Adsense

Rabu, 2 Mei 2012

Zon Artis

Zon Artis


Awal & Scha Pilih New York Sebagai Destinasi Bulan Madu

Posted: 02 May 2012 08:02 PM PDT

GAMBAR PERNIKAHAN AWAL ASHAARI DAN SCHA

Esok (4 Mei 2012), merupakan hari bersejarah buat Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya kerana mereka akan disatukan sebagai suami isteri. Tidak sabar pula rasanya untuk menghadirkan diri ke majlis pernikahan mereka yang akan berlangsung di Hotel Pullman, Putrajaya itu.

Walaupun masih dalam proses persiapan terakhir, Awal dan Scha telahpun mendedahkan yang mereka memilih New York, Amerika Syarikat sebagai destinasi percutian bulan madu mereka. Menurut mereka, terdapat banyak lokasi menarik yang boleh dilawati di sana.

Seperti kata Awal:-

"Pada mulanya kami mahu berbulan madu di Eropah dengan melawat beberapa buah negara di sana, namun disebabkan tempoh bulan madu kami agak singkat maka kami akhirnya sepakat untuk berbulan madu di New York sahaja.

"Perancangan untuk berbulan madu ke Eropah tidak dibatalkan dan mungkin kami hanya akan ke sana pada bulan Disember ini selama dua atau tiga minggu,"

Psstt: Umur dah 14 tahun tapi masih menghisap susu botol?

Related Posts with Thumbnails