Harta memang boleh'menyilaukan'.
Kes ini akhirnya terbongkar, dan di bawa hingga ke pengadilan. Sidang kes ini sungguh luar biasa, sampai-sampai alat bantu sex semacam vibrator, dijadikan barang bukti. Bruce menyangkal Linda adalah anaknya, dia juga menyangkal berhubungan sex dengan Linda. Tapi hasil ujian DNA menunjukkan 99,7 persen Linda adalah anaknya. DNA Linda juga ditemukan pada vibrator itu.

sumber : http://www.villagevoice.com/news/0640,cramer,74593,6.html

Adik memang selamba,kencing dalam LRT

Posted: 12 Aug 2012 05:15 PM PDT



Merangkak keliling bandar cari anak isteri

Posted: 12 Aug 2012 05:00 PM PDT

Beginilah cara yang digunakan oleh seorang lelaki
untuk mencari anak dan isteri yang menghilangkan diri
iaitu degan merangkak keliling bandar....
Dia hanya kan berdiri setelah isterinya di jumpai...



 begini kasihnya seorang suami yang amat merindui
isteri dan anaknya...


Kalau makanan macam ni dihidang aku pun tak berani nak makan

Posted: 12 Aug 2012 04:45 PM PDT







brutal sangat hiasan makanan ini..nak makan pun ngeri

[Aneh] Ada lagi orang suka makan kucing

Posted: 12 Aug 2012 04:30 PM PDT


TRIBUNNEWS.COM, NEW YORK --- Seorang lelaki yang berasal dari New York, AS, dihukum kerana ditangkap hendak memakan seekor kucing. Kucing itu kelihatan sudah diletakkan bahan perencah dan ditaburi minyak.

Lelaki ini dihukum dan dihadapkan kemuka pengadilan atas tuduhan kekejaman terhadap haiwan. Juru cakap polis Buffalo, Michael DeGeorge mmeberitahu dia menemukan kucing tersebut di belakang tempat letak barang  yang dikendarai oleh Gary Korkuc, di Cheektowaga, New York, ketika itu polis menghentikan keretanya kerana melanggar lampu merah.

Lelaki  itu sempat melarikan diri ke Maryland setelah ditangkap, lalu dia diekstradisi kembali ke Buffalo, K Kucing ini ditemukan didalam cairan campuran minyak, ditaburi lada hitam, garam, dan bahan lainnya.

Korkuc sendiri mengatakan kepada polisi, bahawa dia sedang mempersiapkan kucing itu untuk dimakan. Juru bicara Erie County SPCA, Gina Browning, mengatakan kucing tersebut berjaya diselamatkan setelah dibersihkan dan dalam keadaan sihat.

Korkuc (52) hadir di Pengadilan Kota Buffalo, di mana dia dituntut dengan kejahatan kekejaman terhadap binatang dan melanggar lalu lintas.

Wanita Paling Cantik Pada Usia 31 Tahun

Posted: 12 Aug 2012 04:15 PM PDT


Kajian yang dilakukan di London mendapati wajah seorang wanita yang paling cantik akan lebih terserlah ketika dia berusia 31 tahun.Kajian ini juga mengatakan beberaoa wanita dalam lingkungan usia awal 30-an kelihatan lebih menarik,bergaya dan berkeyakinan tinggi daripada wanita yang lebih muda.
Seramai 2,000 lelaki dan wanita terbabit dalam kajian ini.Hasil kajian itu mendapati kecantikan mempunyai kaitan dengan penampilan diri dan personaliti seseorang.70 % mengatakan kecantikan dinilai  berdasarkan keyakinan,67% memilih rupa paras yang cantik dan 47% memilih gaya seseorang.-Agensi


Pelik..jual kueh boleh sampai dalam kawasankapal terbang berlepas

Posted: 12 Aug 2012 04:00 PM PDT


agaknya dia kenal dengan orang dalam kot...

Inilah Pertandingan Hidung Terbesar di Dunia

Posted: 12 Aug 2012 11:00 AM PDT

LANGENBRUCK – Sebuah kota di Jerman akan mengadakan sebuah pertandingan yang cukup unik, yakni kejuaraan hidung terbesar di dunia. Pertandingan ini akan diadakan pada Jun 2011 ini.

Pertandingan ini sengaja diselenggarakan dengan tujuan mencari wajah bakat-bakat baru dengan hidung "raksasa".

"Kita menilai baik panjang dan lebar dan kami sedang mencari "darah baru" tahun ini kerana kita tidak hanya ingin melihat wajah-wajah lama yang serupa lagi," ujar salah seorang ahlijawatan kuasa penyelenggara, seperti dikutip Orange, Rabu (4/5/2011).

"Pasti ada orang di luar sana dengan bakat baru dengan hidung raksasa. Kita belum melihatnya dan ingin menemukannya, "imbuhnya.

Juara dunia  hidung terpanjang terakhir dimenangkan oleh Josef Dewold. Dia memiliki panjang hidung hingga hampir lima inci. Dia mengalahkan seorang juara wanita hidung terpanjang yang memliki panjang hidung melebihi empat inchi.

Sumber :http://www.okezone.com/

Photografer yang bernafsu tengok modelnya

Posted: 12 Aug 2012 10:30 AM PDT


16 Tahun Wanita Ini Tinggal di Dalam Keranjang

Posted: 12 Aug 2012 10:15 AM PDT


SHANXI - Seorang wanita dari Changzhi bahagian utara provinsi Shanxi, China, selama 16 tahun hidup di dalam sebuah keranjang.

Mo Hongping tinggal di sebuah keranjang berukuran panjang 1,2 meter dan lebar 0,5 meter sejak usianya 11 tahun.

Menurut ibunya Wang Xiuhua, ketika Mo berusia 20 hari dia mengalami demam yang sangat parah.

Namun, mereka tidak boleh pergi ke hospital, kerana saat itu sedang musim dingin dan jalan di daerahnya tertutup salji. Ketika mereka akhirnya boleh ke hospital Mo didiagnosa mengalami meningitis.

Meski Mo akhirnya selamat, sejak saat itu dia selalu mengalami kejang-kejang dan mengalami masalah pertumbuhan tubuh.

Seperti dilansir Orange, pada saat musim panas tiba, Wang meletakkan Mo ke dalam sebuah keranjang dan dia sangat terkejut ketika melihat puterinya nampak bahagia.

"Sejak saat itu kami mengetahui bahawa keranjang tersebut dapat membantunya mengurangi rasa sakit di tubuhnya. Hingga akhirnya dia kini tinggal di dalam keranjang tersebut yang kini sudah dilengkapi dengan roda," jelas Wang.(rhs)

sumber : international.okezone.com