Adsense

Jumaat, 11 Mei 2012

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Saiful Apek lancar perang terhadap David Teo Yang Gagal Membayar RM200,000

Posted: 11 May 2012 12:10 AM PDT

Saiful Apek lancar perang Dengan David Teo
Jika sebelum ini Producer David Teo sudapun membuat permohonan maaf secara terbuka mengenai kes salah faham penghinaan Bob Kuman yang dibangkitkan oleh Saiful Apek, kali ini Saiful Apek sekali lagi melancarkan perang terhadap David Teo kerana producer itu dikatakan gagal membayar pulangan pelaburan RM200,000 filem Lady Boss dan Anak Mami..

Sebelum ini, Saiful Apek yang telah ditawarkan berlakon di kedua-dua filem itu dengan bayaran RM100,000 yang mana duit hasil lakonan itu telah dilaburkan semula ke kedua-dua filem berkenaan sejak tahun 2005.. Namun sehingga ke hari ini Producer David Teo dikatakan gagal membayar pulangan pelaburan tersebut.. Selain itu, David Teo juga gagal menyiapkan album nyanyianya yang telah dipersetujui pada tahun yang sama..

Akibat tidak berpuas hati dan tiada saluran untuk memperjuangkan haknya, Saiful Apek telah menyuarakan ketidak puasan hatinya dilaman social Facebook dan Twitter sehingga mendapat kritikan dari sesetengah pihak..

Akhirnya, Saiful Apek dan 50 artis yang lain akan mengadakan sidang media pada hari Ahad ini bagi memperjuangkan hak mereka semua dan akan menampilkan bukti dan dokument yang telah dipersetujui sebelum ini..

Erm.. patut la Saiful Apek memperjuangkan haknya di Facebook dan Twitter, RM200,00 tu bukan sikit.. MyGosip harap jika benar tuntutan Saiful Apek ni, Sila la bayar wahai David Teo… Untung filem juta-juta sampai box office takkan tak boleh bayar kot?..