Adsense

Ahad, 26 Ogos 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


YUNA HOMECOMING CONCERT

Posted: 26 Aug 2012 06:32 PM PDT

HOMECOMING CONCERT 2012

Ini berita baik buat peminat penyanyi terkenal yang kini mencapai tahap artis antarabangsa, Yuna di mana Yuna akan mengadakan persembahan di di dua buah lokasi iaitu di dan di .

Eh, kat Kuala Lumpur takde eh?

Itu kena tanya Talent Harvest la sebab mereka yang anjurkan konsert ni. Jawapannya, memang konsert ini diadakan hanya di Penang dan di Kuching sahaja.

Yuna Concert

Budiey difahamkan HOMECOMING CONCERT di Pulau Pinang akan diadakan pada 10 November 2012 di . Manakala di Kuching pula pada 16 November 2012 di . Pintu akan mula dibuka pada jam 6 petang.

Tiket akan dijual di www.ticketpro.com.my bermula 30 Ogos 2012 jam 10 pagi. Boleh hubungi 03-7880 7999.

Early birds enjoy RM20-RM30 off from the pre-sale ticket price. For more information about the concert, kindly log onto www.facebook.com/yunahomecoming2012 or follow us on twitter at @yunahomecoming.

Budiey diberitahu, satu sidang media untuk mengumumkan konsert Yuna ini akan diadakan pada bulan September ini.

Pastinya, konsert ini diadakan untuk sebagai meraikan sokongan peminat Yuna yang tak putus-putus memberikan sokongan sehingga kejayaan Yuna membawa muziknya ke Amerika Syarikat dan kelahiran album sulung beliau di sana.

Yuna Concert

Tags: , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

Drama Adam & Hawa di Saluran Mustika HD & Astro Gempak

Posted: 26 Aug 2012 05:56 PM PDT

Saksikan Episod 1-4 di .

Kepada mereka yang meminati Aaron Aziz pasti tidak akan melepaskan peluang untuk menonton drama bersiri terbaru Adam & Hawa yang bakal ditayangkan tidak lama lagi menerusi saluran Mustika HD (134). Lebih mengujakan pihak Astro dengan bangganya memberi peluang kepada pelanggan setia Astro khususnya pembaca portal Astro Gempak untuk merasai pengalaman menonton drama bersiri Adam & Hawa secara percuma.

Bermula pada hari ini, 27 Ogos 2012, Hari Isnin, drama bersiri 80 episod Adam & Hawa terbitan Global Station Sdn Bhd akan disiarkan di saluran Mustika HD (saluran 134) setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam bermula 27 Ogos 2012 ini.

Drama terbesar ini pertama kali menggabungkan Aaron Aziz dengan Nadiya Nisaa sebagai pasangan. Budiey kira ramai yang dah ada Mustika HD kat rumah dah tak sabar nak record drama ini dalam . Budiey dah pun set untuk record. Jadi, boleh tonton berulangkali. Rasanya, ramai yang dah tak sabar nak tonton drama yang diadaptasi daripada novel cinta terlaris hasil nukilan penulis ini, betul tak?

Aaron Aziz melakonkan watak seorang playboy bernama Adam Mukhriz yang bekerja sebagai juruterbang dan Nadiya Nisaa pula sebagai Ain Hawani iaitu seorang remaja lepasan SPM dan bekerja di sebuah tadika yang dimiliki oleh kakak kepada Adam Muhkriz kerana menggantikan guru yang bersalin.

Khabarnya, ceritanya cukup menyentuh hati. Kena standby banyak-banyak tisu. Lebih-lebih lagi bila tiba scene Adam Mukhriz kena tangkap berkhalwat dengan Ain Hawani sampailah diaorang kena paksa berkahwin.

Sejak daripada itulah Ain Hawani menyimpan dendam terhadap Adam Mukhriz yang juga suaminya. Bukan setakat itu saja, dia jugak bersikap dingin terhadap lelaki itu.

Selanjutnya, korang kena tengok sendiri drama bersiri Adama & Hawa ini. Tapi, yang bestnya, untuk episod yang pertama hingga yang keempat, korang berpeluang menontonnya secara percuma di portal www.astrogempak.com.my pada 27 Ogos 2012.

Jadi, apa tunggu lagi, korang cepat-cepatlah tengok episod pertama hinga keempat nanti. Korang mesti cair punyalah tengok lakonan Aaron Aziz dalam drama bersiri Adam & Hawa. Begitu juga dengan Nadiya Nisaa.

Anda juga berpeluang menyaksikan muzik video lagu tema Adam & Hawa, Muara Hati nyanyian Dato Siti Nurhaliza dengan juara Akademi Fantasia Musim 7, .

Selain Aaron Aziz & , turut menjayakan drama ini termasuklah barisan pelakon baru dan lama seperti selalu Dee, Elfaeza Ul Haq (Azie), Dazrin Kamarudin (Johan), (Zul), Amyza Adnan (Cikgu Zawyah), Aznah Hamid (Maria) dan Rozie Rashid (Kak Zah).

Untuk menikmati saluran Mustika HD, para pelanggan Pakej Mustika hanya perlu melanggan perkhidmatan Astro B.yond dengan bayaran serendah RM20.00 sebulan.

Drama yang berkisarkan kisah cinta antara Adam Muhkriz lakonan Aaron Aziz dan Ain Hawani lakonan Nadiya Nisaa semestinya menjanjikan sesuatu kelainan kepada penonton serta pelanggan setia Astro. Adam & Hawa diarahkan oleh Mohd Feroz Kader.

Drama Adam & Hawa Aaron Aziz Nadia Nisaa

Antara pelakon yang turut menjayakan drama Adam & Hawa termasuklah Norman Hakim, Anzalna Nasir, Elfaeza Ul Haq, Dazrin Kamarudin, Amyza Adnan, Aznah Hamid, Rozie Rashid dan ramai lagi. Dengan dibarisi pelakon baru dan lama, sudah pasti drama bersiri Adam & Hawa mampu menarik lebih ramai penonton untuk melihat sendiri jalan cerita serta kesudahan yang akan terjadi dalam kisah percintaan antara Adam Muhkriz dan Ain Hawani.

Diadaptasikan dari novel Adam & Hawa sendiri, drama ini memberi peluang kepada penonton untuk menyaksikan sendiri jalan cerita yang diambil dari novel asal yang turut mendapat sambutan hangat ketika diterbitkan dahulu.

Semestinya drama bersiri Adam & Hawa pasti memberi kepuasan maksimum kepada penonton lebih-lebih lagi ianya bakal dipertontonkan secara percuma kepada pelanggan Astro dan pembaca setia portal Astro Gempak bermula dari episod pertama hingga keempat.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk mengetahui menikmati peluang menonton secara percuma drama bersiri Adam & Hawa di laman web www.astrogempak.com.my untuk merasai sendiri kehangatan serta kehebatan lakonan mantap Aaron Aziz dan Nadia Nisaa yang bakal disiarkan pada 27 Ogos 2012.

Drama Adam & Hawa Aaron Aziz Nadia Nisaa

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan: