Adsense

Khamis, 2 Ogos 2012

Zon Artis

Zon Artis


Saman RM200 Ribu, Hafiz AF7 Enggan Beri Komen

Posted: 02 Aug 2012 07:17 AM PDT

HAFIZ AF7 DISAMAN

Nampaknya, Hafiz AF7 enggan memberi sebarang komen terhadap tuntutan saman berjumlah lebih RM200,000 yang dibuat oleh bekas pengurus pentas sebuah rancangan hiburan di Astro, Nur Haniza Mohd Azhar terhadapnya.

Seperti kata Hafiz:-

"Saya tidak mahu komen kerana bimbang sekiranya saya tersalah cakap, ia akan mendatangkan masalah yang lebih besar kepada saya,"

Menurut Hafiz lagi, kes ini sudah melibatkan mahkamah dan lebih baik sekiranya peguam dan pihak pegurusannya yang memberi sebarang kenyataan.

NOTA: Jika anda masih belum tahu mengenai kes tuntutan saman yang dibuat oleh bekas pengurus pentas sebuah rancangan hiburan di Astro terhadap Hafiz ini, anda boleh baca post terdahulu DI SINI. Semuanya jelas di situ.

Related Posts with Thumbnails

Abby Abadi & Memey Suhaiza Sudah Berbaik, Berbuka Bersama

Posted: 02 Aug 2012 02:00 AM PDT

Tersentuh hati ini bila mendapat tahu yang Abby Abadi sudah berbaik dengan Memey Suhaiza, individu yang membuatkan rumah tangganya dan Norman Hakim musnah. Syukur alhamdulillah dan kami tumpang gembira diatas berita baik ini.

Ini dibuktikan dengan sekeping gambar yang menunjukkan Abby Abadi dan Memey Suhaiza bergambar dalam keadaan mesra antara satu sama lain berserta mesej "doakan yang terbaik untuk kehidupan kami berdua dunia dan akhirat".

ABBY ABADI DAN MEMEY SUHAIZA BERBAIK

Dalam pada itu, Abby Abadi, Memey Suhaiza, Norman Hakim dan anak-anak juga telah berbuka puasa bersama-sama. Malah, Abby Abadi dan Memey Suhaiza juga sempat bersembahyang Maghrib bersama dengan berimamkan Norman Hakim.

ABBY ABADI DAN MEMEY SUHAIZA BERBAIK

Sekali lagi, syukur alhamdulillah. Semoga ikatan ukhwah ini akan terus erat dan berkekalan selamanya. InsyaAllah. Kepada Abby Abadi, Memey Suhaiza dan Norman Hakim, buanglah segala yang keruh dan ambillah yang jernih.

Psstt: Pelik sungguh lelaki ini~

Related Posts with Thumbnails