Adsense

Ahad, 1 April 2012

Zon Artis

Zon Artis


Gambar: Azza (Elite) & Azlan Selamat Diijabkabulkan

Posted: 01 Apr 2012 04:57 AM PDT

GAMBAR PERNIKAHAN AZZA ELITE

First of all, tahniah kami ucapkan kepada Azza (Elite) atau nama sebenarnya Nor Azzarima Zawari kerana telah sah bergelar isteri kepada Azlan Zulaily setelah 7 tahun hidup solo selepas kegagalan perkahwinan terdahulu (yang pertama).

Pernikahan berlangsung di Masjid Bukit Antarabangsa, Ampang dan mereka dinikahkan oleh Imam masjid tersebut iaitu ustaz Hakim Abdul Rahman sekitar jam 5.30 petang. Azza dan Azlan sah menjadi suami isteri dengan 3 kali lafaz.

GAMBAR PERNIKAHAN AZZA ELITE

Pada majlis itu, pihak lelaki membawa sembilan dulang hantaran yang antaranya terdiri daripada beg tangan, buah-buahan, Al-Quran, coklat, cincin, manisan serta emas kahwin berjumlah RM300. Pihak Azza pula membalas sebanyak 11 dulang hantaran antaranya minyak wangi, sirih junjung, buah-buahan, cincin dan set persalinan. Wang hantaran pula sebanyak RM10,000.

GAMBAR PERNIKAHAN AZZA ELITE

GAMBAR PERNIKAHAN AZZA ELITE

GAMBAR KAHWIN AZZA ELITE

GAMBAR KAHWIN AZZA ELITE

Sekali lagi, tahniah kami ucapkan kepada Azza dan Azlan kerana telah sah bergelar suami isteri. Kami doakan semoga perkahwinan ini akan berkekalan buat selamanya dan dikurniakan zuriat yang soleh. Selamat berbahagia.

Foto: GUA & mStar

Psstt: Memang cantiklah kereta terbaru keluaran Proton ni~

Related Posts with Thumbnails