Adsense

Sabtu, 29 September 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Khairul Fahmi Akui Leuniey Lebih Daripada Kawan Biasa

Posted: 29 Sep 2012 11:12 PM PDT

Peminat Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apek boleh menarik nafas lega apabila penjaga gol Malaysia ini mengakui bahawa hubungannya dengan Leuniey kini berada dalam fasa mengenali antara satu sama lain.

Khairul Fahmi berkata sedemikian sebagai respon terhadap usikan OHBULAN melalui artikel Foto Mesra Khairul Fahmi & Leuniey. Bakal Bertunang? yang dipaparkan pada hari Jumaat lalu. Memetik laporan Metro Ahad (laman 4), Khairul Fahmi mengatakan usikan mengenai pertunangan itu adalah tidak benar, namun apa yang penting baginya, Leuniey kini bukan sekadar kawan biasa.

Dalam pada itu, Leuniey turut berkata, "Saya tahu gambar saya dan Apek dipaparkan di sebuah blog. Saya rasa itu perkara biasa. Ia sekadar gambar."

Mengimbas kembali, sekitar pertengahan tahun ini, Khairul Fahmi & Leuniey sudah mula memberikan "hint" hubungan istimewa mereka dengan berkongsikan foto cincin melalui laman instagram.