Adsense

Khamis, 1 Mac 2012

Zon Artis

Zon Artis


(Gambar) Inilah Wajah Anak Pertama Mawi & Ekin, Cahaya Malaika

Posted: 01 Mar 2012 11:32 PM PST

Mungkin tidak mahu mengecewakan para peminat yang pernah menyokongnya sehingga dia berjaya, akhirnya Mawi memaparkan juga wajah anak sulungnya yang diberi nama Cahaya Malaika itu kepada umum melalui dua gambar yang dimuat naik di laman Facebook Astro walaupun sebelum ini dia menyatakan yang dia belum bersedia menunjukkan anaknya itu kepada umum. Tanpa membuang masa berharga anda, anda lihatlah sendiri kecomelan anak Mawi dan Ekin tu kat bawah ni. Cekidaut~

GAMBAR ANAK MAWI DAN EKIN

GAMBAR ANAK MAWI DAN EKIN

Psstt: Kalau dah cantik, berkerusi roda sekalipun tetap cantik

Related Posts with Thumbnails

Sensasi

Sensasi


Gambar Anak Mawi dan Ekin,Cahaya Malaika

Posted: 01 Mar 2012 07:32 AM PST

Kecik comel je anak Mawi dan Ekin yang baru berusia beberapa hari...
Pada mulanya Mawi belum bersedia untuk berkongi gambar anaknya,katanya tunggu majlis kenduri dibuat utk Cahaya Malaika baru nak tunjuk gmbr.

Tapi keterujaan menjadi bapa,mana nak sorok wajah puteri kesayangan lama-lama..

Cahaya Malaika,nampak mcm ikut wajah emaknya Ekin..




Gambar putera sulung Siti Sarah dan Shuib Sepahtu

Posted: 01 Mar 2012 07:06 AM PST

Pasangan yang sama comel ini dah mendapat putera sulung semenjak 4 Disember lalu yang diberi nama Uwais Al- Qarni.

Sungguh teruja mereka berdua menjaga anak ..Sensasi tengok anak sulung mereka nie mcm ikut wajah bapanya,Shuib kan...

Cute family..hehe
"Dia anak yang baik. Jujurnya, saya tidak pandai dengan bayi sebab saya anak tunggal. Tapi selepas mendapat Uwais, secara automatik semuanya berjalan secara semula jadi. Saya mandikan dia dan berani mendukung Uwais. Saya berbeza dengan Sarah yang sebelum ini memang serasi dengan bayi,"

"Sewaktu berjauhan, saya selalu suruh isteri saya kirim mesej bergambar melalui telefon Blackberry. Sengaja kadangkala saya suruh Sarah nangiskan dia agar saya dapat dengar suara Uwais," akui Shuib

OHBULAN!

OHBULAN!


Foto: Anak Pertama Mawi & Ekin, Cahaya Malaika Comel!

Posted: 01 Mar 2012 04:00 PM PST

Wahh, bertuah sungguh Mawi & Ekin! Sudahlah ini adalah puteri sulung mereka, comel pula tu.

Bayi yang dilahirkan pada 28 Februari lepas ini diberi nama Cahaya Malaika. OHBULAN! pun malas nak tulis panjang-panjang, biar gambar pula yang bercerita ya. Kepada peminat-peminat Mawi diluar sana, bersedialah ya, mana tahu dengan kehadiran cahayamata pertama Mawi ini, dia bakal kembali  ke industri hiburan seperti dulu. Mana tahu kan.

Kredit Gambar : mStar Online

Disneyland Hong Kong, Sebuah Lagi Taman Tema Terbaik Di Dunia!

Posted: 01 Mar 2012 04:00 PM PST

Melarikan diri dari kesibukan kota gosip, Kuala Lumpur, krew OHBULAN! akan menjengah Disneyland Hong Kong hari ini bermula 2 Mac – 4 Mac. Ini adalah hasil usaha Disneyland Hong Kong menaja krew OHBULAN bersama beberapa orang yang lain untuk memberikan kepuasan dan hiburan selepas penat bekerja di Malaysia.

Untuk pengetahuan, Disneyland Hong Kong terletak di atas tanah tebus guna Teluk Penny, Pulau Lantau, dan telah dibuka pada 12 September 2005. Taman tema ini juga menyerupai Disneyland lain di seluruh dunia dan mempunyai "Main Street USA", "Fantasyland", "Adventureland" dan "Tomorrowland". Perbezaannya, pelakon dan kru di Disneyland ini semuanya terdiri dari rakyat tempatan, jadi komunikasi adalah dalam bahasa Mandarin, Kantonis dan juga Bahasa Inggeris.

Paling terbaru dari Disneyland Hong Kong, mereka telah menubuhkan taman tema "Toy Story Land" pada 17 November 2011 dan ia bakal menjadi satu lagi daya tarikan bagi pengunjung-pengunjung Disneyland dari seluruh dunia. Apa yang menarik disini, "Toy Story Land" menggunakan pokok buluh sebagai rumput gergasi dan dihiasi dengan watak-watak dari filem animasi "Toy Story" yang telah diperbesarkan.

Jika dilihat kembali, Disneyland Hong Kong mempunyai keluasan seluas 22.4 hektar (55 ekar), ia akan diperluaskan kepada 27.4 hektar (68 ekar) apabila tiga kawasan bertema yang baru siap. Selepas pengembangan, taman tema ini dijangka mampu mengendalikan hampir 7,920,000 – 8,920,000 pengunjung setahun. Itu satu jumlah yang sangat besar, barangkali Disneyland ini mahu dijadikan negara pula. Mana tahu, kan?

Apa pun, krew OHBULAN! bakal menerokai taman tema Disneyland Hong Kong selepas ini dan kami akan membuat review untuk para pembaca semua. Kepada anda yang sudah lama mengimpikan percutian yang indah, sila rancang bersama ahli keluarga anda sekarang ya!

Untuk maklumat lanjut mengenai Disneyland Hong Kong, anda boleh layari Hong Kong Disneyland sekarang!

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Lagu Berhenti Di Kamu Nyanyian ANJI

Posted: 01 Mar 2012 06:46 PM PST

ANJI - BERHENTI DI KAMU

Selepas Sebelah Jiwaku JACLYN VICTOR, kini KRU Music melangkah setapak lagi kehadapan dengan melancarkan single terbaru dari seberang berjudul Berhenti Di Kamu nyanyian ANJI.

Bekas vokalis band Drive ini, pernah tampil dengan single pertama berjudul Ternyata Cinta yang berjaya menduduki no. 1 di carta 120 radio kenamaan di seluruh Indonesia selama 3 minggu berturut-turut, ANJI baru sahaja merilis album solo pertamanya berjudul Luar Biasa, dan kini beliau mempertaruhkan single ke-2 berjudul Berhenti Di Kamu.

Berhenti Di Kamu nyanyian ANJI.

Bermula January, KRU Music membuat edaran produk-produk dari luar terutamanya dari Indonesia. Kami merasakan muzik dari seberang masih mempunyai peminat-peminatnya. Kami tidak melihat bendera asal muzik itu, kalau muzik itu bagus, ia harus dinikmati semua penggemar muzik

"Saya sudah mengikuti ANJI sejak beliau bersama DRIVE lagi. ANJI mempunyai karakter vokal dan attitude yang menarik. Beliau juga antara artis solo lelaki yang semakin meningkat naik di Indonesia", kata KC Ismail Timbalan Presiden KRU Music.

Berhenti Di Kamu adalah sebuah lagu yang dicipta oleh Dewik & Pay komposer yang tidak asing lagi di Indonesia. Bukan seperti kebiasaan, Dewik & Pay menyerahkan kepada ANJI sendiri untuk memberikan tajuk kepada judul lagu terbabit.

VIDEO KLIP BERHENTI DI KAMU

Terdapat beberapa kesukaran yang dihadapi pada diperingkat awal di dalam menerbitkan single terbabit. Lagu ini dikategorikan sebagai tidak mencapai tahap yang diperlukan untuk konsep album ANJI yang berjudul Luar Biasa.

Setelah melalui proses pengolahan selama beberapa kali, maka terhasillah alunan melodi yang lebih positive dan sangat memberi kesan kepada jalan cerita Berhenti Di Kamu.

"Tiap aku mendengar suara kamu, ingin langsung ku bilang iya"

Rangkap di atas merupakan sebahagian daripada lirik yang terdapat di dalam Berhenti Di kamu. Rangkap ayat yang digunakan adalah sangat sederhana dan normal tetapi berubah menjadi sangat bermakna dan mendalam selepas bergabung dengan alunan melodi yang diberikan.

Sudah pasti lagu ini akan tampil dengan kekuatan dan mempunyai ciri-ciri luar biasa yang tersendiri.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.krustudios.com atau facebook serta youtube MTV "Berhenti Di Kamu" – Anji.

Berhenti Di Kamu nyanyian ANJI.

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Lirik Lagu OST HANYA Nyanyian Aril AF7
  • Lirik Lagu Benchinta Faizal Tahir
  • Lirik Lagu Perlu Kamu – Ajai & Krisdayanti Lagu Tema 1957 Hati Malaya
  • Lirik Lagu Adira Ku Ada Kamu
  • Album Aliff Aziz
  • Lirik Sayang Sayang Aliff Aziz
  • Dayang Nurfaizah: Profile & Biodata
  • Surat Terbuka Ibu Ummi Nazeera Buat Remy Ishak
  • Gambar Adira di Sidang Media Separuh Akhir Muzik Muzik 25
  • Lirik Lagu Tiga Kata KRU
  • John Mayer’s New Album Born And Raised

    Posted: 01 Mar 2012 06:05 PM PST

    JOHN MAYER'S NEW ALBUM BORN AND RAISED

    JOHN MAYER'S NEW ALBUM BORN AND RAISED TO BE RELEASED ON MAY 22

    "Shadow Days" Single Available On iTunes Tuesday, March 6

    New York City, February 29, 2012- Columbia Records is pleased to announce that Born and Raised, the next album from Grammy Award-winning singer, songwriter and musician John Mayer, will be released on May 22. The first single, "Shadow Days," will be out on March 6 and available on iTunes.

    Mayer produced Born and Raised with Don Was, who worked on albums for acts such as the Rolling Stones, B.B. King and Bonnie Raitt. Rock legends David Crosby and Graham Nash provide vocals on the title song and musicians joining Mayer on the album and on the road include highly-regarded keyboardist/pianist Chuck Leavell—who has worked with the Rolling Stones, Eric Clapton and The Allman Brothers Band—as well as previous collaborators Sean Hurley on bass and Aaron Sterling on drums. Jim Keltner makes a special appearance on drums on "Something Like Oliva." Rounding out the touring band are David Ryan Harris on guitar and vocals, Doug Pettibone on guitar and Michito Sanchez on percussion.

    Columbia Records recently announced that Mayer will do an 18-date spring tour that kicks off April 9 in Bloomington, IN. Stops on the tour include Detroit, Providence, Buffalo, Memphis, Kansas City, Las Vegas and Phoenix. He will also be performing at South By Southwest in Austin on March 17, and the New Orleans Jazz and Heritage Festival on April 29.

    Mayer's previous albums—Room for Squares, Heavier Things, Continuum and Battle Studies—have sold more than 12 million copies combined. He has been honored with seven Grammy Awards and an additional 11 nominations. He has also been included in Time Magazine's annual Time 100 list of the most influential contemporary thinkers, leaders, artists and entertainers, and twice been featured on the cover of Rolling Stone Magazine's annual "Guitar" issue.

    John Mayer – Born and Raised- produced by John Mayer and Don Was

    1. Queen of California
    2. The Age of Worry
    3. Shadow Days
    4. Speak for Me
    5. Something Like Olivia
    6. Born & Raised
    7. If I Ever Get Around To Living
    8. Love is a Verb
    9. Walt Grace's Submarine Test, January 1967
    10. Whiskey, Whiskey, Whiskey
    11. A Face To Call Home
    12. Born & Raised (Reprise)

    JOHN MAYER'S NEW ALBUM BORN AND RAISED

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Fleetwood Mac
  • The Biggest Debut Album of 2011
  • GUAMUZIK Bantu Mangsa Bencana Alam Jepun
  • Olivia Newton-John Live In Genting
  • Terminator Salvation Multiplayer Game Goes Online!
  • Peraduan Celebrating of The Legend is Born Ip Man
  • Elton John Greatest Hits Tour Concert Arena of Stars Genting
  • Konsert Pitbull di Malaysia
  • Peraduan Meet & Greet Pelakon The Legend is Born Ip Man
  • Concert Greyson Chance Live in Malaysia
  • borak kosong

    borak kosong


    Di Tahun 1930-an, Para Artis Berdandan Memakai Penggaris

    Posted: 01 Mar 2012 09:00 PM PST


    BOOMING film The Artist mengembalikan rasa penasaran seperti apa sesungguhnya kehidupan di era vintage. Termasuk juga seperti apa cara para selebriti merias wajah hingga menghasilkan polesan yang klasik dan legenda.
    Sebuah video yang dirakam di tahun 1936 menunjukkan, para penata rias selebriti di zaman itu menggunakan prinsip geometri untuk menghasilkan riasan yang rapi.
    Penggaris, busur, hingga garis imajiner dibuat untuk menentukan area mana yang harus diberi shading dan highlight agar wajah terlihat lebih memesona.
    Video yang dibuat oleh British Pathe ini ramai disaksikan di YouTube, terutama sejak film The Artist memenangkan penghargaan utama di  Academy Awards.
    Dalam video itu diperlihatkan para make up artist menggunakan metode geometri sebagai patokan memoleskan kosmetik di area pipi, hidung, dahi, bibir, hingga dagu. Para penata rias menggunakan busur darjah dari kayu berukuran besar untuk mengukur jarak antara dahi dan hidung, serta hidung dan dahi.
    Untuk menentukan letak shading di area pipi, penata rias terlebih dulu menggambar segitiga yang menghubungkan pelipis, pipi dan garis telinga. Bentuk segitiga untuk shading agar pipi terlihat lebih tirus memang masih digunakan sampai sekarang, namun tidak digambarkan dengan jelas.
    Terakhir, untuk bagian bibir, terdapat perbedaan cara memoles lipstik untuk bibir dengan 'Cupid's bow' atau bibir yang rata. 'Cupid's bow' ialah bentuk bibir dengan lekukan di bagian atas bibir seperti busur panah.
    Bagi pemilik bibir yang rata tanpa 'Cupid's bow', poleskan lipstik dengan bentuk V di bagian atas untuk memberi kesan lekukan di bibir. Untuk bibir yang agak tebal dan lebar, fokuskan lipstik di bagian tengah dan biarkan bagian pinggiran bibir tidak tersentuh lipstik.
    Bagi yang berbibir tipis, fokuskan ke bahagian tengah bibir dan perpendek jarak antara bibir dan hidung. Caranya, oleskan lipstik hingga ke luar garis bibir agar bibir terlihat lebih tebal.




    Batal Dipenjara, Pendiri MegaUpload Dilarang Sentuh Internet

    Posted: 01 Mar 2012 08:45 PM PST

    Pengadilan New Zealand membebaskan pendiri situs file sharing MegaUpload, Kim Dotcom, dari kurungan penjara. Tersangka pelaku pembajakan online itu hanya dikenai hukuman tahanan rumah dan dilarang menggunakan internet. "Saya lega boleh pulang ke rumah untuk melihat ketiga anak dan isteri saya yang sedang hamil," kata Dotcom sambil tersenyum, dan seraya bergegas masuk ke kereta, pada hari persidangan, Rabu (22/2/2012). 


    Selama berstatus tahanan rumah, lelaki yang sering bepergian dengan helikopter peribadi ini akan tinggal di sebuah rumah kecil yang berdekatan dengan rumah mewahnya di Auckland, New Zealand. Ia dilarang bepergian jauh, dan hakim juga tidak membolehkan helikopter terbang atau mendarat di sekitar rumahnya. Dengan keputusan ini, upaya aparat penegak hukum Amerika Syarikat untuk mengekstradisi Dotcom seakan menemui rintangan baru. Kemudian, muncul khabar bahawa Dotcom akan melarikan diri kerana lelaki berusia 38 tahun ini punya pasport ganda serta memiliki akaun bank atas tiga nama. 


    Sebelumnya, Dotcom telah mengatakan kepada pengadilan bahawa setelah asetnya dibekukan dan bisnisnya ditutup, ia tidak berniat melarikan diri ke negara asalnya, Jerman, tempat dia akan aman dari ekstradisi. Kendati demikian, Dotcom menegaskan akan melawan sidang ekstradisi atas tuduhan aparat AS bahawa dia melakukan pelanggaran hak cipta, pembajakan, dan pencucian uang. 


     Rencananya, sidang ekstradisi itu akan digelar pada 20 Ogos mendatang. Ahli hukum mengatakan, sidang ekstradisi kemungkinan akan berlarut-larut kerana Dotcom akan mengajukan banding yang kemungkinan besar sampai ke pengadilan negara tertinggi. Dotcom, yang juga dikenal sebagai Kim Schmitz dan Kim Tim Jim Vestor, ditangkap di rumahnya oleh 70 polis setempat atas perintah Federal Bureau of Investigation (FBI) pada 20 Januari lalu. Sejak saat itulah, Dotcom mulai ditahan. Dotcom ditangkap atas tuduhan pembajakan musik, film, dan konten berhak cipta lainnya melalui situs berbagi file MegaUpload, yang telah ditutup bulan lalu. Pengacara Dotcom mengatakan, MegaUpload hanya menawarkan media penyimpanan online. Atas dasar itu, dia dengan tegas membantah tuduhan AS.

    Jangan lihat penampilan tapi dengar suaranya

    Posted: 01 Mar 2012 08:30 PM PST

    Melihat sekilas penampilan Austin Criswell, sulit untuk mengira bahawa lelaki ini adalah seorang solo vokal-gitaris indie yang popular melalui situs YouTube. Cuba  dengarkan  penampilan menawannya di bawah ini.


    Sanggup berkorban nyawa demi anak

    Posted: 01 Mar 2012 08:15 PM PST

    Perhatikan gambar-gambar ini betapa haiwan ini sanggup mempertaruhkan nyawa demi anaknya.Betapa dia sayangkan anaknya walaupun tak berakal.Tetapi kita hari ini sanggup membuang ,mencampak anak yang dilahirkan.Bayi kecil dibuang bersepah -sepah seperti tiada nilai.Akal yang diberi hilang kerana nafsu sudah menguasai diri.Manusia jenis ini sebenarnya lebih teruk daripada haiwan yang tidak berakal.












    Hebat haiwan ini berjaya menunjukkan betapa dia begitu menyanyangi anaknya.Biar dia mati agar anaknya selamat.Manusia yang membuang anak apabila melihat kejadian pasti akan terfikir jenis apakah aku ini?



    David Beckham Pamer Pose Seksi Victoria Beckham di Facebook

    Posted: 01 Mar 2012 08:00 PM PST




    infospesial.net -  


    David Beckham pamer pose seksi isterinya Victoria Beckham, yang diirnya posting di Facebook.

    Posh, 37, terlihat cemberut dengan potongan rambut bob seksi dalam sampul majalah Perancis, Madame Figaro.



    Mengenakan pakaian retro merah muda, perancang busana ini ditampilkan berbaring telentang. David, 36, memberi komen tentang foto ini : "Lihat Victoria di sampul Madame Figaro, ia tampak hebat diambil oleh Fotografer Inggris berbakat, GregWilliams, harap Anda menyukainya."




    Tentu saja, David hanya membalas aksi Posh yang mempamerkan foto yang menampakkan Victoria nampak seperti memegang 'anu' David Beckham, yang di upload di Twitter awal bulan ini.

    Gila babi betul perempuan ni

    Posted: 01 Mar 2012 07:45 PM PST





    Lelaki Australia telan 70 kapsul heroin ditangkap

    Posted: 01 Mar 2012 07:30 PM PST


    BALI: Seorang lelaki Australia ditahan di Bali atas kesalahan menyeludup dadah dengan menelan 70 kapsul heroin.
    Menurut jurucakap Pejabat Kementerian Luar di Canberra, semalam, lelaki yang berusia 54 tahun itu, ditahan di Lapangan Terbang Denpasar dan pihak berkuasa Indonesia dikatakan akan mendakwanya atas kesalahan menyeludup dadah. 
    Jurucakap itu tidak memberikan butiran lebih lanjut.

    "Pegawai Konsular di Bali sedang mencari jalan untuk memberi bantuan kepada lelaki itu," katanya.



    Rangkaian Televisyen Sembilan, melaporkan lelaki itu menelan 70 kapsul dadah yang tidak diketahui jenisnya.





    Laporan media yang belum disahkan mengatakan ia dadah jenis heroin dan lelaki itu tiba dari Bangkok.

    Ketua Kastam Lapangan Terbang Denpasar, Made Wijaya berkata, "Saya boleh mengesahkan seorang lelaki warga asing telah ditahan atas kesalahan dadah, tetapi saya tidak dapat memberi butiran lanjut kerana ia masih dalam siasatan."

    Dua warga Australia menanti hukuman mati di penjara Kerobokan di Bali, Indonesia, atas kesalahan dadah manakala beberapa lagi menjalani hukuman penjara yang panjang atas kesalahan sama.

    Minggu lalu, keganasan berlaku di penjara itu apabila banduan merampas kawalan dari pihak berkuasa menyebabkan beberapa banduan warga asing terpaksa dipindahkan.

    Yang terbaru, seorang warga Australia Graeme Pollock, 31 dijatuhkan hukuman enam bulan penjara, Rabu lalu, kerana memiliki dadah jenis methamphetamine atau dikenali sebagai syabu. - Jakarta Post



    sumber : myMetro

    Lelaki guna identiti aktor ditahan

    Posted: 01 Mar 2012 07:15 PM PST


    SAO PAULO: Polis Brazil semalam berkata, mereka menahan seorang lelaki kerana disyaki melakukan pemalsuan apabila dia cuba membuka akaun bank menggunakan dokumen pengenalan diri dengan gambar aktor Jack Nicholson.
    Ricardo Sergio Freire de Barros, 41, ditahan di Recife, bandar raya di timur laut negara itu dan didakwa menggunakan dokumen palsu dan melakukan pemalsuan, kata polis. Dia juga membawa dokumen pengenalan diri yang dimiliki orang lain.

    Salinan dokumen palsu yang didedahkan polis itu menunjukkan foto wajah Nicholson di sebelah tanda tangan 'Joao Pedro dos Santos' dan satu cap jari.


    "Dokumen dengan wajah aktor itu dan identiti palsu lain digunakan untuk membuka syarikat rekaan dan juga akaun bank," kata polis yang mengetuai siasatan kes itu, Erivaldo Guerra. - AFP


    sumber : myMetro

    Laman sesat kembali

    Posted: 01 Mar 2012 07:00 PM PST


    KUALA LUMPUR: Selepas ditutup 13 hari lalu, kumpulan penyokong murtad di laman sosial facebook (fb) seolah-olah tidak serik apabila menghidupkan kembali kumpulan itu beberapa hari selepas laman itu didakwa digodam sebuah kumpulan penggodam bergelar 'Dragon Force' hingga ditutup.
    Facebook itu dipercayai 'dicipta' individu sama yang pernah menggemparkan negara sebelum ini melalui tulisan menghina agama Islam di laman itu.

    Pemerhatian Harian Metro di laman facebook kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai penyokong murtad di Malaysia dan Singapura mendapati laman itu menarik 547 ahli sehingga lewat petang semalam manakala segelintir ahlinya berlatarbelakangkan mereka yang berpendidikan luar negara selain gay dan lesbian.


    Lebih menjijikkan apabila kali ini gambar beberapa ekor khinzir menghiasi muka depan laman berkenaan seolah-olah menghina umat Islam secara simbolik kerana haiwan berkenaan jelas diharamkan dalam Islam.

    Laman berkenaan dipercayai dikendalikan pemilik dengan menggunakan nama Nadia Minah yang dengan lantang mengajak sesiapa saja yang murtad selain mereka yang menyokong kebebasan beragama untuk menyertai kumpulan berkenaan selain menyatakan forum di laman itu boleh dilihat sesiapa saja termasuk jabatan agama negara ini.


    Dengan menggunakan nama kumpulan sama iaitu 'Murtads in Malaysia and Singapore' beberapa ahli yang sama juga seolah-olah tidak serik dan terus memperjuangkan agenda masing-masing untuk memesongkan akidah individu lain.



    Beberapa cubaan segelintir pemilik facebook yang cuba berdakwah dalam forum di laman berkenaan disangkal ahli yang sudah murtad dengan pelbagai helah serta hinaan selain mempersoalkan isi kandungan al-Quran dan ajaran Islam itu sendiri.

    Menerusi kenyataan yang dikeluarkan ahli dalam ruangan forum laman berkenaan kebanyakannya mempersoalkan kewujudan Allah, Nabi Muhammad, isi kandungan al-Quran dan hadis serta ajaran agama Islam malah rata-rata mengakui tidak lagi terikat dengan mana-mana agama atau berfahaman ateis.


    Selain berbangga dengan setiap kata-kata berbentuk hinaan terhadap agama Islam dan penganutnya mereka turut mencabar undang-undang negara ini dan mempertikaikan kandungan Perlembagaan Persekutuan mengenai hak orang Islam di negara ini selain mahu diberi kebebasan dari hukuman syariat Islam.

    Harian Metro sebelum ini mendedahkan mengenai kewujudan facebook berkenaan yang bertujuan meraih sokongan masyarakat selain penyertaan terbuka kepada mereka yang murtad di negara ini, pengendali facebook terbabit dikesan turut mempelawa mana-mana individu supaya menyumbangkan sokongan moral kepada golongan ini. Bukan itu saja, mereka juga secara terbuka mengemukakan objektif kumpulan berkenaan sebagai medium kepada sistem sokongan moral untuk golongan terbabit dengan perbincangan mengenai persoalan murtad di Malaysia, termasuk agama Islam serta bangsa Melayu.


    Susulan itu, laman facebook berkenaan ditutup sehari selepas pendedahan mengenainya dibuat akhbar ini.



    sumber : myMetro

    Suami ganas kena tahan

    Posted: 01 Mar 2012 06:45 PM PST


    MIRI: Seorang ibu dua anak tidak ubah seperti hamba seks apabila dipaksa suami melakukan hubungan kelamin dalam keadaan mabuk sejak tiga tahun lalu, selain sanggup memaparkan aksi ganas itu di depan anak yang berusia tujuh dan 12 tahun.
    Lelaki berusia 48 tahun itu yang juga kaki botol, dikatakan memperlakukan isteri berusia 42 tahun sewenang-wenangnya termasuk menendang dan diterajang.

    Aksi seks gila lelaki terbabit berakhir apabila wanita terbabit yang ditampar dan diugut bunuh lelaki membuat laporan di Balai Polis Pusat (CPS) Miri. Jurucakap polis berkata, lelaki berkenaan ditahan susulan laporan itu dan disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.



    sumber : myMetro

    Wanita jatuh gunung ketika cuba ambil gambar

    Posted: 01 Mar 2012 06:30 PM PST


    BANDAR BATANGAS (Filipina): Seorang pengurus restoran berusia 27 tahun mati selepas terjatuh dari Kemuncak 8, Gunung Batulao di Nasugbu, Batangas, semalam.
    Menurut Ketua Polis Nasugbu, Superintendan Ranato Mercado, Diana Fajardo, seorang pengurus Restoran Tokyo Tokyo di Pusat Beli Belah SM di Taytay, Rizal, berjalan mendaki gunung bersama lima rakannya di Gunung Batulao kelmarin apabila dia tiba-tiba terjatuh 250 kaki ke bawah. 
    Diana sedang mengambil gambar apabila dia hilang imbangan badan dan terjatuh ke kawasan berbatu, katanya.

    Diana mati di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan kepala dan badan. - Manila Post



    sumber : myMetro

    Ahli perniagaan bunuh teman wanita, sorok mayat 2 1/2 tahun

    Posted: 01 Mar 2012 06:15 PM PST


    BANGKOK: Polis di Thailang berkata mereka menahan seorang ahli perniagaan Norway yang mengaku membunuh teman wanita berbangsa Thailand dan membiarkan mayatnya reput di dalam vila mewah selama dua setengah tahun.
    Kolonel Sirisak Wasasiri berkata semalam, Stein Havard Dokset yang berusia 50 tahun, mengaku membunuh teman wanitanya dengan menolaknya jatuh tangga selepas mereka bertengkar di rumah tepi pantai di Pulau Phuket.

    Wanita itu dilaporkan hilang oleh polis di Phuket lewat 2009.


    Katanya, polis bertindak selepas menerima maklumat daripada orang yang tidak dikenali dan menemui mayat wanita yang reput di dalam tong sampah di bilik air Dokset. - Bangkok Post


    sumber : myMetro

    Aktres China Bai Jing dibunuh suaminya

    Posted: 01 Mar 2012 06:00 PM PST


    BEIJING: Aktres China Bai Jing dibunuh suaminya ekoran satu pertengkaran yang berlaku Selasa lalu di kediaman mereka di daerah Chaoyang di bandar raya ini.
    Suaminya, Zhou Chenghai, 44, menikam Bai Jing sebelum membunuh diri, lapor media China.

    Aktres berusia 29 tahun itu telah membintangi filem "Kung Fu Wing Chun", "Three Kingdoms: Resurrection of the Dragon" dan puluhan filem lagi, siri televisyen seperti "Legend of Xiangxi", selain drama kanak-kanak dan rancangan muzikal. Dia dipuji sebagai pengganti kepada Michelle Yeoh dan hingga kini adalah bintang kung-fu wanita China paling terkenal.


    Berita kematiannya dihebah kali pertama kira-kira jam 3 petang di Sina Weibo - Twitter versi China oleh pengurus besar agensi hiburannya, Ju Chunlei.

    Ju berkata, pembunuhan dan bunuh diri itu berlaku ekoran pertengkaran yang sudah lama tercetus antara pasangan itu dan kematian ibu Zhou pada 31 Januari lalu menjadi punca terakhir dalam hubungan bermasalah antara kedua-duanya.


    Ju enggan memberikan maklumat lanjut tetapi menurut akhbar China, Legal Evening News, Zhou bersemuka dengan Bai selepas menerima tuntutan perceraian pagi Selasa lalu.



    Petisyen perceraian itu menyatakan Bai tidak tahu mengenai perkahwinan terdahulu Zhou dan anak lelaki yang dimiliki serta menuduhnya berlaku curang.

    Zhou dikatakan seorang bilionair yang memperoleh kekayaan daripada pasaran saham dan hartanah. Dia juga mempunyai seorang anak lelaki daripada perkahwinan dengan isteri pertama yang diceraikannya untuk bersama Bai. Laporan berita menyatakan Zhou melaburkan sejumlah besar wang dalam karier lakonan Bai dan mereka akhirnya berkahwin pada Oktober 2010.


    Awal tahun ini, satu sumber mendakwa Bai bersubahat dengan teman lelakinya dalam plot untuk mencuri 20 juta yuan (RM9.5 juta) daripada Zhou dan mengupah pelacur untuk menggodanya supaya aktres itu dapat menuntut cerai dan memperoleh lebih banyak wang.

    Khabar angin mendakwa ibu Zhou "mati akibat berang" awal tahun ini selepas mendapat tahu mengenai hal itu.


    Pengarah Zhang Tongzhu yang pernah bekerja dengan Bai berkata, khabar angin itu tidak benar. Dalam fikiran saya, Bai seorang perempuan yang lurus dan rajin bekerja," katanya.



    SUMBER : MYMETRO

    Mak tak sabar

    Posted: 01 Mar 2012 05:45 PM PST


    KULAIJAYA: "Saya teruja dan sebak sebaik menerima berita yang Ekin selamat melahirkan puteri sulung yang juga cucu kesembilan selepas Mawi (Asmawi Ani, 31) memaklumkan perkara itu menerusi SMS seminit selepas dia bergelar bapa.
    "Kami sekeluarga selain penduduk di tanah rancangan ini tidak sabar menanti kepulangan mereka bertiga selepas Ekin (Nora'Asikin Rahmat) habis berpantang sekali gus menganjurkan kenduri kesyukuran dan majlis potong jambul di sini," kata ibu Mawi, Ramlah Sarlan, 67, semalam.

    Menurutnya, kehadiran cucunya yang diberi nama Cahaya Malaika dapat mengeratkan lagi hubungan anak dan menantunya itu selepas mereka menunggu hampir empat tahun untuk mendapat cahaya mata pertama. Katanya, menantunya itu sebelum ini pernah gugur ketika hamil kali pertama hingga membimbangkan keluarganya. "Alhamdulillah, Mawi sentiasa memaklumkan kepada kami perkembangan Ekin termasuk ketika berada di Wad Bersalin Hospital Pakar An-Nur Hasanah, Bangi, setiap 10 minit dan kami lega apabila dia menghantar SMS kepada kakak sulungnya, Rashidah, 41, jam 4 pagi kelmarin (Selasa).


    "Mawi menyatakan Ekin selamat melahirkan anak perempuan seberat 2.8 kilogram secara normal dan bayi itu dalam keadaan sihat," katanya.

    Ramlah mempunyai tujuh cucu perempuan dan seorang cucu lelaki iaitu semuanya anak Rashidah.



    sumber : myMetro

    Pengecas bateri berkuasa air untuk telefon bimbit

    Posted: 01 Mar 2012 05:30 PM PST


    BARCELONA, Sepanyol - Sebuah firma Sweden, MyFC mengeluarkan pengecas bateri berkuasa air yang boleh digunakan untuk mengecas telefon bimbit seperti iPhone di luar rumah.
    Pengecas itu menukarkan air menjadi tenaga elektrik.
    Ia yang dikenali sebagai FC PowerTrekk amat berguna kepada pengembara, pekerja bantuan dan anggota tentera.
    Ketua Eksekutif MyFC, Bjorn Westerholm berkata, pengecas itu boleh menggunakan air laut dan air tawar. - Agensi
    kosmo online

    'Papa, mama... tolong saya!'

    Posted: 01 Mar 2012 05:15 PM PST


    SUBANG JAYA – Para ibu bapa yang mempunyai anak-anak bersekolah dinasihatkan supaya tidak terjerat dengan panggilan telefon "papa, mama... tolong saya!" kerana itu hanya taktik penjenayah yang cuba mendapatkan wang tebusan tanpa ada mangsa diculik.
    Sindiket penipuan itu dikesan masih berterusan dan sepanjang tahun lalu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang menerima 10 kes dengan empat mangsa tertipu membabitkan kerugian berjumlah RM57,000.
    Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Serdang, Asisten Superintendan Azani Saupi berkata, siasatan polis daripada kes-kes culik palsu itu mendapati sindiket jenayah terbabit didalangi warga tempatan yang akan menghubungi ibu bapa mendakwa anak mereka diculik.
    "Penjenayah ini kemudian menggunakan suara kanak-kanak menangis yang dirakam menyebabkan ibu bapa yang menerima panggilan itu akan panik dan mengikut arahan penjenayah itu kerana mahu menyelamatkan anak mereka," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.
    sumber : kosmo online

    Detik cemas ketika gadis mahu bunuh diri

    Posted: 01 Mar 2012 05:00 PM PST


    CHANGSHA, China - Seorang gadis berusia 24 tahun gagal untuk membunuh diri dari sebuah bangunan selepas anggota-anggota polis berjaya menggagalkan rancangannya untuk terjun dari tingkat 32 di sini pada Isnin lalu.
    Tangan, kaki dan paha gadis tersebut yang memakai seluar panjang ditarik masuk ke dalam sebuah tingkap di tingkat 32 bangunan itu oleh beberapa anggota polis.
    Insiden yang berlaku lebih tiga jam itu bermula selepas gadis itu bertinggung di atas simen yang terdapat di atas sebuah tingkap.
    Gadis itu mahu membunuh diri kerana dia tidak mempunyai pekerjaan dan kekasih manakala anggota keluarganya kerap menengkingnya. - Agensi
    sumber : kosmo online

    Wanita cedera bom dalam bungkusan meletup di Melaka

    Posted: 01 Mar 2012 04:45 PM PST


    ALOR GAJAH: Seorang wanita cedera parah apabila sebutir bom buatan sendiri yang dihantar melalui satu bungkusan meletup di hadapan rumahnya di Kampung Ramuan China Besar, Lubok China di sini hari ini.
    Kejadian pada pukul 8.40 pagi itu menyebabkan Norasyikin Md Esa, 27, cedera di kaki dan perut. 
    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata kotak yang tertulis dengan nama abang wanita itu meletup ketika dipegang oleh Norasyikin yang sedang membuka pagar untuk ke tempat kerja.

    Beliau berkata polis akan menyiasat kejadian itu dari pelbagai sudut serta dari mana dan bila kotak yang tertera nama Saiful Eszwan, 35, diletakkan di hadapan rumah itu.



    "Kami percaya ia mungkin ada kaitan dengan abang mangsa yang bekerja sebagai kontraktor kebersihan.


    "Kami dengan bantuan unit pemusnah bom dan forensik juga akan menyiasat bagi mengenal pasti bahan yang diguna dalam pembuatan bom itu dan motif sebenar kejadian," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

    Beliau berkata wanita itu yang bekerja sebagai juruwang di sebuah pusat beli belah di Masjid Tanah kini dirawat di Hospital Melaka dan keadaannya dilapor stabil. -- BERNAMA



    sumber : myMetro

    Jadi Popular selepas marah perogol

    Posted: 01 Mar 2012 04:30 PM PST

    Seorang abang mangsa rogol di Alabama,Antoine Dodson tidak menyangka apabila barisan ayat yang di ucapkan pada temuramah oleh stesen televisyen menjadi sensasi di You Tube.








    Baris-baris ayat itu di ubah menjadi lagu berjudul 'Bed Intruder' oleh sebuah band muzik The Gregory Brothers dari New York.Lagu itu dimuat turun 30 juta kali menyebabkan kumpulan muzik itu membahagikan separuh hasil jualan dalam talian kepadanya.


    Popular klip video itu menyebabkannya di tawarkan pengiklanan daripada gergasi komputer Apple serta firma iklan yang lain.





    Memo Kepada Staff

    Posted: 01 Mar 2012 04:15 PM PST



    Staff Sekalian, 


    Perhatian kepada semua staff. Berkuatkuasa pada tahun ini, syarikat ini akan menguatkuasakan peraturan baru kepada semua staff. Perkara yang digubal adalah seperti berikut:- 


    a. PENGANGKUTAN. 


    Sekiranya anda memandu kereta import, kereta mewah atau kereta Honda contohnya, kami menganggap anda sudah terlalu mewah, jadi tiada kenaikan gaji. 


    Sekiranya anda memandu kereta yang telah uzur, lebih dari 10 tahun atau menggunakan pengangkutan awam, kami mengandaikan anda mempunyai banyak simpanan, jadi tiada kenaikan gaji. 


    Sekiranya anda memandu kerata nasional samaada proton atau perodua, kami mengandaikan anda telah berada di level yang sepatutnya, jadi tiada kenaikan gaji. 


    b. CUTI TAHUNAN. 


    Setiap orang akan mendapat cuti 104 hari dalam setahun dan kebanyakannya ialah hari sabtu dan ahad. 


    c. WAKTU LUNCH: 


    1) Staff yang kurus akan diberi rehat selama 30 minit. Ini kerana mereka perlu makan lebih untuk kesihatan. 


    2) Untuk saiz normal, mereka akan diberi rehat selama 15 minit. Ini kerana mereka sedang elok dan cuma perlu mengambil makanan secara stabil. 


    3) Untuk mereka yang gemuk, mereka akan diberi rehat selama 5 minit sahaja. Ini kerana mereka cuma perlu makan pil dan susu atau teh untuk menguruskan badan. 


    d. CUTI SAKIT: 


    Mulai 2005 kami tidak lagi mengiktiraf sijil sakit dari Doktor ini kerana sekiranya anda mampu pergi ke Klinik untuk dapatkan MC, anda tentu boleh pergi kerja juga. 


    e. PENGGUNAAN TANDAS: 


    Kami mendapat aduan ramai staff yang mengambil masa terlalu lama di dalam tandas. Mulai tahun 2005 setiap seorang hanya boleh menggunakan tandas selama 5 minit sahaja. Sekiranya lebih dari 5 minit secara automatiknya tandas akan di pam, tisu akan stuck, pintu akan terbuka dan kemera akan menyala. 


    Sekiranya lebih dari 2 kali gambar anda dirakam, kami akan menampal gambar anda di notis board di bawah korum 'staff sembelit'. 


    f. PEMBEDAHAN: 


    Selagi anda menjadi staff di sini, kami tidak membenarkan anda melakukan sebarang pembedahan. Jangan cuba mengeluarkan apa-apa saja organ dari dalam badan anda kerana kami mengambil anda bekerja kerana anda mempunyai organ yang cukup. Sekiranya tidak, ini bermakna anda telah melanggar kontrak. 


    g. PENGGUNAAN INTERNET 


    Segala penggunaan internet atas urusan peribadi seperti membaca e-mail, chatting dan games akan dikenakan bayaran RM2.00 sejam (sama seperti harga pasaran). Bayaran ini akan ditolak dari gaji anda. 


    Sebagai permulaan, 73% staff di sini tidak akan mendapat gaji selama 3 bulan, ini kerana harga penggunaan internet sahaja telah melebihi 3 bulan gaji mereka. 


    Terima kasih kerana masih setia berkhidmat di syarikat ini. Kami akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik. Sebarang pertanyaan, komen, aduan, kekecewaan, sakit hati, bantahan, maki hamun, caci nista boleh disalurkan ke tempat lain. 


    Sekian, terima kasih.



    Video 'balak' belasah 'awek'

    Posted: 01 Mar 2012 04:00 PM PST

    Dahsyat betul balak ni tak berhati perut lansung.Di buat macam tendang bola aje.Perempuan beb-perempuan....marah sekalipun janganlah sampai macamni.





    Jangan Cepat Melatah

    Posted: 01 Mar 2012 03:45 PM PST



    Ada satu cerita, nak dengar tak? 


    Ceritanya cam ni, 


    Ada seorang pompuan , masa tu dia sedang berhenti ditepi jalan sambil 
    melihat keadaan keretanya yang kemek. 
    hari dah nak masuk magrib, dia menjadi semakin resah. Dah lah jalan tu 
    sempit, lampu jalan tak de pulak. 


    Tiba-tiba datang sebuah motosikal datang dari arah bertentangan. Dah lah 
    tak pasang lampu, tak pakai topi keledar.. laju pulak tu.. macam pelesit. 
    Perempuan tu apa lagi, dia terus menjerit " Hoi.. Babiiiiiiiii....... Slow 
    sikit....." 


    Bila mendengar laungan perempuan tu, apa lagi, penunggang motosikal tu pun 
    menjerit balas .. "Celaka!!!!! F**k you!!!, Pu**mak kau!!!".." 
    Bagerooo..." 
    sedap jer cakap babi...." 


    Selang beberapa saat.. tiba-tiba terdengar satu dentuman yang kuat.... 
    Perempuan tadi berlari kearah bunyi dentuman tersebut.. 
    Apabila sampai ke sana, kelihatan budak tu terpelanting dalam semak 
    manakala motosikal nya remuk sama sekali. 


    Rupa-rupanya, dia dah langar babi yang telah dilanggar oleh perempuan 
    tadi. 


    Moral of the Story : Hoi babi!!!!!!!! slow skit!!!! tu bukanya marah... 
    tapi nak bagi tau jer....yang ada babi tergolek kat depan....hehehehehehe



    Dah Tak Tahan

    Posted: 01 Mar 2012 03:30 PM PST





    Seorang gadis pergi makan malam kerumah orang tua kekasihnya.Ini adalah makan malam pertama dengan keluarga kekasih dan dia begitu gugup.
    Mereka semua duduk di sebuah meja makan dan mulai menikmati hidangan enak yang tersaji.
    Beberapa saat kemudian si gadis mulai merasa kurang selesa akibat rasa gugup yang keterlaluan dan broccoli casserole yang dimakannya.


    Hampir menangis rasanya ia berusaha menahan kentut. namun karena sudah tidak tahan, tak ada pilihan lain, dia putuskan untuk mengeluarkan sedikit kentut agar terasa agak lega.
    Kentut itu tidak begitu nyaring, tapi semua orang di meja makan mendengar bunyi kentutnya.
    Belum sempat rasa malu menyerbu si gadis, bapa kekasihnya melihat ke anjing keluarga yang asyik mengendus-endus di kaki si gadis, dan berkata dalam nada yang agak tinggi,"Doggy!"
    Si gadis berfikir, "wah ini bagus!" dan segaris senyum lebar menghias wajahnya. Beberapa menit kemudian, dia mulai merasa tidak selesa lagi.


    Kali ini, dengan tanpa malu-malu di lepaskannya kentut dengan bunyi yang lebih kuat.
    Bapa kekasihnya kembali menatap anjing keluarga mereka dan berteriak, "Celaka Doggy!"
    Sekali lagi si gadis tersenyum dan berfikir, "bagus!" beberapa menit kemudian si gadis merasa perlu mengeluarkan kentut lagi.
    Kali ini dia tanpa berfikir panjang dia melepaskan kentut begitu saja, bunyi kentutnya kali ini boleh menyaingi bunyi kereta api.


    Sekali lagi bapa kekasihnya melihat ke anjing keluarga dengan pandangan jijik dan berteriak, "Celaka Doggy!", cepat pergi dari perempuan itu sebelum dia berak diatas kamu!"



    Di paksa tidur dengan 5000 lelaki

    Posted: 01 Mar 2012 03:15 PM PST



    Mimi seorang wanita Thailand mendedahkan dia dipaksa meniduri 5000lelaki tahun lalu  dan ditambah 600 orang lagi jika mahu melangsaikan hutangnya kepada penyeludup yang membawanya masuk ke Britain.


    Pendedahan itu di buat setelah polis menyerbu  dua buah rumah pelacuran.Mimi memberitahu hutangnya dengan penyeludup manusia itu ialah RM136,692 dan dipaksa menjadi pelacur keran tidak mampu membayar balik hutang tersebut. (link)



    Bijakkah Anda Memilih Pasangan Hidup?

    Posted: 01 Mar 2012 03:00 PM PST


    Adakah Anda Bijak Memilih Pasangan Hidup?

    Kebahagiaan dan kejayaan hidup berumahtangga adalah bergantung kepada kebijaksanaan seseorang memilih pasangan hidupnya. Pemilihan yang bijak ialah pemilihan yang didasarkan di atas keserasian dan persamaan watak-watak peribadi, persamaan taraf keluarga, persamaan agama, persamaan kecenderungan dan memilih kawan teman, hobi dan hiburan. Perkahwinan-perkahwinan yang berlangsung tanpa mempunyai keserasian-keserasian yang pokok ini seringkali terkandas dan gagal.


    Untuk menduga sama ada pemilihan pasangan hidup anda itu sesuai atau tidak, silalah tiap-tiap seorang yang mahu mengikatkan pertunangannya itu menjawab pertanyaan-pertanyaan yang berikut dengan Ya atau Tidak?

    (1) Adakah anda berdua mempunyai semangat pergaulan yang sama atau hampir sama?


    (2) Adakah anda berdua mempunyai sikap yang sama terhadap nilai-nilai hidup yang luhur, juga sama-sama bersikap lapang fikiran?


    (3) Adakah tiap-tiap seorang dari anda berdua ini saling hormat menghormati dan berpuas hati terhadap pekerjaan masing-masing?


    (4) Adakah bakal tunang anda itu sudah matang umurnya?


    (5) Adakah bakal tunang anda itu terkenal dalam kalangan sahabat temannya sebagai seorang yang amanah, jujur dan tidak selalu menguzurkan diri?


    (6) Adakah anda berdua sudah lama berkenalan?


    (7) Selama perkenalan anda degannya pernahkah terjadi sesuatu yang mengeruhkan perhubungan anda berdua?


    (8) Adakah sidia itu seorang yang tidak meninggalkan solatnya?


    (9) Adakah rancangan perkahwinan anda berdua ini dipersetujui oleh keluarga kedua belah pihak?


    (10) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang patuh kepada kewajipan-kewajipan agamanya?


    (11) Adakah bakal tunang anda seorang yang yang bukan kaki muzik dan bukan juga kaki rockers ?


    (12) Adakah anda sudah memikirkan semasak-masaknya mengenai pilihan anda tersebut atau lebih didorong oleh nafsu?


    (13) Adakah bakal tunang anda itu mempunyai perhubungan yang rukun damai dengan keluarganya?


    (14) Adakah bakal tunang anda itu bukan merupakan kaki pokai atau pemboros?


    (15) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang mudah cemburu dan syak wasangka?


    (16) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang bertabiat tenang dan damai walaupun anda sendiri seorang yang pemanas dan perungus?


    (17) Adakah anda berdua mempunyai pengetahuan dan pengertian yang wajar tentang kehidupan berumahtangga?


    (18) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang sederhana tabiatnya dan tidak termasuk dalam golongan kaki motor dan kaki perempuan?


    (19) Adakah bakal tunang anda itu boleh memberikan didikan agama kepada anak-anak anda nanti?


    (20) Dan yang penting sudahkah anda sembahyang sunat istikharah untuk menentukan pilihan anda itu baik untuk anda dan agama anda?


    Kalau tiap-tiap seorang dari anda berdua dapat menjawab dengan Ya sebanyak 16 atau lebih dari pertanyaan-pertanyaan di atas, maka itu membuktikan bahawa perkahwinan anda berdua akan berlangsung dalam kebahagiaan dan kejayaan. Kalau anda dapat menjawab Ya kurang dari 15 pertanyaan, maka perkahwinan anda mungkin berjaya, tetapi banyak menghadapi gelombang-gelombang yang pahit. Sebaliknya kalau jawapan-jawapan Ya itu tidak sampai sepuluh, maka perkahwinan anda sukar bertemu kerukunan dan kedamaian