Adsense

Ahad, 15 April 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Bob Kuman Perlukan Bantuan Mesin Oksigen, Kini Tinggal RM36 Dalam Akaun Simpanan.

Posted: 15 Apr 2012 10:10 PM PDT

Pilu hati kami apabila membaca laporan eksklusif Mazidul, 'Saya Hanya Ada RM36 Dalam Akaun Simpanan – Bob Kuman' berkenaan Bob Kuman yang terpaksa menanggung hutang hospital ekoran keadaan kesihatannya yang semakin merosot.

Kisahnya bermula apabila Bob terjatuh ketika berada di sesi pengambaran siri televisyen Jangan Pandang Belakang Congkak' sekitar malam tahun 2011. Ketika itu, Wahid Senario dan Lan Pet Pet antara saksi yang berada di tempat kejadian.

Memetik kata-katanya, "Dalam keadaan pening, semput dan sakit, saya terpaksa memandu kereta sendiri  ke hospital dan dibiarkan begitu sahaja. Masa keluar dari pusat rawatan itu, saya diberitahu, berhutang lebih kurang 7 ribu ringgit dengan hospital dan saya kena bayar sendiri. Itu saya tidak boleh terima. Penerbit tidak membantu sebab itu saya berasa kecil hati. Mujur selepas itu, dapat rezeki sikit dan saya menjelaskan sebahagian daripada caj hospital itu. Kini ada berbaki lebih tiga ribu enam ratus ringgit lagi."

Kini, kesihatan beliau semakin merosot dan terpaksa bergantung penuh kepada mesin bantuan oksigen, apatah lagi bergerak kesana sini sejak 8 April lalu.

Menurut Bob, beliau amat memerlukan mesin dilengkapi tangki oksigen namun setakat ini tidak mampu untuk menyewa keperluan tersebut kerana kesempitan wang.

Kepada masyarakat Malaysia yang ingin menghulurkan bantuan, sila hubungi Razali di talian 016 231 5812. Manakala berikut nombor akaun Bob (HUSNI MOHD RAWI) Maybank 1123-7100-7047.

Kisah Hidup Katy Perry Difilemkan

Posted: 15 Apr 2012 09:16 PM PDT

Trailer berjudul Katy Perry : Part Of Me mula dilepaskan melalui laman Youtube untuk tontonan umum di seluruh dunia menyaksikan kisah suka duka penyanyi 'Hot and Cold' sepanjang bergelar penyanyi sensasi difilemkan.

Filem dokumentari yang diarahkan oleh Jane Lipsitz dan Dan Cutforth ini akan merakamkan footage close-up Kat Petty sepanjang berlangsungnya jelajah konsert California Dreams yang bermula sejak 2 tahun yang lepas.

Perry, 27, berkata bahawa dia amat teruja membongkar segala rahsia peribadinya melalui filem itu. Dan dia berjanji bahawa peminat akan lebih mengenali sisi peribadi beliau selepas menonton filem tersebut.

Filem ini turut mendapatkan sentuhan pemasaran daripada Paramount yang sebelum ini bertanggungjawab mengedarkan filem Justin Bieber : Never Say Never, dimana ia mencatatkan keuntungan kasar mencecah USD$100 juda seluruh dunia.

Trailer ini menjanjikan ketelitian daripada segi kerja tungkus lumus Perry untuk bergelar bintang popular, kisah penceraiannya dengan pelakon Russel Brand, serta pelbagai footage jelajah konsert.

Filem ini akan ditayangkan mulai 4 Julai 2011.

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Konsert Rhythm Of the Soul Menampilkan OPICK

Posted: 15 Apr 2012 06:12 PM PDT

KONSERT RHYTHM OF THE SOUL – DI BAWAH LANGIT-MU (ROS)

JEMPUTAN KE KONSERT RHYTHM OF THE SOUL – DI BAWAH LANGIT-MU (ROS)

Musleem Records & ILuvIslam Radio akan menganjurkan sebuah konsert yang julung-julung kali diadakan di Malaysia yang menggabungkan Opick dari Indonesia yang digandingkan bersama pengalun-pengalun Zikir terkenal dari Malaysia dalam sebuah konsert khas yang diberi nama 'Rhythm Of the Soul'.

Rhythm Of the Sou

Program : Konsert 'Rhythm of the Soul' : Di Bawah LangitMu
Tarikh : 20 April 2012 (Jumaat)
Masa : 8.00 malam – 11.30 malam
Tempat : Dewan Muktamar, Pusat Islam KL
Anjuran : Musleem Media & Iluvislam R adio
Feature : Opick (Tombo Ati, Indonesia)
Jemputan Khas : Ustaz Amal, Ustaz Zulkarnain, Ustaz Munif, Ustaz Hazamin dan Hafiz Hamidun

"Rhythm Of the Soul" atau dalam bahasa Melayu bermaksud Irama Jiwa, adalah tema diketengahkan kerana ummat Islam haruslah memperbanyak zikir dan tasbih dan ini nyata seperti tercatat dalam Surah al-Israa, ayat 44, maksudnya, "Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah.

Dan tidak ada suatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha pengampun". Dalam Al Quran surah Ar-Ra'd ayat ke 28 pula dicatatkan, "Ketahuilah dengan 'dzikirullah' itu, tenang tenteramlah hati manusia".

Opick

15 April 2012 – Gambar Opick ketika sesi bertemu peminat di Masjid Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Konsert ini antara lainnya bertujuan untuk menyatukan ummah di dalam sebuah majlis/konsert seumpamanya tanpa mengira berbeza latarbelakang. Selain itu, konsert ini buat pertama kalinya di Malaysia, yang mengasingkan penonton lelaki dan perempuan. Semoga majlis zikir dan ilmu seperti ini akan menambah keberkatan sekiranya batas pergaulan antara lelaki dan perempuan dijaga, insyaAllah.

PENEMPAHAN TIKET:

Anda mahu membeli dan menempah tiket? Okay, Sila layari: http://konsert-ros.com/?page_id=128

Tentatif Konsert 20 APRIL 2012

7.45 pm Ketibaan tetamu
8.00 pm Ketibaan media
8.15 pm Ketibaan VIP & artis-artis jemputan
8.30 pm Konsert Rhythm Of the Soul
10.45 pm Tamat Konsert Rhythm Of the Soul (hari pertama)
11.00 pm Sidang Media bersama Opick & pengalun Zikir
11.15 pm Jamuan ringan
11.45 pm Bersurai

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Karnival & Konsert Suara Kami Anjuran Astro
  • Profile Soul 3
  • Amy Winehouse & Tony Bennett Single Body and Soul
  • Korean Acapella Group Red Soul First Tour In Malaysia
  • Erykah Badu CONCERT Live In KL 2012
  • Konsert Altimet Live Sepang Circuit
  • Konsert Idris Saidi & Orkestra Simfoni Kebangsaan di Istana Budaya
  • Jay Jay dan Rahim Othman Dalam Konsert Black Dog Bone Istana Budaya
  • Profile Kumpulan Coda Artis Baru Siti Nurhaliza Productions
  • Konsert Gambus Tradisional Ke Fusion
  • Natasha Hudson Nikah Dengan Carleed Khaza

    Posted: 15 Apr 2012 06:00 PM PDT

    Natasha Hudson Sah Milik Carleed Khaza

    Dengan sekali lafaz, pelakon Natasha Liana Hudson, 29, sah bergelar isteri kepada penyanyi dan komposer muzik, Carleed Khaza atau nama sebenarnya Khalid Kamal, 33 , di Masjid Wilayah Persekutuan, di sini, pukul 11.55 pagi Ahad.

    Pasangan ini dinikahkan oleh jurunikah, Shahirman Ahmad, berwalikan hakim dengan mas kahwin sebanyak RM80 dan tiada wang hantaran diterima.

    Natasha yang baru sahaja pulang daripada mengerjakan umrah meluahkan rasa bersyukur kerana kembali bergelar isteri buat kali ketiga selepas dua tahun bercinta dengan Carleed.

    gambar natasha hudson nikah

    "Alhamdulillah, saya bersyukur kerana majlis pernikahan kami yang serba ringkas ini berjalan dengan lancar.BSemoga perkahwinan saya kali ini berkekalan sehingga akhir hayat," katanya yang enggan mengadakan sebarang majlis resepsi.

    Majlis pernikahan itu turut disaksikan oleh kedua-dua ibubapa Carleed, Kamal Al-Bakri dan Aisha Abdul Manaf serta ibu Natasha, Ratna Hussin. Selain itu, seramai 700 tetamu yang hadir termasuklah keluarga, saudara mara serta teman-teman rapat kedua-dua belah pihak .

    Sementara itu, beritahu Carleed pula, dia bersyukur kerana mempunyai isteri yang cantik serta memiliki ciri-ciri wanita idamannya.

    "Apa yang penting, Natasha menghormati kedua-dua ibu bapa saya disamping sering membantu saya menjaga nenek saya yang uzur. Dia seorang yang sangat istimewa di mata saya.

    "Saya juga amat rapat dengan anak perempuannya, Nessa Helena, dan kami berdoa untuk memiliki anak lagi," ujarnya.

    Tambah Carleed, mereka sedang merancang untuk berbulan madu di Istanbul, Turki dalam masa terdekat ini.

    Natasha yang menggayakan persalinan rona coklat keemasan rekaan Shahida Shariff menerima lima dulang hantaran seperti Sirih Junjung, senaskah Al-Quran, sepersalinan pakaian, set wangian dan sebentuk cincin.

    Manakala pihak lelaki pula menerima tujuh dulang hantaran iaitu sirih junjung, sepersalinan pakaian, sejadah, kek, set wangian, senaskah Al-Quran dan sebentuk cincin. – mstar online

    Tags: ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Carleed featuring Natasha Hudson Jika Ku Boleh Ubah Dunia
  • Gambar Natasha Hudson Pakai Rekaan Zery Zamry di ABP2010
  • Movie Date Natasha Hudson Bersama Peminat SEKALI LAGI
  • Trivia: Nur Fatimah & Datin Natasha Hudson
  • Natasha Hudson Pelakon Tipu Kanan Tipu Kiri Hamil 4 Bulan
  • Gambar Wedding Natasha Hudson & Mohd Faiz
  • Jennifer Hudson Red Carpet 2011 Grammy Awards
  • Natasha Hudson & Datuk Shahrin Zahari Berkahwin 4 Ogos?
  • Selebriti di Pengumuman Hos Penyampai & Persembahan Artis ABP 2010
  • Selamat Datang ke Dunia Blog, Natasha Hudson!
  • Sensasi

    Sensasi


    Debaran Fasha menjadi isteri, Fasha sifatkan Jejai seorang yang bijak dan berpengetahuan luas

    Posted: 14 Apr 2012 11:55 PM PDT


    27 April bakal menyatukan Fasha dan kekasih hatinya Rizal Ashram ,Jejai..lagi 12 hari,Fasha menghitung hari dan berdebar.




    "Tuhan akhirnya memakbulkan doa semua yang ingin sangat melihat saya bertemu jodoh dan bahagia di samping Rizal," kata Fasha sebak.

    "Pelbagai rasa yang sedang saya lalui ketika ini. Saya pasti ia bukan sesuatu yang luar biasa kerana setiap wanita akan berdepan dengan apa yang saya rasai.

    "Saya bersyukur dipertemukan dengan seorang lelaki yang memahami diri ini, malah menerima saya seadanya. Jejai bukan sekadar seorang kekasih tetapi juga sahabat yang sentiasa di sisi setiap kali saya memerlukan," katanya.

    Fasha berkata, ahli perniagaan itu seorang yang matang, malah sentiasa membentuknya menjadi wanita yang positif dan berani mengambil apa saja cabaran di depan mata.

    "Mungkin kerana berkongsi minat yang sama terhadap haiwan, jadi perbualan kami tidak pernah bosan malah Jejai sentiasa terbuka untuk berbicara mengenai apa saja topik.

    "Dia lelaki yang bijak dan berpengetahuan, secara tidak langsung mengajar saya supaya lebih rasional dalam membuat sesuatu keputusan. Jejai banyak mengubah hidup saya supaya menjadi lebih objektif," dedah gadis kelahiran Johor Bahru mengenai keistimewaan lelaki itu.

    Akui Fasha, keinginan untuk mengakhiri percintaan mereka dengan ikatan pernikahan pernah disuarakan Jejai tahun lalu namun ditolaknya kerana masih belum bersedia.

    Enggan berselindung, Fasha menjelaskan, ketika itu terlalu banyak perkara yang bermain dalam fikirannya malah komitmen terhadap karier seni membuatkan dia enggan memperjudikan masa depannya dengan sebuah perkahwinan.

    "Tetapi Jejai tidak putus asa. Dia cuba melamar lagi pada awal tahun ini dan entah dari mana kuasa itu datang, saya tidak lagi berfikir panjang dan terus bersetuju.

    "Ketika itu saya dapat merasakan Tuhan melapangkan laluan untuk saya melangkah seluas-luasnya hingga saya bersedia memberikan sepenuh jiwa dan raga kepada seorang lelaki yang paling saya sayangi," katanya.

    Fasha berkata, majlis pernikahannya yang akan diadakan secara tertutup itu hanya mengundang 300 tetamu terdiri daripada keluarga, sahabat, peminat serta teman media yang akrab dengannya.

    Ia disusuli dengan dua majlis persandingan yang akan berlangsung pada Mei ini, namun Fasha masih belum bersedia untuk berkongsi segala perincian mengenai acara itu.

    "Bukan berahsia cuma masa tidak mengizinkan saya untuk berkongsi semua cerita. Saya juga menghormati permintaan keluarga Jejai dan ibu bapa yang enggan perkahwinan ini terlalu digembar-gemburkan.

    "Jejai sendiri selesa semuanya berjalan secara sederhana. Saya harap semua peminat memahami," katanya menjelaskan tindakannya yang disifatkan sesetengah pihak sebagai strategi untuk memancing perhatian peminat.

    "Saya terima kenyataan tidak selama-lamanya saya akan berada di atas. Selagi masih belum bergelar isteri, keutamaan saya tetap kepada karier lakonan kerana periuk nasi saya di sini.

    "Tetapi apabila tiba masanya, fokus saya akan beralih arah dan ketika itu saya mungkin menumpukan sepenuh perhatian kepada bidang perniagaan pula.

    "Alhamdulillah hampir sedekad dalam dunia lakonan saya sudah mengecapi beberapa kejayaan namun masih ada lagi yang belum saya capai dalam hidup ini.

    "Saya ingin mencipta nama sebagai usahawan dan pada masa sama, menjadi isteri dan ibu yang berjaya. Itu doa saya ketika ini dan Insya-Allah, saya berharap niat suci itu direstui Ilahi," katanya.

    Gambar pernikahan Natasha Hudson dan Carleed Khaza

    Posted: 14 Apr 2012 11:42 PM PDT

    Tahniah Sensasi ucapkan kepada pasangan pengantin baru yang baru selamat dinikahkan hari ini 15 April 2012.Semoga bahagia ke akhir hayat.




    Dengan sekali lafaz, pelakon Natasha Liyana Hudson, 30, sah bergelar isteri kepada penyanyi hip hop, Carleed Khaza atau nama sebenarnya Khalid Kamal, 33, di Masjid Wilayah Persekutuan, di sini, pukul 11.55 pagi Ahad.

    Turut menyaksikan majlis tersebut ialah keluarga serta saudara mara kedua-dua belah pihak dan pihak media.

    Natasha menerima lima dulang hantaran seperti sirih junjung, senaskah Al-Quran, sepersalinan pakaian, set wangian dan sebentuk cincin.

    Manakala pihak lelaki pula menerima tujuh dulang hantaran iaitu sirih junjung, sepersalinan pakaian, sejadah, kek, set wangian, senaskah Al-Quran dan sebentuk cincin.

    Perkahwinan ini merupakan yang ketiga buat Natasha dan yang pertama buat Carleed.

    Sesi temubual bersama Rita: Saya sudah tawar hati dengan suami dan sudah bersedia menjanda semula

    Posted: 14 Apr 2012 11:28 PM PDT


    Pergelutan rumah tangga Rita dan Aidil Zafuan bermula pada Oktober tahun lalu apabila pemain bola sepak tersebut membuat tuntutan hak penjagaan kekal terhadap Rayyan dan permohonan kembali taat terhadap Rita Rudaini di Seremban.

    Tanggal 10 Januari lepas, Rita dikejutkan dengan SMS daripada Aidil Zafuan yang keluar meninggalkan rumah semasa dia berada di kampungnya di Arau, Perlis.

    Bersama media yang berkerumun mahu tahu status perkahwinannya pada Rabu lalu, Rita mengakui, dia sudah menerima dokumen permohonan perceraian yang difailkan Aidil. Ketika ini, pasangan tersebut menunggu tarikh perbicaraan.

    Tidak cukup dengan sidang media semasa majlis hari lahirnya, Rita dihubungi untuk membuat beberapa penjelasan.

    Kenapa masalah kalian boleh sampai ke tahap ini?

    RITA RUDAINI: Saya tidak tahulah, masalah rumah tangga kami ialah masalah keluarga Aidil sendiri. Saya tahu dia masih muda, tapi tua atau muda, yang penting minda. Sejak mula kahwin sampai sekarang, saya yang sara diri sendiri. Bukannya saya tak boleh dibawa berbincang tapi kalau dia berkeras dengan saya, saya juga boleh berkeras dengan dia.

    Bagaimana hubungan Rita dengan suami sebenarnya?

    Saya sudah tawar hati dengan dia. Saya perlukan seseorang yang tegas untuk melindungi saya dan anak tetapi itu tidak berlaku. Walaupun berdepan dengan pelbagai masalah sekalipun saya mahu lelaki (suami) matang dan tegas untuk selesaikannya dan jangan lari daripada masalah. Buat masa ini saya memang sangat berkecil hati dengan tindakan dia. Saya tidak sanggup tengok orang buat macam ini kepada anak-anak saya.

    Bagaimanakah keadaan rumah tangga Rita sepanjang empat tahun bersamanya?

    Bahagia itu ada, cuma boleh dikira dengan jari. Hanya Tuhan yang tahu perasaan saya. Saya bertahan sebab saya mahukan yang terbaik untuk hidup kami semua. Tetapi saya reda kalau ini ialah takdirnya. Saya tidak menyesal. Sudah beberapa kali kami hampir bercerai, tetapi kami baik kembali kerana mahukan yang terbaik.

    Jika perceraian terus berlaku, hak penjagaan anak pula macam mana?

    Saya akan mempertahankan anak-anak saya habis-habisan. Walau susah sekalipun anak-anak akan tetap bersama saya dan Allah sahaja yang boleh pisahkan kami. Selepas ini saya akan utamakan anak-anak dan besarkan mereka dengan sempurna. Dia pernah tinggalkan saya dan anak-anak tanpa satu sen pun dan sekarang dia nak rebut hak anak. Kalau dia berani, rebutlah!

    Bagaimana hubungan anak- anak dengan bapa mereka?

    Anak yang paling kecil masih tak tahu apa-apa. Tetapi anak sulung memang rapat dengan saya. Jadi dia tak tanya langsung tentang ayah dia selepas empat bulan tak berjumpa. Sepanjang empat bulan dia keluar dari rumah, dia bukannya tinggal di rumah keluarga sahaja, dia ada rumah di Kuala Lumpur. Dua minggu sekali dia akan datang tengok anak-anak dan SMS saya tanyakan anak sedang buat apa. Ada masa saya balas, ada masanya saya tak balas. Saya bukannya tinggal di India sampai dia boleh tak datang jumpa saya.

    Jika bapa mereka mahu berjumpa macam mana?

    Dua minggu lepas dia datang nak jumpa Rayyan, 10 minit dia pujuk Rayyan supaya datang kepadanya tapi Rayyan sembunyi belakang saya tak nak jumpa dia.

    Sudah bersedia menjanda sekali lagi?

    Sejak hari pertama berkahwin saya sudah bersedia. Apatah lagi rumah tangga sering tidak aman sejak berkahwin walaupun saya sering berusaha menjernihkan keadaan.

    Selama ini anda yang banyak memberikan kenyataan, kenapa? Ada Aidil beri nafkah?

    Demi Allah saya tak tipu dan saya berani bersumpah. Masa dia tinggalkan rumah, satu sen atau sekotak susu pun dia tidak beri kepada anak-anak. Lepas tiga bulan tinggalkan rumah, barulah dia bagi RM1,500, cukup ke duit sebanyak itu untuk perbelanjaan dua orang anak.

    Dia mungkin boleh menipu masyarakat tetapi dia tidak boleh menipu diri sendiri dan paling penting tidak boleh menipu Allah. Jika RM1,500 itu yang didakwa sebagai tidak mengabaikan nafkah, bagaimana dengan nafkah untuk tiga bulan sebelum itu?

    borak kosong

    borak kosong


    Buncitnya perut adik ni

    Posted: 15 Apr 2012 09:15 PM PDT



    aduh buncitnya...

    Gilalah..dipukul,dihentak dengan meja dan akhirnya dibakar hidup-hidup

    Posted: 15 Apr 2012 09:00 PM PDT













    sumber : stomp.com.sg

    Hebat..Gadis Remaja Berikan Hadiah Ginjal Untuk Ibunya

    Posted: 15 Apr 2012 08:45 PM PDT


    Ibu mana yang tidak gembira saat menerima hadiah dari puteri-nya, apalagi hadiah tersebut merupakan sesuatu yang sangat istimewa.

    Inilah yang dialami Sarah Nesbit dari Fort Mill, Carolina Selatan, AS, yang menerima hadiah yang tak ternilai harganya dari sang putri Melody (18), iaitu sebuah ginjalnya untuknya.

    Sontak saja ini membuat emosi Sarah campur aduk, begitu mengetahui puteri tercintanya itu rela memberikan ginjalnya, agar dirinya ia dapat sihat seperti sedia kala.

    "Saya marah. Itu anak perempuan saya dan tak ada seorang pun yang ingin dioperasi ketika mereka merasa itu tidak perlu." tutur Sarah.

    Diketahui, Sarah telah menunggu bertahun-tahun untuk transplantasi ginjal, namun ia tidak menyangka yang menjadi donor adalah darah dagingnya sendiri.

    Namun untuk Melody, tidak mempunyai pilihan lain. Dia teringat kala Sarah membuat pilihan sulit saat mengandung adiknya, Ernie. Dimana kerana komplikasi, doktor memperingatkan Sarah bahawa jika meneruskan kehamilan, dia terpaksa harus menjalani dialisis sampai ia mendapat transplantasi ginjal baru. Tapi ia tidak ragu-ragu dengan pilihannya untuk melahirkan Ernie dan segera setelah itu ia mulai mengalami masalah dengan ginjalnya.

    "Saya fikir dia layak mendapat kesempatan kedua dalam hidup," tutur Melody yang dikutip orange.

    Jadi, tanpa memberitahu ibunya, Melody melakukan ujian saat ia genap berusia 18 tahun untuk mengetahui apakah dia merupakan penderma yang tepat.

    "Aku tidak percaya. Belum pernah aku merasakan cinta tanpa syarat seperti itu." tutur Sarah dengan terharu.

    Transplantasi ginjal antara ibu dan anak ini akan berlangsung minggu depan, dan memerlukan waktu minggu pemulihan bagi keduanya.

    Nakal kuda ni,mentang-mentang yang naiknya awek cun

    Posted: 15 Apr 2012 08:30 PM PDT






    Manusia makan besi

    Posted: 15 Apr 2012 08:15 PM PDT







    Muka hancur kena tembak tapi nampak relaks je

    Posted: 15 Apr 2012 08:00 PM PDT



    tengok gambar pun dah ngeri ...

    sumber : bestoneoffour.wordpress.com

    Luka lara Rita Rudaini

    Posted: 15 Apr 2012 07:45 PM PDT

    SETIAP pasangan yang berkahwin pastinya tidak lepas daripada ujian demi ujian. Pasang surut hubungan dalam rumahtangga sebenarnya adalah asam garam yang perlu ditempuh oleh setiap pasangan. Namun, setiap yang berkahwin sudah pastinya tidak pernah meletakkan had usia perkahwinan mereka. Tambah pula, bagi mereka yang memang berkahwin atas dasar cinta dan suka sama suka sudah tentunya mengharapkan yang terbaik untuk perkahwinan yang dibina.

    Sama juga kisahnya dengan pasangan­ suami isteri Rita Rudaini Mokhtar, 36 dan Aidil Zafuan Abdul Razak, 25 yang kini sedang dilanda kemelut dalam rumah tangga.

    Hubungan yang pada mulanya dibina berlandaskan cinta dan kasih, ini semakin goyah apabila si suami berhasrat memfailkan permohonan cerai.

    Usia perkahwinan yang baru sahaja mencecah empat tahun pada Februari lalu, ini sudah semakin hampir menemui jalan penamat.

    Sehari sebelum menyambut hari lahirnya yang ke-36 pada Rabu lalu, Rita mengesahkan bahawa dia menerima khidmat pesanan ringkas daripada suaminya yang memaklumkan telah membuat permohonan cerai.

    Berita yang diterima itu bagaimanapun tidak mengejutkan Rita memandang­kan suaminya telah empat bulan meninggalkan rumah mereka.

    Akhirnya, kemarau yang yang tidak sudah- sudah melanda rumahtangga pasangan ini sudah hampir ke kemuncaknya.

    Reda menerima takdir yang sudah tertulis buatnya, Rita bersyukur di saat dirinya dirundung duka kedua-dua anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Rafqa Arjuna, 2, masih lagi setia mene­mani.

    Ketabahan anak kelahiran Kangar, Perlis ini dalam menempuh alam rumahtangga yang sering dihimpit badai sebenarnya terletak pada zuriat yang dilahirkan.

    Tidak mahu dilihat lemah di mata anak-anaknya biarpun kedua-duanya masih lagi kecil, Rita sedaya upaya tidak mengalirkan air mata di hadapan mereka.

    Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul. Lara di hati Rita seakan dapat dirasai apabila anaknya yang sulung Rayyan seakan-akan tidak mahu berenggang daripada ibunya sepanjang majlis sambutan ulang tahun Rita yang diadakan di Hotel Royal Chulan, pada 11 April lalu.

    Biarpun dirinya sedang dilanda derita, namun aktres jelita ini tidak mahu melayan perasaan sedihnya mengenangkan perpisahan yang bakal terjadi sebaliknya cuba mengukir tawa dan menggembirakan diri di samping kelompok keluarga, rakan dan peminat yang selama ini setia menyokong dirinya.

    "Sempena ulang tahun saya pada hari ini (Rabu), saya ingin melupakan segala peristiwa pahit dan mahu maju ke hadapan.

    "Biarlah selepas ini saya dan anak-anak saya bahagia tanpa derita. Saya hanya ingin tumpukan perhatian kepada anak-anak. Saya janji kepada diri saya sendiri untuk membesarkan anak-anak dalam keadaan sempurna. Sebagai ibu, saya hanya mahu melihat mereka membesar dengan baik tanpa sebarang kekurangan. Tanpa mereka, saya boleh mati," katanya sebak.



    sumber : sinar harian

    Facebook mampu undang ketagihan

    Posted: 15 Apr 2012 07:30 PM PDT

    STOCKHOLM - Laman sosial Fecebook dipercayai mendatangkan ketagihan dan pengguna yang menghabiskan masa dengannya bakal mengalami kurang keyakinan dalam kehidupan.

    Pakar di Universiti Gothenburg, Sweden, memberitahu, kebanyakan pengguna log masuk sebaik sahaja mereka menghidupkan komputer, sekali gus bertukar kepada ketagihan.

    Kumpulan individu berpendapatan rendah dan kurang pendidikan adalah golongan berisiko tinggi dengan situasi ini.

    Sehingga kini, kajian mendapati, 85 peratus individu melayari laman sosial itu setiap hari dan separuh daripadanya membuka Facebook sebaik sahaja melayari laman pengguna.

    Sebanyak 25 peratus pengguna mengakui berasa kurang selesa jika meninggalkan laman itu walaupun sehari.



    sumber : sinar harian

    Pameran seni tampilkan wanita bogel di Itali

    Posted: 15 Apr 2012 07:15 PM PDT


    VENICE, Itali - Satu pameran seni berjudul Madame Fisscher diadakan di Palazzo Grassi di sini bermula pada 15 April sehingga 15 Julai depan.
    Pameran itu yang menampilkan karya seni artis Switzerland, Urs Fischer menampilkan beberapa model wanita yang mendedahkan keseluruhan tubuh badan mereka.
    Beberapa model itu melakukan pelbagai gaya dalam keadaan bogel seperti duduk dan berbaring. - Agensi
    sumber : kosmo online

    Pai ‘mayat’ laris

    Posted: 15 Apr 2012 07:00 PM PDT


    PERNAMBUCO (Brazil): Beratus-ratus penduduk dikhuatiri telah memakan daging paha dan pinggul mangsa pembunuhan selepas daging mereka dijadikan inti pai.
    Penjaja, Isabel da Silbeira menjualnya setiap hari kepada penduduk tempatan di sekitar bandar ini.

    Polis percaya, makanan itu yang dikenali oleh penduduk tempatan sebagai empanada, mengandungi bahagian tubuh sekurang-kurangnya dua wanita yang dibunuhnya bersama-sama suaminya, Jorge, 50.


    Kedua-duanya dibantu oleh wanita berusia 25 tahun, Bruna Cristina da Silva, juga kekasih Jorge.

    Laporan sebelum ini menyatakan, Jorge ialah pakar karate.


    Sebahagian mayat Alexandra Falcao, 20, dan seorang lagi wanita berusia 31 tahun ditemui dalam peti sejuk sementara sebahagian lagi tertanam di belakang rumah pasangan itu di Garanhuns, timur laut Brazil.



    Polis turut menemui kanak-kanak berusia lima tahun, dipercayai anak seorang gadis berumur 17 tahun yang dilapor hilang dari bandar berhampiran pada 2008.

    Ketua Polis, Wesley Fernandes berkata, ketiga-tiga mereka merancang membunuh seorang pemuda sebagai mangsa ketiga mereka.




    "Mereka sudah membuat perancangan dan menetapkan tarikh untuk membunuh lelaki itu. Kedua-dua pembunuhan yang mereka lakukan sama saja - menikam hingga mati, mengalirkan darah, memotong mayat mangsa dan mengambil bahagian paling enak untuk dibuat inti empanada.

    "Apabila Isabel keluar, dia akan menjaja pai itu. Ia habis dalam sekelip mata. Ia amat popular," kata Fernandes.


    Pegawai polis itu juga berkata, ketiga-tiga suspek turut memakan mayat mangsa kerana yakin ia boleh membersihkan jiwa mereka. "Dengan membolehkan orang lain memakan daging itu juga, mereka menganggap ia akan membantu mereka menjadi suci juga," kata Fernandes. Polis mula menjejaki ketiga-tiga suspek selepas seorang wanita terbabit ditangkap menggunakan kad kredit seorang mangsa yang hilang bulan lalu. - Agensi



    sumber : myMetro

    Padah layan nafsu

    Posted: 15 Apr 2012 06:45 PM PDT


    KUALA LUMPUR: Akibat terlalu mengikut nafsu menyebabkan golongan gay memilih menjalani kehidupan songsang walaupun sedar tindakan itu dilarang dalam Islam, kata pakar motivasi, Prof Madya Md Izzudin Ali.
    Beliau berkata, kebanyakan kes membabitkan golongan homoseksual itu pada peringkat permulaan hanya mempunyai sedikit perasaan terhadap perkara itu, namun apabila mereka terus melayan nafsu sendiri, menyebabkan lama-kelamaan mereka terus terjerumus kepada kehidupan songsang itu.

    "Ada kalangan mereka menganggap perasaan begitu wujud disebabkan masalah hormon, tetapi apabila sudah tahu ada yang tak kena dengan diri, mereka yang sepatutnya merujuk kepada pakar bagi menyelesaikan masalah, melayan perasaan hingga akhirnya terus dengan kehidupan songsang.


    "Lebih menyedihkan apabila hubungan sejenis itu sudah menjadi perkara biasa dan normal kepada mereka hingga terlupa azab bakal menanti akibat mengamalkan perbuatan berkenaan," katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

    Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan dalam Metro Ahad semalam mengenai lokasi Goyang Pak Arab menawarkan pakej tayang 'anu' yang memang dikenali sebagai pusat kunjungan lelaki bernafsu songsang untuk melampiaskan nafsu masing-masing.


    Malah, ada antara rumah urut dikunjungi wartawan, penjaga kaunternya dengan selamba menyerahkan album mengandungi gambar lelaki dengan aksi berahi untuk dibuat pilihan sebelum sesi urut. Ketika ditanya pakej urutan berahi yang ditawarkan, penjaga kaunter itu tanpa segan-silu mengakui menawarkan pakej tayang anu dengan bayaran RM75 ketika sesi urutan, selain menyediakan pakej urut batin dan B2B dengan kadar bayaran berbeza. Izzudin berkata, kebanyakan mereka yang terjebak dengan kehidupan songsang memilih menjalani corak kehidupan itu kerana terpengaruh dengan rakan, selain media seperti Internet yang begitu terbuka memaparkan cara hidup dilaknat Allah itu.



    "Konsep 'bertaubat kemudian' diamalkan seolah-olah mereka tahu bila ajal akan tiba hingga terus hanyut dibuai keseronokan duniawi, malah langsung tidak rasa bersalah dengan perbuatan itu," katanya.


    sumber : myMetro

    Ditipu pakej ‘pucuk muda’

    Posted: 15 Apr 2012 06:30 PM PDT


    KUALA LUMPUR: Hanya tiga hari diperlukan seorang duda warga emas untuk mencari 'pucuk muda' bagi mengisi kekosongan hidup dengan upah kahwin rendah.
    Pakej itu ditawarkan seorang lelaki berusia 30-an yang menyasarkan golongan lelaki tua sebagai sasaran termasuk upah kahwin RM700, seutas rantai emas dan wang tunai RM1,100 untuk persiapan majlis perkahwinan dengan pasangan muda berbanding pakej biasa berharga antara RM10,000 dan RM20,000.

    Dalam kejadian terbaru, seorang warga emas berusia 67 tahun membuat laporan di Balai Polis Rawang, di sini, kelmarin selepas kerugian hampir RM2,000 apabila diperdaya suspek dan bakal 'isteri'.


    Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, kira-kira jam 9.30 pagi, 9 April lalu, mangsa mendakwa dihubungi lelaki yang baru dikenalinya sebelum suspek mengatur pertemuan dengannya.

    "Kurang 10 minit kemudian, lelaki terbabit datang di tempat kerja mangsa di Rawang sebelum bertanyakan warga emas terbabit sama ada benar dia mahu berkahwin atau sebaliknya. Selepas mangsa bersetuju, suspek meminta tempoh tiga hari bagi membolehkannya mencari calon isteri yang sesuai," katanya.


    Sumber itu berkata, pada keesokan hari, suspek menghubungi mangsa sebelum mengatakan sudah bertemu dengan calon isteri yang sesuai dan berjanji akan memperkenalkan wanita berusia antara 20 dan 30 tahun kepada warga emas itu, kira-kira jam 2.30 petang, Khamis minggu lalu.




    Menurutnya, selepas bertemu dan berbincang, mangsa bersetuju untuk berkahwin dengan wanita berusia 20-an yang dibawa suspek.

    Katanya, suspek kemudian menetapkan beberapa syarat termasuk upah kahwin RM700, wang majlis perkahwinan RM1,100 selain seutas rantai emas sebagai hantaran perkahwinan.




    "Mangsa yang bersetuju dengan tawaran itu kemudian menyerahkan wang dan rantai emas kepada lelaki terbabit dengan disaksikan bakal 'isteri' itu.

    "Suspek terbabit kemudian berjanji akan mengatur perkahwinan antara mangsa dan pasangannya itu dalam masa terdekat," katanya.


    Bagaimanapun, mangsa hanya menyedari ditipu lelaki terbabit dan bakal isterinya itu selepas gagal menghubungi mereka.


    Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di balai polis berhampiran kediamannya.


    Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan berkata, siasatan lanjut masih dilakukan.



    sumber : myMetro


    Ibu rebah dihentak anak

    Posted: 15 Apr 2012 06:15 PM PDT


    CHUKAI: Seorang wanita berusia 59 tahun hanya mampu mengerang kesakitan apabila dibelasah anak lelakinya dengan besen berulang kali sambil merayu kepada lelaki itu menghentikan perbuatan terbabit dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Paya Berenjut, di sini, tengah hari kelmarin.
    Tindakan biadab dan tidak berperikemanusiaan lelaki berusia 30 tahun yang bagaikan dirasuk itu apabila hajatnya mendapatkan wang daripada ibunya tidak dilayan wanita berkenaan.
    Menurut sumber, dalam kejadian jam 12.30 tengah hari, wanita yang berusia 59 tahun sedang berehat di ruang tamu selepas keletihan memasak makanan tengah hari untuk keluarga.

    Katanya, ketika berehat, mangsa dikejutkan dengan kehadiran anak lelakinya yang masih bujang itu.



    Lelaki itu tiba-tiba meminta ibunya memberi wang untuk berbelanja.



    sumber : myMetro

    Azimat gila kuasa

    Posted: 15 Apr 2012 06:00 PM PDT


    SUBANG JAYA: Ghairah mendapatkan kedudukan, pengaruh dan kuasa melalui jalan pintas mengakibatkan segelintir ahli politik menggadai akidah melakukan perkara khurafat dengan mempercayai azimat, wafak, cincin serta amalan pembacaan mantera tertentu.
    Demi cita-cita politik, mereka yang sebahagian besarnya golongan veteran sanggup berbelanja besar bagi mendapatkan pelbagai benda pelik kononnya mampu memberi manfaat kepada pemakainya bagi memastikan hajat tercapai.
    Antara alat kononnya ajaib yang menjadi buruan ahli politik, terutama ketika bahang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) semakin dekat ialah cebisan kelambu Kaabah atau kiswah yang didakwa mampu melariskan diri si pemakai, cincin permata ganjil yang dipakai sebelum berceramah bagi membuatkan pendengar terpengaruh dan kulit rusa putih.

    Cemara babi juga dicari kononnya membuatkan si pemakai kebal iaitu pihak lawan sukar menjatuhkannya dalam arena politik.



    Mendedahkan perkara itu, Pengamal Perubatan Islam Sinar Zamdurrani, Sharhan Shafie berkata, kebiasaannya benda pelik itu diperoleh daripada bomoh yang menjalankan khidmat mereka tanpa bersandarkan al-Quran.



    sumber : myMetro

    Rakan sekolah hadiah sebutir peluru hidup

    Posted: 15 Apr 2012 05:45 PM PDT


    SUBANG JAYA: Seorang wanita berusia 37 tahun terkejut apabila anak lelakinya berusia 10 tahun menunjukkan sebutir peluru hidup yang 'dihadiahkan' rakan sekolahnya ketika sesi persekolahan di sebuah sekolah di Subang Jaya, di sini, kelmarin.
    Wanita berkenaan menyedari kejadian itu apabila anaknya yang pulang ke rumah mereka di USJ di sini, menunjukkan peluru berkenaan, jam 12.30 tengah hari.

    Wanita itu merampas peluru berkenaan sebelum bergegas ke Balai Polis USJ 8, di sini, membuat laporan penemuan peluru itu.


    Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli ketika dihubungi berkata, pihaknya sudah merampas peluru berkenaan daripada kanak-kanak itu termasuk rakannya yang menemui peluru berkenaan.

    Menurutnya, rakan kanak-kanak itu menemui beberapa peluru di rumahnya sebelum menghadiahkan kepada anak wanita berkenaan.


    Katanya, hasil siasatan mendapati wanita berkenaan baru berpindah ke rumah itu yang sebelum ini dihuni seorang anggota polis yang sakit.



    "Ketika mengosongkan rumah berkenaan untuk berpindah, anggota terbabit tertinggal peluru hidup itu sebelum ditemui kanak-kanak berkenaan," katanya.


    SUMBER : MYmetro

    Jatuhkah maruah kita sebagai lelaki?

    Posted: 15 Apr 2012 05:30 PM PDT


    Jatuhkah maruah kita sebagai seorang lelaki bila merayu seorang perempuan sampai berlutut?Kerana begitu sayang sangat agaknya lelaki yang didalam gambar ini sanggup berlutut merayu kekasih @ isterinya.Persoalannya sekarang patutkah lelaki merayu sampai melutut begini?Mana nilai dan harga diri sebagai seorang lelaki?












    p/s merayu boleh tapi janganlah sampai melutut.




    Gila betul mainan macam ni Jepun nak keluarkan

    Posted: 15 Apr 2012 05:15 PM PDT

    Roadkill cat toy from Japan



    sumber gambar : humorpix.com

    [Hebat] 43 tahun kerja tanpa pernah ambil cuti sakit

    Posted: 15 Apr 2012 05:00 PM PDT

    Semangat dan amanah dengan kerja membuat lelaki ini tidak mahu
    mengambil cuti sakit....

    LONDON: Jim Owen mempunyai alasan sangat kukuh untuk berbangga setiap kali bercakap mengenai kerjanya sebagai juru ukur pihak berkuasa tempatan (PBT) di Britain.

    Sejak bertugas di kerajaan tempatan Basildon, Essex, pada 1968, Owen tidak pernah mengambil cuti sakit walaupun sehari.

    Owen yang mempunyai dua anak dan tiga cucu mengaitkan amalan kerja baik dan keturunan sebagai penyumbang kesihatan hidupnya.

    Pada usia 66 tahun kini, Owen masih berkhidmat sepenuh masa dengan PBT berkenaan dan tiada rancangan untuknya bersara.Kata Owen, memang pada hari tertentu dia pernah berasa kurang sihat atau tidak selesa apabila bangun pagi dan boleh berehat di rumah.

    "Tapi saya sangat sukakan kerja ini dan tak mahu mengecewakan rakan yang lain."Apa yang penting adalah memberikan usaha terbaik untuk tugasan saya," katanya.

    Menurut Owen, dia dibesarkan oleh ibu bapa yang hidup pada zaman perang dan mereka sentiasa mengajarnya untuk berusaha gigih setiap hari tanpa sebarang pengecualian.

     Katanya, dia juga sentiasa mementingkan amalan pemakanan sihat, tidak merokok serta sering membuat tugasan di luar pejabat."Keadaan itu memberi peluang saya menghirup udara segar," katanya.Owen turut menganggap dirinya sangat bertuah kerana memiliki keturunan yang sihat.

    Sementara itu, pemimpin Parti Liberal Demokrat, Nick Clegg, berkata Owen adalah petugas berdedikasi dan tidak pernah mengeluh.Owen mula bekerja ketika masih budak dengan menjadi penghantar akhbar di sekitar tempat tinggalnya di Southend, Essex.Pada 1968, dia mula berkhidmat di PBT Basildon sebagai jurunilai.

    Disebabkan ketekunannya bertugas, majikan Owen memberi kenaikan pangkat dengan melantiknya menduduki jawatan pengurusan. - DM

    Kesian..kerana hujung gaunnya terpijak,payudara artis China ini tersembul

    Posted: 15 Apr 2012 04:45 PM PDT


    SHANGHAI - Acara fashion ceremonial di Shanghai, China, Minggu 11 Disember kelmarin menyajikan cerita unik. Terjadi insiden kecil di mana gaun Sun Feifei terpijak, dan membuat payudaranya terekspos.
    Kerana bawah gaun yang dikenakannya terpijak, penyangga payudara Sun Feifei pun langsung menyembul. Insiden melorotnya strapless gown warna putih itu langsung menjadi santapan para paparazzi, dengan langsung mengabadikan kejadian. Demikian seperti disitat Ifeng
    Insiden itu terjadi saat Feifei berjalan di atas red carpet. Tanpa sengaja, MC Fang Ling memijak hujung gaunnya, dan membuat busana yang dikenakannya langsung melorot.
    Pembantu Feifei yang melihat kejadian itu, dengan segera menutupi dada Feifei menggunakan selendang besar. Sedangkan Feifei terlihat berusaha menutupi rasa malu dengan terus menghindari kerumunan wartawan.
    (efi)

    Penemuan Fantastik: Membuat Lampu Tanpa Elektrik Dari Bekas Botol ! [Video]

    Posted: 15 Apr 2012 04:30 PM PDT


    Seorang bapak dari Filipina ini berhak mendapat penghargaan atas penemuan "bola lampu"nya yang sepatutnya masuk kedalam salah satu penemuan paling inspirasional tahun ini. Memang bola lampu itu tak akan menyala pada malam hari, tapi bayangkan berapa banyak bil elektrik yang boleh dijimat menggunakan solusi kreatif ini.






    Bagaimana nak tahu dia lelaki ke perempuan?

    Posted: 15 Apr 2012 04:30 PM PDT

    Cuba kita lihat gambar wanita ini..
    memang cantik....
    Sesiapa yang melihatnya pasti tergoda..




     Tapi jangan tergoda dulu kerana
    dia sebenarnya seorang lelaki yang di make up
    menjadi wanita....




    Kepakaran tukang make up membuat kita tertipu..
    Jadi bagaimana kita nak tahu dia lelaki atau perempuan bila
    kita berhadapan dalam situasi begini?
    Ini yang jadi persoalan..!!!!


    Agaknya dah berapa lama dia tak basuh rambut?

    Posted: 15 Apr 2012 04:15 PM PDT




    Melihat gambar di atas agaknya berapa lama dia tak 
    basuh rambut...


    Laman web untuk orang tua cari pasangan muda

    Posted: 15 Apr 2012 04:00 PM PDT


    WASHINGTON - Satu laman web, SeekingArrangement.com mengatur janji temu untuk golongan lelaki kaya mencari pasangan.

    Ia merupakan salah satu daripada laman web yang memaparkan golongan lelaki tua untuk mencari gadis yang lebih muda.

    Laman itu mendedahkan akaun bank si lelaki tua dan elaun bulanan yang boleh diberikannya kepada seorang wanita.

    Lelaki yang berminat akan membuka akaun dengan bayaran AS$50 (RM149) dan tambahan sebanyak AS$1,000 (RM2,981) setahun.

    "Orang ramai bertemu, mereka berunding dan berasa serasi. Jika kedua-dua mereka tidak menyukai di antara satu sama lain, tiada apa-apa perkara yang akan berlaku," kata pengasas laman itu, Brandon Wade. - AFP

    sumber : kosmo online

    "Tak ada kereta,tak ada kahwin",akhirnya lelaki ini sanggup ambil duit akaun ayahnya beli kereta Ferrari

    Posted: 15 Apr 2012 11:00 AM PDT




    Lelaki ini sanggup menghabiskan duit kerana terlampau sayangkan mak wenya...
    jom baca kisah nya....


    I love her too much and truly cannot leave her, but she is too materialistic. After returning from Singapore, she seems to have become a different person, and since then I have been very unhappy within my heart with her change. Today, I went to her house, and the topic of marriage came up. Her family is all very satisfied with me and I did not say anything, but she actually said in front of her family that if I do not buy a car then we cannot marry. MB, it is not as if I cannot afford a car, and in my anger, I ordered an F1 360 Modena. It is not necessary to say how much I spent, but now I regret it. First, I do not care about cars at all and the money for the car was from my father's bank account (I do not have that ability), so now I feel deeply guilty. Second, I now realize I no longer love her, she does not deserve my love, and now my heart is very troubled.

    Penerbangan yang mewajibkan penumpangnya bogel

    Posted: 15 Apr 2012 10:30 AM PDT






    PELIK..RAMAI PULAK YANG NAIK...