Adsense

Ahad, 8 Julai 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Far East Bakal Lancar Album Terbaru Kilauan Khazanah

Posted: 08 Jul 2012 09:49 PM PDT

Majlis Pelancaran Far East Gold & Album Baru Far East "Kilauan Khazanah".

Pagi Isnin, biasanya pagi yang kalut. Pagi yang biasanya akan dipenuhi dengan berita-berita menarik untuk disiarkan. Cuma, pada hari ini mungkin agak special di mana selepas penantian selama 2 bulan menunggu TM Unifi masuk ke kantor Budiey Dot Com Media, hari ini segala penderitaan insyaallah akan hilang. Nasib baiklah tak berlarutan sehingga bertahun-tahun. Tanpa talian Unifi, Budiey agak sukar untuk upload video. Harapkan guna U Mobile sekarang ni, memang tak cukup. 20 GB yang diberikan memang tak sampai 10 hari, terus licin habis. Kalau nak tambah kena beli pulak booster tambahan 1.5GB dengan caj RM10 untuk 3 hari. Sangat tak berbaloi rasanya. Memang TM Unifi gak yang terbaik untuk kantor ini (ini bukan iklan ya).

Ramadan menjengah tak lama lagi. Di emel Budiey sekarang ni penuh dengan jemputan untuk menghadiri pelancaran program TV sempena bulan puasa dan juga food review daripada hotel. Memang tak menang tangan nampaknya.

Selain itu juga, artis nasyid tak lupa juga untuk kembali aktif di bulan puasa ini. Biasanya artis nasyid banyak menerima tawaran untuk buat persembahan di hotel-hotel dan majlis berbuka puasa anjuran korporat. Bulan ni jugaklah rezeki untuk mereka melimpah ruah.

Far East Bakal Lancar Album Terbaru Kilauan Khazanah.

Terbaru yang Budiey terima hari ini ialah bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan tidak lama lagi, Kumpulan Nasyid Far East telah mengeluarkan album terbarunya yang berkonsepkan Taranum dan Qasidah. Wah, bagus juga tu, takdelah lalai dengan leka dengan lagu-lagu cinta pada manusia dan harta kan?

Dengan terbitnya album ini, ia sedikit sebanyak dapat memeriahkan lagi kedatangan bulan Ramadhan.

Yang paling menariknya ialah salah satu lagu didalam album tersebut kumpulan Far East telah berkolaborasi bersama Saudara Raqib (AF9).Mereka bersama-sama menyanyikan lagu arab "Laukana Bainana"

Far East juga telah mengeluarkan produk terbaru mereka iaitu produk berasaskan Emas "Far East Gold". Produk emas ini juga akan dilancarkan pada majlis pelancaran yang akan diadakan pada 12 Julai ini di UPM.

Selamat maju jaya untuk kumpulan Far East.

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

Maxis Gandakan Kuota Data Untuk Pelanggan

Posted: 08 Jul 2012 08:45 PM PDT

MAXIS MENGGANDAKAN KUOTA DATA UNTUK PELANGGAN INTERNET WAYARLES MAXIS HOME

• Menyediakan pelanggan lebih nilai untuk wang dengan data yang lebih selaras dengan keperluan pengguna data wayarles berat
• Memberi pelanggan ketenangan fikiran apabila menggunakan Internet di samping minit percuma yang diperuntukkan kepada nombor talian tetap dan mudah alih di seluruh negara
• Disokong oleh kelajuan dan kebolehpercayaan rangkaian wayarles berkelajuan tinggi yang terbaik dan paling luas di negara ini

Maxis Berhad (Maxis), peneraju perkhidmatan komunikasi bersepadu Malaysia, baru-baru ini telah memperkenalkan pelan Internet Wayarles Maxis Home yang menarik yang menawarkan lebih nilai untuk wang dengan lebih data selaras dengan keperluan yang kian meningkat dari pengguna kerap data wayarles. Pelan-pelan yang lebih baik ini menawarkan pelanggan dua kali ganda lebihkuota sehingga 48GB tanpa sebarangtambahan dalam yuran bulanan.

Ebru Dorman, Ketua Kediaman Maxis, berkata, "Kami gembira dapat menyediakan pelanggan pelan-pelan yang dipertingkatkan ini yang memberikan ketenangan fikiran apabila mereka memuat turun semasa waktu luar kemuncak.

Dengan peningkatan ketara kuota waktu luar kemuncak, pelanggan boleh menjalankan lebih banyak muat turun, penstriman (streaming), memuat naik video, dan lebih banyak lagi tanpa perlu bimbang tentang melebihi kuota mereka.

"Pelanggan boleh menikmati WiFi di rumah mereka dengan Internet Wayarles Tetap kami yang membolehkan lebih ramai pengguna di rumah untuk melakukan lebih banyak perkara. Di samping itu, mereka mendapat kelajuan dan kebolehpercayaan liputan rangkaian yang terbaik dan paling luas di negara ini," tambah Ebru.

Waktu kemuncak merujuk kepada tempoh antara pukul 8.00 pagi dan 2.00 pagi, sementara waktu luar kemuncak adalah antara 2.00 pagi dan 8.00 pagi. Dengan menawarkan penggandaan kuota data, Maxis meningkatkan peruntukan penggunaan data keseluruhan para pelanggan dan membolehkan mereka untuk melakukan lebih banyak perkara dengan sambungan Internet Wayarles Home mereka.

Pelan Internet Wayarles Maxis Home termasuk pelan 4GB pada harga RM59 sebulan, pelan 20GB pada harga RM99 sebulan dan pelan 48GB pada harga RM169 sebulan. Dari 1 Julai 2012 dan seterusnya, pelanggan-pelanggan sedia ada Internet Wayarles Home akan secara automatik dinaiktaraf untuk menikmati kuota tambahan yang bermula dari kitaran bil mereka yang berikutnya, tanpa caj tambahan.

Internet Wayarles Maxis Home boleh didapati di seluruh negara sebagai sebahagian daripada Perkhidmatan Kediaman yang menyediakan perkhidmatan internet berkelajuan tinggi untuk pelanggan menikmati di komputer riba, tablet dan telefon pintar. Dengan perkhidmatan Internet Gentian Maxis, yang kini terdapat di 1.2 juta rumah dan pejabat dan perkhidmatan internet tetap dan Wayarles 'on-the-go' dengan liputan 82% penduduk, Maxis menawarkan internet yang pantas dan boleh dipercayai kepada hampir 6 juta kediaman di Malaysia. Kedua-dua perkhidmatan ini diitawarkan bersama dengan talian telefon tetap termasuk minit percuma yang diperuntukkan kepada nombor talian tetap dan mudah alih.

Untuk melanggan pelan-pelan Internet Wayarles Home yang baru ini, pelanggan boleh mendaftar di Pusat Maxis yang terdekat, cawangan rakan kongsi eksklusif Maxis atau memohon secara online di http://maxis.com.my/home

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan: