Adsense

Jumaat, 20 Januari 2012

Zon Artis

Zon Artis


Izwan Pilus Meninggal Dunia

Posted: 20 Jan 2012 03:14 AM PST

IZWAN PILUS MENINGGAL DUNIA
Dalam kenangan – Izwan Pilus bersama adiknya, Aril AF7

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un

Satu berita yang agak mengejutkan dan pastinya juga sangat menyedihkan dimana Izwan Pilus (yang juga abang kepada Aril AF7) telah menghembuskan nafas terakhir pada 6.15 petang tadi atas sebab yang belum kami ketahui.

Berita ini disampaikan sendiri oleh Aril menerusi Twitter miliknya:-

IZWAN PILUS MENINGGAL DUNIA

Salam takziah dari kami kepada seluruh keluarga Allahyarham, harap anda sabar dan redha di atas pemergiannya. Kami doakan semoga Allahyarham ditempatkan dalam golongan orang-orang beriman dan dikasihi Allah S.W.T. Amin.

UPDATE (7:46 PM): Izwan Pilus disahkan meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam darah yang menyebabkan kegagalan organ dalaman.

Related Posts with Thumbnails Full content generated by Get Full RSS.

9 Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Ally Iskandar & Farah Lee

Posted: 20 Jan 2012 02:41 AM PST

Kami tahu, mesti ramai yang mahu melihat gambar sekitar majlis pernikahan Ally Iskandar dan Farah Lee yang berlangsung pada pagi tadi. Yer la, nak juga tengok kecantikan dan seri pengantin isteri Ally Iskandar tu. Kan? Huhu.. Dengan itu, kat bawah ni 9 gambar Ally Iskandar yang handsome dan Farah Lee yang cantik di majlis pernikahan mereka. Layan~

GAMBAR PERNIKAHAN ALLY ISKANDAR DAN FARAH LEE

GAMBAR PERNIKAHAN ALLY ISKANDAR DAN FARAH LEE

GAMBAR PERNIKAHAN ALLY ISKANDAR DAN FARAH LEE

GAMBAR PERNIKAHAN ALLY ISKANDAR DAN FARAH LEE

GAMBAR PERNIKAHAN ALLY ISKANDAR DAN FARAH LEE

GAMBAR PERNIKAHAN ALLY ISKANDAR DAN FARAH LEE

GAMBAR PERNIKAHAN ALLY ISKANDAR DAN FARAH LEE

+Pic courtesy: GUA

GAMBAR PERNIKAHAN ALLY ISKANDAR DAN FARAH LEE

GAMBAR PERNIKAHAN ALLY ISKANDAR DAN FARAH LEE

+Pic courtesy: Murai

Related Posts with Thumbnails Full content generated by Get Full RSS.

Sensasi

Sensasi


Gambar-gambar penikahan Ally Iskandar dan Farah Lee

Posted: 19 Jan 2012 11:29 PM PST

farah lee


farah lee

farah lee

farah lee

farah lee

farah lee

farah lee
farah lee

farah lee

farah lee

farah lee

Roslin Hashim sudah bernikah kali ketiga di Thailand

Posted: 20 Jan 2012 12:04 AM PST

Wanita dalam gambar ini dikatakan "Ayu" isteri ketiga Roslin



Bekas jaguh badminton negara, Muhammad Roslin Hashim yang pernah mengejutkan banyak pihak kerana menceraikan isteri pertamanya selepas 12 hari melangsungkan pernikahan, mengesahkan beliau kini berkahwin kali ketiga tahun lalu.
Roslin, 36, membuat pengakuan itu selepas prosiding tuntutan ganti rugi perkahwinan dikemukakan beliau terhadap bekas isteri pertamanya, Faizah Mohamad, 35, di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam, bagaimanapun enggan mendedahkan identiti isteri barunya.
"Ya, saya memang sudah bernikah, tetapi saya tidak boleh cakap banyak sebab nak menjaga perasaan keluarga pihak sebelah lagi (isterinya)," katanya.

Daripada sumber terdekat, difahamkan majlis pernikahan berlangsung di Thailand Disember lalu yang hanya dihadiri pasangan terbabit dan ibu bapa pengantin perempuan.

Mereka dikatakan melangsungkan pernikahan di luar negara berikutan kes Roslin masih dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah.

Walaupun ahli sukan popular di arena hiburan itu cuba menyembunyikan identiti isteri barunya, tetapi difahamkan gadis lingkungan 20-an itu dikenali sebagai Ayu.
Malah, walaupun belum bercadang memperkenalkan suri hatinya dalam waktu terdekat, pasangan terbabit dilaporkan bakal mengadakan majlis kenduri pada 27 Januari ini di lokasi masih dirahsiakan.

Isterinya itu bukan di kalangan individu dikenali ramai, namun sebelum ini dikatakan pernah menjalin hubungan cinta dengan bintang bola sepak.

OHBULAN!

OHBULAN!


Izwan Pilus Meninggal Dunia Jam 6:20, Petang Tadi

Posted: 20 Jan 2012 03:20 AM PST

Penyanyi Khairil Izwan Pilus, 33, atau lebih dikenali sebagai Izwan Pilus telah menghembuskan nafas terakhirnya sekitar jam 6:20 petang tadi di Hospital Ampang. Sumber mengatakan arwah meninggal dunia akibat jangkitan kuman di saluran pernafasan (lung infection). Berita ini telah disahkan oleh beberapa rakan artis yang dihubungi oleh Aril AF, adik arwah sendiri.

Izwan Pilus, pernah popular dengan lagu berjudul 'Kembali Senyum', sebuah lagu asal daripada drama Korea "Full House" yang diadun semula dalam versi Melayu. Al-Fatihah.

Update 1 – Menurut sumber, Aril AF kini sedang menguruskan jenazah Allahyarham untuk dibawa balik ke kampung halaman, Melaka.

Update 2 – Allahyarham meninggal dunia tepat jam 6.15 petang menurut Twitter rasmi Aril AF di Hospital Ampang.

Update 3 – Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Taman Nyalas 2, Taman Nyalas Permai, Jasin, Melaka.

Update 4 – Sebelum arwah pergi meninggalkan kita, beliau sempat me-muatnaik gambarnya yang terakhir.

Full content generated by Get Full RSS.

22 Foto Majlis Pernikahan Ally Iskandar & Farah Lee, Bagai Pinang Dibelah Dua!

Posted: 20 Jan 2012 12:04 AM PST

Pagi tadi berlangsungnya majlis pernikahan antara dua mempelai iaitu Ally Iskandar dan Farah Lee di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Terengganu.

Kedua-dua pasangan yang nampak sepadan ini kelihatan kacak dan manis berbaju rona putih sedondon. Apa yang pasti, OHBULAN! ucapkan tahniah kepada kedua-dua pasangan ini.

Enjoice gambar dari OHBULAN! khas untuk anda!

Full content generated by Get Full RSS.

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Tayangan Filem Khas Tahun Baru Cina Di TV2

Posted: 20 Jan 2012 05:29 PM PST

Empat Filem Hebat Tayangan Khas Tahun Baru Cina Di TV2

Melengkapkan lagi program-program hangat yang di sediakan khas meraikan Tahun Baru Cina ini, empat filem hebat dipilih untuk menghiburkan penonton saluran TV2. Bertepatan dengan sambutan Tahun Naga mengikut kalendar Cina ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) memilih menghiburkan penonton setia salurannya dengan filem-filem aksi yang sarat dengan babak-babak pertarungan yang mengangkat seni bela diri yang dekat dengan masyarakat Cina.

Membariskan pelakon-pelakon terkenal seperti Stephen Chow, Andy Lau, Ekin Cheng, Jackie Chan dan Tony Leung Ka-Fai, saksikan filem Shaolin Soccer (22 Januari, jam 11.00 malam), The Duel (23 Januari, 2.00 petang), The Myth (23 Januari, jam 9.00 malam) dan Painted Skin (24 Januari, jam 9.00 malam).

FILEM PAINTED SKIN i

Sarat dengan aksi dan komedi, kongsikan keceriaan sambutan perayaan anda dengan menyaksikan filem Shaolin Soccer yang popular sekitar tahun 2001 arahan dan lakonan Stephen Chow. Ia antara lain menyaksikan kisah seorang pengikut muda Shaolin yang bergabung dengan saudara maranya membentuk sebuah pasukan bola sepak yang menggunakan kemahiran seni mempertahankan diri dalam setiap perlawanan. Selain Stephen Chow, filem ini turut dibintangi oleh Wei Zhao dan Yut Fei Wong.

Menyusul kemudiannya tayangan filem The Duel yang membawakan kisah selepas menghilangkan diri dalam tempoh yang agak lama, pahlawan pedang Di Raja bernama Yeh Cool-anak, kembali ke istana maharaja untuk mencabar Snow, seorang sarjana raja pada malam meraikan tahun baru. Pada hari sebelumnya, berlaku perkara-perkara pelik di dalam istana, kebanyakannya disaksikan oleh Dragon 9, seorang pemimpin pengawal. Ketika itu terdapat pembunuhan di dalam istana dan ada menunjukan bukti untuk menuduh Snow, yang membuatkan Dragon 9 pula percaya dan mula syak wasangka. Puteri Di Raja tertarik kepada Yeh dan sebagai membuktikan kehebatan, Yeh kena bertanding dengan Dragon 9. Filem ini menyaksikan lakonan hebat Andy Lau, Ekin Cheng, Nick Cheung, Wei Zhao dan Kristy Yang.

Mitos seni mempertahankan diri di Hong Kong mewarnai filem The Myth yang pernah menemui penonton sekitar tahun 2005. Filem fantasi pengembaraan yang diarahkan oleh Stanley Tong yang dibintangi oleh Jackie Chan, Tony Leung Ka-Fai dan Kim Hee-sun ini turut menyaksikan kemunculan pelakon Mallika Sherawat.

Filem Painted Skin arahan Gordon Chan Abe dan lakonan Kwong, Donnie Yen, Xun Zhou dan Kun Chen pula menyorot zaman era pemerintahan Chin dan Han, Komander Wang Sheng telah mengetuai pasukan tenteranya untuk menyerang penyamun di padang pasir dan pada masa yang sama dia telah menyelamatkan seorang wanita cantik dan membawanya pulang bersama.

Namun, dia langsung tidak mengetahui bahawa perempuan itu, Xiao Wei sebenarnya adalah roh seekor musang yang menjelma sebagai manusia. Xiao Wei sentiasa memerlukan bekalan hati manusia untuk mengekalkan dirinya seperti seorang manusia dan tugas itu diserahkan kepada pembantunya Xiao Yi – seekor sumpah-sumpah padang pasir yang juga menjelma sebagai manusia dan mempunyai kebolehan untuk menghilangkan diri di dalam persekitarannya.

Demi membuktikan cinta dan kesetiaannya kepada Xiao Wei, dia melakukan banyak pembunuhan demi membekalkan hati manusia kepadanya, lalu menyebabkan seluruh bandar berada di dalam ketakutan. Pada masa yang sama, Xiao Wei telah jatuh hati pada Wang Sheng, setelah melihat keberanian Wang Sheng ketika cuba menyelamatkannya.

Sejak daripada itu, Xiao Wei sentiasa cuba untuk menggoda Wang demi merampasnya daripada isteri Wang, Pei Rong menyedari perasaan Xiao Wei terhadap suaminya, dan dia juga mendapat tahu bahawa Xiao Wei sebenarnya bukanlah seorang manusia. Jadi dia pergi meminta bantuan Pang Rong, seorang pakar seni mempertahankan diri dan juga Xia Bing, seorang bomoh penangkap hantu.

Saksikan kesudahan kisah menarik ini hanya di TV2.

FILEM THE MYTH

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Program Menarik RTM Sempena Tahun Baru Cina 2011
  • Movie Carnical 2007 Kembali Lagi
  • Selamat Tahun Baru Cina 2011
  • Penerbit Tidak Jemput Pengarah Filem di Majlis Prebiu?
  • Program Menarik Sempena Chap Goh Mei
  • Tayangan Filem Hebat dalam Slot Sinema
  • Sneak Preview Filem Maut Scene Neraka
  • Filem CUN Kutip RM700ribu Seminggu Tayangan
  • Flem CJ7: Movie Blockbuster Untuk Tahun Baru Cina 2008
  • Skim Insentif Tayangan Filem
  • Full content generated by Get Full RSS.

    Penyanyi Izwan Pilus Meninggal Dunia

    Posted: 20 Jan 2012 02:51 AM PST

    Sedang Budiey sibuk untuk melakukan persiapan terakhir untuk Party Ulangtahun Budiey.com yang akan berlangsung esok, baru sekejap tadi, Budiey telah mendapat perkhabaran yang sangat mengejutkan di mana seorang penyanyi Izwan Pilus telah pun meninggal dunia di Hospital Ampang pada jam 6.15 petang tadi (20 Januari 2012) akibat daripada ada jangkitan kuman dalam paru-paru.

    Kepada yang tak mengenali beliau, penyanyi ini pernah merakam album 5 tahun lalu dan terkenal dengan lagu-lagu Erti Kasih, Kembali Senyum & Indah Lelapku.

    Perkhabaran ini juga telah dikhabarkan oleh adik allahyarham Aril AF di twitter miliknya.

    Salam takziah dari Budiey dan pembaca budiey.com. Marilah sama-sama kita sedekahkan al-fatihah buat Allahyarham Izwan Pilus. Semoga beliau ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

    New Aritst Nominees - Izwan Pilus

    Di twitter kini, rakan-rakan artis sempat untuk meluahkan rasa dukacita atas kehilangan anak seni ini, antaranya:

    Dato' Siti Nurhaliza : Al-Fatihah kepada arwah Izwan pilus ..Semoga arwah ditempatkan bersama2 org yg beriman..amin

    @faizal_hotfm: Seorg yg baik dan lembut dlm berkata2.. Al Fatihah buat Izwan Pilus.

    @IkaNabella: Mengikut sumber arwah meninggal akibat jangkitan paru2 .. Arwah masih di hosp Ampang.. -AlFatihah-

    @DinaNadzir: Takziah buat sahabatku @KhairilAzam atas kehilangan abangmu.. Al-fatihah.. He'll be missed dearly..

    Kak Cham (editor Berita Harian) : Alfatihah…penyanyi Izwan Pilus telah pulang ke rahmatullah. Semoga roh arwah dicucuri rahmat, ditempatkan bersama org beriman.

    Tags: ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Biodata Izwan Pilus
  • Gambar Aril Adik Izwan Pilus Calon Pelajar AF7
  • Siti Nurhaliza di Konsert Setiakawan 2 @ Dataran Merdeka Malam Ini
  • Izwan Pilus Hos Program Racik-Racik Herba
  • Aksi Murai, Klon Artis & Pemenang di Astro Ria
  • Kuasa Huruf "I" dalam Program Realiti TV
  • Komposer Zubir Ali Meninggal Dunia
  • Ayah Achik Spin Meninggal Dunia
  • Pelakon Tony Kassim Meninggal Dunia
  • Senarai Nama Pelajar Akademi Fantasia 7
  • Full content generated by Get Full RSS.

    borak kosong

    borak kosong


    Ini Dia Nenek Termuda Sedunia

    Posted: 20 Jan 2012 09:15 PM PST


    Rifca Stanescu dinobatkan jadi nenek termuda sedunia dengan usia 23 tahun.

    Rifca, dari Investi, Romania, kahwin lari dengan Ionel Stanescu – seorang penjual perhiasan – saat dirinya berusia 11 tahun dan Iionel 13 tahun kerana takut dirinya dinikahkan ayahnya dengan lelaki dari desa lain.
    Rifca memiliki anak pertama bernama Maria saat usianya 12 tahun, dan anak ke-2, lelaki, bernama Nicolae yang lahir setahun kemudian.

    Rifca kemudian dimaafkan oleh orang tuanya ketika melahirkan Maria, sehingga membuat ibu Rifca yang juga kebetulan bernama Maria menjadi nenek di usia 40 tahun.
    Sedang Maria anak Rifca menikah diusia 10 tahun dan mempunyai anak 6 bulan kemudian bernama Ion (kini sudah 2 tahun) – meski Rifca sebelumnya sudah meminta Maria untuk tinggal bersekolah.

    "Aku sangat bahagia menjadi nenek namun berharap lebih untuk Maria," ujar Rifca.

    Momen pelik dan jarang di lihat

    Posted: 20 Jan 2012 09:00 PM PST









    gambar : stomp.com.sg

    Potret Tokoh Terkenal Dunia dari Kelongsong Peluru

    Posted: 20 Jan 2012 08:45 PM PST


    Seorang seniman telah mengabadikan serangkaian mangsa terkenal dari kejahatan bersenjata dengan menciptakan potret mereka menggunakan selongsong peluru, seperti John Lennon, Tupac Shakur, Abraham Lincoln dan John F. Kennedy.


     David S. Palmer yang mengaku sorang maniak The Beatles mulai memciptakan koleksi aneh ini sebagai penghargaan untuk penyanyi dan penulis lagu legenda John Lennon.






    "Saya ingin membuat sesuatu yang akan mengingatkan kita tentang cara John Lennon meninggal. Jadi saya membuat sebuah potret dari Lennon menggunakan kelongsong peluru, dengan tujuan mengambil benda yang meragut nyawanya itu dan mengubahnya menjadi monumen abadi tentang kekuatannya." tutur lelaki berusia 58 tahun tersebut


    Lelaki asal California ini menggunakan 8.000 casing peluru kaliber 40 untuk membuat potret John Lennon, yang berukuran 48 'x 48′ Inci dan berat sekitar 160 pon (72 kg).


     Dikutip dari Dailymail, cara David membuat karyanya ini iaitu dengan membenamkan kelongsong peluru kedalam medium kayu menggunakan perekat yang kuat, sebelum ia menggunakan cat logam, dan sebuah obor las, untuk menciptakan berbagai warna sebagai sentuhan akhir pada kanvas.


    "Meskipun tampaknya seperti idea yang baik saya tidak yakin bagaimana publik akan merespon tapi aku senang menemukan ada respon yang sangat positif.


    Saat ini David berencana membuat potret Martin Luther King dan Mahatma Gandhi.


    Salah satu karya David iaitu sebuah potret John F. Kennedy telah dijual ke seorang kolektor peribadi.




    Share

    [Foto] Beginilah Wajah Para Gadis Pecandu Dadah

    Posted: 20 Jan 2012 08:30 PM PST






    Nissan Menciptakan Casing iPhone yang Boleh LicinKembali dengan Sendirinya Apabila Tergores

    Posted: 20 Jan 2012 08:15 PM PST

    Satu lagi keajaiban dunia teknologi menyentuh dunia aksesoris gadget, kali ini giliran Nissan i dengan casing iPhone ajaib yang boleh me"licin"kan dirinya sendiri secara automatik apabila tergores.



    Casing khusus iPhone 4 dan 4S yang mereka sebut Scracth Shield ini memiliki cat khusus berbasis polyxorotaxane yang sebelumnya sudah digunakan di beberapa produk automotif mereka seperti Nissan Murano 370Z, X-Trail dan Infiniti. Cat ini memiliki struktur kimia yang beraksi untuk selalu kembali ke bentuk asalnya.
    Selain itu, cat yang seperti gel ini memberikan permukaan yang lebih enak dipegang dan tak mudah terlepas oleh tangan dibandingkan dengam permukaan cat glossy biasa.
    Mmm... produk yang begitu menggoda bukan? Lihat bagaimana cat ajaib mereka itu bekerja di video berikut ini.

    Bintang porno ni insuranskan Mr P 1 juta dollar

    Posted: 20 Jan 2012 08:00 PM PST


    Seorang bintang porno Top Inggris iaitu Keiran Lee asal Derby, telah menginsuranskan penisnya sebesar 1 juta dolar pada perusahaan insurans Lloyd of London.


    Perusahaan  itu juga terkenal kerana menanggung insurans pita suara Bruce Springsteen dan Bob Dylan serta kaki dari Betty Grable dan David Beckham.


    Studio filem porno tempat Kieran bekerja yaitu Brazzers, mengambil kebijakan tersebut yang bernilai 1 juta dolar  untuk melindungi sang bintang jika ia menderita kecelakaan.


    "Saya harus menjalani pemeriksaan medik untuk memastikan saya fit dan sihat." tutur lelaki berusia 28 tahun tersebut,


    "Bahagian terburuknya adalah bahawa jika sesuatu terjadi, wang itu akan dibayarkan kepada Frank Lipari, bos saya." tambahnya.


    Thesun menulis bahawa kekasih Kieran yang juga seorang aktris filem dewasa iaitu Kirsten Price bercanda padanya ketika mendengar tentang insurans tersebut "Hanya satu juta dolar? Bagi saya, itu tak ternilai harganya."


    Diketahui, Kieran telah membintangi sekitar 800 adegan dalam kariernya sebagai aktor filem dewasa, dan sekitar 600 diantarannya saat bersama Brazzers.

    Ada Pesan Error di Langit Ukraine? [Foto]

    Posted: 20 Jan 2012 07:45 PM PST

    Cuba lihat foto-foto dibawah ini. Photoshop? Anehnya, bukan. Foto-foto dibawah ini adalah pemandangan nyata dari sebuah papan iklan di Kota Odessa, Ukraine, yang mengalami sedikit masalah dengan sistem operasi Windows-nya. Saatnya mengupgrade?




     Dan ini apa yang kamu lihat jika papan iklan tersebut berfungsi normal:


    Tragis, Mahasiswi Tewas Mendadak Setelah Nge-tweet

    Posted: 20 Jan 2012 07:30 PM PST


    Perasaan terkejut mungkin masih membayangi teman-teman Ariane Noelle Patterson. Ya, tidak ada yang menyangka jika hari itu mahasiswi berusia 21 tahun tersebut menghembuskan nafas terakhirnya. Keadaanya kian tragis lantaran Ariane meninggal di hari ulang tahunnya.


    Padahal sebelumnya, Ariane baru saja memposting rasa syukurnya di Twitter. "Thank you God for another year of life," demikian bunyi tweet terakhirnya, dilapor harian Gaston Gazette.


    Namun tak disangka, tak lama setelah itu, mahasiswi Gardner-Webb University di Boiling Springs, North Carolina, AS tersebut langsung pengsan. Tindakan kecemasan pun langsung dilakukan teman-temannya. Kebetulan, saat kejadian itu terjadi, Arianne tengah mengikuti kelas agama di kampusnya.


    Tindakan CPR terus dilakukan hingga paramedik datang. Namun sayang, nyawa Arianne tak boleh diselamatkan. Mahasiswi tersebut dinyatakan meninggal di Cleveland Regional Medical Centre di Shelby, AS.


    "Teman-temannya menyebut Arianne sebagai susuk yang sangat taat terhadap agama dan baik hati kepada sesama," tukas juru bicara Gardner-Webb University, Noel Manning dilansir Sydney Morning Herald.


    "Saya juga dapat merasakannya, bagaimana Arianne begitu disayangi banyak orang," imbuhnya.


    Ucapan belasungkawa pun membanjir untuk gadis tersebut. Di Twitter, teman-teman Arianne membuat hashtag #PrayersforAriane sebagai bentuk duka cita.


    Lalu apa yang membuat Arianne meninggal? Hal itu masih dalam penyelidikan pihak berwajib. Terutama jika ia pernah memiliki riwayat masalah kesihatan serius sebelumnya.




    Sumber : http://www.detikinet.com

    Wanita lihat anak dibunuh bekas suami

    Posted: 20 Jan 2012 07:15 PM PST


    YANBU (Arab Saudi): Seorang wanita terkejut dan sedih selepas menyaksikan anak lelakinya mati dibunuh bekas suaminya, lapor akhbar al-Madinah, kelmarin.
    Polis kemudian menahan lelaki itu sebelum siasatan lanjut dilakukan. 
    Lelaki itu memberitahu, dia tidak berniat membunuh anak lelakinya, Wisam, sebaliknya ingin menakutkan remaja berkenaan kerana tidak mentaatinya.

    Ibu Wisam yang bercerai dengan bapanya menggesa pihak berkuasa mengenakan hukuman mati ke atas bekas suaminya itu.



    "Saya tidak akan berpuas hati jika dia tidak dijatuhkan hukuman mati.


    "Dia bukan saja membunuh Wisam, tetapi juga kehidupan saya dan dia tidak boleh dimaafkan," katanya.

    Wanita berasal dari Mesir itu menuduh bekas suaminya membalas dendam kerana Wisam lebih taat kepadanya.

    "Bekas suami saya berang kerana Wisam yang tinggal bersamanya kerap meninggalkan kediaman tanpa izin.

    "Dia mengancam untuk membunuh Wisam ketika menghubungi saya di telefon," katanya.

    Ketika kejadian, suspek berang kerana mendapati Wisam berada di depan kediaman bekas isterinya selepas mendapati dia keluar dari rumah tanpa izin.

    Suspek menyerang Wisam dengan kayu sebelum menikamnya.

    Menurut wanita itu dia menjerit meminta tolong dan pemilik kedai berhampiran membantunya menghantar Wisam ke hospital. - AN



    sumber : myMetro

    Nafsu keji Amber

    Posted: 20 Jan 2012 07:00 PM PST


    LONDON: Amber Roderick baru saja dibebaskan dari penjara apabila dia bertemu seorang remaja perempuan di tepi jalan untuk diperdaya menjadi pemuas nafsunya.
    Dalam kejadian April lalu, Amber dilaporkan memujuk mangsa menyertainya ke sebuah parti di Reading, Berkshire.

    Di situ, mangsa diberi dadah dan arah sehingga lemah sebelum seorang lelaki, Joseph Lawrence, 29, merogolnya di dalam bilik mandi.


    Menurut keterangan mahkamah, Lawrence mengugut mangsa dengan sebilah dan mengancam mencederakannya jika remaja terbabit mengadu kepada sesiapa.

    Tidak cukup dengan itu, Amber, 19, kemudian menyapu dirinya dengan syampu anjing sebelum mencabul mangsa yang tidak didedahkan identiti atas sebab perundangan.


    Selepas puas, Amber kemudian mendorong seorang lelaki lain, Patrick Maughan, 26, sekali lagi merogol remaja terbabit.



    Berdasarkan keterangan saksi, Hakim Mahkamah Reading semalam mengarahkan Amber dihukum penjara maksimum empat tahun.

    Hakim berkata, Amber memilih untuk tidak mendedahkan apa yang berlaku ke atas dirinya sehingga dia menjadi begitu liar.


    "Bagaimanapun, dalam kes ini - berdasarkan keterangan yang diberi saksi serta sabitan kesalahan sebelumnya - saya berpuas hati mendapati Amber berbahaya," katanya.

    Sebelum ini, Amber dipenjara kerana memaksa dua budak lelaki berusia sembilan dan 10 tahun melakukan seks oral bergilir-gilir .


    Menurut hakim, Amber membahayakan orang awam, termasuk kanak-kanak dan remaja.


    "Kemungkinan besar dia akan kekal begitu sehinggalah dia mampu mengawal dirinya," katanya.



     sumber : myMetro

    Anak gajah perlu lalui ujian DNA elak dicuri

    Posted: 20 Jan 2012 06:45 PM PST


    COLOMBO: Dalam usaha menangani insiden kecurian anak gajah yang semakin menjadi-jadi, badan pemuliharaan hidupan liar Sri Lanka meminta zoo nasional dan pusat pembiakan gajah Pinnawala melakukan ujian DNA ke atas gajah yang diberikan kepada individu tertentu.
    Ketua badan itu, Nayanaka Ranwella, berkata mereka meminta Ketua Pengarah zoo nasional, Bashwara Senanka Gunaratne agar gajah yang diberikan kepada individu secara peribadi bukan saja perlu menjalani ujian DNA, tetapi juga perlu dilabel. - Agensi


    sumber : myMetro

    Gempak..Ruang khas bagi perokok

    Posted: 20 Jan 2012 06:30 PM PST


    Adik ipar Giggs takut dibunuh suami kerana curang

    Posted: 20 Jan 2012 06:15 PM PST


    LONDON: Sambil menayangkan gaya rambut terbarunya, Natasha Giggs mendedahkan dia takut dibunuh suaminya, selepas hubungan sulit dengan abang iparnya, Ryan Giggs, 38, terdedah.
    Menurut Natasha, dia takut bersemuka dengan suaminya, Rhodri, untuk mengaku curang dengan Ryan.

    Justeru, kata Natasha, 29, dia melarikan diri ke luar negara dan memilih untuk membuat pengakuan melalui surat kepada Rhodri.


    Surat itu disampaikan adiknya kepada Rhodri.

    Kini menyertai siri realiti televisyen Celebrity Big Brother, Natasha berkata, hubungannya dengan Rhodri sangat tegang.


    "Saya tak tahu bagaimana reaksinya jika saya berdepan untuk mengaku menjalin hubungan sulit dengan Ryan sebelum ini," katanya ditemubual dalam rancangan This Morning, semalam.



    Natasha mengaku meniduri bintang kelab Manchester United itu hanya dua bulan sebelum berkahwin dengan Rhodri, 34.

    Bagaimanapun, Natasha mendakwa, dia tidak tidur dengan Rhodri selama tiga tahun.


    Natasha dan Rhodri - kini bekerja sebagai pemandu van - cuba memulihkan hubungan itu semula demi masa depan anak lelaki mereka yang berusia lima tahun.

    Hasil perkahwinan terdahulu daripada Rhodri, Natasha juga memiliki seorang anak lelaki berusia 10 tahun. - TS



    sumber : myMetro

    Hakim dihidang makanan bercampur air kencing

    Posted: 20 Jan 2012 06:00 PM PST


    LONDON: Tukang masak dan staf kantin sebuah mahkamah di Britain disiasat polis selepas ada pihak tertentu menghidangkan hakim dengan makanan bercampur air kencing.
    Media semalam melaporkan, pihak berkuasa menyiasat kemungkinan insiden itu dilakukan pihak tertentu yang tidak berpuas hati terhadap sistem kehakiman dan mahu membalas dendam.

    Dipercayai, kesan air kencing dipercayai ditemui dalam sup, salad dan sandwic disediakan di Mahkamah Snaresbrook di London Timur.


    Kakitangan keselamatan dan polis dihubungi selepas hakim dan pendakwa mengadu hidangan makan tengah hari mereka berbau tengik.

    Sumber berkata, pihak berkuasa bimbang kejadian itu dilakukan kakitangan kantin mahkamah.


    "Menurut hakim dan pendakwa, makanan mereka berasa semacam ketika dikunyah," katanya.



    Mahkamah itu pernah mengendalikan beberapa kes berprofil tinggi, termasuk memenjarakan vokalis Culture Club, Boy George, selama 15 bulan kerana menyeksa seorang pelacur lelaki pada 2009. - TS


    sumber : myMetro

    Kubur untuk orang yang paling miskin

    Posted: 20 Jan 2012 05:45 PM PST


    HOMEWOOD, Amerika Syarikat (AS) - Sebanyak 30 mayat yang merupakan orang paling miskin kerana tidak mempunyai wang untuk membiayai kos pengebumian sendiri telah dikebumikan dalam sebuah lubang kubur di kawasan perkuburan Homewood Memorial Gardens pada Rabu lalu.
    Tiada seorang pun rakan atau saudara si mati yang datang untuk menyaksikan pengebumian itu.
    Situasi ekonomi yang sukar di AS menyebabkan terdapat peningkatan pengebumian orang yang amat miskin termasuk di Chicago dan di kawasan sekitarnya. - AFP
    sumber : kosmo online

    Kematian dua bayi lelaki bukan sebab tersedak susu

    Posted: 20 Jan 2012 05:30 PM PST


    KUALA LUMPUR - Kematian dua bayi lelaki di sebuah rumah asuhan kanak-kanak di Taman Permata, Hulu Klang di sini masih menjadi misteri.
    Ini kerana keputusan laporan bedah siasat yang dilakukan tidak menunjukkan bayi tersebut meninggal dunia disebabkan tersedak susu.
    Dua bayi yang mati di rumah asuhan kanak-kanak itu ialah Arif Amsyar Ruhi Budiman, tujuh bulan dan Muzaffar Mohd. Faizal, tiga bulan setengah.
    Bapa kepada Arif Amsyar, Ruhi Budiman Samsuri, 35, berkata, pihak hospital memberitahunya siasatan lanjut akan dilakukan untuk mengenal pasti sebenar kematian anak bongsu daripada tiga beradik itu.
    "Saya dimaklumkan tidak ada unsur tersedak susu atau pun makanan pada bayi saya selepas jalani bedah siasat.
    "Sehingga semalam (kelmarin), pihak hospital hanya memberitahu mereka akan jalankan siasatan terperinci punca kematian Arif Amsyar," katanya ketika ditemui di sini semalam.
    Cerita Ruhi Budiman, dalam perbualan ringkas dengan kakitangan rumah asuhan kanak-kanak itu kelmarin, bayinya, Arif Amsyar menyusu setengah jam sebelum disedari tidak bernyawa.
    "Mereka kata, selepas beri susu setengah jam, anak saya elok bergerak dan tidak menunjukkan sebarang tanda sesak nafas, kemudian anak saya tidur, ketika tidur itulah mereka kata anak saya sudah tidak bernyawa," ujarnya menahan sebak.
    Kosmo! semalam melaporkan dua bayi yang tinggal di sebuah rumah asuhan kanak-kanak dilaporkan meninggal dunia selepas tersedak susu.
    Kejadian pertama berlaku pada pukul 2..40 petang yang membabitkan Muzaffar dan selang sepuluh minit kemudian, Arif Amsyar pula mengalami nasib yang sama.
    Dalam pada itu, Mohd. Faizal Jaafar, 32, bapa kepada Muzaffar berkata, dia pasti akan merindui tangisan bayi kesayangannya itu.
    sumber : kosmo online

    Ibu minta solat jenazah

    Posted: 20 Jan 2012 05:15 PM PST


    MUAR: "Dua hari lalu, ketika kami makan malam bersama, ummi meminta saya menjadi imam solat jenazahnya jika dia meninggal dunia.
    "Saya anggap ia gurauan, tetapi rupa-rupanya itu pesanan terakhirnya sebelum dia pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya," kata Fared Shazwan Shukor, 16, anak kepada Rosmi Mahfodz, 42, yang maut dirempuh treler di Batu 17, Air Hitam di sini, pagi semalam.

    Dalam kejadian jam 7.50 pagi itu, Rosmi dari Kampung Batu 14, sedang menghidupkan enjin motosikalnya untuk pulang selepas membeli kuih untuk sarapan pagi di sebuah gerai di tepi jalan itu apabila dia dirempuh treler terbabas.


    Ketika ditemui di Hospital Pakar Sultanah Aminah, Fared yang juga anak kedua daripada empat beradik berkata, ketika sedang menikmati hidangan, ibunya yang mesra dipanggil ummi tiba-tiba meluahkan hasrat mahukannya melakukan perkara berkenaan.

    "Ummi terdiam dan merenung mata saya sambil berkata, 'Angah, ummi mahu angah jadi imam sembahyang jenazah ummi nanti.


    "Saya membalas permintaan berkenaan dengan senyuman. Walaupun agak pelik dengan permintaan itu, tetapi saya anggap ummi bergurau," katanya.



    Menurut pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Vokasional di Sungai Abong itu, sebelum ke sekolah pagi semalam, dia sempat bersarapan telur separuh masak yang disediakan ibunya dan bersalaman serta mencium tangan ibunya itu.

    "Ketika itu ummi kelihatan ceria seperti biasa dan tidak menunjukkan sebarang kelakuan pelik. Seperti kebiasaan, ummi juga turut memerhatikan saya ke sekolah dari pintu rumah.


    "Tidak sampai sejam kemudian, saya diberitahu pihak sekolah mengenai kemalangan itu dan pengetua menghantar saya ke tempat kejadian," katanya.

    Anak bongsu mangsa, Emer Yusoff, 7, berkata, ketika menghantarnya ke Sekolah Kebangsaan Bukit Naning, pagi semalam, ibunya berpesan supaya belajar bersungguh-sungguh.


    "Seperti biasa, ummi senyum setiap kali saya mencium tangannya sebelum memasuki kelas. Ummi turut berpesan supaya saya belajar rajin-rajin," katanya.


    Dalam kejadian itu, Rosmi sedang menghidupkan enjin motosikalnya selepas membeli kuih di gerai berkenaan apabila dirempuh dan diheret treler yang terbabas.


    Rosmi diheret hingga terbenam ke dalam parit di belakang gerai menjual kuih berkenaan dan jenazahnya berjaya dikeluarkan kira-kira tiga jam kemudian.


    Kemalangan itu turut membabitkan empat kenderaan lain, tetapi semua pemandu serta penumpangnya selamat.



    sumber : myMetro

    Pasangan jahanam kurung,ratah anak angkat

    Posted: 20 Jan 2012 05:00 PM PST


    KUALA LUMPUR: Malang bagi seorang gadis apabila simpati yang dicari dengan menumpang di rumah bapa dan ibu angkat selepas berselisih faham dengan abangnya bertukar tragedi apabila menjadi hamba seks pasangan terbabit selama 19 hari, sebelum berjaya melarikan diri, Selasa lalu.
    Dalam kejadian itu, gadis berkenaan yang berusia 21 tahun berselisih faham dengan abang kandungnya pada 28 Disember lalu sebelum keluar ke rumah bapa dan ibu angkatnya yang berusia 40-an di Kajang Utamauntuk menumpang sementara. 
    Menurut sumber, sebaik tiba di rumah itu, mangsa menceritakan masalah dialami kepada bapa dan ibu angkatnya itu.

    "Selepas mendengar masalah itu, mangsa diarah ibu angkatnya masuk ke dalam bilik tidur utama, tetapi mangsa enggan berbuat demikian menyebabkan dia dipukul.



    "Sebaik masuk ke dalam bilik, ibu angkatnya mengunci pintu manakala bapa angkatnya yang menunggu di dalam bilik menayangkan filem lucah," katanya.

     
    sumber : myMetro

    Panggilan telefon bocor rahsia

    Posted: 20 Jan 2012 04:45 PM PST


    SHAH ALAM: Misteri 'kehilangan' selama 10 hari seorang lelaki warga Pakistan yang baru tiga hari menjejak kaki di Malaysia terjawab kerana dia diculik sekumpulan tiga lelaki di sebuah rumah di Bandar Baru Bangi, 10 Januari lalu.
    Mangsa berusia 24 tahun datang ke negara ini bersama bapa saudaranya dari Pakistan atas urusan perniagaan diculik kumpulan terbabit ketika tinggal seorang diri di rumah pada jam 4.30 petang sebelum suspek meminta wang tebusan RM1.7 juta dari keluarga mangsa.

    Bagaimanapun, mangsa diselamatkan sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang yang membuat serbuan di sebuah premis di Kajang dan menahan suspek. Menceritakan semula kejadian, Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, pada hari kejadian, suspek datang menaiki sebuah kereta dan menyerbu masuk ke dalam rumah mangsa sebelum melarikan mangsa ke satu lokasi yang tidak dikenal pasti.


    Katanya, selepas mangsa diculik, suspek menghubungi ahli keluarganya dan meminta wang tebusan RM1.7 juta jika mahu mangsa dilepaskan selain tidak dicederakan.

    "Cemas dan takut dengan ugutan suspek, keluarga mangsa membuat laporan polis.


    "Berdasarkan maklumat diterima, BSJ IPD Kajang menubuhkan satu pasukan khas bagi menjejaki lokasi mangsa disembunyikan suspek," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, semalam.



    Tun Hisan berkata, berdasarkan rekod panggilan telefon yang dibuat suspek kepada keluarga mangsa, polis berjaya menjejaki lokasi suspek menyembunyikan mangsa dan membuat serbuan di sebuah premis di Kajang dan menyelamatkan mangsa pada jam 6.45 petang, kelmarin.

    "Susulan penahanan suspek di Kajang, polis kemudian menjalankan gerakan menjejaki saki-baki kumpulan terbabit di dua lagi lokasi berasingan iaitu di Banting dan Seremban.


    "Seramai 10 lelaki warga Pakistan berusia 26 tahun hingga 41 tahun ditahan dan ada antaranya bekerja sebagai buruh kasar dan peniaga di Malaysia.

    "Dalam ketiga-tiga siri serbuan itu, polis turut merampas sembilan telefon bimbit, 10 kad sim, wang tunai RM150 dan pasport milik suspek.


    "Semua suspek kini direman sehingga 25 Januari ini bagi proses siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 dan sabit kesalahan boleh dihukum mati atau dipenjara seumur hidup,' katanya.



    sumber : myMetro

    Abby meracau tengah malam

    Posted: 20 Jan 2012 04:30 PM PST


    KUALA LUMPUR: "Saya terkena sihir (buatan orang) sejak dua bulan lalu menyebabkan bahagian kanan perut sakit sehingga sukar berjalan dan tidur selain mengalami kesakitan teramat sangat di bahagian pinggang. Pengamal perubatan Islam memaklumkan saya disihir dengan dihantar jin," kata pelakon, Abby Abadi, 35.
    Beliau seorang lagi selebriti tampil mendedahkan kejadian pelik yang dialaminya dipercayai perbuatan pihak tidak bertanggungjawab.

    Kelmarin penyanyi rock Awie mendedahkan dia menjadi mangsa perbuatan pihak tertentu yang menghantar 'santau tuju-tuju' kepadanya menyebabkan kesihatannya terganggu dan mengalami kejadian pelik termasuk muntah mengandungi jarum dan bulu ayam.


    Semalam, Amy Search pula dilaporkan hilang suara akibat terkena buatan orang.

    Menurut Abby, kejadian pelik menimpanya itu berlaku sejak dua bulan lalu menyebabkan dia sukar tidur dan sering meracau pada waktu malam. Akibat menahan kesakitan, katanya, dia sering menangis selepas terjaga daripada tidur.


    "Bimbang dengan kesakitan dialami, saya ke hospital dua kali November lalu, namun doktor memberitahu saya tidak mengalami sebarang penyakit. "Doktor turut membuat pemeriksaan badan dan memberikan suntikan, namun kesakitan itu terus menjadi-jadi," katanya.



    Menurut Abby, dia mencari alternatif mengubati penyakit itu dengan berjumpa lima pengamal perubatan Islam di Selangor, Melaka dan ibu kota termasuk mendapatkan rawatan daripada keluarga pelakon, Ashraf Muslim di Gombak.

    "Kelima-lima pengamal terbabit memberitahu saya terkena sihir apabila individu yang dengki menghantar jin untuk mengganggu kehidupan saya. Saya mengalami kesakitan hanya bahagian dalaman badan tetapi tiada luka di luaran," katanya.


    Abby berkata, sebelum ini dia tidak pernah menyakiti hati atau memusuhi sesiapa selain tidak pernah mempercayai unsur mistik, namun kejadian pertama kali menimpanya itu membuatkan dia membuka mata mempercayainya.

    "Ketika mendapatkan rawatan di perubatan Islam, saya mendapati ramai individu yang difahamkan terkena sihir. Perkara ini semakin serius dan menjadi-jadi di kalangan masyarakat kita," katanya.


    Menurut Abby, dia tidak mahu menuding jari kepada sesiapa kerana sehingga kini tidak tahu siapa dalang sebenar melakukan perkara itu.


    "Saya menganggap apa terjadi adalah ujian Allah s.w.t kerana Dia mahu saya sentiasa dekat dengan-Nya. Saya tidak mahu memanjangkan perkara ini dan biarlah si pelaku menjawab dengan Allah di akhirat kelak.


    "Saya harus tabah dan gagahkan diri dengan semua ujian yang datang tambahan pula harus mencari rezeki bagi menyara tiga anak," katanya.


    Kata Abby, ketika terkena serangan penyakit misteri itu, dia tidak dapat berjalan malah hanya mampu tertunduk-tunduk seperti orang tua.


    "Ustaz ada menasihati saya, untuk mengubati penyakit ini saya harus memperbanyakkan solat istikharah dan berzikir. Setakat ini keadaan saya semakin pulih, namun saya bimbang pada masa depan saya akan diserang semula," katanya.



    sumber : myMetro

    Kakak nak pergi kerja kena tarik dalam semak dibelasah dan dipijak

    Posted: 20 Jan 2012 04:15 PM PST


    GOMBAK: Seorang wanita yang ingin ke tempat kerjanya berdepan detik cemas apabila diekori lelaki misteri sebelum dia ditarik masuk ke dalam semak dan dibelasah, malah dipijak dalam kejadian di Batu 11, Jalan Gombak Lama, di sini, kelmarin.
    Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, wanita terbabit yang berusia 23 tahun berjalan berseorangan untuk ke tempat menunggu bas yang terletak berhampiran kawasan perumahannya.

    Menurut sumber, ketika kejadian mangsa mengambil jalan pintas untuk ke pondok bas itu dengan melalui lorong berbukit namun tiba-tiba muncul seorang lelaki mengekorinya.


    Beliau berkata, mangsa yang mula mengesyaki ada sesuatu tidak kena cuba melarikan diri namun gagal apabila lelaki terbabit menyerangnya dari belakang sebelum menariknya masuk ke dalam semak di kawasan berhampiran.

    "Mangsa yang ketakutan cuba menjerit namun gagal apabila mulutnya ditekup. Lelaki itu turut menumbuk mukanya beberapa kali.


    "Tidak cukup dengan itu, lelaki terbabit turut memijak perut mangsa beberapa kali menyebabkannya mengerang kesakitan," katanya.



    Menurutnya, mangsa sempat melawan dan berjaya melepaskan diri sebelum keluar dari semak sambil menjerit meminta tolong.

    "Terkejut dengan tindakan itu, lelaki terbabit melarikan diri ke dalam hutan di kawasan berhampiran.


    "Mangsa yang trauma dengan kejadian itu membuat laporan di Balai Polis Gombak," katanya


    sumber : myMetro

    Lelaki ditetak hingga mati selepas bantu mangsa kebakaran

    Posted: 20 Jan 2012 04:00 PM PST


    JOHOR BAHARU: Seorang lelaki mati ditetak beberapa jam selepas dia membantu menyelamatkan mangsa kebakaran di sebuah flat di Taman Ungku Tun Aminah di sini awal hari ini.


    Tang Nyuk Yeow, 44, yang bekerja sendiri, ditetak di sebuah restoran mamak berdekatan dengan flat tersebut di Jalan Perkasa 3 di sini pada pukul 1.20 pagi. 


    Difahamkan, Tang yang tinggal di blok 47, telah pergi dari rumah ke rumah untuk memberitahu penduduk blok 48 bahawa flat mereka sedang terbakar. 


    Ketua polis daerah Johor Baharu Utara ACP Ruslan Hassan berkata, semasa kejadian, mangsa sedang menikmati minuman bersama rakan-rakannya di restoran itu apabila sekumpulan lelaki menaiki dua motosikal mendatangi lalu menetaknya. 






    "Mangsa diserang oleh salah seorang daripada kumpulan tersebut dengan menggunakan parang di leher, lengan dan bahagian badannya," kata Ruslan. 




    Mangsa cuba untuk melarikan diri namun gagal selepas ditetak berulang kali sebelum rebah dan mati di depan kaunter juruwang restoran itu. 


    Mayat mangsa dihantar ke Sultanah Aminah Hospital di sini. 


    Penyerang terbabit yang tidak menggunakan topeng muka tidak mengapa-apakan rakan mangsa. 


    Siasatan awal bagaimanapun mendapati kamera rakaman litar tertutup (CCTV) restoran berkenaan tidak berfungsi semasa kejadian. 


    "Polis masih menyiasat punca sebenar kejadian itu dan tidak menolak kemungkinan motif disebabkan dendam," katanya. 


    Beliau menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi talian hotline polis di 07-2212-999 atau balai polis yang berdekatan bagi membantu siasatan. -- BERNAMA


    sumber : myMetro

    Nasib baik ..Peniaga kuih tarik rakan elak dirempuh

    Posted: 20 Jan 2012 03:51 PM PST


    MUAR: "Saya menarik tangan rakan untuk menyelamatkan diri manakala Rosmi pula dirempuh dan diseret treler hingga terbenam ke dalam parit di belakang gerai kuih," kata peniaga kuih, Siti Wagiah Amat, 43, menceritakan tragedi mengorbankan ibu tunggal, Rosmi Mahfodz, 42, selepas membeli kuih di gerainya, semalam.
    Menurut Siti, dia terdengar bunyi brek kenderaan yang kuat dan terkejut apabila melihat treler itu menghala ke gerainya.

    "Tanpa berfikir panjang, saya menarik rakan dan berlari ke kedai runcit berhampiran untuk menyelamatkan diri. Tak sangka arwah tidak sempat berbuat apa-apa dan dirempuh treler terbabit.


    "Ia cukup dahsyat dan orang ramai yang ada di sekitar lokasi kejadian cuba membantu, tetapi tidak boleh berbuat apa-apa," katanya.

    Menurut Siti, sebelum kejadian, dia melihat Rosmi singgah di kedai runcit berhampiran membeli sayur dan ikan sebelum beredar ke arah Parit Sulong.


    "Bagaimanapun, tidak sampai lima minit kemudian, Rosmi berpatah balik dan singgah untuk membeli kuih dan ketika dia membeli karipap serta pau, saya lihat mukanya pucat tetapi ceria," katanya yang mengenali Rosmi yang juga tukang urut sejak 23 tahun lalu.



    Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Muar, Arif Jili berkata, pihaknya mendapat panggilan kecemasan pada jam 7.58 pagi dan bergegas ke tempat kejadian bersama lapan anggota dan sebuah jentera.

    "Keadaan parit dan tanah gambut menyukarkan kerja mengeluarkan mangsa yang berada di bawah tayar treler berkenaan.


    "Kami terpaksa mendapatkan bantuan dua kren untuk mengangkat treler yang terbenam bagi mengeluarkan mangsa," katanya.

    Menurut Arif, jenazah mangsa berjaya dikeluarkan tiga jam kemudian. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli yang dihubungi mengesahkan kejadian.


    "Jenazah dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.


    Difahamkan, pemandu treler, kelindan, pemandu empat kenderaan lain serta penumpang terselamat.



    sumber : myMetro

    Wanita ditembak dalam cubaan samun kereta di Johor Bahru

    Posted: 20 Jan 2012 03:00 PM PST


    JOHOR BAHRU: Seorang wanita cedera apabila ditembak dalam cubaan untuk menyamun kereta Toyota Camry keluarganya di Jalan Landak, Taman Abad di sini awal hari ini.


    Kejadian pada pukul 1.10 pagi itu menyebabkan Lim Sui Kim, 62, cedera di paha kanan dan kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah di sini. 


    Lim yang ditemui di hospital itu hari ini berkata empat lelaki, dua daripadanya bertopeng, memecahkan kunci pagar untuk memasuki kawasan rumah teres setingkat mereka dan meminta suami saya menyerahkan kunci kereta. 


    "Tapi suami saya kata kunci itu telah dibawa oleh anak lelaki saya yang bekerja di Singapura dan melihat keadaan itu, saya yang berada di dalam bilik terus menghubungi polis," katanya 






    Beliau berkata tindakannya itu disedari lelaki-lelaki terbabit dan seorang daripada mereka memasuki bilik itu lalu melepaskan tembakan yang menembusi paha kanannya. 




    Mereka kemudian melarikan diri bersama beg duit mangsa yang mengandungi sedikit wang tunai dan kad pengenalan. 


    Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan ACP Zainuddin Yaacob yang ditemui di tempat kejadian berkata siasatan awal polis menemui sebatang besi kuku kambing yang dipercayai diguna untuk memecahkan kunci pintu pagar rumah mangsa. 


    Beliau berkata pihaknya menubuhkan pasukan khas untuk memburu penjenayah terbabit dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi talian hotline 07-221 2999 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. -- BERNAMA


    sumber : myMetro

    Puding termahal didunia

    Posted: 20 Jan 2012 10:00 AM PST

    Sudah sering makan puding? Tentu saja ini bukan puding biasa kerana harganya boleh membuat Anda menangis. Puding dengan desain seperti telur paskah Faberge, harganya dijual sekitar 22 ribu poundsterling . Demikian diberitakan Daily Mail.

    Puding ini dibuat dari bahan-bahan super mewah termasuk emas, kaviar sampanye, dan dua karat berlian.Puding ini dibuat dengan empat tipe berbeza dari cokelat terbaik Belgium dengan rasa kombinasi peach, orange, dan whiskey.

    Puding ini ditutupi dengan jelly dan biskuit serta daun dari emas. Ini merupakan buah karya dari ketua juru masak Marc Guibert di Lindeth Howe Country House Hotel,Windermere, Cumbria, Inggris, dan dilancarkan untuk acara National Chocolate Week.

    Dengan harga sekitar 22 ribu poundsterling, hidangan penutup ini dengan mudah memecahkan rekor yang dipegang oleh Serendipity 3 Restaurant, New York, tahun lalu yang menjual Frrrozen Haute Chocolate dengan harga 15.730 poundsterling.

    Sumber