Adsense

Jumaat, 25 Mei 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Dari Kemeja Lelaki Jadi Dress Wanita

Posted: 25 May 2012 08:00 PM PDT

Gaya kan kemeja pasangan lelaki anda menjadi dress anda? Bunyi macam pelik tapi itu lah kebenarannya. Kalau anda dapati ada lagi dalam almari anda atau almari abang ke adik kemeja yang dah tidak dipakai anda jangan pula buang,tetapi ambil baju tersebut dan gayakan dengan cara baru.

Jangan anda lihat baju yang tidak dipakai itu tiada gunanya akan tetapi ia akan menjimatkan wang saku anda untuk berbelanja beli dress baru. Bukan cuma satu gaya malah lebih dari tiga gaya dress serta skirt boleh digayakan dari satu kemeja lelaki. Dengan gaya yang unik ini ia boleh membuatkan dress anda jadi cuma satu dalam sebilangan fesyen kemeja dress. "It's Limited".

Beranikan diri anda cuba gaya kemeja in.Bagi yang bertudung juga boleh gayakan kemeja seperti ini tetapi hendaklah ia dipadankan dengan inner atau jaket utk tutup bahagian yang terbuka itu.

*abaikan bahagian terakhir dalam video ini. OHBULAN! hanya berniat memaparkan perkongsian cara memakai kemeja ini sahaja. Diharap jangan disalah tafsir ye..!!

Hijabster : Gaya Llilitan Pashmina

Posted: 25 May 2012 03:10 AM PDT

Pelbagai teknik serta tutorial pemakaian tudung dan selendang boleh kita dapati sekarang. Ada yang banyak mengunakan jarum,pin dan ada juga hanya lilitan biasa sahaja yang cuma perlukan gaya selitan. Tetapi harus di ingatkan bagaimana sekali pun cara pemakaian tudung tetapi yang penting ia masih menutup aurat dan tidak mendedahkan bahagian yang tertentu.

Setiap gaya yang ditampilkan dapat menghasilkan penampilan yang berbeza. Ada yang hanya dengan lilitan ringkas mampu buat anda kelihatan cantik dan ada juga yang perlu kan banyak sedikit teknik lilitan untuk kelihatan kemas dan cantik. Pengayaan tutorial pashmina dalam video ini dapat membuatkan wajah anda nampak  sedikit runcing.

Bagi yang ingin gaya trendy tetapi masih menutup bahagian aurat tertentu boleh la mencuba gaya lilitan pashmina ini. Mungkin ia mampu memberi kelainan juga pada gaya penampilan anda.