Adsense

Selasa, 27 November 2012

Blog Sensasi Ohbayu

Blog Sensasi Ohbayu


(Hot!!!) Baby Diana, Remaja Mengaku Dirinya Tiada Dara Lagi Di Twitter

Posted: 27 Nov 2012 03:19 AM PST

Agak 'jujur' juga seorang remaja ini mengaku daranya telah tiada dan mendakwa telah 'dihilangkan' oleh teman lelakinya bernama Haziq.

Remaja perempuan nie dikenali sebagai Baby Diana @NurDianaaAli mengakui dan meroyan di laman Twitterlewat tengah semalam dan mengatakan dirinya telah ditinggalkan kekasih hatinya selepas mendapat daranya.

Followers si Baby Diana nie pun boleh tahan ramainya dan semasa screenshot ini diambil lewat tengah semalam, followers'nya mencecah 3,588 orang dan mempunyai ramai ragam di mana ada yang mengutuk, memberi nasihat dan lebih ramai yang mengambil kesempatan menyebabkan trending #AkuTiadaDara memenuhi timeline Twitter semalam.

Sama ada akaun Twitter ini benar-benar milik Baby Diana @NurDianaaAli atau akaun ini adalah parody? Atau akaun ini telah digodam oleh seseorang?

Comments

comments

(Panass!!!) Tidak Beri Nafkah Anak Dan Isteri, Aidil Zafuan Disaman Cara Tampalan

Posted: 26 Nov 2012 09:28 PM PST

PETALING JAYA: Pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abd. Radzak telah difailkan saman kerana gagal menunaikan tanggungjawabnya memberi nafkah semasa kepada anak dan isterinya, pelakon Rita Rudaini.

Peguam syarie Rita (plaintif), Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain berkata, surat saman telahpun dihantar ke alamat rumah ibu bapa Aidil di Seremban, Negeri Sembilan, namun tiada sebarang maklum balas yang diberikan.

"Sebenarnya kami telah memfailkan saman sejak dua bulan yang lepas tetapi pihak kami tidak mendapat sebarang maklum balas daripada Aidil. Justeru itu kami memohon penyampaian secara tampalan daripada pihak mahkamah.

"Ia merupakan saman gantian dimana pihak kami akan menampal notis saman di rumah Aidil di Seremban, tempat kerja Aidil iaitu di Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Angkatan tentera Malaysia (ATM)," katanya.

Zaidi ditemui selepas kes sebutan di Mahkamah Rendah Syariah di sini, pada Isnin. Beliau hadir seorang diri tanpa ditemani anak guamnya, Rita.

Hakim syarie, Abdl Halim Abu Samah telah menetapkan 13 Disember depan sebagai tarikh kes sebutan berkenaan dengan permohonan yang dibuat oleh pihak plaintif.

Sementara itu, Aidil, yang dihubungi mStar Online berkata, sehingga kini dia tidak mendapat sebarang surat saman daripada pihak isterinya itu.

"Walau sesibuk mana sekalipun, saya tidak akan mengabaikan hal-hal berkaitan mahkamah dan jujur saya katakan, saya atau pihak keluarga tidak mendapat sebarang surat saman daripada Rita.

"Kalau ada, sudah semestinya saya akan memberi surat balas atau membawa perkara ini merujuk kepada peguam saya," tegasnya.

Rita, 35 dan Aidil, 25, bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 tanpa pengetahuan keluarga pihak lelaki menyebabkan perkahwinan tersebut menimbulkan masalah yang berpanjangan.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia kira-kira setahun.

Pada Januari lalu Aidil bertindak keluar dari rumah mereka di Damansara dekat sini ketika Rita bersama anak-anak pulang ke kampung halamannya di Perlis.-Mstar

Comments

comments