Adsense

Selasa, 28 Ogos 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Trailer : “29 Februari”, Filem Cinta Sepanjang Zaman

Posted: 28 Aug 2012 10:50 PM PDT

Pernahkah anda dengar cinta sejati? Ataupun cinta yang tidak pernah pudar walaupun sudah tua?

Sebuah lagi filem arahan Edry Abdul Halim dari KRU Studios bakal menjengah esok (30 Ogos), dan OHBULAN! pasti anda tidak mahu terlepas sebuah filem yang mengisarkan tentang cinta seorang lelaki kepada wanita walaupun sudah terpisah lama.

Bagi sebuah filem yang menggunakan teknologi dan format terbaru, 'Stereoscopic 3D (S3D), filem ini berjaya dibikin dengan kualiti yang tinggi dan memuaskan hati. Sebagai sebuah filem tempatan, visual-visual klasik bersejarah juga telah berjaya dihidupkan semula dan ianya selari dengan kisah percintaan di antara Budi (Remy Ishak) dan juga Lily (Jojo Goh).

Gandingan mantap diantara Jojo Goh dan juga Remy Ishak telah menghidupkan kisah cinta diantara mereka yang berlainan kaum. Apa yang pasti, kisah cinta mereka bermula secara tipikal dimana pertemuan pandang pertama menjadi memori dan juga kesungguhan Budi untuk memikat hati Lily.

Jika anda pernah menonton filem-filem seperti Ombak Rindu dan Lagenda Budak Setan, kedua buah filem tersebut mempunyai kisah cinta yang berlainan namun boleh dikatakan sama hebat. Kini, anda boleh tonton "29 Februari" untuk melihat bagaimanakah kisah cinta sepanjang zaman ini dan juga pengakhirannya.

Filem ini akan mula ditayangkan di panggung wayang seluruh Malaysia esok (30 Ogos). Jangan lepaskan peluang anda ya!

Rating : 4/5

Perompak ‘Beraya’ Di Rumah Imuda, Rugi RM7,000

Posted: 28 Aug 2012 09:58 PM PDT

Ketika semua orang sedang sibuk menyambut kemeriahan Aidilfitri di kampung, rumah pelakon dan pelawak, Imuda telah dimasuki perompak. Kejadian itu dipercayai berlaku ketika mereka sekeluarga telah pun pulang ke kampung pada 17 Ogos lepas.

Menerusi laporan Harian Metro hari ini, Imuda memberitahu, perompak tersebut bukan sahaja mengambil barang-barang berharga, malah kumpulan itu juga seolah-seolah datang 'beraya' apabila mereka sempat menjamah biskut raya dan air sirap.

"Perompak itu sempat menjamah biskut raya dan minum air sirap dalam peti ais seolah-olah beraya dalam rumah kami pula. Malah, mereka sempat meletakkan tiga gelas air itu dalam sinki. Mereka lakukan itu kerana tahu kami tiada di rumah," ujar Imuda.

Antara barang-barang berharga yang telah dicuri dari rumah Imuda termasuklah komputer riba, dua telefon bimbit dan empat jam tangan berjenama.

Dalam pada itu, Imuda yang juga merupakan seorang pelukis dan juga penyanyi ini memberitahu, isterinya juga pernah hampir diragut dikawasan tempat mereka tinggal namun penyamun tersebut gagal meragut kerana terkejut dengan jeritan jiran mereka.