Adsense

Selasa, 31 Julai 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Gambar Khairul Fahmi Che Mat Duta Terbaru BrylCreem

Posted: 31 Jul 2012 03:43 PM PDT

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia haaa siapa yang tahu. Itu yang Budiey rasa kena dengan realiti yang berlaku pada si pemain bola sepak yang menjadi idaman gadis seluruh Malaysia, siapa lagi kalau bukan Apex atau nama sebenarnya, Khairul Fahmi Che Mat. Ye lah, sampai isteri Budiey sendiri pun sanggup hadir menemani Budiey semasa Pelancaran Wajah Baru BrylCreem dan pengumuman Apex sebagai duta terbaru produk penggayaan rambut ini. Pergh! Kuat betul aura dan penangan jejaka dari Kelantan ini, kan?

Ye lah, kalau nak disenaraikan, dia boleh diletakkan dalam top 5 personaliti sukan paling glamor. Kalau tak, memang nama dia takkan terpilih sebagai duta beberapa produk. Sebelum ini, Apex dilantik jadi model iklan dan duta produk wangian semburan badan dari SimplySiti, dan terbaru, wajah Apex terpampan di iklan TV untuk minuman 100 Plus.

Dan, pada 31 Julai 2012, terukir dalam lipatan sejarah hidup Apex menjadi wajah baru BrylCreem secara sah, walaupun beberapa minggu sebelum ini, wajahnya beliau terlekat erat di dada bas sekitar ibu negara.

Budiey ingin mengucapkan syabas buat penjaga gol skuad bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat dipilih untuk menjadi wajah kepada produk penjagaan rambut, Brylcreem. Ini menjadikan beliau sebaris dengan personaliti sukan bola sepak seperti David Beckham, Kevin Pietersen dan iklan sukan lain di seluruh dunia. Pergh, kelas giler. Ko ada?

Pemilihan Apex sebagai duta produk ini dilihat begitu bertepatan dengan personalitinya yang sentiasa berkeyakinan di dalam dan di luar padang selain memiliki semangat dan keazaman untuk menjadi yang terbaik dalam bidang yang diceburinya.

Menurut kata Apex, "Saya begitu teruja diberi peluang untuk mewakili jenama ini yang memiliki nilau yang sama seperti diri saya. Saya menjadi lebih teruja lagi kerana dapat menyertai barisan bintang sukan yang lain terutama sekali David Beckham, dan menjadi wajah baru Brylcreem di Malaysia."

Tahniah Apex!

Khairul Fahmi Che Mat

Khairul Fahmi Che Mat

Khairul Fahmi Che Mat

Khairul Fahmi Che Mat

Khairul Fahmi Che Mat

Khairul Fahmi Che Mat

Khairul Fahmi Che Mat

Khairul Fahmi Che Mat

Khairul Fahmi Che Mat

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

Bekas Pengurus Pentas Saman Hafiz AF7 RM200,000

Posted: 31 Jul 2012 03:07 PM PDT

Bekas Pengurus Pentas Saman Hafiz (AF7) RM200,000

Penyanyi Hafiz (AF) yang popular dengan lagu Awan Nano hari ini di saman bekas pengurus pentas sebuah rancangan hiburan di Astro atas dakwaan menyebabkan kecederaan kepadanya.

Nur Haniza Mohd Azhar, 25, selaku plaintif menamakan Hafiz atau nama sebenarnya Mohd Hafiz Mohd Suip, 22, yang juga juara Akademi Fantasia ke-7, sebagai defendan bagi menuntut ganti rugi lebih RM200,000.

Hazama Hafiz3

Beliau memfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Sesyen di sini,menerusi Tetuan Boestamam Ahmad & Co.

Dalam pernyataan tuntutannya, Nur Haniza mendakwa beliau didatangi Mohd Hafiz yang menepuk bahunya dari belakang dan menyatakan hasrat untuk berjumpa dengannya secara paksa ketika beliau menjalankan tugas sebagai pengurus pentas untuk rancangan "Salih Yaacob Show" di Studio Filem Negara pada 3.15 petang, 17 Mei tahun lepas.

Nur Haniza mendakwa beliau menolak pelawaan itu dengan baik kerana sedang sibuk melakukan tugasannya tetapi beliau tetap didesak Mohd Hafiz untuk berbincang mengenai suatu perkara.

Nur Haniza Foto-Bernama

Nur Haniza, yang kini bekerja sebagai penasihat jualan di syarikat permotoran, mendakwa ketika beliau menuruni tangga studio untuk meneruskan tugasnya, Mohd Hafiz bertindak agresif dengan menolaknya sehingga terjatuh ke bawah dan tersungkur di hadapan rakan sekerjanya.

Beliau mendakwa tindakan Mohd Hafiz itu menyebabkannya mengalami kecederaan pada bahagian kaki dan beliau juga mendakwa penyanyi itu tidak membantunya.

Nur Haniza mendakwa beliau telah menyerahkan notis tuntutan bertarikh 25 Jun lepas supaya Mohd Hafiz memohon maaf dan membayar ganti rugi tetapi Mohd Hafiz menafikan ada mencederakannya.

Nur Haniza mendakwa akibat kejadian itu, beliau kini masih merasa sakit pada bahagian kaki kanannya akibat kecederaan yang dialami dan hilang mata pencarian kerana disenaraihitamkan daripada bekerja untuk rancangan terbitan Astro serta terpaksa menanggung malu selepas kejadian itu yang turut disiarkan media.

Oleh itu, Nur Haniza menuntut ganti rugi am, ganti rugi khas, ganti rugi teruk, ganti rugi kehilangan aminiti, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. – BERNAMA

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan: