Adsense

Ahad, 8 Julai 2012

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Gambar Di Majlis Pernikahan Ella

Posted: 07 Jul 2012 02:22 PM PDT

Gambar Di Majlis Pernikahan Ella
Ratu Rock, Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin telah selamat dinikahkan malam tadi kira-kira jam 10.30 malam di rumah keluarga Ella di Teluk Gadung, Klang..Dengan hanya sekali lafaz sahaja Ella telah sah menjadi isteri kepada Azhar Husaini Ghazali.. Pasangan pengantin baru ini telah dinikahkan oleh Jurunikah Masjid Nurul Iman, Klang dan berwalikan abang sulung Ella sendiri..

Majlis pernikahan Ella yang diadakan secara tertutup ni telah dihadiri kira-kira 300 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, sanak-saudara, rakan-rakan terdekat dan wakil media. Ella telah tampil anggun dengan persalinan berwarna krim hasil rekaan Saiful Baharim..

Seperti yang diperkatakan sebelum ini, Ella telah menerima RM50,300 sebagai duit mas kahwin berserta tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang.

Ella dan Azhar dikatakan akan melansungkan majlis resepsi mereka pada 1 Disember ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.. Jadi sementara kita menunggu gambar resepsi mereka berdua jom kita layan dulu gambar disekitar majlis pernikahan Ella malam tadi kat bawah ni…