Adsense

Khamis, 12 April 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Ahmad Dhani & T.R.I.A.D Adakan Showcase April Ini

Posted: 12 Apr 2012 07:11 AM PDT

Anda seorang peminat setia Dewa 19 dan tidak pernah melihat mereka beraksi? Ahmad Dhani bakal mengubati hati anda kerana pada 15 April ini, beliau yang juga terlibat dengan sebuah program televisyen swasta akan mengadakan showcase bersama T.R.I.A.D.

T.R.I.A.D atau sebelum ini dikenali sebagai The Rock yang popular dengan lagu "Munajat Cinta" adalah dibawah pengurusan yang sama seperti Republik Cinta, Dewi Dewi dan Andra & The Backbone. Album pertama mereka ialah album yang berjudul Master Mister Ahmad Dhani I yang telah dilancarkan pada 30 Ogos 2007.

Sejarah awal kumpulan ini ditubuhkan apabila Ahmad Dhani yang ketika itu sedang merakamkan album disebuah studio di Australia. Disana, beliau bertemu dengan Clancy Alexander Tucker, gitaris kumpulan Fire Shark. Perbualan mereka telah bertukar serius apabila Ahmad Dhani merancang untuk bergabung bersama mereka dan tertubuhlah kumpulan The Rock. Namun pada waktu itu, Ahmad Dhani masih lagi bersama Dewa 19.

Pada tahun 2010, The Rock telah menukar nama kumpulan mereka secara rasmi kepada T.R.I.A.D. Ahli kumpulan mereka pula terdiri dari Ahmad Dhani, Ikmal, Icez, Mitcha, dan Tharaz. Album pertama T.R.I.A.D telah dlancarkan pada tahun 2010 dan mengandungi 11 buah lagu didalamnya.

Jadi, kepada anda semua yang tidak mahu melepaskan peluang keemasan ini, bertempat di Sixty3 Club, Sheraton Imperial Hotel, Ahmad Dhani dan T.R.I.A.D bakal mengadakan showcase mereka. Showcase mereka akan bermula pada jam 9.00 malam dan akan turut diserikan dengan persembahan oleh Tashya dari Tashya's Ink.

Tiket boleh didapati dengan harga RM50 dilokasi showcase dan untuk info lanjut, anda boleh hubungi +603-27202663.

Menangi Tiket “Marvel’s The Avengers” dan Tonton Filem Ini Bersama Kami!

Posted: 12 Apr 2012 04:37 AM PDT

Penat bekerja, atau paling teruk dimarahi bos merupakan rutin yang anda lalui setiap hari. Bagi meredakan tekanan anda, kami akan mengadakan acara istimewa – 'Driven Movie Night' dimana anda berpeluang menonton filem Marvel's The Avengers dalam sebuah panggung yang ditempah khas untuk anda!

Hanya 20 pasang tiket yang akan diberikan, menjadikan 40 orang pemenang bertuah sahaja berpeluang menonton filem superhero daripada Marvel ini!

Cara untuk memenangi peraduan ini tidak sesukar mana, amat mudah sekiranya anda kipas-susah-mati Marvel's The Avengers yang tegar. Anda perlu menjawab 3 soalan trivia dengan meneka watak-watak hero Marvel's The Avengers berdasarkan gambar yang dipaparkan (klik sini).

Pemenang akan dipilih berdasarkan jawapan yang tepat & informasi peribadi yang lengkap. Sebagai bonus, penyertaan ke 10, 20, 30 dan 40 setiap satu akan menerima hadiah premium (4 x Marvel's The Avengers T-shirt, 4 x Marvel's The Avengers Buttons Set, 4 x Marvel's The Avengers iPhone Case), berdasarkan keputusan peraduan.

Jika anda dipilih sebagai pememang, anda perlu menebus tiket (atau hadiah premium) mulai pukul 6.30 – 8.30pm pada 29 April 2012 di GSC Signature @ Garderns, Mid Valley. Tiket hanya boleh digunakan pada slot jam 9pm di Hall 1, GSC Signature @ Gardens, tidak boleh digunakan sama sekali untuk tarikh, waktu dan lokasi yang berlainan.

Apa tunggu lagi, tonton hero kegemaran anda : Iron Man, the Hulk, Thor, dan Captain Amerika – bersama kami di acara Driven Movie Night!

Sertai sekarang!