Adsense

Sabtu, 29 September 2012

Blog Sensasi Ohbayu

Blog Sensasi Ohbayu


Gambar Haiwan Pelik Ditemui Di Panama

Posted: 28 Sep 2012 10:05 AM PDT

Haiwan Pelik Ditemui Di Panama. Satu spesis makhluk pelik telah ditemui di Panama. Menurut sumber yang diambil dari blog, seorang remaja telah memukul haiwan ini sehinga ia mati. Perbuatan mereka memukul sebaik sahaja haiwan ini merangkak ke arah mereka ketika keluar dari gua. Sejurus selepas itu, mereka kembali ke tempat tersebut untuk mengambil gambar bangkai haiwan pelik itu. Walaubagaimanapun, spesis haiwan ini masih tidak dapat dikenali. Jom lihat gambar haiwan pelik ini di bawah.

Gambar Hikmah Bertudung, Masyarakat China Sanjung Shila Amzah

Posted: 28 Sep 2012 07:13 AM PDT

Hikmah Bertudung, Masyarakat China Sanjung Shila Amzah

SEPANG: Juara pertandingan Asian Wave 2012, Shila Amzah menjelaskan keputusannya memakai tudung memberi hikmah yang cukup besar apabila dia diterima dengan baik oleh masyarakat China selepas menjadi juara Asian Wave 2012.

Shila berkata, dia sangat terharu dengan penerimaan peminat di negara itu ketika menyertai pertandingan tersebut kerana mereka benar-benar menghormati imejnya sebagai wanita Islam.

"Ternyata dalam setiap tindakan yang kita lakukan akan ada ganjarannya dan saya melihat hikmah kerjaya dan rezeki saya terbuka luas di negara orang sebagai satu nikmat yang besar.

"Malah saya dikenali di China kerana imej bertudung dan ia cukup menggembirakan saya," ujarnya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada Rabu.

Pada Khamis lalu, Shila yang juga anak kepada penyanyi dan pelakon 80-an, ND Lala dinobatkan sebagai juara program Asian Wave 2012 yang berlangsung di Shanghai.

Shila menyampaikan tiga buah lagu iaitu Gemilang nyanyian asal Jaclyn Victor, Grenade (Bruno Mars) dan sebuah lagu Mandarin berjudul Zheng Fu (Na Ying).

Kepulangan Shila bersama keluarganya turut disambut oleh peminat dan rakan-rakan media.

Tambah Shila, pihak produksi dan semua peserta yang terlibat juga turut memberikan layanan baik sepanjang berada di negara itu.

Katanya kejayaan yang dikecapnya itu adalah satu penantian berbaloi selepas hampir 12 tahun bergelumang sebagai anak seni selain menjadi bukti usahanya selama ini tidak sia-sia.

Sementara itu Shila berkata, kejayaan tersebut membutakan dia diberi peluang menjadi penyanyi jemputan untuk konsert bintang negara tersebut iaitu Eric Moo di Beijing pada 17 November depan.

Katanya ia satu penghargaan yang amat besar kerana mampu melangkah setapak lagi dalam mengembangkan bakatnya ke peringkat yang lebih jauh.

"Kejayaan ini bukan bererti saya sudah boleh mendabik dada sebaliknya masih banyak perkara yang perlu diberi perhatian kerana cabaran yang akan datang lebih hebat selepas ini," jelasnya.

Shila memberitahu kemenangan itu juga membolehkan dia berkongsi dana bersama pemenang tempat kedua dan ketiga bernilai RM5 juta yang diperuntukkan oleh Shanghai Media Group (SME).

Wang itu bagi menjalankan aktiviti promosi, persembahan pentas dan juga dalam usaha menjadikannya artis terkenal di seluruh Asia.