Adsense

Jumaat, 15 Jun 2012

Zon Artis

Zon Artis


Awi Rafael Mengaku Bertatu Dan Mohon Maaf

Posted: 15 Jun 2012 07:04 PM PDT

AWI RAFAEL BERTATU

Beberapa hari lalu, dunia internet heboh dengan tersebarnya beberapa gambar seorang penyanyi lelaki beragama Islam yang bertatu di lengan. Walaupun mukanya dikaburkan, tapi ramai yang dapat meneka siapakah gerangannya penyanyi itu sehingga si empunya diri iaitu Awi Rafael tampil memberi penjelasan menerusi Facebook miliknya.

Menurut Awi Rafael, gambar-gambar yang dimuat naik itu adalah gambar lama, sebelum dia bergelar artis dan mengakui ketika itu masih mentah untuk menilai baik dan buruk.

Dalam penjelasan itu, Awi Rafael mengakui yang dia sudah menginsafi kesilapan lalunya yang melampaui batasan agama dan turut mengatakan dirinya kini semakin matang dan sudah berubah. Malah, Awi Rafael juga memohon maaf dan berharap agar peminatnya terutama remaja menjadikan peristiwa yang menimpanya sebagai pengajaran.

Psstt: Kejam! Gambar ibu hamil 7 bulan dipaksa gugurkan kandungan~

Related Posts with Thumbnails

(Tahniah!) Dynas Selamat Melahirkan Anak Kedua

Posted: 15 Jun 2012 05:53 AM PDT

GAMBAR ANAK KEDUA DYNAS MOKHTAR

Kami baru sahaja menerima satu perkhabaran gembira dimana pelakon dan model tinggi lampai iaitu Dynas Mokhtar telah selamat melahirkan anak kedua pada hari ini, Jumaat (15 Jun 2012). Jika anak pertama berjantina perempuan, anak kedua ini pula berjantina lelaki. Buat masa ini, kami belum mendapat info lanjut mengenai kelahiran anak kedua Dynas ini. Apa-apa pun, tahniah kami ucapkan kepada Dynas kerana dikurniakan seorang lagi cahaya mata. Mesti comel baby tu kan?

Zon Artis: Kami akan update entri ini (mungkin beserta gambar baby, jika ada) apabila sudah mendapat info lanjut. Tunggu~

Related Posts with Thumbnails

OHBULAN!

OHBULAN!


Foto Kad Perkahwinan Akma AF3 & Ayeh

Posted: 15 Jun 2012 02:08 AM PDT

Meja editor OHBULAN menerima sekeping kad undangan ke majlis perkahwinan Akma AF3 atau nama sebenarnya Asiahtunakma Binti Abdullah bersama pasangannnya, Ayeh atau Farih Hamshi sebentar tadi. Majlis persandingan akan berlangsung pada 30 Jun 2012 bertempat di Dewan Kampo – Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Kuala Lumpur.

Kedua-dua pasangan ini telah mengikatkan tali pertunangan pada 6 Mei lalu di kediamannya berlokasi di Taman Buana Perdana, Petaling Jaya. 72 Foto Pertunangan Akma AF3 & Ayeh [Hi- Resolution]

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


AKU, KAU & DIA Karya Pierre Andre

Posted: 15 Jun 2012 08:03 PM PDT

AKU, KAU & DIA
SEBUAH KARYA KISAH CINTA AGUNG PIERRE ANDRE

Spoiler alert : Diminta jasa baik pembaca budiey.com yang menonton filem ini, mohon kerjasama anda untuk memberi "spoiler alert" sekiranya anda menulis dengan siapa Mia bercinta di dalam artikel/review filem AKU, KAU & DIA.

Pengarah Pierre Andre
Tarikh 28 Jun 2012
Terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd (TUSB)

SEBUAH KARYA KISAH CINTA AGUNG PIERRE ANDRE – Diambil dari pengalaman yang dialami oleh pengarah dan diangkat ke layar perak. TUSB sekali lagi memberikan kepercayaan kepada Pierre Andre untuk mengarahkan filem kedua beliau bersama TUSB berjudul 'Aku, Kau & Dia' yang bakal menemui penonton pada 28 Jun ini. Filem Drama Romantik ini menampilkan wajah baru Zarinatasha Jamalullail, bekas finalis Dewi Remaja 2010 dan buat pertama kali berpasangan bersama Remy Ishak sebagai pasangan kekasih.

Semasa menonton filem ini, Budiey ada senaraikan beberapa fakta menarik:

  1. Remy memegang watak bernama Izlan, seorang pemuzik jalanan yang sangat selekeh dan suka korek hidung.
  2. Sepanjang menonton filem ini, mengingatkan Budiey akan filem Indonesia yang ads perencah yang sama, drama muzikal tragis melankolik. Ingat tak dengan filem Ada Apa Pada Cinta, Tentang Dia, Cinta, My Heart?
  3. Dalam banyak-banyak lagu, lagu Pendam dari Shahir sangat sebati dengan filem ini kerana dimainkan secara berulang secara instrumental.
  4. Pelakon baru Zarina yang kini bertudung… not bad gak sebagai Mia.
  5. Ada part, penonton akan kata…. yaaaakss yeek etc
  6. Macamana korang rasa bila berada di tempat Mia yang lara merindui kekasih yang dah tiada.
  7. Penonton akan diperkenalkan dengan beberapa perkataan baru yang sengaja direka, contoh: Apa itu gemik?
  8. Setengah jam berlalu, Izlan perkenalkan namanya. Wataknya lucu dan sinikal.
  9. Mana Izlan cari duit utk buat party kanak kanak serba putih & melamar tu sedang dia hanya seorang pemuzik jalanan?
  10. Tu dia keluar lagu Pendam. Terasa ia cukup sadih bangat. Pedihnya hanya aku yg merasa….
  11. Filem ni kalau jual kat Indonesia ni, kompem laku.
  12. Falsafah cinta dgn bermonolog. Watak Pekin ada dalam 15 peratus je rasanya.
  13. Muka Zarina ada iras Erin Malek.
  14. Moral of the story, berhati-hati melintas jalan.
  15. Kejutan. Tolong jgn kasi spoiler utk penamat filem ni. Stail & gaya Pierre Andre mmg mcm ni.

Filem ini telah menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur bermula 15 Mac 2011. Turut menjayakan filem ini ialah Pekin Ibrahim, Harun Salim Bachik, Marisa Yasmin, Nash, Harris Shidee (Idola Kecil 3) dan ramai lagi.

Mengisahkan tentang harapan seorang gadis bernama Mia (Zarina Jamalullail) yang kehilangan tunangnya Ilhan (Pekin Ibrahim) dalam kemalangan jalanraya. Untuk mengubat kerinduan pada arwah tunangnya, Mia mencipta sebuah lagu yang didedikasikan untuk Ilhan. Kemudiannya, Mia pula mengalami kemalangan dan koma selama 2 minggu. Mia kehilangan lagu yang diciptanya untuk Ilhan dalam kemalangan tersebut. Pulih dari koma, Mia cuba untuk mendapatkan ingatannya kembali kepada nota lagu yang diciptakan untuk Ilhan. Namun Mia gagal berbuat demikian.

Mia kembali ke tempat di mana dia mengalami kemalangan dengan harapan dia dapat mengingati kembali nota lagu tersebut. Di sana dia terjumpa Izlan (Remy Ishak) seorang pemuzik jalanan yang bermain muzik di kawasan tersebut. Izlan memainkan lagu kegemaraan Ilhan. Melalui pertemuan itu, Mia dan Izlan kemudiannya menjadi semakin rapat.

Di situ bermulalah konfiik dalam hidup Mia. Ingatan dan cintanya masih kuat pada tunangnya. Adakan Izlan cinta baru Mia? Mampukah Mia mengingati kembali nota lagu yang dicipta untuk Ilhan?

Segala informasi tentang Aku, Kau & Dia ini boleh didapati
Laman sesawang : www.tayanganunggul.com
Facebook : www.facebook.com/akukaudia28jun2012
Twitter : www.twitter.com/tayanganunggul #akukauNdia
Youtube : http://www.youtube.com/tayanganunggul

Sharon Paul selaku Pengarah Muzik filem ini telah mencipta 3 buah lagu baru sebagai OST Aku, Kau & Dia. Dejavu lirik ditulis oleh Imillya Irwani dan Aku Kau Dia lirik ditulis oleh Pekin Ibrahim. Kedua-dua lagu ini dinyanyikan oleh Shila Amzah. Sementara Namanya Cinta nyanyian Harris Shidee ditulis oleh Fedtri dan Wan. Selain itu, terdapat dua buah lagu lain yang turut menghiasi filem ini iaitu Pendam nyanyian Shahir dan Please Forgive Me nyanyian Elly Mazlein.

Senarai Pelakon
ZARINA JAMALULLAIL -MIA
REMY ISHAK -IZLAN
PEKIN IBRAHIM -ILHAN
MARISA YASMIN -DATIN ROSELYNN
HARUN SALIM BACHIK -DATO' HASHIM
HARISS SHIDEE -ARYAN
NASH -PAK MAT
AMERUL AFENDI -FARID

OST FILEM AKU, KAU & DIA

DEJAVU
penyanyi / singer
SHILA AMZAH
lagu / composer SHARON PAUL
lirik / lyrics IMILLYA IRWANI
Publisher SCORES MUSIC PUBLISHING / WARNER CHAPPELL MUSIC (M) SDN BHD

PLEASE FORGIVE ME
penyanyi / singer
ELLY MAZLEIN
lagu / composer JULFEKAR
lirik / lyrics JULFEKAR
Publisher MILLENNIUM ART SDN BHD

AKU KAU DIA
penyanyi / singer
SHILA AMZAH
lagu / composer SHARON PAUL
lirik / lyrics PEKIN IBRAHIM
Publisher SCORES MUSIC PUBLISHING / WARNER CHAPPELL MUSIC (M) SDN BHD

NAMANYA CINTA
penyanyi / singer
HARRIS SHIDEE
lagu / composer SHARON PAUL
lirik / lyrics FEDTRI & WAN
Publisher SCORES MUSIC PUBLISHING / WARNER CHAPPELL MUSIC (M) SDN BHD

PENDAM
penyanyi / singer
SHAHIR
lagu / composer SHAM KAMIKAZE
lirik / lyrics SHAM KAMIKAZE
Publisher MEASAT BROADCAST NETWORK SYSTEMS SDN BHD

POSTER AKU, KAU & DIA

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Quotes of the day: Pierre Andre Dibomoh Maya Darina?
  • Biodata Pierre Andre
  • Filem Jangan Tegur Lakonan Julia Ziegler
  • Filem Congkak Arahan Pierre Andre : Gambar Pelakon
  • Video Pierre Andre Diterjah Zubir Berita Harian Part 2
  • Create a Tagline for ASAP
  • Drama Tiramisu
  • Foto Sneak Preview Filem 9 September
  • Filem ke-2 Pierre Andre – 9 September
  • Pierre Andre & Fasha Sandha Cium Mulut?
  • Teater Puisi Tari Primadona Perahu Mimpi

    Posted: 15 Jun 2012 07:25 PM PDT

    Teater Puisi Tari Primadona… Perahu Mimpi mencipta kelainan apabila bakal mengangkat puisi tari ke dalam jalan ceritanya.

    Teater ini berkisar pada kehidupan seorang wanita Timur yang bangkit kerana wanita Timur yang lain. Atas nama feminisme, primadona bangkit dengan membangunkan dunianya sendiri dengan mengajak wanita-wanita lain yang tertindas untuk bersama-samanya bekerja bagi menampung kehidupan mereka dan keluarga. Mereka membuka tempat tari-menari dan hiburan mengikut konsep ketimuran. Kisah suka duka dalam pementasan ini mudah difahami disebabkan plotnya yang ringkas, namun terkandung nilai didaktik yang berguna buat penonton.

    Pementasan ini bukan sahaja berkonsepkan teater puisi tari yang menampilkan dialog dan lirik lagu yang berteraskan puisi moden dan tradisional, malahan melalui keindahan kata dalam dialog dan lagunya dapat mengungkapkan semangat perjuangan hidup. Keindahan dialog yang dituturkan mampu membawa satu pendekatan baru kepada penonton khasnya golongan muda di negeri Johor agar mendekati dan meminati teater.

    Teater Puisi Tari Primadona Perahu Mimpi

    Sinopsis Teater Puisi Tari Primadona Perahu Mimpi
    Pementasan teater ini berkisar soal kisah kehidupan seorang perempuan Timur yang bangkit kerana perempuan Timur yang lain. Atas nama feminisme, Primadona membangunkan dunianya sendiri, beliau mengajar perempuan-perempuan yang tertindas untuk bersamanya bekerja menampung kehidupan mereka dan keluarga dengan membuka tempat menari dan berhibur mengikut konsep ketimuran. Kisah suka duka kelompok yang dibela oleh Primadona dalam pementasan ini mudah difahami serta plotnya yang ringkas, namun terkandung nilai didaktik yang berguna buat para penonton. Pementasan yang digabung jalin dengan unsur irama lagu-lagu berunsurkan kesedaran serta tarian dan lontaran dialog yang bertujuan mendidik membuatkan pementasan yang berlangsung dua jam ini begitu menghiburkan dalam konteks memberikan kesedaran tentang kesengsaraan serta pentingnya membantu sesama insan yang tertindas.

    Pengarahnya, Zamri Pangat berkata, pementasan itu lain dari yang lain kerana menggabungkan dua elemen iaitu puisi dan tarian dalam satu teater sama dalam mewujudkan suasana baru dalam genre teater muzikal.

    "Ia sebenarnya masih sebuah teater muzikal seperti mana yang biasa kita tonton tetapi menariknya mengenai Primadona…Perahu Mimpi ini ia menggunakan puisi sebagai fokus utama dan tarian gabungan moden dan tradisional sebagai pelengkap kepada puisi yang didendangkan."

    Primadona…Perahu Mimpi bakal dipentaskan di Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) bermula 22 hingga 26 Jun depan.

    Dalam pada itu, Zamri berkata, walaupun teater ini pernah dipentaskan di Johor, dia optimis untuk memperkenalkan teater puisi tari ini kepada penonton di bandar besar supaya mereka dapat menghayati pementasan teater yang dianggap berbeza dan menarik ini.

    Zamri berkata, puisi yang digunakan juga tidak akan dipersembahkan dengan cara biasa di dengar oleh masyarakat sebaliknya ia akan diberi nafas baru.

    "Mungkin masyarakat dan penonton sudah biasa dengan cara sesebuah puisi itu disampaikan dan menerusi teater ini sesuatu yang berbeza akan ditampilkan.

    Primadona..Perahu Mimpi adalah sebuah karya Rahimah Muda dan bakal menampilkan pelakon seperti Que Haidar, Emelda Rosmila, Emma AF, Maulana AF dan ramai lagi.

    Sementara itu, Zamri berkata, semua pelakon memberikan kerjasama baik sepanjang latihan dan ia turut disertai beberapa pelakon daripada Johor bagi memantapkan lagi persembahan itu nanti.

    Tarikh : 22 – 26 jun 2012
    Lokasi : Dewan Tunku Abdul Rahman
    Masa : 8.45 mlm
    Pas menonton : 03-42701777 (LJ Studio)

    Tiket bagi menyaksikan teater Primadona…Perahu Mimpi dijual pada harga RM100 dan RM80 (akan mendapat diskaun 20 peratus untuk setiap barangan Aviva-Active) yang boleh didapati dengan melayari www.aviva-active.com.my atau menghubungi 03-4270-1777.

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Profile Rosminah Mohd. Tahir Pengarah Teater Nyonya
  • Pengarah A. ARIS A. KADIR Graduan Tari dari ASWARA
  • Pengarah Artistik BADRUL ZAMAN ABDUL JALIL
  • Penulis Skrip SITI JASMINA IBRAHIM
  • ABDUL MUTALIF ABU BAKAR KAREOGRAFER
  • Tari Tirana
  • Teater Topeng-Topeng Karya Baha Zain @ DBP
  • Persembahan The Secret Life of Nora Dilanjutkan
  • Malam Gema Puisi Gaza TV9
  • Lirik Puisi Hamba – Ella
  • borak kosong

    borak kosong


    Aneh Tapi Nyata, Lelaki Ini Tiba-tiba Berubah Jadi Perempuan

    Posted: 15 Jun 2012 09:15 PM PDT

    Bak gelegar petir di siang yang terik, inilah yang dialami keluarga Qian Jinfan.Datuk 84 tahun ini tiba-tiba gemar mengenakan baju wanita. Tak hanya itu, ********nya juga perlahan membesar. Puncaknya, keluarga ini terkejut saat Qian berkeras meminta operasi kelamin.

    Qian sebelumnya menikah dan memiliki beberapa anak. Hingga empat tahun lalu, semuanya berjalan normal. Namun kemudian keluarganya terusik oleh perangai aneh sang datuk. Ia mengganti nama menjadi Yiling, nama yang dia idam-idamkan saat dia mengimpikan boleh menjadi seorang wanita.

    "Saya fikir menyenangkan menjadi seorang gadis," katanya kepada Nanfang Daily. "Itu terjadi saat usia saya 14 tahun. Saya menikmati saat berjalan, pinggul boleh bergoyang."



    Menurut dia, saat sedang sendiri, ia kerap berlaku sebagai perempuan. Misalnya, berpose feminin di depan cermin. "Seperti apa saya sekarang, itulah saya yang sebenarnya," katanya, yang kini memanjangkan rambut dan suka mengenakan pakaian ketat. "Selama 80 tahun, saya tertutup oleh kepalsuan."

    Ia mengaku kerap jalan dengan sang isteri ''sebagai seorang sahabat''. Bahkan sang isteri pula yang mendandaninya mengenakan pakaian wanita.

    Ia mengaku pernah mencuba untuk "menjadi wanita" tahun 1960, tetapi gagal. Lelaki yang kini tinggal di Guangdong ini mengaku agak kecewa ketika doktor menyatakan operasi kelamin untuk orang seusianya sangat berisiko dan kompleks.

    sumber: tempo.co

    Model Berpayudara Superbesar Ini Sudah Lakukan 12 Operasi

    Posted: 15 Jun 2012 09:00 PM PDT


    TRIBUNNEWS.COM - Ibu enam anak ini mengaku sudah menjalani 12 kali operasi payudara agar boleh memperoleh ukuran payudara menjadi L. Tidak hanya itu, ia ingin menambahnya lagi hingga mencapai ukuran MMM. Demikian dilansir Daily Mail, Jumaat (15/6/2012).
    Perempuan bernama Lacey Wildd berumur 44 tahun dan berasal dari Miami, Florida, Amerika Syarikat (AS). Akibatnya, anak-anaknya merasa malu atas tindakan tersebut.
    Tori (17), Michael (15) Brendon (10), dan Jenaveve, terpaksa menghadapi ejekan teman-temannya gara-gara tindakan sang ibu. Meski anak-anaknya protes, Wildd yang bernama asli Paula Simonds, tetap memutuskan untuk melakukan prosedur itu dan ingin menjadi model yang memiliki payudara paling besar di dunia.
    "Jika saya memiliki implan ukuran MMM akan membawa saya ke lima besar model berdada besar di dunia," ujarnya.
    "Dengan cara itu akan membuat saya makin terkenal dan memiliki banyak wang. Saya ingin mengambil kesempatan yang ada dan memberikan anak-anak saya kehidupan yang baik," katanya.
    Anak-anak Wildd, termasuk yang berusia 27 tahun bernama Ivy dan Silas berumur 24 tahun, yang tak tinggal lagi di rumah dengan mengatakan payudara besar sang ibu membuat mereka malu dan ingin ibunya berhenti membahayakan kesehatan.
    Anak-anaknya khawatir jika implan itu bisa mengakibatkan luka, tertarik, dan infeksi yang bisa membunuh sang ibu. 

    Aksi merak bergaduh,jarang dapat dilihat

    Posted: 15 Jun 2012 08:45 PM PDT



    Bayi Afreen Dibunuh Ayah Kerana Terlahir Sebagai Perempuan

    Posted: 15 Jun 2012 08:30 PM PDT


    TRIBUNNEWS.COM - Resma Banu hanya terdiam di tangga luar rumah orangtuanya di Bangalore, India, sembari melihat ke layar telefon kecilnya. Perempuan berusia 19 tahun ini menatap video bayinya Afreen.
    Seperti dilansir CNN, Khamis (14/6/2012), bayi berusia tiga bulan itu meninggal dunia di RS. Pihak berkuasa mengatakan bayi perempuan itu masuk ke RS kerana adanya tanda-tanda gigitan, luka bakar akibat sundutan rokok, dan kepala yang tidak pada posisi yang benar. Pihak polis mengatakan Afreen dibunuh oleh ayah kandungnya.
    "Setelah melahirkan, suami saya melihat saya dan bayi saya. Ia berkata, oh bayi perempuan, mengapa kamu melahirkan bayi perempuan," demikian kata suami Resma.
    Sang suami menginginkan anak laki-laki. Menurutnya, biaya untuk anak perempuan sungguh sangat mahal. Suami Resma kemudian memberikan ultimatum. "Untuk pernikahannya, kita harus menyiapkan yang ribuan rupe untuk semua pengeluaran. Jika kamu boleh mendapatkan wang itu dari ibumu, biarkan ia hidup, jika tidak, maka bunuh saja dia," ujar Resma mengulang kembali kata-kata sang suami.
    Resma mengira suaminya tak sungguh-sungguh. Namun, tiga bulan kemudian bayinya meninggal dan suaminya ditangkap kerana dituduh memukuli bayinya. Pihak polis mengatakan suami Resma mengakui telah membunuh anak kandungnya sendiri.

    Ikan miliki warna sama dengan bendera Jerman

    Posted: 15 Jun 2012 08:15 PM PDT


    KIEL, Jerman - Beberapa ekor ikan kecil di dalam akuarium menjadi tumpuan para pengunjung di sebuah kedai menjual haiwan peliharaan di sini semalam.
    Ikan tersebut menjadi tumpuan kerana ia mempunyai belang hitam, merah dan kuning. Warna itu sama dengan bendera Jerman.
    Ia turut mendapat tumpuan ramai kerana pasukan Jerman kini bertanding dalam Kejohanan Bola Sepak Eropah (Euro) 2012 di Ukraine. - Agensi
    sumber : kosmo online

    Perempuan Ini Dipecat Kerana Pamer Payudara di Foto

    Posted: 15 Jun 2012 08:00 PM PDT


    TRIBUNNEWS.COM - Perempuan yang berinisiatif menampilkan foto perempuan berseragam tentera menyusui bayi mereka dipecat. Demikian dilansir Fox News, Jumaat (15/6/2012).
    Perempuan asal Washington, Amerika Syarikat (AS), bernama Crystal Scott dipecat dari pekerjaannya sebagai teknisi X-ray militer dan perempuan yang ada di dalam foto terkena teguran.
    Crystal Scott, yang merupakan juru bicara kelompok Spokane-area Mom2Mom, menyatakan jika  militer memecat dirinya kerana media terlalu membesar-besarkan masalah itu. Alasan ini dikeluarkan ketika Scott menanyakan alasan tersebut kepada pihak yang berkuasa.
    Menurutnya, foto itu didesain untuk memberikan tekanan kepada militer agar membenarkan perempuan menyusui di tempat bekerja.
    "Saya melakukan hal yang baik untuk orang-orang. Ini sungguh menyedihkan kerana media menggambarkan Mom2Mom adalah sesuatu yang positif," ujarnya, saat diwawancarai di Right This Minute.
    Menurut laporan, perempuan yang bekerja untuk militer dan tampil di foto kini ditegur kerana dianggap melanggar aturan. Satu aturan itu menyebutkan seragam tak boleh digunakan untuk mempromosikan kes atau sebuah kegiatan.
    Foto itu dimaksudkan untuk dirilis untuk National Breast-feeding Awareness Week pada Ogos nanti, namun di Facebook, Mom2Mom menulis jika mereka tidak bermaksud bersikap eksploitif.
    Scott bekerja untuk militer dan kini tinggal di pangkalan militer Fairchild Air Force Base dekat Spokane bersama suaminya yang bekerja sebagai militer aktif. Ia merupakan juru bicara Mom2Mom, kelompok pendukung ibu menyusui di pangkalan militer.

    2 bintang rap bergaduh

    Posted: 15 Jun 2012 07:45 PM PDT


    NEW YORK: Pergaduhan dua penyanyi rap yang bersaing antara satu sama lain, Chris Brown dan Drake menjadikan sebuah kelab malam di New York seperti zon perang semalam.
    Kejadian itu menyebabkan empat orang awam dimasukkan ke hospital selepas pergaduhan meletus, dikatakan kerana penyanyi pop, Rihanna.



    Saksi berkata, dua artis itu mula bergaduh selepas Brown menghantar sebotol Champagne kepada Drake sebagai simbol berdamai.
    Drake dikatakan menghantar botol arak itu kembali dengan nota bertulis, "Aku bercinta dengan bekas kekasih kamu, terima hakikat itu."


    Chris Brown, 23, berpacaran dengan Rihanna sehinggalah penyanyi itu meninggalkannya selepas dia memukulnya dengan teruk pada malam Anugerah Grammy pada 2009.
    Selepas berpisah, wanita cantik dari Barbados itu dikatakan menjalinkan hubungan dengan Drake.

    Menurut laporan, Rihanna, 24, kini dalam proses berbaik semula dengan Brown.

    Jabatan Polis New York kini menyiasat pergaduhan itu yang berlaku di Kelab W.i.P di kawasan SoHo di Manhattan.

    Jurucakap jabatan berkata, penyiasat percaya, Brown, pengawal keselamatannya dan seorang wanita yang bersamanya cuba meninggalkan kelab itu pada kira-kira jam 4 pagi apabila mereka di halang lima anggota kumpulan Drake.

    Leftenan John Grimple berkata, Drake, atau nama sebenarnya Aubrey Drake Graham, tidak bersama kumpulan yang menemui Brown.

    Hollie C, seorang pelancong dari Australia, adalah antara lapan yang dirawat di hospital akibat pergaduhan itu.

    Brown juga cedera. Dia memuat naik gambar luka di dagunya, akibat pergaduhan dengan Drake. Wanita yang bersamanya turut cedera.

    Brown dikatakan berang selepas Drake menghantar pulang botol arak "sebagai tanda perdamaian"bersama nota itu.

    Jelas nota itu memperkatakan mengenai bekas teman wanita Brown, Rihanna.

    Menurut laman web Global Grind, Brown dikatakan terlalu berang dan bertindak bersemuka dengan Drake.

    Drake dikatakan menumbuk, tetapi sebelum sempat penyanti itu membalas, seorang lelaki memukul muka Brown dengan botol. - DM



    sumber : myMetro

    Jantina atlet dipersoal

    Posted: 15 Jun 2012 07:30 PM PDT


    KOLKATA: Seorang atlet wanita India yang dituduh merogol teman wanitanya, mepertahankan dirinya adalah wanita dan bukan lelaki seperti yang didakwa.
    Pinki Pramanik, yang memenangi pingat emas dalam acara 4x400 meter pada Sukan Asia 2006, ditahan kelmarin dan dibawa ke Balai Polis Baguiti, barat laut Kolkata. 
    Teman wanitanya menuduh dia merogolnya berulang kali dan mendakwa Pinki sebenarnya lelaki.
    Sementara itu polis berkata, Pinki enggan dibawa untuk melakukan pemeriksaan jantina di hospital kerajaan. 


    "Saya telah menjalani banyak ujian sepanjang karier saya sebagai atlet," kata Pinki yang bersara pada 2007. 
    "Kenapa saya perlu bersetuju untuk ujian lain yang tidak masuk akal ini?" katanya.

    "Saya diperangkap. Wanita itu meminta 300,000 rupees (RM17,071) tetapi saya enggan memberikan kepadanya," " katanya kepada akhbar Calcutta Telegraph. - AFP 



    sumber : myMetro

    Kahwinkan katak harapkan hujan

    Posted: 15 Jun 2012 07:15 PM PDT


    TAKHATPUR (India): Walau bagaimana yakin sekalipun mengenai hubungan mereka, setiap pengantin perempuan akan bimbang bakal suami mereka bersuara parau apabila tiba hari penting itu.
    Tetapi di sebuah kampung terpencil di Takhatpur, ia adalah perkara biasa dalam perkahwinan katak yang sangat diraikan. 
    Penduduk percaya, perkahwinan luar biasa itu akan membawa hujan dan menyelamatkan mereka daripada bekalan air yang kurang akibat kemarau panjang.

    Di beberapa tempat di India, katak dikatakan mempunyai kuasa istimewa kerana mereka dapat merasakan bila akan hujan, membuat bunyi bising apabila awan bakal melimpahkan isinya.



    Dalam satu gambar perkahwinan pelik ini, 'pengantin perempuan' dan 'pengantin lelaki' dipegang dua lelaki dan ikrar mereka diperkuat dengan satu kucupan.


    Seluruh penduduk kampung dilihat mengambil bahagian dalam acara istimewa ini sementara beberapa kanak-kanak terpegun melihatnya. - Agensi 



    sumber : myMetro

    Petani mengemis untuk bayar rasuah

    Posted: 15 Jun 2012 07:00 PM PDT


    PATNA: Kerana diminta membayar rasuah sebanyak Rs1,000 (RM56.97), seorang petani miskin di Bihar, terpaksa mendapatkan wang dengan meminta sedekah di jalanan.
    Dia kemudian menghantar wang itu kepada pejabat Ketua Menteri, Nitish Kumar dengan nota meminta pemimpin itu menyerahkan wang itu kepada pegawai polis yang memintanya. 
    Dia tidak menyumpah sistem dan nasibnya, sebaliknya, Kumar atau Chabila Paswan, petani di daerah Vaishali, mengumpulkan ahli keluarganya dan meminta sedekah di jalan raya untuk mendapatkan wang membayar rasuah.

    Paswan bersama isteri dan anaknya meletakkan kadbod di leher mereka memberi tahu orang ramai mengapa mereka perlukan wang.



    Menurutnya, anggota polis itu meminta rasuah sebelum boleh menerima aduannya. - AFP



    sumber : myMetro

    Pelajar perempuan bikin gempar

    Posted: 15 Jun 2012 06:45 PM PDT


    MELAKA: Gempar apabila seorang pelajar wanita sebuah universiti swasta di sini, duduk di atas pagar beranda di tingkat tiga pangsapuri bersebelahan universiti berkenaan sambil menjuntaikan kakinya serta berkelakuan ganjil, termasuk mengeluarkan kata-kata kesat, semalam.
    Dalam kejadian jam 11.15 pagi, pelajar berusia 23 tahun itu mengeluarkan kata-kata kesat memarahi polisi diamalkan universiti berkenaan selain melemparkan beberapa barangan kaca ke tempat letak kenderaan hingga merosakkan sebuah kereta.

    Malah, lebih pelik apabila pelajar tahun akhir jurusan undang-undang itu menyanyi ketika duduk di atas berada berkenaan.


    Bagaimanapun, tindakan pantas pengurusan pangsapuri bagaimanapun mengelak kejadian buruk berlaku apabila kakitangan memasuki rumah itu menggunakan kunci pendua lalu menarik pelajar terbabit dari beranda.

    Menurut seorang pelajar universiti itu, dia menyedari kejadian ketika keluar dari rumahnya di tingkat enam selepas terdengar sesuatu.


    "Saya dengar seperti ada orang buang sesuatu lalu melihat dari kaki lima dan terkejut mendapati terdapat ramai orang berkumpul di bawah.



    "Sebaik turun saya terkejut melihat seorang wanita duduk atas pagar beranda dengan kakinya terjuntai," katanya yang enggan dikenali ketika ditemui di tempat kejadian di sini, semalam.

    Menurutnya, pelajar wanita itu marah dengan polisi diamalkan universiti berkenaan.


    Katanya, dia difahamkan, pelajar terbabit tidak tinggal di pangsapuri berkenaan sebaliknya rumah di tingkat tiga itu didiami rakannya.

    Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Muhammad Koey Abdullah yang mengesahkan kejadian berkenaan berkata, pelajar itu dipercayai mengalami gangguan perasaan dan dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan.



    sumber : myMetro

    Patah tangan dukung adik

    Posted: 15 Jun 2012 06:30 PM PDT


    KUALA TERENGGANU: "Walaupun badannya kecil namun dia beria-ia hendak mendukung adik bongsunya.
    "Tetapi, dia tidak mampu menampung berat adiknya sebelum tersembam dan patah tangan," kata Osman Mohammad, 39, bapa Nor Fatihana Osman, 6, yang patah tangan kiri selepas terjatuh berikutan gagal menampung berat badan adiknya ketika ditemui di Wad Ortopedik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, semalam.

    Dalam kejadian jam 8.30 malam di rumah mereka di Kampung Seberang Marang pada 8 Jun lalu, Nor Fatihana bermain bersama adik bongsunya, Nor Khalisa Damia, 2, sebelum cuba mendukung adiknya yang berat lebih 10 kilogram.


    Malangnya, tidak sampai seminit mendukung saudara kandungnya itu, Nor Fatihana yang tidak larat menampung berat adiknya gagal mengawal keseimbangan badan sebelum kedua-duanya tersembam di atas lantai.

    Osman berkata, tangan kiri Nor Fatihana patah dalam kejadian itu manakala anak bongsunya tidak cedera.


    Menurutnya, ketika kejadian dia tiada di rumah, tetapi bergegas pulang sebaik dimaklumkan isteri mengenai insiden berkenaan.



    "Saya membawa Nor Fatihana berjumpa dengan tukang urut tradisional sebelum membawanya ke HSNZ untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya.

    Bapa tiga anak itu berkata, tangan Nor Fatihana yang patah disimen dan mungkin memerlukan masa sebulan untuk pulih.





    sumber : myMetro

    Tak bangun,mak simbah air panas

    Posted: 15 Jun 2012 06:15 PM PDT


    MIRI: Berang anaknya tetap berdegil tidak mahu bangun daripada tidur selepas dikejutkan beberapa kali, seorang ibu bertindak di luar dugaan apabila menyiram remaja berusia 16 tahun itu dengan air panas dalam kejadian di rumah mereka di Tudan, di sini, semalam.
    Akibat kejadian jam 8.30 pagi itu, mangsa yang tidak lagi bersekolah dan bekerja sebagai buruh kasar, melecur teruk di belakang badannya.
    Menurut sumber, sebelum kejadian, mangsa sedang tidur di sofa di ruang tamu rumah apabila ibunya yang berusia 47 tahun mengejutkannya supaya segera bangun daripada tidur dan bersiap untuk pergi bekerja.


    sumber : myMetro

    Perut terburai

    Posted: 15 Jun 2012 06:00 PM PDT


    MACHANG: "Kemalangan itu amat dahsyat, tapi saya terkilan kerana tak mampu berbuat apa-apa, sebaliknya hanya mampu lihat saja mayat seorang daripada mangsa terbujur di atas jalan dalam keadaan perut terburai manakala yang lain tersepit dalam kenderaan masing-masing yang remuk."
    Demikian kata Mohd Aliff Farhan Mohd Hatta, 16, antara individu terawal tiba di lokasi kemalangan di Kilometer 35, Jalan Kota Bharu-Kuala Krai, Labok, di sini, yang mengorbankan tiga nyawa termasuk Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Abdul Wahab Yaacob, 56, awal pagi semalam.

    Dua lagi yang terbunuh ialah Sarjan Abd Kadir Kumin, 48, dari Ulu Cheka, Jerantut, Pahang, yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai dan suri rumah, Membunga Mamat, 61, dari Rancangan Kemajuan Tanah Paloh 1, Gua Musang.


    Kemalangan berlaku ketika Abdul Wahab dan Abd Kadir dalam perjalanan dari Kota Baharu ke Kuala Krai dengan menaiki kereta BMW bertembung sebuah pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero dari arah bertentangan dinaiki Membunga bersama anaknya, Mohd Saari Asmawi, 36.

    Ketiga-tiga mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala serta badan dan mayat mereka dibawa ke Hospital Machang untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga masing-masing.


    Mohd Saari yang memandu Pajero itu pula dilaporkan dalam keadaan kritikal dan kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), Kota Bharu.



    Menceritakan pengalamannya, Mohd Aliff Farhan yang rumahnya hanya 20 meter dari tempat kejadian berkata, dia terdengar bunyi dentuman kuat ketika menonton televisyen pada jam 1 pagi.

    "Selepas mendengar bunyi dentuman kuat itu, saya keluar rumah dan melihat kepulan asap serta api kecil menyala. Sebaik mendekati dua kenderaan yang terbabit nahas itu saya tergamam melihat darah membasahi jalan dan seorang mangsa terbaring di atas jalan dalam keadaan mengerikan," katanya.


    Menurutnya, tidak lama kemudian, bapa saudaranya, Hussin Ismail, 45, tiba di tempat kejadian dan memadamkan api menggunakan air yang diisi ke dalam baldi kerana bimbang berlaku letupan.

    "Dentuman kuat itu kedengaran sehingga kampung sebelah, Kampung Bunut Mak Teh sehingga ramai yang keluar untuk melihat apa berlaku. Penduduk kemudian menghubungi polis dan bomba untuk kerja menyelamat," kata pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hamzah Machang 1 itu.


    Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, kedua-dua kenderaan itu disyaki dipandu laju sebelum bertembung.


    Menurutnya, jenazah Abdul Wahab dan Abd Kadir sudah dituntut keluarga masing-masing untuk dikebumikan di Taman Segambut, Kuala Lumpur dan Ulu Cheka, Jerantut.


    Beliau meminta orang ramai yang melihat kemalangan berkenaan menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.



    sumber : myMetro

    Maut dicampak dari tingkat 7

    Posted: 15 Jun 2012 05:45 PM PDT


    AMPANG: Seorang lelaki yang baru dua hari menumpang di rumah rakan sekampungnya dari Kuching, Sarawak, ditemui mati dibunuh kejam dipercayai dicampak dalam keadaan masih bernyawa dari tingkat tujuh Flat 700, di sini, selepas berlaku pergelutan dengan rakan serumahnya itu, semalam.
    Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, mangsa yang berusia 34 tahun dipercayai bertengkar dengan suspek menyebabkannya ditikam lelaki terbabit menggunakan pisau dapur sebelum mangsa yang masih hidup ketika itu dicampak ke bawah melalui tingkap. 
    Difahamkan, mangsa datang ke ibu negara untuk mencari pekerjaan dengan menumpang di rumah berkenaan.

    Selepas kejadian itu, suspek berusia lingkungan 30-an dan bekerja sebagai pelayan hotel di Puchong, yang panik bertindak membuat laporan di Balai Polis Pandan Perdana, di sini, kira-kira jam 3 petang mendakwa konon rakan serumahnya itu meracau lalu terjun dari rumah mereka



    sumber : myMetro

    Lelaki pakai kasut wanita dan bunga di kepala beratur beli tiket wayang

    Posted: 15 Jun 2012 05:30 PM PDT




    sumber : stomp.com.sg

    A man was seen wearing women's shoes and a flower on his head as he queued up for movie tickets at the Golden Village Yishun cinema.

    STOMPer baboon, who spotted the man, said:

    "I saw this guy dressing himself up as a girl -- with female shoes and a flower on his head -- while we were getting our movie tickets at Golden Village Yishun."

    Habis orang gemuk jika model ini berjaya memerintah Romania

    Posted: 15 Jun 2012 05:15 PM PDT

    Seorang model Romania, Sanziana Buruiana mahu menaikkan imej negara itu dengan menubuhkan sebuah parti politik baru khas untuk orang cantik.


    Sanziana juga bercita-cita mengenakan cukai kepada penduduk yang mengalami obesiti pada kadar 10 euro (RM40) bagi setiap kilogram melebihi berat badan, lapor akhbar Metro.

    Rancangan lain termasuk mengenakan denda kepada mereka yang curang dan memperkenalkan undang-undang hanya model berbikini dibenarkan bekerja sebagai pemandu pelancong bagi meningkatkan populariti Romania sebagai destinasi pelancongan.   ~~ Agensi


    sumber : mran3238.wordpress.com

    Ngeri..

    Posted: 15 Jun 2012 05:00 PM PDT


    Akibat Jatuh Cinta, Pembunuh Upahan Ini Palsukan Kematian Mangsanya

    Posted: 15 Jun 2012 04:45 PM PDT


    Kejadian ini terlalu indah untuk terjadi di dunia nyata, dimana seorang pembunuh upahan memalsukan kematian mangsanya kerana jatuh cinta dengan sang wanita, mirip kisah yang sering kita nonton di sinetron.

    Seorang pembunuh bayaran dari Brazil, Carlos Roberto de Jesus, dari Brasil, dibayar 345 pound untuk membunuh Iranildes Aguiar Araujo.

    Ia disuruh oleh seorang suri rumahtangga bernama Maria Nilza Simoes, dan menyuruhnya membunuh Iranildes kerana Simoes yakin bahawa suaminya berlaku curang dengan wanita tersebut.

    Ditutupi sos tomato : kematian Iranildes Aguiar Araujo dipalsukan oleh kekasih barunya Carlos Roberto de Jesus yang sebelumnya ditugaskan untuk membunuhnya

    Tapi ketika de Jesus melihat mangsa yang dimaksud, ia langsung jatuh cinta dengan dia dan kemudian menceritakan plot pembunuhan tersebut. Pasangan ini kemudian membuat sebuah rancangan untuk menipu Simoes dengan memalsukan kematian agar dia percaya de Jesus telah melakukan pembunuhan itu.

    Lanjut cerita, para kekasih baru ini kemudian membeli dua botol sos tomata dari supermarket ldan kemudian de Jesus menyuruh Iranildes untuk merobek bajunya serta mengepit sebuah golok di bawah ketiaknya.

    Setelah itu dia menyuruh Iranildes berbaring di lantai dengan tubuh terikat dan mulut yang tersumpal, kemudian melumuri tubuhnya dengan sos tomata seolah-olah ia telah mati kena bunuh.

    Bekas banduan ini kemudian mengambil foto Iranildes dan mengirim gambar tersebut untuk menipu sang isteri pencemburu tersebut untuk meyakinkan dia telah melakukan tugasnya.

    "Aku merobek bajuku, meletakkan parang di samping saya, kemudian dia mengikat dan membekap saya kemudian melumuri tubuhku dengan sos tomat." kata Iranildes.

    Namun tipu muslihat ini akhirnya terbongkar tiga hari kemudian, ketika Simoes melihat sang pembunuh sewaannya sedang mencium wanita yang sangat ingin dia bunuh. Dan kemudian melaporkan de Jesus ke polis dan menunduhnya telah mencuri wangnya.

    Detektif terkejut saat de Jesus menceritakan seluruh kisah tersebut dalam pengakuannya.

    "Selama lapan tahun bertugas di bidang kepolisian ini Aku belum pernah mendengar hal seperti itu." kata Sheriff, Marconi Lima.

    Diketahui, pembunuhan tersebut seharusnya terjadi pada Julai lalu di sebuah kota kecil Pidonbacu, di negara bahagian Bahia, Brasil di timur.

    Ketiga tersangka ditahan oleh ketua polis Marconi Lima sebelum dibebaskan dengan jaminan.

    Sang pembunuh bayaran dan 'korban'-nya menghadapi tuduhan pemerasan, sedangkan wanita yang menuruhnya menghadapi tuduhan melakukan ancaman pembunuhan.

    Sumber : dailymail

    Tanya, Gadis Piatu Kanada yang Menemukan Damai dalam Islam

    Posted: 15 Jun 2012 04:30 PM PDT


    REPUBLIKA.CO.ID, TORONTO – Namanya Tanya. Kemiskinan membuatnya harus tinggal di pusat asuhan. Ibunya tak lagi mampu menanggung ekonomi keluarga sepeninggal ayahnya.


    Ia pernah menghuni tiga rumah asuhan yang berbeza. "Selama waktu itu aku benar-benar sendirian. Aku tidak punya ibu, ayah dan tidak ada teman, tidak ada tempat dimana saya boleh berpegang," katanya.


    Dalam kesendirian itulah, ia mencari pegangan hidup: Tuhan. "Aku mulai menghadiri kebaktian di Gereja Pantekosta. Minggu menjadi hari yang kutunggu," katanya. 


    Beranjak ke usia remaja, ia bertemu seorang Muslim di sekolahnya. "Aku menjelaskan kepadanya lebih banyak tentang Kristian dan ia menjelaskan kepada saya tentang Islam," katanya. Namun, sang teman selalu menyangkal penjelasannya, dengan alasan yang logik.


    Tak ingin terpengaruh, ia ke perpustakaan dan meneliti lebih lanjut tentang Islam, Kristian, dan semua agama, "Pintu-pintu terasa mulai terbuka bagiku," ia menggambarkan.


    Islam, yang kerap dipandang sebelah mata orang Barat, tiba-tiba memukaunya, setelah membaca beragam literatur. "Islam memberi tuntutan nyata bagi umatnya," katanya.


    Ia bimbang. "Aku tidak boleh makan, aku tidak boleh tidur, aku tidak boleh berpikir, aku gelisah. Ini tidak masuk akal lagi," katanya.


    Akhirnya, ia memutuskan untuk berdoa pada siapapun Pencipta-nya.  "Tolong jawab aku,  beri aku arah dan pijakan. Beri aku pegangan. Aku hampir hilang," ia mengisahkan doanya saat itu.


    Alhamdulillah, katanya, dalam dua hari, ia segera menemukan jawaban. Saat itu, ia tengah berada di dalam kelas 11 mengikuti pelajaran matematik. Islam dan Muhammad, dua kata itu yang mengisi hatinya. Ia terlonjak dan berlari ke luar kelas. "Hatiku hanya diisi dengan sukacita," katanya.


    Ia pergi ke toilet. "Aku tak tahu apa itu wudhu, tapi aku tahu Islam menganjurkan bersuci. Aku menyiram wajahku, mencoba untuk mendapatkan suci itu," katanya.


    Ia menemui temannya yang Muslim, dan meminta di Islamkan. Sang teman mengajaknya ke rumahnya, dan mengenalkan pada orang tuanya.


    Mereka tak  langsung mengislamkan Tanya. Alih-alih memimpinnya bersyahadat, mereka malah memberinya pakaian, buku-buku, dan kehangatan sebuah keluarga. Baru setelah ia menyatakan kemantapan hatinya berIslam, mereka menghantarkan Tanya ke masjid untuk bersyahadat.


    "Hidupku telah benar-benar berubah setelah itu," akunya. Kini, ia tak lelah berbagi tentang bagaimana ia mendapatkan kedamaian batin dengan banyak orang. "Bukan dengan ke disko, minum, atau hura-hura. Tapi dengan mendekat pada Allah."

    Wow! Wanita Kencing 'Berdiri' Efektif Cegah Kanser

    Posted: 15 Jun 2012 04:15 PM PDT


    Intermezo News - Kanser serviks adalah musuh utama kaum perempuan. Kerananya berbagai upaya pencegahan dilakukan di antaranya melalui sebuah metode 'standing pee'. Benarkah?

    Sejauh ini, oleh doktor mendeteksi awal adanya penyakit kanser serviks boleh dilakukan dengan dua cara, yakni pap smear dan vaksin. Ternyata, ada cara lain dan sedikit unik yang boleh mencegah timbulnya kanser serviks, iaitu standing pee atau kencing berdiri.


    Menurut pakar kesihatan, dr Ananto Sidohutomo MARS menyebutkan pilihan kencing berdiri ini tidak hanya berguna mencegah kanser. Tapi juga memungkinkan setiap wanita mendapat prasarana membuang air kecil secara higienis, nyaman, dan meminimalkan penggunaan tissu dan air yang banyak ditemukan bakteria, jamur, parasit, dan virus.

    "Pencegahan boleh dilakukan dari sisi apa saja. Untuk mencegah dan mengantisipasi kanser serviks, ada kad skor deteksi awal kanser serviks, ada pap-smear, ada vaksinasi HPV, ada valeri, dan 'standing pee' ,"kata Ananto.

    confessionsph.com


    Posisi kencing, kata dr Ananto, mempengaruhi aliran rembesan urin ke vagina. Menurut dr. Ananto, urin bukan cairan yang bersih. Urin termasuk sisa metabolisme tubuh yang membuang zat-zat tidak berguna di tubuh.

    Bila sisa urin mengendap di vagina maka akan menganggu kebersihannya.

    "Ingat, faktor tidak bersih juga memicu munculnya kanker serviks. Sedangkan dengan posisi berdiri, urin akan memancar keluar dari lubang uretra tanpa mengendap di bagian vagina," ungkap dr. Ananto. [mor][SUMBER]

    [Aneh] Bulu kening bercantum satu kecantikan bagi wanita Tajikistan

    Posted: 15 Jun 2012 04:00 PM PDT

    Pernah lihat wanita bulu mata bercantum.Mungkin ada tetapi bagi wanita di negara
    kita atau di tempt lain ini satu yang memalukan.Bagi wanita di Tajikistan pula  ini satu kecantikan.
    Gambar -gambar ini di ambil di Kulyab, selatan Tajikistan.Mereka menanggap ini satu kecantikkan 
    semula jadi...









    Canggihkah aku??

    Posted: 15 Jun 2012 11:00 AM PDT


    Canggihkah aku?Orang lain tak ade aku dah ade....Hebatkah aku?Orang lain tak ade...aku dah ade....Tapi bila dah canggih apakah akan dapat aku pertahankan budaya dan adat kaum aku? Apakah generasi aku akan mengingatkan sejarah tentang nenek moyangnya apabila generasiku sudah canggih dan apakah aku  akan dipersalahkan nanti apabila generasiku semakin liar kerana kecanggihan yang aku bawa????

    CUN TAK NENEK !!!

    Posted: 15 Jun 2012 10:30 AM PDT

    BOLEH..HEHE..PASTI TERPERANJAT NENEK KALAU TENGOK CUCU PAKAI PUTING NIE...
















    Jahanam..peniaga berpakat dengan penyeluk saku untuk ambil wang pelanggannya (full pic)

    Posted: 15 Jun 2012 10:15 AM PDT

    Betul-betul jahanam peniaga ni ...sanggup dia berpakat dengan penyeluk saku
    untuk mengambil wang pelanggannya sendiri....