Adsense

Rabu, 13 Jun 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Thursday Trailer : “Ice Age 4 – Continental Drift” Bakal Buat Anda Pecah Perut

Posted: 13 Jun 2012 11:20 PM PDT

Bagi yang pernah menonton filem animasi Hollywood, "Ice Age", anda pasti tahu jalan cerita dan juga unsur-unsur komedi yang kami sendiri tak tahan gelak bila menontonnya.

Terbaru dari filem ini, ia adalah kali pertama Ice Age diarahkan oleh pengarah yang lain selain dari Carlos Saldana yang telah berjaya mengarahkan Ice Age 1-3. Kali ini, ia telah diarahkan oleh Steve Martino dan OHBULAN! yakin, idea yang lebih baru dan menarik akan diketengahkan oleh Steve Martino.

OHBULAN! tak mahu menulis panjang, anda tonton sendiri trailer filem Ice Age 4 – Continental Drift selepas ini ya!

Foto : Gadis Comel Kekasih Hati Khairul Fahmi?

Posted: 13 Jun 2012 11:03 PM PDT

Wah, nampaknya Khairul Fahmi kembali semula mewarnai dunia kontroversi dengan barisan gadis yang jelita serta comel. Seorang peminat Harimau Malaya bertanya akan gerangannya gadis di atas ini dalam hati Khairul Fahmi. Adakah kekasih hati, atau rakan biasa? Ha, jawab ye KF! – tip daripada @nazzah

Dalam perkembangan lain pula, rakan media Rotikaya mengusik Khairul Fahmi & Leuniey menyorok kisah cinta mereka walaupun secara dasarnya mereka semakin berani menunjukkan kemesraan.

Siap ada cincin tanda cinta lagi tu. Wah, makin advance abang Khairul Fahmi ni!