Adsense

Sabtu, 18 Februari 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Drama Pulau Arahan Pertama Azma Aizal Yusof

Posted: 18 Feb 2012 06:53 PM PST

EKSPERIMEN PERTAMA AZMA AIZAL YUSOF
Drama bersiri pertama di bawah slot 9X

Tahap kualiti drama-drama tempatan telah banyak meningkat dengan adanya idea-idea serta bakat kreatif yang dimiliki oleh semua yang terlibat dalam menjayakan drama tersebut.

Pulau

Dengan adanya slot 9X di TV9 pada tahun ini yang menyasarkan kepada penonton muda serta menyokong penglibatan golongan belia di belakang tabir, ia akan menyiarkan drama Pulau di bawah arahan Azma Aizal Yusof. Ini merupakan eksperimen pertama Azma dalam menghasilkan sebuah drama yang diberi nafas baru dan di luar sangkaan orang ramai dalam industri hiburan tanah air.

Drama 8 episod yang menjanjikan kelainan ini turut dilakonankan oleh pelakon-pelakon berkebolehan seperti Sharifah Amani, Bront Palare, Natasha Hudson, Amyza Adnan, Chomatt Samad, Sufian Mohamed dan Fazlina Dato' Hj Ahmad Daud. Setiap watak mempunyai identiti dan cabaran tersendiri yang mampu memberi impak kepada sesiapa sahaja yang menontonnya. Drama ini juga adalah terbitan penerbit terkenal Puan Hajjah Ziela Jalil.

Menurut Azma, "Pulau merupakan sebuah karya berbeza bagi diri saya selaku pengarah. Pulau adalah sebuah cerita yang lari dari konsep drama biasa. Cerita berunsurkan 'thriller' ini turut mengadun elemen komedi selain dari babak yang pasti mengujakan penonton. 90 peratus penggambaran dilakukan di Pulau Pangkor. Dengan berlatarbelakangkan keindahan Pantai, Hutan dan Laut, pastinya memberikan perubahan baru kepada pentonton yang sentiasa di sajikan dengan drama-drama cinta biasa di kaca televisyen."

Drama Pulau

"Cabaran paling utama dalam menghasilkan drama Pulau ini ialah proses menyiapkan skrip yang dipenaoleh Eenaz Mokhtar, Alfie Palermo dan saya sendiri. Dalam menghasilkan sebuah drama 'thriller', kami harus mengambil kira cara penulisan yang bijak tetapi pada masa yang sama tidak terlalu berat untuk sajian penonton Jadi setelah berbincang, kami telah menghasilkan satu skrip yang bagi saya sangat jujur untuk cerita Pulau ini."

"Saya dan warga kerja drama Pulau sentiasa berharap agar karya kami ini akan mendapat tempat di hati penonton TV9. Kalau penonton rasa terhibur dengan drama ini, pasti kami akan lebih teruja untuk menghasilkan karya-karya lain yang berbeza dari apa yang seringkali disajikan di kaca tv. Dengan sokongan dari penonton juga kami pasti produksi-produksi lain juga akan turut bersemangat untuk menghasilkan karya-karya " out of the box"," tambahnya lagi.

Pulau mengisahkan tentang sekumpulan remaja yang telah memenangi pakej pelancongan ke Pulau Sanggar. Pelbagai cerita misteri tentang pulau ini telah didengari, namun adakah ia cuma khabar angin… atau adakah ia benar? Antara mereka yang mengikuti pelancongan ini adalah Yana (Sharifah Amani), seorang blogger terkenal yang sering mengupas tentang isu-isu semasa, Azri (Bront Palarae), seorang usahawan muda, Aqilah (Natasha Hudson), seorang pramugari, Noni (Amyza Aznan), Pali (Chomatt Samad) dan Pian Komando (Sufian Mohamed), krew bot dan Madam Zara (Fazlina Dato' Haji Ahmad Daud), pemilik agensi pelancongan tersebut.

Dalam perjalanan ke Pulau Sanggar, mereka menemui kemalangan yang menyebabkan bot mereka rosak lalu terdampar di pulau itu tanpa sebarang keperluan asas. Setelah mereka sedar, bot mereka tidak kelihatan lagi dan lebih mengerikan apabila mereka menemuimayat salah seorang daripada pelancong itu. Mereka mula belajar cara hidup di hutan, menyedari hakikat yang mereka tidak boleh berhubung dengan dunia luar serta tiada makanan dan punca air yang bersih.. Lebih mengerikan ialah apabila seorang demi seorang daripada mereka mati dibunuh kejam tanpa mengetahui siapa pembunuh sebenar di antara mereka. Misteri pulau ini dan setiap kematian di situ makin lama makin terungkai apabila masing-masing yang masih hidup nampak signifikasi setiap kejadian yang berlaku.

Singkap misteri yang menyelubungi pulau ini di dalam drama Pulau menerusi slot 9X pada setiap hari Rabu jam 10.30 malam dan juga siaran ulangannya pada hari Ahad jam 10.30 malam.

Drama Pulau

Drama Pulau

Drama Pulau

Drama Pulau

Drama Pulau

Drama Pulau

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Ainul Aishah dan Azma Aizal Yusoof Berduet Rakam Lagu
  • Drama Cita & Cinta
  • Sekitar Malam Amal Premiere Filem Dilarang Masuk
  • Isma Yusoof Tukar Nama Kepada Azma Aizal Yusoof
  • Fesyen Syamsul Yusof & Zed Zaidi di Karpet Merah FFM23
  • Kashaf Imani Lakonan Hebat Beto Kusyairy & Sharifah Amani
  • Filem Dilarang Masuk
  • Gambar Aaron Aziz Jadi Gangster Dalam Filem Evolusi KL Drift
  • Gambar Ashraf Muslim Pelakon Tentang Yusof Dan Sherry Ibrahim
  • Sharifah Amani & Beto Khusyairi Kejar Cita & Cinta
  • Penyanyi Latif Ibrahim Meninggal Dunia?

    Posted: 18 Feb 2012 06:37 PM PST

    Tuduhan Palsu Meninggal Dunia, Latif Ibrahim Stabil Di IJN

    Masa tengah-tengah buat liputan di Konsert Muzik Festival Melayu semalam, Budiey terbaca banyak sekali rakan-rakan di twitter yang tweet tentang kematiah seorang anak seni, Latif Ibrahim. Namun begitu, mengikut rakan wartawan, berita kematian tersebut adalah palsu dan tidak benar sama sekali. Ternyata, penyanyi terkenal di zaman 80-an itu masih dalam keadaan kritikal di Institut Jantung Negara.

    Namun, pagi ini, Budiey masih belum pasti kerana terbaru, Budiey dapat lihat ada ucapan – Al-Fatihah untuk Latif Ibrahim. Yang mana satu betul ni, Budiey pun tak pasti.

    latif_ibrahim

    Spekulasi yang mengatakan penyanyi dan pelakon veteran tahun 80-an iaitu Latif Ibrahim meninggal dunia pada Sabtu adalah tidak benar.

    Sebaliknya penyanyi itu berada dalam keadaan stabil selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini pada Sabtu.

    Pelakon Liza Abdullah yang juga rakan beliau berkata, Latif kelihatan bersemangat dan boleh berborak dengannya ketika melawat beliau pada Sabtu malam.

    "Keadaannya stabil. Dia boleh berborak dengan saya sambil bertanya saya tak 'shooting' ke?" katanya kepada mStar Online melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) di sini Ahad.

    Menurut Liza, dia bergeges ke IJN pada Sabtu selepas mendapat berita kononnya Latif meninggal dunia.

    Jelasnya, selepas melihat dan berjumpa Latif secara berdepan barulah dia berpuas hati dan menganggap tuduhan itu adalah palsu.

    "Saya geram betul. Kenapalah ada org yang suka sangat buat cerita tak betul. Saya memang tak sedap hati bila dapat tahu cerita tu. Sebab tu saya terus ke IJN untuk melihat kesahihannya," kata Liza.

    Tambahnya, Latif merupakan individu yang kuat semangat dalam menempuh penyakit jantung yang di hadapinya itu.

    Sehubungan itu Liza meminta semua pihak mendoakan kesejahteraan Latif dan tidak menyebarkan berita palsu pada masa akan datang.

    Sementara itu adik penyanyi tersebut iaitu Datuk Khatijah Ibrahim memberitahu kesihatan Latif berada dalam keadaan terkawal.

    Pada Sabtu pihak media di khabarkan Latif meninggal dunia selepas ada pihak menyebarkan berita tersebut sehingga menimbulkan suasana panik. via Mstar Online

    Tags: , , , , , ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Najwa Latif di Anugerah Industri Muzik 18
  • Gambar Fauziah Latif Dengan Anak Lelaki
  • Tokoh Seni Lukis Negara Datuk Ibrahim Hussein Meninggal Dunia
  • Komposer Lagu Ku Pendam Sebuah Duka Meninggal Dunia
  • Komposer Zubir Ali Meninggal Dunia
  • Ayah Achik Spin Meninggal Dunia
  • Pelakon Tony Kassim Meninggal Dunia
  • W.S. Rendra Meninggal Dunia
  • Penyanyi Veteran Hasnah Haron Meninggal Dunia
  • Gambar Intim Rosyam Nor Dengan Fauziah Latif
  • borak kosong

    borak kosong


    Inilah dia pelayan restoran yang menjadi model rebutan

    Posted: 18 Feb 2012 09:00 PM PST

    Rezeki ada dimana-mana..


    LONDON - Kehidupan seorang pelayan remaja, Alexander Beck kini bertukar dalam sekelip mata selepas dia ditawarkan menjadi model untuk jenama mewah terkenal, Prada, lapor sebuah akhbar semalam.

    Beck yang berusia 17 tahun sebelum ini bekerja di restoran Ocean Delight Fish & Chips di Essex dengan menerima bayaran sebanyak enam pound sterling (RM29.51) selama satu jam semasa dia menunggu keputusan peperiksaan sekolah.

    Bakatnya ditemui oleh seorang ejen pencari bakat baru, Cesar Perin di sebuah kedai buku di Cambridge. 

    Ia memberi peluang kepada Beck untuk melangkah ke dalam dunia peragaan dengan memperoleh pendapatan lebih lumayan.

    Dalam tempoh sebulan, Beck sudah berjalan di atas pentas peragaan bagi memperaga koleksi dari Itali, Prada.

    Beck kemudian menerima peluang memperagakan fesyen sempena Minggu Fesyen Paris dan menerima layanan kelas pertama apabila pihak pengurusan jenama Dior menghantar sebuah kereta di lapangan terbang bagi menjemput pemuda tinggi lampai itu.

    Tanpa disangka-sangka, anak kelahiran Thaxted, Essex itu kini menjadi salah seorang model wajah terbaru yang mendapat permintaan tinggi di Britain.

    Beck memberitahu, dia sedang berjalan keluar dari sebuah kedai buku dan Cesar kemudian menjerit kepadanya sambil berkata bahawa dia menyukai wajahnya.

    "Saya tidak pernah bermimpi langsung untuk berada pada

    Gorilla yang berjalan seperti manusia

    Posted: 18 Feb 2012 08:45 PM PST

    Gorilla yang bernama Ambam ini menjadi populer di  Youtube setelah sebuah video klip tentangnya dipostkan ke Youtube. Khabarnya hingga saat ini ada lebih dari 150,000 kali video itu ditonton. Apakah keunikan gorilla ini?

    Ambam rupanya agak berbeza dengan gorilla yang lainnya. Dia sangat suka berjalan dengan menggunakan kedua kakinya saja, sangat mirip dengan manusia. Hal inilah yang menarik minat orang-orang yang kagum dengan kemampuan gorilla berpunggung silver tersebut.

    Gorilla Ambam lahir di Taman Port Lympne, Howletts, pada tahun 1990. Taman tersebut didedikasikan untuk melindungi spesies langka dan dikelola oleh sebuah badan amal iaitu Yayasan Aspinall.








    Iklan Unik The Walking Dead di Panggung wayang [Video]

    Posted: 18 Feb 2012 08:30 PM PST



    Menggunakan tiga resepi berikut: Trailer filem romantis, penonton yang tak tahu apa-apa dan satu zombie, Top TV membuat satu iklan unik untuk para penggemar siri populer mereka The Walking Dead di Afrika Selatan. Check this out.


    Restoran Bagi yang Ingin Cepat Mati (Foto + Video)

    Posted: 18 Feb 2012 08:15 PM PST



    "Efek buruk menu kami antara lain meningkatkan berat badan mendadak, sakit punggung, pertumbuhan payudara lelaki, kehilangan kekasih, kanser paru-paru, sakit liver, stroke. Bahkan kematian."


     Lawak iklan restoran 'The Heart Attack Grill' itu tampaknya menjadi kenyataan. Akhir minggu lalu, seorang pengunjung mengalami serangan jantung saat menyantap salah satu menu restoran tersebut: 'Bypass Burger Triple'




    "Pria itu beroeluh, gementar, dan mengeluh sakit di bagian dada," kata Bridgett, pelayan restoran yang segera mengabarkan kejadian itu kepada pemilik restoran, Jon Basso, seperti dikutip Fox News.


     Basso mulanya menganggap khabar itu lawak. Apalagi sejumlah pengunjung lain juga memainkan kamera telefon untuk mengabadikan kejadian itu. "Sejumlah pengunjung mengira kejadian itu sebahagian dari aksi yang kami buat," kata Basso.




    Basso segera tersedar setelah seorang pelayan kembali dan meyakinkan bahawa kejadian betul-betul genting. Ia pun bergegas menghubungi 911 untuk meminta bantuan darurat paramedik. "Lelaki itu selamat setelah dilarikan ke hospital, dan kini mulai menjalani pemulihan."


    Restoran yang kini berlokasi di Las Vegas, itu memang menuai kontroversi sejak muncul pertama kali di Arizona. Di tengah gempuran restoran yang menawarkan beragam menu seihat, restoran ini justru melawan arus dengan beragam sajian tinggi kalori.


     Seolah mengajak pengunjung berlumba menggemukkan badan, restoran ini menggratiskan bersantap untuk mereka yang memiliki berat badan minimal 150 kilogram.




    Menu-menu tak sihat yang mereka tawarkan antara lain kentang goreng berlumur lemak, minuman bersoda mengandung gula, dan burger bertumpuk empat, bahkan rokok tanpa filter.


     Tanpa ragu, pengelola restoran ini mendekor dinding dengan sejumlah peringatan mengerikan untuk pengunjung. Di antaranya: "Peringatan. Makanan ini tidak baik untuk kesehatan Anda" dan "Makanan terbaik mempercepat ajal".




    Memperkuat kesan angker, pengelola sengaja menciptakan atmosfer restoran menyerupai rumah sakit. Seluruh pramusaji mengenakan baju ala perawat yang siap memperlakukan pengunjung layaknya pasien. Jika pramusaji memperkenalkan diri sebagai suster, Basso menyebut dirinya dokter.


     Sebagai seorang pakar nutrisi, pemikiran Basso ini memang di luar akal sehat. Namun, semua 'kegilaan' yang ia ciptakan  membuat 'The Heart Attack Grill' tampil sebagai restoran populer yang sangat diminati warga Amerika Syarikat.



    Gadis remaja terkejut lihat ayah dan ibunya tukar pasangan di saluran TV kelab seks

    Posted: 18 Feb 2012 08:00 PM PST

    berita2.com: Seorang gadis remaja berusia 15 tahun terkejut setengah mati ketika menontonTV pada suatu malam ketika ia terbangun dari tidurnya. Ia melihat ayah dan ibunya di sebuah kelab seks. Dia juga melihat mereka melakukan swinger (bertukar pasangan).

    Ibu gadis itu mengenakan stoking dan suspender sementara ayahnya berpakaian sebagai Batman dengan mainan seks di tangannya. Mengetahui ditonton oleh anak gadisnya, pasangan yang tinggal di Munich, Jerman itu menjadi sangat malu dan menyaman RTL, pihak yang menyiarkan adegan tersebut.

    Namun pengadilan menolak permintaan ganti rugi atas gangguan kejiwaan yang dialami anak gadisnya akibat menotnon adegan itu. 

    "Saya memahami perasaan Anda dan saya tidak ingin berada dalam masalah seperti yang Anda alami," kata Ketua Pengadilan di Munich.

    Rusa yang mirip seperti anjing

    Posted: 18 Feb 2012 07:45 PM PST

    image
    Ditemukan Seekor rusa aneh di Mara Masai, Selatan- Timur Kenya  rusa ini memiliki rambut panjang berwarna coklat dan kalabu gelap meliputi matanya, dan memiliki misaiserta janggut yang panjang, sehingga tampak mirip dengan seokar anjing.
    Majalah ABC menyebutkan bahawa para ilmuan mengatakan spesies rusa tersebut adalah hasil kombinasi singa dan Kijang, seperti yang ada di Tanzania.

    Inilah ‘Art Squad’, Girl Band Pertama Korea Utara

    Posted: 18 Feb 2012 07:30 PM PST


    Meskipun para gadis mungkin harus memperbaiki cara berpakaian dan nama band, namun mereka adalah girl band pertama Korea Utara.


    Dengan menggunakan seragam militer dan ekspresi wajah yang hampir menangis, 'Art Squad' menyanyikan lagu mereka secara langsung di ibukota Korea Utara, Pyongyang, guna merayakan ulang tahun ke-70 bekas pemimpin Kim Jong il, yang meninggal dua bulan lalu.


    Perayaan peringatan hari ulang tahun Kim Jong Il ini dipimpin oleh putra dan sekaligus penggantinya Kim Jong Un, yang menggunakan acara ini untuk memberikan pandangan lain terhadap media dunia, yang belum pernah terjadi sebelumnya pada bangsa tertindas itu.


    Pada perayaan tersebut, Kim Jong Un secara khusus memberikan peranan utama kepada kaum wanita, termasuk girl band 'Art Squad' dan perenang perenang muda berbakat bangsa tersebut.

    Gila..Lelaki Rusia Mentato Kucing Peliharaannya

    Posted: 18 Feb 2012 07:15 PM PST



    Seorang lelaki Rusia telah memicu kemarahan para pencinta haiwan setelah melakukan hal keji terhadap kucing peliharaannya, dengan mentato haiwan malang tersebut dengan tato yang sama pada tubuhnya.


    Timur Rimut, dari Tatarsan, Rusia, memfilemkan dirinya mentato  kucing sphinx-nya, Coco, dengan kalimat latin 'Carpe Diem'.


    Artis berusia 24 tahun tersebut memiliki tato yang sama di dadanya dan membuat desain yang sama pada kucingnya dengan pena sebelum membius haiwan itu dan mentatonya secara permanen. Namun, rupanya ia salah mengeja kalimat dan mentato 'Carpe Deem' di dada Coco.


    "Kami terkejut melihat gambar-gambar tersebut. Kami tidak setuju dengan orang-orang yang memperlakukan haiwan peliharaan sebagai aksesoris fashion dengan cara apapun, " kata juru bicara Perlindungan Kucing Inggris.


    "Ini adalah tindakan yang paling kejam terhadap haiwan. Saya tidak dapat memahami bagaimana seorang pemilik boleh melakukan ini untuk haiwan peliharaannya. Benar-benar memuakkan, "kata seorang wanita.


    Sedangkan yang lain menambahkan bahawa "Kucing itu tidak memberikan persetujuan untuk ditato. Anda merampas hak haiwan itu dengan membuatnya dibius sehingga boleh menghiasnya dengan apa yang Anda inginkan. Kucing itu bukanlah sebuah buku gambar."



    Adele Saman Majalah Perancis Sebarkan Foto Porno

    Posted: 18 Feb 2012 07:00 PM PST


    Sebuah majalah Perancis meriliskan beberapa foto dan mengatakannya sebagai potongan gambar dari video porno milik Adele. Merasa tidak memiliki video porno, Adele pun segera menyaman pihak berkenaan.


    Penyanyi 'Someone Like You' itu dikhabarkan membantah bahawa foto yang ada pada sampul majalah Public adalah dirinya. Kini, peguam  Adele sedang berusaha menempuh jalur hukum untuk menuntut majalah yang mengaku memiliki tiga juta pembaca tiap minggunya.


    Dalam pernyataan yang dikirimkan kepada MailOnline, peguam Adele menuliskan, "Kami diberitahu bahawa majalah Perancis, Public yang terbit pada hari ini mempamerkan gambar yang dikatakan sebagai potongan video porno milik klien kami. Klien kami tidak muncul dalam rakaman seks yang diklaim dalam artikel. Klien Kami tidak ada pada foto-foto tersebut."


    Menurut peguam, klaim yang dilayangkan oleh majalah Public adalah fitnah, dan mereka akan segera mengambil tindakan hukum untuk mengatasi masalah tersebut. Seperti yang dikutip dari Daily Mail, Adele  dikatakan sangat malu atas pemberitaan yang tidak benar tentang dirinya itu.


    Sumber : http://wolipop.detik.com

    Syabu dalam anu

    Posted: 18 Feb 2012 06:45 PM PST


    IPOH: Bagai menempah maut apabila seorang wanita 'keldai dadah' warga Malaysia ditahan polis Indonesia kerana cuba menyeludup syabu dengan menyembunyikannya di dalam kemaluan.
    Wanita berusia 25 tahun itu ditahan di Lapangan Terbang Sepinggan, Balik Papan, Kalimantan sebaik tiba dengan menaiki pesawat melalui penerbangan dari Kuala Lumpur, baru-baru ini.

    Menurut sumber, suspek ditahan selepas pemeriksaan polis mendapati dia menyumbat tiga ketulan syabu di dalam plastik seberat 175 gram ke dalam kemaluannya.


    "Suspek dipercayai keldai dadah ditahan pihak berkuasa lapangan terbang selepas didapati dalam keadaan gelisah ketika melepasi pemeriksaan kastam.

    "Dia kemudian diarah membuka pakaian untuk pemeriksaan rapi oleh anggota polis wanita dan dicekup selepas satu daripada tiga bungkusan dadah itu terjatuh sebaik seluar dalam dipakainya dilucutkan," katanya.


    Menurutnya, suspek kemudian dibawa untuk ujian x-ray sebelum polis mendapati dua lagi bungkusan dadah tertinggal dalam kemaluannya.



    Polis tidak menolak kemungkinan suspek diupah sindiket dadah warga Afrika dan usaha dilakukan bagi mengesan dalang yang memperguna gadis Malaysia itu untuk menyeludup dadah.

    Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Mohd Noor Rashid Ibrahim yang dihubungi berkata, kebanyakan wanita 'keldai dadah' yang ditahan di luar negara menyedari risiko ditanggung dan melakukannya secara sukarela.


    Menurutnya, kebanyakan mereka sedar kesalahan dan kandungan dadah yang cuba diseludup, namun lebih tertarik kepada kemewahan dijanjikan sindiket.

    "Taktik penyeludupan digunakan semakin licik apabila sindiket memilih wanita berperwatakan lemah lembut untuk mengelak rasa syak pihak berkuasa di lapangan terbang. Malah, biasanya keldai dadah mendaftar masuk di lapangan terbang pada saat akhir bagi mengelak pemeriksaan terlalu ketat.


    "Aktiviti gadis Malaysia yang dijadikan keldai dadah makin meningkat kebelakangan ini berikutan syabu diseludup dari negara ini dijual dengan harga tinggi di Indonesia dan Australia," katanya.


    Menurutnya, syabu biasanya dijual RM250,000 sekilogram di Malaysia, namun boleh meningkat kepada RM1 juta di Indonesia dan RM3 juta di Australia.


    "Faktor ini mungkin menjadikan sindiket dadah di Malaysia berlumba-lumba cuba menyeludup dadah ke dua negara ini berikutan keuntungan tinggi bakal diperoleh.


    "Berdasarkan kajian, wanita yang berdepan masalah kewangan paling mudah dipujuk menjadi keldai dadah. Lebih serius, mereka dipergunakan pula sindiket didalangi warga Afrika untuk melatih wanita tempatan lain untuk turut dijadikan keldai," katanya.


    Menurutnya, seramai 49 wanita Malaysia yang ditahan sepanjang tahun lalu di luar negara membabitkan kes dadah, menyedari kesalahan menyeludup syabu yang dilakukan.



    sumber : myMetro

    Bersepai otak

    Posted: 18 Feb 2012 06:30 PM PST


    REMBAU: Seorang anggota tentera yang bakal melangsungkan perkahwinan Jun depan, maut selepas motosikal ditunggangnya bergesel dengan motosikal lain di Kilometer 230, Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah selatan, di sini, malam kelmarin.
    Dalam kejadian jam 8.30 malam, Khairulddin Abdullah, 29, yang menunggang motosikal jenis Honda Wave dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Pengkalan Indah, Alor Gajah, Melaka, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

    Penunggang sebuah lagi motosikal jenis sama, Zulhilmi Mohd Zain, 23, cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) untuk rawatan lanjut.


    Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal dinaiki kedua-dua mangsa bergesel antara satu sama lain.

    Lebih mengerikan, serpihan otak anggota tentera itu bersepai di atas jalan, dipercayai akibat terkena besi penghadang.


    Ibu mangsa, Habibah Idris, 54, berkata, dia sempat menemui anak bongsunya pada pagi sebelum kejadian.



    "Anak saya pulang bercuti untuk menyiapkan kerja mengecat rumah. Dia bagaimanapun hanya sempat mengecat separuh kerana bergegas pulang ke kem selepas menerima panggilan dari tempat kerja.

    "Arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan, tetapi yang meruntun hati saya apabila semua persiapan kahwinnya siap dilakukan.


    "Nampaknya hasrat saya untuk melihatnya bersanding tidak kesampaian apabila Allah lebih menyayanginya," katanya di sini, semalam.

    Sementara itu, Pegawai Memerintah Rejimen ke-4 Artileri Diraja Kem Sikamat, Leftenan Kolonel Majdi Kamarudin berkata, mangsa bertugas sebagai pemandunya sejak lebih tiga tahun lalu.


    "Sikap arwah berubah minggu lalu ketika dalam perjalanan ke kem Sungai Besi apabila kelihatan mengelamun, menyebabkannya terlepas beberapa lokasi yang ingin dituju.


    "Berita kematiannya sangat mengejutkan, apatah lagi dia bakal melangsungkan perkahwinan. Saya berharap ahli keluarga arwah tabah dan kami turut merasai kehilangan anggota yang rajin dan hormat pada ketua," katanya.


    Tinjauan Metro Ahad mendapati, lebih 100 anggota tentera daripada pelbagai jawatan, pangkat dan pegawai memberi penghormatan terakhir kepada mangsa di pekarangan Bilik Mayat Hospital Tampin, pagi semalam.


    Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Mizan Md Dom berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua motosikal dipercayai bergesel antara satu sama lain.



    sumber : myMetro

    Luahan Ika Nabila

    Posted: 18 Feb 2012 06:15 PM PST


    Lahir menerusi program Akademi Fantasia musim keenam (AF6), nama Ika Nabila mungkin tidak segah rakan seangkatannya seperti Stacy, Nubhan, atau Saida. Namun Ika merupakan antara produk AF6 yang masih bertahan dalam industri seni sehingga kini.
    Namun dalam meniti perjalanan sebagai anak seni, nama Ika tidak terlepas daripada kontroversi yang sedikit sebanyak mencalarkan namanya. Lebih membuatkan Ika kesal, orang sekeliling seolah-olah hanya ingin tahu kisah kontroversi berbanding karier seninya.
     
    Dikait dengan 'pengkid', berpakaian seksi, kaki sosial dan terbaru dikatakan meminum arak, Ika mengakui terpaksa menelan satu persatu tohmahan orang luar hanya kerana beberapa keping gambar yang tersebar.
     
    "Bila saya tahu orang kaitkan saya bercinta dengan 'pengkid' bernama Adlin, saya hanya ketawa. Hakikatnya, dia adalah pengurus saya yang dipanggil 'kak long' dan dia bersama saya sejak saya keluar AF lagi.
     
    "Saya dengan kak long memang rapat dan dia sentiasa menemani saya ke mana sahaja. Malah, apabila berita itu keluar di akhbar mingguan tersebut, ayah saya sendiri yang memaklumkan kepada saya mengenai berita tersebut," katanya.

     
    Bukan 'kaki minum'
     
    Mengulas mengenai fotonya yang memegang minuman yang dipercayai arak, Ika mengakui tersilap sehingga membuatkan ramai pihak keliru. Jelasnya, air dalam gelas tersebut bukanlah arak sebaliknya, jus sparkling. Ika berkata, dia tidak pernah minum arak apatah lagi mabuk di depan khalayak seperti yang digambarkan pada foto itu.
     
    "Sebenarnya air dalam gelas tersebut adalah jus sparkling. Saya tak tahu macam mana gambar itu boleh tersebar kerana ia hanya dipaparkan dalam gambar profil mesej Blackberry (BBM) saya.
     
    "Malah, saya bersama Mimi Haris (penyanyi) ketika itu di sebuah pusat karaoke. Saya percaya ini perbuatan­ khianat individu yang tidak berpuas hati dengan saya.
     
    "Bagaimanapun, saya mengakui silap kerana meletakkan gambar itu di profil BBM saya, sekali gus menyebabkan ada pihak salah faham," jelasnya.
     
    Masih aktif menyanyi

     
    Menyentuh mengenai karier nyanyiannya yang dilihat semakin suram, Ika berkata, dia masih aktif memenuhi undangan pentas. Namun tidak mempunyai single terbaru.
     
    "Kalau ikutkan, saya banyak mengi­kuti program anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan tahun lalu saya kerap terbang ke Sarawak, bagi memenuhi undangan pentas.
     
    "Mungkin kerana jarang muncul di program nyanyian yang disiarkan di televisyen (TV), orang anggap saya kini hanya aktif berlakon," katanya yang kini menjalani penggambaran drama Apa Celop yang bakal disiarkan, 20 Februari ini di TV3.
     
    Ika berkata, biarpun karier nyanyiannya tidak sebaik karier lakonannya, dia tidak pula berasa kecewa dan percaya pada rezeki.
     
    "Buat masa ini fokus utama saya terhadap bidang lakonan dan jika ada kelapangan saya tidak kisah untuk memenuhi persembahan pentas.
     
    "Tapi untuk membuat album atau single, saya belum ada perancangan lagi kerana saya tidak mahu membazir wang yang keluar, tetapi tiada hasilnya," katanya.
     
    Namun Ika berkata, dia lebih kecewa apabila ada pihak cuba memburukkan namanya dengan cerita kontroversi yang mengarut.
     
    "Saya tidak kisah jika karier nyanyian tidak bergerak sebaik lakonan. Tapi saya kecewa bila saya diam, orang pijak maruah saya, seolah-olah saya tidak ada ibu bapa yang mempunyai perasaan apabila membaca kisah negatif anak mereka," akhirinya.

    Melia: 'Itu bukan saya'

    Posted: 18 Feb 2012 06:00 PM PST

    BARU saja berkecimpung dalam dunia lakonan, bintang Karipap-Karipap Cinta, Melia Aimellia, kini sudah terpalit beberapa cerita negatif.

    Jika sebelum ini, gadis bertubuh genit ini pernah didakwa hamil dan menggugurkan kandungan, kini namanya kembali panas apabila video bogel dikatakan miliknya, tersebar di beberapa portal hiburan.

    Tidak mendiamkan diri, Melia menafikan bahawa gadis dalam video itu dirinya.

    "Saya rasa ia super impose yang dilakukan pihak tertentu untuk menjatuhkan saya.

    "Saya akui agak terkilan kerana ada pihak suka melihat saya jatuh dalam industri ini dengan melemparkan pelbagai cerita buruk, walaupun saya bukanlah sepopular pelakon lain," katanya kepada Zass.

    Melia atau nama penuhnya, Noor Melia Aimiellia Zaidi, turut menjelaskan persoalan mengenai persamaan cincin dalam gambar screenshot video yang tersebar di portal hiburan itu.

    "Saya pernah memakai cincin hitam yang diberi bekas teman lelaki. Tetapi cincin itu saya buang selepas siri jelajah Festival Filem Malaysia (FFM24) yang lalu, atas sebab kami sudah berpisah.

    "Saya juga ada menghubungi portal hiburan itu dan mereka sendiri tidak dapat memastikan bila video itu diambil kerana tidak mengetahui sumber yang menyebarkan video tersebut.

    "Jadi sepatutnya, orang lain tidak boleh menilai hanya kerana cincin itu. Lagipun wajah wanita dalam screenshot itu jauh berbeza dari saya. Saya tidak kisah mengenai hati dan perasaan saya, tetapi kesianlah pada keluarga yang turut mendapat tempias," katanya.


    Ambil tindakan tegas

    Ditanya adakah dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap tuduhan ini, Melia tidak menolak jika isu ini menjejaskan maruah dan kerjayanya dalam bidang seni.

    "Orang kata, kalau melenting, maknanya betul. Diam juga maknanya betul. Tapi buat masa ini, kalau ada yang tanya saya akan beri penjelasan.

    "Tetapi jika tuduhan ini melampau sangat, saya tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas. Berani kerana benar, takut kerana salah," katanya.

    Dalam pada itu, Melia juga sempat mengulas mengenai dakwaan hamil dan menggugurkan kandungan sebelum ini kerana risau menjejaskan maruahnya. Jelas Melia, spekulasi itu tersebar apabila ada seorang dari produksi drama lakonannya menegur bentuk badannya yang kelihatan berisi ketika itu.

    "Mungkin ada pihak yang dengar dan mengambil serius mengenai perkara itu. Tetapi sejujurnya saya tidak pernah hamil. Cuma badan berisi kerana terlebih makan," katanya.

    Walaupun diduga pelbagai cerita negatif, Melia berkata, dia tidak berhasrat berundur dari bidang yang sudah diceburi sejak tiga tahun lalu.

    Katanya, dia percaya rezeki yang diberikan ALLAH SWT dan tidak sesekali berputus asa dengan mudahnya kerana kontroversi seperti itu.



    sumber : kosmo online

    Sundal hitam tetap ada pelanggan

    Posted: 18 Feb 2012 05:45 PM PST


    KUALA LUMPUR: Kemasukan pekerja seks dari pelbagai negara, terutama Afrika dan Timur Tengah, adalah untuk memenuhi selera lelaki benua berkenaan yang bekerja atau menuntut di negara ini, selain segelintir rakyat tempatan.
    Ketua Penolong Pengarah Cawangan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, setakat ini kehadiran kumpulan itu masih terkawal, malah dilihat seakan-akan dikekang sepenuhnya kerana selepas beberapa siri tangkapan baru-baru ini, tiada lagi kelibat mereka dikesan.

    "Memang ada wanita bersaiz lebih besar berbanding orang kita, terutama dari Timur Tengah, Uganda, Uzbekistan, India dan beberapa negara lain dilaporkan, selain negara yang sering dikesan sebelum ini, namun jumlahnya tidak terlalu besar.


    "Mereka didapati hanya menjalankan operasi di Kuala Lumpur, mungkin cuba mencari pasaran tapi kami berjaya mengekang kegiatan mereka," katanya.

    Menurutnya, antara pelanggan wanita asing dari negara yang jarang ditemui ini adalah lelaki tempatan dan ia secara tidak langsung menunjukkan sikap masyarakat tempatan yang mula menunjuk minat yang pelbagai.



    sumber : myMetro

    RM 250 upah bogel

    Posted: 18 Feb 2012 05:30 PM PST


    JOHOR BAHRU: "Memang saya tak bertamadun, sebab itulah kerja macam ini," demikian pengakuan selamba seorang pelayan pelanggan (GRO) apabila dia dan rakannya ditahan dalam serbuan selepas mempersembahkan tarian bogel di sebuah pusat hiburan di Jalan Datuk, di sini, jam 1 pagi semalam.
    Bagaimanapun, janda berusia 26 tahun itu merayu dibebaskan dengan memberi alasan terpaksa menjadi GRO untuk membesarkan dua anaknya.

    Difahamkan, janda itu dan rakannya berusia 27 tahun sanggup berbogel di pentas tarian atas permintaan pelanggan dengan upah RM250.


    Mereka menari di pentas dengan membuka satu demi satu pakaian diiringi rentak muzik disko hingga berbogel selama 15 minit.

    Ketika ditahan, kedua-dua GRO itu dalam keadaan mabuk serta mengaku tidak keberatan menawarkan khidmat seks kepada pelanggan dengan caj RM500.


    Difahamkan, khidmat seks dilakukan di dalam tandas pusat hiburan terbabit tanpa menghiraukan bau busuk dan keadaan tidak selesa, malah pemeriksaan polis turut menemui kondom yang sudah digunakan.



    Pegawai Turus, Cawangan Kongsi Gelap Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Deputi Superintendan Mohammad Abd Hamid berkata, ujian dilakukan terhadap dua wanita itu menunjukkan mereka berada di bawah pengaruh alkohol yang tinggi.

    Katanya, turut ditahan ialah seorang wanita yang juga pelayan dan didapati berada di bawah pengaruh alkohol serta seorang penjaga premis, termasuk ibu ayam berusia 46 tahun.


    "Siasatan awal mendapati wanita berkenaan baru beberapa bulan bekerja sebagai GRO, namun dia cuba menafikannya dan mendakwa datang bersama pelanggan bagi mengelak dicekup.

    "Semua itu hanya helah kerana kami ada bukti dia bekerja di pusat hiburan terbabit dan turut disyaki menawarkan khidmat seks serta tarian bogel kepada pelanggan," katanya.


    Mohammad tidak menolak kemungkinan wanita terbabit sedia dibawa keluar pdengan membayar hingga mencecah RM1,000 semalam.


    "Walau apa alasan diberi, kami tetap menahan wanita terbabit. Resit, wang tunai RM500 serta kondom turut dirampas, manakala semua wanita tempatan itu ditahan untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan," katanya.


    Kes disiasat mengikut Seksyen 372 b Kanun Keseksaan kerana mencari langganan bagi maksud persundalan serta melakukan perbuatan lucah, manakala penjaga premis disiasat mengikut Seksyen 372 (1) (F) kanun sama.


    Operasi turut disertai sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Agama Johor (JAJ) dan mereka menahan empat GRO dipercayai mabuk mengikut Seksyen 19 (1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 kerana meminum minuman keras.

    Lisa,Yusry berpantang

    Posted: 18 Feb 2012 05:15 PM PST


    KUALA LUMPUR: Berbaki tiga hari lagi bergelar dara, pelakon Lisa Surihani masih mengamalkan pantang larang 'darah manis' apabila tidak bertemu bakal suaminya, Yusri KRU sejak selesai penggambaran filem gandingan bersama, Ular, 10 Februari lalu.
    Lisa, 25, bakal diijabkabulkan dengan Yusry, 38, Khamis ini di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya, selepas setahun berkenalan.

    Majlis resepsi pula akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 26 Februari ini.


    "Kali terakhir saya menemui Yusry dua minggu lalu, itu pun atas urusan kerja. Pertemuan itu bukan sekadar suka-suka nak 'dating', malah kami juga tidak keluar berdua-duaan.

    "Namun apabila menyentuh bab urusan perkahwinan, kami berdua lebih senang berhubung menerusi telefon. Syukur, Yusry sangat memahami keadaan itu.


    "Mengenai persiapan majlis pernikahan dan resepsi, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar setakat ini. Cuma ada beberapa perkara yang perlu disempurnakan," katanya ketika dihubungi Metro Ahad, semalam.



    Dengan nada ceria, Lisa berkata, dia baru selesai mengikuti upacara mandi bunga dan berinai bersama sepupu rapat serta teman baiknya.

    "Esok (hari ini), saya akan ke rumah nenek di Petaling Jaya bagi majlis khatam al-Quran yang dijangka bermula selepas solat Maghrib.


    "Semua barang hantaran saya yang pilih sendiri, begitu juga di pihak Yusry. Namun minta maaf, saya tidak boleh beritahu apa yang dibeli kerana ia kejutan khas buat Yusry," katanya yang memberi tujuh dulang hantaran berbalas sembilan.

    Mengulas warna tema bagi majlis pernikahan, Lisa berkata, Yusry pernah meminta pandangannya dan dia mengakui lebih selesa jika persalinan berwarna bersih iaitu putih, sekali gus melambangkan kesucian.



    sumber : myMetro

    Seksi beracun,AIDS untuk dijual

    Posted: 18 Feb 2012 05:00 PM PST


    KUALA LUMPUR: Mereka tahu bakal dijemput ajal pada bila-bila masa kerana disahkan menghidap Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (Aids) atau menjadi pembawa virus HIV.
    Bagaimanapun, persiapan sebelum dan selepas mati memerlukan perbelanjaan besar. Justeru, selagi ada hayat, mereka perlu mengumpul wang sebanyak mungkin walaupun tindakan itu menyebarkan virus maut kepada orang lain.

    Itulah tindakan sebahagian wanita pekerja seks dari China yang sanggup 'berkhidmat' di negara ini semata-mata untuk mengumpul duit mati sebanyak mungkin.


    Mereka mudah berbuat demikian kerana sebahagian besar memiliki pakej sebagai wanita idaman lelaki hidung belang di Malaysia seperti kulit putih gebu, montok dan tinggi lampai.

    Ini dibuktikan apabila siasatan polis mendapati ada antara wanita terbabit mampu memperoleh lebih RM30,000 sebulan dengan hanya 'bekerja' 20 hari walaupun mengaku menghidap Aids/HIV.


    Lebih bahaya, wanita terbabit sebenarnya dikategorikan sebagai gred C iaitu sudah lama 'berkhidmat' sebelum beralih angin ke Malaysia, manakala wanita gred A dan B lazimnya menawarkan khidmat di negara sendiri atau negara maju yang mempunyai kuasa beli lebih tinggi.



    Fenomena menakutkan itu didedahkan Ketua Penolong Pengarah Cawangan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berdasarkan operasi dan serbuan polis sebelum ini.

    "Mereka mengaku ke Malaysia untuk mencari duit sebanyak mungkin dan berbuat demikian hingga penghujung nyawa, walaupun menyedari menghidap Aids atau pembawa virus HIV," katanya ketika ditemui Metro Ahad.


    Berdasarkan siasatan, katanya, kebanyakan wanita terbabit menguruskan sendiri kemasukan ke negara ini dan dengan kos tidak sampai RM500, mereka mampu membawa pulang RM36,200 selepas hanya 'bekerja' 20 hari. Itu juga menjadi punca ramai wanita asing gemar 'cari makan' di Malaysia.

    "Lazimnya wanita, terutama dari China, diberikan gred iaitu A, B atau C. Di Malaysia, kebanyakan wanita terbabit sebenarnya cuma gred C, manakala gred A atau B mengisi keperluan di negara sendiri atau negara maju lain.


    "Golongan gred C paling ramai membawa musibah, terutama jika tahap kesihatan mereka tidak diperiksa.


    "Bayangkan ada antara mereka melayan sehingga 10 lelaki sehari tanpa mengetahui status lelaki ditiduri, sekali gus mendedahkan mereka kepada pelbagai penyakit berjangkit.


    "Lebih mengecewakan, ada antaranya terus menjalankan aktiviti itu walaupun menyedari mereka berpenyakit.


    "Ini tidak termasuk status kesihatan lelaki asing yang meniduri mereka ketika masih dikategorikan gred A atau B di negara lain sebelum ini," katanya.


    Menurut Abdul Jalil, setakat ini warga China, Thailand, Indonesia dan Vietnam masih mendominasi kegiatan maksiat di negara ini berdasarkan statistik diperoleh D7 hasil tangkapan pada 2010 dan 2011, meskipun wujud pekerja seks dari negara baru seperti Uganda dan beberapa negara Timur Tengah.


    Katanya, ada antara negara terbabit mencatatkan penurunan, manakala ada juga yang menunjukkan peningkatan dan ia dipercayai didorong beberapa faktor, terutama bahasa.


    "Sebagai contoh pada 2010, jumlah tangkapan membabitkan wanita China sebanyak 6,199 orang manakala pada 2011 jumlahnya menurun kepada 5,795 berbanding Vietnam yang mencatat peningkatan kepada 812 tangkapan (2,823 orang) pada 2011 berbanding 2,105 orang pada 2010," katanya.


    Secara kasar, katanya, polis mendapati kebanjiran wanita Vietnam disebabkan mahir berbahasa Inggeris atau sekurang-kurangnya boleh berkomunikasi dalam bahasa itu yang memudahkan mereka berurusan dengan pelanggan.


    "Jika wanita China, pelanggan yang tidak pandai berbahasa Mandarin atau Hokkien terpaksa membuat tawaran melalui kalkulator (menaip angka) untuk meminta diskaun dan ia merumitkan, berbanding hanya menyebut angka dalam bahasa Inggeris dengan wanita dari Vietnam.


    "Ia seakan-akan lucu, tetapi itulah fenomena yang berlaku berdasarkan pengamatan polis dalam beberapa serbuan sebelum ini," katanya.


    Metro Ahad difahamkan, berdasarkan hitungan kasar, wanita warga asing menawarkan perkhidmatan serendah RM180 untuk sekali perkhidmatan dan jika didarab dengan 10, ia menjadi RM1,800 jika mereka 'bekerja' dari jam 12 tengah hari hingga 12 tengah malam.


    "Jumlah RM1,800 jika dikumpul selama 20 hari menjadikan pendapatan mereka RM36,000 dan selepas ditolak perbelanjaan makan, minum serta sewa rumah, mereka masih mampu membawa pulang RM30,000.


    "Itu bagi mereka yang tidak mengamalkan cara hidup mewah dan jika berbelanja RM10,000 sebulan sekalipun, mereka masih mampu membawa wang ke negara asal sebelum kembali semula ke Malaysia untuk mengumpul kemewahan," katanya.


    Sehubungan itu, beliau berharap kehadiran pelancong sebegini, terutama yang mempunyai cop keluar masuk lebih daripada dua kali ke negara ini, dipantau supaya kegiatan seperti itu dapat dibendung, selain merekodkan cap jari pelancong bagi mengelak identiti mereka dipalsukan.


    "Kita tidak nafikan ada antara mereka benar-benar melancong dan berminat dengan keindahan negara kita, tapi pada masa sama kita harus berwaspada dan mengawasi pergerakan dengan memantau aktiviti dan mengetahui lokasi mereka.


    "Mungkin kita perlu memperkenalkan sistem penjamin, iaitu mereka yang ingin ke negara ini perlu ada sekurang-kurangnya seorang penjamin bagi memastikan golongan ini tidak melanggar undang-undang negara dan jika ingkar, penjamin boleh dikenakan tindakan," katanya.



    sumber : myMetro

    Sembunyi bersama wanita

    Posted: 18 Feb 2012 04:45 PM PST


    ALOR GAJAH: Polis yakin seorang lelaki yang melarikan kereta peronda (MPV) di pekarangan Balai Polis Cawangan Trafik daerah ini Khamis lalu masih bersembunyi di negeri ini.
    Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Deputi Superintendan Abd Rahman Jid berkata, suspek dipercayai bersembunyi bersama seorang wanita dipercayai isteri keduanya di satu lokasi.

    "Siasatan awal polis mendapati, lelaki itu mempunyai dua isteri di mana seorang daripada isterinya ketika kejadian berada di hospital menemani anaknya berusia empat bulan yang menerima rawatan," katanya.


    "Polis juga memaklumkan semua hospital kerajaan dan swasta serta klinik kesihatan di daerah ini supaya memantau pergerakan individu mencurigakan yang datang untuk merawat kecederaan akibat kemalangan," katanya.


    sumber : myMetro

    Nyanyi Lagu Seks Depan Budak Kecil Pemuda Terancam Dipenjara

    Posted: 18 Feb 2012 04:30 PM PST

    INILAH.COM, Michigan – Memposting Sesuatu ke internet tanpa aturan boleh mengakibatkan keburukan. Seorang pemuda terancam 20 tahun penjara kerana bernyanyi dengan lirik bertema seks di YouTube.

    Video yang menampilkan Evan Emory menyanyi lagu seks di kelas di depan sekelompok anak kecil. Kemudian, dia merakam video hingga tampak seolah anak-anak itu menyukai lagunya.

    Emory menggabungkan dua adegan video dan membuatnya seolah-olah sedang bernyanyi di depan anak-anak. Awalnya ia hanya suka-suka namun akhirnya nampak serius. Polis Michigan, Amerika Syarikat (AS) pun menangkapnya kerana video itu.

    Polis pun menangkap Emory dan menuduhnya melakukan pelecehan seksual anak. Seperti dikutip DailyMail, meski tak seorang anak pun ada dekat Emory ketika ia bernyanyi, jaksa penuntut menilai Emory bersalah.

    Video kontroversi itu kini dihapus dari YouTube. Ramai orangtua berang. "Tiap orang yang punya otak tahu hal itu salah dan tidak lucu," kata salah seorang bapa murid Chuck Willis yang anaknya muncul di video buatan Emory.

    Namun ternyata pendukung Emory pun tak sedikit. Sebuah halaman Facebook dibuat untuk memprotes polis dan meminta Emory dibebaskan. Beberapa pihak menilai penangkapan Emory merupakan pelanggaran kebebasan berekspresi.

    Biarawati diusir kerana facebook

    Posted: 18 Feb 2012 04:15 PM PST


    TEMPO Interaktif, Jakarta – Seorang biarawati Sepanyol telah diusir dari biara tempat dia tinggal selama 35 tahun  setelah menghabiskan terlalu banyak waktu di  jejaring sosial Facebook.

    María Jesús Galan, dijuluki "Sister Internet" oleh rakan-rakannya, mengumumkan pada halaman Facebook-nya bahwa dia telah diminta untuk meninggalkan biara setelah perselisihan berkait aktiviti online-nya.

    Wanita 54 tahun yang menulis hobinya: membaca, musik, seni, berteman, memiliki hampir 600 teman Facebook pada ketika pengusiran dan sekarang memiliki ribuan pendukung dari seluruh dunia di halaman fan yang meminta dia diperbolehkan kembali ke biara itu.

    Komputer pertama kali dibawa ke biara dari abad 14, Santo Domingo el Real, di Toledo, pusat Sepanyol, 10 tahun lalu setelah pimpinan biara menilai alat itu akan mengurangi kebutuhan biarawati untuk keluar biara.

    "Ini memungkinkan kita melakukan hal-hal seperti online perbankan dan menghindarkan kita dari keharusan perjalanan ke kota," jelas Sister Maria, yang masuk  pada usia 21.

    Namun, biarawati itu dengan cepat melihat berbagai kemungkinan dan segera memulai mendigitalkan arsip yang terkandung dalam tembok biara kuno dan membuat mereka dapat diakses ke seluruh dunia.

    Pada tahun 2008, dia memenangkan hadiah pemerintah tempatan untuk karyanya memindai halaman-halaman teks berharga yang ada di perpustakaan biara.

    Penghargaan ini menjadi berita utama dan dia segera memiliki puluhan teman-teman di seluruh dunia yang terhubung melalui halaman Facebook-nya.

    Tetapi meskipun mengakui bahawa dedikasinya sama kuatnya seperti sebelumnya, dia diusir dari biara oleh rakan-rakan biarawati yang tidak setuju dengan aktiviti cyber-nya.

    Pimpinan biara telah menolak untuk memberi komen alasan di balik pengusiran itu dan Uskup Agung Toledo mengatakan hal itu adalah "masalah internal".

    Sister Maria, yang sekarang tinggal di rumah ibunya, mengatakan dia siap untuk memulai babak baru dalam hidupnya. "Saya ingin mengunjungi London dan New York," ujarnya yang di-posting pada halamannya. "Hal-hal seperti itu tidak mungkin, bahkan untuk memimpikannya, ketika di biara."

    Ini bukan pertama kalinya internet telah menyebabkan masalah bagi otoritas keagamaan di Toledo. Tahun lalu, seorangpaderi paroki telah dibuang dari jabatannya setelah terungkap bahawa dia telah menggunakan internet untuk mengiklankan dirinya sebagai pelacur lelaki.

    Samuel Martin Martin, 27, mem-posting gambar dirinya hanya mengenakan seluar abu-abu dan mengatakan dia siap untuk sesi seks dengan wanita dan pasangan untuk 120 euro per jam.

    Dia juga terbukti menghabiskan 17.000 euro dari wang gereja untuk membiayai kecanduannya terhadap seks internet dan pornografi.

    [Brutal] Potong kaki jenazah kerana keranda kecil

    Posted: 18 Feb 2012 04:00 PM PST

    Semua ini terjadi kerana sikap lepas tangan seorang pengurus sebuah perusahaan pelayanan kematian di Allendale, South Carolina, AS, ini. Ketika ada jenazah orang yang tidak muat ke dalam peti  keranda yang sudah disiapkan kerana tingginya memang melebihi orang kebanyakan iaitu sekitar 1,82 meter, dengan selamba sahaja pengurus itu memerintahkan anak buahnya memotong kaki  jenazah itu  untuk "memendekkannya" sehingga jenazah itu boleh muat di peti kerandanya.


    Ann Hines, isteri orang yang meninggal itu, James Hines, mengakui kalau dia memang memesan peti mati ukuran standard untuk jenazah suaminya. Namun menurut dia, tak seorang pun dari perusahaan pelayanan kematian itu yang memberitahunya agar menggantikan dengan peti yang lebih besar ketika jenazah suaminya tak muat di peti yang sudah dipesan itu. Ann juga belum curiga meski sejumlah teman dan salah satu anaknya mengadau keranda itu nampak kecil.

    Kes ini baru terbongkar ketika ada orang yang melaporkan aksi potong kaki jenazah  itu pada polis. Kubur Michael Hines akhirnya digali semula dan kejahatan pengurus perusahaan pelayanan kematian itu pun terbukti. Pengurus itu pun akhirnya dijatuhi denda dan surat izinnya ditarik semula.

    Walupun menang loteri 2.3 juta pounds,lelaki ini tetap mahu jadi pemandu bas

    Posted: 18 Feb 2012 03:45 PM PST

    TEMPO Interaktif, London – Meskipun memenangi loteri sebanyak 2.3 juta pounds,  Kevin Halstead memilih untuk kembali menjadi pemandu bas. Lelaki berusia 47 tahun tersebut mengaku tidak boleh meninggalkan kerjaya yang dia cintai itu.

    Kevin kembali bekerja sebagai pemandu bas Stagecoach 125 kerana dia merindukan rakan-rakan sekerjanya. Dia memandu bas untuk pertama kali sejak memenangkan loteri 2.3 juta pounds pada March tahun lalu.

    "Saya rindu bekerja di bas. Ketika anda melakukan profesi anda selama 17 tahun lalu anda berhenti melakukannya, rasanya aneh," ujar Kevin. "Saya sangat merindukan gurauan bersama rakan-rakan saya. Saya akan kembali beberapa bulan ke depan seperti biasa jika saya mahu."

    Ayah satu orang ini memandu bas dari Bolton ke Preston setiap hari sejak 1994. Dia kini kembali memandu bas untuk mempromosikan lotto.

    "Hidup saya telah berubah, tetapi saya tidak berubah sedikit pun," ujar Kevin. "Saya kini memang memiliki Range Rover, tetapi saya juga masih mempunyai Renault Laguna."

    Meski sudah menang loteri, Kevin masih bermain loteri setiap minggu dan keberuntungannya menular ke ibunya. Menurut Kevin, sebulan lalu ibunya memiliki lima nomor yang sesuai dengan loteri. Ibu Kevin menang 2.500 pounds  Jika ibunya itu memiliki satu nombor lagi yang sama, dia mungkin boleh memenangkan 10 juta pounds .

    Sementara itu, rakan kerja Kevin tidak sabar untuk kembali bekerja lagi dengan Kevin. Andy Stuart mengatakan, "Kevin adalah orang pendiam yang terus melanjutkan pekerjaannya. Dia masih seperti sebelumnya."

    Budak 7 tahun jadi bidan sambut kelahiran adiknya

    Posted: 18 Feb 2012 03:30 PM PST

    TEMPO Interaktif, London – Anak perempuan berusia tujuh tahun, Lauren Burman, menjadi bidan menyambut kelahiran adiknya lalu menyelamatkan adiknya tersebut ketika adiknya itu tidak boleh bernafas setelah lahir.

    Lauren Burman tetap tenang ketika ibunya, Clair, 28 tahun, tiba-tiba melahirkan di rumahnya di Rotherham, South Yorks, England. Lauren dengan tenang membawa ibunya ke bilik tidur lalu menyambut kelahiran adiknya yang bernama Charley.

    Namun, proses kelahiran Charley sedikit terhambat. Tali pusat Charley mengelilingi lehernya sehingga Charley membiru keranna tidak boleh bernafas. Lauren pun dengan perlahan melepaskan lilitan tali pusat tersebut sehingga mulut dan leher Charley boleh bernafas kembali.

    Lauren mengatakan, "Awalnya, itu rasanya sedikit aneh dan menjijikkan. Lalu keadaan menjadi sedikit menakutkan. Saya akan selalu mengenang itu. Dia adalah adik perempuan terbaik untuk saya."

    Sementara, Clair mengatakan, "Lauren terus berusaha membuat saya tetap tenang. Tapi ketika dia melihat kepala adiknya keluar, dia mulai sedar bahawa ini adalah sesuatu yang nyata."

    "Saya panik. Namun, Lauren tetap tenang dan semuanya ternyata berakhir dengan sempurna. Kini dia ingin jadi bidan," lanjut Clair

    Bunuh kawan sebilik yang kuat berdengkur

    Posted: 18 Feb 2012 03:15 PM PST

    BEIJING, KOMPAS.com — Jika Anda punya kebiasaan mendengkur, hati-hati pilih teman sebilik Seorang mahasiswa di China, yang sudah muak dengan teman sebilikya yang sering berdengkur, menikam temannya itu hingga mati pada suatu malam.

    Pejabat berita Xinhua, melaporkan, Zhao Yan (22) ditikam di dada dan punggungnya akhir tahun lalu di biliknya di Universiti Pertanian Jilin di timur laut Daerah Jilin. Menurut Xinhua, yang mengutip keterangan dari sebuah pengadilan di Changchun, teman sebilik Zhao, Guo Liwei yang berusia 23 tahun, mengaku bahawa dia menikam Zhao setelah muak dengan dengkuran kawannya itu.

    Guo sebelumnya telah memberitahu kepada Zhao tentang dengkurnya itu dan mem-posting video tentang dengkuran Zhao dalam website universiti yang justeru menambah ketegangan di antara mereka berdua. "Saya mengatakan kepada Zhao tentang hal itu (dengkur) dan dia jadi marah. Dia beberapa kali menyalahkan saya. Hal itu mendorong saya untuk membunuhnya," kata Guo, sebagaimana dikutip Xinhua.Guo ketika ini sedang menunggu keputusan pengadilan.

    Siang mengemis,malam tidur hotel sama isteri

    Posted: 18 Feb 2012 03:00 PM PST

    BIREUEN, KOMPAS.com – Sejumlah warga Kota Juang Bireuen, Aceh,merasa hairan dengan perilaku lelaki bernama Abd (50), warga Desa Blang Paseh, Sigli, Pidie.

    Kerana lelaki tersebut mencari nafkah dengan mengemis di Bireuen. Tapi, pada malam hari dia bersama isterinya, Njh (41),menginap di hotel.

    Pengemis bertubuh tambun dan berjenggot perang, dengan rambut yang sudah ubanan itu, kini dilaporkan mulai meresahkan masyarakat Bireuen.

    Hasil siasatan Serambi Indonesia, , si pengemis sudah dua pekan menginap di hotel tersebut. "Kami hairan ada pengemis tidur di hotel. Kalau siang mengemis di desa kami, padahal dia tampak sehat dan segar bugar," ujar Yahya, seorang warga.

    "Setiap pagi kami temukan bapak berjengot itu pakai baju koko, kain sarung, dan songkok haji bersama isterinya sarapan pagi di sebuah warung dekat hotel tempat ia menginap," imbuh warga Geulanggang Baroe, Kota Juang, Bireuen.

    Mustafa dan Amirul Mukminin dari Desa Geulanggang Baroe juga sependapat dengan Yahya. Mereka berharap Pemkab Bireuen melalui dinas terkait menangkap pengemis yang makin ramai berkeliaran di kabupaten itu.

    Salah satunya pengemis yang menginap di hotel tersebut. "Aneh tapi nyata, ada pengemis yang hidup mewah dengan menginap di hotel dan makan mewah pula," pungkas Amirul.

    Seorang petugas Hotel Purnamaraya yang konfirmasi Serambi Indonesia, membenarkan Abd bersama isterinya sudah 14 hari menginap di kamar bernomor 118. Anehnya, kata seorang petugas hotel, setiap Abd keluar hotel, pintu biliknya di kunci dari luar, sementara isterinya ditinggal di bilikhotel.

    "Dia biasanya pergi pagi, terkadang pulangnya siang membawa sebungkus nasi untuk istrinya dan terkadang juga pulang sore. Dia membayar sewa kamar Rp 75.000 per hari. Sikapnya juga aneh dan egois serta sering ribut dengan petugas hotel. Kadang-kadang ia hanya mau membayar sewa kamar kepada saya," kata seorang resepsionis hotel yang tidak mau namanya ditulis.

    Abd terlihat bersama istrinya sarapan pagi di sebuah warung sebelah barat hotel tersebut. Ia membayar dengan uang pecahan ribuan yang sudah tergulung rapi.

    Dia mengambil dari saku kanan bajunya, yang diduga dari hasil mengemis. Namun,lelaki berasal Sigli itu berbicara menggunakan bahasa campuran Aceh-Indonesia, baik dengan isteri mahupun warga.

    Kepala Dinas Sosial Tenaga Kerja dan Transmigrasi, Bireuen, Bustami Hamid, mengatakan pihaknya akan menertibkan para pengemis yang berkeliaran di daerah itu yang jumlahnya ratusan orang.

    "Para pengemis tersebut 50 peratus berasal dari luar Kabupaten Bireuen. Kami akan minta polisi, TNI, dan Satpol PP atau aparat gabungan untuk menertibkan mereka," pungkasnya.