Adsense

Rabu, 22 Februari 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Naz Habibur Rahman Hos Program Jom Ke Panggung

Posted: 22 Feb 2012 06:51 AM PST

Ketahui Filem-Filem Terbaharu di Pawagam Dalam Program Jom Ke Panggung di TV2

Informasi terkini industri perfileman dalam dan luar negara dikongsi Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi sebuah program terbaharu "Jom Ke Panggung" yang telah pun menemui penonton sejak 14 Februari lalu di TV2.

Sepanjang setengah jam siarannya setiap Selasa, jam 9.30 malam, program yang disiarkan khas untuk kaki-kaki wayang mendapatkan informasi tentang filem-filem yang berada di pawagam ini menampilkan Naz Habibur Rahman sebagai pengacara lokasi.

Naz Habibur Rahman ... pengacara Jom Ke Panggung

Program ini mengetengahkan segmen-segmen menarik termasuklah Segmen Pecah Panggung, Projektor, Buletin Panggung, Anak Wayang dan Gosip Panggung yang bukan sahaja memperkenalkan penonton dengan filem-filem dalam negara sebaliknya juga menarik tumpuan penonton dengan paparan menarik aksi dan sedutan filem antarabangsa yang diyakini dapat menarik minat penonton ke pawagam.

Segmen Pecah Panggung berkongsi sedutan menarik filem-filem yang berada di pawagam antaranya filem Beauty and The Beast 3D, Ghost Rider : Spirit of Vengeance, The Iron Lady, The Descendents, Chantek dan Man On The Ledge.

Seterusnya mengisi segmen Projektor pula kisah di belakang tabir pengambaran sesebuah filem yang bakal disiarkan di panggung dan temu bual dilakukan bersama pelakon, pengarah dan penerbit filem yang telah dipilih. Antaranya segmen ini berkongsi menyingkap di sebalik tabir filem Gerimis Mengundang arahan Ahmad Idham yang menggabungkan pelakon dan lokasi sekitar Malaysia dan Indonesia. Kesempatan yang ada digunakan untuk menemubual pelakon Kamal Adli dan pasangan pelakonnya, Olivia Jensen yang antara lain bertujuan menembusi pasaran di kedua-dua buah negara.

Nantikan juga segmen Buletin Panggung yang menyumbang maklumat tentang filem bakal berada di pawagam selain temu bual turut dilakukan bersama pelakon dan pengarah filem yang dipilih.

Bagi penonton yang ingin mengenali dan mendekati tokoh-tokoh dalam industri seni negara kita, usah terlepas menyaksikan segmen Anak Wayang yang mengangkat profil seseorang pengarah / pelakon tanah air. Penonton bukan sahaja dapat berkongsi kisah kejayaan mereka sebaliknya dapat mengikuti sejarah dan latar belakang suka duka sebelum menempa kejayaan dalam bidang seni juga siapakah individu yang terlibat menjadi tulang belakang di atas kejayaan mereka.

Program ini diakhiri dengan segmen Gosip Panggung yang memilih seorang artis tampil dengan gosip yang melanda mereka. Namun ia bukan berlandaskan gosip semata-mata sebaliknya menyumbang kepada platfom menjelaskan situasi sebenar yang berlaku terhadap mereka dan pada masa sama membuka peluang kepada artis terlibat untuk mempromosikan filem terbaharu mereka.

Saksikan 13 episod program padat informasi arahan Johan Farhan ini hanya di TV2.

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Pengacara MyStarz LG Naz Habibur Rahman
  • MALAM PREMIERE FILEM CONGKAK DI SINGAPURA PECAH PANGGUNG
  • Joanne De Rozario, Zaini Ahmad, William Quah, Daphne Iking Dalam The Breakfast Show
  • Sinopsis Teater Muzikal The Secret Life of Nora
  • Dokumentari Profil Tun Sambanthan & Tunku Abdul Rahman
  • My Starz – Program Realiti TV Terbaru TV3
  • Program Khas Aidiladha di RTM
  • Konsert Idris Saidi & Orkestra Simfoni Kebangsaan di Istana Budaya
  • Panggung Sabtu – Baabul Lakonan Amitabh Bachchan, Hema Malini
  • Rakaman Konsert Raya Pop Yeh Yeh RTM
  • Pengembaraan di Hong Kong Disneyland Penuh Keseronokan

    Posted: 22 Feb 2012 06:25 AM PST

    PENGALAMAN DI HONG KONG DISNEYLAND – HARI PERTAMA

    Rasa teruja dan berkobar-kobar memang bergolak apabila Budiey dapat terbang sekali lagi ke Hong Kong. Maklumlah, kali pertama bertandang di Hong Kong tidak pernah cukup untuk meneroka semua tempat-tempat menarik.

    Hakikatnya, Hong Kong adalah sekadar 'another place' sahaja tapi nak tak nak, ada juga destinasi menarik yang WAJIB untuk dijejaki. Tahun ini, 2012 adalah tahun permulaan bagi format baru di budiey.com iaitu TRAVEL. Walaupun tahun lepas Budiey asyik mengembara di luar negara, namun kali ini Budiey berazam untuk menerokai tempat-tempat yang baru pula.

    Trip to Hong Kong Disneyland - Day 1

    Seawal 3 pagi lagi kami turun dari rumah membelah ke KL Sentral untuk naik bas ke LCCT. Suasana agak dingin dan sunyi. Cukup mendamaikan. Namun, selagi tak sampai di Hong Kong, jiwa kami memang tak akan damai.

    Flight kami pukul 6.25 a.m, jadi perlu juga kami bersiap sampai awal di LCCT. Masa perlu diawasi agar tidak menjadikan travel kali ini huru-hara. Gila lah kalau tertinggal flight nanti.

    Bertolak dari LCCT pukul 6.25 pagi dan kami tiba di Hong Kong International Airport lebih kurang 10.45 pagi. kira-kira dalam 4 jam tempoh perjalanan gak la. Nasib baik dibawa iPad untuk menemani kebosanan semasa dalam flight.

    Keluar je dari airport untuk ambil teksi ke Hotel, ooo makk aihhh sejuknya. Terus teranglah, Budiey memang an excited traveller. Setiap kali ada peluang untuk merasai udara di luar negara, Budiey jenis yang hyper-excited. Tapi apa yang penting masa mengembara ialah kena tahu bahasanya, makanan di tempat tu, halal ke tidak? Senang ke nak cari makanan halal. Dan satu lagi yang paling penting bagi Budiey, kena tahu di mana ada pusat untuk bersantai.

    Disneyland

    Destinasi Hong Kong Disneyland ditujui, satu-satunya tarikan di Hong Kong yang buat kita rasa happening! Bertepatan dengan itu, Budiey ingin berkongsi pengalaman merasai keseronokan tahap maksima di sana. Ya, tak perlu nak sangkal lagi, Hong Kong Disneyland memang adalah lokasi yang paling happening untuk bersantai dan bergembira.

    Disneyland

    Well, sebenarnya Budiey tak sempat nak survey langsung tentang Hong Kong Disneyland sebab segalanya dalam kepala. Tapi satu perkara yang dilupa ialah cuaca di sana. Ya, ia sangat sejuk ya. Tidak seperti yang disangka ya, sejuk memang mencapai paras yang mencucuk tulang.

    ADVERTORIAL hong kong disneyland

    Dari Airport kami kena pergi ke hotel tanpa ditemani pemandu pelancong. Hanya panduan dihantar melalui WhatsApp. Oh, dunia bukan macam dulu lagi. Dah tak main la SMS ni ya.

    Kami boleh ambil teksi untuk ke hotel. Untuk info pembaca yang belum datang ke Hong Kong, dari lapangan terbang untuk ke ke mana-mana destinasi kat Hong Kong ada 3 jenis mengikut warna teksi iaitu merah, biru & hijau.

    Walaupun teksi mereka nampak klasik tapi ia bersih & selesa juga. Jauh lebih baik dengan teksi di Malaysia.

    Disneyland

    Yang paling mahal teksi warna merah. Hempas punggung je dah 20HKD. Teksi warna hijau bermula dengan 16.50HKD & biru 15HKD. Jadi apa beza ek? Perbezaannya adalah jumlah penumpang yang boleh naik teksi tu dalam satu masa. Ada 5 orang dan ada yang 4 sahaja. Jadi kami mengambil keputusan untuk yang tengah-tengah tu, iaitu teksi hijau. Taklah mahal sangat pun.

    Tak sampai 45 minit pun, kami selamat sampai di tanah Disney yang terbentang luas. Di Hong Kong Disneyland ada 2 buah hotel, iaitu Hong Kong Disneyland Hotel dan Disney's Hollywood Hotel.

    Disneyland

    Ikut perancangannya, kami akan menetap di Disney's Hollywood Hotel. Sampai hotel dalam pukul 11.30 pagi (lebih kurang 20 minit dari lapangan terbang). Kami terus ke reception untuk check in walaupun masa untuk check in sebenarnya pukul 3 petang. Suka betul dengan reka bentuk, dekorasi serta suasana hotel ni. Macam betul-betul berada di AS je rasanya.

    Trip To Hong Kong Disneyland Day 2

    Kami dibenarkan check in tapi tanpa nombor bilik. Luggage boleh ditinggalkan di tempat simpanan khas yang telah disediakan oleh pihak hotel. Memang begitu prosedur hotel kat sana.

    Disneyland

    Pukul 12 tengahari, sementara menunggu untuk makan tengahari, kami meninjau sekeliling hotel yang dilatari warna dinding yang lembut, mendamaikan rasa jiwa. Sempat snap pic kenangan untuk teman-teman di twitter dan Fanpage Budiey.com. Jangan risau ya sebab anda boleh guna WiFi yang disediakan oleh pihak hotel. Namun, ia terhad di ruang legar lobi.

    Trip to Hong Kong Disneyland - Day 1

    Dari hotel, kami dibawa menaiki shuttle bas ke Hong Kong Disneyland Hotel untuk makan tengahari. Shuttle bas ni runs on a cycling route every 10 minutes between the two hotels and the theme park. Jadi, takdelah terbatas pergerakan kita. Jadi, pendek kata, dari dua hotel ni untuk ke theme park, memang kena naik shuttle bas ni.

    Disneyland

    Disneyland

    Kami makan tengahari di Crystal Lotus, the award-winning restaurant yang terletak di dalam Hong Kong Disneyland Hotel di mana kami sungguh terpesona dengan keindahan interior designnya. Wow, mulut masing-masing memang terlopong tengok suasana dekorasi dewan makan ini.

    Disneyland

    Yang paling menarik akhir sekali, kami dihidangkan dengan Disney Character dim sum iaitu "Duffy" Steamed Lotus Red Bean Puree Bun.

    ADVERTORIAL hong kong disneyland

    Fuh, so cute sangat hingga tak sampai hati nak makan.

    Lepas menikmati hidangan makan tengahari secara ala carte, kami dijadualkan untuk menyertai tour sekitar Hong Kong Disneyland. Tumpuan utama kami ialah Toy Story Land yang baru sahaja dibuka pada 18 November tahun lepas.

    Disneyland

    Kami bertolak dengan shuttle bas ke Theme Park. Terdetik dalam hati kami, "Haa… inilah detik-detik yang kami tunggu-tunggu. Keseronokan bakal menunggu kami."

    Sampai je kat entrance Theme Park tu, bermulalah sesi fotografi masing- masing. Ada sahaja yang mahu diabadikan dalam kenangan. Segenap penjuru pasti ada ruang untuk bergambar.

    Trip to Hong Kong Disneyland - Day 1

    Trip to Hong Kong Disneyland - Day 1

    Bukan main best lagi dapat snap-snap. Sampai pukul 3 petang kerana pukul 3.15 petang kami dah kena perlu berada di area Main Street USA untuk menyaksikan Flight of Fantasy Parade yang boleh dikatakan a must see show untuk sesiapa sahaja yang berkunjung ke sini. Ini kali kedua Budiey menyaksikan persembahan penuh meriah dan happening. Memang sekali je tak puas. Tengok kali kedua, rasa dan suasana pun dah lain. Maklumlah, angle tempat kami duduk pun memang di tempat yang lain.

    Disneyland

    Sementara menunggu tu sempat juga la kami memerhatikan gelagat-gelagat pengunjung tak kirala yang dari kanak-kanak sampaila dewasa semuanya ada karakter masing-masing terutama dari segi pakaian ala-ala mengikut tema disneyland itu sendiri.

    Untuk pengetahuan, dalam Hong Kong Disneyland Theme Park ni ada 5 lands based on stories of Toy Story Land, Adventureland, Tomorrowland, Fantasyland & Main Street USA.

    Disneyland

    In each land, we can enjoy the high quality rides, meet our favourite disney characters and watch amazing broadway-styles show.

    Trip to Hong Kong Disneyland - Day 1

    Pukul 3.30 bermula la pertunjukan Flight of Fantasy Parade…Pergh, happening giler!

    Disneyland

    Dalam 20 minit menyaksikan show, kami terus dibawa masuk ke Toy Story Land.

    Toy Story Land adalah tarikan terbaru dalam Hong Kong Disneyland. Pada yang nak datang, jangan lupa luangkan masa menikmati laman Woody yang sungguh real.

    Trip to Hong Kong Disneyland - Day 1

    Dalam ni, ada Slinky Dog Spin, RC Racer (Andy's speediest toy car-to get your adrenaline pumping), Toy Soldier Parachute Drop, Barrel of Fun dan banyak lagi.

    Dalam banyak-banyak ni, kami dapat priority untuk try slinky dog spin, RC racer & Toy Soldier Parachute Drop.

    Trip to Hong Kong Disneyland - Day 1

    Yang paling mencabar dan best tentunya RC Racer. Paling best apabila isteri Budiey yang sebelum ni memang tak pernah cuba pun permainan-permainan ni sebab takut. Tapi kali ini beria-ia pula dia nak cuba. Jadi, itu yang thrill nyer.

    Disneyland

    Kitaorang duduk kat depan sekali. Mula-mula cuba buka mata tapi bila dah start laju semacam Budiey tutup mata sambil jerit sampai habis suara. Perasaan Budiey masa tu memang susah nak gambarkan. Ada seronok, ada takut, macam-macam ada.

    Tak tahu bagaimana nak diceritakan secara tulisan kat sini macamana perasaan bila dilambung oleh RC Racer nih. Rasa macam badan ni dilontar ke udara tanpa rasa apa-apa.

    Trip to Hong Kong Disneyland - Day 1

    Habis je kat Toy Story, kami di bawa ke Fantasy Land untuk menonton The Golden Mickeys at Disney's Storybook Theater. ala-ala penyampaian awards. Ada red carpet bagai. untuk meraikan great Disney classics like Mulan, Beauty & The Beast, Disney-Pixar's Toy Story & Lilo and Stitch. Bak kata mereka, "This moving musical experience reminds us all to believe in the power of our dreams".

    Trip to Hong Kong Disneyland - Day 1

    Kat Hong Kong ni, pukul 6 petang dah mula gelap walaupun masa mereka lebih kurang sama dengan Malaysia.

    Lepas dinner, kami bersiap sedia untuk melihat fireworks show in front of Sleeping Beauty Castle bermula pukul 8.00 malam selama 15 minit.

    Pertama kali melihat pertunjukan bunga api berwarna warni dalam masa yang agak lama. Diiringi dengan lagu-lagu tema filem Disney. Memang sungguh indah pemandangan di ruang angkasa pada waktu ini.

    Disneyland

    Tamat sahaja pertunjukan bunga api, kami bersiap-siap untuk pulang ke hotel. Penat sangat-sangaat! Bersedia untuk cabaran hari esok yang menanti penuh debaran.

    Disneyland

    Disneyland

    Disneyland

    Disneyland

    Trip to Hong Kong Disneyland - Day 1

    Hong Kong Trip - Disneyland

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Hong Kong Disneyland
  • Toy Story Playland Tarikan Terbaru Hong Kong Disneyland
  • Nak Melancong Ke Hong Kong Dengan PERCUMA?
  • AVRIL LAVIGNE LIVE IN HONG KONG CONTEST
  • The 2011 Barclays Asia Trophy
  • Fly-Thru With Airasia From Hong Kong, Macau & Guangzhou
  • CI Asia Hong Kong's King of Thieves
  • News Edison Chan Scandal Hong Kong Star Cecilia Cheung Nude
  • In Memory of the Hong Kong Superstars Leslie Cheung & Anita Mui
  • Bunkface Participate In The Hong Kong Asian Pop Music Fair
  • Sensasi

    Sensasi


    Part 1:Gambar-gambar Percutian Ke Hong Kong Disneyland pada 6 hingga 8 January 2012 yang sangat menyeronokkan

    Posted: 22 Feb 2012 07:28 AM PST

    Duaa hari lepas Sensasi ada menceritakan tentang Hotel dan Restaurant di Hong Kong Disneyland di part 1,hari nie nak cerita pasal Taman Tema pula..jom..


    Jom kita ke Tarikan terbaru Disneyland Hong Kong iaitu Toy Story Land yang diilhamkan dari Pixar Movie Toy Story. Di sini terdapat perbagai permainan yang menarik untuk di cuba seperti RC Racer, Slinky Dog Spin dan Toy Soldier Parachute Drop.

    Ini adalah 'Barrel of Fun' di mana kita boleh berjumpa , bersalaman dan bergambar dengan karektor dalam Toy Story movies. Sangat teruja apabila dapat bergambar bersama kerektor kesayangan.

    Suasana di dalam Toy Story land iaitu di Andy's Backyard penuh fantasi dan seolah olah berada di alam permainan kanak kanak. Di sini juga terdapat tempat untuk beristirehat sambil menjamu selera iaitu di Jessie's Snack Roundup di mana ada terjual frozen yougurt, Mickey Cookie dan Pizza Cone dan satu lagi gerai iaitu Frozen Lollipops Cart.

    Bergambar bersama dinasour REX yang berada di salah satu sudut dalam Toy Story land.

    Ini adalah permainan RC Racer. Permainan ini memberi rasa thrill dengan kelajuan yang tinggi bersama rasa tarikan gravity. Pergerakan ke hadapan dan kebelakang dengan kelajuan yang tinggi di atas track yang berbentuk U memberikan rasa yang sangat best. Sensasi jerit kuat kuat semasa menaiki RC Racer, baru puas hati dan sangat teruja. 'Aaaaaaaaaaaaaaa' jeritan yang sangat best !!!

    Ini pula adalah Slinky Dog Spin. Salah satu permainan dalam Toy Story movie. Slinky Dog bersedia untuk berlari!!! Pusing dan pusing….

    Ha….ni pula adalah Toy Story Parachute Drop….sensasi berasa seolah olah menaiki payung terjun…seronok sangat, tapi bagi orang yang gayat cuba tutup mata atau jangan pandang ke bawah. Sensasi tak gayat jadi dapat lihat sekitar pemandangan dalam kawasan Disneyland park. Sangat cantik….perlahan lahan naik ke atas dan ooooooo, kita dijatuhkan daripada langit dengan Toy Soldiers yang sedang berlatih payung terjun. Sangat thrill dan terasa macam badan melayang jer.

    Bergambar di salah satu sudut dalam Toy Story land. Bagi yang minat dengan kapal terbang boleh bergambar di sini. Sangat menarik !!!

    Ada lagi dua tarikan utama Disneyland iaitu Adventureland dan Tommorrowland.

    Jom tengok gambar sekitar Adventureland. {Adventureland} revised

    Sesuai dengan namanya,Adventureland memberikan rasa thrill dan adventureyang sungguh menyeronokkan antaranya seperti Tarzan's Tree House, Raft to Tarzan's Tree House (rakit naik beramai-ramai), Jungle River Cruise, Pertunjukkan Lion King dan pelbagai restoran dan kedai untuk berehat dan bersantai sebentar.

    Naik Rakit beramai-ramai ke rumah Tarzan..

    Dapat jugak sensasi merasa pengalaman naik rakit di Hong Kong Disneyland ni. Teruja betul rasa, maklumlah kali pertama naik rakit…

    Ha….kat belakang tu lah Tarzan's Tree house… cantik kan….memang suatu pengalaman yang manis dan berharga, sebab rasa macam berada di rumah tarzan yang sebenar.

    Tarzan's tree house and the Tarzan himself..ehhh…bukan..

    Tarzan menjemput semua untuk mengeksplore rumahnya di atas pokok itu..katanya penuh rahsia dan adventure

    Bila masuk je ke Tarzan's tree house terdengar bunyi tangisan bayi..tetapi tiba-tiba bertukar menjadi jeritan tarzan..OoooooOOoo..haha memang kelakar.

    Permandangan dari atas Tarzan's Tree house. Sangat cantik…kelihatan seluruh kawasan Adventureland. Sensasi sempat berposing di sini…

    Sensasi kemudian mencuba pengalaman menaiki Jungle River Cruise. Satu lagi pengalaman yang tidak dapat sensasi lupakan.Sepanjang perjalanan mengharungi sungai,kelihatan gajah gajah menyemburkan air, ada banyak buaya, ada batu berbentuk muka mengeluarkan api,dan api merebak kat atas air dan ada juga perkampungan orang Utan. Tidak lupa juga kepada pemandu pelancong dalam bot kami yang sangat peramah dan lucu.

    Nie semua gambar gambar permandangan yang dilalui sepanjang perjalanan di sungai.

    Adventureland

    Satu lagi tarikan dalam AdventureLand iaitu Festival of The Lion King adalah pertunjukan musical dan tarian di inspirasikan daripada cerita The Lion King. Memang best dapat tengok teater ni.

    Setelah penat menerokai AdventureLand, sensasi singgah sebentar berehat dan menjamu selera di Tahitian Terrace yang berada di kawasan ini. Masakan Asia Selatan tersedia di sini seperti mee sup dan masakan ala ala India seperti nasi beriyani pun ada…

    Jom kita melihat Tommorrowland pula

    Ada banyak tarikan menarik yang berada di sini seperti Space Mountain, Stitch Encounter, Orbitron, UFO Zone, Autopia dan Buzz Lightyear Astro Blasters.

    Yang ini adalah Space Mountain Roller …Dalam gelap..

    Memang best,memula semasa roller Coaster mendaki ke atas,boleh Nampak planet-planet dan bintang-bintang seolah-olah anda berada di angkasa lepas.Space mountain nie memang laju,dia takda tunggang terbalik,tapi dia ada korner baring,menjunam hehe jadi memang thrill dan menyeronokkan.sangat-sangat cantik.

    Tengok je lah rupa kami yang di candid semasa menaiki Mountain Space.kelakar okey.haha

    Ini dia sebelum menaiki Space Mountain…berdebar debar rasa…sbb ade papan tanda amaran kelajuan melampau…tapi kalau tak cuba rugi tau!!!

    Pening lepas naik Space Mountain, tapi sangat berbaloi ..kalau kengkawan dating sini kene cuba tau….

    Okey Buzz Lightyear Astro Blasters nie pulak permainan menaiki train menolong Buzz Lightyear menembak musuh dengan laser yang diberikan sorang satu.Bila tembak musuh ,markah akan diberikan tertera depan kerusi tmpt kita duduk. Battery boleh discharge dengan menembak battery yang berada di kawasan itu.memang menyeronokkan..Tergelak sakan sensasi.kerusi ada joystick dimana kerusi boleh dipusing 360 darjah kerana musuh berada di sekeliling. Kerusi jenis dua orang boleh naik sekali.dan bersambung dengan kerusi lain.

    Ini pula ialah Stitch Encounter, berinteraksi dan bermain bersama Stitch di the Space Traffic Control center. Setiap show yang ditayangkan adalah berlainan cerita. Sangat menarik….

    Sensasi sempat bergambar di suatu sudut dalam kawasan Tomorrow land. Menarik kan….

    Ada juga pertunjukkan Golden Mickey yang sangat menghiburkan..Ianya seperti Drama Musikal yang dipersembahkan oleh Karakter Disney seperti Mickey Mouse, Minnie Mouse, Donal Duck, Goofy, Pluto, Belle, Beast, Tarzan, Woody, Jessie, Quasimodo, Stitch, Mulan dan Captain Chang. Sungguh cantik dan tarian juga menarik dan memukau penonton.

    Sebenarnya banyak lagi yang menarik di Hong Kong Disneyland, ada pelbagai kedai cenderamata dan kedai makan dan minuman juga.

    Apalagi,cepat-cepat plan percutian anda ke Disneyland Hong Kong.Memang menyeronokkan dan berbaloi wang anda bercuti ke Hong Kong Disneyland.

    Sensasi pasti akan pergi lagi dimasa akan datang..