Adsense

Ahad, 22 April 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Mak-Over : Glamerkan Hari Mu Bersama Ibu Tersayang

Posted: 22 Apr 2012 11:19 PM PDT

Bagi menyemarakkan sambutan Hari Ibu yang jatuh pada 13 Mei ini, OHBULAN! dengan kerjasama Estee Lauder akan mengadakan peraduan Mak-Over dimana 3 pasangan ibu & anak akan diraikan di sebuah restoran mewah, Bijan dan mereka turut mendapat set penjagaan kulit Estee Lauder Advance Night Repair Serum serta 3 unit kamera Canon!

Selain itu, pasangan ibu & anak akan dimekap oleh oleh jurumekap profesional Estee Lauder cawangan Isetan KLCC dan sebuah sesi fotografi turut diadakan bagi merakamkan detik indah mereka bersama.

Mengenai Estee Lauder

Mulakan dari usia awal, berbangga dengan kulit anda yang paling cantik hari ini dan esok.

Sejak dilahirkan, kulit anda mencatatkan pelbagai memori: memori masa, memori pegaruh alam sekitar. Semua memori ini boleh meninggalkan kerosakan nyata pada sel dan DNA kulit. Selepas usia 25 tahun – bila kemampuan kulit untuk pulih secara semula jadi makin merosot – kerosakan itu akan nampak jelas dan berkekalan. Atas sebab itulah, usia anda tidak terlalu awal untuk menggunakan pemulih No. 1 Dunia.

Mulakan dari usia awal untuk terus kekal muda, pulihkan kulit anda supaya anda dapat menghalang proses penuaan awal kulit anda – mulai hari ini dan tahun-tahun seterusnya.

Diinspirasi daripada penyelidikan DNA lebih 30 tahun Teknologi Eksklusif Chronolux™

  1. Melalui penyelarasan selari proses pemulihan dan perlindungan kulit, ia mampu bertindak seperti kulit yang muda bila menghadapi serangan alam sekitar.
  2. Parut lama dibaiki dan kembali pulih. Kulit dilindungi dan mampu mencegah kerosakan.
  3. Membekalkan kelembapan tanpa henti.
Langkah-langkah penyertaan :

Untuk menyertai peraduan ini, anda perlu menghantar gambar anda bersama ibu tersayang dalam foto size A4 (full-body) melalui laman facebook http://www.facebook.com/ohbulanofficialfan dan lengkapkan slogan berikut :

Saya ingin kelihatan glamer bersama ibu tersayang kerana _______ (tidak lebih 30 patah perkataan

Berikut adalah syarat penyertaan :
  1. Foto ibu & anak adalah 6 bulan yang terkini.
  2. Foto perlu dihantar melalui facebook OHBULAN! sahaja.
  3. Ibu & anak mestilah warganegara Malaysia.
  4. Jantina anak adalah perempuan dan berumur lebih 18 tahun.
  5. Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang.
  6. Sesi makeover (Mak-over) akan diadakan di kaunter Estee Lauder cawangan Isetan KLCC.
  7. Sesi fotografi akan diadakan di XXX.
  8. Foto selepas makeover (Mak-over) dan sesi di restoran akan dipaparkan di OHBULAN!
  9. Tarikh tutup peraduan ialah pada pukul 11.59pm, 6 Mei 2012.
  10. Pemenang akan diumumkan pada 9 Mei 2012.
Langkah bergambar :

“Aidil Adalah Seorang Suami Yang Lupa Tanggungjawab Jika Tidak Diingatkan” – Rita Rudaini

Posted: 22 Apr 2012 10:07 PM PDT

"Aidil adalah seorang suami yang lupa tanggungjawab jika tidak diingatkan." Itulah antara kenyataan dari Rita Rudaini sendiri kepada sebuah akhbar tempatan, Berita Harian.

Isu perceraian antara Rita Rudaini dan pemain bolasepak kebangsaan, Aidil Zafuan telah sampai ke kemuncaknya semenjak hubungan mereka yang mula goyah 2 tahun lepas. Melalui peguamnya, Rita akan menghantar surat tuntutan nafkah kepada peguam Aidil.

Menurut sumber lain pula, OHBULAN! difahamkan bahawa Rita akan menuntut untuk kesemua nafkah tertunggak selama empat tahun yang sebelum ini telah diabaikan oleh Aidil termasuklah tuntutan nafkah sara hidup bagi dua anak lelakinya, Airit Rayyan Rizqin, 3, dan Airit Qaqa Arjuna , 1.

"Saya akui Aidil sering mengabaikan tanggungjawab selama lebih empat tahun kami mendirikan rumah tangga. Selepas berbincang dengan peguam, saya tampil dengan tuntutan nafkah yang diabaikan selama ini. Aidil adalah seorang suami yang lupa tanggungjawab jika tidak diingatkan. Saya pula banyak berkorban untuk menyara hidup anak-anak. Bayangkan, Aidil hanya menghulurkan duit RM1,500 selepas lebih tiga bulan meninggalkan saya dan anak-anak." – dipetik dari Berita Harian.

Apa yang pasti, jumlah tuntutan nafkah ini mencecah ratusan ribu ringgit dan OHBULAN! sendiri masih mencari info, berapa pula jumlah pendapatan Aidil yang hanya seorang pemain bolasepak. Anda rasa?

Sumber : Utusan & Berita Harian

Sensasi

Sensasi


Rita bakal tuntut ratusan ribu ringgit wang nafkah tertunggak dari Aidil

Posted: 22 Apr 2012 09:21 AM PDT

Jodoh dan pertemuan ditangan tuhan,namun tanggungjawab janganlah diabaikan walaupun sudah berpisah..

Rumahtangga akan aman dan bahagia kalau suami dan isteri saling menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah .Inilah masalahnya,menurut Rita sudah empat tahun berumatangga Aidil tidak memberikan nafkah wang kepadanya.Itukan tanggungjawab seorang suami menyediakan tempat tinggal,makan ,duit nafkah kepada isteri dan memberikan kasih sayang ,bimbingan dan perlindungan kepada isteri.Dan Isteri pula harus mentaati suami dan menghormati suami.

Mestilah ada sebab tuhan berikan tanggungjawab nie kan..kalau suami dah abaikan tanggungjawab mcm mana nak isteri jadi isteri yang sempurna,solehah semua..huhuhu..Dan Sensasi sokong sangat Rita menuntut wang nafkah tertunggak selama empat tahun .Semoga lelaki dan wanita luar sana tahu hak masing-masing dan jangan lah ambil mudah tanggungjawab kepada isteri dan anak..

Pelakon Rita Rudaini tuntut tunggakan nafkah


Pelakon Rita Rudaini, 36, yang sedang berhadapan dengan tuntutan perceraian oleh suaminya, Aidil Zafuan Abdul Radzak, 25, akan menuntut tunggakan nafkah yang dianggarkan berjumlah ratusan ribu ringgit.
Dalam sebutan kes perceraiannya di Mahkamah Syariah Petaling Jaya yang akan berlangsung pada 30 April ini, pelakon itu dikatakan bakal membuat tuntutan balas tersebut terhadap pemain bolasepak kebangsaan itu.
Utusan Malaysia difahamkan, dramatis popular itu akan membuat tuntutan untuk kesemua nafkah tertunggak selama empat tahun yang sebelum ini telah diabaikan oleh Aidil.
Ini termasuklah tuntutan nafkah sara hidup bagi dua anak lelakinya, Airit Rayyan Rizqin, 3, dan Airit Qaqa Arjuna , 1.
"Sepanjang pernikahan, Rita lebih banyak menanggung keluarga, Aidil hanya sekali sekala sahaja mengeluarkan belanja buat anak-anak dan isteri.
"Malah, selama ini, Rita tidak pernah tahu mengenai jumlah pendapatan suaminya walaupun sudah empat tahun mereka bernikah," jelas sumber kepada Utusan Malaysia.
Sementara itu, peguam Rita, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain mengesahkan sebutan kes tuntutan perceraian oleh Aidil itu akan disebut di Mahkamah Syariah Petaling Jaya pada tarikh tersebut.
"Perintah saman terhadap Rita supaya hadir ke mahkamah juga telah dihantar oleh peguam Aidil melalui saya pada Rabu lalu.
"Pihak kami juga telah menerima arahan daripada anak guam (Rita) untuk mengemukakan beberapa cadangan tentang hal-hal yang berkaitan selepas perceraian, bagaimanapun saya tidak boleh mengulas mengenainya kerana ia masih di peringkat draf.
"Tuntutan balas Rita akan dihantar kepada peguam Aidil sebelum tarikh sebutan," katanya.
Rita dan Aidil bernikah di Thailand pada 2008 setelah tidak mendapat persetujuan daripada keluarga pihak lelaki.

Meskipun diawal pernikahan pasangan ini sangat bahagia, bagaimanapun campur tangan pihak ketiga menyebabkan masalah semakin berlarutan sehinggalah Aidil membuat permohonan bagi menceraikan pelakon berkenaan baru-baru ini.

Imej Najwa Latiff dikritik

Posted: 22 Apr 2012 09:00 AM PDT

Penyanyi remaja yang dikenali dengan lagu Cinta Muka Buku,Najwa Latiff dikritik kerana imej yang dibawa dikatakan tidak bersesuaian dengan umurnya yang baru menginjak 17 tahun.Najwa bakal menduduki SPM tahun ini.

 Kakak Najwa Shafikah Latiff disalahkan kerana tela memilih fesyen yang salah untuk Najwa.Namun menurut Najwa,kakak nya tak patut dipersalahkan ini semua salah faham dan dia sendiri masih tercari cari imej yang sesuai untuk dirinya.

"Pemilihan imej saya tidak hanya ditentukan oleh kakak, malah ia melibatkan pihak pengurusan dan saya sendiri. Tidak adil menuduh kakak saya menjadi punca kepada masalah imej dan fesyen saya.
"Sebenarnya, kami akan berbincang terlebih dahulu sebelum saya menghadiri apa-apa acara hiburan. Orang ramai sudah salah faham tentang perkara ini," katanya lagi.
 su imej penyanyi lagu Kosong ini semakin menjadi perhatian sejak beliau memperagakan busana rekaan Wan Huzairil di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-25 (ABPBH2012) pada 8 April lalu, yang dikatakan tidak sepadan dengan usianya.
Kakak Najwa juga telah dipersalahkan sebagai punca fesyen dan penampilnya yang pelik pada malam itu. Tetapi Najwa kemudiannya berkata, "Saya masih baru dan tercari-cari fesyen yang bersesuaian dan sepadan. Namun, saya tidak berkecil hati walaupun segelintir pihak masih mempertikaikan imej saya."


Ning Baizura berusaha dapatkan anak tahun ini

Posted: 22 Apr 2012 09:00 AM PDT

"Sebenarnya kehadiran Chris sebagai pengurus saya sejak April tahun lalu, hanyalah untuk membantu kerjaya seni saya buat seketika dan sekarang saya redha apabila dia mahu kembali ke bidang yang menjadi kepakarannya selama ini.
"Sepanjang tempoh itu, apa yang boleh saya katakan Chris telah banyak mendapatkan perancangan perniagaan dalam kerjaya seni saya dan dia telah melakukan dengan begitu baik sekali.
"Bagus juga dia kembali ke kerja lamanya, jadi kami boleh menumpukan perhatian untuk mendapatkan anak dengan segera dan kami bercadang untuk merealisasikannya pada tahun ini juga. InsyaAllah," katanya.
Jelas Ning Baizura, dia kini sudah pun mendapat pengganti Chris dan bakal menambah dua orang lagi pembantu bagi memudahkan lagi segala urusan nyanyian dan penampilannya di hadapan pihak media tempatan.
Bercakap mengenai hasratnya untuk hamil tahun ini, kata Ning selama dua tahun dia telah dinasihatkan oleh pihak doktor supaya tidak hamil kerana dalam tenpoh itu dia sepatutnya pulih daripada masalajh kesihatan yang dialami.
"Syukur Alhamdulillah, sekarang kesihatan saya telah kembali seperti sedia kala dan doktor telah telah memberi lampu hijau untuk mendapatkan bayi. Beberapa usaha telah kami lakukan untuk menjadikan impian ini realiti.
"Antaranya memperbanyakkan masa bersama dan sebab itulah saya sangat gembira apabila Chris balik dengan perkerjaan lamanya. Jadi kami tidak akan terlalu tetekan dengan kerjaya masing-masing selepas ini.
"Bagi pihak saya pula, saya akan cuba sedaya upaya mengurangkan aktiviti nyanyian tahun ini kerana teringin sangat untuk menimang cahaya mata tidak lama lagi," jelasnya dengan jujur.
Ning Baizura bakal tampil dengan single terbaru berjudul Sejati ciptaan Winda Benjamin yang akan dijadikan lagu penyeri bagi filem Lagenda Budak Setan 3 yang akan menemui penonton selepas Hari raya Aidilfitri nanti.

Gambar Zizan sambut hari jadi yang ke-28

Posted: 22 Apr 2012 09:01 AM PDT


Baru-baru ini Zizan telah menyambut hari Lahirnya yang ke -28 di Restoran Bora Ombak yang terletak di ampang..

Apa yang menariknya Zizan telah menyambut harijadinya dengan menjemput sekali anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim yifa Gombak.

Alhamdulillah,sambut harilahir dengan bersedekah dan berhibur bersama anak yatim .


Orang Tidak Tahu Sejarah Saya dan Zizan - Aznil Hj. Nawawi

Posted: 22 Apr 2012 09:01 AM PDT

Bagi yang menyaksikan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH 2011) pada dua minggu lalu, pasti anda agak terkejut dengan tindakan Aznil yang tiba-tiba naik ke pentas untuk menyerahkan trofi Pengacara Lelaki Popular ke tangan pemenangnya, Zizan Razak.  Tindakan spontan Aznil itu selain mendapat reaksi positif, ia juga mengundang kata-kata nakal yang menganggap dia berlagak 'diva' dan tidak menghormati majlis.
Sebelum ini Aznil atau panggilan mesranya Pak Nil telah pun tampil memberi penjelasan berhubung isu ini. Jelas personaliti Astro ini dia bertindak demikian bukan kerana tidak boleh menerima kekalahan atau tidak menghormati majlis. Sebaliknya tindakannya itu dipacu oleh perasaan sangat gembira kerana akhirnya ada pengacara baru yang berjaya merampas trofi daripadanya.
Kelmarin, Pak Nil sekali lagi berkongsi cerita tentang perasaan dan pandangannya terhadap Zizan. Menurut pengacara Macam-Macam Aznil ini, salah faham mungkin timbul kerana ramai yang tidak tahu sejarah atau sejauh mana  hubungannya dengan Zizan.
"Sebenarnya orang tak tahu sejarah saya dengan Zizan. Mungkin sebab itu mereka salah faham. Sebenarnya saya dan Zizan mempunyai hubungan yang sangat baik. Ketika dia ditawarkan menjadi pengacara Melodi, Zizan telah menghubungi saya untuk mendapatkan nasihat.
Ketika itu, dia tidak pasti sama ada mahu menerima tawaran itu atau sebaliknya. Tetapi, saya telah nasihatkan dia supaya rebut peluang yang ada kerana saya yakin dia boleh melakukannya. Selain itu, saya juga yakin pihak produksi percaya dengan bakat dia.
Saya cakap pada Zizan, ini adalah peluang terbaik untuk dia mencapai sesuatu yang besar dalam kariernya. Memang dia adalah seorang pelawak, tetapi dalam masa yang sama, dia juga berpotensi menjadi pengacara yang bagus. Atas nasihat saya itu, Zizan memberanikan diri menerima tawaran itu dan syukur terbukti kini dia menjadi pilihan penonton,"ujar Aznil panjang lebar.
Sementara itu, Aznil juga mendedahkan dia sebenarnya sudah lama ingin menarik diri daripada ABPBH. Ini kerana dia ingin memberi laluan kepada bakat-bakat baru. Namun, hasratnya itu sering kali tertangguh kerana pihak penganjur mahu dia turut memeriahkan acara hiburan itu.
"Sejujurnya, saya sudah beberapa kali menyuarakan hasrat saya untuk menarik diri. Namun, mereka (pengurusan Berita Harian) memujuk saya supaya sama-sama memeriahkan acara. Oleh kerana saya menghormati penganjur dan peminat yang tidak jemu memberikan sokongan, saya terus bersama ABPBH. Kehadiran saya pada setiap tahun bukanlah mengharapkan kemenangan, tapi sekadar memberi sokongan dan ingin melihat ada individu lain yang naik ke pentas," ulas Aznil.

borak kosong

borak kosong


Calon pengantin lelaki lambat datang,wanita nikah dengan lelaki lain

Posted: 22 Apr 2012 09:30 PM PDT



Wanita mana yang tak kesal ketika calon pasangannya lambat datang ke acara pernikahan sendiri? Kekesalan ini dialami oleh calon pengantin wanita India yang meresponsnya dengan menikahi lelaki lain dan memberi sedikit kejutan ke mantan kekasihnya.

Lambat sejam dua jam okelah, mungkin masih boleh dimaafkan, tapi calon pengantin lelaki dari Nagma, iaitu Jameel, telat datang ke pesta pernikahannya sendiri selama tujuh setengah jam. Acara yang seharusnya dimulai pukul sebelas setengah  siang, menjadi kacau balau kerana pengantin lelaki beserta rombongannya baru datang pukul enam petang. Karuan saja keluarga Nagma kesal .

Akhirnya polis datang untuk menenangkan acara pernikahan yang berubah menjadi acara perbincangan antara keluarga calon besan. Tapi pernikahan tetap terus berlangsung, walaupun kali ini dengan pengantin lelaki yang berbeza.

sumber 

Key chain bentuk macamni pun nak jual?

Posted: 22 Apr 2012 09:15 PM PDT

dah tak de idea lain ke?

Inginkan kulit wajah seperti pelakon Korea?

Posted: 22 Apr 2012 09:00 PM PDT

Ramai diantara penduduk dinegara kita menginginkan raut wajah seperti  pelakon Korea.Kini ada satu produk skincare yang boleh mencantikkan wajah iaitu :

DERMAGLOW DAN DERMASHINE - PENYELESAI MASALAH KULIT BERJERAWAT, BERJERAGAT, KULIT KUSAM DAN TIDAK SEKATA


Kedua-dua produk DermaGlow Gel & DermaShine Daycare ini dilancarkan sekali di bawah penjenamaan AESTHETIC4SKIN (aesthetic bermaksud ilmu tertinggi dalam bidang kecantikan). Kedua-dua produk ini mempunyai fungsi yang berlainan dan sangat berkualiti tinggi, setanding dengan produk kecantikan ternama SK-II, tapi pada harga yang jauh lebih murah.

Produk Aesthetic4Skin ini sesuai dengan semua jenis kulit, kerana ramuannya yang 100% dari bahan semulajadi (chemical-free).


Apakah maksud aesthetic ?Untuk mengetahui apakah produk ini anda boleh layari website mereka di http://aesthetic4skin4u.blogspot.com dan disamping itu anda juga boleh menjanakan pendapatan melalui produk ini.Untuk keterangan lanjut sila klik SINI

Syarat untuk jadi kekasih Agnes Monica

Posted: 22 Apr 2012 08:45 PM PDT

Jangan berkecil hati bila Anda merasa tidak kacak, tetapi sangat tergila-gila dengan Agnes Monica. Penyanyi cantik ini, dalam mencari kekasih ternyata bukan melihatnya dari segi fisik atau wajah ganteng, melainkan lebih melihat pada karakter si lelaki idamannya. 


Agnes memang sekarang tengah sibuk mengejar karier untuk ke internasional. Dia pun untuk sementara ini menombor duakan kehidupan cintanya. Namun, ini bukan bererti menutup hatinya rapat-rapat bagi kaum lelaki. Untuk itu ia pun menuntut beberapa syarat untuk calon pendamping hidupnya kelak.


Biasanya, menurut bocoran, Agnes akan mencari tahu maksud dari si lelaki yang sedang mencuba mendekatinya. Ia secara pelan-pelan akan melakukan penilaian terhadap para lelaki yang mendekatinya itu. 


Pada suatu ketika, Agnes pernah berkata, "Aku mahu tahu motivasinya dia mendekatiku kerana apa. Apakah kaerana Agnes yang artis atau kerana Agnes yang sebenarnya." 


Agnes memang terkesan wanita yang sangat selektif dalam urusan memilih pendamping hidup. Namun, ia menegaskan dirinya selalu terbuka untuk berteman dengan siapa saja. Lantas, apakah saat ini ia telah menemukan lelaki yang sesuai dengan kriterianya itu? Yang pasti masih ada kemungkinan Anda b merebut hati si cantik berwajah oriental ini. 


sumber 

Simon Cowell Tiduri Model 11 Kali dalam Satu Malam

Posted: 22 Apr 2012 08:30 PM PDT

LONDON- Skandal seks Simon Cowell terus dibuka oleh orang yang pernah dekat dengan dirinya. Kali ini seorang model asal Inggris mengaku pernah bercinta dengan Simon sebelas kali dalam satu malam. 

Model asal Inggris itu bernama Alicia Douvall. Menurut Alicia, mantan juri American Idol itu sangat suka dia memakai pakaian seksi kemudian Simon menilainya layaknya sedang menjadi juri. 

Alicia merupakan salah satu dari wanita yang ditiduri oleh Simon. Alicia mengungkapkan dirinya berhubungan dengan Simon selama enam bulan. Simon selalu menelefon Alicia jika sedang sendiri. Alicia menganggap Simon bukan tipe lelaki setia.

"Aku tahu Simon tidak akan pernah menikah bahkan meski dia sudah bertunangan. Ketika aku pertama kali bertemu dengannya, dia berkata dia bukan tipe orang yang menikah," kata Alicia seperti dikutip The Sun, Minggu (22/4/2012). 

Petualangan cinta Simon juga tertulis dalam buku biografinya yang akan dirilis bulan depan. Di buku berjudul Sweet Revenge - The Intimate Life of Simon Cowell itu menceritakan hubungan Simon bersama sejumlah wanita cantik.

Salah satu yang terkenal adalah hubungan gelap Simon dengan adik kandung Kylie Minogue, Danni Minogue. Diam-diam, Simon menjalin kisah cinta dengan rakannya sesama juri di X Factoritu.

Bapak Cabuli Anak Sendiri Hingga Punya Anak

Posted: 22 Apr 2012 08:15 PM PDT


TRIBUNNEWS.COM - Seorang bapa di Wales, Eropa, sanggup mencabuli puterinya. Kini, wanita malang itu mempunyai tiga orang anak, dari hubungan asmara terlarang dengan ayahnya.
Lelaki berusia 47 tahun, asal Kota Conwy, Utara Wales tersebut, di hukuman penjara selama lima tahun, 10 bulan, oleh Pengadilan Caernarfon.
Menurut Merfyn Hughes, Hakim yang menyidangkan perkara bapa laknat itu, terdakwa bersalah melakukan tindak  kejahatan seksual.
"Ia adalah seorang gadis muda yang sangat rentan ketika Anda mulai melecehkannya," ujarnya, seperti dikutip dari Dailymail, Minggu (22/4/2012).
"Anda telah memegang kendali dalam hidupnya sejak saat itu. Anda merupakan risiko yang cukup besar untuk seseorang seperti dia," lanjutnya.
Hakim Merfyn, juga mengatakan, akibat perubatannya, akan berimpak terhadap komplikasi genetik, terhadap tiga puteri hasil hubungan mereka.
Pengadilan, juga melarang terdakwa berkomunikasi dengan tiga orang anak tersebut, kecuali disetujui oleh Dinas Pelayanan Sosial. Selain itu, terdakwa juga dilarang untuk memiliki hubungan intim dengan ketiga orang anaknya.
Menurut Jaksa Penuntut, Kate MeredithJones, korban masih berusia 15 tahun ketika ayahnya mengatakan ia jatuh cinta padanya. "Ia dibuat merasa istimewa olehnya," terang Kate.
Terdakwa ungkapnya, terus berupaya untuk menggaghi putrinya sejak itu. "Lelaki itu mulai menciumi puterinya, namun korban menolak dan mengatakan, tidak boleh berhubungan kerana terdakwa adalah ayahnya," tuturnya.
Namun korban tidak berdaya menolak keinginan terdakwa, kerana ia adalah ayahnya

Sewa Kekasih Online Hanya $5

Posted: 22 Apr 2012 08:00 PM PDT

Kini telah hadir situs dating baru yang menawarkan berbagai jasa unik dan berbeda dari situs yang biasanya. Ingin dikirimi surat cinta? Ingin membuat kekasihmu cemburu? Atau apa saj? Semuanya ada, dan harganya serba 5$!






Situs GirlfriendHire.com adalah situs yang ditujukan buat kamu yang ingin punya kekasih sewaan dengan harga murah. Disana kamu boleh memesan berbagai layanan yang disediakan oleh member situs tersebut. Minta dikirim sms cinta. Minta awek cantik menuhin halaman depan Facebookmu dengan kalimat-kalimat pujian, tak masalah. Ingin seseorang jadi kekasihmu di Facebook, ada. Bahkan mencari awek yang mahu membuat kerja rumah matematikamu disini juga ada. Masih banyak lagi layanan-layanan menarik dan aneh lainnya yang boleh kamu pesan dari situs tersebut. Dan semuanya cukup ditebus dengan wang 5$ (untuk setiap layanan).

Padah palsu surat istana

Posted: 22 Apr 2012 07:45 PM PDT


BANDAR SERI BEGAWAN: Mahkamah Tinggi semalam menjatuhi hukuman penjara terhadap seorang kakitangan Pejabat Istana dan rakannya selepas mereka mengaku bersalah memalsukan surat rasmi Istana Nurul Iman dengan niat untuk menipu.
Ak Ya'akub bin Pangeran Abu Bakar, 40, dipenjara dua tahun sementara Rahimah binti Niman, 20 bulan.

Ak Ya'akub bekerja dengan pejabat istana sejak 18 tahun lalu manakala Rahimah ialah juruaudit di Kementerian Pertahanan.


Mereka dituduh memalsukan surat yang ditulis pada kertas surat rasmi Istana Nurul Iman dengan kepala surat bertarikh 21 Februari 2012.

Ia kononnya ditulis oleh Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Paduka Hj Awg Mohd Nawawi bin Pehin Orang Kaya Shahbandar Hj Awg Mohd Taha dan dialamatkan kepada Setiausaha Majlis Agama Islam dengan menyatakan Ak Ya'akub berhak menerima 'Zakat Asnaf' berjumlah B$140,000 (RM308,000).


Seperti yang dinyatakan di depan Hakim Dato Paduka Steven Chong, Ak Ya'akub mengambil lima kertas surat dan dua sampul dengan logo 'Istana Nurul Iman, Negara Brunei Darussalam' daripada pejabat Hj Awg Mohd Nawawi, Setiausaha Sulit Sultan Brunei, pada Februari 2012.



Dia kemudian merangka surat itu di rumahnya sebelum menyerahkan kepada Rahimah untuk ditaip.

Rahimah menaip dan mencetak surat berkenaan dengan menggunakan kompuer abangnya.


Surat palsu itu menyatakan, permohonan Ak Ya'akub untuk mendapatkan wang B$140,000 bagi melunaskan hutang, membiayai perbelanjaan harian dan rawatan perubatan di India, sudah diluluskan.

Dalam kenyataannya, Rahimah berkata, dia bersetuju meniru tanda tangan Nawawi memandangkan permohonan itu sudah diluluskan.


Wanita itu menyerahkan semula surat berkenaan kepada Ak Ya'akub yang kemudian meminta Dato Bakar di Istana Nurul Iman menaip nama penerima, Setiausaha Majlis Agama Islam, pada sampul yang mempunyai logo istana.


Ak Ya'akub memberitahu Bakar, dia diminta berbuat demikian oleh seseorang daripada istana berkenaan.


Pada 25 Mac lalu, Ak Ya'akub mengemukakan surat palsu itu dengan dokumen sokongan kepada pegawai agama di istana terbabit dan memintanya menyampaikannya kepada majlis.


Ketika dipanggil oleh Hj Awg Mohd Nawawi pada 5 April mengenai surat berkenaan, Ak Ya'akub serta-merta mengaku surat itu palsu. - BT



sumber : myMetro

Jururawat palsu kebas barang kemas

Posted: 22 Apr 2012 07:30 PM PDT


BANDAR SERI BEGAWAN: Pihak berkuasa mengesan satu lagi kes penipuan yang menjadikan orang awam mangsa.
Kejadian terbaru membabitkan wanita yang mendakwa dirinya jururawat dan bekerja dengan Kementerian Kesihatan.

Memo kerajaan yang diposkan dalam Facebook menyatakan, jururawat palsu itu memperdaya seorang wanita tua di Mentiri. Mangsa dikatakan menyerahkan barang kemas selepas jururawat palsu itu meyakinkannya bahawa barang kemas itu yang menjadi punca dia sakit.


Sehubungan itu, Kementerian berkenaan menasihati orang ramai memastikan pengamal perubatan yang datang ke kampung mereka berpakaian seragam dan mempunyai kad nama sebelum bersetuju untuk dirawat. - BT


sumber : myMetro

2 mencuri dalam pesawat ditangkap

Posted: 22 Apr 2012 07:15 PM PDT


SINGAPURA: Polis semalam menahan dua lelaki warga China kerana disyaki mencuri ketika dalam dua penerbangan Singapore Airlnes yang berlainan.
Dalam kenyataan kepada media, seorang jurucakap polis berkata, penangkapan itu adalah hasil pengawasan mengenai kejadian mencuri dalam penerbangan. Barangan yang dicuri termasuk barang berharga milik penumpang, khususnya wang tunai dalam beg yang disimpan dalam kompartmen atas tempat duduk.

Dalam kes pertama yang berlaku dalam penerbangan dari Hong Kong ke Singapura, seorang kakitangan pesawat melihat seorang penumpang mengambil beg komputer riba dari komparmen yang terletak jauh dari tempat duduknya.


Suspek kemudian kembali ke tempat duduknya dan menyelongkar beg itu.

Tidak lama kemudian dia dilihat meletakkan semula beg itu di tempat asal.


Kakitangan itu kemudian memaklumkan kepada tuanpunya beg sebelum menahan suspek berusia 38 tahun itu.



sumber : myMetro

Ketam berwarna ungu ditemui

Posted: 22 Apr 2012 07:00 PM PDT


MANILA - Empat spesies baharu ketam yang berwarna ungu ditemui di kawasan terpencil di Kepulauan Palawan, Filipina, menurut kajian yang disiarkan dalam buletin The Raffles Bulletin of Zoology.
Ketam itu ditemui oleh satu pasukan yang diketuai oleh penyelidik Hendrik Freitag dari Muzium Zoologi Senckenberg, Jerman.
Menurut kajian yang disiarkan buletin itu, ketam tersebut bersembunyi dalam lubang tanah di tepi sungai.
Ia kerap dijumpai di bawah batu dan akar pokok.
Sekumpulan saintis mula melakukan penyelidikan tentang ketam di kawasan yang sama pada tahun 1980-an. - AFP
sumber : kosmo online

Lalok dalam pesta liar

Posted: 22 Apr 2012 06:45 PM PDT


ALOR GAJAH: Tiga pelajar sekolah menengah dan seorang jururawat antara 23 yang ditahan ketika menyertai pesta liar membabitkan minuman keras dan dadah di banglo dua tingkat sebuah resort dekat sini yang disewa bagi meraikan majlis sambutan hari jadi, pagi semalam.
Ketika sepasukan anggota Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah diketuai Inspektor Sobri Zakaria melakukan serbuan pada jam 2.30 pagi, difahamkan ramai peserta pesta sedang berhibur dalam keadaan khayal. 
Sebahagian mereka berada di ruang tamu banglo berkenaan manakala sebahagian lagi di tingkat atas berpasangan tanpa menyedari kehadiran polis yang datang mengejut.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Shaifudin Saharudin berkata, antara 23 yang ditahan itu termasuk seorang pelajar tingkatan empat dan dua pelajar tingkatan lima serta seorang jururawat pelatih di sebuah hospital di Kuala Lumpur.



"Ada yang datang dari Kuala Lumpur, Johor, Negeri Sembilan dan negeri ini atas pelawaan untuk meraikan majlis hari jadi seorang rakan yang bermula jam 9 malam diiringi muzik dikendalikan deejay.



sumber : myMetro

Tangan hancur dibaham ungka

Posted: 22 Apr 2012 06:30 PM PDT


BENTONG: Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun nyaris maut apabila tangan kanannya hancur dibaham ungka yang tiba-tiba terjun dari pokok lalu menerkamnya ketika bersiar-siar di sebuah resort di Bukit Tinggi, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, mangsa, Afiah Nadia Nor Azlan, cedera parah apabila daging tangan kanannya itu hancur hingga menampakkan tulang.

Ketika kejadian, mangsa bersama ibunya, Dr Nahariah Jaafar, 42, dan kakaknya, Afiah Nasuha, 16, serta seorang abangnya, Anuar Nazzif, 14, dari Bandar Baru Bangi, Selangor, berjalan menuruni tangga di sebuah taman di kawasan peranginan itu apabila dia diterkam haiwan liar berkenaan.


Menceritakan detik cemas itu, Dr Nahariah berkata, ketika kejadian dia berjalan di depan tiga anaknya sebelum terdengar bunyi seperti benda jatuh di belakangnya.

Pensyarah Kanan Universiti Multimedia Malaysia, Cyberjaya, Selangor itu berkata, sebaik menoleh ke belakang, dia terkejut melihat anak bongsunya yang berada di tengah antara dua lagi anaknya ditindih ungka yang agak besar.


"Saya menghayun beg tangan bertubi-tubi ke arah ungka itu yang ketika itu ganas menggigit tangan kanan Afiah Nadia sambil meraung meminta tolong.



"Pukulan saya menghalang ungka itu daripada terus menggigit tangan kanan Afiah Nadia, namun dia enggan melepaskan anak saya yang ketika itu berlumuran darah sebaliknya merenung tajam dengan muka bengis ke arah kami," katanya, semalam.

Katanya, ungka yang marah itu kemudian melangkah ke depan menuju ke arahnya namun melarikan diri apabila dihayun sekali lagi dengan beg tangan dan terpandang kelibat orang awam yang bergegas ke kawasan itu.


"Berderau darah apabila melihat kecederaan dialami anak saya begitu serius sehingga tangan kanannya itu hancur dan nampak tulang," katanya.

Dr Nahariah berkata, dia kemudian menghubungi suami, Dr Nor Azlan Alias, 44, yang ketika itu sedang berkursus di resort berkenaan memaklumkan kejadian itu sebelum membawa anak mereka ke Hospital Bentong.


Menurutnya, Afiah Nadia diberi rawatan awal di hospital berkenaan sebelum dipindahkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh untuk rawatan lanjut kerana kecederaan dialaminya parah,



sumber : myMetro

Pelajar maut gangguan makhluk halus

Posted: 22 Apr 2012 06:15 PM PDT


TANJUNG MALIM: Seorang penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang dikatakan mengalami masalah gangguan makhluk halus, maut selepas terjatuh dari sebuah bangunan lima tingkat di universiti itu kelmarin.
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPSI, Datuk Dr Junaidi Abu Bakar berkata, dalam siasatan awal, pihaknya mendapati mangsa, Fatimah Mina Md Juferi, 22, mengalami masalah itu sebelum mengikuti kursus di UPSI dan masih menjalani rawatan tradisional bagi mengatasi gangguan itu.
Sehubungan itu, beliau tidak menolak kemungkinan unsur mistik menyebabkan mangsa terjatuh dari bangunan E-Learning kira-kira jam 5.30 petang kelmarin.

"Malah, saya dimaklumkan rakan serumah mangsa yang dia berkelakuan pelik sebelum ini termasuk bercakap sendirian dan menangis," katanya yang dihubungi semalam.

Fatimah, pelajar tahun dua Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang berasal dari Bakri, Muar, Johor, ditemui terbaring di bawah bangunan berkenaan dengan kecederaan parah di beberapa bahagian badan, termasuk patah rusuk kiri dan kanan, kaki kanan serta kedua-dua bahunya

sumber : myMetrp

Pengantin berdarah

Posted: 22 Apr 2012 06:00 PM PDT


JOHOR BAHRU: Cuma tinggal beberapa jam untuk diijabkabulkan. Namun, nasibnya sangat malang apabila mati ditikam bertubi-tubi di hadapan bakal isteri dalam kejadian di depan rumah sewanya di Jalan Dedap 23, Taman Johor Jaya, di sini, kelmarin.
Lebih menyedihkan, sebelum kejadian jam 10.40 malam itu, mangsa, Indra Asrul Abdul Rahim, 29, baru saja meraikan hari ulang tahun kelahirannya bersama tunang yang hanya mahu dikenali sebagai Sabrina, 26.
Tiga suspek dalam kejadian itu dipercayai rakan serumah Indra membabitkan dua lelaki dan seorang wanita warga Myanmar.

Menceritakan kejadian terbabit, Sabrina berkata, Indra yang juga operator pengeluaran di sebuah kilang di Taman Desa Cemerlang, di sini, parah dan meninggal dunia di depannya.



"Kami sepatutnya bernikah pada Ahad ini (semalam). Sebelum kejadian, kami baru keluar bersama meraikan hari jadinya. Kini, kenduri pernikahan yang sudah diatur ditukar majlis tahlil," katanya.



sumber : myMetro

Peragut diikat dibelasah

Posted: 22 Apr 2012 05:45 PM PDT


KUANTAN: Cubaan seorang lelaki meragut beg tangan seorang wanita warga emas bukan saja gagal, malah dia bermandi darah akibat dibelasah orang ramai selepas diikat pada tiang telefon, di Permatang Badak, di sini, tengah hari, kelmarin.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari, peragut yang berusia 20-an dan tinggal di Kampung Chendering, di sini, cedera di muka akibat dibelasah.

Difahamkan, sebelum kejadian, lelaki terbabit yang menunggang motosikal Yamaha Nouvo berhenti di tepi jalan dan mematikan enjin sebelum berjalan menuju ke arah mangsa yang berusia 60-an. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff mengesahkan lelaki terbabit sudah ditangkap dan diserahkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk siasatan.


Menurutnya, siasatan awal mendapati, lelaki terbabit tidak sempat melarikan diri kerana gagal menghidupkan enjin motosikal sebelum diberkas orang ramai yang berada di tempat kejadian.

Katanya, polis menghargai kerjasama orang ramai dan berharap tindakan berani sedemikian diteruskan pada masa akan datang bagi membanteras kegiatan jenayah.


"Bagaimanapun, polis masih meneruskan siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana curi," katanya di sini, semalam.



sumber : myMetro

Wanita tangkap suami adakan hubungan seks di sebuah taman

Posted: 22 Apr 2012 05:30 PM PDT

Alangkah hairan wanita ini, melihat kereta milik suaminya parking di sebuah taman hiburan, padahal pada waktu ini suaminya mesti ada di pejabat. Wanita ini merasa curiga dan terus menghampiri kereta suaminya tadi.


Wanita tadi memanggil nama suaminya tapi tak ada jawaban, akhirnya dengan segera didekatinya kereta tersebut lalu dia membuka pintu kereta yang ternyata tidak terkunci. Wanita tadi terperanjat kerana setelah membuka pintu itu dia terlihat suaminya dan seorang wanita lain sedang melakukan hubungan seks tanpa memakai pakaian.Berlakulah pertengkaran diantara mereka.

 Inilah kisah yang terjadi di sebuah taman di China. Berita dan foto-foto ini menjadi perbincangan hangat di semua forum internet di China pada minggu yang lepas.

sumber : ruang hati.com

Aksi gila lelaki benci orang kaya

Posted: 22 Apr 2012 05:15 PM PDT

Gara-gara membenci orang kaya, seorang lelaki melanggar kereta mewah di barisan kedai  mewah di daerah Daejeon, Seoul, Korea Selatan.

Lelaki yang hanya disebutkan bernama Cho itu merosak jendela dan pintu 15 gerai mewah.Dia juga dengan sengaja melanggar kereta -kereta import yang diparking di sebuah tempat parking bawah tanah.

 Sebelumnya, pemuda berusia 29 tahun itu memukul seorang pelajar China tanpa alasan yang jelas. Polis sedang menyelidiki kes ini.

 "Kereta import adalah kek di langit untuk orang miskin. Saya benci orang kaya," ujarnya kepada polis saat soal siasat berlangsung.
sumber

Parah..mak cik ketahuan tonton filem porno di cyber cafe

Posted: 22 Apr 2012 05:00 PM PDT






senyap-senyap je mak cik menonton...

Wah! Ada Kondom Khusus untuk yang Lemah Syahwat

Posted: 22 Apr 2012 04:45 PM PDT

Setelah hadir dalam bir Viagra, ramuan pembangkit ereksi bagi lelaki-lelaki impoten kini hadir lagi dalam bentuk lain yang sama-sama unik. Ubat lemah syahwat itu akan dipakai untuk melapisi kondom khusus yang boleh membangkitkan penis .

Kondom khusus tersebut akan dibuat dan dipasarkan oleh perusahaan terbesar di dunia yakni Durex. Proses izin untuk menghadirkan ubat antiimpotensi dalam kondom kini tengah diurus dan diharapkan akhir tahun ini sudah boleh dijual bebas di pasaran.

Dibandingkan Viagra (Sildenafil) yang harus ditebus dengan surat doktor, kondom ini lebih praktik. Lelaki yang tidak ingin ketahuan identiti tidak perlu datang ke doktor terlebih dahulu untuk mendapatkan ubat, cukup datang ke farmasi dan membeli kondom ini.

Lapisan ubat pada kondom ini berupa gel yang berisi vasodilatator, yakni ubat untuk melebarkan pembuluh darah. Makin lebar pembuluh darah di penis, makin lancar aliran darah yang akan membantu proses ereksi pada lelaki lemah syhawatdan penderita ejakulasi dini.

Belum dipastikan apa jenis vasodilatator yang akan digunakan, namun dipastikan bukan Viagra yang sesungguhnya. Meski begitu, khasiatnya dikatakan tidak kalah dahsyat dengan Viagra yang melancarkan peredaran darah di penis dengan cara menghambat enzym PDE-5.

Laboratorium yang memegang paten untuk design kondom unik ini, Futura Medical PLC tengah mengurus izin edarnya di Eropah dan diperkirakan selesai pertengahan tahun 2011. Jika tidak ada halangan, akhir tahun ini kondom berwarna hijau terang itu sudah mulai boleh dipasarkan.

"Kondom ini memberikan 2 manfaat, yakni mencegah penularan infeksi kelamin sekaligus mengatasi gangguan ereksi pada lelaki, Ungkap direktur Futura Medical PLC, James Barder seperti dikutip dari Foxnews, Jumaat (21/4/2011).

Sumber :http://www.detik.com/

Video wanita tersungkur kerana SMS

Posted: 22 Apr 2012 04:30 PM PDT


 Aktiviti SMS yang dilakukan sambil melakukan kegiatan apapun sangat berbahaya. Jangan pernah memperlekehkan hal tersebut. Dan tindakan ini dibuktikan oleh wanita  Ontario, Kanada. Seorang wanita yang diketahui berprofesi sebagai pengusaha, tersungkur saat berjalan ketika sedang asyik ber-SMS. Dan  peristiwa tersebut terakam oleh salah satu stesen televisyen.


 Pada video yang dimuat naik di Youtube ini, nampak wanita tersebut menggenakan jaket hitam dan memegang beg di bahunya. Matanya fokus pada layar telefon. Bukan Ia tidak melihat jalan yang dilalui. Wanita ini hanya fokus pada layar telefonnya. Akibatnya, ia tersungkur. Orang di sekitarnya cuba untuk menolongnya. Namun wanita tersebut nampaknya mengalami cedera kepala. Ia nampak khayal sesasat setelah berdiri.


 Insiden ini tertangkap kamera oleh reporter dan kameramen Stesen TV CBC Kanada saat melakukan liputan di luar Bangunan Ontario. Dan akhirnya video tersebut dimuat naik di Youtube yang mendapatkan respon lebih dari 3,5 juta penayangan.


 Kecelakaan dalam bentuk apapun akibat ber-SMS sering terjadi di negara Kanada. Dan ini menjadi perhatian serius pemerintah. Dan bahkan anggota parlemen di New York, Amerika Syarikat, berencana untuk mengeluarkan RUU larangan ber-SMS sambil berjalan . Namun sayangnya tidak mendapatkan sokongan luas.





Lawak..Pelajar digantung sekolah panggil gurunya 'cute'

Posted: 22 Apr 2012 04:15 PM PDT


TRIBUNNEWS.COM, GASTONIA - Hanya kerana memanggil gurunya dengan sebutan cantik @ cute, Emanyea pelajar berusia sembilan tahun dari Gastonia, North Carolina, Amerika Syarikat, digantung dari sekolahnya.

Menurut Chiquita Lockett ibu dari Emanyea, pihak Sekolah Brookside, menngantung anaknya, kerana pihak sekolah menilai apa yang diperbuat oleh Emanyea merupakan bentuk dari pelecehan seksual. Anaknya kini sudah dua hari berada di rumah.

Chiquita menyebut kes tersebut berawal saat Emanyea tengah mengikuti proses belajar mengajar di dalam kelas. Emenyea pun berbisik kepada kawannya, dan mengatakan bahwa guru pengganti yang menggajarnya tersebut berwajah cantik. Tak disangka bisikan Emanyea itu terdengar guru.

"Ini kan tidak seperti ia menghampiri wanita tersebut dan cuba untuk menyentuhnya dengan cara seksual, jadi mengapa ia digantung selama dua hari?" seru Chiquita, seperti dikutip dari WSOCTV.com.

Seorang Juru Cakap Distrik North Carolina, mengatakan ia sudah mengetahui insiden penggantungan Emanyea dari sekolahnya. Namun ia tidak mengetahui detail kesnya, namun sepengetahuannya Emanyea digantung kerana perilaku tidak pantas setelah membuat pernyataan-pernyataan yang tidak pantas sebagai seorang murid.

Salah tekan pedal minyak,nenek 92 tahun langgar kereta Lotus

Posted: 22 Apr 2012 04:00 PM PDT




MICHIGAN, KOMPAS.com — Seorang nenek berusia 92 tahun dari Southfield, Michigan, AS, menghancurkan kaca gerai pamer Auto Europe dengan Toyota Camry. Tak hanya memecahkan kaca, Camry yang ia kendarai juga menlangggar pintu kiri sebuah Lotus Exige berharga 78.000 dollar AS yang sedang dipamerkan.


 Yang menarik, si nenek yang usianya "sangat tidak layak" untuk memandu kereta itu malah memandu kendaraan yang berklajuan tinggi.


 Menurut polis wilayah Birmingham, Michigan, nenek itu berjalan keluar dari lokasi kemalangan tanpa mengalami cedera. Sementara itu, Matt Blanc, seorang pekerja di Auto Europe, mengatakan, ada tiga pekerja ketika itu. Polis menyatakan, tidak seorang pun mengalami luka.


 Seorang polis lain, Terry Kiernan, menyebutkan bahawa nenek itu pada awalnya terlihat akan parking. Namun, ia tanpa sengaja memijak pedal minyak dan Toyota Camry itu pun melanggar kaca dan "mencium pipi" Lotus tersebut.


 Kerosakan pada tiap kereta dan gerai pamer tidaklah besar. Kiernan mengatakan, baik polis mahupun Auto Europe akan berbicara soal biaya kerosakan. Namun, ia juga menyampaikan bahawa polis akan membuat laporan kepada Sekretaris Negara Michigan mengenai kemampuan wanita dalam memandu. Ini merupakan prosedur umum di Michigan jika sebuah kemalangan melibatkan orang tua.

Wanita cantik kerja jaga lif di China,dinegara kita ada ke yang nak?

Posted: 22 Apr 2012 11:00 AM PDT

Sebuah shopping mall di Chengdu, China, menggunakan wanita cantik sebagai penjaga elevator @ lif. Mereka ini  diberi nama 'miss elevator etiquette'. Kecantikan dan kesopanan mereka tidak kalah dari pramugari pesawat. Agaknya kat negara kita ada tak wanita yang secantik mereka bekerja sebagai penjaga lif ini?






Wow, Scarf Motif Laut Ini Berharga US $4,8 juta.

Posted: 22 Apr 2012 10:30 AM PDT

VIVAnews - Jangan mengira kalau scarf koleksi Hermes merupakan scarf yang paling mahal. Sebuah scarf baru saja terjual di balai lelong Christie, London, dengan harga US $4,8 juta.

Apa yang membuat scarf ini harganya selangit? Ternyata scarf dengan label Ascher London itu, dirancang oleh seniman ternama, Henri Matisse.

Seperti dilansir dari Vogue UK, saat itu Zika Ascher,, pergi ke Paris pada 1946 demi bertemu sejumlah seniman ternama seperti Pablo Picasso, Henry Moore, termasuk Henri Matisse untuk meminta desain scarf. Ia lalu mendapatkan desain dari Matisse, yang kemudian menciptakan motif scarf yang diberi nama Oceanie.

Motif tersebut berbentuk binatang laut yang abstrak, inspirasinya datang setelah Matisse kembali dari perjalanannya ke Tahiti pada 1940. Saat itu scarf dengan motif Oceanie, hanya dicetak 30 helai. Design asli motif dalam skala besar dibiarkan menggantung di studio Matisse.

"Saya fikir ini adalah hasil orisinalitas dari projek Ascher Artist Squares dan tentu saja kejeniusan Matisse," kata Sam Ascher, direktur kreatif dari Ascher London, yang juga cucu dari Zika Ascher.