Adsense

Isnin, 5 November 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Busana Rekaan Ezuwan Ismail Kini Dijual di Butik Ratu

Posted: 05 Nov 2012 09:02 PM PST

SIDANG MEDIA MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN KOLABORASI DI ANTARA DE GALERI RATU (M) SDN. BHD. & EZUWAN ISMAIL

Baru-baru ini telah berlangsung Majlis Menandatangani Perjanjian MoU antara De Galeri Ratu bersama pereka fesyen Ezuwan Ismail.

Untuk info pembaca, RATU yang telah diasaskan di bawah syarikat De Galeri Ratu (M) Sdn. Bhd. semenjak tahun 2008 kini telah mempunyai 5 cawangan utama dan 3 cawangan francais serta 20 stokis yang aktif seluruh negara termasuk Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura.

Ezuwan Ismail Ratu

Lokasi cawangan RATU adalah di Setapak, Bangi, Semua House, Ukay Boulevard, Shah Alam (Seksyen 13), Shah Alam (Seksyen 9), Klang dan Alor Setar. Bakal dibuka pada 17 November 2012 adalah cawangan RATU di Kota Bharu, Kelantan.

Terkini pelanggan yang memiliki kad keahlian RATU adalah melebihi 15,000 orang.

Bersempena dengan sambutan ulangtahun RATU yang ke-4, satu kolaborasi diwujudkan di antara RATU dan pereka fesyen, Ezuwan Ismail untuk menghasilkan koleksi eksklusif khas untuk wanita.

Ezuwan Ismail merupakan pereka fesyen muda tanahair yang tidak asing lagi dalam industri fesyen tempatan. Beliau dikenali dengan rekaannya yang sangat anggun dan sering digayakan oleh ramai selebriti tempatan.

Objektif kolaborasi ini adalah bagi merealisasikan impian penggemar fesyen di luar sana untuk memiliki koleksi busana rekaan pereka fesyen terkenal pada harga yang istimewa. Koleksi RATU by Ezuwan Ismail adalah terhad dan eksklusif bakal dijual pada harga antara RM300-RM350 sepasang sahaja.

Pada 10 November 2012, satu pertunjukan fesyen sempena pelancaran koleksi RATU by Ezuwan Ismail akan diadakan di The Royale Chulan, Kuala Lumpur dan bakal dihadiri ramai selebriti yang akan turut menggayakan koleksi terbaru ini.

Ezuwan Ismail Ratu

Jualan khas koleksi RATU by Ezuwan Ismail fasa pertama akan diadakan pada 30 November 2012 sehingga 2 Disember 2012. Manakala fasa kedua akan diadakan pada 21 Disember sehingga 23 Disember 2012. Pada setiap fasa akan menampilkan rekaan yang berlainan.

15 lokasi terpilih di seluruh negara yang terlibat dalam jualan khas koleksi RATU by Ezuwan Ismail adalah cawangan RATU Setapak, Bangi, Semua House, Ukay Boulevard, Shah Alam (Seksyen 13), Shah Alam (Seksyen 9), Klang, Alor Setar dan Kota Bharu. Turut terlibat Hotel The Royale Bintang Seremban, Hotel Holiday Inn Melaka, Hotel Grand Paragon Johor Bahru, Hotel Impiana Ipoh, Hotel Zenith Kuantan selain jualan secara dalam talian (online).

Pada hari Sabtu ini pula, satu pertunjukkan fesyen diadakan bersempena dengan pelancaran kerjasama ini di sebuah hotel terkenal di Kuala Lumpur. Budiey dengar, ada persembahan dari Misha Omar dan Noryn Aziz serta persembahan fesyen rekaan Ezuwan Ismail yang akan digayakan oleh jelitawan terkenal Leuniey. Turut memeriahkan majlis ialah pemain bola sepak terkenal Khairul Fahmi Che Mat dan ramai lagi selebriti akan hadir.

Ezuwan Ismail Ratu

Ezuwan Ismail Ratu

Ezuwan Ismail Ratu

Ezuwan Ismail Ratu

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

No tags for this post.

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

Gambar Pra Perkahwinan Lee Chong Wei

Posted: 05 Nov 2012 08:40 PM PST

& SIARKAN MAJLIS PERKAHWINAN DATO'

Ramai sudah mengetahui bahawa pemain badminton no. 1 negara, Dato' Lee Chong Wei bakal mengakhiri zaman bujang bersama pasangannya, Wong Mew Choo. Bagaikan buku bertemu ruas, kedua-dua pasangan itu sama-sama lincah dalam arena sukan badminton. Siapa menyangka kisah cinta yang berpanjangan selama 11 tahun kini akan berakhir dengan penyatuan dua hati.

Bagi menghargai jasa pasangan ini yang telah banyak mengharumkan nama Malaysia di persada negara, ntv7 dan portal Tonton akan menyiarkan liputan khas bagi acara perkahwinan yang bakal berlangsung selama dua hari pada 9 dan 10 November ini bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Liputan eksklusif ini dibawakan KHAS OLEH ntv7 setelah PENGUMUMAN sebagai media rasmi dibuat oleh Dato' Lee Chong Wei dalam SIDANG MEDIA pada 3 November lalu.

Logo

Majlis perkahwinan eksklusif dan istimewa ini bakal dihadiri oleh tetamu undangan khas antaranya kerabat Diraja, para menteri kabinet selain tetamu kehormat lain pada hari pertama acara dilangsungkan. Upacara makan malam turut dihoskan oleh dua personaliti ntv7, Charles Mohan dan Jasmine Abu Bakar. Manakala pada 10 November nanti, pasangan pengantin akan diraikan oleh keluarga terdekat, saudara-mara, sahabat-handai, para ahli sukan termasuk para selebriti dengan jumlah undangan mencecah hampir 2,500 orang. Pengacara popular Owen Yap dan Hui Mei akan turut sama bertindak sebagai perantara di majlis tersebut.

Turut berkongsi perasaan gembira bersempena perkahwinan ikon sukan ini adalah Pengurus Besar Kumpulan ntv7 & 8TV, Airin Zainul; "Kami amat berbangga diberikan hak penyiaran eksklusif oleh pihak Dato' Lee bagi bersama-sama berkongsi kegembiraan pasangan ini yang semestinya bakal menjadi tumpuan bukan sahaja dari seluruh Malaysia malah mungkin seluruh dunia".

ntv7 juga bakal menyiarkan rancangan dokumentari khas yang bakal mengupas kisah hidup Dato' Lee dan Wong Mew Choo dan perjalanan kisah cinta mereka melalui temubual khas bersama kenalan rapat pasangan itu. Rancangan yang dinamakan 'A Galaxy of Love' itu akan disiarkan ntv7 pada 11 November, Ahad, jam 9.00 malam.

"ntv7 sebelum ini pernah menarik perhatian penonton melalui dokumentari khas pasangan Diraja Britain dan dengan rangka promosi yang sama, kami PERCAYA 'A Galaxy of Love' akan mendapat sambutan baik penonton yang ingin mengetahui kisah hidup pasangan badminton kesayangan mereka" tambah Airin.

Sementara itu, Pengurus Besar Kumpulan Media Baru turut teruja apabila Tonton diberikan mandat dalam menyiarkan rakaman sekitar majlis perkahwinan yang bakal ditonton oleh pengguna di seluruh dunia. "Kami begitu gembira membawakan siaran langsung majlis perkahwinan Dato' Lee secara 'streaming' menerusi portal Tonton yang kini menjangkau 2.5 juta pengguna berdaftar. Peminat dari seluruh dunia bakal ditawarkan pengalaman bermakna menjadi saksi kepada sambutan perkahwinan ulung ini di mana sahaja mereka berada menerusi komputer dan peranti pintar yang lain," ujar Lam Swee Kim.

Siaran langsung 'streaming' menerusi portal Tonton boleh diakses pada 9 dan 10 November dari jam 7.00 malam hingga 10.30 malam di www.tonton.com.my.

Manakala, ntv7 akan menyiarkan liputan eksklusif bermula 9 November, (Jumaat) melalui lintas langsung Edisi 7 pada pukul 7.00 malam dan 7 Edition pada pukul 8.00 malam. Ini diikuti siaran langsung majlis perkahwinan selama satu jam pada 10 November, (Sabtu) keesokan harinya. Rancangan dokumentari istimewa selama setengah jam, A Galaxy of Love pula akan menemui penonton ntv7 pada 11 November, jam 9.00 malam untuk berkongsi cerita lebih mendalam kisah pasangan dua sejoli itu melalui temubual bersama kenalan rapat, jurulatih mereka dan klip video pasangan itu.

Turut meraikan pasangan itu adalah rancangan temubual wanita, Bella yang akan mengupas topik menarik tentang latar belakang Dato' Lee dan Wong, kerjaya mereka sebagai pemain badminton dan kisah cinta romantik mereka bermula 4 November sehingga 8 November nanti.

TV9 juga tidak ketinggalan dalam menawarkan kupasan menarik melalui rancangan Nasi Lemak Kopi O (NLKO) selain perkembangan ringkas liputan acara perkahwinan menerusi Galaksi dan Hip TV.

Peraduan khas turut dianjurkan di https://www.facebook.com/ntv7.feelgood dengan pemenang slogan terbaik ditawarkan sepasang pas VIP ke majlis perkahwinan itu kelak. Tonton tidak terkecuali dalam menawarkan pas jemputan ekslusif buat peminat ke majlis perkahwinan ini menerusi pautan laman sesawang http://apps.tonton.com.my/LCWMC/contest/

Detik kiraan kini tinggal empat hari sebelum perkahwinan pasangan badminton negara berlangsung. Kepada orang ramai yang ingin menyampaikan ucapan khas kepada pasangan idola badminton mereka, ntv7 mengalu-alukan anda untuk menggunakan hashtag #LCWMC untuk tujuan itu.

Ringkasan siaran eksklusif perkahwinan Dato' Lee Chong Wei:

Tarikh Tonton ntv7
9 November Layari www.tonton.com.my untuk siaran global bermula 7.00 malam sehingga 10.30 malam.
*boleh diakses menggunakan komputer, tablet dan telefon pintar (Android 2.3+ & ios5+)
Lintas langsung menerusi pada 7.00 malam dan pada 8.00 malam.

10 November Layari www.tonton.com.my untuk siaran global bermula 7.00 malam sehingga 10.30 malam.
*boleh diakses menggunakan komputer, tablet dan telefon pintar (Android 2.3+ & ios5+)
Siaran langsung selama sejam di ntv7 bermula 8.30 malam sehingga 9.30 malam.

11 November – Rancangan dokumentari khas 'A Galaxy Of Love' pada pukul 9.00 malam.

Untuk maklumat lanjut, layari www.ntv7.com.my dan www.tonton.com.my atau ikuti perkembangan ntv7 dan Tonton menerusi laman sosial Facebook serta Twitter.

Lee Chong Wei

Dato' Lee Chong Wei & Wong Mew Choo

Dato' Lee Chong Wei & Wong Mew Choo2

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Tags: , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan: