Adsense

Rabu, 29 Ogos 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Hijabster : Tampil Manis Kunjungi Rumah Terbuka

Posted: 29 Aug 2012 11:04 PM PDT

Dalam kemeriahan menyambut lebaran, semestinya majlis rumah terbuka menjadi salah satu aktiviti wajib untuk setiap individu. Majlis ini bukan sahaja dapat mengeratkan silaturahim, malah ia turut dijadikan sebagai medan untuk para wanita bergaya dengan anggun dan sopan di hadapan rakan-rakan.

Sewaktu menghadiri majlis rumah terbuka, salah satu perkara penting yang perlu dititikberatkan oleh kaum hawa adalah pakaian. Pemilihan pakaian yang cantik dan sesuai mampu meningkatka keyakinan diri seseorang individu untuk berhadapan dengan orang ramai.

Oleh itu, Sunsilk telah menampilkan satu gaya hijab yang menarik untuk para wanita agar mereka kelihatan lebih manis sewaktu menghadiri rumah terbuka. Untuk mempelajari gaya hijab ini, jom kita lihat video yang telah disediakan oleh Sunsilk.

Tips Penjagaan Rambut Sunsilk

Rambut berasal daripada protein. Jadi anda perlu cukup protein. Untuk kulit kepala pula, asid lemak daripada minyak ikan, avokado dan kekacang boleh membantu. Ia bukan saja baik untuk kulit kepala, malah kulit anda juga.

Produk Kecantikan Estee Lauder “DayWear Antioxidant BB Creme”

Posted: 29 Aug 2012 09:00 PM PDT

BB krim merupakan salah satu produk kecantikan yang harus dimiliki oleh setiap wanita. Pada dasarnya, produk yang terdiri daripada rangkaian BB krim ini dikatakan mampu menyamarkan kesan cela pada wajah dan mampu membangkitkan keserian wajah si pemakai. Selain itu, BB krim turut difahamkan mampu menambahkan kesan pemutihan yang maksimim dan berfungsi mengawal kesan pigmentasi.

Dewasa ini terdapat pelbagai jenama produk kecantikan yang menawarkan rangkaian BB krim untuk pengguna setianya. Estee Lauder merupakan salah satu produk kecantikan antarabangsa yang turut menawarkan rangkaian BB krim yang dikenali sebagai "DayWear Antioxidant BB Creme".

Estee Lauder merupakan produk kecantikan jenama antarabangsa dan ia telah bertapak dalam dunia kecantikan sejak tahun 1946 lagi. Produk kecantikan ini menekankan tiga prinsip utama iaitu kreativiti, inovasi dan juga keusahawanan. Produk ini turut membawakan slogannya tersendiri yang berbunyi "Every Woman Can Be Beautiful".

Merujuk kepada slogan "Every Woman Can Be Beautiful" yang diketengahkan oleh Estee Lauder, ini menunjukkan bahawa produk tersebut menawarkan kepuasan yang maksimum kepada setiap pengguna setianya agar sentiasa kelihatan cantik sepanjang masa.

"DayWear Antioxidant BB Creme" dari Estee Lauder ini menawarkan tiga kebaikan dalam satu produk, di mana ia menawarkan kelembapan, perlindungan dan kesempurnaan wajah yang berpanjangan tanpa cela. Selain itu, BB krim ini juga berfungsi sebagai anti-oksidan berkuasa penuh bagi penjagaan kulit wajah yang sempurna.

Dengan adanya kandungan Super Kompleks Anti-Oksida dan SPF 35, ia mampu memberikan perlindungan yang menyeluruh dan berkesan kepada setiap penggunanya. Selain itu, produk ini juga dikatakan mampu memberikan penghidratan dan membebaskan kulit wajah daripada berminyak. "DayWear Antioxidant BB Creme" ini menawarkan dua jenis warna asas dan ia sesuai untuk diaplikasikan dengan pelbagai jenis tona kulit.

Untuk keterangan lanjut dan tips kecantikan, sila layari laman rasmi Estee Lauder sekarang!