Adsense

Jumaat, 24 Ogos 2012

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Zed Zaidi Pertikai Astro Dengan Lambakan Iklan Dan Rancangan Berulang

Posted: 24 Aug 2012 01:46 AM PDT

Zed Zaidi Pertikai Astro
Malam semalam kita sekali lagi dikejutkan dengan tweet Zed Zaidi yang meluahkan rasa kurang senang dengan sebuah stesen Tv berbayar, Astro.. Zed Zaidi nampaknya mempertikaikan Astro yang kerap kali menayangkan iklan dan rancangan yang sama diulang-ulang sedangkan bill bulanan yang agak mahal perlu dibayar dan naik setiap tahun.

ASTRO yg nak untung lebih!!! byr dah MAHAL sebulan!! rancangan dr AXN,HBO,MAX,FOX & lain2 semua repeat sejuta kali!!! pastu ada IKLAN LAGI!!

ASTRO sudah2lah makan byk sgt duit rakyat secara menipu! kdg2 bila line nak potong ontime bila nak komplen call pun tak angkat

ASTRO nak onkan balik line astro pun kena bayar!!! duit iklan TV dah makan, duit bulan dah makan setiap tahun naik!! untungnya @astroonline

ASTRO takde program raya baru dah save budjet coz repeat yg lama, iklan tv kat astro bertambah, harga bulanan naik, ROYALTI ARTIS MCM MANA?

MyGosip rasa apa yang diluahkan oleh Zed Zaidi ni sudah lama menjadi bualan dikalangan penguna Astro sebelum ni.. Apa yang pasti, sehingga hari ini tiada perubahan pun dilakukan..

TWEET zaid zaidi mempertikai astro

Red Communications Menjemput Anda Ke Majlis Ulangtahun Ke-12

Posted: 23 Aug 2012 11:15 PM PDT

Red Communications
Red Communications, sebuah syarikat penerbitan tempatan yang telah menghasilkan terbitan popular seperti 3R (RESPECT, RELAKS, RESPON), Gol & Gincu, Impian Ilyana, KAMI, Blogger Boy, Elly & Epit, Oh My English! dan banyak lagi, akan meraikan ulangtahunnya yang ke-12. Sejak penubuhannya hingga kini, Red Communications telah membina reputasi sebagai syarikat penerbitan yang terdahulu dalam mengeluarkan kandungan berbentuk hiburan dan informatif, khususnya untuk penonton wanita, kanak-kanak dan remaja.

Syarikat ini juga menerbitkan kandungan untuk pasaran Asia Tenggara serta untuk saluran-saluran antarabangsa seperti Disney Channel dan History and Biography Channel, dan, melalui anak syarikat milik penuhnya, Red Films, juga telah menerbitkan filem-filem tempatan seperti Visits: A Hungry Ghost Anthology, Gol & Gincu the movie, Kami the movie, Pisau Cukur, Songlap dan juga filem yang bakal ditayangkan tidak lama lagi, Istanbul Aku Datang.

"Kami mempunyai keyakinan penuh terhadap bakat tempatan Malaysia dan terhadap usaha kami dalam menerbitkan kandungan yang bernilai bagi penonton tempatan," kata Pengasas dan Pengarah Urusan Red Films, Lina Tan.

"Oleh kerana Malaysia adalah negara yang unik dengan pelbagai bangsa dan bahasa pertuturan, kami memutuskan untuk membuat kandungan yang boleh mengatasi jurang-jurang sebegini dengan memfokus pada mesej dan cerita. Sebab itulah, banyak kandungan terbitan kami ditonton oleh pelbagai lapisan masyarakat, tidak kira bangsa."

Sempena ulangtahunnya yang ke-12, Red Communications akan menganjurkan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan penerbitan TV dan Filem, yang terbuka kepada orang ramai secara percuma. "

Kami ingin berkongsi pengalaman kami selama 12 tahun dengan orang ramai, serta memberi mereka peluang untuk menonton semua filem kami yang telah kami terbitkan tahun demi tahun," kata Lina Tan.

Semua aktiviti bertempat di Publika, Mont Kiara.
Senarai lengkap aktiviti-aktiviti yang akan dianjurkan ialah:

TAYANGAN FILEM PERCUMA

4 Sept (ISNIN)
- 8pm : HUNGRY GHOST ANTHOLOGY (Outdoor Theatre)

8 Sept (SABTU)
- 12pm : MY HOMETOWN SHORT FILMS (Black Box),
- 8pm : KAMI (Outdoor Theatre)

9 Sept (AHAD)
- 12pm : GOL & GINCU (Black Box)
- 2pm : SONGLAP (Black Box)
- 8pm : PISAU CUKUR (Outdoor Theatre)

10 Sept (ISNIN)
- 8pm : TANGKAL BESI Outdoor Theatre

17 Sept (ISNIN)
- 8pm : GOODBYE BOYS (Outdoor Theatre)

24 Sept (ISNIN)
- 8pm : APA DOSAKU (Outdoor Theatre)

PENCARIAN BAKAT BARU – MUNGKINKAH ANDA?

8 September 2012 (Sabtu) 12pm hingga 4pm di Open Square, Publika

Pernahkah anda teringin untuk mencuba nasib sebagai bakat dalam industri media? Atau adakah anda semata-mata ingin tahu bagaimanakah perasaannya berada di depan kamera? Datang dan cubalah! Anda akan muncul di skrin dalam sesi ujibakat dengan Pasukan Red House Talents. Terbuka kepada semua, tidak kira usia – dari bayi hinggalah warga emas. Untuk maklumat lanjut, layari Red House Talents di Facebook

RED ADA BAKAT

8 September 2012 (Sabtu) 6pm hingga 8pm di Open Square, Publika

Saksikan kemunculah bakat-bakat baru dan dengarlah apa komen dan nasihat yang akan diberikan kepada mereka oleh orang-orang kuat industri media seperti COO selebriti Media Prima Izham Omar, celebriti Aznil Nawawi yang juga Ketua Bahagian Talent Astro dan Pengarah Urusan Red Communications Lina Tan. Datanglah untuk persembahan menghiburkan yang tidak pernah anda lihat sebelum ini.

IDEA KE SKRIN

9 September 2012 (Ahad) 4pm hingga 6pm di Black Box.

Jika anda ingin tahu rahsia-rahsia industri tentang bagaimana sesuatu idea itu direalisasikan menjadi filem yang sedia untuk tayangan, jangan ketinggalan menghadiri forum ini. Bersama hos Amir Muhammad, sertailah pengarah KAMI & Songlap Fariza Azlina Isahak, penulis lakonlayar Gol & Gincu, Pisau Cukur dan Istanbul Aku Datang Rafidah Abdullah, penerbit Lina Tan, dan pengarah seni ILann Yee untuk mendengar pengalaman mereka tentang masalah-masalah dan cara-cara yang kreatif dalam pembikinan filem di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut tentang semua aktiviti yang bakal dianjurkan, sila ke laman Facebook/RedCom12 atau emel Red12party@red.com.my atau hubungi Joanna di 012-6476118.

Publika map